Vous êtes sur la page 1sur 63

MENINGKATKAN TEKNIK ASAS PERMULAAN

LARIAN PECUT MURID TAHUN 5


SEKOLAH KEBANGSAAN MAJIDI BAHRU

MOHD ZAIN BIN KASSIM

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITI MALAYSIA
2012

MENINGKATKAN TEKNIK ASAS


PERMULAAN LARIAN PECUT MURID TAHUN 5
SEKOLAH KEBANGSAAN MAJIDI BAHRU

MOHD ZAIN BIN KASSIM

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN( KEPUJIAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITI MALAYSIA
KUALA LUMPUR

2012

PENGAKUAN
Dengan ini diakui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan dapatan sumbernya.
Tarikh
Tandatangan

: 1 JULAI 2012
:

Nama Calon : MOHD ZAIN BIN KASSIM


Nombor Matrik : 800404015029002

ii

PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kerana memberi kesempatan
kepada saya untuk menyiapkan kajian tindakan untuk semesta Mei 2012.
Alhamdulillah kerana sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya sentiasa diberikan
kesihatan yang baik.
Dalam menyelesaikan tugasan ini banyak kekangan yang terpaksa dihadapi
terutamanya berkaitan tugas utama sebagai pendidik. Seperti yang kita ketahui,
bermacam-macam tugas yang guru perlu siapkan. Selain itu juga karenah anak-anak
yang masih kecil membataskan masa saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Walaubagaimanapun tugasan ini tetap dapat diselesaikan mengikut jadual dan
perancangan.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga
terutamanya isteri yang disayangi yang banyak berkorban menjaga anak-anak semasa
saya menyediakan tugasan ini. Selain itu juga, terima kasih kepada rakan-rakan yang
sentiasa memberi tunjuk ajar apabila diperlukan. Setiap perbincangan bersama rakanrakan dimanfaat sepenuhnya supaya lebih mudah dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tutor dalam membimbing
saya menyiapkan tugasan ini terutamanya Tuan Haji Nohizan bin Zainol. Jasa dan
budi baik tuan akan dikenang selalu.
Kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru, terima kasih kerana
sentiasa memberi dorongan dan memahami tugas dan masa yang saya ada. Pihak
sekolah sentiasa memberi sedikit kelonggaran kepada saya dengan menterhadkan
aktiviti yang melibatkan saya.
Akhir sekali ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada ayahanda dan bonda yang
sentiasa memberi galakan dan sokongan moral dalam menyambung pelajaran.

ii

iii
ABSTRAK
Kajian yang telah penyelidik lakukan ini atas dasar matlamat dan halatuju kurikulum
Pendidikan Jasmani yang mewajibkan guru untuk terus berusaha memastikan setiap
murid menguasai setiap kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani. Kajian ini akan dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran
permulaan larian pecut di kalangan murid-murid Tahun 5 Cempaka Sekolah
Kebangsaan Majidi Bahru yang terdiri daripada 20 orang lelaki dan 10 orang
perempuan. Kemahiran permulaan larian pecut adalah salah satu kemahiran yang
terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Acara larian pecut juga
dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan. Kajian ini
juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan aktiviti
teknik permulaan larian pecut. Penyelidik telah membuat keputusan untuk membuat
rawatan untuk meningkatkan kemahiran permulaan lari pecut adalah kerana semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, kebanyakkan murid lemah dalam
teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Kajian ini akan
menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif. Kaedah ini memerlukan penyelidik
mengumpul data dan menganalisa data. Instrumen kajian terbahagi kepada dua jenis
iaitu pra penilaian dan pos penilaian. Dalam melakukan kajian ini Sampel Kawalan dan
Sampel Eksperimen akan melakukan ujian jangkauan pertama dalam permulaan larian
pecut iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos di mana setiap jangkauan akan direkodkan.
Kemudian, jarak jangkauan akan dibuat perbandingkan di antara kedua-dua sampel.
Data daripada ujian pra dan ujian pos akan digunakan untuk membuat perbandingan
melalui graf. Melalui perbandingan ini barulah penguji dapat melihat keberkesanan
rawatan, kejayaan rawatan, kelemahan kajian dan penambahbaikan yang sesuai dibuat.

iv
ABSTRACT

Research that has been doing this research on the goals and direction of physical
education curriculum that requires teachers to continue to ensure that each student
master all the skills available in the Physical Education syllabus. This study will be
conducted to help upgrade the skills of the beginning of sprint run among Year 5
Cempaka pupils Majidi Bahru School comprising 20 males and 10 females. Skills start
sprint race is one of the skills presented in the Physical Education syllabus. Sprint
running event was also contested in the zone, district, state and national peingkat. This
study also aims to identify the capabilities of students while doing sprint race starting
technique. Researchers have decided to make a treatment to improve their skills sprint
start is because the teaching and learning during physical education, most students are
weak in the beginning of techniques other than the initial force is not energized. This
study will use quantitative methods of design. In this method, researchers collect data
and analyze data. The research instrument was divided into two types: pre-assessment
and post assessment. In this study samples Experiments and Sample Control will
perform the first test in the beginning of the reach of the sprint run pre and post test in
which each reach will be recorded. Then, compare the distance range will be between
the two samples. Data from the pre and post test will be used to make comparisons
through the graph. Through this comparison then the tester can see the effectiveness of
the treatment, the success of treatment, the weakness of the study and appropriate
improvements made.

KANDUNGAN
PERKARA
JUDUL
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH

HALAMAN
i
ii
iii
iv
v-vi
vii
viii

BAB SATU: PENGENALAN


1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7

Latar Belakang Kajian


Penyataan Masalah Kajian
Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Batasan Kajian

1
2
6
6
6
7
7

BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR


2.1
2.2
2.3

Pendahuluan
Tinjauan Literatur
Rumusan

8
8
12

BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN


3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9

Pendahuluan
Rekabentuk Kajian
Populasi Dan Sampel Kajian
Cadangan Rawatan
Instrumen Kajian
Prosedur Pengumpulan Data
Analisis Data
Rumusan
Kesimpulan Keseluruhan

14
14
15
16
19
19
20
21
22

v
BAB EMPAT : HURAIAN DAN ANALISIS DATA
4.1
4.2
4.3.
4.4.
4.5

Profil Responden
Analisis Pencapaian
Perbandingan Jangkauan Pertama Larian Pecut
Keputusan Analisa Ujian-t
4.4.1 Analisa Ujian t Skor Ujian Pra
4.4.2 Analisa Ujian t Skor Ujian Pos
Kesimpulan

23
24
30
34
34
35
36

BAB LIMA: PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1
5.2
5.3
5.4
5.5

Pendahuluan
Ringkasan Kajian
Perbincangan Dapatan Kajian
Cadangan Kajian
Cadangan Kajian Lanjutan

RUJUKAN
LAMPIRAN(A,B,C,D,E,F)

37
37
38
39
40
46
47 55

vi
SENARAI JADUAL
PERKARA

HALAMAN

3.3.1

Latar Belakang Demografi Responden

15

4.2.1

Jadual Ujian Pra Penilaian Jangkauan Pertama


Larian Pecut (Sampel Eksperimen)

24

Jadual Ujian Pos Penilaian Jangkauan Pertama


Larian Pecut (Sampel Kawalan)

26

Jadual Ujian Pos Jangkauan Pertama Larian Pecut


(Sampel Eksperimen)

28

Jadual Ujian Pos Penilaian Jangkauan Pertama


Larian Pecut ( Sampel Kawalan )

