Vous êtes sur la page 1sur 3

Rancangan Pengajaran Harian Subjek: Matematik Tahun: 4 Wawasan Masa: 30 minit (11.05 a.m 11.35 a.

.m) Bilangan Murid: 40 orang Tajuk: Wang Bidang Pembelajaran: Wang hingga RM10 000 Objektif Pembelajaran: Membundarkan wang sehingga ringgit yang terdekat. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid harus dapat: 1. Mengetahui nilai wang sen yang boleh dibundarkan menjadi ringgit yang terdekat. 2. Membundarkan wang sehingga nilai ringgit yang terdekat tidak melebihi nilai wang RM10 000. 3. Murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 daripada 4 soalan yang diberikan Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui tentang: 1. Cara hendak membundarkan nombor bulat. 2. Nilai nombor yang boleh dibundarkan kepada satu. 3. Mengetahui nilai wang dalam bentuk ringgit dan sen. Sumber: Model contoh duit 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM1, RM 5, RM10, RM20, RM50 dan RM100, garis nombor wang, lembaran kerja dan buku teks. Kemahiran Berfikir: Menghubungkait, membanding bezakan dan menjana idea. Nilai Murni: Bekerjasama, saling bantu membantu dan patuh arahan. Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit) Kandungan Pengenalan terhadap penbundaran wang kepada ringgit yang terdekat. Contoh jumlah nilai wang yang ditunjukkan RM 1234.40 RM 1234.80 Langkah-langkah/ Aktiviti Guru menunjukkan sejumlah nilai wang kepada murid dengan menggunakan model wang. Guru menunjukkan dua jumlah nilai wang kepada murid. Guru bertanya kepada murid RM berapakah yang paling dekat untuk kedua duit yang ditunjukkan. Hari ini cikgu akan mengajar untuk membundarkan wang. Guru menunjukkan Garis Nilai wang kepada murid. Dengan menggunakan contoh nilai wang yang ditunjukkan , guru Catatan Nilai: memberikan perhatian kepada guru semasa guru sedang mengajar. BBM: Model wang Malaysia

Pengenalan Konsep (10 minit)

Mengetahui nilai wang sen yang boleh dibundarkan menjadi ringgit yang terdekat.

Nilai: Mendengar arahan, menumpukan perhatian.

Membundarkan wang sehingga nilai ringgit yang terdekat tidak melebihi nilai wang RM10 000 Garis Nilai Wang RM 1234 RM 1235

Perkembangan (10 minit)

Aktiviti berkumpulan Mengetahui nilai wang sen yang boleh dibundarkan menjadi ringgit yang terdekat. Membundarkan wang sehingga nilai ringgit yang terdekat tidak melebihi nilai wang RM10 000. Masalah Tersembunyi. Bundarkan ringgit yang berikut kepada ringgit yang terdekat. 1) RM 4566.30 2) RM 5866.78 3) RM 3456.20 + RM 2345.90 = 4) RM 4568.30 2 = 5) RM 4567.50 + RM 1234.80 RM 0.90 =

menerangkan kepada murid bahawa contoh yang pertama dengan menunjukkan kedudukan sen pada garis nilai sama ada mendekati RM 1234 atau RM 1235. Guru bertanyakan kepada murid RM 0.20 lebih dekat dengan berapa dan RM 0.80 lebih dekat dengan RM berapa? Lalu, guru menunjukkan kedudukan yang mana lebih menghampiri nilai RM tersebut akan dibundarkan menjadi RM yang paling dekat dengannya. Guru bertanyakan kepada murid apa akan terjadi jika nilai sen ialah pada kedudukan RM 0.50? Guru menerangkan bahawa RM 0.50 telah melebihi separuh dan sudah dikira satu ringgit. Guru menyuruh murid duduk di dalam kumpulan masing-masing. Guru memberitahu murid bahawa terdapat tugasan yang tersembunyi dan memerlukan murid untuk menyelesaikan masalah yang di temui. Guru memberi masa kepada murid untuk mencari soalan tersembunyi dan menjawabnya.

Kemahiran Berfikir: Menghubung kait dan menjana idea. BBM: Garis Nilai Wang

Murid bekerja dalam kumpulan dan saling bantu membantu untuk menyelesaikan masalah Guru menggalakkan murid untuk membantu rakan yang lemah. Guru bergerak dan membantu murid yang bermasalah. Guru menggalakkan kreativiti dan perbincangan. BBM: Masalah Tersembunyi Nilai: bekerjasama Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik

Penutup (5 minit)

Rumusan Lembaran kerja

Guru berbincang tentang jawapan aktiviti berkumpulan. Guru memberi rumusan apa yang murid pelajari.

Murid merumuskan pelajaran hari ini: a) Apabila lebih RM 0.50 hendaklah dibundarkan kepada RM 1 . Guru memberikan murid soalan daripada buku teks. Guru menyuruh murid untuk menghantar tugasan yang diberikan pada keesokan hari. Saya gembira dengan penglibatan anda dalam matapelajaran hari ini. Teruskan! Kita akan membuat lebih banyak lagi aktiviti yang menarik pada masa pelajaran yang akan datang. Beri tepukan kepada diri kamu sendiri.

Guru memberi pujian dan galakan.

Vous aimerez peut-être aussi