Vous êtes sur la page 1sur 18

REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

1

KAJIAN KES:

PERSEPSI GURU SEJARAH TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF MATA
PELAJARAN SEJARAH DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DALAM
DAERAH PETALING PERDANA.


1.0 PENGENALAN
Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria
yang dikira dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar.Antara
kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat
individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat.Objektif sesuatu kurikulum digubal
berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan
berdasarkan tujuan.Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling berhubungkait
dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Matapelajaran Sejarah (KBSM) telah
dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara.Sukatan Pelajaran
Sejarah ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru
dapat memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung
dalam sukatan pelajaran.Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki
pengajaran diri dan seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai
negara maju menjelang tahun 2020.
Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang
boleh digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian.Antara
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

2

kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual, soal
selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal
selidik berdasarkan sukatan matapelajaran Sejarah untuk mengukur domain persepsi
guru Sejarah terhadap objektif matapelajaran Sejarah sekolah menengah. Selain
daripada itu, kaedah temu bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat
maklumat yang lebih kukuh dan tepat.

3.0 PERNYATAAN MASALAH
3.1 Apakah persepsi guru-guru sejarah terhadap kefahaman objektif matapelajaran
Sejarah?
3.2 Sejauh manakah objektif matapelajaran Sejarah dilaksanakan semasa P&P?
3..3 Adakah pencapaian akedemik, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri
kursus seni mempengaruhi kefahaman objektif?
3.4 Bagaimana sesuatu objektif boleh menjelaskan matlamat dalam membentuk
insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI?

4.0 HIPOTESIS KAJIAN
4.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan
pencapaian akademik guru Sejarah
4.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan
pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Sejarah.
4.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan
kekerapan menghadiri kursus matapelajaran Sejarah.

5..0 KEPEENTINGAN KAJIAN
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

3

Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang
pelaksanaan objektif matapelajaran Sejarah di empat buah sekolah di dalam Daerah
Petaling Perdana.Dapatan kajian dapat memberi makluman kepada Kementerian
Pendidikan dan pentadbiran sekolah menilai tahap perlaksanaan objektif di sekolah
supaya tindakan susulan boleh diadakan.

6.0 SKOP KAJIAN
Daerah Petaling Perdana merupakan daerah yang terletak di dalam kawasan
Shah Alam.Kajian telah dilakukan di empat buah sekolah menengah iaitu SMK Subang
Bestari, SMK Subang, SMK Shah Alam, dan SMK Bukit Jelutong.Jumlah bilangan guru
yang mengajar mata pelajaran sejarah adalah seramai 15 orang di keempat-empat buah
sekolah tersebut iaitu 11 (73.3%) orang guru lelaki dan 4 (26.7%) orang guru
perempuan. Kesemua guru adalah berbangsa Melayu.Pencapaian akademik bagi
sampel guru dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu Diploma 6 (40%) orang dan
Sarjana Muda 9 (60%) orang. Pengalaman mengajar guru sejarah di Daerah Petaling
Perdana adalah berbeza-beza iaitu kurang dari 2 tahun 3 (20%) orang, 2-5 tahun 3
(20%) orang, 6 10 tahun 1 (6.7%) orang, manakala pengalaman mengajar lebih dari
10 tahun 8 (53.3%) orang.

7.0 DEFINISI ISTILAH
7.1 Objektif
Objektif ialah perkara-perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat
oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari.Ia merupakan
hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. Menurut Kamarudin Hj. Husin
(1989) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif
mengandungi tiga unsur yang penting. Pertama, ia menekankan perlakuan yang
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

4

dikehendaki daripada murid-murid sebelum berakhirnya pelajaran. Kedua, syarat-syarat
yang diperlukan bagi perlakuan itu dan ketiga, peringkat pencapaian minimum yang
harus diperolehi.

