Vous êtes sur la page 1sur 7

GARIS PANDUAN TEKNIK MENJAWAB

 PENGETAHUAN MORAL SPM 2007


(FORMAT BARU) 
Kertas 1 (1225/1) 
Penilaian dan pengujian Pendidikan Moral SPM adalah berasaskan objektif mata
pelajaran. Dengan itu item bagi Kertas 1 iaitu struktur dan esei merangkumi tahap
pengetahuan, kefahaman, analisis dan kemahiran berfikir (membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah)
Kertas 2 (1225/2) 
Kerja kursus wajib dilaksanakan. Dua elemen diukur dan ditaksir ia itu sahsiah dan
penyediaan folio kerja-kerja amal dan tugasan harian. Objektif mata pelajaran yang
diuji menerusi kerja kursus ialah aspek penghayatan dan amalan nilai murni.  
Teknik Menjawab Kertas 1 
I. Bahagian Struktur (8 soalan = 80 markah ) 
Prinsip asas ialah “Jawab apa yang disoal”
 
A.    Penulisan Nilai Sahaja
 
i.                    Apakah nilai yang diamalkan…
ii.                  Berikan dua nilai yang patut ada pada….…
iii.                Nyatakan dua nilai yang diamalkan oleh penduduk Taman Orkid.
 
 Untuk kata tugas di atas, calon hanya perlu menyatakan nilai dalam bentuk
“ayat” ringkas.     
 Contohnya : Nilai yang diamalkan ialah…amanah .
  Nyatakan  merupakan Kata Tugas yang banyak diguna pakai.
  
B.     Soalan Yang Meminta Definisi /Takrif Nilai 
 Contoh soalan : Berikan maksud nilai amanah  dalam  situasi di atas .Terangkan
maksud nilai …… (cth. tanggungjawab terhadap keluarga)Takrifkan nilai …… (cth.
amanah)Jelaskan maksud nilai ……          
 Cara Menjawab Item Definasi/Maksud 
Calon perlu menulis maksud/takrif nilai amanah dalam bentuk ayat yang
lengkap. Misalnya untuk nilai Amanah, kata kunci nilai amanah hendaklah
ditulis sebagai respon kepada takrif nilai.
 
Seboleh-bolehnya semua kata kunci nilai tersebut ditulis semula dengan lengkap
untuk mendapatkan markah penuh.
      Contoh jawapan :  Amanah bererti sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan   kepercayaan dan keyakinan orang lain. (3 kata kunci) 
              #  Jika lengkap semua kata kunci yang bergaris di atas akan dapat markah penuh.
  
C.    Soalan Yang Memerlukan Nilai dan Penerangan (Tulis Seperti Lazim
Dalam Format  Lama)
 Contoh kata tugas :  
Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Ah Meng dalam situasi  di atas ……
Terangkan dua nilai …… yang patut diamalkan oleh Mariam.
 
Jawapan calon haruslah merangkumi N1 + P1
(sekurang-kurangnya satu penerangan bagi setiap nilai )
 Elakkan menulis jawapan umum (tanpa dikaitkan dengan situasi soalan) 
 
Contoh Jawapan Umum :
 Pegawai itu bertanggungjawab. Beliau menjalankan tugas dengan sempurna Sepatutnya
nyatakan apakah tugas pegawai dengan tepat : ”Beliau menjalankan tugas menangkap
pencuri motosikal dengan sempurna”  
 
1. Soalan Yang Memerlukan Nilai + Penerangan + Huraian/Contoh
 Contoh kata tugas : Huraikan satu nilai …… (3 markah) Jawapan hendaklah
merangkumi N1 + P1+ Huraian/Contoh untuk mendapat 3 markah Contoh soalan : 
Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ibubapa bagi mewujudkan ‘Keluarga
Bahagia’.     [6 markah]
 
Contoh Jawapan Lengkap.
Ibu bapa harus mengamalkan nilai  kasih sayang terhadap keluarga.
Mereka perlu menyayangi ahli/anggota keluarga dengan perasaan cinta yang
mendalam. Contohnya mengambil tahu masalah dan keperluan anak-anak.
(atau sentiasa berdamping dan bermesra dengan anak-anak.)
                 (Jawapan di atas : Nilai diikuti penerangan dan contoh) 
 
Contoh situasi :  Pencemaran alam sekitar.
Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat untuk mengelakkan
pencemaran udara. 
 
