Vous êtes sur la page 1sur 31

KEBUDAYAAN MELAYU

(Bidang Sosial)
AHMAD ZHARIF BIN AHMAD ZAKI
MUHAMAD NOR FAIZAL BIN SAMUSUDIN
MOHD FARHAN HANIFF BIN AB RAHMAN
MOHD FAIZAL BIN ABDUL RAZAK
(PISMP BAHASA MELAYU SEM 7 AMBILAN JANUARI 2008)
PENSYARAH : ENCIK ZAKARIA BIN KHALID
SKOP PERBINCANGAN
Agama Islam, Adat dan Kepercayaan
Bahasa
Nilai dan Falsafah
AGAMA ISLAM
Islam adalah agama rasmi Malaysia. Menurut kepada
rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada
populasi Malaysia mengamalkan Islam.
Dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh
menyerahkan status etniknya jika dia adalah
bukan Muslim.
Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia
mempunyai asal-usul daripada bahasa pilihan agama
Islam iaitu bahasa Arab.
Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun
demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih
dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka.
Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur
kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana
unsur kepercayaan sebelum Islam disesuaikan dengan
unsur Islam.
Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu pengubatan
Melayu (pengubatan tradisional), dan dalam beberapa
upacara adat seperti perkahwinan.
Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitri) merupakan
perayaan yang penting bagi orang Islam di
Malaysia.
Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,
orang Malayu semestinya beragama Islam, tidak
kira apa warisan etniknya; jika tidak mereka
bukan Melayu dari segi undang-undang.
ADAT MELAYU
ADAT
Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat
lemah lembut dan sopan santunnya.
Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh
persekitaran masyarakatnya.
Adat melayu telah menjadi amalan turun-
temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari
nenek moyang mereka walaupun arus
kemodenan telah lama menyerapi kehidupan
masyarakat Melayu di negara kita ini.
Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati
adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat
serta amalannya dalam masyarakat melayu.
Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang
merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu.
Kebanyakkan adat adalah juga merupakan
peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia
juga dipanggil ritual.
Antara adat-adat yang masih diamalkan termasuklah :-
Melenggang Perut
Menyambut Kelahiran
Berendoi
Bercukur Jambul
Bersunat
Bertindik
Berkhatam Al-Quran
Menilik atau merisik
Meminang dan bertunang
Menghantar Belanja dan Akad Nikah
Berinai di Pelamin
Bersanding
Bersalin
Berpantang Empat Puluh Empat Hari
MELENGGANG PERUT
Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap
tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam
perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.
Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam
perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan
menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau
belum cukup bulan lagi.
Tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain dan dengan tangannya yang
sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya
sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya
panggilan Lenggang Perut itu.
MENYAMBUT KELAHIRAN
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh
keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah
cukup sembilan bulan sepuluh hari.
Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh
hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau.
Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung
di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat
tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi
mengelakkan gangguan makhluk halus.
Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan
semasa menyambut kelahiran ini.
ADAT BERENDOI
Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam
buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan
dihias indah dengan bunga-bungaan.
Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik
perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.
Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh
sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat
Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat
memberi nama dan adat cukur rambut.
ADAT CUKUR JAMBUL
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu.
Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan.
Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu
belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping
ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
-Nasi kunyit dan lauk-lauk
-Seekor ayam hidup
-Paku, buah keras, asam, garamdan sirih pinang
-Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian
ADAT BERKHATAN
Lazimnya untuk bayi perempuan dilakukan ketika bayi itu masih
kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan
menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun
atau lebih.
Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka
akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika
umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran
Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin.
ADAT BERTINDIK
Adat Bertindik dahulunya dilakukan dengan
mengadakan kenduri kendara di mana tukang
tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping
telinga anak perempuan yang berumur antara
lima hingga sepuluh tahun dengan
menggunakan sejenis daun.
BERKHATAM AL-QURAN
Tujuan asal mengadakan majlis ini untuk
bersyukur kerana tamatnya pengajian Al-
Quran seseorang pelajar.
Majlis berkhatam Al-Quran selain merupakan
satu adat yang bercorak agama, ia diadakan
bertujuan untuk mengingati jasa seorang
murid kepada gurunya. Hadiah bunga telur
biasanya diberikan kepada guru tersebut.
MERISIK
Adat ini juga dipanggil meninjau atau
menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah
untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.
Wakil lelaki tersebut akan memberikan
sebentuk cincin tanya berupa cincin belah
rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka
akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
MEMINANG DAN BERTUNANG
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak
keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu
rombongan peminangan.
Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat
pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka
yang sebenarnya secara rasmi.
Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan
hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara
bertunang
AKAD NIKAH
Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang
dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan
seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain
sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi
atau pun di rumah pengantin perempuan dan
dijalankan oleh tok kadi atau imam.
BERINAI
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk
saudara mara terdekat sahaja.
Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk
saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau
selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki
dan pihak perempuan.
BERSANDING
Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian
pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan
perhiasannya sekali.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan
diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak
menuju ke rumah pengantin perempuan.
Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias
indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga
pahar.
ADAT EMPAT PULUH EMPAT HARI
Selepas tamat tempoh berpantang, iaitu selepas empat
puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh lima
akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga.
Ibu tersebut akan dimandikan dengan air sintok limau serta
dilangirkan sebagai syarat melepaskan pantang.
Bermula dari hari tersebut, maka ibu itu bebas
menjalankan kerja-kerja rumahtangga atau sebarang
pekerjaan lain.
KEPERCAYAAN MELAYU
Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan
bermacam-macam kepercayaan yang mana
dalamnya mengandungi pelbagai pantang
larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat
yang berguna kepada anak cucunya yang
masih mentah dalam kehidupan harian
mereka.
DUDUK ATAS BANTAL
Masyarakat Melayu pantang duduk di atas
bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.
Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah
kerana hendak menjaga bantal daripada
dipecah atau dikoyak.
Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk
melapek kepala diletakkan di bawah
punggung.
BERGENDANG DALAM RUMAH
Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah,
seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka
dilarang oleh orang tua-tua, dengan berkata "tidak baik
bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh
orang.
Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di
rumah, ataupun mengelakkan barang-barang di dalam
rumah boleh rosak.
MENJAHIT DI WAKTU SENJA
Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam
pada waktu senja dengan segeranya akan berkata,
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru
engkau akan buta.
Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk
menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi
kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.
MAKAN DENGAN BEKAS RETAK
Apabila si isu melihat anaknya makan dengan
menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si
ibu itu akan melarang dengan berkata, Siapa makan
menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau
suami yang telah berkahwin dua atau tiga.
Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya
anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan
itu
MENYANYI DI DAPUR
Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi
ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua.
Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya
kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti
dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah
tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi
di dapur.

Vous aimerez peut-être aussi