Vous êtes sur la page 1sur 69

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

BAB 3 KESENGGANGAN DAN


REKREASI
3.5 Pengurusan Risiko
3.4 Faedah Penglibatan dalam aktiviti
Kesenggangan dan Rekreasi
3.3 Perkhidmatan aktiviti Kesenggangan
dan Rekreasi
3.2 Faktor Penglibatan Individu dalam
Aktiviti Kesenggangan dan Rekreasi
3.1 Konsep Kesenggangan dan Rekreasi
3.6 Perkhemahan
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan maksud kesenggangan;
b) Mentakrifkan maksud rekreasi;
c) Membandingkan kesenggangan dan
rekreasi.
Kesenggangan adalah masa terluang yang
digunakan untuk melakukan aktiviti yang
menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada
seseorang individu.
Terdapat 3 jenis masa yang boleh dimanafaatkan
oleh individu:-
i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang
Kesenggangan dilakukan ketika difikirkan perlu
mengikut keadaan, kemudahan dan bilangan individu
yang terlibat melakukan sesuatu aktiviti.
Aktiviti kesenggangan mungkin berbeza antara
seseorang individu bergantung pada faktor-faktor
yang berkaitan dengan kepentingan, tempat tinggal
dan cara kehidupan seseorang.
Pembahagian aktiviti pula dapat dirujuk kepada
aktiviti di dalam rumah, persekitaran semulajadi,
pendidikan, kebudayaan, sukan, sikap dan social.
Biasanya diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan otak.
Terdapat juga yang gemar dengan aktiviti yang produktif seperti
melukis, menggubah lagu dan sebagainya.
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i. Senggang sebagai keseronokan
ii. Senggang sebagai kerja
iii. Senggang sebagai aktiviti
iv. Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v. Keseronokan dan kepuasan
vi. Kesukarelaan (menjaga rumah orang tua, BSMM dsb)
vii. Konstruktif (membina model, menganjur jualan amal)
Menurut Kelly (1982), Rekreasi berasal daripada
istilah bahasa Latin iaitu recreatio" bermaksud
pemulihan dan pemuliharaan.
(restoration / recovery).
Penggunaan masa lapang untuk mewujudkan
keseronokan, bersama ahli keluarga atau aktiviti
bukan kerja.
Aktiviti masa lapang yang membina (positif), sama
ada berbentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).
[Mohd. Salleh Aman, 2004]
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk
memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan tetapi untuk memperolehi
keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan
badan.
Rekreasi adalah aktiviti yang boleh dilakukan di
luar rumah dan di luar sekolah. Ianya boleh
dilakukan bersama keluarga dan rakan.
Merujuk kepada penyertaan
dalam lingkungan yang
tertutup atau separuh tertutup.
Aktiviti masa senggang yang
dilakukan di persekitaran luar
melibatkan pengetahuan dan
apresiasi sumber sumber
semulajadi
Perkhemahan / outdoor living
Aktiviti berisiko
Pemuliharaan
Berorientasi Alam semulajadi
Sukan Outdoor
Badminton
Drama
Tarian
Gymnasium
dan sebagainya.
REKREASI LUAR
REKREASI DALAM
Seseorang individu melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi
adalah kerana:-
Kepuasan kendiri (personal filfillment)
Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.
Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika.
Hubungan manusia yang demokratik.
Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
1. REKREASI
FIZIKAL
Merupakan sebarang aktiviti
yang menggunakan tenaga
fizikal dan mencabar
ketahanan fizikal peserta.
contoh joging, berbasikal,
berenang, kembara dan
sebagainya.
Menitikberatkan penyertaan
atas pilihan sendiri supaya peserta
berasa seronok, puas hati dan dapat
bersosial.
Dijalankan dalam bentuk
pertandingan, tetapi memburu
kejuaraan bukanlah menjadi
keutamaan. Matlamat akhir ialah
nilai kesejahteraan.
Contoh bowling, gasing dan
sebagainya.
2. REKREASI SUKAN
3. REKREASI MENTAL
/ LINGUISTIK
Rekreasi yang melibatkan
penggunaan mental dan
keupayaan linguistik dan
mekanisme komunikasi.
