Vous êtes sur la page 1sur 9

1

TAJUK: HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA BANYAK DIPENGARUHI OLEH SENTIMEN SERUMPUN DAN PERSAMAAN BUDAYA. BINCANGKAN. 1.0 PENDAHULUAN

Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara berjiran yang mempunyai pertalian sejarah, rumpun bangsa, bahasa dan kebudayaan yang rapat. Hubungan kedua buah negara ini boleh dianggap seperti hubungan abang- adik yang dicirikan bukan sahaja dengan keakraban, tetapi juga oleh pertengkaran seperti kebiasaan dalam hubungan keluarga. Banyak perkara yang boleh dikaitkan apabila berbincang mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Perkara yang paling istimewa yang hampir tidak ada dalam hubungan Malaysia dengan negara-negara lain ialah soal sentimen serumpun dan persamaan budaya. Ia juga menjadi pengikat kepada hubungan dan juga pengimbang dalam setiap masalah yang timbul dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia. Justeru soal keserumpunan dan persamaan budaya menjadi retorik utama yang menghiasi sejarah hubungan kedua-dua negara ini.1 Ciri-Ciri Keserumpunan Faktor geo-politik merupakan faktor yang paling penting yang telah mencorakkan perkembangan sejarah peradaban yang selari antara Indonesia dan Malaysia kerana kedudukannya yang berhampiran. Seterusnya, dari segi kebudayaan Malaysia dan Indonesia, menunjukkan dengan jelas mengenai hubungan kebudayaan yang dipengaruhi oleh pengaruh luar khususnya China dan India (Ismail, 1984). Buktinya, penemuan-penemuan inskripsi di bahagian Jawa Barat dan di bahagian pantai timur Borneo menunjukkan ciri-ciri yang terdapat dalam manuskrip dari India selatan. Perkaitan Malaysia dan Indonesia dari segi bahasa, bahasa Melayu merupakan asas kepada kewujudan bahasa Indonesia. Perkara ini dinyatakan oleh Septy Ruzui (1968), it may not be known that Indonesian is different from Malay spoken in the Malay Peninsular, but at the same time, it should be admitted that based on Malay the Indonesians have developed their national languages, the Bahasa Indonesia. Selain itu, Sejarah perkembangan Bahasa Melayu sebagai lingua franca sekali gus menggambarkan jambatan perhubungan identiti bagi Malaysia dan Indonesia. Secara umumnya dapat dirumuskan bahawa perkembangan ketamadunan, rupa
1

Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun . Sintok: Universiti Utara Malaysia. Hlm 223.

bangsa dan identiti sosial di Malaysia merupakan satu perkongsian bersama-sama dengan Indonesia.2 Persoalannya, apakah sebenarnya keutamaan Malaysia terhadap Indonesia dari segi pengurusan politik dan dasar luar negara. Apakah sentimen serumpun dan persamaan budaya akan kekal sejak dari dahulu hingga kini dalam hubungan kedua-dua buah negara. Oleh yang demikian kertas kerja ini cuba mengupas perkara tersebut dan cuba melihat apakah elemen utama yang mempengaruhi dasar luar negara terhadap Indonesia.

2.0

HUBUNGAN MALAYSIA- INDONESIA

Walaupun hubungan Malaysia dan Indonesia dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan persamaan budaya namun oleh kerana faktor-faktor tertentu hubungan di antara kedua buah negara ini sentiasa pasang dan surut iaitu ada kalanya baik dan ada kalanya tidak baik. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan di antara Malaysia dan Indonesia ialah seperti berikut: 2.1 clash of personality dan Tiada Persefahaman

