Vous êtes sur la page 1sur 16

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1

2014

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMSETER 2 SESI 2013/2014

KRM 3053

KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK TUGASAN 1


DISEDIAKAN OLEH: NAMA NURHARMILA BT HARMAINY NO. ID D20102041424 NO. TELEFON 019-5724082

KUMPULAN NAMA PENSYARAH E-LEARNING:

: UPSI 01 DR .MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH : 28 MAC 2014

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 1

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1

2014

TUGASAN 1: (Individu)

Satu cabaran yang perlu ditangani oleh para guru dalam pengajaran matematik ialah memastikan murid-muridnya memiliki kemahiran penaakulan yang baik. Bincangkan empat cabaran yang perlu ditangani oleh guru dalam memastikan kemahiran

penaakulan yang baik dapat diterap dalam pengajaran bilik darjah. Bagi setiap cabaran tersebut bincangkan cadangan mengatasinya. Perbincangan anda perlulah kritikal berasaskan fakta dan juga pendapat anda sendiri.

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 2

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1

2014

ISI KANDUNGAN
PERKARA Pengenalan Definisi Jenis Jenis Penaakulan Cabaran Pelaksanaan Kemahiran Penaakulan Dan Cara Mengatasinya Penutup Bibliografi MUKA SURAT 4 5 6

14 16

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 3

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 PENGENALAN Bagaimanakah anda hendak menentukan sama ada penyataan siapa yang adalah benar dan penyataan siapa yang palsu? Pelbagai cara atau metodologi yang digunakan bagi menangani masalah ini. Salah satu cara yang boleh anda gunakan adalah melalui penaakulan matematik (mathematical or logical resining). Dalam kehidupan seharian kita , kita sering melihat sendiri atau terlibat dalam situasi situasi seperti petikaian, perbahasan dan sebagainya. Situasi- situasi ini akan menyebabkan petikaian berlaku dimana pandangan dan pendapat berbeza kebenarannya. Malah dalam kehidupan seharian juga pengetahuan dalam penaakulan matematik amat penting untuk membolehkan kita berfikir secara kritikal dalam membuat kesimpulan dan keputusan yang tepat. Penaakulan matematik (mathematical or logical reasoning) merupakan satu aspek yang yang sangat penting dalam matematik. Contohnya apabila kita membincangkan tentang matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan matematik kerana dalam penaakulan matematik, ia melibatkan ayat, penyataan dan simbol simbol matematik dan bukan nombor - nombor. Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini adalah untuk membimbing minda ke arah berfikiran secara sistematik dan menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan. Manakala tujuan ayat atau simbol simbol matematik adalah untuk memudahkan proses pembuktian kebenaran tersebut. Aplikasi penaakulan matematik ini tidak seharusnya terhad pada matematik sahaja, malah ia sepatutnya dilihat juga sebagai alat untuk berfikir secara kritikal dalam mempelajari bidang subjek yang lain. Kemahiran penaakulan ini boleh juga digunakan dalam bidang penyelidikan , sains komputer , perundangan dan lain lain lagi. Justeru itu aplikasi dan kemahiran menguasai penaakulan matematik adalah amat penting dalam kehidupan seharian sejajar dengan Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada tahun 2011 untuk murid tahap 1 dimana ianya ingin memperkenalkan pemikiran mantik dan logik dalam pengajaran dan pembelajaran. Penekanan terhadap kemahiran manaakul ini telah dilakukan disamping murid menguasai kemahiran 3 M (membaca,menulis dan mengira).

2014

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 4

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 DEFINISI

2014

Menaakul menurut definisi kamus dewan bermaksud


logik,

membuat pertimbangan yang

Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik

untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Kemahiran menaakul boleh dirujuk sebagai kebolehan kognitif seseorang berfikir secara sistematik dan abstrak. Penaakulan adalah mengenali membuat generalisasi (tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuanatau penyelesaian). Penaakulan adalah asas kepada pemahaman dan penyelesaianmasalah matematik. Merujuk pada modul KRM 3053 iaitu Kemahiran