Contoh membaca, menulis,
bercerita, analisa,
mentelaah
4. REKREASI SOSIAL
Rekreasi ini mengutamakan
aktiviti kerjasama dan
penglibatan peserta dalam
aktiviti adalah berdasarkan minat
dan tujuan yang sama dan tidak
bersifat pertandingan.
Contoh sukaneka, pasaria,
tamu minggu dan sebagainya.
5. REKREASI TERAPEUTIK
Rekreasi yang merehatkan
serta dapat merangsangkan
tindakbalas emosi yang
memberikan individu
kesejahteraan dan
kedamaian.
Contoh
i. Muzik Jrobik, senamrobik
ii. Gerak tari yoga, tai chi
iii. Drama - teater, pantomi
ASPEK KESENGGANGAN REKREASI
1. Takrif
2. Definisi
3. Konsep
4. Bentuk
Penyertaan
5. Faedah
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan faktor intrapersonal (dalaman) seperti
kesediaan diri, sifat, sikap, dan minat yang mempengaruhi
dan menghalang penglibatan dalam aktiviti kesenggangan
dan rekreasi;
b) Memerihalkan faktor interpersonal (luaran) seperti rakan
sebaya, keluarga, masyarakat, dan lain-lain yang
mempengaruhi dan menghalang penglibatan dalam aktiviti
kesenggangan dan rekreasi;
c) Memerihalkan faktor struktur seperti prasarana dan
persekitaran, kewangan, dan lain-lain yang mempengaruhi
dan menghalang penglibatan dalam aktiviti kesenggangan
dan rekreasi.
Penglibatan individu dalam aktiviti kesenggangan
dan rekreasi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang jelas.
Secara kasar faktor-faktor ini akan mempengaruhi
bilangan, jenis, kaum dan banyak lagi apabila sesuatu
aktiviti kesenggangan dan rekreasi dilaksanakan.
Antara faktor yang mempengaruhi penglibatan
individu dalam aktiviti kesenggangan dan rekreasi ialah :-
i. Faktor Intrapersonal ( Dalaman Individu )
ii. Faktor Interpersonal ( Luaran Individu )
iii. Faktor Struktur ( Prasarana dan Infrastruktur )
Folk tarian etnik
Sosial / popular
pertandingan tarian
Tap persembahan tarian
Ballet
Moden
Drama kreatif
Musikal / opera
Puppetry Finger puppets, mask
Radio/filem/tv
Pantomime
Bacaan dramatik choral
speaking bercerita
Satu bentuk ekspresi melalui
pergerakan. Ia merupakan
respon kepada ritma. Boleh
menimbulkan keseronokan
kepada penonton dan penari.
Membenarkan kita mentafsirkan
persekitaran dan perasaan
terhadap orang lain.
Memberikan ruang kepada
individu untuk mengekspresi dan
kreativiti.
Kreativiti adalah keperluan
manusia yang sejagat dan
seringkali dilihat sebagai
mempunyai kaitan dengan identiti
seseorang.
Ia dapat mengurangkan tekanan
emosi dan memberi impak
kepada reaksi psikologikal dan
tingkahlaku.
Melukis dan melakar
Membuat barang kemas
Mencetak
Mengukir
Mengecat
Kerja-kerja membuat
barang kulit
Menggambar
Membuat pasu
Antara faktor Intrapersonal yang mempengaruhi
seseorang individu dalam melibatkan diri dalam
aktiviti aktiviti kesenggangan dan rekreasi
termasuklah :-
a) Kesediaan diri (ready)
b) Sifat (condition)
c) Sikap (attitude)
d) Minat (interest)
Faktor Interpersonal merupakan elemen persekitaran
yang akan mempengaruhi penglibatan individu dalam
penglibatan dalam aktiviti aktiviti kesenggangan
dan rekreasi. Antaranya ialah :-
a) Rakan sebaya (peers)
b) Keluarga (families)
c) Masyarakat (communities)
d) Lain-lain (others)
a) Prasarana termasuk kemudahan sukan, stadium,
gelanggang permainan dan peralatan.
b) Persekitaran merupakan sambutan masyarakat,
pertandingan, pendedahan permainan / sukan.
c) Kewangan peruntukkan kewangan, peralatan sukan,
sokongan elaun, pengadil dan teknikal.
d) Infrastruktur gelanggang yang selamat, mudah di akses,
mudah dihubungi, lengkap dengan elektrik dan air.
e) Lain-lain termasuklah keselamatan, jaminan kerjaya,
peminat sukan dan sebagainya.