Hubungan awal Malaysia dan Indonesia adalah tidak baik dan tidak stabil kerana Tunku dan Sukarno mempunyai perspektif yang berbeza berkenaan ideologi politik. Hal ini telah mengakibatkan berlakunya ketidak persefahaman di antara mereka. Perasaan tidak persefahaman ini telah menimbulkan perasaan tidak percaya-mempercayai bermula sejak akhir tahun 1950-an lagi apabila berlaku pemberontakan Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI). Dalam isu ini Sukarno telah menuduh kerajaan Malaya di bawah Tunku menyokong perjuangan pemberontak yang ingin membebaskan wilayah mereka daripada Jakarta pusat. Malah, Indonesia menuduh Tunku cuba menggunakan seorang pemimpin PRRI iaitu Sumitro Djojohadikusumo supaya memusuhi Indonesia. Ditambah dengan tuduhan pelabuhan Tanah Melayu digunakan oleh anggota PRRI untuk penyeludupan.3 Kekusutan hubungan Malaysia dan Indonesia pada awal 1960-an dijejaskan lagi dengan isu Irian Barat. Pada awalnya Tunku mengambil sikap berkecuali dengan alasan Malaysia adalah sebuah negara yang baru. Namun, atas dasar persahabatan bagi mengurangkan kekusutan ini
2 3

Ibid. Hlm 225-226. Rohani Ab Ghani (2003). Konflik Serantau : Konfrontasi Indonesia Malaysia 1963-1966. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Hlm 149.

Tunku telah bertindak sebagai orang tengah dalam perbalahan antara Indonesia dan Belanda. Hasilnya, isu tersebut akan diselesaikan melalui PBB tetapi Indonesia yang tidak setuju dengan kenyataan itu lalu membuat tuduhan bahawa Tunku menjalankan usaha tersebut tanpa pengetahuan Indonesia. Isu Iran Barat ini telah berjaya diselesaikan oleh Amerika Syarikat. Namun, penyelesaian mengakhiri isu ini banyak mengeruhkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia yang penuh dengan prasangka. Selain itu, ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia berlaku apabila Tunku telah bercadang untuk menubuhkan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana Indonesia tidak dilibatkan dalam konsultasi mengenai penubuhan Malaysia. Perbezaan pendapat ini diperkuatkan lagi dengan idea Sukarno yang menjelaskan penubuhan Malaysia merupakan satelit kepada kuasa-kuasa neokolonialisme di rantau ini. Selain itu, kewujudan Malaysia secara tidak langsung menjadi penghalang kepada cita-cita Sukarno dalam usaha mewujudkan Indonesia Raya. Indonesia pada awalnya ingin mengemukakan cadangan untuk menyatukan Indonesia dan wilayah sekitarnya yang meliputi Tanah Melayu, Borneo dan Filipina bagi membentuk satu kesatuan. Oleh itu, keretakan dalam hubungan antara kedua negara ini semakin jelas akibat tiada persefahaman. Pemimpin Sukarno dengan agendanya yang tersendiri, Tunku pula berpendirian tetap iaitu untuk menubuhkan Malaysia.4 Bagi mengelakkan berlakuya pertentangan secara terang, Tunku menunjukkan sikap terbuka dengan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Indonesia tetapi gagal. Usaha yang dilakukan oleh Tunku ini adalah satu cara agar menjaga hubungan kedua buah negara. Namun sikap Sukarno yang melontarkan pandangan yang prejudis terhadap Malaysia menambahkan kekeruhan hubungan bilateral tersebut. Sukarno melihat negara ini terlalu lemah dan tidak mampu hidup tanpa kebergantungan kepada Barat. Perkara ini berlaku berpunca dari keadaan politik serantau yang mana Malaysia mengamalkan dasar luar pro barat manakala, Indonesia di bawah pimpinan Sukarno bersikap anti Barat. Kemuncak kepada konflik antara Malaysia dan Indonesia ialah apabila meletusnya konfrontasi pada tahun 1963 sehingga 1966. Sepanjang berlakunya konfrontasi, Malaysia telah menerima bantuan ketenteraan daripada Komanwel untuk mengawasi kawasan perairan Sabah
4

Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysias Foreign Relations. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 52-54.

dan Sarawak daripada pencerobohan Indonesia. Perkara tersebut menimbulkan lagi rasa curiga Indonesia kerana beranggapan Malaysia adalah sebagai satu alat propaganda Barat untuk menceroboh kawasan Asia Tenggara. Hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia semasa konfrontasi ini terputus akibat tiada persefahaman dan konfrontasi yang berlaku memberi impak yang buruk terhadap pembangunan negara dan masyarakat bagi kedua-dua buah negara.5 Walaupun hubungan Malaysia dan Indonesia dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan persamaan budaya namun ke tidak persefahaman dan clash of personality di antara kedua-dua pemimpin negara ini telah menyebabkan berlakunya keretakan dalam hubungan bilateral mereka.

