Vous êtes sur la page 1sur 45

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

1
HAJI SAID HAJI IBRAHIM
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
3
Pendahuluan
Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengurniakan
taufq dan hidayah-Nya dapat dikemukakan risalah kecil
ini kepada umat Islam sebagai panduan untuk mengetahui
cara-cara pembahagian harta pusaka dalam Islam yang
dikenal dengan nama
atau
(Hukum-hukum waris menurut syariat Islam) atau lebih
terkenal lagi dengan nama:
Risalah ini dinamakan:
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
Ilmu al-Mawaris atau ilmu faraidh adalah salah satu di
antara ilmu-ilmu yang penting yang wajib dipelajari dan
diajarkan. Sabda Rasulullah SAW dalam hadithnya yang
sahih bermaksud,
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
4
Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah ia, sesungguhnya ia
separuh daripada ilmu dan sesungguhnya ia merupakan
ilmu yang akan dilupakan serta ilmu mula-mula akan
dicabut dari umatku.
(Riwayat Ahmad)
Dengan sebab pentingnya ilmu faraidh inilah, Rasulullah
SAW mewajibkan kepada umatnya mempelajari ilmu
faraidh dan mengajarkannya, di mana baginda telah
menegaskan lagi dalam hadithnya.
Ertinya:
Hendaklah kamu pelajari ilmu Faraid dan kamu ajarkan
kepada manusia, maka sesungguhnya aku adalah orang
yang di dalam genggaman Allah dan bahawa ilmu Faraid
itu kelaknya akan digenggam dan akan nyata beberapa
ftnah sehingga berselisih bertentangan dua orang mengenai
dengan Faraid pembahagian harta Pusaka, maka kedua-
dua orang itu tidak memperolehi orang yang menghukumkan
dan menyelesaikan perselisihan di antara keduanya.
(Riwayat Ibn Majah)
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
5
Dalam hadith yang lain diriwayatkan daripada Ibnu Masud
Rasulullah SAW bersabda:
v
Ertinya:
Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia.
Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkan manusia mengenainya,
maka sesungguhnya aku seorang yang berada dalam
genggaman (Allah) dan bahawasanya ilmu (faraid) akan
digenggam (ditahan) lalu akan timbul ftnah sehingga dua
orang berselisih dalam perkara faraid namun keduanya tidak
mendapati ada yang dapat memutuskannya.
(Riwayat al-Hakim)
Berdasarkan hadith tersebut jelas menunjukkan, bahawa
ilmu faraidh merupakan ilmu yang penting yang wajib
dipelajari dan diajarkan, di mana masyarakat Islam hari
ini tidak seharusnya menganggap ilmu faraidh ini sebagai
ilmu yang tidak berguna.
Dalam hadith yang lain diriwayatkan daripada Ibnu Masud
Rasulullah SAW bersabda:
v
Ertinya:
Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia.
Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkan manusia mengenainya,
maka sesungguhnya aku seorang yang berada dalam
genggaman (Allah) dan bahawasanya ilmu (faraid) akan
digenggam (ditahan) lalu akan timbul ftnah sehingga dua
orang berselisih dalam perkara faraid namun keduanya tidak
mendapati ada yang dapat memutuskannya.
(Riwayat al-Hakim)
Berdasarkan hadith tersebut jelas menunjukkan, bahawa
ilmu faraidh merupakan ilmu yang penting yang wajib
dipelajari dan diajarkan, di mana masyarakat Islam hari
ini tidak seharusnya menganggap ilmu faraidh ini sebagai
ilmu yang tidak berguna.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
6
ILMU FARAIDH
Pengertian
Ilmu faraidh ialah:
Ertinya:
Sesuatu ilmu dengannya dapat diketahui orang yang
menerima pusaka dan orang yang tidak dapat menerima
pusaka dan kadar yang patut diterima oleh tiap-tiap waris
dan cara pembahagiannya.
Atau dengan ibarat yang lain ilmu faraidh itu ialah:
Ertinya:
Beberapa kaedah yang diambil dari ilmu fqah dan hisab
dengannya diketahui mengenai ketentuan bahagian orang
yang mempunyai hak terhadap harta yang ditinggalkan
jenazah dan bahagian masing-masing waris daripada
waris itu.
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
7
Faraidh
Faraidh adalah daripada dengan makna
Perkataan ini diambil dari perkataan
Menurut ahli loghat adalah bermakna sesuatu yang
ditetapkan atau yang ditentukan atau dalam bahasa
Arabnya;
Makna ini berdasarkan frman Allah SWT:
Ertinya:
Maka mereka berhak mendapat separuh daripada apa
yang kamu telah tetapkan.
(al-Baqarah: 227)
Maka faraidh pada syarak (istilah) ialah:
Ertinya:
Bahagian yang ditetapkan ditentukan pada syarak bagi
orang yang berhak menerimanya.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
8
Atau dengan ibarat yang lain faraidh itu ialah:
Ertinya:
Bahagian yang ditetapkan ditentukan bagi ahli waris.