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti agensi utama dan tempat yang
menawarkan perkhidmatan aktiviti kesenggangan dan
rekreasi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis
Daerah/Majlis Perbandaran), Jabatan Perhutanan dan
Perhilitan, pihak Non Goverment Organisation (NGO),
hotel, institut pengajian tinggi dan lain-lain;
b) Mengenal pasti perkhidmatan yang disediakan oleh agensi
utama aktiviti kesenggangan dan rekreasi seperti trek
joging, tapak perkhemahan, aktiviti berasaskan air (kayak,
renang, dan kenu), dan aktiviti berasaskan darat (mendaki,
menjelajah, ekspedisi, menjejak dan lain-lain).
Masyarakat kini menyedari betapa pentingnya
aktiviti kesenggangan dan rekreasi bagi
mengimbangi kehidupan kota yang kian mencabar.
Arus kemodenan merupakan elemen penyebab
kepada kadar penyakit jiwa yang tinggi, pengurusan
stres yang tidak terkawal dan banyak lagi masalah
sosial yang melibatkan kumpulan pelajar hinggalah
dewasa.
Oleh yang demikian, semua pihak harus
berusaha menyediakan tempat, perkhidmatan-
perkhidmatan kesenggangan dan rekreasi.
Antara badan yang menyediakan perkhidmatan kesenggangan
dan rekreasi adalah seperti :-
1) Kerajaan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) MPS, DBKK dsb
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Kesenian dan Pelancongan
Jabatan Perhutanan dan Perhilitan
Rainforest Discovery Centre (RDC)
2) Organisasi Bukan Kerajaan
Syarikat-syarikat perniagaan Sepilok Junggle Resort,
Indah Recreational Club dan sebagainya.
IJM pembinaan padang ragbi untuk kemajuan sukan
ragbi.
Persatuan Pengakap Scout Nature Park.
Antara badan yang menyediakan perkhidmatan kesenggangan
dan rekreasi adalah seperti :-
3) Hotel Hotel
Pusat Gimnasium
Kolam renang
4) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta
Stadium sukan
Dewan serbaguna
5) Sekolah
Dewan Serbaguna
Gelanggang-gelanggang permainan
Sukan sekolah
dan sebagainya.
1. JOGING TREK
2. TAPAK
PERKHEMAHAN
3. AKTIVITI
BERASASKAN AIR
3. AKTIVITI
BERASASKAN AIR
4. AKTIVITI
BERASASKAN
DARAT
4. AKTIVITI
BERASASKAN
DARAT
4. AKTIVITI
BERASASKAN
DARAT
i. Luar Bandar
ii. Bandar
iii. Populasi istimewa
iv. Pembangunan program rekreasi dan kesenggangan di
Malaysia.
v. Organisasi dan pertubuhan rekreasi dan kesenggangan di
Malaysia.
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan
rekreasi kepada individu dari segi sosial, fizikal,
mental, rohani, dan emosi;
b) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan
rekreasi kepada masyarakat;
c) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan
rekreasi kepada negara.
Aktiviti rekreasi dan kesenggangan memberi manfaat
dalam bentuk pengetahuan dan kecergasan fizikal.
Aktiviti rekreasi kurang menimbulkan pertelingkahan antara
pelaku kerana ia kurang menekankan persaingan untuk
kemenangan, penekanan adalah lebih kepada penglibatan
ramai yang boleh memupuk kesejahteraan masyarakat.