2.2

Political Goodwill

Pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia semakin baik. Suharto dan Tun Abd Razak mempunyai persamaan dari segi kepimpinan. Keduadua pemimpin ini telah berjuang untuk menamatkan konfrontasi kerana telah merugikan kedua belah pihak dari semua aspek pembangunan terbantut dan pembaziran berlaku. Atas political goodwill antara kedua pemimpin maka hubungan Malaysia dan Indonesia bertambah baik. Hubungan Malaysia dan Indonesia bertambah erat lagi kerana pemimpin kedua-dua negara mementingkan kebajikan rakyatnya. Antara langkah awal yang dilakukan oleh pemimpin adalah menandatangani Perjanjian Pemulihan Hubungan Indonesia dan Malaysia. Bermatlamat untuk meredakan ketegangan, menyambung semula hubungan diplomatik dan bersetuju menamatkan segala persengketaan. Dari sudut ekonomi, perjanjian perdagangan dan perusahaan telah ditandatangani. Hubungan Malaysia dan Indonesia dilihat erat kerana melalui perjanjian ini membawa kerjasama ekonomi dan teknikal lebih menyerlah. Umpamanya, penghantaran pelajar Malaysia untuk belajar daripada PETAMINA Indonesia kerjasama dengan PETRONAS Malaysia.6 Selepas penubuhan Malaysia, ancaman Komunis masih berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan kedua buah negara. Pemerintahan Suharto berbeza dengan Sukarno kerana beliau bersikap anti Komunis. Perhubungan Malaysia dan Indonesia bertambah erat apabila mereka berusaha bersama menangani ancaman komunis. Perjanjian Persetujuan
5

Nik Anuar Nik Mahmud (2009). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 244. 6 Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysias Foreign Relations. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 63.

Keselamatan 1972 antara Kuala Lumpur dan Jakarta (GBC) dibuat bagi mengatasi masalah komunis di Borneo, Kalimantan dan Selat Melaka. 7 Perhubungan bilateral ini diperkukuhkan dari segi sosial. Pada tahun 1967, Perjanjian Kerjasama Pelajaran telah ditandatangani dengan inti pati Indonesia dan Malaysia bersetuju untuk melakukan pertukaran guru. Di pihak Malaysia, masalah kekurangan guru dapat diatasi terutama bagi subjek sains, matematik dan teknikal yang diisi oleh guru-guru dari Indonesia. Penghantaran pensyarah seramai 17 orang semasa penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memberi implikasi dalam perhubungan Malaysia. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan persefahaman. Rentetan itu, keperluan bahasa yang menjadi alat perhubungan dan perpaduan dilihat sebagai elemen yang perlu diselaraskan. Kedua negara mengambil inisiatif menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia di Malaysia dan Ejaan yang Disempurnakan di Indonesia. Kedua-dua Sistem tersebut telah dilancarkan serentak secara rasmi pada 16 Ogos 1972 oleh Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur dan Presiden Suharto di Jakarta. Kesungguhan dalam menjalinkan perhubungan utuh ditambah dengan kewujudan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 23 Jun 1972.8 Kerjasama kebahasaan di peringkat serantau ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat bekerjasama dan persaudaraan, meningkatkan peranan bahasa kebangsaan sebagai alat perhubungan yang lebih luas. Hubungan bilateral kedua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan persamaan budaya sangat erat ketika ini kerana political goodwill yang diamalkan oleh Tun Abd Razak dan Suharto.

2.3

Kepimpinan Mahathir Mohamad Di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara

yang membangun, lantang bersuara, berprinsip dan berani menyuarakan ketidakadilan kuasa besar. Kemunculan Dr. Mahathir Mohamad di kemuncak pimpinan politik Malaysia telah membawa pelbagai perubahan dalaman negara yang seterusnya, memberi dampak yang signifikan terhadap hubungan Malaysia dan Indonesia sehinggakan wartawan Indonesia
7