Jawapan :
Masyarakat patut amalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Mereka hendaklah memelihara kebersihan udara di sekitar rumah mereka.
Misalnya tidak membakar sampah di mana-mana sahaja kerana ini menyebabkan jerebu
sebaliknya membawa sampah ke tempat pelupusan. (Jawapan yang bergaris merupakan
huraian bagi penerangan. Jika tiada contoh, boleh juga beri huraian lanjut untuk
penerangan nilai.)  
 
E.     Soalan Berkaitan Dengan Ciri-Ciri Nilai
 
Contohnya : Nyatakan ciri-ciri nilai bertanggungjawab.
 
Calon perlu menyatakan kata kunci dan ciri-ciri nilai berkenaan.
Contohnya ciri-ciri nilai bertanggungjawab ialah menjalankan kewajipan,
menjalankan tugas, memikul tugas/kewajipan, menjalankan tugas dengan
sempurna, menjaga kebajikan, melaksanakan sesuatu amanah, memastikan tugas
selesai dsbnya.
  
F.     Soalan Menguji Kandungan Akademik (Yang Tidak Memerlukan Nilai)  
  Nyatakan dua kesan pencemaran ….                        [2 markah]Berikan dua langkah
membentaras …..                   [2 markah]Jelaskan dua
kesan/akibat/sebab/aktiviti….             [4 markah]Terangkan dua
langkah/cara/masalah/tujuan…     [4 markah] 
1. Jika kata tugas “nyatakan/berikan” : tidak perlu huraian/penjelasan.    
Contoh 1 : Nyatakan satu pertubuhan antarabangsa yang anda tahu.    Jawapan :
Pertubuhan tersebut ialah KOMANWEL. 2. Jika kata tugas “jelaskan/terangkan” : tulis
isi dan huraian/contoh.     Tidak perlu nilai.
Contoh 2 :  Jelaskan dua kesan penebangan hutan yang berleluasa.   [4
markah] Jawapan : 
Kesan penebangan hutan Huraian/contoh  
Berlaku kesan rumah hijau Suhu semakin meningkat/cuaca panas
Berlaku malapetaka/bencana Banjir lumpur/kilat/hakisan
  Contoh 3 : Terangkan dua tujuan ‘Hari Patriotisme’.        [4 markah]  Jawapan:
Tujuannya untuk memupuk semangat patrotik di kalangan rakyat.
Dengan itu rakyat akan menghargai dan menyokong dasar-dasar negara. Isi (Tujuan) –
memupuk semangat patriotikHuraian – rakyat akan menghargai dan menyokong dasar-
dasar negara.  
 
G.    Soalan Kemahiran Berfikir Menguji Kandungan Akademik (Yang Tidak
Memerlukan Nilai)
Contoh :  Ramalkan dua kesan pencemaran udara …..              Nyatakan dua tindakan
….. untuk membanteras rasuah               Apakah yang patut dilakukan jika tidak
mendapat pekerjaan …..               Bandingkan ciri-ciri nilai amanah dan
bertanggungjawab…..
  Calon perlu tulis jawapan yang bernas/lojik tanpa nilai dalam bentuk ayat
ringkas.Huraian boleh diberi untuk mengukuhkan jawapan. Ini bergantung kepada
peruntukan markah untuk soalan tersebut.  
1. Lain Contoh Soalan Struktur
  1.      Namakan nilai-nilai dalam bidang perkembangan diri
2.      Nyatakan nilai-nilai dalam bidang kekeluargaan.
3.      Huraikan secara ringkas bagaimana anda bertoleransi dalam masyarakat.  
4.      Apakah nasihat bermoral yang boleh anda berikan sekiranya kawan anda suka
berlumba haram? 
 II. Bahagian Esei 
Calon harus jawab dua soalan daripada tiga soalan esei. Setiap esei 10 markah. 
Aras soalan esei ialah analisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
 
Dijangkakan dua bentuk soalan esei
 
i.                    berbentuk diskusi (menghuraikan)
ii.                  berbentuk tindakan (membuat keputusan/menyelesaikan masalah)
 Contoh (i) : Berbentuk HURAIAN (Nilai + Penerangan) 
 