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
9
SISTEM PEMBAHAGIAN HARTA
PUSAKA DALAM ISLAM
Rukun-rukun Waris
Rukun-rukun waris ada tiga perkara:
Orang yang diwarisi (si mati)
Orang yang mewarisi
Harta yang diwarisi
Misalnya:
Bila seseorang Islam mati meninggalkan anak lelaki dan
rumah, maka orang yang mati tadi adalah orang yang
diwarisi dan anak lelaki si mati itu ialah waris, iaitu orang
yang mewarisi dan rumah yang ditinggal itu pula adalah
harta yang diwarisi.
Syarat-syarat Waris
Syarat-syarat waris ada empat perkara:
Pasti dan tahkik mati orang yang diwarisi.
Pasti dan tahkik hidup orang yang mewarisi selepas mati
orang yang diwarisi.
Mengetahui perhubungan atau per talian mereka
yang mewarisi dengan orang yang diwarisi sama ada
perhubungan atau pertaliannya dengan secara keluarga
atau nikah atau menjadi Petuan (pemilik) kepada hamba
sahaya.
Mengetahui jenis pihak waris, sama ada dari pihak waris
lelaki atau waris perempuan.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
10
Sebab mendapat waris
Sebab-sebab mendapat waris ada tiga perkara:-
Dengan sebab nikah
Dengan sebab nasab (keluarga atau keturunan)
Dengan sebab menjadi petuan hamba sahaya
Menurut mazhab Syafe selain daripada sebab-sebab
yang tiga ini terdapat pula perkara yang keempat
iaitu Baitulmal. Sekiranya seseorang itu mati tanpa
meninggalkan waris yang berhak menerima pusaka atau
ada waris, tetapi tidak habis har tanya diwarisi maka
harta si mati yang tidak ada waris itu atau baki hartanya
yang tidak habis oleh ahli waris tadi hendaklah diberikan
kepada Baitulmal, sebagai penjaga dan memegang amanah.
Baitulmal di Negara kita adalah di bawah jagaan dan tadbir
Majlis Agama Islam Negeri. Tegasnya setiap harta yang
tidak ada waris yang berhak menerima atau ada waris,
tetapi tidak habis harta itu diwarisi maka harta tersebut
mestilah dikembalikan ke Majlis Agama Islam Negeri iaitu
BAITULMAL.
Sebab yang menghalang pewarisan
Pewarisan menjadi terhalang dan tertegah dengan tiga
perkara:
Hamba sahaya
Membunuh (orang yang diwarisi sengaja dibunuh)
Berlainan agama
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
11
Waris-waris daripada pihak lelaki
Waris-waris daripada pihak lelaki ada 15 orang iaitu:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki
3. Bapa
4. Datuk hingga ke atas, iaitu bapa kepada bapa
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa
13. Anak lelaki bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Petuan hamba sahaya
Bila waris-waris tersebut kesemuanya masih hidup belaka,
maka orang yang berhak menerima pusaka dan yang
mendapat waris ialah tiga orang sahaja, iaitu:-
1. Bapa
2. Anak lelaki, dan
3. Suami
Selain daripada mereka yang tersebut ini kesemuanya
adalah mahjub (terdinding). Dengan erti kata yang lain
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
12
mereka itu tidak mendapat pusaka, atau tidak menerima
bahagian sebagai ahli waris kerana datuk telah terdinding
disebabkan bapa dan cucu lelaki terdinding disebabkan
anak lelaki dan waris-waris yang lain kesemuanya
terdinding disebabkan mereka itu.