Masa aktiviti kesenggangan dan rekreasi tidak ketat seperti
dalam pertandingan sukan sebenar, pelaku boleh menarik diri
pada bila-bila masa dan ini boleh mengelakkan konflik seperti
mengganggu waktu sembahyang, tekanan cuaca dan banyak
lagi.
REKREASI
FUNGSI NILAI IMPAK
TINGKAHLAKU
Perubahan tingkah laku
(pembelajaran)
Membentuk sikap yang
positif.
Hubungan sosial yang
lebih bermakna dan
berdisiplin.
EKONOMI
Menjana ekonomi;
-perkhidmatan &
penjualan produk
Membentuk sikap
berdaya saing dan ingin
mencuba
Peluang pekerjaan,
Perubahan taraf hidup.
POLITIK
Saluran untuk
mendapatkan tajaan
dan sokongan
Membangunkan nilai-
nilai kepimpinan.
Aktiviti dapat
disebarkan secara
komersil.
SOSIO BUDAYA
Memupuk hubungan
yang positif antara
komuniti
Perpaduan kaum
Hormat menghormati
Keharmonian dan
perpaduan kaum.
PERSEKITARAN
Perubahan persekitaran
sejajar dgn keperluan
kawasan utk rekreasi
Menghargai
kemudahan
persekitaran
Pengekalan keindahan
kwsn tertentu dan
peningktn insfrastruktur.
KESIHATAN,
BANGSA DAN
NEGARA
Meningkatkan tahap
kecergasan &
mengurangkan gejala
negatif.
Mengamalkan gaya
hidup sihat, kesedaran
bahaya dadah.
Rakyat sihat negara
maju.
Pembentukan personaliti
Pembangunan insan
Pembangunan negara
Kepemimpinan
Dinamika kumpulan
Gaya hidup sihat
Sosialisasi
Pendidikan sepanjang hayat
Kecerdasan pelbagai
1. Visual / spatial dapat menganggar sesuatu ruang / jarak
dengan baik.
2. Logical / matematik mahir dalam kerja berkaitan matematik.
3. Verbal / linguistic cepat mempelajari pelbagai bahasa.
4. Musical / rythmic berbakat dalam bidang muzik.
5. Bodily / kinesthetic cepat mempelajari sesuatu kemahiran
pergerakan.
6. Interpersonal / social mempunyai kemahiran sosial yang baik.
7. Intrapersonal / introspective kemahiran menangani diri sendiri
8. Naturalist intelligences bakat dan kepintaran (IQ) semulajadi
yang tinggi.
1. INDIVIDU
Aktiviti kesenggangan dan rekreasi boleh
memberikan keseimbangan kepada individu seperti
a) Jasmani - J
b) Emosi - E
c) Rohani - R
d) Intelek - I
e) Sosial - S
Membentuk konsep kendiri yang positif di samping
meningkatkan tahap kecergasan dan pengetahuan
kesihatan.
2. KELUARGA
Merapatkan hubungan kekeluargaan di samping mengubah
gaya hidup sosial yang lebih bermakna.
3. MASYARAKAT
Mewujudkan integrasi nasional melalui penglibatan
masyarakat dalam aktiviti rekreasi secara menyeluruh tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama.
4. NEGARA
Membentuk nilai-nilai disiplin, perpaduan dan kesejahteraan
hidup.
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan pengurusan risiko;
b) Memerihalkan kaedah pengurusan risiko seperti
pengelakan, pengurangan, pemindahan, dan
pengekalan;
c) Memerihalkan prosedur pengurusan risiko yang
meliputi mengenal pasti punca risiko dan bahaya,
membuat penilaian risiko dari segi tahap bahaya
dan kekerapan, memilih kaedah yang sesuai untuk
mengurus risiko, dan mengambil tindakan untuk
mengurangkan risiko.
Mengikut Kamus Dewan,(edisi ketiga, mukasurat 1143),
Risiko didefinisikan sebagai kemungkinan atau bahaya kerugian,
kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian.
Risiko ialah kemungkinan kerugian, kemalangan, kelemahan dan
keruntuhan dan pengurusan risiko pula didefinisikan sebagai
pengurusan menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi sesuatu
program dan kemungkinan menerima kegagalan dalam program
berkenaan. (Simmons, 1998).
