Vous êtes sur la page 1sur 19

Pendahuluan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan
senipergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek
pemahaman,penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan
daya kreativitiindividu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid. Guru akanmemberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka,
mengalami danmengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat
mengamalkanpertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagikepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran
optimum,menyeluruh dan menyeronokkan.Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah
rendah adalah untuk membentukkeperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetika yangtinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Kandungan kurikulum berupayamembantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargaikeindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapatmenyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selarasdengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Berdasarkan
penjelasan-penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalampendidikan amat
penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah.
Secara umumnya, kerja kursus pada semester ini berkaitan dengan proses membuat
membangunkan satu RPH yang mempunyai pengaplikasian antara ketiga- tiga elemen
seni tersebut dalam proses P dan P di dalam kelas. Selain itu, saya juga ditugaskan
untuk melampirkan sebarang Bahan Bantu Mengajar yang disarankan penggunaanya di
dalam RPH yang disediakan. Akhir sekali, tugasan dilengkapkan dengan serba sedikit
huraian mengenai Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai yang diaplikasikan dalam
RPH tersebut.
Secara keseluruhannya, tugasan ini sememangnya memberi seribu satu manfaat
yang berguna bertujuan sebagai langkah persediaan awal untuk melengkapkan diri
saya dan rakan-rakan menjadi guru yang cemerlang, kreatif dan inovatif.



Teori
Pembelajaran
Teori konstruktivisme
Pembelajaran ini menggalakkan
murid menacri idea, buat kajian,
yakin diri dan dapat beriteraksi
yang akhirnya proses inkuiri akan
terhasil.
Teori kecerdasan pelbagai
Kebolehan membuat sesuatu atau
menawarkan perkhidmatan yang
bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya. Jenis-jenis kecerdasan:
Verbal - linguistik Logik -
Matematik Visual - ruang
Kinestetik Muzik
Teori pembelajaran sosial
menegaskan bahawa
pembelajaran manusia berlaku
dengan cara memerhatikan orang
lain melakukan sesuatu. Teori ini
juga menekankan konsep
peniruan.
Teori otak kiri dan otak
kanan
mengemukakan bagaimana
manusia memperolehi maklumat
dalam sesuatu proses
pembelajaran. Mengikut teori ini
rangsangan-rangsangan dari
persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-
deria manusia.
Teori pemprosesan
maklumat
aktiviti-aktiviti Seni dalam
Pendidikan dijalankan,
pembelajaran kecerdasan emosi
dan pengalaman langsung dari
proses maklumat seperti diatas
akan memudahkan untuk
memberikan kepada kanak-kanak
beberapa peluang
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3
KELAS: : 3 Bestari
BILANGAN PELAJAR: : 3O Orang murid
TARIKH: : 13 September 2013
MASA: : 7.45 8.45 pagi ( 60 MINIT)
BIDANG: : Membentuk dan Membuat Binaan
TAJUK: : Topeng
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Mengetahui jenis jenis pekerjaan dan watak yang
digemari
HASIL PEMBELAJARAN :
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
i. Mengetahui cara cara menghasilkan topeng muka.
ii. Menghasilkan topeng muka mengikut watak watak yang digemari
iii. Mengetahui penggunaan warna daripada bahan kering.
iv. Menghias hasil karya menggunakan kertas dan warna
v. Memupuk semangat kerjasama serta kekemasan kerja.


BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh topeng muka
ALAT BANTU MENGAJAR : Komputer, LCD
ALAT DAN BAHAN : gam, gunting,pinggan kertas, warna pensil,
krayon,marker, tali atau gelang getah, penebuk
lubang, gambar- gambar dari majalah, surat
khabar,buku latihan.

LANGKAH
P&P/MASA
ISI
PEMBELAJARAN
AKTIVITI P&P CATATAN
Set Induksi
(10 min)
Pengenalan
Topeng muka
Guru melompat-
lompat meniru
gaya arnab
sambil memakai
topeng arnab.
Guru meminta
murid menyanyi
bersama-sama
lagu lompat si
arnab lompat.
Bahan bantu
mengajar:
Contoh topeng
muka daripada
pinggan kertas

Murid menyanyi
dan melompat
bersama guru.

1) Murid melihat contoh
topeng muka yang telah
siap.

2) Guru memaparkan lirik
lagu pada skrin LCD.

3) Guru meminta murid
menyanyi bersama-
sama lagu lompat si
arnab lompat.