Masalah ini sebagaimana di bawah:-
12
Bapa 1/6 2
Suami 1/4 3
Anak lelaki Asabah (Menghabiskan
Pembahagian Harta)
7
Jumlah 12
Waris dari pihak perempuan
Waris dari pihak perempuan 10 orang iaitu:-
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah bapa hingga ke atas
5. Nenek sebelah ibu hingga ke atas
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan sebapa
8. Saudara perempuan seibu
9. Isteri atau beberapa orang isteri
10. Petuan perempuan hamba sahaya
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
13
Bila waris-waris tersebut kesemuanya masih hidup, maka
orang yang berhak menerima pusaka dan yang mendapat
waris ialah lima orang sahaja, iaitu:-
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan daripada anak lelaki
3. Ibu
4. Isteri
5. Saudara perempuan seibu sebapa
Selain daripada mereka yang tersebut ini kesemuanya
adalah mahjub (terdinding). Dengan perkataan yang lain
mereka itu tidak mendapat pusaka atau tidak menerima
bahagian sebagai ahli waris, kerana nenek sebelah bapa
dan nenek sebelah ibu kedua-duanya telah terdinding
disebabkan ibu. Saudara seibu terdinding disebabkan anak
perempuan dan saudara perempuan sebapa begitu juga
saudara-saudara perempuan seibu kedua-duanya telah
terdinding disebabkan saudara perempuan seibu sebapa
yang telah menjadi asabah (menghabisi pembahagian
harta) berserta anak perempuan atau cucu perempuan
dari anak lelaki.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
14
Masalah ini sebagaimana di bawah:
24
Anak perempuan 1/2 12
Cucu perempuan 1/6 4
Ibu 1/6 4
Isteri 1/8 3
Saudara perempuan seibu
sebapa
Asabah 1
Jumlah 24
Bercampur Waris
Bila seseorang meninggal dunia, yang ia meninggalkan
waris lelaki dan waris perempuan, maka waris yang
mendapat pusaka dan yang menerima bahagian sebagai
ahli waris adalah lima orang sahaja, iaitu:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak lelaki
4. Anak perempuan, dan
5. Suami atau isteri
Jika yang meninggal dunia itu isteri maka yang menerima
pusaka adalah suaminya;
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
15
Masalah ini sebagaimana di bawah:
12 36
Bapa 1/6 2 6
Ibu 1/6 2 6
Suami 1/4 3 9
Anak lelaki 2 5 10
Anak perempuan 1 5
Jumlah 12 36
Bercampur semua waris lelaki dan waris perempuan
Bila seseorang meninggal dunia, yang ia meninggalkan
semua waris lelaki dan waris perempuan, maka datuk dan
nenek sebelah bapa kedua-duanya terdinding disebabkan
bapa; nenek sebelah ibu terdinding juga disebabkan ibu.
Begitu juga cucu lelaki dan cucu perempuan dari anak
lelaki,kedua-duanya terdinding disebabkan anak lelaki.
Selain daripada mereka itu adalah terdinding disebabkan
bapa dan anak lelaki.
Putus waris dan harta yang tidak habis dibahagi
Bi l a seseorang Isl am meni nggal duni a, yang ti dak
meninggalkan seorang pun daripada ahli waris yang berhak
menerima pusaka, sama ada dari pihak waris lelaki atau
dari pihak waris perempuan, maka menurut mazhab
Syafe, harta jenazah tersebut tidak boleh diwarisi oleh
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
16
keluarga yang tidak termasuk tidak boleh diwarisi oleh
keluarga yang tidak temasuk dalam senarai waris-waris
yang berhak menerima pusaka. Mereka ini dalam istilah
faraidh dinamakan Zul-Arham, er tinya orang yang
mempunyai kasih sayang yang tidak menerima pusaka,
seperti cucu lelaki daripada anak perempuan dan cucu
perempuan dari anak perempuan.
Begitu juga baki harta yang tidak habis dipusakai oleh
ahli-ahli waris tidak boleh dikembalikan kepada ahli-ahli
fardhu (orang yang berhak menghabisi) yang lain. Tetapi
hendaklah dikembali dan diberikan kepada Baitulmal, iaitu
Majlis Agama Islam Negeri selaku pemegang amanah
untuk kebajikan dan perkembangan agama Islam.
Bahagian-bahagian Waris
Waris terbahagi kepada dua macam:
1. Waris fardhu
2. Waris asabah, iaitu waris yang menghabisi semua
harta
Perhubungan fardhu-fardhu (Nisbah)
Waris terbahagi kepada dua macam:
1. Waris fardhu
2. Waris asabah, iaitu waris yang menghabisi semua
harta
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
17
Perhubungan fardhu-fardhu (Nisbah)
Dalam pembahagian pusaka tiap-tiap fardhu yang didapati
nasnya dalam al-Quran mempunyai perhubungan dan
pertalian di antara satu fardhu dengan fardhu yang lain,
di mana perhubungan tersebut terbahagi kepada empat
bahagian:-
1. Tamathul - Iai tu dua fardhu yang ber samaan
pecahannya seperti dua dengan dua,
atau tiga dengan tiga, atau empat
dengan empat atau enam dengan enam.
2. Tadakhul - Iaitu pecahan yang besar boleh habis
jika ditolak dengan pecahan yang kecil
seperti pecahan enam dengan pecahan
tiga atau pecahan lapan dengan pecahan
empat.
2. Tawafuk - Iaitu bersamaan dua pecahan pada satu
bahagian daripada beberapa bahagian
dan tidak habis pecahan yang besar tadi
jika ditolak dengan pecahan yang kecil,
seperti pecahan enam dengan pecahan
empat.
4. Tabayun - Iaitu dua pecahan yang tidak bersamaan
seperti pecahan dua dengan pecahan
tiga.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
18
Cara-cara mengambil asal masalah
Tamathul - Hendaklah diambil salah satu daripada
fardhu yang bersamaan seperti (1/2, 1/2)
maka asal masalahnya 2.
Tadakhul - Hendaklah diambil pecahan yang besar,
seperti (1/3, 1/6) maka asal masalahnya 6.
Tawafuk - Hendaklah didarabkan sebahagian daripada
fardhu-fardhu kepada semua pecahan yang
lain, seperti (1/4, 1/6) maka asal masalahnya
12.