7.2 Perbezaan di antara Tujuan, Matlamat, Objektif
Menurut I.K. Davies (1976) dalam Objectives in Curriculum Design, definisi
Tujuan ialah kenyataan am yang cuba memberi bentuk dan arahan kepada kehendak-
kehendak yang lebih terperinci pada masa akan datang. Tujuan adalah titik
permulaan.Ia merupakan satu idea, suatu cita-cita, dan suatu arah untuk dituju.Dalam
pendidikan, perkataan matlamat kadang-kadang disamakan dengan objektif am. Jika
perkataan tujuan di atas ialah tujuk arah, perkataan matlamat pula akan memberi
penerangan mengenai arah itu. Oleh kerana tujuan merupakan satu idea, maka
matlamat merupakan pecahan-pecahan mengenai idea itu.
Menurut C.D. Cavert (1974) dalam An Approach to the Design of Mediated
Instruction, definisi matlamat ialah matlamat ialah kategori dan peringkat am tingkah
laku yang telah dipelajari dalam satu bahagian pembelajaran. Objektif ialah penyataan
spesifik mengenai gerak balas (response) penuntut (iaitu tingkalaku) yang telah
dirancangkan. Matlamat memberi pemerian tentang tingkah laku penuntut secara am.
Dengan itu, matlamat ialah peringkat am tingkahlaku, manakala objektif ialah peringkat
khusus tingkah laku. Objektif ialah satu kenyataan berkenaan dengan apa yang boleh
dilakukan oleh murid-murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
dikategorikan ke dalam beberapa jenis antaranya ialah implisit, eksplisit, tingkah laku
dan ekspresif.Apabila seseorang guru membuat keputusan untuk mengajar, dia perlulah
memutuskan beberapa isu penting. Guru berkenaan perlu memilih isi pelajaran yang
berkaitan, kaedah pengajaran yang sesuai dan prosedur penilaian yang berkaitan
dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Apa yang dilakukan oleh guru adalah
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

5

untuk mencipta satu persekitaraan ,yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan
tingkah laku yang diharapkan. Ini dilakukan melalui interaksi antara guru dengan murid
secara individu atau kumpulan, menggalakan interaksi sesama murid, atau
menggalakan interaksi murid dengan bahan pengajaran.
Mengikut Krathwohl (1971), proses pendidikan bermakna mengadakan satu siri
persekitaran yang membolehkan murid untuk mempelajari tingkah laku baru,
memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa, dan melatih tingkah laku ini
hingga ke tahap dia berupaya mempamerkannya ke satu paras yang memuaskan di
bawah keadaan tertentu. Pernyataan objektif pengajaran merupakan satu perihalan
tingkah laku, iaitu pelajar diharap dapat mempamerkannya dengan agak tekal. Oleh
sebab peranan objektif pengajaran amat penting dalam proses pengajaran, perhatian
serius perlulah diberikan.

7.3 Persepsi
Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah
orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada
secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang
perkara berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak.Baird
(1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi
adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna
kepada persekitarannya.




7.4 Guru
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

6

Page (1977) dalam International Dictionary of Dictionary of Education telah
mendefinisikan guru sebagai seseorang yang mengajar, terutamanya seseorang yang
diupah oleh sesebuah sekolah untuk mengajar. Good (1959) mentakrifkan guru sebagai
seseorang yang telah mengikuti kurikulum profesional di sesebuah institusi rasmi
dengan tujuan unuk membimbing, mengarah pengalaman pembelajaran pelajar dalam
institusi pendidikan, sama ada kerajaan ataupun swasta.

8.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF MATAPELAJARAN SEJARAH
Matlamat Pendidikan Sejarah adalah untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai cintakan negara yang tinggi, kritis,
kreatif, inovatif.Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keamanan yang telah dikecapi, menyumbang
ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
FPK.

9.0 KEPENTINGAN OBJEKTIF DALAM MATAPELAJARAN SEJARAH
Objektif penting dan berfaedah kepada pembinaan ujian sebagai panduan untuk
menentukan isi dan arah yang perlu ditekankan.Objektif melewati kandungan mata
pelajaran Sejarah, ini bukan bermakna kandungan tidak penting, tetapi sekadar
kandungan tidak menjadi matlamat akhir. Kandungan merupakan cara atau landasan
untuk menulis objektif pengajaran. Berdasarkan objektif yang ditulis, guru dapat
merancang kaedah dan peralatan yang releven dan sesuai untuk keperluan pelajar.
Popham (1969) mengemukakan pendapatnya tentang kepentingan kenyataan
objektif dalam pengajaran. Menurut beliau mutu pengajaran tidak akan meningkat tanpa
penggunaan objektif tingkah laku. Pendapat ini disokong oleh Mager (1971).
10.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN SEJARAH DALAM BEBERAPA DOMAIN
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