Ibid. Hlm 64-65. Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun . Sintok: Universiti Utara Malaysia. Hlm 240-241.
8

menamakan Dr. Mahathir sebagai Sukarno Kecil . Hal ini kerana, Dr. Mahathir telah berjaya mengorientasikan hubungan kedua-dua negara ke arah hubungan yang lebih saksama akibat daripada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia yang stabil sehingga membolehkan negara tersebut disegani di pentas antarabangsa. Keadaan politik dan ekonomi yang stabil dalam tempoh dua dekad membolehkan Malaysia Berjaya menyaingi Indonesia. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan persepsi Indonesia terhadap Malaysia.9 Hal ini kerana, negara Indonesia merupakan sebuah negara yang lebih baik sama ada dari segi ekonomi atau politik berbanding Malaysia. Namun, semuanya telah berubah semenjak Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, Indonesia telah berubah mengalami kemunduran dalam semua aspek sehingga menyebabkan ramai daripada rakyat mereka berhijrah ke Malaysia untuk mendapat pekerjaan.10 Keadaan ini menyebabkan pihak Indonesia berasa tercabar kerana negara tersebut yang dahulunya merupakan Abang terpaksa tunduk kepada negara Malaysia yang merupakan Adik . Keadaan ini telah mempengaruhi hubungan pasang surut antara Malaysia dan Indonesia. Walaupun hubungan Malaysia dan Indonesia dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan persamaan budaya namun di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang lantang dan aktif hubungan ini sedikit sebanyak telah terjejas kerana perasaan big brotherism iaitu Indonesia yang menganggap dirinya abang kepada Malaysia perlulah sentiasa menang dan berada di atas. 2.4 Provokasi Media

Masyarakat Indonesia begitu cepat melenting apabila timbul isu berkaitan Malaysia dengan Indonesia. Tanpa membuat usul periksa mahupun mendengar sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka, pelbagai tindakan agresif telah pun diambil seperti membuat rusuhan, membakar bendera, mencaci dan menghina Malaysia dengan pelbagai gelaran buruk. Malah terdapat dalam kalangan mereka sanggup mengunggut untuk mencederakan rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. Hal ini kerana, media-media di Indonesia banyak yang tidak bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan maklumat dan berita kepada rakyatnya. Insiden pada 13 Ogos 2010 yang berlaku di perairan Bintan jelas menunjukkan bagaimana peranan media swasta di Indonesia dalam mensensasikan isu penangkapan tiga orang
9

Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysias Foreign Relations. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 65. 10 Ibid. Hlm 66.

pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan di kedutaan Malaysia di Jakarta. Dalam demonstrasi itu, penunjuk perasaan bukan sahaja menghina Malaysia dengan kata-kata kesat malah melemparkan najis kepada bangunan kedutaan Malaysia.11 Selain itu, isu tarian pendet juga telah meretakan lagi hubungan kedua-dua negara. Malaysia dituduh mencuri budaya Indonesia untuk promosi pelancongan yang ditayangkan melalui rancangan televisyen Discovery Channel. Keadaan menjadi genting apabila media Indonesia sengaja mensensasikan berita tersebut bagi mengapi-apikan kemarahan rakyat Indonesia sehingga wujud gerakan buluh runcing dan sapu Malaysia. Hakikatnya, kejadian yang berlaku hanyalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh Discovery Networks Asia-Pasifik yang telah pun mengeluarkan kenyataan maaf kepada Menteri Kebudayaan dan Pariwisata, Jero Wacik atas perkara yang disifatkan sebagai kekeliruan kreatif.12 Perkara yang sama juga berlaku pada Oktober 2011 apabila Malaysia dituduh mencuri 1400 hektar Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, Kalimantan Barat. Tuduhan yang tidak berasas ini telah digembar-gemburkan oleh media Indonesia sehingga berlakunya demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta. Tuduhan ini bukan sahaja dinafikan oleh kepimpinan Malaysia malah turut dinafikan oleh empat menteri Indonesia termasuklah Menteri Luar Indonesia iaitu Marty Natalegawa yang menyatakan dakwaan yang dibuat oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, T.B Hasanuddin tidak berasas.13 Provokasi media yang tidak berasas ini telah merenggangkan dan mengakibatkan perbalahan di antara Malaysia dan Indonesia walaupun hubungan kedua buah negara ini dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan persamaan budaya.

