Vous êtes sur la page 1sur 27

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 21

UNIT PELAJARAN 2

PENGETAHUAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK

UJIAN PRA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju/Agree

Sangat Setuju

Item 1

Penyataan /Statement Saya dapat menjelaskan tentang proses penyelesaian masalah matematik.

Saya dapat menjelaskan jenis pengetahuan dalam penyelesaian masalah matematik.

Saya dapat membincangkan tentang aktiviti matematik yang membabitkan proses penyelesaian masalah.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 22

UNIT PELAJARAN 2

PENGETAHUAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat: i. ii. iii. menjelaskan tentang proses penyelesaian masalah matematik. menjelaskan jenis pengetahuan dalam penyelesaian masalah matematik. membincangkan tentang aktiviti matematik yang membabitkan proses penyelesaian masalah

2.1

PENDAHULUAN

ahukah anda, apakah pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar dalam proses menyelesaikan masalah? Dalam bab dibincangkan secara khusus tentang penyelesaian masalah sebagai suatu proses serta pengetahuan yang diperlukan

untuk menyelesaikan masalah.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 23
2.2 PROSES PENYELESAIAN MASALAH

P
-

olya (1957), Schoenfeld (1985) dan Mayer (1987) telah menggariskan proses penyelesaian masalah matematik kepada beberapa tahap tertentu. Secara umum, kemahiran dalam proses penyelesaian masalah matematik boleh digariskan kepada

empat tahap iaitu (Polya, 1957): Memahami masalah. Merancang penyelesaian. Melaksana penyelesaian. Menyemak kembali. Setiap tahap dalam proses penyelesaian masalah matematik memerlukan pelajar memiliki pengetahuan yang tertentu. Bagaimanapun sesuatu pengetahuan itu tidaklah dikhususkan kepada sesuatu tahap yang tertentu dalam proses penyelesaian masalah. Secara khusus, jenis pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam penyelesaian masalah: Pengetahuan bahasa. Pengetahuan fakta dan konsep. Pengetahuan skema. Pengetahuan strategi. Pengetahuan algoritma atau prosedur.

Fikirkan: Mengapakah pengajaran berasaskan proses amat ditekankan dalam penyelesaian masalah?

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 24
2.3 PENGETAHUAN BAHASA

ahasa merupakan medium atau perantara yang utama dalam menyampaikan maklumat. Thorndike (1912) menjelaskan bahawa bahasa merupakan alat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelajari konsep dan kemahiran matematik.

Bagaimanapun, pengetahuan bahasa dalam pembelajaran matematik adalah tersendiri. Hal ini demikian kerana pengetahuan bahasa dalam matematik bukan sahaja melibatkan kemahiran berbahasa, tetapi juga meliputi kemahiran memahami istilah, simbol dan konsep matematik. Menurut Mayer (1987), pengetahuan bahasa digunakan oleh pelajar untuk memahami masalah dengan mengetahui peraturan tentang bahasa yang digunakan semasa mengekodkan ayat-ayat yang membina masalah, dan fakta tentang alam. Sungguhpun pengetahuan bahasa amat penting untuk memahami masalah, namun sering diabaikan oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Tiga persoalan tentang kebolehan menggunakan pengetahuan linguistik untuk memahami masalah ialah kebolehan pelajar untuk memahami perkataan atau ungkapan, memahami ayat berdasarkan strategi kata kunci dan kebolehan menyimpulkan hubungan.

2.3.1

Kebolehan Memahami Perkataan dan Ungkapan

Perkataan gantian sering digunakan dalam membina masalah matematik. Perkataan gantian masalah, yang meliputi perkataan atau ungkapan yang merujuk perkara yang sama atau perkara yang berlainan. Sebagai contoh dalam Masalah M1 dan M2 (Jadual 2.1), suatu nombor dan nombor yang disebut selepas itu merujuk nombor yang perlu diwakilkan dengan anu yang serupa. Manakala dalam Masalah M2 pula, nombor yang pertama dan nombor yang satu lagi merujuk dua nombor yang berlainan. Kajian oleh Verschaffe, et.al. (1992)

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 25
dilaporkan dalam Mohd Uzi (2006) menunjukkan unsur pronominal, iaitu perkataan gantian di dalam ayat boleh menimbulkan kesukaran kepada pelajar untuk memahami masalah.

Jadual 2.1 Masalah 3-1, 3-2, dan 3-3 (Mohd Uzi, 2006). Bil. M1 M2 Masalah Lima kali suatu nombor ialah enam melebihi dua kali nombor itu. Cari nombor itu. Hasil darab dua nombor ialah 90. Jika nombor yang pertama ialah 10 kali nombor yang satu lagi, cari nombor itu.

