Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Anda dikehendaki menyampaikan taklimat mengenai jenis-jenis cuti yang diberi kerana
perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan serta jenis-jenis cuti atas
sebab perubatan.
Skima Jawapan
I Cuti rehat: bermakna cuti bergaji penuh yang boleh diambil pada bila-
bila oleh seseorang kakitangan bagi perkhidmatan yang melayakkan.
ii) Cuti Separuh Gaji: bermakna cuti yang boleh diambil oleh kakitangan
sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang
melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji ini hanya
boleh diluluskan atas sebab kesihatan sanak saudara rapat sahaja.
iii) Cuti Tanpa Gaji : bermakna cuti yang boleh diambil atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah
30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi
360 hari.
i. Cuti Sakit
ii. Cuti Sakit Lanjutan
iii. Cuti Pemulihan & Cuti Kuarantin
iv. Cuti Bersalin
v. Cuti Kecederaan
vi. Cuti Tibi, Kusta dan Barah