Vous êtes sur la page 1sur 16

1

Pengenalan
Arena Wati atau nama sebenarnya ialah Muhammad @ Mohd. Dahlan bin Abdul Biang
merupakan salah seorang sasterawan Negara yang telah banyak menyumbang dalam
penulisan khususnya penulisan berbentuk novel dan cerpen. Arena Wati sangat terkenal
dengan penulisan yang mengangkat kebudayaan bugis. Banyak karya beliau yang
mengandungi budaya bugis antaranya Kisah Tiga Pelayaran, Jalan Malam ke Ibu Kota,
Gelora, Lingkaran, Gandaria, Sandera, Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru, dan
Sakura mengorak Kelopak. Novel yang ditulis menceritakan tentang budaya perkhawinan,
adat, kesenian, makanan, sosial, sistem kemasyarakatan, sistem mata pencarian, dan bahasa.
Bugis merupakan kelompok etnik dengan wilayah asal wilayah asal Sulawesi Selatan.
Penciri utama kelompok etnik ini adalah bahasa dan adat istiadat, sehingga pendatang Melayu
dan Minangkabau yang merantau ke Sulawesi sejak abad ke-15 sebagai tenaga administrasi
dan pedagang di kerajaan Gowa dan telah terakulturasi, juga dikategorikan sebagai orang
Bugis. Kini orang-orang Bugis menyebar pula di pelbagai wilayah Indonesia, seperti Sulawesi
Tenggara, Sulawesi Tengah, Papua, Kalimatan Timur, dan Kalimatan Selatan. Suku Bugis
dapat dibahagikan kepada empat suku iaitu Bugis Makasar, Bugis mandar, Tator, dan Bugis
sendiri. Suku Bugis juga termasuk dalam suku Melayu Muda. Bugis berasal dari perkataan to
ugi yang membawa maksud orang bugis. ugi pula berasal daripada penamaan raja cina iaitu
La Sattumpungi yang diakui sebagai raja dan para pengikut raja La Sattumpungi dipanggil
sebagai to ugi.
Kebudayaan Bugis Makasar dapat dijumpai di beberapa pulau di Sulawesi bahagian
selatan, orang Bugis mendiami beberapa daerah seperti Bulukumba, Sinjai, Bone, Soppeng,
Wajo, dan lain-lain. Sedangkan orang Makasar mendiami daerah Gowa, Takalar, Janeponton,
Bantaeng, Maros, dan Pangkajane.
2

Latar Belakang Arena Wati

Arena Wati merupakan nama pena bagi Sasterawan Negara yang bernama Muhammad Abdul
Biang @ Andi Muhammad Dahlan Andi Buyung. Beliau lahir pada 30 Julai 1925 di
Kalumpang, Jeneponto, Makasar, Indonesia. Beliau merupakan seorang yang berketurunan
Bugis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Voor Volkschool, Makasar pada tahun
1932. Selepas itu, beliau menyambung pelajarannya di Hollandsche Inlansche School (HIS).
Sekolah ini merupakan sekolah yang ditubuhkan oleh Belanda untuk anak peribumi. Namun
begitu, persekolahan beliau terhenti disebabkan oleh berlakunya Perang Dunia 2.
Beliau telah belayar ke beberapa pulau di Indonesia pada tahun 1942. Beliau menjadi
pelaut bersama beberapa orang temannya sehingga dapat pergi ke beberapa tempat seperti
Indonesia, Singapura dan Pulau Pinang. Berdasarkan pengalamannya yang sangat luas
menyebabkan beliau cepat meningkat dan telah diangkat menjadi nakhoda kapal walaupun
pada ketika itu beliau berusia 17 tahun.
Dalam pelayarannya yang mengambil masa yang lama, beliau mengisi masa dengan
membaca buku sehingga beliau tidak boleh renggang dengan buku. Beliau sangat gemar
3