Oleh itu, tumpuan harus diberikan oleh guru dalam pengajaran kepada tindakan mewakilkan semula masalah berayat yang mempunyai perkataan gantian kepada ungkapan atau persamaan matematik, dengan melibatkan pemboleh ubah yang sesuai. Sebagai contoh dalam Masalah M1, ungkapan suatu nombor boleh diwakilkan dengan anu p, dan seterusnya lima kali suatu nombor boleh diwakilkan pula menjadi 5xp. Perkataan ialah diwakilkan pula dengan =. Seterusnya, ungkapan nombor itu merujuk semula kepada p, manakala dua kali nombor itu merujuk kepada 2xp. Oleh itu, ungkapan enam melebihi dua kali nombor itu memberi maksud 6 + 2p. Jadi, persamaan yang sepadan dengan M1 ialah 5p = 6 + 2p.

Fikirkan: Apakah persamaan matematik yang sesuai kepada Masalah M2?

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 26
2.3.2 Masalah Melibatkan Kata Kunci

Terdapat juga masalah yang difahami oleh pelajar berdasarkan kata kunci. Contoh kata kunci dalam ayat adalah seperti: murah diwakilkan dengan operasi kira tolak; dan mahal diwakilkan dengan operasi kira tambah. Bagaimanapun, penggunaan kata kunci tanpa berhatihati boleh menyebabkan kesilapan memahami masalah. Kajian oleh Mohd. Uzi (2000) mendapati terdapat pelajar bermasalah untuk memahami ayat dalam Masalah M3, Jadual 2.2, yang berpunca daripada kata kunci terlambat. Kesilapan berlaku apabila terlambat dikaitkan dengan operasi kira tolak, sedangkan operasi yang sesuai ialah kira tambah. Oleh itu, kesukaran yang berpunca daripada penggunaan kata kunci dalam masalah matematik boleh menimbulkan kesilapan songsang dalam memahami masalah.

Jadual 2.2 Masalah M3 dan M4. (Mohd Uzi, 2006) Bil. M3 Masalah Sebuah bas ekspres sepatutnya tiba di perhentian bas pada pukul 12.35 tengah hari, tetapi bas itu terlambat 15 minit. Berapa lamakah Amin telah menunggu jika dia tiba di perhentian itu pada pukul 11.55 pagi? Dapatkan suatu nombor supaya jika tujuh dikurangkan daripada nombor itu, ia bersamaan dengan dua kali nombor itu ditolak 23.

M4

Antara contoh kata kunci yang boleh terdapat dalam masalah matematik ialah seperti: rendah, muda dan pendek yang dikaitkan dengan operasi kira tolak. Kajian oleh Mohd. Uzi (2000) menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang berjaya mengatasi masalah yang berpunca daripada kesilapan kata kunci, setelah menyemaknya kembali.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 27

Fikirkan: Apakah kata kunci yang boleh digunakan oleh pelajar untuk memahami masalah M4 di atas?

2.4

PENGETAHUAN FAKTA DAN KONSEP

A
i. ii. iii.

mat sukar suatu penyelesaian masalah dapat dicapai oleh seseorang tanpa memiliki pengetahuan fakta dan konsep berkaitan dengan sesuatu masalah. Pengetahuan fakta merupakan perkara asas yang perlu diketahui atau

menyelesaikan masalah oleh seseorang pelajar dalam sesuatu disiplin. Menurut Mohd Uzi (2006), fakta dalam matematik ialah maklumat yang saling tidak berhubungan atau sembarangan. Fakta yang dimaksudkan ini termasuklah yang berikut: Sistem simbol, contohnya simbol bagi pi, indeks dan sistem penomboran seperti 25 yang memberi maksud dua puluh lima dan bukan lima puluh dua. Fakta yang bermaklumat, contohnya faktor penukaran (conversion factors) unit ukuran seperti 2.54 sentimeter bersamaan dengan satu inci. Maklumat perhubungan, seperti formula atau rumus seperti nisbah bagi setentang/hipotenus disebut sinus, tetapi bukan kosinus. iv. Nama yang dicipta oleh pelajar berdasarkan hubungan buatan (artificial link) nemonik bertujuan membantu ingatan, seperti LUPALE, yang digunakan untuk mengingati petua luas suatu segi empat bersamaan dengan panjang darab lebar sebuah segi empat. Pengetahuan Konsep ialah pengetahuan tentang pengelasan ahli dan bukan ahli bagi sesuatu kumpulan unsur. Secara yang lebih khusus, konsep bagi sesuatu unsur berdasarkan ciri atau keadaan ahli yang serupa (Mohd Uzi, 2006). Sebagai contoh, konsep tentang benda