7

Matlamat Kurikulum Pendidikan Sejarah adalah sejajar dengan kehendak FPK
dalam aspek interlek, emosi, jasmani dan rohani, maka sekurang-kurangnya terdapat
empat jenis objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh) objektif.
Keempat jenis objektif tingkah laku ialah Kognitif, Afektif, Psikomotor dan
Rohaniah.Pendekatan ini juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan
menyeluruh. Menurut Keneeth M. Lansing (1971), terdapat tiga domain utama dan
menjadikan fokus dalam mata pelajaran sejarah iaitu:

10.1 Domain Kognitif
Ilmu yang berkaitan pemikiran, prosedur, sejarah dan nilai budaya dalam
kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001).B.S. Bloom (1965) telah menemukakan
taksonomi objektif kognitif yang merangkumi pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.Ia mementingkan perkembangan potensi pelajar dari segi
interlek.
.
10.2 Domain Afektif
Suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan,
pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. (dalam Iberahim
Hassan 2001). Manakala D. R. Krathwohl (1965) mengatakan domain ini mementingkan
perkembangan emosi dan perasaan.

10.3 Domain Psikomator
Memupuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas
yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti
koordinasi antara mata, tangan , otot dan mental. (dalam Iberahim Hassan 2001).
Objektif ini dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965) ia mementingkan perkembangan
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

8

dan memelihara kecergasan diri, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa
lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam
kehidupan seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.

10.4 Domain Rohaniah
Turut diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang
bermatlamat memperkukuhkan kepercayaan beragama; memperkembangkan
keyakinan terhadap pencipta; peka kepada nilai dan norma masyarakat; dan
membentuk perlakuan dan peribadi yang berlandaskan nilai murni.
Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Sejarah di sekolah menengah dapat
dianalisa berdasarkan domain seperti berikut:
BIL OBJEKTIF DOMAIN

1 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Afektif

2 Memupuk budaya penyelidik dalam memahami asal usul
kemerdekaan di negara kita ini.
Kognitif
dan
Psikomator

3 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin
serta kemahiran dalam penyelidikan sejarah.
Kognitif
dan
Psikomator

4 Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan
teknologi untuk mengkaji sejarah kemerdekaan negara kita.

Kognitif
5 Membuat diskripsi, snalisis, interpretasi dan penilaian terhadap
hasil kajian.

Kognitif
6 Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan
mata pelajaran lain.


Kognitif
dan
Afektif
7 Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh sejarah
dalam konteks sejarah di Malaysia dan Antarabangsa.


Afektif

8

Menjadikan bidang sejarah sebagai prospek kerjaya.

Afektif
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

9


9 Menyedari dan menghargai keamanan yang dikecapi dalam
persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.

Afektif
10 Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Afektif


11.0 REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif. Satu set soal selidik
berbentuk skala likert telah disediakan untuk mengumpul data. (rujuk lampiran 1) Jacobs
dan Ary (1990) , Mohd. Majid Konting (1990) berpendapat bahawa kebaikan
menggunakan soal selidik ialah ianya boleh melibatkan responden yang lebih ramai,
sacara lebih luas dan menyeluruh. (kajian ini walaupun hanya 15 responden, ia
merupakan latihan penulisan ilmiah bertujuan menambah pengetahuan dan
pengalaman). Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh
maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan lain-lain secara langsung.Seramai
5 orang guru ditemu bual dalam kawasan Petaling Perdana.Selain daripada itu, kaedah
pemerhatian turut digunakan.Penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan komputer.Program
yang digunakan ialah Statistical Package for the Social Science (SPSS).Subprogram
yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA sehala, Pearson Correlation. Menurut Mohd Majid
Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan
SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas daripada ralat.