Tabayun - Hendaklah didarabkan semua pecahan salah
satu daripada fardhu-fardhu kepada semua
pecahan yang lain, seperti (1/3, 1/4) maka asal
masalahnya 12.
Misal Tamathul Asal Masalah 2
Suami 1/2 1
Saudara perempuan
seibu sebapa
1/2 1
Jumlah 2
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
19
Misal Tawafuk Asal Masalah 12
Isteri 1/4 3
Saudara lelaki seibu 1/6 2
Baitulmal Asabah 7
Jumlah 12
Misal Tabayun Asal Masalah 12
Ibu 1/3 4
Isteri 1/4 3
Baitulmal Asabah 5
Jumlah 12
Menentukan asal masalah
Jika ahli-ahli fardhu itu tiga orang atau lebih, maka
hendaklah dinisbahkan fardhu yang per tama dengan
fardhu yang kedua dan fardhu yang kedua dinisbahkan
dengan fardhu yang ketiga dan fardhu yang ketiga
dinisbahkan dengan fardhu yang keempat. Jadi apa-apa
hasil dari nisbah-nisbah tersebut, maka itulah yang menjadi
asal masalah.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
20
Misalnya:-
1. Asal Masalah
24
Anak perempuan 1/2 12
Ibu 1/6 4
Isteri 1/8 3
Baitulmal Asabah 5
Jumlah 24
2. Asal Masalah
24
Anak perempuan 1/2 12
Cucu perempuan
daripada anak lelaki
1/6 4
Ibu 1/6 4
Isteri 1/8 3
Baitulmal Asabah 1
Jumlah 24
Mereka yang dapat satu perdua (1/2)
Waris-waris yang mendapat satu perdua (1/2) ialah 5
orang iaitu:-
1. Suami
2. Anak perempuan
3. Cucu perempuan dari anak lelaki
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
21
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Saudara perempuan sebapa
Suami mendapat (1/2)
Suami berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta
peninggalan isterinya dengan syarat isteri itu tidak
meninggalkan waris yang berikut:-
1. Tidak meninggalkan anak lelaki
2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki
3. Tidak meninggalkan anak perempuan dan
4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki
Anak perempuan mendapat (1/2)
Anak perempuan berhak mendapat satu perdua (1/2) dari
harta peninggalan bapa atau ibunya dengan syarat bapa
atau ibunya tadi tidak meninggalkan waris yang berikut:-
1. Tidak meninggalkan anak perempuan yang lain lagi
sama ada seorang atau lebih
2. Tidak meninggalkan anak lelaki
Cucu perempuan mendapat (1/2)
Cucu perempuan dari anak lelaki berhak mendapat
satu perdua (1/2) dari har ta peninggalan datuk atau
neneknya dengan syarat datuk atau neneknya tadi tidak
meninggalkan waris-waris yang disebut di bawah ini:-
1. Tidak meninggalkan anak perempuan yang lain lagi,
sama ada seorang atau lebih
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
22
2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki
selain daripadanya.
3. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
4. Tidak meninggalkan anak lelaki yang mendindinginya.
Saudara perempuan seibu sebapa mendapat (1/2)
Saudara perempuan seibu sebapa berhak menerima
pusaka satu perdua (1/2) dari har ta peninggalan
saudaranya dengan syarat-syarat berikut:
1. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu
sebapa yang lain, sama ada seorang atau lebih.
2. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa.
3. Tidak meninggalkan datuk, iaitu bapa kepada bapa.
4. Tidak meninggalkan bapa.
5. Tidak meninggalkan anak lelaki.
6. Tidak meninggalkan anak perempuan.
7. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki.
Saudara perempuan sebapa mendapat (1/2)
Saudara perempuan sebapa berhak menerima pusaka
satu perdua (1/2) dari harta peninggalan saudaranya
dengan ketiadaan salah satu daripada yang berikut:-
1. Tidak meninggalkan saudara perempuan sebapa yang
lain, sama ada seorang atau lebih.
2. Tidak meninggalkan saudara lelaki sebapa.
3. Tidak meninggalkan datuk iaitu bapa kepada bapa.
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
23
4. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu
sebapa.
5. Tidak meninggalkan anak lelaki.
6. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
7. Tidak meninggalkan anak perempuan.
8. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki.
MEREKA YANG MENDAPAT SATU PEREMPAT (1/4)
Mereka yang mendapat satu perempat (1/4) ialah dua
orang iaitu:
1. Suami
2. Isteri, atau beberapa orang isteri
Suami mendapat satu perempat (1/4)
Suami berhak mendapat satu perempat (1/4) dari harta
peninggalan isterinya bila isterinya itu ada meninggalkan
salah seorang daripada waris-waris berikut:
1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau
2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,
atau
3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau
4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki
Isteri mendapat satu perempat (1/4)
Isteri atau beberapa orang isteri adalah berhak mendapat
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
24
satu perempat (1/4) dari harta peninggalan suaminya
dengan syarat-syarat berikut:
1. Tidak meninggalkan anak lelaki.
2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
3. Tidak meninggalkan anak perempuan.
4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki.
MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERLAPAN (1/8)
Mereka yang mendapat satu perlapan (1/8) seorang
sahaja iaitu:
1. Isteri, atau beberapa orang isteri.
Isteri mendapat satu perlapan (1/8)
Isteri berhak mendapat satu perlapan (1/8) dari harta
peninggalan suami bila suami itu meninggalkan salah
seorang daripada waris-waris berikut:-
1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau
2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,
atau
3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau
4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki
MEREKA YANG MENDAPAT DUA PERTIGA (2/3)
Mereka yang mendapat dua pertiga (2/3) ialah 4 orang,
iaitu:-
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
25
1. Dua orang anak perempuan atau lebih.
2. Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki
atau lebih.
3. Dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau
lebih.
4. Dua orang saudara perempuan sebapa atau lebih.
Dua orang anak perempuan mendapat dua pertiga (2/3)
Dua orang anak perempuan atau lebih adalah berhak
mendapat dua pertiga (2/3) dari harta peninggalan bapa
atau ibunya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah:-
1. Tidak meninggalkan anak lelaki.
Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki
mendapat dua pertiga (2/3)
Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki atau
lebih berhak mendapat dua pertiga (2/3) daripada harta
peninggalan datuk atau neneknya dengan ketiadaan waris-
waris yang di bawah, iaitu:-
1. Tidak meninggalkan anak lelaki.
2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
3. Tidak meninggalkan dua orang anak perempuan.
Dua orang saudara perempuan seibu sebapa mendapat
dua pertiga (2/3)
Dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih
berhak mendapat dua pertiga (2/3) dari harta peninggalan
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
26
saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah,
iaitu:-
1. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa
2. Tidak meninggalkan datuk
3. Tidak meninggalkan bapa
4. Tidak meninggalkan anak lelaki
5. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki
6. Tidak meninggalkan anak perempuan
7. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki
Dua orang saudara perempuan sebapa mendapat dua
pertiga (2/3)
Dua orang saudara sebapa atau lebih berhak mendapat
dua per tiga (2/3) dari har ta peninggalan saudaranya
dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah, iaitu:-
1. Tidak meninggalkan saudara lelaki sebapa.
2. Tidak meninggalkan datuk.
3. Tidak meninggalkan bapa.
4. Tidak meninggalkan anak lelaki.
5. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
6. Tidak meninggalkan anak perempuan.
7. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.
8. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa, sama
ada seorang atau lebih.
9. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu
sebapa, sama ada seorang atau lebih.
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
27
MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERTIGA (1/3)
Mereka yang mendapat satu per tiga (1/3) ialah dua
orang, iaitu:-
1. Ibu
2. Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu, sama
ada seorang atau lebih
Ibu mendapat satu pertiga (1/3)
Ibu adalah berhak mendapat satu pertiga (1/3) dari harta
peninggalan anaknya dengan ketiadaan waris-waris yang
di bawah iaitu:-
1. Tidak meninggalkan anak lelaki.
2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
3. Tidak meninggalkan anak perempuan.
4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki.
5. Tidak meninggalkan beberapa orang saudara, sama
ada lelaki atau perempuan dan sama ada saudara seibu
sebapa atau saudara sebapa ataupun saudara seibu.
Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu mendapat
satu pertiga (1/3)
Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu berhak
mendapat satu per tiga (1/3) dari har ta peninggalan
saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang dibawah,
iaitu:-
1. Tidak meninggalkan anak lelaki.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
28
2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
3. Tidak meninggalkan anak perempuan.
4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki.
5. Tidak meninggalkan bapa.
6. Tidak meninggalkan datuk.
Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas
fardhu suami
Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas
diambil bahagian suami. Misalnya isteri mati meninggalkan
suami, ibu dan bapa, maka suaminya mendapat satu
perdua (1/2), ibu mendapat satu pertiga (1/3) selepas
diambil bahagian isteri dan bapa mendapat selebihnya
daripada bahagian kedua-dua waris tersebut.
Asal masalah 6
Suami 1/2 3
Ibu 1/3 dari yang tinggal 1
Bapa, selebih daripada suami dan ibu 2
Jumlah 6
Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas
fardhu isteri
Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas
diambil bahagian isteri. Misalnya suami mati meninggalkan
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
29
isteri, ibu dan bapa, maka isterinya mendapat satu
perempat (1/4), ibu mendapat satu pertiga (1/3) selepas
diambil bahagian isteri dan bapa mendapat selebih
daripada bahagian kedua-dua waris tersebut.