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 28
seperti konsep segi empat tepat, berbeza dengan konsep segi tiga tepat. Konsep juga boleh dinyatakan dalam bentuk takrif yang mengandungi maklumat, ciri dan syarat. Contohnya, sebuah bulatan ditakrifkan sebagai lokus titik-titik yang bergerak mengelilingi satu titik tetap pada jarak yang tetap. Pengetahuan konseptual pula ialah pengetahuan yang berasaskan saling hubungan antara pengetahuan atau bermakna, iaitu saling hubungan antara sesuatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain (Mohd Uzi, 2006). Sumber pengetahuan konseptual boleh diperoleh melalui dua proses asas. Pertama, perolehan secara penghayatan, ialah dibina melalui tindakan membuat refleksi maklumat-maklumat yang telah sedia ada di dalam pemikiran pelajar. Contohnya ialah Ahmad, seorang pelajar yang berumur 11 tahun, telah memahami konsep luas sebuah trapezium melalui perhubungan konsep luas segi tiga dan luas segi empat. Kedua, melalui perhubungan antara maklumat yang baharu diperoleh dengan pengetahuan yang telah sedia terbina di dalam minda pelajar. Contohnya, operasi kira tambah dua digit difahami setelah mempelajari konsep digit dan memiliki pengetahuan tentang operasi kira tambah bagi nombor satu digit. Oleh itu, pengetahuan konseptual dikuasai sebagai bermakna dan bukan secara hafalan. Sebagai contoh, operasi kira tambah akan dianggap bermakna sekiranya seseorang pelajar berupaya menggunakannya dalam masalah yang melibatkan kira tambah atau penambahan.

2.4.1

Kebolehan Menggunakan Pengetahuan Fakta

Ketiga-tiga pengetahuan, iaitu pengetahuan fakta, konsep dan konseptual tentang sesuatu perkara dalam matematik amatlah perlu bagi seseorang pelajar. Satu persoalan yang sering ditimbulkan ialah tentang kebolehan pelajar dalam pembelajaran matematik yang dikaitkan dengan kegagalan mereka mengingati konsep atau rumus yang dipelajari. Adakah dakwaan

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 29
sebegini benar? Persoalannya seberapa banyak kah pengetahuan fakta, konsep dan konseptual yang perlu diingati oleh pelajar? Sebenarnya, penguasaan tentang pengetahuan fakta atau konsep perlu dianggap sebagai aktiviti bermakna, iaitu menghayati konteks saling hubungan antara konsep-konsep (Mohd Uzi, 2006). Berhubung dengan hal ini, Mohd Uzi (2006) menjelaskan bahawa penyelesaian secara hafalan konsep atau prosedur matematik serta menggunakannya secara mekanikal, bukan merupakan penyelesaian masalah. Pelajar bukan sahaja berkebolehan untuk menggunakan sesuatu konsep atau prosedur, tetapi mereka juga mestilah berupaya menghayatinya secara logik, sambil mampu mencari kebenarannya. Sebagai contoh, penggunaan Teorem Pythagoras bagi mencari panjang hipotenus satu segi tiga tepat, ABC, lihat Rajah 3-1. c2 = a2 + b2 dengan c ialah panjang hipotenus, dan a dan b masing-masing ialah panjang sisi yang lain. Di sini, pelajar mampu menggunakan rumus berkenaan setelah mengenal pasti bentuk segi tiga tepat yang sesuai. Pelajar juga perlu mampu untuk memastikan ketepatan nilai yang diperolehnya, setelah disemak semula.
C

Rajah 2.1 Segi tiga tepat ABC (Mohd Uzi, 2006).

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 30

Fikirkan: Bagaimanakah pengajaran matematik boleh dilaksanakan secara bermakna kepada pelajar-pelajar. Bincangkan dengan menggunakan contoh yang sesuai.

2.5

PENGETAHUAN SKEMA SUATU MASALAH

engetahuan skema ialah pengetahuan tentang jenis masalah yang melibatkan hubungan antara suatu masalah dengan masalah yang lain (Mohd Uzi, 2006). Contoh pengetahuan skema ialah: masalah sebahagian-keseluruhan; masalah

diskaun; masalah untung; dan masalah peratus. Mohd Uzi (2006) menjelaskan bahawa memahami masalah matematik bukan sekadar memahaminya secara ayat sahaja, tetapi memberikan makna keseluruhan bagi suatu masalah. Mohd Uzi (2006) melaporkan empat perkara asas tentang pengetahuan skema. Pertama, pelajar cenderung mengkategorikan masalah berdasarkan jenis masalah. Kedua, pelajar mengkategorikan masalah sebelum merumuskan masalah dengan sempurna. Ketiga, pelajar sudah mempunyai maklumat tentang jenis masalah yang berpotensi untuk digunakan dalam pengenal pasti jenis masalah. Keempat, pengecaman berdasarkan kategori masalah digunakan untuk merumuskan pendekatan penyelesaian masalah. Sowder (1985) dalam Mohd Uzi (2006) menjelaskan peranan pengetahuan skema dalam proses penyelesaian masalah matematik sebagaimana dipaparkan dalam Rajah 2.2.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 31

Masalah matematik

Maklumat dienkodkan

Adakah saya tahu bagaimana hendak m e n y Pencarian pengetahuan skema e l e s a i k Pengetahuan skema ditemui Pengetahuan a (tugasan bukan lagi masalah) skema tidak ditemui n n y a ? saya menghadapi

masalah

Rajah 2.2 Pengetahuan skema dalam pemahaman masalah matematik. (Ubahsuaian daripada Sowder, 1985, hlm. 142; Mohd Uzi, 2006).