12.0 DAPATAN KAJIAN

REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

10

12.1 Tinjauan terhadap persepsi sebahagian guru sejarah terhadap pemahaman
objektif kurikulum matapelajaran sejarah.
Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa hampir kesemua sampel
kajian iaitu seramai 14 orang (93.3%) orang guru sejarah mengatakan bahawa mereka
memahami objektif pendidikan sejarah sekolah menengah dengan baik.Hanya seorang
guru sahaja yang tidak memahami objektif Pendidikan Sejarah dengan sepenuhnya.
(rujuk lampiran 3) Ini adalah kemungkinan disebabkan kebanyakan subjek terdiri
daripada guru yang berpengalaman dan antaranya telah lama menjadi jurulatih utama
daerah.Walaupun terdapat subjek yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang
dari 2 tahun, tetapi mereka merupakan generasi muda yang menerima ilmu
pengetahuan yang kukuh terutama daripada universiti pendidikan seperti Universiti
Pendidikan Sultan Idris(UPSI).UPSI telah mendidik dan memberi konsep baru dalam
beberapa pendekatan yang dikenalpasti sesuai dengan suasana pendidikan di negara
kita antaranya DBAE yang ditaja oleh Yayasan Getty, Model Efland, Lansing dan lain-
lain.

12.2 Kaedah pemerhatian terhadap pelaksanaan objektif pendidikan sejarah
semasa pengajaran dan pembelajaran
Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan pengetua sekolah lain di
kawasan Daerah Petaling Perdana, penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa
orang guru sejarah menjalankan aktiviti P&P. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru
sejarah telah mengamalkan objektif ini dalam P&P, sebagai contoh, dalam mengajar
unsur-unsur sejarah seperti asal usul: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik sejarah
penubuhan Malayan Union dalam masa 1 minggu secara berkumpulan, selepas itu
setiap kumpulan haruslah membentangkan kajian mereka di hadapan kelas dalam masa
30 minit.Untuk menyelesaikan tugasan tersebut, pelajar haruslah berkerjasama dalam
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

11

semua aspek dan terpaksa meluangkan lebih banyak masa pergi ke perpustakaan untuk
mencari bahan kajian.Pendekatan pengumpulan dan penyusunan data-data membantu
pelajar membuat penyelidikan secara saintifik mengenai asal usul penubuhan Malayan
Union. Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang sistematik untuk
mendapat jawapan kepada sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan
menambah ilmu pengetahuan. Walaupun kesahan dan kebolehpercayaan kaedah ini
rendah tetapi rumusannya ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan merujuk kepada
matlamat FPK tetapi sebahagian objektif pasti dilaksanakan oleh guru sejarah yang
berpengalaman.

12.3 Hubungan antara pencapaian akedemik, kekerapan menghadiri kursus
sejarah dan pengalaman mengajar dengan kebolehan memahami objektif
Bagi menjawab hipotesis 1 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru sejarah. Penyelidik telah
menggunakan analisis ujian t program SPSS. Ujian t menunjukkan t (13) = -.806, p =
0.435 adalah tidak signifikan. Hipotesis nol diterima.Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap pencapaian akademik dengan kefahaman objektif. (rujuk jadual 1)













JADUAL 1 ( T-TEST )

Group Statistics
pencapaian
akademik
N Mean Std.
Deviation
Std. Error
Mean

REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

12

OBJEKTIF Diploma 6 10.0000 .0000 .0000
Sarjana Muda 9 10.8889 2.6667 .8889

Independent Samples Test
Levene's
Test for
Equality
of
Variances
t-test for
Equality
of Means

F Sig. t df Sig. (2-
tailed)


OBJEKTIF Equal
variances
assumed
3.396 .088 -.806 13 .435
Equal
variances
not
assumed
-1.000 8.000 .347

Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus sejarah. Ujian ANOVA sehala
menunjukkan nilai F (2 , 12) = 0.72, p = .507 , adalah tidak signifikan. Hipotesis nol
diterima.Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman objektif antara
kekerapan menghadiri kursus seni.Ini kemungkinan disebabkan guru yang tidak
menghadiri kursus dapat inhouse traning dari guru yang telah menghadiri kursus. (rujuk
lampiran 2)




JADUAL 2 (Oneway ANOVA)

OBJEKTIF
Sum of
Squares
df Mean
Square
F Sig.
Between 6.400 2 3.200 .720 .507
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

13

Groups
Within
Groups
53.333 12 4.444
Total 59.733 14

Post Hoc Test
Multiple Comparisons
Dependent Variable: OBJEKTIF
Tukey HSD
Mean
Differenc
e (I-J)
Std.
Error
Sig. 95%
Confidence
Interval

