Vous êtes sur la page 1sur 5

CONTOH SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN PTK:

1. Anggota Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh menerima bayaran kerja


lebih masa dalam bentuk saguhati sekiranya mendapat kelulusan pihak berkuasa
yang berkenaan. Sekiranya kelulusan diperolehi, anggota tersebut :

A. tidak layak mendapat cuti gantian.


B. Akan dipotong cuti rehat yang berkelayakan.
C. Tidak boleh mengambil cuti rehat.
D. Perlu mengambil cuti tanpa gaji.

2. Hukuman –hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib, kecuali

A. Tahan kerja
B. Lucuthak emolumen
C. Tangguh pergerakan gaji
D. Buang kerja

3. Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik mengikut Sistem Saraan Baru (SSB)
boleh disahkan dalam perkhidmatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut,
kecuali :

A. setelah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan pada gred jawatan


tersebut.
B. Setelah hadir dengan jayanya kursus Induksi.
C. Setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
D. Setelah lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika perlu).

4. Iklan kekosongan jawatan bagi kumpulan kakitangan rendah dan buruh kasar
hendaklah :

A. diiklankan di dalam akhbar berbahasa Melayu sahaja.


B. Dibuat secara temuduga terbuka.
C. Dipamerkan di papan kenyataan jabatan.
D. Diiklankan di dalam akhbar tempatan yang utama.

5. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa
adalah :

A. kerja tersebut dilakukan di luar Ibu Pejabat yang melebihi daripada waktu
bekerja.
B. Kerja tersebut dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu
tugas biasanya.
C. Kerja tersebut dilakukan sebelum jam 8.15 pagi dan selepas 4.45 petang.
D. Kerja tersebut perlu dibuat pada waktu malam mengikut syif tugasnya.
6. Seseorang pegawai yang telah dipilih untuk mengikuti kursus jangka panjang di
Jerman selama 18 bulan, layak menuntut elaun dan bayaran berikut :

I. Elaun runcit.
II. Elaun buku.
III.Elaun pakaian.
IV.Insuran perubatan.

A. I dan II sahaja.
B I, II dan III sahaja.
C I, II dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja.

7. Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
yang berkenaan bagi tempoh :

I. Tiga bulan
II. empat bulan
III. enam bulan
IV. dua belas bulan

A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

8. Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat dan layak
menuntut elaun makan sebanyak RM45.00 sehari. Sekiranya pegawai tersebut
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi
kurang daripada 24 jam, jumlah elaun yang layak dituntut ialah sebanyak

A. RM 45.00
B. RM 125.00
C. RM 60.00
D. RM 22.50

9. Encik A, seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di sebuah Jabatan telah


dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah. Laporan berkenaan dengan
prosiding jenayah tersebut telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
oleh Ketua Jabatan beliau. Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan
laporan dan syor Ketua Jabatan berkenaan boleh

A. mengambil tindakan menggantung kerja Encik A selama 60 hari.


B. Mengambil tindakan menggantung kerja Encik A.
C. Mengambil tindakan menahan kerja Encik A.
D. Mengambil tindakan buang kerja Encik A.
10. Encik R seorang Fasilitator di sebuah Institut Latihan di Kuala Lumpur telah
diarahkan bertugas di Kuantan selama dua hari. Memandangkan jarak antara Kuala
Lumpur dan Kuantan hanya 259km, Encik R bercadang menggunakan
kenderaannya sendiri walaupun jabatannya tidak membenarkannya membuat
tuntutan perbatuan. Apakah jenis tuntutan yang dibuat oleh Encik R ?

A. Tuntutan perbatuan bagi 240km sahaja mengikut kelayakan kerana


menggunakan kereta sendiri.
B. Tuntutan tambang Bas Ekspress kuala Lumpur ke Kuantan secara pergi
balik.
C. Tambang sebuah kereta sewa.
D. Tambang gantian kapal terbang.

11. Apakah tindakan bagi seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke dalam
perjawatan berpencen apabila dilantik se satu jawatan baru?

A. Diperakukan menghadiri Kursus Induksi.


B. Disahkan dalam perkhidmatan setelah Laporan Perubatan menyatakan
beliau layak untuk dibuat sedemikian.
C. Diperakukan perkhidmatan cemerlang.
D. Tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam perjawatan
berpencen.

12. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai
hendaklah dilaksanakan pada

A. tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut.


B. Awal tahun kesalahan tersebut.
C. Serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.
D. Tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan
hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

13. Encik Ahmad telah memiliki harta pusaka berupa 3 buah rumah sewa dan 10 hektar
kebun kelapa sawit peninggalan bapanya semasa berusia 18 tahun. Kini beliau
dilantik ke perkhidmatan Kerajaan setelah tamat pengajiannya akhir tahun lepas.
Dalam keadaan ini, Encik Ahmad

A. tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya diperolehi sebelum


beliau berkhidmat dengan kerajaan.
B. Perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sebaik
sahaja dilantik.
C. Tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya merupakan harta
pusaka.
D. Hanya perlu melaporkan hartanya itu apabila diarah berbuat demikian
oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

14. Bekas Pegawai Kerajaan yang telah berhenti dari Perkhidmatan Kerajaan boleh
diambil berkhidmat dalam apa jua jawatan dengan kebenaran khas

A. Ketua Setiausaha Negara.


B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
C. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D. Suruhanjaya yang berkenaan.

15. Encik Hamzah, seorang Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Saraan, Jabatan
Perkhidmatan Awam telah diarah oleh Ketua Jabatannya untuk memberi ceramah
di Pejabat SUK Perak. Beliau bertolak dari Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri
pada jam 7.30 pagi dan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama di mana
beliau sampai jam 10.00 malam. Bagi maksud ini, beliau layak menuntut

A. elaun harian, bayaran tol dan elaun dobi.


B. Elaun makan dan elaun perjalanan kenderaan.
C. Elaun perjalanan kenderaan, elaun harian dan bayaran tol.
D. Elaun perjalanan kenderaan, elaun makan dan bayaran tol.

16. Selaku seorang Ketua Jabatan, Encik Shamsudin meluluskan cuti sakit kepada
kakitangannya berdasarkan sijil Cuti sakit daripada doctor persendirian yang tidak
melebihi 2 hari berturut-turut. Dalam tempoh setahun, beliau boleh meluluskan cuti
sedemikian sebanyak

A. 14 hari.
B. 15 hari.
C. 45 hari.
D. 90 hari.

17. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang mendapat bayaran lebih masa
adalah kerja-kerja yang

A. dilakukan diluar Ibu Pejabat yang melebihi waktu bekerja.


B. Perlu dibuat pada waktu malam.
C. Dilakukan sebelum jam 8.00 padi dan selepas 4.30 petang.
D. Dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas
biasanya.

18. Sehingga 31.12.2000, Puan Suzana seorang jurutera di Jabatan Pengairan dan
Saliran Kuala Lumpur masih mempunyai baki cuti rehat sebanyak 8 hari. Pada
1.6.2001, beliau telah diarahkan mengikuti kursus jangka panjang selama 18 bulan
di Auckand, New Zealand. Dalam keadaan ini, baki cuti rehatnya sebanyak 8 hari
itu
A. Boleh diambil semasa beliau berkursus
B. Boleh dibawa ke tahun 2002
C. Boleh diambil selepas beliau berkursus.
D. Cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

19. Encik Salim seorang Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Gombak telah
dijemput untuk merasmikan sambutan Jubli Emas sebuah firma di Ampang ,
Selangor. Di akhir majlis, Pengurus Besar firma tersebut telah menghadiahkan
beliau sebuah pita rakaman keluaran firma tersebut. Dalam keadaan ini, Encik
Salim

A. hendaklah dengan serta merta menolak hadiah tersebut.


B. Boleh menerima hadiah tersebut kerana ianya adalah sumbangan ikhlas
firma berkenaan.
C. Boleh menerima hadiah tersebut dan kemudiannya menyerahkannya
kepada badan Kebajikan Jabatannya.
D. Boleh menerima dahulu hadiah tersebut secara rasmi dan kemudian
melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatannya.

20. Bayaran wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam Hospital-hospital
Kerajaan hanya boleh dikecualikan sekiranya seseorang pegawai itu

A. jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu Pejabat.


B. Mempunyai gaji yang kurang daripada RM 500.00 sebulan.
C. Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.
D. Menerima rawatan kurang daripada seminggu.

21. Seseorang pegawai boleh disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan


kewangan yang serius apabila

A. agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa
tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam kali emolumen
bulanannya.
B. Menjadi penjamin kepada seorang yang jatuh bangkrap.
C. Menanggung hutang yang banyak daripada peninggalan bapanya yang
tidak mampu dibayar.
D. Gajinya habis dipotong kerana menjelaskan hutang.

Vous aimerez peut-être aussi