membaca buku yang terkini. Pada tahun 1948, Arena Wati hampir ditawarkan untuk menjadi
gunner di dalam sebuah kapal. Namun begitu, tawaran tersebut terbatal kerana beliau bukan
rakyat British di Singapura walaupun beliau mempunyai pengalaman menjadi jurumudi bagi
sebuah kapal Belanda. Pembatalan tersebut amat mengecewakan beliau sehingga beliau
mengambil keputusan pulang ke Makasar dan memohon untuk memasuki Sekolah Pelayaran
di sana.
Beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Islam pada tahun 1950. Beliau
kemudian belajar di Sekolah Menengah Pertama (1952) dan Sekolah Menengah Atas (1953).
Selepas tamat, beliau bekerja dengan Angkatan Darat Terroterium vii dan dilantik menjadi
Penolong Ketua Perancang harian pada tahun 1954. Beliau juga mengikuti kursus Persiapan
Akademi Dinas Luar Negeri yang melayakkan beliau menjadi seorang diplomat. Namun
begitu, jawatan tersebut tidak sesuai dengan jiwanya dan beliau mengambil keputusan
berhijrah ke Singapura.
Semasa di Singapura, Arena Wati bekerja dengan penerbit akhbar dan majalah
termasuklah di Royal Press sebagai anggota sidang pengarang untuk majalah Hiboran,
Hiburan Filem dan Kisah. Berdasarkan pengalaman tersebut, beliau mula terlibat dengan
dunia penulisan. Terdapat pengalaman lain yang diperoleh oleh beliau termasuklah pernah
menjadi penolong pengurus Penerbitan Melayu Ltd di Johor Baru serta menjadi ketua
penasihat Percetakan Light di Brunei selama setahun sejak 1961. Beliau bekerja sebagai
pengarang di Penerbitan Pustaka Antara. Kuala Lumpur (1962-1974). Beliau juga pernah
menjadi pegawai penyelidik serta sebagai Ketua Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di
Yayasan Sabah.
Sasterawan negara ini mula menulis ketika berusia 22 tahun. Pelbagai pengalaman
yang diperolehnya selama sembilan tahun sebagai pelaut menjadikan beliau seorang perakam
4

yang baik. Cerpen pertamanya berjudul Impian dan Kenyataan yang tersiar di dada akhbar
Pedoman Rakyat pada tahun 1952. Beliau telah berkecimpung dalam bidang penulisan ini
selama 27 tahun dan sebanyak 85 buah cerpen dan 5 buah kumpulan cerpen persendirian telah
dihasilkan oleh beliau. Novel pertamanya ialah Kisah Tiga Pelayaran yang terbit pada 1959.
Kesungguhan beliau dapat dilihat dengan terhasilnya sebuah trilogi yang berjudul
Armageddon. Beliau juga mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan iaitu Penganugerahan
Anugerah Sastera Mastera 2003 yang menjulang nama beliau ke seluruh dunia.

Karya-karya Arena Wati
Terdapat pelbagai karya yang dihasilkan termasuklah novel, cerpen, puisi, rencana sastera,
kajian sastera lama dan baharu serta buku pengetahuan umum. Antara novel beliau ialah
Kisah Tiga Pelayaran, Lingkaran, Sandera dan Bunga Dari Kuburan. Bagi puisi-puisi beliau
ialah Bunga Rampai Dongeng Melayu, Bentuk Sastera, Syair Pangeran Syarif dan
sebagainya. Kebanyakan karya Arena Wati tertumpu pada generasi muda. Setiap karyanya
dihasilkan melalui penyelidikan yang sangat terperinci. Hal ini demikian kerana beliau mahu
membuktikan bahawa setiap yang ditulis olehnya adalah benar bukan pembohongan.
Mohamad Daud Mohamad berpendapat bahawa Arena Wati ialah salah satu tokoh
kesusasteraan Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri sebagai pengarang dua negara.
Setiap novel Arena Wati menggabungkan elemen realiti kehidupan fitrah manusia dan budaya
tradisi, Islam dan barat. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan novel Sudara, Kuntum Tulip
Biru dan Sakura Mengorak Kelopak. Pengalaman dan sumbangannya dalam bidang penulisan
mendapat perhatian pelbagai pihak antarabangsa. Arena wati pernah menjadi karyawan tamu
di University of Leiden, University of Kyoto dan University of Waseda, Jepun.
5