3.0

KESIMPULAN

Konsep bangsa serumpun umumnya memberikan masalah dalam hubungan Malaysia dan Indonesia. Pengertian yang berbeza dalam kalangan masyarakat kedua buah negara menimbulkan kekeliruan. Sebagai dua negara berdaulat dan berjiran rapat yang dianggap banyak
11 12

BERNAMA. Rakyat Indonesia di Malaysia kesal tindakan cemar kedutaan. Berita Harian, Ogos 26, 2010. Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Hlm 242. 13 BERNAMA. Kedutaan Besar Malaysia Di Jakarta Terus Jadi Sasaran Demonstrasi. Berita Harian, Oktober 13, 2011.

persamaan budaya, perhubungan yang berlangsung lebih dikenali sebagai persaudaraan. Tetapi dalam konteks ini, bagi Indonesia bangsa serumpun menidakkan Malaysia untuk berhak mewarisi unsur persamaan tersebut. Indonesia dilihat lebih cenderung menuduh Malaysia sebagai gemar untuk menuntut dan mencuri kepunyaan orang lain. Tambah memburukkan keadaan apabila terdapat segelintir rakyat Indonesia yang membuat demonstrasi sehingga sanggup membakar dan menginjak-injak bendera Malaysia. Di Malaysia, konsep bangsa serumpun diadaptasi oleh rakyatnya sebagai saudara. Tetapi timbul persoalan kerana konsep ini tidak diterima oleh rakyat Indonesia yang sering membuat tuduhan dan prasangka terhadap rakyat Malaysia. Jakarta dilihat seolah-olah tidak mampu menghalang segelintir rakyatnya yang tidak memahami kepentingan perhubungan Malaysia dan Indonesia.14 Dari aspek budaya, sebenarnya Malaysia juga mempunyai persamaan dengan negara Singapura dan Brunei. Tetapi jarang sekali isu budaya antara kedua negara ini menjadi sebab berlakunya masalah dalam perhubungan dengan Malaysia. Perkara ini semestinya disebabkan oleh konsep serumpun hanya diberi antara Malaysia dan Indonesia. Adalah menjadi sesuatu yang mustahil apabila hak keturunan masyarakat Indonesia seperti Jawa, Minang, Bugis dan lain-lain ditegah dari mengamalkan kebudayaan mereka yang telah bergelar rakyat Malaysia. Oleh itu, sentimen dan romantisisme serumpun tidak boleh lagi memperkasakan hubungan bilateral. Hubungan dua negara yang bebas dan berdaulat perlu wujud tanpa menyelitkan konsep serumpun kerana jelas dapat mengeruhkan hubungan. Segala masalah, yang dihadapi perlu diselesaikan berdasarkan norma hubungan antarabangsa dan mengikut peraturan tanpa mengira keluarga atau kawan. Situasi berkenaan kekerabatan perlu diketepikan, sudah tidak timbul tua diutamakan dan yang muda perlu kalah kepada yang lebih tua.15

14

Ruhanas Harun. Mitos Bangsa Serumpun Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Berita Harian, September 22, 2010. 15 Ahmad Mokthar Selat. Hubungan Malaysia-Indonesia : Langkah-langkah Memperkasakannya. Kertas ini dibentangkan di Medan pada 15 September 2011 dalam rangka program Memperkasa Hubungan Malaysia Indonesia anjuran MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia).

4.0

BILIOGRAFI

Ahmad Mokthar Selat. Hubungan Malaysia-Indonesia : Langkah-langkah Memperkasakannya. Kertas ini dibentangkan di Medan pada 15 September 2011 dalam rangka program Memperkasa Hubungan Malaysia-Indonesia anjuran MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia). BERNAMA. Rakyat Indonesia Di Malaysia Kesal Tindakan Cemar Kedutaan. Berita Harian, Ogos 26, 2010. BERNAMA. Kedutaan Besar Malaysia Di Jakarta Terus Jadi Sasaran Demonstrasi. Berita Harian, Oktober 13, 2011. Nik Anuar Nik Mahmud (2009). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohani Ab Ghani (2003). Konflik Serantau : Konfrontasi Indonesia Malaysia 1963-1966. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysias Foreign Relations. Special Siries & Sosial Sciencs. Ruhanas Harun. Mitos Bangsa Serumpun Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Berita Harian, September 22, 2010.

Vous aimerez peut-être aussi