Vous êtes sur la page 1sur 6

Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah
Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang
amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil
untuk membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada
anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup
dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan
anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa
boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan
dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. J adi,
impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai
jua.
Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak
semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-
anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak
penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa
sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya,
menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi
insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan
pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam
buaian lagi. J elaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan
menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada
anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga
dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan
memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang.
Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang
penyayang di negara ini.
Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai
buruk. Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan
sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan
emosi. Bak kata pepatah bagai acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu
bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-
kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif
ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang
berguna pada alaf globalisasi ini.
Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan
dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk
memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing
hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda
sejak belakangan ini.

















Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat
manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha
melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi
nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi "Satu Malaysia".
Walau bagaimanapun , alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari
kian di telan dek kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini . Untuk
mengelakkan semangat perpaduan daripada terkubur begitu sahaja , institusi keluarga
memainkan peranan vital untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam
sanubari generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih
dikenali sebagai "role model" merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatik untuk
menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa
wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang
erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah
mengadakan majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini dapat
membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan
jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .

Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting
dalam mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta
menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya ,
ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam
pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa turut bertanggungjawab
memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat istiadat , pantang
larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi mengelakkan konflik antara
kaum .

Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi
muda melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-
aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN ,
RIMUP dan sebagainya. Maka , program-program khas yang diwujudkan untuk remaja
ini amatlah efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi antara generasi
muda. Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat
perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu menyemarakkan semangat
patriotisme mereka , bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".

Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada
anak-anak juga merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu
menekankan bahawa kemerdekaan tanah air kita yang dicapai hari ini adalah berkat
perjuangan semua kaum dan semua anak watan wajib menghargai titik peluh bekas
pemimpin kita yang tidak ternilai ini. Sebagai analoginya , generasi muda yang umur
baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang tidak akan terlalu taksud dengan
kenikmatan materialistik sehingga hidup dalam kepompong sendiri dan mengambil
enteng tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam tanah air sendiri .

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem ,
drama dan iklan yang bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah
menunjukkan filem-filem ini memang jauh lebih efektif dan berkesan berbanding
dengan bahan bertulis kerana persembahan media elektronik lebih menarik , kreatif dan
inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda
melalui persembahan-persembahan elektronik ini . Rentetan itu, wujudlah garis
panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran yang diperolehi oleh generasi
muda untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian .

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti
kepada pembentukan masyarakat sakinat dan harmoni. Untuk merealisasikan matlamat
ini , iaitu membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara kaum ,
segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan jangan
sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar ,melepaskan pucuk masing-masing .
sebagai intihanya , iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan berperanan
signifikan.












Pegekalan bangunan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di Malaysia kerana bangunan
bersejarah mempunyai nilai budaya dan nilai keseniannya yang tersendiri. Selain itu, bangunan-
bangunan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara.Berikan pendapat
anda tentang kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini.
Di negara kita, banyak terdapat bangunan bersejarah yang masih kukuh dansering menarik
perhatian sama ada para pelancong dari dalam atau luar negara.Bangunan-bangunan
bersejarah ini perlu dikekalkan supaya
tak lapuk dek hujan, taklekang dek panas
untuk menjadi tatapan generasi yang akan datang.

Kebanyakanbangunan bersejarah merupakan tinggalan sejak zaman penjajah. Antara
bangunanbersejarah yang sering menjadi kunjungan pelancong ialah Kota A Famosa danbangunan
Satadsyus di Melaka, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, danKota Belanda di Pulau
Pangkor. Bangunan-bangunan ini bukan sahaja mempunyainilai-nilai budaya dan keseniannya yang
tersendiri malah merakamkan sejarah pentingnegara. Justeru, pengekalan bangunan bersejarah
sememangnya penting di Malaysia.
Satu daripada kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah di negara inikerana bangunan tersebut
mempunyai nilai seni dan estetika. Bangunan-bangunan inibiasanya mempunyai nilai seni bina yang
halus dan bercorakkan budaya bangsa.Sebagai contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu
tradisional adalah cantikdan harmoni. Dari sini, kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni
bina bangsakita pada masa silam. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan
bersejarahmemaparkan corak budaya masa silam. Hal ini membolehkan kita
menghayatikeistimewaan budaya kita.
Selain itu, pengekalan bangunan bersejarah juga membolehkan kita mempelajaridan mendalami
sejarah negara pada masa lampau melalui bangunan-bangunan bersejarah. Lawatan ke sesebuah
bangunan bersejarah membolehkan kita menyaksikankesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku
di situ. Sebagai contohnya, lawatan keKota A Formosa di Melaka membolehkan kita membayangkan
peperangan danpertumpahan darah ketika rakyat Melaka menentang Portugis. Kita juga akan
lebihmemahami fakta sejarah jika kita dapat melihat kesan peninggalannya. Dalam konteksini, pelajar
akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara. Sesungguhnya,cara pembelajaran secara
kontekstual ini amat berkesan.
Di samping itu, bangunan-bangunan bersejarah juga perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi. Hal ini demikian kerana bangunan-bangunanbersejarah ini dapat menjadi
tarikan kepada pelancong tempatan atau pun pelancongasing. Misalnya, Kota Cornwallis di Pulau
Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad diKuala Lumpur, dan Rumah Puteri Meninjau di Sabah
sering menjadi tumpuan parapelancong. Secara tidak langsung keadaan ini dapat membantu
perkembangan industripelancongan melalui pengaliran masuk wang asing ke negara ini.


Halaman 9
Bangunan-bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman.Kejayaan sesebuah filem
banyak bergantung pada latar tempatnya. Untuk membuatfilem berunsur sejarah, lokasi
penggambarannya sudah pasti di sekitar bangunan-bangunan bersejarah. Filem berkenaan akan
menjadi lebih realistik dan menarik jikabangunan bersejarah yang sebenar digunakan. Hal ini
dibuktikan oleh syarikat-syarikatperfileman asing yang banyak mengadakan penggambaran di
Malaysia. Contohnya,filem
Police Story III
oleh Jacky Chan yang membuat penggambaran di Kuala Lumpurdengan berlatarbelakangkan
Bangunan Mahkamah dan Stesen Kereta Api KualaLumpur. Melalui filem-filem ini, Malaysia
menjadi terkenal di seluruh dunia. Hal ini membuktikan kepentingan bangunan bersejarah
kepada kita.Bangunan bersejarah juga banyak memberikan pengajaran kepada kita.Bangunan
bersejarah akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagaicontohnya, bangunan
zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentangpenderitaan hidup rakyat semasa peperangan.
Rakyat juga akan menyedari pahitmaung yang dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan.
Hal ini akanmenjadikan kita lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selamaini.
Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akanberulang
lagi.Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa bangunan-bangunan bersejarah
merupakan sebahagian daripada warisan sejarah yang tidakternilai harganya. Oleh itu, bangunan
bersejarah haruslah dikekalkan untukpenghayatan dan kepentingan generasi akan datang.
Dengan ini diharapkan usaha-usaha memulihara bangunan bersejarah dilaksanakan secara berterusan
agar negaradapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara ini.

Vous aimerez peut-être aussi