BBM
-Radio
- Paparan dari
LCD
-contoh topeng
muka
Kecerdasan
pelbagai:
- Verbal-
linguistik
- interpersonal
- Kecerdasan
muzik




Langkah 1
(10 min )


Membuat topeng
arnab
Murid memerhati dan
mendengar penerangan
daripada guru tentang cara-
cara yang betul untuk
menghasilkan topeng arnab
1) Guru menunjuk cara
menghasilkan topeng
arnab menggunakan
Kecerdasan
Pelbagai
Visual ruang
Naturalis

pinggan kertas.

2) Guru menunjukkan cara
cara menggunakan
warna daripada bahan
kering dengan betul.



Langkah 2
(4 min)











1. Murid-murid
menyediakan
peralatan masing
masing.
2. Murid murid
melakar gambar
yang mereka
gemari.


1) Melakar dan melukis
Aras 2

2) Guru memberi arahan
supaya murid-murid
menyediakan peralatan
masing masing.

3) Guru mengagihkan
pinggan kertas, pen
marker, tali,kertas
lukisan, kertas warna,
surat khabar.

4) Guru meminta murid
murid untuk melakar
gambar haiwan dan
watak yang mereka
gemari.

Kecerdasan
pelbagai:
-Naturalis,
- Visual ruang
- Menciri dan
membezakan
- Bekerjasama,
- Kekemasan
- Menjana idea,
kreatif dan
inovatif


Langkah 3
(25 minit)


Aras 3
1) Guru memberi arahan
kepada murid untuk
memulakan tugasan.

2) Murid menyiapkan
topeng masing masing

3) Murid murid membuat
kemasan dangan
menambah hiasan lain
pada topeng masing
masing.
Kecerdasan
pelbagai:
Kontekstual
Konstruktivisme
Bekerjasama,
Ketelitian,
kekemasan.
Menjana idea



Langkah 4
(8 minit)
1) Guru memilih beberapa
orang murid untuk
melakonkan watak pada
topeng yang mereka
hasilkan.
2) Beberapa orang murid
melakonkan watak pada
topeng yang mereka
hasilkan dengan gaya
yang sesuai.




Penutup
(3 Minit)
Sesi Apresiasi
dan refleksi


Rumusan
.

1. Murid menilai
keupayaan dan
pendapat diri sendiri
a. Hasil kerja
dipamerkan.
b. Guru meminta
murid menilai
keupayaan dan
pendapat tentang
karya sendiri dan
rakan.
2) Adakah mereka seronok
melakukan aktiviti
tersebut?


3) Kenapa?
4) Apa pendapat kamu
tentang warna/ media
yang digunakan?

Verbal-linguistik,
Interpersonal.


5) Guru membuat rumusan
dan menerangkan
tentang kelebihan dan
kekurang yang terdapat
pada hasil kerja murid-
murid.



















Justifikasi Pengaplikasian Aktiviti Seni Visual, Muzik, dan Pergerakan dalam
Rancangan Pengajaran Harian
1.2.1 Seni Muzik
Aspek seni muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menjadikan sesuatu sesi
P&P itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara menyeluruh. Dalam penulisan
RPH di atas, aspek ini telah diterapkan pada awal sesi P&P lagi iaitu dalam set induksi.
Pada awal pembelajaran, guru masuk ke dalam kelas dengan memakai topeng dan
terus memaparkan lirik lagu Lompat Si Arnab Lompat pada skrin untuk dinyanyikan
beramai-ramai sambil menggayakan pergerakan yang sesuai.
Kekuatan
Melalui Seni Muzik, ianya dapat memberi pernumpuan dan penegasan kepada aspek
postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik hembusan udara. Selain dari itu,
muzik dengan pergerakan dapat memberikan peluang kepada pelajar menggunakan
tubuh badan sebagai respon kepada muzik.
Kelemahan
Murid adakalanya tiada bakat dalam bidang muzik akan memencilkan diri dan tidak
mengambil bahagian dalam aktiviti yang guru jalankan. Muzik yang tidak sesuai dan
penggunaan perkataan yang susah difahami dalam lagu akan menyukarkan murid
menjalankan aktiviti.