30

Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama


Ujian Pra Dan Ujian Pos Sampel Kawalan

32

4.2.2
4.2.3
4.2.4
4.3.1

4.3.2 Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama,


Sampel Eksperimen Sebelum Dan Selepas Rawatan

34

4.4.1.1 Jadual Perbezaan Sampel Rawatan dan


Sampel Kawalan Dalam Ujian Pra

36

4.4.2.1 Jadual Perbezaan Sampel Rawatan dan


Sampel Kawalan Dalam Ujian Pos

37

4.4.1.1 Jadual Perbezaan Sampel Rawatan dan


Sampel Kawalan Dalam Ujian Pra

36

4.4.2.1 Jadual Perbezaan Sampel Rawatan dan


Sampel Kawalan Dalam Ujian Pos

37

vii
SENARAI RAJAH
PERKARA

HALAMAN

4.2.1.1.Carta Bar Menunjukkan Ujian Pra Jangkauan


Pertama Larian Pecut Sampel Eksperimen

25

4.2.2.1Carta Bar Menunjukkan Ujian Pra Jangkauan


Pertama Larian Pecut Sampel Kawalan

27

4.2.3.1 Carta Bar Menunjukkan Ujian Pos Jangkauan


Pertama Larian Pecut Sampel Eksperimen

29

4.2.4.1 Carta Bar Menunjukkan Ujian Pos Jangkauan


Pertama Larian Pecut Sampel Kawalan

31

4.3.1.1 Carta Bar Perbandingan Jangkauan Pertama


Ujian Pra Dan Ujian Pos Sampel Kawalan

33

4.3.2.1 Carta Bar Perbandingan Jangkauan


Sampel Eksperimen Sebelum Dan Selepas Rawatan

35

viii
BAB 1

PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Kajian:

Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk


membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah
kajian biasa digunakan dengan makna pengutipan data (data collection). Ahliahli politik menyatakan mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahliahli perniagaan

memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang

produk yang mereka jual atau pasarkan.

Dalam kajian, pengutipan data adalah sangat penting kepada hala tuju masa depan
penyelidik atau organisasi/ institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang
menaja sesuatu kajian itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah
pendidikan dikaji oleh para guru untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau
ilmu baru yang boleh membantu guru-guru meningkatkan prestasi mereka dan anakanak didik mereka.

Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang
mana pada akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya
data ini tidak dapat ditafsir dengan baik, proses ini tidak boleh dianggap sebagai
satu kajian. Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik
berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan
sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu atau
beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian akan dibuat
1
dengan menggunakan hubungan yang logik dan tidak hanya berlandaskan
kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata untuk dilihat atau dibaca. Hubungan
logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan dan
penghasilan data, memberikan penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian,
menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala
batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

1.2

Penyataan Masalah Kajian:

Setiap mata pelajaran dalam kurikulum sekolah mempunyai sumbangan yang


tersendiri terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi mental dan fizikal. Tetapi
tujuan setiap mata pelajaran itu tetap sama iaitu mewujudkan individu-individu yang
bermoral tinggi, sihat, berkemahiran, berbahagia dan beraza m untuk mengekalkan
cara hidup yang diingini. Negara kita akan terjamin masa hadapannya dan namanya
akan menjadi lebih harum lagi sekiranya rakyat menghayati sifat-sifat tersebut.

Begitulah tujuan pendidikan jasmani sama seperti mata pelajaran lain. Otak yang
waras terletak dalam badan yang sihat.

Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang penting dalam sistem
pendidikan di negara kita. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada
pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian
dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang
bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui
pendekatan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar
menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini
Pendidikan Jasmani yang diajar terutama disekolah rendah perlu lebih menumpukan
kepada pembinaan kemahiran asas.

Menurut Fletcher, dalam bukunya Frobels Chief Writing on Education,


menegaskan bahawa melalui Pendidikan Jasmani,kanak-kanak dapat mencuba
sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada
perkembangan fizikal,intelek,sosial dan sebagainya. Pendapat ini disokong oleh
Lowenfield, seorang ahli psikologi. Dalam bukunya, Play In Childhood, beliau
menegaskan

bahawa

kegiatan-kegiatan

Pendidikan

Jasmani

membantu

menyuburkan perkembangan diri seseorang.

Tujuan tersebut tidak akan tercapai jika pelajarannya disusun supaya murid-murid
menerimanya secara pasif sahaja. Untuk memainkan peranan para guru mesti

menyampaikan pelajarannya secara aktif dan menyeronokkan. Dari aspek ini,


Pendidikan Jasmani adalah unik. Hampir semua pelajarannya melibatkan kegiatan
yang aktif.

Kita boleh mentakrifkan Pendidikan Jasmani sebagai proses pengajaran atau


pembelajaran yang terkawal. Ini keseluruhannya tertumpu kepada perkembangan
tubuh badan murid-murid termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental secara
terjalin. Dengan menumpukan kegiatan yang bertujuan memupuk proses sosialisasi
kita, secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh
dan sempurna di kalangan murid-murid sekolah. Serentak itu, perkembangan
berbagai-bagai kebolehan psikomotor dan daya fizikal menggalakkan penggunaan
masa lapang secara yang berfaedah. Di antara kemahiran yang terdapat dalam mata
pelajaran pendidikan jasmani ialah kemahiran asas dalam olahraga.
Olahraga menurut istilah kamus dewan, bermaksud latihan gerak badan dan sukan
yang memerlukankan kekuatan dan kelajuan seperti melompat, berlari, melontar
benda dan sebagainya. Sejak dahulu lagi manusia sudah pandai melompat lebih
tinggi, berlari lebih pantas dan melontar benda lebih jauh. Kebolehan dan kemahiran
mereka dalam olahraga tidak sama antara satu sama lain. Acara lari pecut ialah salah
satu daripada kemahiran olahraga.

Acara larian pecut memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang
tinggi. Selain itu, pelari juga perlu memiliki teknik mulaan yang baik. Terdapat dua
teknik mulaan iaitu mulaan berdiri dan mulaan dekam. Teknik mulaan yang paling

popular ialah mulaan dekam. Mulaan dekam pula mempunyai tiga posisi iaitu gaya
peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Permulaan gaya dekam ini amat
bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah yang dibuat
kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika menyesuaikan kedudukan anggota
badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. Oleh itu, tujuan kajian ini dibuat
untuk memberi kemahiran tentang kedudukan kaki terutamanya lutut dan hujung jari,
badan diparas yang sesuai dan kedudukan kepala terutamanya arah pandangan mata
serta kedudukan jari semasa membuat mulaan dekam. Selain itu, murid-murid juga
akan diajar cara-cara memberi penumpuan tentang bila dan bagaimana untuk
memulakan larian semasa pertandingan.

Bertitik tolak daripada masalah di atas telah mendorong saya untuk membuat kajian
dengan tujuan untuk mengenalpasti punca masalah ini dan bagaimanakah cara yang
berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran ini.
Untuk kajian ini langkah-langkah yang akan digunakan ialah kaedah ansur maju.
Sebagaimana yang kita tahu kaedah ini biasa digunakan dan ianya amat praktikal dan
berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran yang terdapat dalam Pendidikan
Jasmani. Pada prinsipnya ansur maju merupakan elemen yang paling penting dalam
merancang program latihan yang melibatkan pergerakan. Latihan mestilah secara
progresif. Jika beban latihan ditambahkan dengan cepat, badan tidak dapat
menyesuaikan dirinya menyebabkan individu jatuh sakit/cedera. Beban latihan yang
terkawal akan mempastikan kadar ansur maju yang berterusun akan dapat
mengelakkan bahaya daripada latihan yang berlebihan.