Novel Panrita dipilih sebagai pemenang Hadiah Karya Sastera Malaysia 1992/1993
dan novel Sukma Angin memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 198/99. Cerpen Wisata
pula memenangi Hadiah Karya Sastera 1971 manakala Bukan Satu Jalan ke Mekah dan Alun
Menggulung Perlahan menang Hadiah Karya Sastera 1972. Arena Wati banyak menghasilkan
karya dan tidak menunjukkan rasa penat kerana karyanya bukan nipis tetapi panjang. Namun
begitu, beliau telah meninggal pada 25 Januari 2009 di Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia akibat diserang penyakit barah paru-paru.

Budaya Bugis
Arena Wati berketurunan bugis menyebabkan hasil penulisannya juga banyak menceritakan
pengalaman hidup yang mengambarkan dan memasukkan unsur-unsur budaya bugis dalam
penulisannya khususnya novel-novelnya.
Antara budaya bugis yang terdapat dalam novel-novel penulisan Arena Wati ialah
budaya pakaian, budaya makanan, budaya upacara kematian, budaya majlis keramaian, dan
budaya perkahwinan.

Budaya Pakaian
Setiap budaya mempunyai adat pakaian masing-masing termasuklah budaya Bugis. Dalam
masyarakat Bugis, pemakaian merupakan salah satu aspek budaya atau adat yang
dilaksanakan oleh setiap masyarakatnya. Pemakaian merupakan simbol yang menunjukkan
budaya Bugis kepada masyarakat yang lain. Contohnya, adat pemakaian baju bodo. Pakaian
ini sering dipakai oleh kaum perempuan terutama dalam acara-acara adat. Berikut adalah
contoh baju bodo,
6


Gambar: Baju Bodo
Dalam novel Arena Wati yang berjudul Sebuah Trilogi Tiga Genre terkandung tentang
pemakaian baju bodo. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan petikan yang berikut,
Itu gambar studio diambil dalam perjalanan pulang ke rumah setelah dinner di
Kedutaan Asing di Kuala Lumpur. Aku berpakaian Barat dan isteriku baju bodo hitam
dan berkingking sarung sutera lango-lango, hadiah daripada isteri D. Thios pada
Februari 1971.
(Petikan diambil daripada novel Sebuah Trilogi Tiga Genre, 2007: 197)
Berdasarkan petikan tersebut, baju bodo hitam yang dipakai oleh isteri penulis melambangkan
bahawa wanita tersebut merupakan seorang yang tua. Hal ini demikian kerana dalam budaya
Bugis, setiap warna baju bodo mempunyai makna yang tersendiri. Baju bodo ini sangat
popular dipakai pada suasana perkahwinan. Pada masa kejadian, masyarakat akan mengetahui
7

umur atau status seseorang berdasarkan baju bodo yang dipakai oleh wanita tersebut. Selain
itu, berdasarkan baju bodo ini masyarakat akan mengetahui pangkat seseorang. Berikut adalah
makna warna baju bodo dalam masyarakat Bugis,
Warna baju Makna
Hijau Puteri bangsawan
Merah darah Gadis remaja
Merah tua Orang yang sudah berkahwin
Ungu Janda
Putih Dukun
Jingga Kanak berusia 10 tahun

Namun begitu, baju adat ini semakin terhakis oleh perubahan zaman. Pemakaian baju
bodo semakin dipinggirkan dan kebanyakan kaum perempuan menggunakan pakaian yang
lebih moden seperti kebaya, gaun atau busana yang lebih ringkas dan mengikut peredaran
masa.