1.      Bincangkan nilai yang diamalkan…
                  2.      Huraikan nilai-nilai yang ingin dipupuk…
3.      Bincangkan langkah-langkah…
4.      Bincangkan sebab-sebab…
5.      Bincangkan peranan…
6.      Mengapakah remaja harus…
7.      Bagaimana ibu bapa dapat…
 1.   Untuk jenis esei ini, tak kira apa kata tugas, jawapan mesti dimulakan dengan
nilai    dan diikuti oleh penerangannya. 
 Setiap esei mestilah ada nilai, diikuti penerangan pertama dan huraian atau
contoh.  Kemudian diikuti dengan penerangan kedua dan huraian atau contoh.

 Nilai
(Na1) + Penerangan (Pa1Huraian/Contoh                                    
Penerangan (Pa2) + Huraian/Contoh 
 
 Setiap esei dijawab dengan ayat yang lengkap atau ringkas sama ada
berperenggan atau satu perenggan.
 
 Hanya memberi nilai tanpa penerangan tidak diterima lagi.                           
      Senarai nilai dalam bentuk perenggan tidak diterima. 
 Penerangan yang mengguna ayat biasa tanpa mengandungi kata kunci nilai 
juga tidak diterima lagi.
 
 Mesti menjawab dalam bentuk esei.
      Jika dijawab dalam bentuk poin dan bernombor tidak diterima.     
 
Contoh Soalan 1 : 
Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah.   [10 markah]
 
Contoh Jawapan :
Ketua pengawas perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia perlu memikul
tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah. Contohnya mendenda murid yang tidak
memakai tanda nama/lewat ke sekolah. Ketua pengawas juga harus melaksanakan
tugasnya dengan sempurna. Dia perlu membuat laporan kepada guru disiplin walaupun
rakannya melanggar peraturan sekolah. (5 markah)  
 Contoh Soalan 2 :
Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara untuk
merealisasikan Wawasan 2020.
 Contoh Jawapan :
Rakyat harus amalkan nilai toleransi. Mereka harus sabar dalam tindak-tanduk mereka.
Misalnya mendiamkan diri jika ada jiran berbangsa lain mahu bertengkar. Setiap
warganegara juga harus bertolak ansur ketika sesuatu kaum mengadakan aktiviti
keagamaan. Misalnya bertolak ansur dengan kesesakan jalan raya ketika Thaipusam di
Batu Cave.
Setiap warganegara juga mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka hendaklah peka 
terhadap keperluan orang lain. Misalnya bersimpati terhadap mangsa Tsunami di Kuala
Muda. Rakyat perlu sayang terhadap golongan orang kurang upaya. Misalnya
menghulurkan bantuan kewangan/benda kepada yang memerlukan. (10 markah)
  Contoh (ii) : Berbentuk TINDAKAN 
1.      Wajarkah tindakan pemimpin X … (Mesti ada Wajar atau Tidak Wajar dalam ayat
pertama sebelum nilai diberi …)
2.      Setujukah anda dengan tindakan … (Saya Setuju atau Tidak Setuju … )
3.      Jika anda adalah Perdana Menteri Negara X, jual atau tidak ….           (Saya akan jual
kerana ... atau Saya tidak akan jual kerana ... )
4.      Jika anda penduduk Negara X, lari atau tidak jika Negara dilanda peperangan …
(Saya akan lari ... atau Saya tidak akan lari ...)
5.      Bincangkan tindakan pihak-pihak berikut  menangani gejala sosial         ibu bapa        
guru         masyarakat 
Untuk Soalan Tindakan, calon hendaklah menulis :
 
Tindakan + Nilai (Na1) + Penerangan (Pa1) + Huraian/Contoh
                               Penerangan (Pa2) + Huraian/Contoh 
 
III. Peraturan Pemarkahan
 
1. Jumlah isi bergantung kepada jumlah markah bahagian soalan
 
  Nilai  – 1 markah
  Penerangan  – 1 markah
  Contoh  – 1 markah
  Huraian  – 1 markah
  Jawapan  – 1 markah
     Jika 3 markah, maka calon perlu memberi  :                                1 Nilai  + 1
Penerangan  +  1 Contoh  =  3 markah    
 Jika soalan minta “Berikan  tiga  sebab” :                        
 Calon perlu memberi tiga alasan untuk memperoleh 3 markah 
2. Jika soalan minta nilai dan tiada nilai diberi, maka diberi  0 markah walaupun
penerangan/huraian tepat seperti dalam skema.
 