1.3

Tujuan Kajian:

Tujuan kajian adalah untuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah


rawatan dan ansur maju dalam meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut bagi
murid-murid Tahun 5 Cempaka Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru, Johor Bahru,
Johor.

1.4

Objektif Kajian:

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:


a. Mengenalpasti kaedah yang boleh meningkatkan jangkauan semasa melakukan
permulaan larian pecut.
b. Meningkatkan jarak jangkauan permulaan larian pecut pelajar - pelajar Tahun 5
Cempaka.
c. Memastikan pelajar-pelajar Tahun 5 Cempaka menggunakan teknik lakuan yang
betul semasa membuat permulaan larian.
d. Meningkatkan keupayaan jarak jangkauan permulaan larian pecut pelajar pelajar Tahun 5 Cempaka.

1.5

Persoalan Kajian:

Bagi membolehkan objektif-objektif di atas dapat dicapai, kajian ini cuba menjawab
persoalan-persoalan berikut:
a. Adakah kaedah atau teknik yang digunakan berkesan untuk meningkatkan
lonjakan permulaan larian pecut?
b. Adakah pelajar - pelajar Tahun 5 Cempaka mampu melakukan penambahbaikan
lonjakan permulaan larian pecut?
c. Adakah lonjakan permulaan larian pecut pelajar pelajar Tahun 5 Cempaka
bertambah baik?

1.6

Kepentingan Kajian:

1. Membantu meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai kemahiran larian


pecut.
2. Diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru di sekolah rendah.
3. Dapat menyedari kepentingan kaedah atau teknik yang sesuai di kalangan guru
di sekolah rendah.
4. Membantu para jurulatih sekolah dalam menentukan latihan sesuai.
5. Memberi panduan kepada pihak pengurusan sekolah untuk penambahbaikan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

1.7

Batasan Kajian:

Kajian ini merupakan kajian yang terhad kerana hanya melibatkan sebuah sekolah
rendah sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru. Sampel kajian dipilih dari
kalangan pelajar Tahun 5 Cempaka. Sebuah kelas terlibat membabitkan 30 orang
pelajar. Secara keseluruhan pelajar yang terlibat terdiri daripada 20 pelajar lelaki dan 10
orang pelajar perempuan yang memiliki tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda
yang hampir sama.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan:

Bab ini akan menghuraikan tentang kajian-kajian lepas yang pernah dilaksanakan
oleh pengkaji-pengkaji terdhualu. Dengan ini, pengkaji terkini boleh merujuk dan
menjadikan kajian-kajian lalu sebagai garis panduan ketika merancang dan
melaksanakan kajian.

2.2

Tinjauan Literatur:

Menurut Asiah Abu Samah, 1993, Pendidikan Jasmani adalah merupakan


matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang dimiliki kesepaduan di antara
domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan
penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan
seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.

Menurut Wee Eng Hoe, 2005, Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses
pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti
psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan
diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti
fizikal yang dijalaninya.

Acara lumba lari pecut 100 meter adalah acara yang terpendek sekali dalam olahraga
kerana bermula dan selesai dalam kira-kira 10 saat sahaja. Tetapi acara pecut 100meter
ini merupakan acara yang paling ditunggukan ketika Sukan Olimpik kerana acara ini
merupakan acara final atau penutup tirai Sukan Olimpik. Larian pecut 100meter ini
dikatakan sebagai pengukur kelajuan terpantas yang bolah dicapai oleh manusia. Peserta
dalam acara sebegini disifatkan sebagai human machine kerana mereka dilatih
sepanjang tahun hanya untuk memecahkan rekod dunia. Pada mulanya larian ini
dijalankan di atas rumput dan jarak asalnya adalah 100ela atau 91.44m dan bukan
100meter. Bagaimanapun apabila dunia mula mengamalkan sistem metrik maka jarak
lumba lari ini ditukar menjadi 100meter. Sebelum tahun 1887 peserta larian 100meter
ini memulakan larian dengan berdiri di permukaan garisan dan bukannya menggunakan
starting blocks atau blok pelepas seperti sekarang.

Pada tahun 1887, Charles Sherill dari Amerika Syarikat telah menggali lubang
yang kecil di mana beliau sendiri berdiri di dalamnya untuk memulakan perlumbaan.
Beliau sebenarnya merupakan pencetus larian dengan menggunakan starting blocks'.
Dengan menggunakan blok pelepas, peserta dikatakan dapat memulakan larian dengan

10
lebih berkesan. Charles juga tidak berdiri semasa memulakan larian tetapi
membongkokkan badan dengan kedua-dua belah tangan mencecah trek larian. Bermula
dari teknik inilah dan dengan sedikait perubahan kesemua atlet dunia hari ini dari
peringkat kejohanan dunia hinggalah ke perlumbaan sekolah menggunakan blok pelepas

sebagai pemulaan larian. Pada tahun 1928 dan 1929 dua jurulatih dari Amerika Syarikat,
George Bresnahan dan William Tuttle telahpun mencipta blok pelapas yang moden.
Bagaimanapun mereka juga menggunakan konsep yang pada awalnya adalah lubang
kecil yang digali oleh Charles Sherill pada tahun 1887. Pada tahun 1937 Persekutuan
Atlet Amatur Antarabangsa Dunia telah mengiktiraf penggunaan blok pelepas tersebut.
Pada tahun 1938 persekutuan itu telah mengetatkan peraturan larian tersebut dari segi
mencatat rekod. Persekutuan ini mahu faktor angin dipertimbangkan dalam
mengiktirafkan sesuatu rekod. Ini kerana dipercayai bahawa angin kuat dapat menolong
atlet mencatatkan rekod yang lebi handal. Jadi untuk mengetahui apa sebenarnya
keupayaan manusia dalam larian pecut maka mereka mestilah melakukan tanpa bantuan
angin.

Persekutuan itu juga menggubal undang undang yang mengatakan bahawa


rekod larian tidak akan diiktiraf jika larian itu dijalankakn tanpa menggunakan meter
pengukur kelajuan angin. Kelajuan maksima untuk tail wind ini adalah 2 saat. Jika
tiupan angin lebih kencang walaupun kelajuan larian memecah rekod tetapi rekod ini
tidak akan diiktiraf.

11
Peralatan elektronik pertama digunakan untuk mengukur kelajuan larian peserta
100m ialah sebelum tahun 1930-an. Alat alat ini menjadi semakin canggih dari
setahun ke setahun dan pada tahun 1997 hanya alat elektronik yang digunakan untuk
mengukur masa larian peserta. Sebelum itu para pencatat masa menggunakan jam

detik atau stop watch. Dan ukuran ini mungkin sekali kurang tepat. Alat elektronik
pula dapat mengira masa yang mana tidak dapat dilakukan dengan jam detik.

Dengan itu Persekutuan Atlet Amatur Antarabangsa mengiktiraf hanya masa yang
diambil menggunakan alat elektronik sahaja yang dianggap tepat untuk memecah
mana mana rekod. Kamera photo finish yang mula digunakan dalam Sukan Olimpik
pada tahun 1932 juga telah membantu para pengadil untuk menentukan siapa
pemenang sebenarnya dengan menggunakan gambar yang diambil ketika peserta 100m
melintas garisan penamat.