Pengurusan risiko ialah proses menggunakan analisis risiko untuk
membuat keputusan bagi mencapai objektif bagi sesuatu projek
dengan menerima sebahagian daripada risiko.
(Powell dan Klien,1996).
Dalam pengurusan risiko ideal, ia diikuti dengan proses
keutamaan di mana risiko dengan kerugian terbesar (atau
kesan) dan kemungkinan terbesar berlaku ditangani dahulu
dan risiko dengan kemungkinan lebih rendah berlaku dan
kerugian kurang ditangani dalam aturan menurun.
Dalam amalan proses menetapkan risiko menyeluruh
adalah sukar, dan mengimbangi sumber yang digunakan bagi
mengurangkan antara risiko dengan kemungkinan ia berlaku
mungkin sukar dan mengimbangi sumber yang digunakan
bagi mengurangkan antara risiko dengan kemungkinan
berlaku yang tinggi berbanding kerugian tinggi tetapi
kemungkinan berlaku rendah sering kali disalahtangani.
Pengurusan risiko tidak kelihatan mengenal pasti jenis baru risiko yang memiliki
100% kemungkinan berlaku tetapi diabaikan oleh organisasi akibat ketiadaan
keupayaan mengenalpasti.
Sebagai contoh, apabila diamalkan pada satu
situasi, wujudlah risiko pengetahuan. Risiko hubungan muncul apabila berlaku
. Risiko perlaksanaan-proses mungkin menjadi isu apabila
.
Risiko ini secara langsung mengurangkan produktiviti pekerja
berpengatahuan, mengurangkan keberkesanan kos, keuntungan, perkhidmatan,
kualit, reputasi, nilai jenama, dan kualiti pendapatan. Pengurusan risiko tidak dilihat
membenarkan pengurusan risiko bagi mencipta nilai segera dari risiko dikenal pasti
dan pengurangannya pada kehilangan produktiviti.
Pengurusan risiko turut berhadapan dengan kesulitan membahagi sumber.
Idea ini bagi kos peluang. Sumber dihabiskan pada pengurusan risiko boleh
digunakan bagi aktiviti lebih menguntungkan. Sekali lagi, pengurusan risiko ideal
mengurangkan perbelanjaan (atau tenaga kerja atau sumber lain) dan turut
meminimakan kesan negatif risiko.
i. Mengenalpasti, mencirikan dan menilai ancaman
ii. Menilai kelemahan aset penting pada ancaman khusus
iii. Menentukan risiko,
(contoh: Jangkaan kemungkinan dan kesan jenis serangan
khusus pada aset khusus)
iv. Mengenalpasti cara mengurangkan risiko tersebut,
v. Menetap kepentingan langkah pengurangan risiko
berdasarkan strategi,
vi. Prinsip pengurusan risiko,
vii. Organisasi Antarabangsa bagi Piawaian,
(International Organization for Standardization ISO)
mengenalpasti prinsip pengurusan risiko berikut.
1. Mengenalpasti risiko pada ruang kepentingan yang dipilih
2. Merancang proses seterusnya.
3. Skop masyarakat pengurusan risiko
4. Identity dan matlamat yang berkepentingan (projek tersebut)
5. Asas bagi mana risiko akan dinilai, kekangan.
6. Mentakrifkan rangka kerja bagi aktiviti dan agenda bagi mengenal pasti.
7. Membangunkan analisa risiko terbabit dalam proses.
8. Mengurangkan atau penyelesaian risiko dengan menggunakan teknologi,
manusia, dan sumber organisasi yang ada.
9. Selepas menetapkan konteks, langkah berikut dalam proses pengurusan risiko
adalah mengenal pasti potensi risiko. Risiko adalah mengenai peristiwa yang,
apabila tercetus, menimbulkan masalah. Dengan itu, mengenalpasti risiko boleh
bermula dengan sumber masalah atau dengan masalah itu sendiri.