Dalam Matematik yang ditulis oleh Noor Shah Bin Saad,Kor Liew Kee, Mohd Uzi Bin Dollah dan Rosidah Bt Ahmad keluar 2014. Penaakulan(reasoning) adalah keupayaan berfikir, memahami sesuatu serta kebolehan melahirkan pendapat atau membuat pertimbangan berlandaskan fakta(Longman,1987) . Selain daripada itu, menurut Ross 1997, penaakulan juga dikenali sebagai kemahiran membuat kesimpulan dan pertimbangan berasaskan hujah yang logik dan bersepadu.Manakala, mengikut Kaur(2009), kemahiran menaakul boleh dianggap sebagai satu proses membuat kesimpulan berdasarkan kepada suatu badan pengetahuan tertentu. Kemahiran ini biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah. Ini dinyatakan definasinya di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR 2011 ). Penaakulan di sini bermaksud pelajar pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang diterima. Dua jenis penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Matematik bukan sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan alat unutk menyampaikan idea dengan jelas dan tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea-idea secara bertutur, menulis, melukis gambar atau graf menggunakan bahan konkrit. Ketiga, Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan pemikiran

metodogikal mengikut langkah-langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 5

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 JENIS-JENIS PENAAKULAN Menaakul adalah satu bidang kemahiran penting dalam matematik . Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami Matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian matematik lebih bermakna. Penaakulan matematik adalah satu bidang dalam matematik tentang propsedur atau prinsip yang digunakan untuk membezakan atau penyataan yang benar dan penyataan yang palsu. Ia juga dikenali sebagai penaakulan mantik , dimana ianya merupakan sesuatu cara yang amat ketat untuk menentukan kebenaran sesuatu atau pengujahan. Dalam penaakulan matematik, ia boleh melibatkan pernyataan dan proses yang mudah atau ia juga boleh menjadi lebih sukar dan rumit bergantung pada penyataan dan hujah yang terlibat. Penyataan penyataan akan dibuktikan menggunakan prinsip atau theorem matematik yang tertentu untuk menentukan kesahihan penyataan tersebut. Kemahiran menaakul merupakan satu proses kognitif yang membolehkan murid memberi sebab dan akibat serta keupayaan melakukan langkah langkah yang rasional, logik, dan bermakna bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Terdapat tiga klastifikasi dalam kemahiran menaakul iaitu teori klastifikasi Stinggins, Teori klastifikasi Bloom dan Teori klastifikasi kemahiran manaakul Marzano. Menurut Stinggins,terdapat 6 jenis penaakulan iaitu menganalisis, mensintesis, membanding, mengelas, induksi dan deduksi serta menilai. Pertama ialah

2014

Menganalisis dimana murid akan mengasingkan atau membahagikan sesuatu situasi atau perkara kepada beberapa bahagian yang lebih kecil dan mengkaji bahagianbahagian tersebut sambil membuat pengkaitan diantara satu sama lain. Contoh yang dapat dilihat melibatkan murid menerang kan langkah langkah yang digunakan setelah menyenaraikan langkah langkah penyelesaian masalah dilakukan. Kedua ialah Mensintesis yang mana murid akan menggabungkan beberapa perkara yang berbeza dan membuat generalisasi.Contohnya murid menyelesaikan suatu masalah matematik berdasarkan pengetahuan dan maklumat daripada gabungan pelbagai jenis masalah yang pernah diselesaikan serta mengaplikasikan masalah matematik dalam situasi harian yang sebenar. Ketiga ialah Membanding. Murid akan membuat banding beza item atau perkara atau situasi.Murid bukan sahaja membuat perbandingan tetapi mencari perbezaan atau persamaannya contohnya murid membanding beza masalah
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 6

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 yang berlainan. Mencari persamaan dan perbezaan bentuk geometri, nombor atau sistem pengukuran untuk mendapat pemahaman yang lebih mendalam. Keempat melibat kan proses Mengelas. Murid akan mengumpulkan atau mengklasifikasikan beberapa item atau konsep berdasarkan kriteria tertentu.Mengkategorikan konsepkonsep akan memudahkan proses membuat perbandingan seperti mengasingkan bentuk bentuk 3D dan menjestifikasikan ciri cirinya. Kelima iaitu Induksi dan Deduksi yang melibatkan murid akan menggunakan maklumat yang ada untuk mencapai sesuatu penyelesaian atau keputusan. Penaakulan deduksi merujuk kepada proses berfikir dari umum ke khusus.Kemahiran ini sebenarnya sering digunakan dalam kehidupan seharian tanpa disedari.Kita akan melihat contoh yang besar sebelum ke contoh yang lebih spesifik. Manakala penaakulan induksi pula merujuk kepada proses berfikir dan membuat kesimpulan secara umum berdasrkan pengetahuan yang diperolehi daripada fakta-fakta khusus atau spesifik(generalisasi) dan yang terakhir keenam Menilai dimana murid akan menilai dan menganalisis maklumat seterusnya melihat jika ianya boleh diaplikasikan dalam situasi yang diberi. Contohnya murid membuat pertimbangan , termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalam atau luaran, mentafsir dan mengkritik maklumat yang didapati.

