Vous êtes sur la page 1sur 4

Langkah-langkah majukan seni budaya tradisional Festival Kuala Lumpur: Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja

a maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya. Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali. Menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa. Untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa. ketengahkan sebagai bandaraya moden dan progresif, namun tetap kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan. Kuala Lumpur is a city with a soul. Malaysia ini sudahpun terkenal dengan keistimewaannya dari segi kekayaan budaya dan warisan serta kesenian, hasil dari kewujudan masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni. Let it be known that Kuala Lumpur is so much more than just a shopping destination or a place where business is done. Let it be known that Kuala Lumpur is also the place where you can find the finer things in life; a center of arts and culture that stimulates the mind and invigorates the spirit. Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa Dasar menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa bertujuan untuk memartabatkan identiti dan imej Kuala Lumpur sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa melalui program kebudayaan dan kesenian antarabangsa seperti persembahan tarian, muzik, lukisan, kraftangan, lakonan, teater, puisi, perfileman, pameran, persidangan, forum, simposium dan festival. Skim Bantuan Kebudayaan Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan

Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya. Bantuan yang diperolehi akan dapat meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di dalam bidang masing-masing. Kemajuan Pementasan Seni Istana Budaya telah berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang. Muzikal Puteri Hang Li Po telah berjaya menarik khalayak pelbagai kaum. Merakyatkan Seni Laman Seni Kuala Lumpur Program ini telah diadakan diperkarangan BSLN dan Istana Budaya setiap hari Sabtu pertama setiap bulan. Beberapa aktiviti sokongan seperti persembahan kebudayaan tradisional dan moden, senam seni, pertandingan nyanyian, demonstrasi seni tampak, permainan tradisional dan sebagainya diadakan bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi program ini. Pembangunan Kraf i. Penyelidikan dan Pembangunan Rekaan produk kraf baru telah dihasilkan yang meliputi bidang batik, tenunan, tekatan, seramik, hasil rimba dan logam. Kajian teknologi dan kajian bahan telah dihasilkan. Pusat Inovasi Seramik telah diwujudkan untuk dimanfaatkan oleh pengusaha seramik. ii. Pembangunan Usahawan Kraf Satu Daerah Satu Industri telah dibangunkan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Kraftangan Malaysia juga melaksanakan projek pentahapan usahawan kraf, projek pentahapan usahawan muda dan projek perantisan kraf warisan. iii. Galakan Dagangan

Promosi diadakan di peringkat domestik dan peringkat antarabangsa. Nilai jualan bagi promosi domestik adalah sebanyak RM4.4 juta manakala promosi antarabangsa dapat menjana sebanyak RM8.3 juta. Hari Kraf Kebangsaan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. iv. Latihan Kemahiran Kraf Pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara telah melatih pelajar di peringkat sijil dan di peringkat diploma. Bidang kraf yang ditawarkan ialah batik, tenunan,kayu, rotan, seramik dan logam. v. Pemuliharaan Kraf Bagi mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan. Kraftangan Malaysia mengadakan pameran bertema di Muzium Kraf dan aktiviti pendidikan kraf serta menerbitkan buku kraf iaitu Buku Seramik Tradisional Malaysia dan Buku Seni Gerus. Dasar Perfileman Negara i. Kemudahan Dana Perfileman dan Skim Kemudahan Produksi Sebanyak RM1.135 juta berbentuk pinjaman telah diluluskan kepada 5 filem cereka. 3 buah filem pula telah mendapat bantuan daripada kemudahan dana perfileman, iaitu sebanyak RM12 juta. ii. Pembangunan modal insan Sebanyak 17 buah bengkel telah diadakan dengan 268 orang peserta. Anugerah Seni Negara Anugerah Seni Negara ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air. Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) diwujudkan khusus bagi penggiat seni, budayawan dan karyawan bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kepakaran dalam bidang seni, budaya dan warisan di dalam dan di luar negara. memberi penajaan kepada penggiat seni individu, syarikat swasta dan persatuan.

Vous aimerez peut-être aussi