Apabila risiko telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknik
bagi menangani risiko tergolong dalam satu atau lebih dari
empat langkah utama:
1) Mengelak (menyingkir, menarik diri dari atau tidak
membabitkan diri)
2) Pengurangan (optima pengurangan)
3) Perkongsian (memindahkan luaran atau insuran)
4) Pengekalan (menerima dan budget)
Apabila risiko telah dikenal pasti dan dinilai, termasuk
membatal dan tidak melakukan aktiviti yang berisiko tersebut.
Sebagai contoh tidak membeli harta tanah atau
perniagaan agar tidak mengambil bebanan perundangan
(legal liability) yang dating bersamanya.
Yang lain termasuk tidak terbang agar tidak mengambil
risiko bahawa kapal terbang akan dirampas.
Pengelakkan mungkin kelihatan sebagai jawapan bagi
semua risiko, tetapi pengelakan bererti kehilangan
kemungkinan keuntungan yang mungkin didapati dengan
menerima (mengekalkan) risiko. Tidak mencebur perniagaan
bagi mengelakkan kerugian turut bererti mengelak
kemungkinan mendapat keuntungan.
Pengurangan risiko atau "pengoptimaan" membabitkan
mengurangkan tahap kerugian atau kemungkinan rugi dari
berlaku.
Sebagai contoh, alat pemadam kebakaran direka bagi
memadamkan kebakaran bagi mengurangkan risiko kerugian
akibat kebakaran. Kaedah ini mungkin menyebabkan
kerosakan lebih teruk melalui kerosakan akibat air dan
dengan itu tidak sesuai, contohnya dalam bilik komputer.
Sistem pemadam kebakaran Halon mungkin mengurangkan
risiko tersebut, tetapi kos yang tinggi mungkin menghalang
kegunaannya sebagai satu strategi.
Ditakrifkan secara ringkas sebagai "berkongsi dengan pihak
lain bebanan kerugian atau pulangan dari risiko, dan satu
langkah mengurangkan risiko."
1) Perkongsian risiko akibat salah faham bahawa seseorang
boleh memindahkan risiko pada pihak ketiga melalui
insuran atau khidmat luaran. Dalam amalan sekiranya
syarikat insuran atau kontraktor jatuh muflis atau
dihadapkan ke mahkamah, risiko asal kemungkinannya
masih kembali kepada pihak pertama.
2) Sebagai contoh, polisi kecederaan peribadi tidak
memindahkan risiko kemalangan kereta kepada syarikat
insuran.
Pengekalan risiko membabitkan menerima kerugian atau
keuntungan, akibat risiko apabila ia berlaku.
Insuran diri sebenar tergolong dalam kategori ini.
Kesemua risiko yang tidak dielak atau dipindahkan,
dikekalkan secara paksaan. Ini termasuk risiko yang begitu
besar atau melapetaka sehinggakan ia tidak boleh diinsuran
atau premiumnya tidak berbaloi.
Perperangan adalah satu contoh kerana kebanyakan
harta benda dan risiko tidak diinsuran bagi perperangan. Juga
sebarang jumlah potensi kerugian (risiko) pada jumlah yang
diinsuran adalah risiko dikekalkan. Ini mungkin boleh diterima
sekiranya peluang bagi kerugian amat besar adalah kecil atau
kos bagi membeli insuran lebih besar amat mahal sehingga ia
amat menghalang matlamat organisasi.
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan perancangan perkhemahan selama tiga
hari dua malam, dan menyediakan senarai semak
sebelum perkhemahan seperti membentuk
jawatankuasa, merancang aktiviti perkhemahan,
memilih tempat, membuat kertas kerja, memohon
kebenaran, dan menyediakan peralatan;
b) Melaksanakan aktiviti berpandukan kepada
perancangan yang telah disediakan;
c) Memerihalkan dan melaksanakan tanggungjawab
selepas berkhemah meliputi penyelenggaraan
peralatan, post-mortem, dan penyediaan laporan.
Perancangan Program:
Perancangan program perkhemahan perlu dilaksanakan
agar peserta mendapat manfaat dari penglibatan dalam aktiviti
tersebut. Bagi mencapai matlamat program, perlaksanaannya
bergantung kepada beberapa komponen berikut:
1) Organisasi Pembentukan beberapa organisasi kecil bagi
menjalankan beberapa aktiviti kecil yang dirancang.