Mengkategorikan masalah dan memilih strategi berdasarkan pengetahuan skema sesuatu masalah boleh menjadi punca kesilapan dalam penyelesaian. Dua kesilapan yang ketara: pertama, kecenderungan menterjemahkan masalah berdasarkan pengetahuan skema yang salah; kedua, kesilapan berpunca daripada konteks cerita yang dikaitkan dengan jenis dan strategi penyelesaian.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 32

Apakah kepentingan pengetahuan skema kepada pelajar dalam penyelesaian masalah?

Latihan: Adakah anda pernah mengesan penggunaan pengetahuan skema oleh pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah. Jika benar, bincangkan.

2.6

PENGETAHUAN STRATEGI

emiliki pengetahuan strategi dan kebolehan menggunakan strategi merupakan langkah utama setelah memahami masalah dalam proses penyelesaian. Pengetahuan strategi meliputi kemahiran untuk merancang strategi dan

mengawasi pelaksanaan strategi (Mohd Uzi, 2006). Merancang strategi adalah dengan memecahkan masalah kepada beberapa submasalah dan menentukan operasi yang perlu bagi setiap submasalah. Pengawasan pula melibatkan langkah-langkah mengawasi keberkesanan strategi yang dilaksanakan, dan memastikan pelaksanaan operasi berdasarkan perancangan. Melalui pengawasan, strategi dirancang dan laksanakan dengan berkesan. Apakah tugas guru dalam pengajaran penyelesaian masalah? Polya (1957)

menjelaskan, dua tugas utama guru ialah membantu pelajar menyelesaikan masalah dan mengembangkan potensi pelajar agar dia dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri (Polya, 1957). Bagaimanapun, menyeimbangkan kedua-dua tugas ini bukannya mudah. Perancangan dan strategi pengajaran yang baik boleh membantu mencapainya dengan lebih mudah. Satu langkah mengimbangi matlamat pengajaran penyelesaian masalah diutarakan oleh pakar pendidikan yang terkemuka (Polya, 1957) berasakan strategi umum atau heuristik. Heuristik

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 33
ialah teknik atau strategi umum yang bertujuan membantu pelajar memahami masalah dan sekiranya bernasib baik, ia boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah (Schoenfeld, 1985). Nik Azis (1996) pula menegaskan bahawa heuristik ialah prosedur umum yang bertujuan menyelesaikan sebarang kelas masalah, tetapi tidak dapat menjamin kesemua pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan betul, serta tidak menjamin cara yang serupa. Secara umum, dua kategori heuristik telah dikenal pasti, iaitu heuristik merintis dan heuristik meninjau kembali (Mohd Uzi, 2006). Heuristik merintis adalah heuristik bertujuan untuk memahami masalah dan mencipta rancangan penyelesaian. Contoh heuristik merintis ialah: (i) memilih simbol yang sesuai; (ii) membuat lukisan, rajah atau graf; (iii) mengenal pasti maklumat yang diberi, syarat dan maklumat yang perlu dicarikan; (iv) menyatakan semula masalah; (v) mewakilkan masalah ke dalam bentuk baharu seperti persamaan atau pertaksamaan; (vi) mengaitkan dengan pengetahuan lalu; (vii) membina jadual; (viii) membuat jangkaan dan menyemak; (ix) mengenal pasti pola; (x) mempermudah masalah; (xi) membina model; dan (xii) bekerja ke belakang. Heuristik meninjau kembali adalah bertujuan memastikan penyelesaian adalah tepat, munasabah dan dibuat generalisasi. Lima heuristik meninjau kembali ialah: (i) membuat generalisasi; (ii) menyemak penyelesaian; (iii) mencari kaedah lain yang lebih baik; (iv) mencari hasilan lain; dan (v) mengkaji proses penyelesaian ke arah membina pengetahuan daripada penyelesaian yang dilaksanakan. Berikut adalah beberapa heuristik digunakan dalam penyelesaian masalah: strategi model langsung; strategi mengira; strategi fakta nombor; strategi analogi; strategi means-end; dan strategi gambar rajah.

Fikirkan: Apakah itu heuristik? Bincangkan dengan menggunakan contoh yang sesuai.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 34