Budaya Makanan
Setiap kawasan dan budaya ada makanan terkenalnya sendiri. Begitu juga dengan budaya
bugis mereka juga mempunyai makanan tradisi seperti burasak. Burasak merupakan sejenis
masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu
tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama
8

sekurang-kurangnya empat jam. Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai
komuniti Bugis. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Buras)

Gambar: Burasak bersama serunding.
Arena Wati juga tidak ketinggalan memasukkan budaya makanan masyarakat Bugis
dalam penulisannya. Contoh;
Kau buat burasak lemak masin ala Makasar.
Burasak Makasar gunakan beras Amerika?
Apa salahnya?beras di mana pun, beras juga. Boleh buat burasak?
Petikan diambil daripada novel Pada sayap burung helang (2011:163)
9

Petikan diatas menunjukkan bahawa masyarakat Bugis tetap mengamalkan makanan
burasak walaupun berada diperantauan dan menggunakan kemudahan yang ada sahaja. Selain
itu, masyarakat bugis turut terkenal dengan Udang hitam dan ikan bandang. Udang ini
dipelihara khusus. Makassar telah lama mengeksport udang tersebut ke Tokyo, Jepun dengan
menggunakan kapal terbang.
Contoh:
Tujuh belas tahun barulah saya jumpa makanan ini. Halimah berkata dan
ketawa kecil ketika menhitam yang besar darui dalam pinggan panjang. gambil
udang.
Petikan diambil daripada novel Meniti Kala (1993: 10)
Berdasarkan petikan diatas, menunjukkan makan tersebut sukar diperolehi ditempat
lain. Orang Makassar tidak tahu apa itu kopi O. Yang mereka tahu kopi pekat dan tidak
diletakkan susu. Contoh:
Apa itu kopi O, pak?
Kopi pekat, jangan pakai susu! Aku menerangkan.
Kau sendiri sudah buta huruf terhadap negeri asalmu. Halimah
mengejek.
Petikan diambil daripada novel Meniti Kala (1993:11)
Di Makasar harga makanan ditentukan bayarannya untuk satu orang. Contohnya,
seorang Rm 7.00. Oleh itu, orang tersebut boleh mengambil sebanyak mana dia mahu.
Contoh:
10

Baru kuingat adat makan di sini dalam salun begini; sudah ditentukan
bayarannya untuk satu orang- berapa banyakpun yang dia makan. Tadi aku
tandatangani bil enam ratus rupiah intuk makan dua orang. Lebih kurang tujuh
ringgit wang Malaysia.
Dengan hidangan begitu banyak? Halimah bertanya, seakan tidak percaya.
Memang di Makassar semuanya murah fasal makanan!
Petikan diambil daripada novel Meniti Kala (1993: 12)
Daripada sudut hidangan makanan raja mengikut budaya bugis, mereka sangat teliti
dan menghormati raja mereka. Oleh itu mereka ada cara tersendiri menghidangkan makanan
kepada kerabat diraja.
Contohnya,
Hidangan datang dan mengejutkan Raja Burhan. Lauk mereka derdua,
pinggan, piring, dan mangkuknya diletakkan diatas dulang tembaga jenis Kappak
bangkeng - dulang tembaga berkaki. Pinggan nasi berlapik dua, dan masing-
masing diletakkan atas tala-tala bangkeng dulang tembaga kecil berkaki.
Semua itu dialas baldu kuning emas, dan tepinya dihiasi rambuu-rambu warna
hijau.
Pada sayap burung helang (2011:177)
Petikan ini menunjukkan hidangan raja perlu diletakkan dalam dulang tembaga
berkaki dan dialas dengan kain baldu kuning bersama rambu-rambu berwarna hijau.


11

Adat upacara kematian
Kenduri arwah dilakukan 40 hari 40 malam sama seperi kenduri tahlil di Malaysia. Boleh juga
dilakukan 7 hari 7 malam.
Contoh:
Malam itu dari isyak hingga menjelang subuh, aku dihadapkan dengan persoalan
besar; adat dalam kenduri arwah dan kefanatikan keluargaku. Aku berkeras, sekadar
tujuh hari tujuh malam, kerana visa aku tidak lama. Mereka berkeras mahu 40 hari 40
malam.
Meniti Kala (1993: 28)
Berdasarkan petikan diatas dapati bahawa masyarakat Bugis sangat menjaga dan
mempertahankan budaya mereka dahulu untuk melakukan kenduri kematian selama 40 hari
40 malam.