2) Implementasi Melaksanakan program yang telah
dirancangkan dengan baik seperti mendirikan khemah dan
keperluan, pertandingan permainan, kuliah, malam muhibbah
dan sebagainya.
3) Promosi Menyampaikan maklumat berkenaan program
kepada peserta untuk mendapat respon yang sepatutnya.
4) Penilaian Menilai program yang telah dilaksanakan samaada
program mencapai objektif atau tidak. (Post-mortem)
KERTAS KERJA
(a) Muka depan kertas kerja perlu
mempunyai maklumat
mengandungi yang berikut:
i. Nama Sekolah
ii. Tajuk kertas kerja
iii. Tempat perkhemahan
iv. Tarikh Perkhemahan
v. Penganjur Perkhemahan
ASPEK PERKHEMAHAN YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
1. Meninjau kawasan atau lokasi perkhemahan (aspek keselamatan,
kesesuaian melaksanakan aktiviti, keluasan kawasan untuk
perkhemahan, dan kemudahan yang terdapat di lokasi perkhemahan).
2. Mengenal pasti pegawai / fasilitator / guru pengiring yang boleh
membantu dalam melaksanakan perkhemahan dan aktiviti
perkhemahan.
3. Menyediakan kertas kerja untuk pengelolaan program perkhemahan.
4. Memohon kebenaran ibu bapa / penjaga / Pejabat Pelajaran Daerah/
Jabatan Pelajaran Negeri untuk melaksanakan perkhemahan.
5. Menghubungi pihak berkuasa tempatan yang berkaitan seperti
polis/ hospital / pihak yang menguruskan kawasan / tapak
perkhemahan, perhilitan dan lain-lain lagi untuk mendapat kebenaran /
bantuan / makluman.
6. Memastikan tahap kesihatan peserta dalam keadaan baik.
7. Menyediakan insuran kepada peserta, pegawai, fasilitator, dan
guru pengiring.
8. Menyediakan dan menyemak peralatan yang diperlukan.
9. Memohon atau menyewa kenderaan yang sesuai sekiranya
diperlukan.
10. Mengenal pasti peraturan perkhemahan / keselamatan /
kebersihan.
11. Menyediakan senarai semak untuk setiap peserta dan kumpulan.
12. Menganjurkan dan melaksanakan aktiviti perkhemahan yang
telah dirancang.
13. Menilai aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta.
14. Mengadakan post mortem dan laporan setelah tamat
perkhemahan
Penilaian setiap peserta dilakukan sepanjang perkhemahan
dilaksanakan. Penilaian berdasarkan kepada beberapa aspek
yang berikut.
a) Kerjasama /
Kerja berpasukan.
b) Kepemimpinan.
c) Penyelesaian masalah.
d) Komunikasi.
e) Hormat-menghormati
Penyediaan laporan Perkhemahan Sains Sukan berdasarkan yang
berikut :-
INDIVIDU
i. Ringkasan butiran aktiviti Perkhemahan.
ii. Program
iii. Kelebihan / kekuatan
iv. Kekurangan / kelemahan
v. Cadangan penambahbaikan
LAPORAN INDUK
i. Laporan setiap unit perkhemahan
ii. Ringkasan program / aktiviti
iii. Kelebihan / kekuatan
iv. Kekurangan / kelemahan
v. Cadangan penambahbaikan
vi. Surat Surat kebenaran ibu-bapa.
AMALI 2 PERKHEMAHAN
Bilangan Waktu Amali = 16 Waktu
1. Merancang perkhemahan 3 hari 2
malam.
2. Membentuk AJK pelaksana dan
mengadakan mesyuarat.
3. Menentukan belanjawan dan
mencari sumber.
4. Menulis laporan untuk bahan bukti
perlaksanaan
1. Latihan Amali, Sains Sukan ( 966 / 4 )
STPM
2014
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Vous aimerez peut-être aussi