2.6.1

Heuristik Mencari Pola

Apa itu pola? Polar didefinisikan sebagai objek atau unsur yang berulang atau boleh dilanjutkan lagi daripada suatu bentuk yang asas (Noor Shah dan Mohd Uzi, 2013). NCTM (2013) menjelaskan tentang pola sebagai suatu kaedah bagi seseorang kanak-kanak mengenali sesuatu susunan dalam kehidupannya dan ia merupakan kebolehan yang sangat penting dalam semua peringkat pembelajaran matematik. Perkara dasar bagi pola dan kemahiran adalah mengenal keseragaman antara objek atau unsur. Tahukah anda bahawa mencari pola dalam matematik merupakan kemahiran yang amat ditekankan dalam pembelajaran matematik. Ini ialah kerana dalam matematik, seseorang pelajar sentiasa perlu mengamati sesuatu kumpulan objek atau unsur dan seterusnya membuat generalisasi dengan mengenal pasti pola. Dua jenis pola yang sering ditemui dalam matematik ialah pola nombor atau bukan nombor. Pola nombor melibatkan nombor-nombor, manakala pola bukan nombor objek atau perkara seperti bentuk, bunyi, warna dan kedudukan. Penerokaan pola dalam pembelajaran matematik boleh berlaku dalam empat tahap yang berikut (Noor Shah dan Mohd Uzi, 2013): a. Tahap pertama, mengenal suatu pola iaitu pelajar mengamati dan memahami sesuatu pola. b. Tahap kedua, menjelaskan suatu pola, iaitu sesuatu pola yang difahami oleh pelajar akan dijelaskan dengan bahasanya sendiri. c. Tahap ketiga, kembangkan suatu pola iaitu pola yang sedia ada itu dikembangkan lagi oleh pelajar menjadi lebih besar dan sesuai sebagaimana yang dikehendaki. d. Tahap keempat, membina pola sendiri iaitu pelajar boleh mereka cipta sendiri pola-pola.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 35
Berikut adalah contoh-contoh pola yang mudah ditemui dalam matematik (Noor Shah dan Mohd Uzi, 2013): a. Pola berulang. Pola berulang paling mudah dikesan apabila dua atau lebih objek seperti nombor berada dalam susunan yang berulang seperti berikut: 1, 2, 1, 2, 1, 2, 1, 2, 1, 2, 1, 2, 3, 4, 1, 2, 3, 4, 1, 2, 3, 4, 1, 2, 3, 4, A, S, T, A, S, T, A, S, T, A, S, T, b. Pola membesar. Pola ini berasaskan kepada blok binaan bagi sesuatu objek atau unsur yang semakin berkembang dan membesar. Contohnya adalah seperti berikut: AB ABB ABBB ABBBB AB AABB AAABBB AAAABBBB AB AAABB AAAAAABBB AAAAAAAAABBBB c. Pola perhubungan. Pola perhubungan terbentuk apabila terdapat perhubungan antara dua set objek atau unsur. Contohnya, dalam satu setiap kotak ada terdapat 120 pemadam, dan perhubungan antara kotak dan pemadam adalah seperti berikut: 1 120, 2 240, 3 360, 4 480,

2.6.2

Heuristik Cuba Jaya

Heuristik cuba jaya melibatkan tindakan membuat andaian bagi sesuatu penyelesaian dan seterusnya cuba membuktikan andaian itu benar. Heuristik cuba jaya boleh dikategorikan kepada dua, iaitu cuba-cuba secara rawak dan cuba-cuba secara bersistem (Mohd Uzi, 2006). Cuba jaya secara rawak dilakukan sebelum sesuatu maklumat atau masalah dianalisis dengan teliti. Strategi yang dicuba akan digunakan dalam penyelesaian dan seterusnya dinilai sama

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 36
ada ia boleh memberikan jawapan atau tidak. Kegagalan dalam sesuatu cubaan membawa kepada cubaan yang seterusnya. Strategi cuba jaya secara bersistem pula dilaksanakan dengan memikirkan strategi yang lebih mungkin boleh menghasilkan penyelesaian. Pengalaman dalam penyelesaian masalah matematik yang terdahulu boleh membantu pelajar untuk merancang strategi cuba jaya yang lebih bersistem.

Contoh 1: Anda dikehendaki meletakkan setiap nombor 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 di dalam setiap bulatan dalam gambar rajah berikut supaya jumlah nombor bagi setiap sisi ialah 12.

Perhatikan bahawa, heuristik cuba jaya secara rawak boleh dilaksanakan dengan meletakkan nombor-nombor secara rawak dan seterusnya menyemak sama ada jumlah nombor bagi setiap sisinya ialah 12. Gagal memenuhi jumlah nombor bagi setiap sisi sebagai 12, menghendaki pelajar membuat cubaan seterusnya, sehingga akhirnya berjaya. Bagaimanapun, cuba jaya secara sistematik boleh dilakukan dengan membuat analisis terhadap masalah sebelum mencuba menentukan penyelesaian. Satu strategi yang boleh dibuat ialah dengan meletakkan nombor yang lebih kecil pada setiap bucu. Tindakan ini dilakukan dengan harapan nombornombor yang lebih kecil itu boleh dikongsi oleh dua sisi yang terbabit dan memberikan nombor dalam setiap sisinya 12.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 37

Fikirkan: Cuba anda selesaikan masalah 2.3 di atas dengan menggunakan heuristik cuba jaya secara rawak dan secara sistematik. Bincangkan kedua-dua cara tersebut.

2.6.3

Heuristik Model Langsung

Strategi model langsung ialah strategi pengiraan yang melibatkan penggunaan objek tertentu (Mohd Uzi, 2006). Contoh objek yang sering digunakan ialah jari, lidi, guli, batu-batu kecil atau pelajar sendiri. Sebagai contoh, model langsung dalam operasi kira tambah 3 + 4 melibatkan tindakan pelajar membilang jari, bermula dari kiraan yang pertama seperti yang berikut: satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh, dengan jawapannya adalah pada kedudukan bilangan jari yang terakhir, iaitu 8.