Ini adalah amat perlu dalam larian yang mana lebih daripada satu peserta kelihatan
melintasi garisan penamat pada waktu yang lama. Mata kasar mungkin tidak dapat
melihat siapa yang terdahulu. Oleh sebab itu, kamera photo finish harus digunakan.

Kamera ini masih digunakan sehingga ke hari ini tetapi teknologinya menjadi
semakin canggih di mana ia dapat menunjukkan perbezaan sekecil 1/1000 saat. Selain
daripada itu kelajuan atlet atlet yang mengambil bahagian dalam 100m pecut

12
semakin bertambah apabila trek sintetik digunakan. Rekod dunia yang pertama sekali
100 ela di atas trek larian sintetik dilakukan oleh Bob Hayes pada tahun 1963 dan
masa yang dicatatkan adalah 9.1 saat untuk menamatkan larian. Rekod dunia yang
pertama sekali bagi pelari terpantas untuk acara 100m pada tahun 1968 adalah Jin

Hines. Beliau mencatatkakn masa 9.9saat iaitu di Sukan olimpik di Mexico. Rekod
larian terpantas kini dipegang oleh pelari pecut Amerika Syarikat, Maurice Green
dengan catatan masa 9.77 saat.

Acara pecut memerlukan pelari memecut dalam jarak yang dekat, iaitu 100 meter
dan 200 meter. Kesimpulannya, permulaan yang pantas dan kelajuan semasa berlari
sangat memainkan peranan. Sebelum perlumbaaan bermula, para pelari meletakkan kaki
mereka di blok permulaan dalam kedudukan melutut. Apabila tembakan dilepaskan,
mereka melonjak pantas dan memanjangkan langkah apabila mencapai kelajuan yang
penuh. Biasanya, para pelari menjengahkan kepala mereka ke garisan penamat ( torso )
dalam usaha mendapat kemenangan sebaik tiba ke garisan penamat. Acara 200 meter
memerlukan pelari pelari berdiri beberapa meter antara satu sama lain (dalam lorong
bersebelahan) untuk mengimbangi larian di sekeliling satu lengkungan. Kebanyakan
pelari pecut memilih lorong tengah kerana dapat menggelak daripada melalui pusingan
yang sempit di lorong dalam. Pada waktu yang sama, membolehkan mereka melihat
saingan masing masing. Lagi besar saiz badan seseorang pelari itu, dia pastinya akan
memilih lorong di sebelah luar kerana selekoh tidaklah begitu tajam untuk dilepasi.

13
2.3

Rumusan:

Tinjauan Literatur untuk kajian ini amat sukar diperolehi. Kebanyakkan tinjauan
literatur yang diperolehi berbentuk konvensional. Oleh itu, pengkaji cuma

menyenaraikan tinjauan literatur yang berkaitan dengan pendidikan jasmani dan acara
pecut. Ini menyebabkan pengkaji sukar untuk menjadikan tinjauan literatur sebagai
contoh ataupun panduan.

14

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan:

Bab ini akan menghuraikan berkaitan rekabentuk kajian, sampel dan tempat
kajian, instrumen kajian yang digunakan dan juga prosedur mengumpul dan
menganalisa data dengan lebih terperinci.

3.2

Rekabentuk Kajian:

Rekabentuk kajian ialah bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulankumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan
ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Mengikut Creswell (2002),
terdapat lapan reka bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan.
Bentuk kajian pendidikan adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang
gabungan antara kedua-duanya.

Sejak tahun 1930an, pengkaji-pengkaji bidang penyelidikkan dan sainsosial telah


menggabungkan beberapa kaedah kajian untuk mengutip data kajian mereka (Sieber,
1973). Sieber telah mencadangkan gabungan antara kajian kes mendalam dengan
tinjauan yang telah mencipta gaya baru dalam menjalankan kajian , di mana kaedah
kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam satu kajian yang sama. Rasional
menggunakan rekabentuk gabungan ialah untuk memastikan hampir semua faktor yang
mempengaruhi sesuatu keadaan telah dikaji. Hampir keseluruhan variabel boleh dikaji

menggunakan kaedah kuantitatif, tetapi variabel yang tidak dapat dikaji melalui kaedah
ini, boleh dikaji melalui kaedah kualitatif. Dalam rekabentuk kajian kuantitatif ini
menggunakan kaedah rekabentuk eksperimen. Untuk kajian ini pengkaji telah
menetapkan untuk menggunakan rekabentuk kuantitatif.

3.3

Populasi Dan Sampel Kajian:

Gay dan Airasan (2003) mendefinasikan Populasi ialah kumpulan sasaran


pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala
sempel kajian adalah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili satu
populasi.
Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 20 orang murid yang berada di dalam Tahun
Cempaka, Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru. Purata umur sampel ialah 11 tahun dan
terdiri daripada lelaki dan perempuan. Secara keseluruhan kecergasan fizikan dan
kecerdasan mental adalah hampir sama. Kajian ini dijalankan dalam masa pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan di waktu pagi yang dijadualkan sebagai salah
satu keperluan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengkaji juga akan memohon
kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan kajian ini dan
menggunakan kemudahan yang diperlukan demi untuk merealisasikannya. Daripada 20
orang murid tadi mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Sampel Kawalan
dan Sampel Eksperimen. Ini bersesuaian dengan kajian eksperimen. Sampel Kawalan
mengandungi 10 orang murid manakala satu lagi iaitu Sampel Eksperimen
mengandungi 10 orang murid.

3.3.1

Latar Belakang Demografi Responden

Latar belakang
Jantina
3.4

Sampel
Lelaki
Perempuan

1
5
5

2
5
5

Cadangan Rawatan:

Larian pecut adalah satu acara yang dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan
Sukan Kawasan, Daerah , Negeri dan Kebangsaan. Acara ini, sering dinanti nantikan
oleh setiap penonton dalam sebarang kejohanan. Acara ini juga menaikkan nama
seseorang dalam acara olahraga. Peserta peserta sekolah pengkaji sering ketinggalan

17
dalam perlumbaan larian pecut di peringkat Majlis Sukan Sukan Peringkat Kawasan.
Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk mengatasi masalah ini.

Larian pecut memerlukan keupayaan pecutan yang tinggi dan teknik-teknik yang
betul untuk mencapai masa yang baik. Oleh itu, setiap peserta acara pecut mesti
mempunyai keupayaan pecutan yang tinggi dan teknik-teknik yang betul. Pengkaji
mengambil keputusan akan membimbing pelajar dari segi teknik yang perlu ada pada
peserta acara pecut untuk memperolehi masa yang terbaik.

Rawatan akan diberi kepada Sampel Eksperimen untuk memperbaiki permulaan


larian pecut. Kaedah yang digunakan ialah kaedah ansur maju dan latih tubi. Rawatan

ini terbukti berjaya jika jarak jangkauan yang pertama setiap responden bertambah.
Sebelum rawatan dijalankan perkara utama yang di titik beratkan ialah kekuatan otot
kaki dan otot tangan responden. Pengkaji akan menjalankan aktiviti seperti tekan tubi
dan lompatan untuk kekuatan otot tangan dan otot kaki. Ini sebagai persediaan respoden
untuk mendapat rawatan seterusnya.

Rawatan adalah seperti berikut:

Pengkaji akan membuat dua garisan selepas garisan pemulaan larian pecut yang
merupakan sebagai penanda. Garisan di bahagian hadapan adalah untuk kedudukan

18
bahagian kepala pelari. Garisan yang kedua adalah untuk kedudukan bahagian bahu
pelari.