(I) kekerapan
kursus
(J)
kekerapan
kursus
Lower
Bound
Upper
Bound

tak pernah 2 - 4 kali
setahun
.0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali
setahun
-1.3333 1.2766 .564 -4.7391 2.0724
2 4 kali
setahun
tak pernah .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali
setahun
-1.3333 1.3608 .603 -4.9639 2.2972
5 8 kali
setahun
tak pernah 1.3333 1.2766 .564 -2.0724 4.7391
2 - 4 kali
setahun
1.3333 1.3608 .603 -2.2972 4.9639

Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan
Sejarah. Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06)
dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang
ditunjukkan adalah sangat rendah.(rujuk jadual 3)


JADUAL 3 (Kolerasi)

Descriptive Statistics
Mean Std.
Deviation
N
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

14

OBJEKTIF 10.5333 2.0656 15
Pengalaman
mengajar
2.9333 1.2799 15


Correlations
OBJEKTIF pengalaman
mengajar

OBJEKTIF Pearson
Correlation
1.000 .231
Sig. (2-tailed) . .408
N 15 15
Pengalaman
mengajar
Pearson
Correlation
.231 1.000
Sig. (2-tailed) .408 .
N 15 15

Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06)
dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang
ditunjukkan adalah sangat rendah.
Dari dapatan data didapati bahawa 60% guru tidak dapat menyenaraikan
kandungan matapelajaran sejarah dengan tepat. Setelah mengadakan temubual
bersama tiga orang guru sejarah yang berpengalaman (pengalaman mengajar lebih dari
10 tahun dan telah menjadi JU matapelajaran Sejarah lebih daripada 5 tahun), apa yang
mereka memberi penjelasan ialah walaupun guru sejarah tidak dapat menyenaraikan
kandungan dengan tepat tetapi apa yang mereka jelas ialah unit-unit yang terkandung
dalam setiap kandungan. Ini menunjukan bahawa guru sejarah lebih fokus kepada apa
yang perlu pelajar mempelajari dan guru kurang sensitif terhadap perubahan mata
pelajaran sejarah.
Selain daripada itu, dari dapatan data juga menunjukkan bahawa sebanyak 26.7
% (4 orang) guru sejarah merujuk sukatan setiap kali sebelum merancang P&P; 40% (6
orang) guru merujuk seminggu sekali; 26.7% (4 orang) juga yang merujuk sebulan sekali
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

15

dan hanya 6.7% (1 orang) guru sahaja yang merujuk sukatan setahun sekali. Kekerapan
merujuk sukatan pelajaran akan membantu dan memastikan guru dapat merancang
sesuatu pelajaran dengan tepat.

13.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Keputusan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru sejarah terhadap
kefahaman objektif matapelajaran sejarah adalah sangat baik. Namun, aktiviti yang
dirancangkan oleh guru bertujuan untuk mencapai objektif sesuatu topik/unit atau ia
benar-benar dirancang untuk mencapai objektif sukatan dan seterusnya mencapai
matlamat mata pelajaran pendidikan sejarah, masih perlu kajian selanjutnya.
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah
menengah kawasan Daerah Petaling Perdana, beberapa cadangan telah diperolehi
dalam usaha mempertingkatkan kefahaman dan pelaksanaan kehendak objektif yang
sebenarnya dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya;
1. Guru harus memilih objektif pengajaran dengan sebaiknya. Objektif yang dipilih
mestilah objektif yang mengandungi isi, kemahiran, dan pengalaman yang
dianggap terpenting dan sesuai dengan peringkat pelajar.
2. Pendapat Ground (1970) mengenai 5 aspek memilih objektif pengajaran dengan
baik boleh dijadikan sebagai pandauan dan ingatan iaitu:
Adakah objektif itu menyatakan hasil pembelajaran yang sesuai dengan
bidang matapelajaran sejarah?
Adakah objektif itu mengambarkan perkembangan yang logikal dengan
bidang sejarah?
Adakah kategori tatatingkat objektif itu sesuai dengan kebolehan pelajar?
Adakah objektif itu selaras dengan falsafah pendidikan?
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