Asal masalah 12
Isteri 1/4 3
Ibu 1/3 dari yang tinggal 3
Bapa, selebih daripada suami dan ibu 6
Jumlah 12
MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERENAM (1/6)
Mereka yang mendapat satu perenam (1/6) ialah tujuh
orang, iaitu:-
1. Bapa
2. Ibu
3. Datuk
4. Nenek
5. Cucu perempuan daripada anak lelaki, seorang atau lebih
6. Saudara perempuan sebapa, seorang atau lebih
7. Saudara lelaki seibu, atau saudara perempuan seibu.
Bapa mendapat satu perenam (1/6)
Bapa berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada
harta peninggalan anaknya, bila anak itu meninggalkan
salah seorang waris-waris di bawah, iaitu:-
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
30
1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau
2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,
atau
3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau
4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki
Ibu mendapat satu perenam (1/6)
Ibu berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada harta
peninggalan anaknya, bila anak itu meninggalkan salah
seorang daripada waris-waris di bawah, iaitu:-
1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau
2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,
atau
3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau
4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki atau
5. Ada meninggalkan beberapa orang saudara, sama
ada saudara lelaki atau saudara perempuan dan
sama ada saudara perempuan dan sama ada saudara
seibu sebapa, atau saudara sebapa ataupun saudara
seibu sahaja.
Datuk mendapat satu perenam (1/6)
Datuk berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada
harta peninggalan cucunya, bila cucu itu meninggalkan
salah seorang daripada waris-waris di bawah, iaitu:-
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
31
1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau
2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,
atau
3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau
4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki.
5. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak
lelaki selain daripada syarat-syarat tersebut ini, maka
hendaklah juga cucu tadi tidak ada meninggalkan
bapa.
Nenek mendapat satu perenam (1/6)
Nenek berhak mendapat satu perenam (1/6) dari
harta cucunya sama ada cucunya yang meninggal dunia
itu mempunyai anak atau tidak. Sama ada nenek tadi
sebelah ibu ataupun sebelah bapa. Nenek sebelah ibu
dan nenek sebelah bapa dan ibu kepada nenek-nenek
tadi akan mendapat satu perenam(1/6) bahagian daripada
harta pusaka cucunya bila nenek itu seorang diri sahaja.
Sebaliknya, jika nenek-nenek itu ramai, umpamanya ada
nenek sebelah ibu dan ada juga nenek sebelah bapa, maka
mereka itu akan mendapat satu perenam (1/6) dari harta
cucunya dengan berkongsi. Tegasnya kalau nenek itu lebih
daripada seorang, maka mereka itu akan berkongsi dalam
bahagian yang satu perenam tadi.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
32
Cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat satu
perenam (1/6)
Cucu perempuan daripada anak lelaki, sama ada seorang
atau lebih berhak mendapat satu perenam (1/6) dari
harta peninggalan datuk dan neneknya dengan ketiadaan
waris-waris yang di bawah, iaitu;-
1. Tidak ada meningalkan cucu lelaki daripada anak
lelaki;
2. Tidak ada meninggalkan anak lelaki
3. Tidak ada meninggalkan anak perempuan lebih
daripada seorang.
Jika datuk atau nenek yang meninggal dunia tadi ada
meninggalkan anak perempuan seorang sahaja, maka cucu
perempuan dari anak lelaki tadi mendapat satu perenam
(1/6) dan anak perempuan yang seorang itu mendapat
satu perdua (1/2). Jadi kalau dicampurkan bahagian cucu
perempuan (1/6) dengan bahagian anak perempuan
(1/2) maka jumlahnya adalah dua pertiga (2/3), inilah yang
dikatakan oleh ulama faraidh Takmilah assulusain iaitu
menyempurnakan dua pertiga (2/3).
Saudara perempuan sebapa mendapat satu perenam (1/6)
Saudara perempuan sebapa, sama ada seorang atau
lebih berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta
peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris
yang di bawah, iaitu:-
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
33
1. Tidak ada meninggalkan saudara lelaki sebapa;
2. Tidak ada meninggalkan anak lelaki;
3. Ti dak ada meni nggal kan dua orang saudara
perempuan seibu sebapa atau lebih. Jika saudara
yang meninggal dunia tadi ada meninggalkan
seorang saudara perempuan seibu sebapa, maka
saudara perempuan sebapa sama ada seorang
atau lebih mendapat satu perenam (1/6) dan
saudara perempuan seibu sebapa mendapat satu
perdua (1/2). Kalau dicampurkan bahagian saudara
perempuan sebapa (1/6) dengan bahagian saudara
perempuan seibu sebapa (1/2) maka jumlahnya
adalah dua per tiga (2/3). Inilah yang dikatakan
oleh ulama faraidh Takmilah assulusain iaitu
menyempurnakan dua pertiga (2/3).
Saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu
mendapat satu perenam (1/6)
Saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu berhak
mendapat satu perenam (1/6) dari harta peninggalan
saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah,
iaitu:-
1. Tidak ada meninggalkan anak lelaki.
2. Tidak ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
3. Tidak ada meninggalkan anak perempuan.
4. Tidak ada meninggalkan cucu perempuan daripada
anak lelaki.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
34
5. Tidak ada meninggalkan bapa.
6. Tidak ada meninggalkan datuk.
Asabah
Asabah ialah waris yang menghabisi semua har ta
peninggalan si mati atau menghabisi yang lebih selepas
Ahli Fardhu.
Bahagian Asabah
Asabah terbahagi kepada tiga bahagian:-
1. Asabah binafsihi ( ), iaitu menghabisi harta
dengan sendirinya.
2. Asabah bighairihi ( ), iaitu menghabisi harta
dengan sebab waris yang lain.
3. Asabah maa ghairihi ( ), iaitu menghabisi
harta beserta waris-waris yang lain.
Mereka yang mendapat asabah binafsihi ( )
Waris-waris yang mendapat asabah binafsihi ialah lima
belas orang:-
1. Anak lelaki;
2. Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah;
3. Bapa;
4. Datuk hingga ke atas;
5. Saudara lelaki seibu sebapa;
6. Saudara lelaki sebapa;
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
35
7. Anak saudara lelaki seibu sebapa;
8. Anak saudara lelaki sebapa;
9. Bapa saudara seibu sebapa;
10. Bapa saudara sebapa;
11. Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa;
12. Anak lelaki bapa saudara sebapa;
13. Petuan lelaki yang memerdekakan;
14. Petuan perempuan yang memerdekakan;
15. Anak lelaki petuan lelaki yang memerdekakan.
Waris-waris yang tersebut di atas ini kesemuanya
mendapat asabah binafsihi, jika tidak ada meninggalkan
saudara perempuan seibu sebapa. Dan bapa saudara
perempuan seibu sebapa mendapat satu perdua (1/2)
dan bapa saudara mendapat asabah binafsihi.
Asal masalah 2
Saudara perempuan seibu sebapa 1/2 1
Bapa saudara Asabah 1
Jumlah 2
Begitulah juga dalam masalah-masalah yang lain daripada
waris-waris yang mendapat asabah binafsihi, berhak
mendapat bahagian selepas daripada ahli-ahli waris yang
menerima fardhu.
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
36
Asabah bighairihi ( )
Waris yang mendapat asabah bighairihi ialah empat orang:
1. Anak perempuan;
2. Cucu perempuan daripada anak lelaki;
3. Saudara perempuan seibu sebapa;
4. Saudara perempuan sebapa.
Anak perempuan mendapat asabah bighairihi bila si
mati itu ada meninggalkan anak lelaki. Cucu perempuan
daripada anak lelaki mendapat "asabah bighairihi" bila si
mati ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
Saudara perempuan seibu sebapa mendapat asabah
bighairihi bila si mati ada meninggalkan saudara lelaki
seibu sebapa. Begitu juga saudara perempuan sebapa
mendapat asabah bighairihi bila si mati ada meninggalkan
saudara lelaki sebapa. Dalam masalah ini (asabah
bighairihi) maka waris lelaki, seperti anak lelaki, cucu lelaki
dan saudara lelaki mendapat dua bahagian, sedangkan
waris perempuan hanya mendapat satu bahagian sahaja,
seperti anak perempuan, cucu perempuan dan saudara
perempuan.
Ini adalah berdasarkan frman Allah Taala:
Ertinya:
Lelaki itu mendapat dua bahagian daripada perempuan.

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
37
Misalnya seorang bapa atau ibu meninggal dunia, ada
meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan maka anak
lelaki dan anak perempuannya itu mendapat Asabah
bighairihi.
Masalahnya sebagaimana di bawah:-
Asal masalah 3
Anak lelaki (2) 2
Anak perempuan (1) Asabah 1
Jumlah 3
Begitulah juga dalam masalah-masalah yang lain daripada
waris-waris yang mendapat asabah bighairihi, seperti
cucu lelaki dengan cucu perempuan dan saudara lelaki
dengan saudara perempuan.
Asabah maa ghairihi ( )
Waris-waris yang mendapat 'asabah maa ghairihi ialah
dua orang:-
1. Saudara perempuan seibu sebapa, sama ada seorang
atau lebih;
2. Saudara perempuan sebapa, sama ada seorang atau
lebih.
Saudara perempuan sei bu sebapa atau saudara
perempuan sebapa sama ada seorang atau lebih menjadi
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
38
asabah maa ghairihi beserta anak perempuan atau cucu
perempuan daripada anak lelaki. Umpamanya seorang
meninggal dunia meninggalkan saudara perempuan seibu
sebapa atau saudara perempuan sebapa dan ada pula
meninggalkan anak perempuan atau cucu perempuan
daripada anak lelaki, maka anak perempuan atau cucu
perempuan daripada anak lelaki tadi mendapat satu
perdua (1/2). Saudara perempuan seibu sebapa atau
saudara perempuan sebapa mendapat asabah maa
ghairihi iaitu mereka menghabisi harta setelah diambil
bahagian-bahagian ahli-ahli fardhu.