Selain itu, pengkaji juga akan membuat empat garisan sebelum garisan permulaan
larian pecut. Keempat-empat garisan ini digunakan sebagai penanda bagi kaki kiri dan
kaki kanan pelari. Garisan yang pertama adalah kedudukan lutut pelari manakala garisan
yang kedua adalah untuk kedudukan hujung kaki di bahagian belakang. Begitu juga bagi
garisan yang ketiga dan keempat untuk kaki yang satu lagi.

Pengkaji juga akan menggunakan bebanan (bungkusan pasir) yang dipasang di


pergelangan kaki setiap Sampel Eksperimen. Mereka akan berlari beberapa pusingan

sambil memakai bebanan tersebut. Selain itu, Sampel Eksperimen juga akan melakukan
aktiviti melangkah dengan menarik beban menggunakan tiub basikal yang diikat dengan
beban (karung pasir) seberat dua kilo. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan
seterusnya meringankan kaki ketika membuat jangkauan pertama semasa permulaan
larian pecut. Untuk kekuatan otot tangan pula, Sampel Eksperimen akan melakukan
aktiviti menarik beban yang terdiri dari tiub yang diikat di tiang bendera. Selain itu,
mereka akan melakukan aktiviti tekan tubi berulang-ulang.

Pengkaji akan menjalankan kaedah ansur maju dan latih tubi untuk memastikan
responden menguasai kemahiran yang terdapat di dalam rawatan. Masa yang
diperuntukkan untuk menjalankan rawatan ini ialah 300 minit. Pengkaji juga akan
19
menggunakan khidmat 3 orang guru Pendidikan Jasmani. Dengan ini, program rawatan
dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar.

3.5

Instrumen Kajian:

Terdapat 2 instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu:

Instrumen yang pertama ialah Ujian Pra (Penilaian Satu). Ujian Pra (Penilaian Satu)
dilakukan sebelum rawatan dilakukan untuk gaya permulaan larian pecut. Ujian Pra
(Penilaian Satu) digunakan untuk merekod jangkauan pertama setiap responden. Unit

yang digunakan untuk mengukur jangkauan pertama setiap responden ialah sentimeter.
(Rujuk Lampiran A)

Instrumen yang kedua ialah Ujian Pos (Penilaian Dua). Ujian Pos (Penilaian Dua)
dijalankan selepas rawatan dibuat.Ujian Pos (Penilaian Dua) dilakukan untuk melihat
penambahbaikkan jangkauan pertama hasil daripada rawatan yang dilakukan. Ujian Pos
(Penilaian Dua) yang direkod akan digunakan untuk membandingkan dengan data yang
terdapat di dalam Ujian Pra (Penilaian Satu). Sebagaimana Ujian Pra (Penilaian Satu),
Ujian Pos (Penilaian Dua) menggunakan unit sentimeter dalam membuat pengukuran
jangkauan pertama setiap responden.(Rujuk Lampiran B)

20
3.6

Prosedur Pengumpulan Data:

Sebelum prosedur pengumpulan data dijalankan, pengkaji akan menyediakan


borang- Ujian Pra (Penilaian Satu).
Pada peringkat pertama, responden akan diajar menggunakan kaedah biasa dalam
pengajaran dan pembelajaran pemulaan larian pecut. Selepas itu, pengkaji akan
menggunakan Ujian Pra (Penilaian Satu) untuk merekod kemampuan jangkauan yang
pertama setiap responden. Masa yang diperuntukan ialah 120 minit.

Peringkat kedua dan terakhir, Ujian Pos (Penilaian Dua) digunakan di mana
penilaian diberi kepada jangkauan pertama selepas rawatan. Setiap jangkauan yang
dibuat oleh responden akan direkodkan.

Akhirnya, perbandingan di antara Ujian Pra (Penilaian Satu) dengan Ujian Pos
(Penilaian Dua). Di sini penambahbaikan diambil kira samada rawatan yang dibuat
berkesan atau sabaliknya. Masa yang diperuntukan ialah 120 minit.

3.7

Analisis Data:

Dalam kajian ini, data akan diproses mengikut secara eksperimen iaitu membuat
perbandingan daripada data yang diperolehi semasa Ujian Pra dilaksanakan dengan data

21
yang diperolehi daripada Ujian Pos. Di sini penambahbaikkan dan peningkatan dititik
beratkan bagi menentukan keberkesanan rawatan yang telah diberikan. Ujian Pra dan
Ujian Pos ini akan menentukan bahawa rawatan yang dibuat berjaya atau sebaliknya.

Data data yang telah diperolehi di dalam kajian ini telah dianalisisi dengan
mengunakan kaedah analisis statistik yang terdapat di dalam Graph Pad selari dengan
matlamat kajian dan bagi menjawab semua soalan penyelidikan yang telah dinyatakan di
dalam Bab 1.

Kesignifikan ialah aras di mana hipotesis nol ditolak atau diterima. Analisis kajian
memberi tumpuan kepada hubungan signifikan keputusan ujian Pra dan Pos bagi
membandingkan sampel rawatan dan sampel kawalan. Oleh kerana data adalah dari
jenis statistik para matrik dan aras ukuran nisbah, maka ujian t digunakan. Ujian t
digunakan bagi mendapatkan perbezaan di antara sampel eksperimen dan sampel
kawalan. Ujian t digunakan dalam kajian ini bagi melihat apakah terdapat hubungan
yang signifikan atau secara kebetulan antara dua min sampel kawalan dan sampel
rawatan.

3.8

Rumusan:

Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif. Instrumen kajian melibat Ujian


Pra, Ujian Pos dan perbandingan. Oleh itu, data-data yang diperolehi akan dianalisis
oleh pengkaji sendiri. Data-data yang telah dianalisis juga akan menentukan
keberkesanan rawatan yang dilaksanakan oleh pengkaji meningkatkan kemahiran
permulaan larian pecut di kalangan murid-murid Tahun 5 Cempaka di Sekolah
Kebangsaan Majidi Bahru.
.
3.9

Kesimpulan Keseluruhan:

Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu
pihak-pihak tertentu terutamanya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Jurulatih Olahraga
sekolah untuk melahirkan peserta-peserta wakil rumah sukan dan wakil sekolah dan

seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji di
masa akan datang sebagai panduan dan garis panduan atau boleh diubah suai untuk
penambahbaikan bagi menghasilkan kajian yang lebih efektif bersesuaian dengan
situasi, masa dan responden yang dipilih.

23

BAB 4

HURAIAN DAN ANALISIS DATA

4.1

Profil Responden:

Responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang berada di dalam kelas
Tahun 5 Cempaka di Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru. Dalam acara larian pecut,
murid murid ini pernah mengikuti pemilihan dan latihan untuk mewakili rumah sukan
masing masing. Seterusnya, ada yang terpilih mewakili sekolah dalam olahraga,
terutamanya larian pecut bawah 10 tahun ke pertandingan Majlis Sukan Sekolah
Sekolah Daerah Johor Bahru ( MSSD ) 2011. Oleh itu murid murid telah mempunyai
pengalaman dalam proses pemilihan dan latihan bagi acara pecut.

4.2

Analisis Pencapaian :
Sebelum Ujian Pra dijalankan pengkaji membahagikan responden kepada dua
kumpulan iaitu Sampel Kawalan dan Sampel Eksperimen.

4.2.1

Ujian Pra Penilaian Lonjakan Pertama Larian Pecut.