Budaya Majlis Keramaian
Dalam budaya bugis juga turut mempunyai majlis keramaian seperti majlis sambutan Maulud
Nabi, majlis berzanji, majlis selawat dan majlis doa selamat. Antara penulisan Arena Wati
yang terselit tentang majlis keramaian ialah terdapat dalam Pada Sayap Burung Helang.
Contohnya,
Majlis itu terlalu meriah. Marhaban dan berzanji dalam dewan masion itu....
Pada sayap burung helang (2011:66)
12

Petikan tersebut menunjukkan majlis marhaban dan berzanji terlalu meriah
sambutannya. Contoh lain;
Hajah Lawiyah buat majlis sambutan Maulud Nabi. Setelah marhaban dan
berzanji, dan baki-baki hidangan belum diangkat ke dapur, tamu dari seluruh
Delaware itu segera kembali ke bilik masing-masing.
Pada sayap burung helang (2011:91)
Petikan tersebut membawa maksud majlis sambutan Maulud Nabi diadakan dengan
bacaan marhaban dan berzanji. Setelah bacaan selesai makan dihidangkan.
Contoh majlis sambutan Maulud Nabi yang terdapat dalam novel pada sayap burung helang;
Alhamdulillah! Pak Aji kami itu, segar-bugar. Tapi beliau itu masih terlibat
dalam majlis Maulud Nabi, di sana sini, di rumah orang-orang Bugis, Jawa Banjar,
dan Bawean, di Singapura. Semuanya mesti ikut giliran orang Java Road. Musim
Maulud ini tinggal seminggu sahaja lagi. Besok barulah rumah Pak Aji kami itu dapat
gilirannya.
Pada sayap burung helang (2011:103)
Petikan tersebut mengambarkan majlis maulud nabi masih diamalkan oleh masyarakat
Bugis walaupun masih berada di perantauan. Selain itu juga Maulud Nabi juga dilakukan
selama 19 hari.
Contoh lain;
Afdalnya, Maulud Nabi, masanya cuma 19 hari;dari 12 Rabiulawal ke 30
Rabiulawal. Maulud Nabi dirumah orang, dia hadiri. Lazimnya empat majlis dalam
13

sehari, pagi, tengah hari, petang, dan malam. Bermakna, dia dapat hadir di empat
buah rumah dalam sehari. Giliran itu mesti pasti dan adil.
Pada sayap burung helang (2011:104)

Budaya Perkahwinan
Adat berdulang iaitu hantaran amat penting. Budaya Bugis juga mempunyai adatnya yang
tersendiri yang mereka amalkan. Adat-adat ini juga di kekalkan dan diamalkan hingga ke hari
ini. Selain itu, adat hantaran ini berbeza sedikit dengan hantaran masyarakat Melayu di
Malaysia. Contohnya:
Dalam satu trunk call dari Kuala Lumpur. Doli sampaikan kepada bondanya,
bahawa abah dia berkeras mahu dan mesti dipatuhi, 41 dulang dari budin, dan 43
dulang balasan dari Puji.
Pada sayap burung helang (2011:276)
Petikan di atas menunjukkan bahawa masyarakat Bugis tetap mahu mempertahankan
budayanya tentang adat berdulang ini. Jenis-jenis dulang mereka juga berbeza. Oleh itu,
mereka ingin mengekalkannya haruslah mengikut adat Bugis di Makassar seperti dalam
contoh dibawah.
Raja Khalidah patuh kepada kehendak suaminya, kerana adat memang begitu.
Malah dia mahu semua jenis dulangnya, menurut adat Makassar pada jenis
dulang tembaga itu;
- Kapparak bangkeng dulang besar berkaki
- Tala-tala bangkeng dulang kecil berkaki
14

- Papparak dulang besar tanpa kaki
- Tala-tala dulang kecil tanpa kaki.
Pada sayap burung helang (2011:276-277)

