Vous êtes sur la page 1sur 13

Pada suatu hari, Sang Kancil merayau-rayau di hutan untuk mencari makanan.

Tiba-tiba Sang Kancil terdengar suara yang kuat.

Dengan tidak membuang masa, Sang Kancil berlari ke arah suara itu. Sang Kancil melihat sekawan itik sedang berbincang dengan sedih.

Apakah yang berlaku? Mengapakah kamu semua bersedih? tanya Sang Kancil. Telur-telur kami telah dicuri dan dimakan oleh serigala, kata itik betina. Bolehkah kamu menolong kami, Sang Kancil? tanya itik jantan. Sang Kancil bersetuju untuk menolong itik-itik itu.

Selepas itu, Sang Kancil mencari kawan karibnya, Sang Janggut. Sang Janggut sedang berehat di bawah sebatang pokok. Hai, Sang Kancil. Apa khabar? Sudah lama kita tidak berjumpa, tegur Sang Janggut.

Sang Kancil menceritakan masalah itik-itik dan meminta Sang Janggut membantu mengatasi masalah itu. Sang Janggut bersetuju membantu.

Kedua-dua kawan karib ini mencari jalan untuk mengajar serigala yang jahat itu. Mereka berjumpa dengan itik-itik yang sedang bersedih.

Sang Kancil menyuruh itik-itik mandi seperti biasa di kolam. Sang Kancil dan Sang Janggut bersembunyi di belakang semak-samun dan menunggu kedatangan serigala.

Tidak lama kemudian, serigala pun muncul di tempat itu. Serigala gembira melihat telur-telur itik di tepi kolam itu. Serigala bertambah gembira melihat kesemua itik sedang mandi di kolam. Fikirnya, senanglah dia mencuri telur-telur itu.

Serigala terus melompat ke arah kolam itu. Semua itik terkejut dan menjerit.

Pada masa yang sama, Sang Kancil dan Sang Janggut menolak sebuah patung yang hodoh. Serigala terperanjat apabila melihat patung itu. Dia menjerit, Tolong! Tolong! Ada hantu hendak makan saya. Serigala lari lintang-pukang kerana terlalu takut.

Sang Kancil, Sang Janggut dan semua itik gembira melihat serigala lari ketakutan. Mereka berjaya menghalau serigala dari kawasan itu.

Semenjak peristiwa itu, serigala tidak muncul lagi di kawasan itu. Itik-itik hidup gembira di kawasan mereka. Mereka berterima kasih kepada kedua-dua kawan karib itu.

Vous aimerez peut-être aussi