2014

CABARAN PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PENAAKULAN Satu cabaran yang perlu ditangani oleh para guru dalam pengajaran matematik ialah memastikan murid-muridnya memiliki kemahiran penaakulan yang baik. Namun dalam pengajaran ini terdapat empat cabaran yang perlu ditangani oleh guru dalam memastikan kemahiran penaakulan yang baik dapat diterap dalam pengajaran bilik darjah seiring dengan dunia kemodenan sekarang yang perlukan murid befikir dengan lebih baik dan cerdas. Ramai murid termasuk sebilangan guru menganggap Matematik sebagai suatu siri langkah-langkah bagi mendapatkan jawapan atau penyelesaian tanpa memahami konsep Matematik yang sebenarnya. Menaakul adalah suatu kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami Matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengetian
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 7

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 Matematik lebih bermakna. Kemahiran menaakul tidak mudah dinilai seperti kemahiran menulis, membaca dan mengira kerana ia adalah satu proses kognitif yang berlaku di dalam otak. Perlaksanaan kemahiran penaakulan memberi cabaran kepada guru dan murid. Ia memberikan cabaran kepada guru itu sendiri bagaimana melaksanakan

2014

kemahiran ini agar ia dapat di terima dan difahami oleh murid seterusnya mengaplikasikan kemhiran ini dalam kehidupan.Selain itu,ibu bapa dan pentadbir juga memberikan cabaran kepada guru dalam perlaksanaan kemahiran menaakul ini.

CABARAN 1:- Cabaran daripada Guru dan cara mengatasinya. Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan hasrat Membina Negara Bangsa. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan

tercapai.Justeru, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar P&P yang dilaksanakan berkesan. Pengajaran berkesan memerlukan guru yang berkebolehan untuk

mengaplikasikan ganjaran dan hukuman bersesuaian mengikut tahap murid; mampu mengaplikasikan kepelbagaian kaedah, strategi dan teknik pengajaran dengan berkesan dan impak akhir murid cemerlang dalm akademik dan sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik dengan melaksanakan analisis SWOT atau Blue Ocean Strategy bagi mempertingkatkan keberkesanan P&P. Guru adalah bertanggungjawab mengajar murid proses pembelajaran menggunakan kemahiran menaakul. Dalam usaha mempertingkatkan kemahiran menaakul murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang besar. Kemahiran menaakul merupakan kemahiran yang amat penting pada abad ke 21 ini. Ia perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Disamping itu, peningkatan kualiti pengajaran sangat memerlukan kajian, maka guru digalakan untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri dan seterusnya melaksanakan inovasi dalam P&P. Pengajaran yang berkesan sangat bergantung kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran penggunaan kepelbagaian sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan serta gaya belajar murid. Guru berkesan adalah adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kritis dan kreatif. Kerangka penilaian TIMSS 2011
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 8

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 (Mullis, Martin, Ruddock, OSullivandan Preuschoff,2009)menegaskan usaha menaakul secara matematik memerlukan keupayaan berfikir secara logik dan sistematik. Ini termasuk penaakulan intuitif berasaskan pola dan ketetapan untuk memperolehi penyelesaian masalah bukan rutin. Masalah-masalah bukan rutin ini memerlukan penaakulan matematik yang lebih kompleks dan penyelesaiannya melibatkan lebih banyak langkah. Soalan-soalan penyelesaian masalah yang bukan rutin akan menjurus ke arah kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT). Untuk mengatasi pemasalahan yang timbul bagi cabaran guru ini antaranya ialah Guru adalah sebagai pengajar profesional dan progesion guru amat tinggi ilmunya kerana guru perlu tahu kesemua yang ingin disampaikannya. Seorang guru yang hebat dan kreatif memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan dalam pengetahuan psikologi dan pedagogi kerana kerjaya sebagai guru berhubungkait rapat dengan murid dan persekitarannya . Keupayaan yang berbeza dalam kalangan murid-murid menuntut guru-guru mendidik dan memotivasikan diri dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan cuba untuk memahami pelbagai sifat murid yang lemah dan cemerlang. Perubahan pada diri guru juga perlu seiring dengan kemodenan persekitaran dan guru perlu meningkatkan pengetahuan serta ,memahami persekitaran murid sekelilingnya. Ini kerana guru umpama model bagi murid dan segala tingkah laku guru diperhatikan oleh murid dan orang persekitaran. Kepelbagaian minat dan latar belakang murid akan memberi penanda aras kepada guru untuk mengenal pasti keperluan dan keupayaan murid khasnya dalam menguasai kemahiran menaakul. Oleh itu adalah sangat penting agar guru dapat mengenal pasti pada peringkat awal dan mengambil langkah terbaik memperbaiki ketidakupayaan menaakul dalam kalangan murid-murid ini.Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Guru perlu mempunyai pengetahuan dan strategi untuk mendidik murid menguasai kemahiran menaakul. Komunikasi dua hala penting dalam pembelajaran didalam kelas dan guru lah memainkan peranan penting untuk sebagai fasilitator. Malah guru boleh mewujudkan situasi tersebut dan berperanan menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti

2014

dalam bilik darjah. Kemahiran menaakul akan menjadi amalan apabila guru sentiasa menerapkankan dalam bilik darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi,inkuiri serta berpusatkanmurid dengan menggunakan alat berfikir.
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 9

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 Kesimpulannya, guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan

2014

pelajar yang berfikiran aras tinggi. Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

CABARAN KE-2 :- Cabaran daripada Murid dan cara mengatasi. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan logik ini harus diterapkan dalam pengajaran matematik supaya pelajar dapat mengenalasti, mencipta danmembuat ramalan serta pembantahan matematik. Pelajar juga digalakkan untuk menjelaskan sebab untuk suatu proses atau konklusi yang diberi oleh mereka. Tujuannya ialah untuk memantapkan pelajar mencapai kesimpulan sendiri tanpa perlu mengharap kepada guru dan buku teks. Penyerapan unsur penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bertujuan mengubah paradigma murid dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi mendapatkan jawapan kepada keinginan belajar matematik untuk memahami konsep yang sebenarnya. Menurut dokumen matematik KSSR 2010, murid yang berfikrah matematik berkeupayaan melakukan dan memahami idea matematik serta mengaplikasikan secara

bertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 10

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 Konsep penaakulan ini memerlukan murid berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu persoalan terutamanya dapat dilihat dalam kemahiran kemahiran asas. Namun ia merupakan satu cabaran bagi sesorang murid itu melaksanakan kemahiran menaakul yang memerlukan murid itu berfikir aras tinggi sekiranya murid- murid ini tidak boleh menguasai kemahiran penaakualan yang melibatkan kemahiran asas matematik seperti bahagi. Dalam mengharungi cabaran yang murid lalui, guru memainkan peranan penting bagi membolehkan murid menguasai kemahiran menaakul ini. Usaha dan operasi tambah , tolak , darab dan

2014

tanggungjawab guru untuk

melatih kemahiran menaakul perlu dilakukan dimana

sebagai seorang guru dalam membantu murid guru perlu menyediakan ruang dan peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam perbincangan matematik. Contohnya, setiap persoalan yang guru ajukan perlulah diserakkan jawapannya daripada semua murid dan komunikasi dua hala berlaku. Semasa merancang pengajaran dan pembelajaran, guru harus juga mengambil kira keperluan

mengembangkan intelek serta kemahiran menaakul murid dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Melalui latihan dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang terancang, guru dapat membantu murid lebih yakin dan mudah menguasai kemahiran manaakul ini disamping lebih tabah selaras dengan hasrat untuk membentuk pemikir matematik yang berkeupayaan tinggi. Malah aktiviti dan

pengajaran yang terancang juga dapat menarik dan mencabar daya imiginasi murid. Guru perlu mengambil kira keperluan mengembangkan intelek dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Antara teknik yang boleh dilaksanakan adalah perbincangan dan soal jawab, pembelajaran secara koperatif, sumbang saran dalam penyelesaian masalah, projek, permainan, perbahasan, inkuiri penemuan dan pelbagai lagi teknik yang boleh dijalankan. Selain itu penggunaan multimedia juga boleh membantu murid menguasai kemahiran ini. Bagi menggalakkan murid menaakul, masalah atau soalan yang diberi seharusnya memerlukan murid menerangkan atau menjelaskan mengapa cara tersebut dipilih untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya dapat dilakukan dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Murid akan membaca soalan , memahami dan mengeluarkan isi soalan untuk diselesaikan langkah demi
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 11