16

Adakah objektif itu selari dengan keperluan masa depan pelajar dan
masyarakat?
3. Bagi setiap sekolah seharusnya mempunyai bilik atau galeri yang memaparkan
tentang tokoh-tokoh sejarah untuk menjalankan aktiviti P&P. Ruang bilik tersebut
perlu disusun dengan selesa dan sudut-sudut khas agar dapat memberi inspirasi
kepada pelajar apabila melakukan aktiviti P&P.
4. Kursus seperti semakan semula perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali
dalam sepenggal. Kursus ini bukan setakat kandungan mata pelajaran yang
perlu disemak tetapi juga pencapaian / pelaksanaan objektif turut dibincangkan
agar pendidik benar-benar faham kehendak matlamat Pendidikan Sejarah dan
seterusnya mencapai kehendak FPK.
5. Pastikan guru yang mengajar matapelajaran sejarah berpandukan modul
pengajaran yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Hasil modul
pengajaran tersebut adalah atas usaha-usaha jurulatih-jurulatih utama yang
penuh pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sejarah.
6. Kaedah-kaedah pengajaran yang disyorkan oleh PPK seperti pembelajaran
masteri, pembelajaran kontekstual, kajian masa depan, penggunaan ICT dan
lain-lain perlu difahami dengan baik oleh setiap guru sejarah kerana jika
kenyataan objektif ditulis dengan jelas dan tepat tetapi kaedah / strategi
penyampaian ilmu kurang baik, hasil pembelajaran turut mengecewakan.
7. Guru perlu membuat bacaan awal agar dapat mendalami serta menghayati topik
yang akan disampaikan. P&P yang dijalankan dapat merangsang dan mencabar
intelek pelajar. Guru perlu jelas apa yang harus dipelajari oleh pelajar dalam
topik berkenaan.
8. Kunjungan dan lawatan ke muzium, galeri-galeri atau tempat bersejarah, amat
digalakkan. Ia bukan setakat memberi ilmu pengetahuan tetapi juga dapat
REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

17

menyedari dan memberi keinsafan kepada pelajar tentang susah payah pejuang
terdahulu untuk membebaskan tanah air kita daripada cengkaman penjajah.

14.0 KESIMPULAN
Objektif Pendidikan Matapelajaran Sejarah yang ada sekarang lebih menyeluruh
kepada domain kognitif, afektif dan psikomotor jika dibandingkan sebelum ia disemak
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Sebelum tahun 2000, bilangan objektif yang ada
dalam sukatan pelajaran ialah 12. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Iberahim
Hassan (2000), objektif 1, 2, 3 dan 4 ialah domain kognitif, objektif empat sehingga dua
belas ialah domain afektif. Jelas dilihat domain psikomotor kurang difokuskan pada
masa itu.Manakala sukatan baru hanya terdapat sepuluh objektif sahaja.Antaranya
objektif 2, 3, 4, 5 dan 6 boleh dikategori dalam domain kognitif. Objektif 1, 7, 8 dan 9
adalah domain afektif. Objektif 2, 3 dan 4 adalah domain psikomotor. Objektif 10
dikategori sebagai domaian rohaniah.
Guru faham akan kesemua objektif dengan jelas tetapi belum pasti mereka
menulis kenyataan objektif rujuk kepada matlamat dan FPK. Walaupun terdapat guru
yang sentiasa melakukan unsur penyelidikan dalam P&P tetapi tidak semua objektif
dapat dilaksanakan kerana beberapa masalah yang wujud sebagai penghalang seperti
kekangan masa, kekangan peperiksaan, pentadbir dan juga kelemahan guru itu sendiri.
.




15.0 BIBLIOGRAFI


REKABENTUK KURIKULUM DAN INSTRUKSIONAL PPP 6144

18

Edmund Burke Feldman. (1996) Philosophy of Art Education.New Jersey: Upper Saddle
River.

Efland, Arthur (1977), Planing Art Education in the Middle/ secondary School of Ohio,
Ohio, USA: State of Department of Education.

Gary W. Moore (1983). Developing and Evaluating Educational Research. Toronto:
Little, Brown and Company.

Isahak Harun, Koh Boh Boon. Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Kamarudin Hj. Husin. (1989). Pedagogi 3. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Othman Mohamed.(2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial
Terapan.Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Sulaiman Ngah razali.(1997). Pedagogi Teori dan Praktik.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1983).Education Research An Introduction.
New York & London: Longman.

Vous aimerez peut-être aussi