Latihan: Menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana heuristik model langsung boleh dilaksanakan dalam pengajaran penyelesaian masalah.

2.6.4

Heuristik Matlamat Penyudah

Menurut Mohd Uzi (2006), strategi matlamat penyudah merupakan kaedah penyelesaian masalah tanpa memerlukan pengetahuan strategi khusus. Prinsip asas bagi heuristik atau strategi matlamat penyudah dilaksanakan oleh pelajar bertujuan mengurangkan jurang perbezaan antara keadaan permulaan dengan keadaan matlamat, melalui pemilihan operator. Sebagai contoh, pertimbangkan masalah untuk menjadikan p sebagai tajuk rumus bagi persamaan algebra (p + q)/r = s. Dalam perancangan strategi matlamat penyudah untuk

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 38
menyelesaikan masalah algebra, matlamatnya ialah menjadikan p sebagai tajuk rumus. Beberapa operator yang perlu digunakan ialah menghilangkan q dan r daripada ungkapan sebelah kiri persamaan sehingga p diperoleh. Umumnya, strategi matlamat penyudah boleh dilaksanakan oleh pelajar melalui dua cara iaitu, sama ada kerja ke hadapan atau kerja ke belakang. Kerja ke hadapan dilaksanakan dengan menggunakan maklumat daripada masalah untuk mencapai matlamat penyudah, iaitu penyelesaian. Kerja ke belakang pula dilaksanakan dengan menentukan matlamat penyudah yang ingin dicapai, dan kemudian menentukan beberapa submatlamat lain yang perlu untuk mencapai matlamat (Mohd Uzi, 2006).

Fikirkan: Rancang satu masalah dan penyelesaiannya berdasarkan heuristik matlamat penyudah secara kerja ke hadapan dan kerja ke belakang.

Latihan: Bincangkan bagaimana heuristik matlamat penyudah boleh dilaksanakan dalam pengajaran penyelesaian masalah. Gunakan contoh yang sesuai dalam perbincangan anda.

2.6.5

Heuristik Analogi

Heuristik analogi merupakan pendekatan penyelesaian masalah baharu secara pemindahan pengetahuan strategi daripada masalah terdahulu (Mohd Uzi, 2006). Perpindahan pengetahuan ini adalah secara pemetaan daripada masalah sumber kepada masalah sasaran. Mohd Uzi (2006) melaporkan, empat proses yang terbabit dalam perpindahan pengetahuan strategi, yang tidak semestinya berlaku dalam urutan yang tetap, iaitu: i. Membina kefahaman mental bagi masalah sasaran dan masalah sumber.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 39
ii. iii. Mengenal pasti perhubungan antara masalah sumber dengan masalah sasaran. Mengenal pasti set hubungan antara unsur-unsur dalam masalah sumber dengan unsur-unsur dalam masalah sasaran. iv. Membuat pemetaan strategi bagi masalah sasaran.

Berikut adalah beberapa contoh penyelesaian masalah matematik menggunakan heuristik analogi (Noor Shah dan Mohd Uzi, 2013; Mohd Uzi, 2006):

Contoh 1: Perhatikan peraturan operasi kira tambah yang berikut 2 + 3 = 3 + 2; peraturan yang sama boleh digunakan bagi 2 X 3 = 3 X 2

Contoh 2: Operasi Tambah: Berdasarkan Kotak 1 dan Kotak 2, cari gambar kumpulan yang mempunyai objek yang sama. Tuliskan dua operasi kira tambah dalam bentuk ayat matematik bagi menunjukkan jumlah objek tersebut.

1.

3 + 2 = ____________

2 + 3 = ____________

2.

______ + ______ = __________ ; ______ + _______ = __________

3.

______ + _______ = _________

; _______ + _______ = __________

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 40
Bagaimanapun, suatu masalah yang membabitkan penyelesaian masalah dengan

menggunakan heuristik analogi ialah kemungkinan berlakunya einstellung (Mohd Uzi, 2006). Einstellung berlaku apabila penyelesaian sesuatu masalah itu dibuat hanya berdasarkan kepada perhubungan dalam struktur luaran, seperti konteks cerita, sedangkan struktur konsep antara masalah adalah berbeza. Contoh 3: Sebiji kuih pau berharga RM1.00. Berapakah harga yang perlu dibayar oleh Ali apabila membeli 6 biji kuih pau. Dalam contoh di atas, einstellung berlaku apabila pelajar menyelesaikan masalah dengan mencari jumlah bilangan kuih pau, iaitu 6 +1, dengan melihat kata kunci biji kuih pau, sedangkan soalan bertanyakan tentang harga.

Fikirkan: Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bincangkan situasi berlakunya masalah einstellung dalam pengajaran penyelesaian masalah.

2.6.7

Heuristik Gambar Rajah Jalur

Satu heuristik yang berkesan dan digunakan dalam buku teks sekolah rendah di Singapura dinamakan gambar rajah jalur (Beckmann, 2004). Berikut adalah satu contoh penyelesaian masalah matematik menggunakan gambar rajah jalur.