Asal masalah 2
Anak perempuan 1/2 1
Saudara perempuan seibu sebapa Asabah 1
Jumlah 2
Asal masalah 2
Cucu perempuan daripada anak
lelaki
1/2 1
Saudara perempuan sebapa Asabah 1
Jumlah 2
Begitulah juga saudara perempuan seibu sebapa akan
mendapat asabah maa ghairihi bersama dengan cucu
perempuan daripada anak lelaki dan saudara perempuan
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
39
sebapa akan mendapat asabah maa ghairihi juga beserta
dengan anak perempuan.
Saudara perempuan seibu sebapa adalah seper ti
saudara lelaki seibu sebapa, dia telah mendindingi
saudara-saudara sebapa sama ada mereka itu lelaki atau
perempuan. Saudara perempuan sebapa itu pula adalah
seperti saudara lelaki sebapa, yang mana dia juga telah
mendindingi semua anak-anak saudara mereka, sama ada
lelaki ataupun perempuan.
Mahjub (terdinding)
Mahjub, ialah waris-waris yang terdinding daripada
menerima pusaka, dengan ertikata yang lain mereka itu
tidak mendapat bahagian dari pusaka yang ditinggalkan
oleh si mati, sama ada mereka itu tidak mendapat langsung
atau hanya mendapat sedikit sahaja.
Bahagian-bahagian mahjub
Mahjub terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:-
1. Mahjub nuqsan;
2. Mahjub hirman.
Mahjub nuqsan
Mahjub nuqsan, ialah waris yang hanya mendapat sedikit
bahagian sahaja, di mana bahagian mereka itu berpindah
dan bertukar dari bahagian fardhu yang banyak kepada
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
40
fardhu yang sedikit, seperti berpindah dan bertukarnya
bahagian suami daripada satu perdua (1/2) kepada satu
perempat (1/4) dan lain-lainnya.
Mahjub hirman
Mahjub hirman ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:-
1. Mahjub di pihak waris lelaki;
2. Mahjub di pihak waris perempuan.
Majhub di pihak waris lelaki
Orang-orang yang mahjub di pihak waris lelaki ialah
sebelas orang termasuk Baitulmal, iaitu:-
1. Datuk, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
2. Cucu lelaki daripada anak lelaki, mahjub disebabkan:-
(a) Anak lelaki
3. Saudara seibu sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Anak lelaki
(c) Cucu lelaki daripada anak lelaki
4. Saudara lelaki sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Anak lelaki
(c) Cucu lelaki daripada anak lelaki
(d) Saudara lelaki seibu sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Datuk
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
41
(c) Anak lelaki
(d) Cucu lelaki daripada anak lelaki
(e) Saudara lelaki seibu sebapa
(f) Saudara lelaki sebapa
6. Anak saudara sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Datuk
(c) Anak lelaki
(d) Cucu lelaki daripada anak lelaki
(e) Saudara lelaki seibu sebapa
(f) Saudara lelaki sebapa
(g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa
7. Bapa saudara seibu sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Datuk
(c) Anak lelaki
(d) Cucu lelaki daripada anak lelaki
(e) Saudara lelaki seibu sebapa
(f) Saudara lelaki sebapa
(g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa
(h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa
8. Bapa saudara sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Datuk
(c) Anak lelaki
(d) Cucu lelaki daripada anak lelaki
(e) Saudara lelaki seibu sebapa
Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam
42
(f) Saudara lelaki sebapa
(g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa
(h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa
(i) Bapa saudara seibu sebapa
9. Bapa saudara sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Datuk
(c) Anak lelaki
(d) Cucu lelaki daripada anak lelaki
(e) Saudara lelaki seibu sebapa
(f) Saudara lelaki sebapa
(g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa
(h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa
(i) Bapa saudara seibu sebapa
(j) Bapa saudara sebapa
10. Bapa saudara sebapa, mahjub disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Datuk
(c) Anak lelaki
(d) Cucu lelaki daripada anak lelaki
(e) Saudara lelaki seibu sebapa
(f) Saudara lelaki sebapa
(g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa
(h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa
(i) Bapa saudara seibu sebapa
(j) Bapa saudara sebapa
(k) Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa
Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam
43
Mahjub di pihak waris perempuan
Orang yang mahjub di pihak waris-waris perempuan ialah
enam orang iaitu:-
1. Nenek sebelah ibu mahjub disebabkan:-
(a) Ibu
2. Nenek sebelah bapa, mahjub disebabkan:-
(a) Ibu
(b) Bapa
3. Anak perempuan daripada anak lelaki, mahjub
disebabkan:-
(a) Anak lelaki
(b) Dua orang anak perempuan
4. Saudar a perempuan sei bu sebapa, mahj ub
disebabkan:-
(a) Bapa
(b) Anak lelaki