1.2.2 Seni Visual
RPH yang telah saya sediakan merupakan Rancangan Mengajar bagi subjek
Pendidikan Seni Visual iaitu bidang major yang saya pelajari di IPG. Oleh yang
demikian, sudah tentulah aspek seni visual digunakan secara menyeluruh dalam setiap
sesi P&P bagi subjek ini. Bagi penulisan RPH untuk topik ini, saya telah menerapkan
Kecerdasan Pelbagai : Visual Ruang bagi mencungkil kemahiran seni visual dalam diri
murid-murid itu sendiri. Untuk bidang Membentuk dan Membuat Binaan, ia merupakan
topik yang berkaitan dengan penghasilan karya 3 Dimensi dan saya telah memilih
topeng sebagai karya yang perlu dihasilkan.

1.2.3 Psikomotor
Aspek psikomotor terbahagi kepada 2 iaitu psikomotor kasar dan psikomotor halus.
Aspek ini amat penting untuk diterapkan dalam setiap sesi P&P bagi mana-mana
subjek sekalipun. Ini merupakan elemen yang dapat membentuk kemahiran asas bagi
setiap murid seperti kemahiran menulis, pergerakan dan sebagainya. Bagi penulisan
RPH ini, saya telah menerapkan aspek psikomotor di dalam beberapa bahagian dalam
langkah pengajaran. Antaranya ialah semasa menyanyikan lagu Arnab Si Arnab
Lompat, saya menyelitkan unsur pergerakan melompat sambil menyanyi diiringi lagu.




Selain itu, selepas sesi menyiapkan karya selesai, saya menitipkan satu lagi konsep
psikomotor dengan mengarahkan murid melakonkan watak dengan gaya yang sesuai
mengikut watak topeng masing-masing.













1.3 Aplikasi Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai dalam Penulisan RPH
1.3.1 Kemahiran Berfikir yang Berkesan dan Bermakna
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mempunyai fungsi yang penting
dalam memastikan murid mampu mengasah kepekaan terhadap apa yang berlaku di
sekitarnya dengan melaksanakan kemahiran berfikir secara:
Terpisah
Strategi pengajaran kemahiran berfikit secara terpisah merupakan, KBKK yang
diajarkan secara berasingan dan tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran.
- Dalam penulisan RPH saya ini, penerapan strategi ini telah saya lakukan di
awal proses P&P dengan mengadakan sedikit sesi soal jawab. Antara persoalan
yang saya laksanakan secara spontan adalah seperti Tahukah kamu apa yang
sedang cikgu pakai pada muka ini?, Apakah watak kartun yang paling kamu
gemari? dan pelbagai persoalan lain yang mampu meningkatkan potensi murid-
murid untuk berfikir.
Penyebatian
KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata
pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat
berfikir.
Jenis-jenis penyebatian:
Penyebatian Penuh
Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:
1. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK,
- Pada awal P&P, saya membuat penulisan RPH dengan merangsang kemahiran
berfikir murid-murid melalui set induksi yang menarik di mana, guru akan masuk
ke dalam bilik darjah dengan memakai topeng arnab sambil melompat-lompat.
Melalui strategi seperti ini, pastinya persoalan-persoalan; mengapa, kenapa, apa
dan bagaimana akan berlegar-legar di dalam minda murid-murid.
2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi
Mata.Pelajaran dan KBKK
- Alat bantu Mengajar (ABM) juga telah saya rancang dalam penulisan RPH
sebagai set induksi yang akan merangsang pemikiran murid. ABM seperti topeng
arnab yang cantik ini akan menarik minat murid sekaligus membuat mereka
berfikir bagaimanakah topeng tersebut dihasilkan.
3. Refleksi dan metakognitif,
- Sebelum mengakhiri sesi P&P, dalam RPH saya telah meletakkan sesi apresiasi
dan kritikan pada langkap penutup, Murid disuruh untuk membuat perbandingan
hasil karya sendiri dan rakan. Selain itu, aspek yang cuba dibiasakan dalam diri
murid juga dijadikan bentuk-bentuk persoalan yang dikemukakan. Antaranya
ialah pengaplikasian unsur-unsur seni seperti warna, ruang dan garisan.
4. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.
- KBKK seterusnya dirangsang lagi dalam langkah 4 dimana guru memilih
beberapa orang murid untuk melakonkan watak topeng masing-masing. Murid
akan berfikir tentang apa yang pernah dialaminya dan kisah yang ada disebalik
watak topeng tersebut untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan dalam bentuk
lakonan.
Penyebatian Separa
KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi Mata Pelajaran yang di ajar, sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan
dan penutup.


