Vous êtes sur la page 1sur 33

Bahasa C menggunakan sebilangan notasi

yang nampak ganjil bagi mereka yang tidak


pernah membuat pengaturcaraan komputer.
Struktur am suatu bahasa pengaturcaraan C
adalah seperti berikut :
a)bahagian #include iaitu arahan pemproses
b)main()
c)pembuka blok {
d)badan aturcara
e)penutup blok }
Contoh:
/* Aturcara pertama dalam C */
#include <stdio.h>
int main(void)
{
printf (Contoh aturcara pertama dalam C \n);
return 0;
}
Output :
Contoh aturcara pertama dalam C

KOMEN (/**/)
Teks yang dimulakan dengan simbol /* dan diakhiri dengan simbol
*/ menandakan satu komen.
Pengaturcara memasukkan komen untuk tujuan mendokumentasikan
dan meningkatkan pemahaman aturcara.
Komen tidak akan menyebabkan sebarang tindakan semasa aturcara
itu dilaksanakan.
Komen
Aturcara pertama dalam C
menerangkan tujuan aturcara itu.
Komen juga menolong orang lain membaca dan memahami aturcara
kita.
Komen yang terlalu banyak pula akan menyebabkan aturcara itu susah
untuk dibaca.
Jadi pengaturcaraan harus bijak meletakkan komen pada tempat yang
difikirkan perlu.
BARIS int main(void)
main() adalah sebahagian daripada aturcara bahasa C. Simbol ()
menunjukkan bahasa main adalah satu blok pembangunan aturcara
yang dipanggil fungsi.
Aturcara bahasa C mengandungi 1 atau lebih fungsi di mana salah
satu daripadanya adalah main dan mesti wujud dalam setiap
aturcara C. Fungsi main adalah fungsi yang pertama sekali yang
dilaksanakan oleh pengkompil C.
Perkataan int dan void dalam baris aturcara di atas ialah kata kunci
atau kata simpan dalam C yang memberi maksud tertentu kepada
pengkompil. Perkataan int menunjukkan bahawa fungsi main
mengembalikan nilai int kepada sistem pengoperasian manakala
perkataan void pula memberi maksud bahawa fungsi main tidak
memerlukan sebarang parameter.
Baris
return 0;
merupakan satu penyataan kembali. Ia menyebabkan satu nilai sifar
dipulangkan kepada sistem pengoperasian. Nilai yang dipulangkan ini
boleh digunakan sekiranya perlu oleh sistem pengoperasian tersebut.
Fungsi akan dibincang dengan lebih lanjut di dalam unit 7.
SIMBOL { dan }
Simbol { digunakan untuk memulakan setiap
badan fungsi manakala simbol } akan
mengakhiri setiap fungsi.
Simbol { dan } serta bahagian aturcara
antara simbol-simbol ini dipanggil satu blok.
Blok adalah satu unit yang penting dalam
bahasa C.
Penggunaan simbol } pada baris terakhir
aturcara dalam contoh aturcara menunjukkan
penghabisan fungsi main.
Lengkapkan aturcara di bawah dengan
meletakkan simbol ciri-ciri am dalam
bahasa C.
Aturcara memaparkan maklumat pelajar */
#include <stdio.h>
printf (Nama saya ialah Azi);
printf (Umur saya ialah 19 tahun);
return 0;
}
Aturcara di bawah adalah satu aturcara ringkas yang
meminta pengguna menaip satu nombor dan kemudian
mencetaknya kembali.

/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */
#include <stdio.h>
main()
{
int nombor; /* isytihar pembolehubah*/
printf (Masukkan satu nombor dan tekan Enter : );
scanf (%d, &nombor); /* ambil input */
printf (Nombor yang anda taip ialah %d, nombor);
return 0;
}
Output :
Masukkan satu nombor dan tekan Enter : 5
Nombor yang anda taip ialah 5