Jadual 4.2.1 : Jadual Ujian Pra Penilaian Lonjakan Pertama Larian Pecut
Sampel Eksperimen
Tempat Pemerhatian : Padang Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru
Masa / Jangka Waktu Pemerhatian : 8.00 a.m. 90.30 a.m ( 1 1/2jam )
Bil

Tahap Lonjakan(cm)
Nama Murid

P1

P2

P3

Jarak Terbaik
(cm)

1.

A. Rifdi Ismad

112

114

114

114

2.

Iskandar Matadar

103

110

107

110

3.

Nahafiz Imran

107

108

105

108

4.

Mohd Akif Razin

110

112

114

114

5.

Mohd Ziyad Razin

110

108

108

110

6.

Jamnah Fatimah

96

98

98

98

7.

Izyan Fatien Abdullah

103

101

105

105

8.

Fatin Izreen

100

98

102

102

9.

Mazurah Kamsani

103

107

108

108

10.

Nor Hanani Amni

109

111

110

111

4.2.1.1

Carta Bar Menunjukkan Ujian Pra Lonjakan Pertama Larian Pecut


Sampel Eksperimen

cm

115
110
105
Jarak Lonjakan
sebelum Rawatan

100
95
90
1 2 3 4 5 6 7 8 9 1

Jadual 4.2.2 : Jadual Ujian Pra Lonjakan Pertama Larian Pecut


Sampel Kawalan

Tahap Lonjakan
Bil.

Nama Murid
P1

P2

( cm )
P3

Jarak Terbaik

1.

Muhd Fahmi

101

107

109

(cm)
109

2.

Muhd Yazid Hamid

103

110

113

113

3.

Muhd Yazid Ismadi

112

115

111

115

4.

Muhd Rayyan Zikri

112

102

105

112

5.

Muhd Shah Nur Malik

112

116

113

116

6.

Fadhilah Faidzal

102

100

102

102

7.

Nor Athirah Bidin

108

98

100

100

8.

Nurul Shamimi

105

100

100

105

9.

Nurul Solehah

92

97

100

100

10.

Nurul Amira Athirah

107

109

109

109

27

4.2.2.1

Carta Bar Menunjukan Ujian Pra Jangkauan Pertama Larian Pecut


Sampel Kawalan

120
115
110
105

Ujian Pra Lonjakan


Sampel Kawalan

100
95
90
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

28
Jadual 4.2.3 : Jadual Ujian Pos Lonjakan Pertama Larian Pecut

Sampel Eksperimen
Tempat Pemerhatian : Padang Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru
Masa / Jangka Waktu Pemerhatian : 8.00 a.m 9.30 a.m ( 1 1/2 jam )

Tahap Lonjakan
Bil.

Nama Murid

1.

A. Rifdi Ismad

P1
122

P2
130

(cm)
P3
124

2.

Iskandar Matadar

112

123

115

123

3.

Nahafiz Imran

123

133

135

137

4.

Mohd Akif Razin

126

132

125

132

5.

Mohd Ziyad Razin

113

128

132

132

6.

Jamnah Fatimah

112

128

122

122

7.

Izyan Fatien Abdullah

119

120

126

126

8.

Fatin Izreen

111

130

127

130

9.

Mazurah Kamsani

113

129

132

132

10.

Nor Hanani Amni

119

129

120

129

Jarak Terbaik
130

29
4.2.3.1

Carta Bar Menunjukkan Ujian Pos Jangkauan Pertama Larian Pecut


Sampel Eksperimen

140
135
130
125

Jarak Lonjakan
Selepas Rawatan

120
115
110
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

30
Jadual 4.2.4: Jadual Ujian Pos Penilaian Jangkauan Pertama Larian Pecut
Sampel Kawalan

Tahap Lonjakan
Bil.

Nama Murid
P1

P2

(cm)
P3

Jarak

1.

Muhd Fahmi

101

112

115

Terbaik
115

2.

Muhd Yazid Hamid

115

114

116

115

3.

Muhd Yazid Ismadi

117

111

112

117

4.

Muhd Rayyan Zikri

111

113

114

116

5.

Muhd Shah Nur Malik

112

116

116

116

6.

Fadhilah Faidzal

108

102

114

114

7.

Nor Athirah Bidin

108

100

101

113

8.

Nurul Shamimi

108

100

108

108

9.

Nurul Solehah

109

100

100

109

10.

Nurul Amira Athirah

107

109

100

107

31
4.2.4.1

Carta Bar Menunjukkan Ujian Pos Lonjakan Pertama Larian Pecut


Sampel Kawalan

118
116
114
112
110
108
106
104
102

Jarak Lonjakan
Ujian

1 2 3 4 5 6 7 8 9 1

32
4.3

Perbandingan Jangkauan Pertama Larian Pecut :

4.3.1

Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos


Sampel Kawalan
Jarak Jangkauan Jarak Jangkauan

Bil.

Nama Murid

Ujian Pra (cm)

Ujian Pos (cm)

Perbezaan
(cm)

1.

Muhd Fahmi

109

115

2.

Muhd Yazid Hamid

113

115

3.

Muhd Yazid Ismadi

115

117

4.

Muhd Rayyan Zikri

112

116

5.

Muhd Shah Nur Malik

116

116

6.

Fadhilah Faidzal

102

114

12

7.

Nor Athirah Bidin

100

113

13

8.

Nurul Shamimi

105

108

9.

Nurul Solehah

100

109

10.

Nurul Amira Athirah

109

107

-2

33
4.3.1.1

Carta Bar Perbandingan Jangkauan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos
Sampel Kawalan

120
100
80

Jarak Lonjakan
Ujian Pra
Jarak Lonjakan
Ujian Pos
Perbezaan

60
40
20
0
-20
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

34

4.3.2

Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama, Sampel Eksperimen


Sebelum Dan Selepas Rawatan.

Bil.

Nama Murid

Jarak Jangkauan

Jarak Jangkauan

sebelum rawatan

selepas rawatan

Perbezaan

(cm)

(cm)

(cm)

1.

A. Rifdi Ismad

114

130

16

2.

Iskandar Matadar

110

123

13

3.

Nahafiz Imran

108

137

29

4.

Mohd Akif Razin

114

132

18

5.

Mohd Ziyad Razin

110

132

22

6.

Jamnah Fatimah

98

122

24

7.

Izyan Fatien Abdullah

105

126

21

8.

Fatin Izreen

102

130

28

9.

Mazurah Kamsani

108

132

24

10.

Nor Hanani Amni

111

129

18

35

4.3.2.1

Carta Bar Perbandingan Jangkauan Sampel Eksperimen Sebelum Dan


Selepas Rawatan

140
120
100

Jarak Lonjakan Sebelum


Rawatan
Jarak Lonjakan Selapas
Rawatan
Perbezaan

80
60
40
20
0

10

36

4.4

Keputusan Analisa Ujian t :


Ujian t sering digunakan untuk menguji hipotesis. Dalam pengujian hipotesis

terdapat dua jenis ujian t yang sering digunakan iaitu ujian satu hujung dan ujian dua
hujung. Kajian ini menggunakan ujian t dua hujung oleh penyelidik bagi mengetahui
adakah rawatan di berikan memberikan sebarang kesan secara signifikan.