Contoh 1: Mary membuat 680 biskut. Dia telah menjual sebahagian daripada biskut tersebut. Sekiranya 290 yang masih tinggal, berapakah bilangan biskut yang sudah terjual.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 41
Penyelesaian dilaksanakan dengan mewakilkan masalah ke dalam bentuk gambar rajah jalur. 680 biskut dibuat

? Biskut telah dijual

290 tidak dijual

Rajah: Gambar rajah jalur menjual biskut (Beckmann, 2004). Dalam gambar rajah di atas, bilangan biskut yang telah dijual dapat dikenal pasti sebagai hasil operasi kira tolak antara jumlah keseluruhan biskut dengan jumlah biskut yang tidak dapat dijual. Perhatikan pula contoh berikut:

Latihan (ubah suai daripada Beckmann, 2004): i. Amin menyimpan sebanyak RM184. Dia menyimpan RM63 melebihi Aminah. Berapa banyakkah wang yang telah simpan oleh Aminah? ii. Raju menyimpan 2/5 daripada wangnya untuk membeli buku cerita. Buku cerita tersebut berharga RM20. Berapakah jumlah wang yang dimiliki Raju. iii. 400 pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Terdapat lebih 50 pelajar dalam kumpulan pertama berbanding dengan kumpulan kedua. Berapakah bilangan pelajar dalam kumpulan kedua.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 42

2.8

PENGETAHUAN ALGORITMA

pakah yang dimaksudkan dengan pengetahuan algoritma? Pengetahuan algoritma, atau secara ringkasnya disebut algoritma sahaja, merupakan pengetahuan tentang prosedur yang lengkap, dilaksanakan secara langkah demi langkah dalam

melaksanakan sesuatu tugasan matematik (Mohd Uzi, 2006). Oleh itu, pelaksanaan sesuatu prosedur secara lengkap dalam proses penyelesaian masalah matematik, dapat menjamin penyelesaian adalah betul dan dengan menggunakan cara yang serupa.

Latihan: Kepada persamaan algebra (7 + 3x)/2 = 3x 1, kenal pastilah algoritma terbabit bagi mencari nilai x.

Penggunaan algoritma atau prosedur dalam penyelesaian masalah boleh dicirikan kepada dua iaitu subprosedur dan superprosedur (Mohd Uzi, 2006). Subprosedur merupakan langkah-demi-langkah dalam pelaksanaan sesuatu algoritma, manakala superprosedur ialah gabungan beberapa atau kesemua subprosedur di dalam urutan lengkap sesuatu prosedur. Sebagai contoh, dalam melaksanakan operasi kira darab 3.72 x 0.52, tiga subprosedur yang terbabit ialah menulis semula operasi nombor dalam satu turus menegak, melaksanakan operas hasil darab digit-digit yang terlibat dan akhirnya menentukan kedudukan tempat perpuluhan atau titik perpuluhan. Kebolehan melaksanakan algoritma oleh seseorang pelajar bukan sahaja ditentukan oleh pengetahuan yang dimilikinya, tetapi juga kemahirannya. Ini bererti kemahiran algoritma oleh seseorang pelajar dapat ditingkatkan melalui latihan menyelesaikan masalah yang dilakukan secara berterusan. Bagaimanapun pelaksanaan algoritma akan menjadi lebih

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 43
berkesan sekiranya dilaksanakan secara bermakna. Sebagai contoh, kirakan nilai 2 + .

Mungkin ada antara pelajar yang mengiranya menggunakan prosedur secara mekanikal, iaitu secara tidak bermakna. Akibatnya, kesilapan mungkin berlaku apabila pelajar tidak dapat mengagak, apakah jawapan yang paling mungkin. Kepada pelajar yang melakukan penyelesaian secara bermakna akan dapat mengagak bahawa jawapan yang benar mestilah lebih besar daripada 2 dan kecil daripada 3. Cuba anda fikirkan, mengapa jawapan sebegitu?

2.9

AKTIVITI PENYELESAIAN MASALAH

ecara umum proses pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah melibatkan empat tahap utama, sebagaimana dikemukakan oleh Polya (Mohd Uzi, 2006). Tahap-tahap berkenaan ialah: memahami masalah, merancang penyelesaian

(mencipta suatu rancangan), melaksanakan rancangan dan meninjau kembali. Bagaimanapun penggunaan heuristik amat diutamakan dalam proses penyelesaian masalah matematik ini.

Contoh 1: Aktiviti pengajaran penyelesaian masalah melibatkan operasi matematik dalam lingkungan 100,000 Tajuk: Nombor Bulat dalam lingkungan 100,000 Tahun : Tahun 4. Masa: 2x 30 minit Bilangan murid: 24 orang Kaedah pengajaran: konstruktivisme. Pengetahuan sedia ada:

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 44
i. Pengetahuan prosedur tentang operasi matematik melibatkan nombor bulat sehingga 100,000.

Langkah 1: Memahami masalah. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 4 orang murid. Guru memberikan satu lembaran kerja yang mengandungi 2 soalan matematik melibatkan kira tambah nombor dalam lingkungan 1000. Soalan adalah seperti berikut:

i.

