Vous êtes sur la page 1sur 20

FAKULTI : PENDIDIKKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN JANUARI / 2014

KOD KURSUS HBMT3203_V2SMP

TAJUK KURSUS TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART 1V TUTOR PN. FADZILAH BINTI ABDULLAH

DI SEDIAKAN OLEH NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : : : : :

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800001 770805035800 0129601122 anizadib@yahoo.com KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

1.0

PENGENALAN Allah telah menurunkan al-Quran sebagai panduan dan sumber rujukan kepada

manusia untuk menjalani kehidupan di dunia. Selain daripada itu, hadis, ijma, dan qias menjadi sumber rujukan seterusnya. Jadi, menjadi lumrah dan fitrah manusia memerlukan sumber dan panduan dalam setiap perkara yang hendak dilakukan. Justeru, daripada perspektif pendidikan sumber ini dipanggil sumber pengajaran dan pembelajaran yang mana sumber ini digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini bukan semestinya perlu disediakan oleh guru, malah murid juga boleh menyediakannya seperti membawa akhbar ke kelas. Akhbar tersebut boleh digunakan oleh guru sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Menurut istilah bahasa Melayu sumber bermaksud asal, mula, dan punca1. Manakala menurut istilah bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua kebanyakkan rakyat Malaysia iaitu source yang bermaksud a person, book, or document that provides information2. Manakala menurut ( Yusof :1992 ) Definisi bahan sumber ialah peralatan atau perkakasan dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong dan mengendalikan sendiri proses pdp.

Jika dilihat daripada perspektif pendidikan, sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah sebarang penerbitan, gambar, carta, objek, alat, radas, perkakas, model atau kemudahan yang berperanan untuk memudahkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.
1 2

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 1541 Oxford Advanced Learnerners Dictionary International Students Edition. (2006). Oxford University Press: New York. Hlm. 1409

~1~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer. Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 198013 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware

Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan penghargaan. sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

~2~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.

Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

1.1

Tujuan Penggunaan Bahan Sumber Berikut tujuan penggunaan bahan sumber secara ringkas.

Rangsangan Kemahiran psikomotor Kefahaman dan interpretasi maklumat Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media

Kemahiran interpersonal dan intrapersonal

Tujuan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

Keseronokan dalam pembelajaran

Peningkatan daya ingatan

Peningkatan kreativiti Peningkatan motivasi

Kemahiran berfikir

~3~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

2.0

Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru

dilaksanakan, pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami isi pelajaran dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka. Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna (Romiszowski,A.J. 1964). Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.

Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. Sumber pengajaran dan pembelajaran (SPP) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Oleh yang demikian, SPP amat penting untuk membantu guru menyampaikan ilmu dan murid menerima ilmu secara berkesan. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.

~4~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

Penggunaan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif.

Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran. Oleh yang demikian, penggunaan SPP dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk meneguhkan pemahaman dan ingatan murid terhadap sesuatu isi pelajaran yang berkesan. Secara tidak langsung, murid akan dapat menerima ilmu tersebut dengan lebih berkesan.

2.1

Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berdasarkan Topik Yang Dipilih Tugasan ini merangkumi penghasilan dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

dalam matapelajaran matematik untuk pelajar tahun 5 dan tahun 6. BBM yang dibina juga selari dan sesuai dengan kemahiran dan objektif yang dipilih. Ia amat penting untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan dan bermakna terhadap pelajar.Tugasan ini memerlukan saya menghuraikan kepentingan sumber pengajaran dan pembelajaran, berdasarkan topik yang dipilih. Topik yang dipilih ialah topik pecahan dan tajuknya ialah Penambahan Nombor bercampur dengan penyebut yang sama. Masa Pengajaran dan Pembelajaran ialah 30 minit. Antara sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah media elektronik dan media bukan elektronik. Media elektronik yang digunakan antaranya ialah komputer dan LCD iaitu penggunaan powerpoint dalam pengajaran, manakala bukan elektronik pula ialah bahan bercetak iaitu gambar yang mengandungi soalan ( Jigsaw Puzzle ). Semua murid adalah berbeza dari segi keperluan,minat dan kebolehan. Cara mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan,keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Oleh yang demikian pembelajaran kaedah terus

~5~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

iaitu hanya melalui penyampaian guru tidak mencukupi untuk memberi pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Sumber pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah 2.1.1 Menarik minat murid

Perisian Microsoft Power Point mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana dapat meningkatkan pemindahan maklumat. Antara kelebihan penggunaan perisian Microsoft Power Point ialah mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat pelajar dan penonton secara spontan. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Melalui cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

2.1.2

Kemahiran Berfikir Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari

maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dll semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan secara aktif dalam proses P&P. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada,

~6~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

murid akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disamapaikan dalam pembelajaran. 2.1.3 Keseronokan Dalam Pembelajaran Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi P&P dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Contohnya penggunaan bahan permainan seperti jigsaw puzzle akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut. 2.1.4 Meningkatkan Daya Ingatan Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai.Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut. 2.1.5 Memberi Peluang Bekerjasama Dalam Kumpulan. Aktiviti Permainan Jigsaw Puzzle memberi peluang kepada murid untuk bekerjasama antara ahli menyiapkan tugasan yang diberi. Kerjasama dalam kumpulan amat penting bagi menjayakan tugasan yang diberi dengan cepat dan tepat.