4.4.1

Analisa Ujian t Skor Ujian Pra

Analisa Ujian t Terhadap Skor Ujian Pra menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara Sampel Rawatan dan Sampel Kawalan dari segi skor ujian pra
(t = 0.2189 ; t (kritikal) =1.827. Ujian ini menunjukkan bahawa markah Ujian Pra Sampel
Rawatan hampir sama dengan (min = 112.70) berbanding dengan Sampel Kawalan ( min =
112.30)

Jadual 4.4.1.1 Perbezaan Sampel Rawatan dan Sampel Kawalan Dalam Ujian Pra
Subskala
Jangkauan
UJIAN PRA

Subjek

Min

S.Pawai

Nilai t

Sampel 1
Sampel 2

10
10

112.70
112.30

3.27
4.08

0.2189

Nota :
Nilai t kritikal 95% ( df = 9) = 1.827
df = Darjah kebebasan , ns = Tidak Signifikan pada aras p < 0.8316, df = 9, s = Signifikan.

37

4.4.2

Analisa Ujian t Skor Ujian Pos

Analisa ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara Sampel


Rawatan dan Sampel Kawalan dari segi skor ujian pos ( t = 16.8747 ;
t ( kritikal) = 1.120. Ujian ini menunjukkan bahwa markah Ujian Pos Sampel Rawatan
lebih baik (min = 131.90) berbanding dengan Sampel Kawalan ( min = 113.00)

Jadual 4.4.2.1 Perbezaan Sampel Rawatan dan Sampel Kawalan Dalam Ujian Pos
Subskala
Jangkauan
UJIAN POS

Subjek

Min

S.Pawai

Nilai t

Sampel 1
Sampel 2

10
10

131.90
113.00

3.65
3.60

16.8747

Nota :
Nilai t kritikal 95% ( df = 9) = 1.120
df = Darjah kebebasan , ns = Tidak Signifikan, s = Signifikan pada aras p < 0.0001, df = 9.

38

4.5

Kesimpulan:

Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan Ujian Pra, didapati terdapat sedikit
perbezaan tetapi tidak ketara lonjakan permulaan Sampel Eksperimen berbanding Sampel
Kawalan kerana kedua-dua kumpulan tidak menerima sebarang rawatan. Berbanding
dengan analisis Ujian Pos, setelah Sampel Eksperimen menerima rawatan didapati
perbezaan amat ketara dari segi ukuran lonjakan permulaan berbanding dengan Sampel
Kawalan yang tidak menerima rawatan perbezaan .Dapatan kajian ini menunjukkan
terdapat perbezaan tetapi dalam jumlah yang kecil di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Oleh
itu, rawatan dan kaedah ansur maju serta latih tubih amat berkesan digunakan untuk
melatih murid-murid Tahun 5 Cempaka (Sampel Eksperimen) dari Sekolah Kebangsaan
Majidi Bahru, Johor Bahru, Johor. Ini dapat dibuktikan lagi apabila didapati data pada
Ujian Pra Sampel Eksperimen dengan Sampel Kawalan tidak banyak perbezaan kerana
pencapaian kedua-dua kumpulan hampir sama dalam lonjakan permulaan larian pecut.
Manakala dalam Ujian Pos data yang dikumpul menunjukkan terdapat perbezaan yang
ketara di antara pencapaian Sampel Eksperimen berbanding Sampel Kawalan. Ini kerana
Sampel Eksperimen telah mendapat rawatan yang berkesan.

39

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan:

Kajian ini telah dilaksanakan terhadap murid-murid kelas 5 Cempaka Sekolah


Kebangsaan Majidi Bahru, Johor yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 murid
perempuan. Kajian ini dilaksanakan selama empat minggu yang melibatkan pengumpulan
data, rawatan dan analisis data. Kajian ini telah mendapat sokongan daripada pihak sekolah
terutamanya pentadbir dan guru-guru. Seramai tiga orang guru telah membantu untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengumpulan data dan rawatan yang
dijalankan oleh pengkaji. Proses pengumpulan data seperti Ujian Pra dan Ujian Pos serta
rawatan telah dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru. Akhirnya, pengkaji
telah menggunakan program Excel dan program GraphPad

untuk membantu dalam

perkara-perkara menganalisa data.

5.2

Ringkasan Kajian:

Kajian ini dilakukan bagi melihat keberkesanan pengunaan latihan atau rawatan dalam
lonjakan permulaan larian pecut. Tempat kajian ini dijalankan di padang Sekolah

Kebangsaan Majidi Bahru, 81100 Johor Bahru . Johor. Responden kajian ini ialah murid
Tahun 5 Cempaka sekolah tersebut. Sampel kajian diambil daripada satu kelas bagi
memudahkan kajian ini dijalankan dan murid murid ini berpengalaman dalam larian
pecut, untuk mewakili rumah sukan dan sekolah.

Instrument kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pos. Penyelidik telah berbincang
dengan penyelia kajian ini mengenai skrip ujian pra, ujian pos dan rawatan yang telah
dirancang. Borang ujian pra dan ujian pos ditunjukkan kepada penyelia terlebih dahulu bagi
mendapatkan pengesahan.

Tujuan kajian ini ialah untuk membuat perbandingan dua kumpulan dua kumpulan.
Oleh bagi tujuan ini kerana data dikutip dalam bentuk matrik dengan aras ukuran nisbah,
maka data-data diterjemahkan dalam bentuk graf bar supaya lebih mudah difahami.
Instrument kajian yang telah digunakan terdiri daripada ujian pra dan ujian pos .. Kesemua
analisis digunakan dengan bantuan program GraphPad.

41

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian:

Berdasarkan dapatan kajian kuantitatif didapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi
jangkauan pertama acara pecut di antara Sampel Eksperimen berbanding Sampel Kawalan.

Ini dibuktikan dengan data dan carta bar serta analisis ujian. Didapati bahawa kaedah
rawatan, ansur maju dan latih tubi amat berkesan dalam melatih atlet yang terlibat dengan
acara pecut khususnya dalam memulakan larian. Teknik permulaan samada teknik berdiri
atau teknik dekam, amat penting dalam menyediakan seseorang atlet acara pecut. Ini
melibatkan kedudukan postur tubuh badan, kekuatan otot yang terlibat iaitu kaki dan
tangan.

Kekuatan kaki amat penting terutamanya semasa menolak atau menendang apabila
memulakan larian. Manakala kekuatan tangan penting semasa melakukan dekaman di mana
seluruh berat badan atlet akan berada di tangan di samping kepala yang melihat laluan atau
lorong yang akan dilaluinya. Oleh itu, latihan amat penting dengan teknik yang betul serta
berterusan. Latihan yang dibuat perlulah dilakukan dengan terancang dan sistematik
dengan menggunakan teknik yang betul iaitu teknik ansur maju dan latih tubi. Bertujuan
supaya setiap kemahiran dapat dikuasai dengan baik dan betul serta kekal dalam ingatan
seseorang atlet bagia setiap kemahiran yang telah diajar atau ditunjukkan. Di samping itu,
ansur maju dan latih tubi dapat membantu atlet memperbetulkan setiap kemahiran secara
berperingkat-peringkat. Akhirnya, para atlet akan dapat melakukan kemahiran itu dengan
cara yang terbaik.

42

5.4

Cadangan Kajian:

Berdasarkan dapatan analisis kajian yang telah bincangkan pada para 5.3, beberapa
cadangan ingin dikemukan dengan harapan ianya dapat memberi sumbangan dan panduan

ke arah peningkatan penguasaan kemahiran permulaan larian pecut kepada murid-murid


dan guru-guru.