En Endy telah membuat 11,500 kotak kuih untuk dijual sempena sambutan Hari Raya. Selepas menjual pada malamnya, En Andy mendapati terdapat 1,340 kotak lagi yang belum terjual. Berapakah bilangan kotak kuih yang sudah dijual?

ii.

Johan mempunyai 500 keping stem. Mary mempunyai 300 keping stem melebihi Johan dan 50 keping stem melebih Diana. Berapakah bilangan keping stem yang dimiliki oleh Diana?

Setiap kumpulan dikehendaki mencuba memahami masalah sebelum mencuba melaksanakan penyelesaian seterusnya. Beberapa persoalan yang boleh diambil kira dalam memahami masalah ialah: Apakah maklumat atau data yang diberi? Adakah terdapat perkataan, istilah atau ayat yang tidak difahami? Apakah syarat yang perlu dipatuhi? Apakah maklumat yang perlu dicarikan?

Langkah 2: Merancang penyelesaian Merancang penyelesaian seharusnya dimulakan dengan mencuba membuat refleksi atau mengingat kembali pengetahuan sedia ada tentang konsep atau prosedur matematik yang

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 45
mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Antara soalan yang boleh diambil kira dalam merancang penyelesaian ialah: Apakah kaedah penyelesaian bagi masalah yang serupa, yang pernah dilaksanakan sebelumnya? Bolehkah masalah ini diselesaikan dengan menggunakan strategi yang pernah dilaksanakan sebelumnya? Apakah strategi umum atau heuristik yang mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah ini? Merancang penyelesaian ini perlu dilaksanakan secara individu disusuli dengan secara berkumpulan. Persetujuan antara ahli dalam kumpulan perlu dicapai bagi mendapatkan strategi yang paling baik dan sesuai. Bagaimanapun, setiap strategi yang difikirkan oleh setiap ahli kumpulan tidak diabaikan begitu sahaja tanpa pertimbangan yang serius.

Langkah 3: Melaksana penyelesaian Setiap kumpulan perlu meneruskan pelaksanaan penyelesaian sehingga berjaya menghasilkan suatu jalan penyelesaian yang terbaik. Laksanakan prosedur atau algoritma sebagaimana yang dirancangkan dengan berhati-hati. Berdasarkan fahaman konstruktivisme, pelaksanaan penyelesaian tidak semestinya memberi jawapan akhir yang betul. Malah yang lebih penting adalah jalan penyelesaian yang sesuai dan munasabah, atau boleh dipertahankan oleh setiap ahli dalam kumpulan masing-masing. Bagaimanapun kejayaan melaksanakan jalan

penyelesaian dan memperoleh jawapan akhir dengan tepat adalah terbaik bagi setiap kumpulan. Seterusnya satu perbincangan yang

Langkah 4: menyemak kembali Setiap orang pelajar dan kumpulanya perlu menyemak jalan penyelesaian yang dilaksanakan agar penyelesaian yang diperoleh menggunakan prosedur dan konsep matematik dengan betul.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 46
Sebarang kesilapan dalam melaksanakan prosedur atau konsep matematik, perlu

diperbetulkan. Antara soalan yang boleh ditanyakan antara ahli dalam kumpulan ialah: Apakah strategi yang dilakukan oleh setiap pelajar dalam kumpulan itu serupa? Apakah strategi atau jalan yang paling berkesan. Adakah terdapat kesilapan prosedur atau konsep? Bolehkah penyelesaian masalah dilakukan dengan cara atau strategi yang lain?

Menjawab soalan-soalan yang dikemukakan itu akan menjadikan pelajar lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Latihan: Rancang aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah yang sesuai bagi pengajaran tajuk yang berikut. Aktiviti yang anda rancangkan ini hendaklah berdasarkan model penyelesaian masalah oleh Polya. i. ii. iii. Pengajaran tentang peratus. Pengajaran tentang persamaan waktu. Pengajaran tentang bentuk dan ruang.

2.10

KESIMPULAN

enyelesaian masalah matematik memberi fokus kepada proses, bukannya hasil semata-mata. Dalam hal ini penguasaan pengetahuan yang khusus seperti pengetahuan linguistik, pengetahuan fakta dan konsep, pengetahuan skema,

pengetahuan strategi umum iaitu heuristik dan pengetahuan algoritma. Oleh itu, aktiviti penyelesaian masalah yang berdasarkan Polya amat memerlukan pelajar menguasai pengetahuan berkenaan agar kemahiran proses dapat ditingkatkan.

P e n g e t a h u a n D a l a m P e n y e l e s a i a n M a s a l a h M a t e m a t i k | 47

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju/Agree

Sangat Setuju

Item 1

Penyataan /Statement Saya dapat menjelaskan tentang proses penyelesaian masalah matematik.

Saya dapat menjelaskan jenis pengetahuan dalam penyelesaian masalah matematik.

Saya dapat membincangkan tentang aktiviti matematik yang membabitkan proses penyelesaian masalah

Vous aimerez peut-être aussi