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 langkah. Cara dan langkah langkah penyelesaian murid yang menampakkan cara murid murid berfikir adalah penting dan perlu diambil kira. Sikap guru yang terlalu mementingkan jawapan akhir itu betul atau tidak dapat dielakkan. Namun guru perlu juga menunjuk ajar dan membimbing murid sekiranya murid memerlukan agar ianya mengikut langkah yang sepatutnya. Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang daya pemikiran murid ke arah menjadi lebih kritis, kreatif dan mampu menaakul dengan baik. Guru perlu membiasakan murid dengan soalan-soalan yang memberi ruang kepada mereka menaakul dengan menggunakan soalan mengapa dan bagaimana. Melalui teknik ini, guru boleh merancang tugasan yang memerlukan murid berbincang dan bersoal jawab menggunakan perspektif atau sudut pandangan yang berbeza mengenai peristiwa, masalah atau watak dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kesimpulannya proses manaakul ini memerlukan murid yakin dan kreatif dalam mengeluar dan memahami isi pengajaran disamping bimbingan guru.

2014

CABARAN KE 3 :- Cabaran daripada Ibu Bapa dan cara mengatasi. Dunia kini agak berbeza dengan dahulu. Ini dirasai oleh ibu bapa murid. Ini kerana sebagai ibu bapa pada hari ini, mereka turut secara langsung menguasai keadaan dan berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak. Tanggungjawab sebagai ibu bapa dan pemimpin keluarga dituntut untuk memastikan anak-anak dibesar dan diberikan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, ruhani, akhlak dan sosial. Suasana persekitaran memberikan tekanan kepada ibubapa dalam menangani cabaran tersebut. Ibu apa juga diminta perlu meningkatkan pengetahuan seiring dengan pendidikan anak anak kerana ibu bapa juga merupakan pakar rujuk kepada anak anak. Namun ibu bapa memiliki kengkangan untuk sentiasa bersama anak- anak mereka, ini berlaku disebabkan keperluan kehidupan keluarga. Ianya berkenaan tentang pendapatan dimana ibu bapa bekerja mencari rezeki untuk keluarga sehingga kurangnya masa bersama dengan anak-anak. Dalam

mengaplikasikan kemahiran menaakul dalam matematik, didapati persepsi dan kehendak ibu bapa membiarkan anak-anak mereka belajar menguasai asas matematik
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 12

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 terlebih dahulu sebelum maju ke aktiviti beraras tinggi yang melibatkan penaakulan. Secara tak langsung ibu bapa boleh memastikan yang anak anak mereka boleh menguasai kemahiran asas 3M sebelum melaksanakan kemahiran penaakulan. Namun terdapat juga ibu bapa yang umpama menyuap terus ke mulut anak anak tanpa membiarkan anak anak mereka hidup berdikari dan terlalu memanjakan. Sebaliknya ibu bapa ini akan membantu anak-anak mereka ini menguruskan diri dan yang lebih teruknya ada yang membuat kerja rumah anak sendiri tanpa membimbing anak mereka. Budaya ini akan menyebabkan murid-murid ini kurang berfikir dan sentiasa mengharapkan pertolongan sekaligus bergantung dengan ibu bapa mereka. Ini sekaligus memadamkan kemahiran menaakul yang memerlukan murid itu berfikir aras tinggi. Sebagai ibu bapa dan bagi menangani masalah ini , ibu bapa seharusnya sentiasa berhubung dengan guru dan pihak sekolah untuk menanyakan tentang pekembangan anak mereka. Malah ibu bapa juga boleh mewujudkan soalan soalan yang membolehkan murid berfikir dengan mendalam dan kreati. Hubungan yang baik dan berkesan antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah sekolah seterusnya membolehan pihak sekolah

2014

menggunakan peluang yang sedia wujud untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa. Selain itu peranan PIBG juga mampu membantu murid. Pendedahan dan penerangan tentang kemahiran menaakul boleh memberikan gambaran kepada ibu bapa. Pentadbir juga boleh menganjurkan kursus kemahiran menaakul kepada ibu bapa . Ini dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang kepentingan kemahiran menaakul yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 ini.

CABARAN KE 4 :- Cabaran daripada Pentadbir Sekolah dan cara mengatasi. Pentadbir Sekolah adalah terdiri daripada guru besar dan guru penolong kanan.