Penggunaan kaedah rawatan yang dijalankan amat berkesan kepada murid-murid yang
terpilih dalam acara pecut seperti 100 meter dan 200 meter peringkat sekolah dan daerah.
Oleh itu, peserta-peserta acara pecut boleh menggunakan aktiviti-aktiviti yang terdapat
dalam rawatan untuk meningkatkan kemahiran memulakan acara pecut.

Selain itu, kaedah rawatan ini boleh menjadi panduan kepada guru atau jurulatih di
peringkat sekolah dan daerah untuk melatih dan membimbing para atlet masing-masing.
Ianya amat mudah dilaksanakan dengan peralatan yang mudah didapati atau dibuat.
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam rawatan tidak terlalu membebankan para atlet.

Kajian ini juga boleh dibuat penambahbaikan jika masih terdapat kekurangan dan
kelemahan. Ini boleh dilakukan oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan acara
pecut atau kejurulatihan olahraga samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Dengan
ini mereka akan dapat menghasilkan kajian yang benar-benar lengkap dan efektif

43

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan:

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat kuatitatif bagi
mengenalpasti keberkesanan terhadap kaedah rawatan dalam permulaan acara pecut. Kajian

ini merupakan kajian berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil dan masa
kajian yang terhad, iaitu empat minggu. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar
aspek-aspek berikut dapat diberikan pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian
lanjutan berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan ini pada masa akan datang.

Pengkaji lain boleh mempeluaskan lagi kawasan dari satu kelas kepada beberapa kelas
atau aliran yang melibatkan kelompok murid perempuan dan lelaki yang ramai. Selain itu,
kajian boleh dijalankan kepada atlet-atlet yang mewakili rumah sukan dan sekolah. Lebih
luas lagi, kajian boleh dibuat kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan pusat-pusat
pengajian tinggi secara keseluruhan.

Masa yang diperuntukkan bolehlah ditambah agar dapat melihat keberkesanan rawatan
dan teknik yang digunakan iaitu ansur maju dan latih tubi. Ini dapat memberi masa yang
lebih kepada Sampel Eksperimen melakukan setiap kemahiran yang terdapat dalam
rawatan dengan lebih sempurna. Jika peruntukan masa dapat ditambah pelbagai jenis
rawatan boleh disediakan selain daripada yang telah disediakan di atas oleh pengkaji dan
diaplikasikan kepada responden atau sampel eksperimen.

44
Pengkaji ingin mencadangkan juga supaya kajian dapat dijalankan dalam kemahirankemahiran lain seperti langkahan larian acara pecut. Ada yang menyatakan kekerapan
langkahan membolehkan kelajuan larian seseorang itu bertambah. Seterusnya, kajian juga
boleh dibuat khusus kepada kemahiran menamatkan perlumbaan acara pecut. Menamatkan

sesuatu acara pecut amat penting di atas kejayaan seseorang atlet acara pecut terutamanya
dalam menentukan kedudukan tempat.

Akhir sekali, kajian ini bolehlah dibuat menggunakan kaedah gabungan di antara
kuantitatif dan kualitatif. Kaedah gabungan ini akan lebih berkesan kerana fokus juga boleh
diberi kepada kedudukan tubuh badan kumpulan eksperimen. Kedudukan tubuh badan
terutama dari segi teknik amat penting untuk memulakan larian pecut. Di samping kaedah
kualitatif yang menekankan nombor atau data seperti yang terdapat dalam kajian ini.
Kaedah gabungan dapat menghasilkan sesuatu kajian dengan lebih tepat dengan adanya
kombinasi antara gambar dan data tentang Sampel Eksperimen.

45
RUJUKAN:

David Lim Chong Lim, Nor Azizah Salleh, Saat Md Yasin, Mohd Kidin Sharan,
Alias Mohd Yatim, Abdul Razak Habib ( 2006 ). HBEF2503 Kaedah
Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. UNITEM Sdn. Bhd.
Hanif Hanafi ( 1995 ). Olahraga .Kuala Lumpur. Pustaka Cita Tinggi.
Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjura Publications Sdn. Bhd.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3.

Mahamad Amran Kamsi ( 2005 ) Olahraga . Petaling Jaya. Alpha Sigma Sdn. Bhd.
Shaifol Bahary, Hasnul Faizal. (2009). HBEF 4303: Kajian Tindakan
Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan,Hasnul Faizal Hushin Amri, (2007),
HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur, UNITEM Sdn. Bhd.
Shamsul Mohd Shariff,Mohd Sofian ,Omar Fauzee, Shahrizat Yusof (2002 )
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4.Dewan Bahasa
dan Pustaka,Primeprin Sdn Bhd Selangor Darul Ehsan
Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga:
Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.
Teng Boon Tong (1991). Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah. Selangor.
Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan.
Karisma Publication Sdn. Bhd.

46
LAMPIRAN:
Lampiran A
Jadual Ujian Pra Penilaian Lonjakan Pertama Larian Pecut (Sampel Eksperimen)

Tempat Pemerhatian :
Masa / Jangka Waktu Pemerhatian :
Tahap Lonjakan (cm)
Bil.

Nama Murid

P1

P2

P3

P4

Jarak Terbaik
P5

(cm)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tandatangan :
Nama Penguji:

Tarikh:
47

Lampiran A
Jadual Ujian Pra Lonjakan Permulaan Larian Pecut (Sampel Kawalan)

Tahap Jangkauan(cm)
Bil.
1.

Nama Murid

P1

P2

P3

P4

Jarak Terjauh
P5

(cm)

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tandatangan :
Nama Penguji:

Tarikh:

48
Lampiran B
Jadual Ujian Pos Jangkauan Pertama Larian Pecut (Sampel Eksperimen)
Tempat Pemerhatian :

Masa / Jangka Waktu Pemerhatian :


Tahap Jangkauan (cm)
Bil.

Nama Murid

P1

P2

P3

P4

Jarak Terjauh
(cm)

P5

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tandatangan :
Nama Penguji:

Tarikh:

49
Lampiran B
Jadual Ujian Pos Penilaian JangkauanLonajakan Pertama Larian Pecut (Sampel Kawalan).

Tahap Lonjakan (cm)

Jarak Terjauh

Bil.

Nama Murid

P1

P2

P3

P4

P5

(cm)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tandatangan :
Nama Penguji:

Tarikh:

50
Lampiran C
Jadual Perbandingan Lonjakan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos Sampel Kawalan

Bil.

Nama Murid

Jarak Lonjakan

Jarak Lonjakan

Perbezaan

Ujian Pra (cm)

Ujian Pos (cm)

(cm)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tandatangan :
Nama Penguji:

Tarikh:

51
Lampiran C
Jadual Perbandingan Lonjakan Pertama, Sampel Eksperimen Sebelum Dan Selepas
Rawatan.

Bil

Nama Murid

Jarak Lonjakan

Jarak Lonjakan

sebelum rawatan

selepas rawatan

Perbezaan

(cm)

(cm)

(cm)

.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tandatangan :
Nama Penguji:

Tarikh:

52
Lampiran D
Jadual Perbezaan Sampel Rawatan dan Sampel Kawalan Dalam Ujian Pra
Subskala

Subjek

Min

S.Pawai

Nilai t

Jangkauan

53
Lampiran E
Jadual Perbezaan Sampel Rawatan dan Sampel Kawalan Dalam Ujian Pos
Subskala
Jangkauan

Subjek

Min

S.Pawai

Nilai t

54
Lampiran F
Jadual Latar Belakang Demografi Responden
Latar belakang
Jantina

Sampel
Lelaki
Perempuan

55

Vous aimerez peut-être aussi