1.3.2 Penerapan Nilai dalam penulisan RPH
Penerapan nilai dalam sesi P&P mestilah disampaikan secara bersahaja dan tidak
langsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan
diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di
dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu
untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."
Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, penerapan nilai sememangnya cuba
saya lakukan secara bersahaja dan spontan agar lebih berkesan dan mendapat
penerimaan yang baik oleh murid-murid. Antara nilai murni yang boleh diterapkan
semasa sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual ini ialah kasih saying terhadap haiwan,
kerjasama dalam melaksanakan tugasan, prihatin terhadap rakan-rakan dan
sebagainya. 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara
ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif,
psikomotor dan akhlak.
Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya
berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri,
keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan
dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan
menilai tindak tanduk orang lain.






Kekuatan dan Kelemahan Aplikasi Yang Dicadangkan Dalam Rancangan
Pengajaran Harian
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Irama yang menarik dalam
sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai
irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki
dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita
sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang
mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran
muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa
cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam
menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok.
Ianya juga dapat memberikan kelebihan kepada para guru. Seni membantu para
guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan
memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian,
seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.
Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara
aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih
menyeronokkan murid-murid tersebut.
Selain itu, Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini
menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak
dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni
mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran
intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin
diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.
Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh.
Walaupun begitu, terdapat juga kelemahannya. Guru perlu tahu bahawa bukan
semua murid yang diajar mempunyai bakat dan kecenderungan dalam bidang seni.
Adakalanya murid yang tidak minat untuk menyanyi dan melukis kebiasaannya tidak
akan mengambil bahagian dalam aktiviti. Mereka lebih gemar memencilkan diri dan
melakukan kerja sendiri ataupun tidur di dalam kelas.
Guru juga perlu peka bahawa aktiviti seni ini akan membuatkan kebanyakan
murid sangat teruja untuk belajar. Jesteru, murid akan bersikap hiperaktif dan sukar
dikawal kerana mereka akan berasa terlalu seronok untuk mencuba sesuatu yang baru.
Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen
seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

REFLEKSI
Disediakan oleh : Siti Anis Athirah Bux
Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyelesaikan kerja kursus WAJ 3107 ini
dengan jayanya. Walaupun banyak cabaran yang saya hadapi seperti komputer riba
rosak dan perlu dibaiki dan juga kehabisan dakwat pencetak, namun itu semua tidak
mematahkan semangat saya untuk terus menyiapkan kerja kursus ini.
Oleh kerana masa yang diberikan pada masa itu boleh dikatakan suntuk dan
tambahan pula banyak lagi tugasan tugasan lain yang perlu disiapkan dan dihantar
segera, saya berasa agak risau dan khuatir tentang kekangan masa yang bakal
dihadapi. Namun, saya tetap memulakan tugasan ini secara perlahan-lahan. Perkara
utama yang perlu saya lakukan ialah memahami kehendak soalan. Perbincangan
tugasan bersama pensyarah dan rakan-rakan mengenai kaedah yang sesuai untuk
membuat penulisan RPH yang menarik dan berkesan.
Setelah mendapat kefahaman tentang kehendak soalan, saya
memulakan tugasan dengan membuat draf serta mendapatkan bahan dari pelbagai
sumber seperti daripada internet, buku- buku dan majalah. Selai itu, catatan maklumat-
maklumat penting, membuat nota ringkas, dan catatan bibliografi juga terus saya
laksanakan. Seusai itu, saya beralih kepada langkah penyusunan maklumat, Dalam
proses ini, saya mengmabil pendekatan untuk menganalisis maklumat berdasarkan
kehendak tugasan disamping menghubungkaitkan maklumat yang relevan, serta
membuat huraian terperinci berkaitan soalan tugasan.
Seterusnya, saya terus menjalankan penyemakan pada tugasan yang telah
ditaip dan membuat pembetulan pada bahagian-bahagian tertentu. Disamping itu, saya
juga cuba melengkapkan segala maklumat, memasukkan segala maklumat yang perlu
ada, menjilidkan tugasan dengan kemas, menghubungkaitkan maklumat yang relevan,
membuat huraian terperinci, menaip draf dan memastikan tiada kesilapan ejaan dan
tatabahasa dalam penulisan ini.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang
telah banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan
kerja kursus ini, khasnya kepada pensyarah yang banyak berbudi, Encik Fadzil serta
rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus membantu samada secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

















Penutup
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam
pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus
mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran
guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping
dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana
tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Vous aimerez peut-être aussi