Cabaran pentadbir sekolah adalah sangat signifikan dalam menyokong sepenuhnya perlaksanaan kemahiran menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pentadbir sekolah melibatkan guru besar dan penolong penolong kanan. Pentadbir
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 13

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mengharungi cabaran kemahiran penaakulan ini. Tanpa sokongan daripada pentadbir sekolah, matlamat untuk membudayakan kemahiran menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai. Melalui cabaran ini juga penambahan tanggungjawab akan berlaku dimana pentadbir sekolah akan melakukan pemantauan dan pemerhatian terhadap pengajaran guru sama ada menggunakan proses kemahiran penaakulan atau tidak. Justeru itu pentadbir perlu memahami konsep kemahiran menaakul dengan mentranformasikan pendidikan, membentuk kepakaran, menggunakalan serta alat berfikir yang dapat dan

2014

memperkasakan

organisasi

pembelajaran

menjana

pemikiran

membangunkan kolaborat terlebih dahulu . Bagi menangani isu cabaran ini sebagai sekolah yang berpentadbir dan inginkan kelestarian dalam pendidikan, kemahiran menaakul ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, pentadbir perlu mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam dan luar sekolah disamping mempromosikan kemahiran menaakul ini. Untuk menangani cabaran ini pentadbir boleh mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru bagi meningkatkan keberkesanan kemahiran menaakul dalam pengajaran dan

pembelajaran. Malah melalui proses pengajaran dan pembelajaran, pentadbir perlu memastikan guru menerapkan proses kemahiran menaakul melalui pencerapan dan pemantauan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun luar bilik darjah. Melalui cara ini guru dapat dinilai oleh guru besar atau penolong kanan. Bagi membudayakan kemahiran menaakul ini, latihan secara berterusan perlu diadakan. Malah guru digalakkan menghadiri kursus-kursus luar yang dapat

meningkatkan kemahiran profesional terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dan High Oder Thingking Skill( HOTS ) yang menjurus ke arah kemahiran menaakul.

PENUTUP Kesimpulannya, pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan
NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424 Page 14

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir . Selain itu untuk menguasai kemahiran penaakulan ini guru, murid, ibu bapa dan pentadbir perlu bersedia untuk menerima perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini. Ini kerana pendidikan perlulah berkembang seiring dengan kemajuan dan kemodenan negara. Untuk mencapai keseiringan ini perubahan dan kerjasama perlu dilakukan oleh semua pihak. Perubahan set minda tentang penekanan kepada kemahiran menaakul boleh dilaksanakan melalui kursus dalaman , kempen, pameran dan lain lain lagi . Malah Sekolah juga boleh memainkan peranan dengan menggantungkan maklumat, menjalankan aktiviti dalam kokurikulum , mempamerkan banner, carta dan maklumat tentang kemahiran menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran di persekitaran sekolah.

2014

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 15

KRM 3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK / TUGASAN 1 BIBLIOGRAFI

2014

Noor Shah bin Saad(Ph.D),Kor Liew Kee(Ph.D),Mohd Uzi Bin Dollah(Ph.D) dan Rosidah Bt Ahmad( Ph.D)(2014).Modul KRM 3053 Kemahiran Dalam Matematik.Tanjung Malim.UPSI.

Noor Shah & Uzi,(2013).Modul KRM3073 Pengajaran Matematik Sekolah Rendah.Tanjung Malim:Pusat Program Luar

Noraini Iis(2005).Pedagogi dalam Pendidikan Matematik.Lohprint Sdn.Bhd.KL

Ayob bin Jantan.(2005).Pengetua Sekolah yang Efektif.PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah .(2011).Unit Pengurusan Komunikasi Kurikulum,BPK.Dimuat turun pada 25 Mac 2014 http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/berita/apakah_kemahiran_menaakul

Bahagian Pembangunan Kurikulum .(2012).Buku Panduan Kemahiran Menaakul.Kementerian Pelajaran Malaysia.Dimuat turun pada 26 Mac 2014 http://www.slideshare.net/sifatpgsr/buku-panduan-kemahiran-menaakul Dimuat turun pada 76 Mac 2014 http://www.slideshare.net/sazman68/panduan-ithink http://www.scribd.com/doc/133340418/DEFINISI-PENAAKULAN Muhyidin Yasin, 2009,Perutusan Hari Guru 2009, KPM, Kuala Lumpur Muhyidin Yasin, 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru 2009 KualaLumpur

NURHARMILA BT HARMAINY / D20102041424

Page 16