3. Nilai mesti ditulis dan dieja dengan tepat seperti dalam Sukatan Pelajaran. Tiada
kelonggaran diberi untuk ejaan.
4. Jangan tulis dalam bentuk poin seperti berikut : 
      Bertanggungjawab. Pengawas harus memikul …
      Kerajaan patut menggubal undang-undang …
     atau  ditulis  dengan  nombor  seperti  berikut : 
1) Nilai bertanggungjawab diamalkan oleh Ah Meng …
2) Kerajaan patut menggubal undang-undang …
   
5. Jumlah  Nilai  Yang  Patut  Ditulis  Dalam Jawapan
         Untuk soalan struktur, dasar 2 + 1 diterimapakai untuk  soalan berbunyi ….
      Berikan  dua  nilai …. Hanya  3 nilai pertama diterima.
 
         Untuk soalan esei, dasar 2 + 1.  Hanya  3  nilai  pertama diterima.
       IV. Isu-Isu Popular  
 
01. Alam sekitar – jerebu, bencana, sampah, sungai, pembalakan haram, kebakaran hutan
 
02. Keluarga – keluarga bahagia, ibu mithali, mengenang jasa dll.
 
03. Perayaan di M’sia – Hari Kebangsaan, Citrawarna dll.
 
04. Kejayaan rakyat/negara – Gunung Everest, Kutub Utara, Nicol David dll.
 05. Keamanan dunia – ASEAN, NAM, OIC, isu nuklear dll. 
06. Kemanusiaan/keprihatinan insan – membantu mangsa gempa bumi/tsunami dll. 
07. Pembangunan negara – kemerdekaan, Wawasan 2020, mahasiswa menggangur dll. 
08. Persoalan remaja/gejala sosial remaja dll.
 09. Persekolahan – pengawas, kokum, pelajar contoh dll. 
10. Masyarakat – majmuk, gotong royong, membanteras jenayah, Rukun Tetangga dll 
11. Golongan kurang bernasib baik – kejayaan, sumbangan, peranan NGO dll. 
V. Nilai-Nilai Popular  
Amanah Kerajinan Menyayangi danmenghargai alam
sekitar 
Berdikari Kesederhanaan Peka terhadap isu-isu alam sekitar 
Bertanggungjawab Rasional Cinta akan negara 
Harga diri Toleransi Mematuhi peraturan dan undang-
undang 
Hemah tinggi Kasih sayang terhadap Hidup bersama secara aman
keluarga 
Kasih sayang Tanggungjawab terhadap Saling membantu dan bekerjasama 
keluarga
Perhatian :
1. Sentiasa baca/ingat kata kunci nilai-nilai ini. 
2. Gunakan dalam kehidupan seharian di sekolah/rumah.
3. Buat latih tubi banyak dengan nilai-nilai ini.
4. Cari isu-isu semasa yang memerlukan nilai-nilai ini.  
  VI. Simbol-Simbol Penandaan Skrip 
N1        –   nilai
Na1      –   nilai pertama dalam soalan esei
Nb1      –   nilai kedua dalam soalan esei
P1         –   penerangan
Pa1       –   penerangan pertama dalam esei untuk nilai yang pertama
~~~       -   digaris seperti ombak pada nilai yang tepat
(   )        –   dibuat kurungan untuk penerangan yang tepat
UN1      –   untuk nilai yang diulang
Max N   –  untuk nilai yang telah diberi markah/ditanda lebih awal
                   dalam kelompok yang sama/untuk nilai yang kelima.
Max P    –  untuk penerangan yang kelima bagi  sesuatu nilai
TB         –   tidak berkaitan
J1          –   simbol baru untuk jawapan bukan nilai. Contohnya : kesan,
                   cara, langkah, sebab, akibat, ramalan dll
 

Vous aimerez peut-être aussi