~7~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

3.0

Impak Kepada Integrasi

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahanbahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenisjenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.

Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian muridmurid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa , 3% daripada deria bau. ( Mok Soon Sang, Lee Shok Mee : 1986 )

Berdasarkan kajian di atas, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran, terutama bagi murid-murid di sekolah rendah. Bagi murid-murid dalam lingkungan umur 6 12 tahun , mereka masih banyak bergantung kepada

pengalaman-pengalaman konkrit dan banyak menggunakan deria pandang dan dengar

~8~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian sumber pengajaran dan pembelajaran ( bahan bantu mengajar ) khasnya alat pandang dengar, memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas.

3.1

Kelebihan Bahan Sumber Yang Digunakan

Bahan Sumber yang digunakan ialah persembahan power point. Disebabkan saya kurang mahir dalam ICT, ia mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan slaid ini. Beberapa orang rakan sekerja membantu dari segi memberi idea dan pandangan mengenai sumber yang disediakan.

Perisisan Microsoft Power Point mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam blik darjah kerana mampu meningkatkan pemindahan maklumat. Antara kelebihan penggunaan perisian microsoft power point ialah mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat murid dan penonton secara spontan. Selain itu, power point juga boleh digunakan sebagai alat persembahan.

Seterusnya Power Point boleh digunakan untuk proses Pengajaran danPembelajaran untuk kumpulan besar seperti kuliah, kumpulan kecil

seperti perbincangan atau tutorial dan individu iaitu melalui Pembelajaran Individu.Penggunaan Power Point juga membolehkan pengguna membuat pindaan, tambahatau membina slaid baru semasa persembahan dijalankan dan boleh menyediakansalinan utama ( Master ) untuk membuat bahan tayangan transperansi Penggunaan Jigsaw Puzzle sebagai bahan pengayaan dapat menarik minat murid untuk terlibat dalam aktiviti kumpulan. Gambar yang menarik dan soalan yang dikemukakan dapat mengukuhkan lagi kemahiran murid dalam tajuk yang dipelajari. Penghasilan papan jigsaw puzzle ini telah dibina sendiri dan ianya dapat di ubah

~9~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

suai mengikut kesesuai tajuk yang hendak digunakan. Untuk membuat jigsaw puzzle ini tidak memerlukan kos yang banyak.

Murid-murid seronok dan teruja untuk mengikuti aktiviti permainan ini. Setiap kumpulan berusaha untuk menjadi kumpulan yang terbaik dan terawal menyiapkan tugasan yang diberikan.

3.2

Kelemahan Bahan Sumber Yang Digunakan.

Penggunaan power point perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid. Selain itu guru Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap. Disebabkan tempat yang terhad, guru terpaksa mengadakan pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal sains kerana hanya di makmal sains sahaja terdapat LCD Projektor.

Guru juga Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan. Tempat yang sesuai amat di perlukan agr paparan yang di pncarkan dapat dilihat dengan jelas oleh murid. Kelemahannya di sini ialah, semasa pengajaran dan pembelajaran, LCD yang digunakan kurang jelas . Oleh yang demikian kemungkinan ianya mengganggu tumpuan dan penglihatan murid. Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan eye contact dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar.

4.0

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat dua sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan iaitu Tutorial menggunakan power point dan juga alat permainan Jigsaw Puzzle.

~10~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

4.1

Tutorial Power Point

Catatan : Paparan keseluruhan rujuk lampiran dan cd yang dibekalkan.

Rajah 1 : Contoh paparan tutorial dalam Power Point

4.2

Langkah Penyediaan Permainan Jigsaw Puzzle 1. Langkah Pertama, mencari beberapa gambar yang menarik, dan dicetak dalam saiz A4. 6 gambar disediakan untuk 6 kumpulan murid.

~11~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

2. Gambar tersebut di potong kepada 12 bahagian kecil. Lebihan potongan dijadikan bingkai ataupun tapak untuk cantuman Jigsaw Puzzle dan ditampal di atas kertas warna.