Selain itu, daripada segi mas kahwin masyarakat Bugis juga berbeza dengan masyarakat
Melayu. Mereka mengamalkan mas kahwin mengikut sistem tai. Setiap tai juga boleh
diwakili dengan wang atau pun barangan. Berikut merupakan beberapa sistem tai dalam adat
perkahwinan yang diselitkan menerusi novel karya Arena Wati sendiri.
Contohnya,
Mereka mahu dipenuhi syarat adat dalam sistem tai. Mas kahwin itu lapan tai
seluruhnya.
Raja Khalidah tahu sistem tai itu. Tapi dia belum diberitahu, berapa tai
sahaja wang tunai? Selain wang tunai, itu berbentuk barang.
- Beberapa petak sawah atau ladang jagung; satu tai
- Seekor kerbau atau lembu; satu tai
- Sepasang gelang emas; satu tai
- Sepasang rantai leher dan loketnya; satu tai
- Sepasang kerabu berpemata; satu tai
- Wang tunai $16; satu tai
Pada sayap burung helang (2011:279-280)


15

Rumusan
Penulisan sasterawan negara Arena Wati telah banyak mengangkat suku kaum Bugis.
Pelbagai budaya Bugis telah ditonjolkan dalam penulisannya khususnya dalam penulisan
novel. Latar belakang Arena Wati yang mempunyai pertalian darah dengan suku kaum Bugis
telah memberi idea kepada sasterawan negara ini untuk memperkenalkan adat dan budaya
yang terdapat dalam kaum Bugis. Karya-karya Arena Wati seperti novel Sebuah Trilogi Tiga
Genre, Pada sayap burung helang, dan Meniti Kala banyak menyelitkan budaya dan adat
kaum Bugis. Antara adat dan Budaya yang cuba ditonjolkan oleh Arena Wati dalam novel-
novel ini ialah budaya pemakaian Bugis, makanan Bugis, adat majlis kematian, dan adat
perkhawinan.
Perkenalan yang cuba diperlihatkan dalam novel Arena Wati ini telah membuka
pengetahuan baru kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu tentang adat-adat yang
diamalkan oleh kaum Bugis. Penceritaan yang lebih berkisar tentang latar-latar tempat di
daerah Bugis juga turut memberi kesan yang amat mendalam untuk lebih memahami suku
kaum Bugis. Penulis banyak menceritakan perihal masyarakat bugis yang kadang kala telah
berjaya menarik minat pembaca berada dalam penceritaan tersebut.
Penciptaan hasil karya yang amat bermakna ini telah mengangkat suku kaum Bugis ke
tempat yang setaraf dengan suku kaum yang lain. Arena Wati telah berjaya mendedahkan
perihal suku kaum Bugis kepada masyarakat luar dengan menonjolkan adat dan budaya yang
diamalkan oleh masyarakat Bugis. Keseluruhannya, penghsilan karya Arena Wati bukan
sahaja mengangkat beliau sebagai sasterwan negara malah telah mengangkat masyarakat
bugis berada pada tahap yang amat membanggakan.


16

Rujukan
Arena Wati (2007). Sebuah Trilogi Tiga Genre. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Arena Wati (2011). Pada Sayap Burung Helang. Kuala Lumpur:Utusan Publications &
distributors Snd. Bhd.

Arena Wati (1993). Meniti Kala. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baju bodo (2009). Diperoleh pada Mei 1, 2014 daripada http://www.rappang.com/2009/12/
baju-bodo-ii.html
Burasak (2000). Diperolehi pada Mei 1, 2014 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Buras

Siti Ezaleila Mustafa (2009). 20 Tokoh Sasterawan. Selangor : Medium Publications

Tuti Bahfiarti (2014). Konsep Baju Bodo dalam Perkawinan Adat Bugis. Diperolehi pada
Mei 1, 2014 daripada file:///C:/Users/ACER%20USER/Downloads/51-91-1SM%20(
1).pdf

Vous aimerez peut-être aussi