~12~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

3. Sebelum gambar tersebut dipotong kecil, soalan di tulis di belakang gambar tersebut dan jawapan ditulis diatas tapak jigsaw Puzzle

~13~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

4. Jigsaw Puzzle sudah siap dibina. Ianya diteruskan dengan gambar-gambar yang seterusnya.

~14~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

4.2.1 Syarat Permainan Jigsaw Puzzle Aktiviti dilakukan dalam kumpulan Jigsaw Puzzle ialah cantuman gambar yang dipotong Untuk mencantum gambar tersebut, setiap ahli kumpulan diminta mengira dan menunjukkan bukti pengiraan dalam lampiran yang disediakan Setiap soalan hendaklah ditunujkk jalan pengiraan Soalan terdapat pada gambar yang dipotong dan dipadankan jawapan yang telah disediakan. Kumpulan yang terawal siap mencantum gambar dan menunjukkan jalan pengiraan yang betul dikira pemenang

~15~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

5.0

Video Pengajaran dan Pembelajaran Video yang di paparkan adalah dalam durasi 30 minit. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang dirakam berdasarkan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran untuk tempoh 30 minit iaitu satu masa sahaja. Kelas yang dipilih ialah tahun 5 . ( Rujuk Lampiran Video P&P )

6.0

Laporan Reflektif

Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya terlebih dahulu mengumpul maklumat daripada nota kuliah, perpustakaan, internet, dan sebagainya. Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan, saya telah berkolaborasi dengan rakan-rakan mengenai maklumat yang sebenar diperlukan selain bertukar-tukar bahan dengan mereka. Kemudian, saya menyusun maklumat dan bahan-bahan tersebut mengikut soalan yang dikemukakan.

Langkah pertama sebelum memulakan tugasan ini, saya meneliti dan mengkaji topik dan tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran matematik untuk tahun 5. Ini di sebabkan saya tidak mengajar tahun 5 ataupun tahun 6 yang mana tugasan ni memerlukan saya menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk tahun 5 ataupun tahun 6. Setelah meneliti tajuk yang sesuai, saya memilih topik pecahan iaitu tajuk penambahan nombor bercampur dengan penyebut yang sama.

Setelah memilih tajuk yang sesuai, saya membina rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan dan pendapat rakan sekerja. Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Saya telah meminta izin dengan guru matematik tahun 5 untuk meminjam satu masa untuk saya mengaplikasikan bahan sumber yang di buat. Murid yang di ajar ialah murid kelas cerdas yang mana saya perlu menyediakan aktiviti pengayaan bagi mengukuhkan lagi kefahaman tentang tajuk yang diajar.

~16~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

Saya telah memilih untuk menggunakan aplikasi power point untuk mengajar murid tersebut. Pembinaan aplikasi power point ini dibina sendiri oleh saya walaupun tidak mahir dalam ICT. Saya cuba mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana di dalam rubrik meminta guru sebolehnya menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya merancang untuk

merakam video pengajaran dan pembelajaran antara tarikh 23/2 hingga 27/2. Namun begitu perancangan tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan minggu tersebut adalah minggu peperiksaan. Namun begitu dengan bantuan rakan sekerja saya dapat merakam aktiviti P&P tersebut pada minggu selepas peperiksaan. Menjadi masalah bila di sekolah saya hanya mempunyai satu LCD dan ianya tidak berapa elok dan terang. Tetapi dengan bantuan guru ICT saya daat menggunakan nya.

Saya merakam aktiviti P&P dengan menggunakan kamera biasa sahaja. Dan saya bernasib baik kerana ada rakan yang sudi bantu merakam aktiviti P&P tersebut. Namun begitu rakaman 5 minit terakhir tidak dapat di rakam kerana kamera saya kehabisan bateri. Saya bernasib baik kerana sempat merakam hampir keseluruhan proses penggunaan bahan sumber yang digunakan oleh saya dan juga murid.

7.0

Penutup

Sebagai seorang guru, seharusnya kita dapat memilih dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain membuat bahan bantu mengajar sendiri. Guru yang kreatif dapat membina bahan mereka sendiri mengikut kebolehan dan tahap keupayaan murid sesuatu kelas. Adapun bahan yang paling berkesan adalah bahan maujud yang boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid. Sebagai contoh model dan bahan 3 dimensi.

Tuntasnya, guru perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana tujuan bahan bantu mengajar ialah memudahkan pencapaian objektif dan menarik minat murid untuk terus tertarik terhadap pelajaran

~17~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

matematik dan seterusnya menjadikan matematik sebagai subjek yang menarik bagi mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dapat mencapai hasil pembelajaran yang diingini selain murid ceria dan gembira untuk belajar.

~18~

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT3203 SMP~

RUJUKAN / REFERENSI Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Spesifikasi Kurikulum Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Khairuuddi Yahya, Marzita Puteh, Santi Periasamy (2012), Matematik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat, Lena Vimalanandan (2013), HBMT 3203 Teaching Of Elementary Mathematics Part IV. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Salleh, M. R. (2011, Mac 13). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial. Retrieved Feb 28, 2014, from KUMPULAN PGSR BAHASA MELAYU IPGM KKB: http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/03/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Sufean Hussin ( 1992 ), Pengajaran Matematik KBSR, Strategi Membina Kemahiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://belajarpecahan.blogspot.com/2011/06/blog-post.html http://cikhood.blogspot.com/2013/02/refleksi-tajuk-pecahan.html http://www.scribd.com/doc/39097990/Satu-Kajian-Mengenai-Penggunaan-Bahan-Bantu Faktor yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam P&P di sekolah: http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/krysa/ron.htm http://www.newhorizons.org/tech_irlkahn.html

~19~

Vous aimerez peut-être aussi