PENYATA KELUARAN printf()
Arahan printf digunakan untuk mencetak
output di skrin. Format bagi arahan ini ialah:
printf (<apa yang hendak dicetak, diletakkan
di sini>);
Baris printf (Masukkan satu nombor dan tekan
enter) dalam aturcara di atas adalah satu
kenyataan mencetak. Ia mengarah komputer
mencetak di skrin satu muatan aksara yang
disempadani dengan tanda .
Setiap kenyataan bahasa C mesti diakhiri
dengan tanda ; Komputer akan mencetak
Masukkan satu nombor dan tekan Enter di
skrin apabila aturcara itu dilaksanakan.
PENYATA MASUKAN scanf()
Arahan scanf digunakan untuk mengambil input dari
papan kekunci. Format bagi arahan ini ialah :
scanf (<penyata jenis data>,&<pembolehubah>);
Tanda & yang diletakkan sebelum nama
pembolehubah ialah untuk membolehkan komputer
mengetahui kedudukan pembolehubah tersebut
dalam ingatan komputer. Komputer perlu
mengetahuinya bagi membolehkannya mengubah
kandungan pembolehubah.
PENYATA MASUKAN scanf()
Baris
scanf (%d,&nombor);
dalam aturcara di atas mengarahkan komputer
menunggu pengguna menaip satu nombor di papan
kekunci.
Setelah pengguna menaipnya, nilai nombor itu akan
dimasukkan dalam pembolehubah bernama
nombor.
Dalam penyataan scanf di atas, penyata jenis data
%d digunakan, nombor adalah data berjenis
integer.
Sekiranya nilai yang hendak dibaca itu dari jenis data
lain maka penyata jenis data lain pula digunakan.
PENGGUNAAN BARIS printf UNTUK MENCETAK KEMBALI NILAI PEMBOLEHUBAH
YANG DIMASUKKAN.
Dalam aturcara di atas anda dapati baris printf digunakan untuk
mencetak kembali nilai nombor yang dimasukkan.
Format penggunaan printf untuk mencetak nilai semasa
pembolehubah ialah :

printf (%<penyata jenis data>,<pembolehubah>);

Dalam aturcara tersebut %d digunakan untuk mencetak nilai
pembolehubah integer nombor.
Sekiranya pembolehubah yang dicetak mempunyai jenis data
lain, maka penyata lain pula digunakan.
Pernyataan puts,putchar dan getchar
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */
#include <stdio.h>
main()
{
int nombor;
puts ("Masukkan satu nombor: ");
nombor=getchar();
puts ("nombor yang anda masukkan ialah: ");
putchar (nombor);
return 0;
}


Pernyataan puts,putchar dan getchar
Output:
Masukkan satu nombor:
5
Nombor yang anda masukkan ialah:
5
KOD-KOD FORMAT

Terdapat beberapa
kod format dalam
bahasa C untuk
memformat output.
Jadual di bawah
memberi
penerangan bagi
setiap kod format
tersebut:
Kod Format Penerangan
%d Mempamerkan nombor dalam bentuk
integer
%f Mempamerkan nilai titik terapung atau
perpuluhan
%e Mempamerkan nilai titik terapung dalam
notasi eksponen
%c Mempamerkan satu nilai aksara
%s Mempamerkan satu nilai rentetan
%g Mempamerkan satu nilai titik terapung
sama ada dalam bentuk titik terapung
atau bentuk eksponen
%lf Mempamerkan nombor dalam bentuk
double
SIMBOL &
Simbol & yang diletakkan sebelum nama
pembolehubah dalam arahan scanf ialah untuk
membolehkan komputer mengetahui kedudukan
pembolehubah tersebut di dalam ingatan komputer.
AKSARA LEPAS
Terdapat
beberapa aksara
lepas yang
digunakan dalam
program C.
Jadual di bawah
memberi
penerangan bagi
setiap aksara
lepas tersebut.
Aksara Lepas Penerangan
\n Menggerakkan kursor ke baris baru
\b Menggerakkan kursor ke belakang satu kedudukan di
baris semasa
\f Menggerakkan kursor ke permulaan muka seterusnya
\r Menggerakkan kursor ke permulaan baris semasa
\t Menggerakkan kursor ke tab mengufuk seterusnya
\v Menggerakkan kursor ke tab menegak seterusnya
Latihan:
Berdasarkan keratan aturcara di bawah
apakah output yang akan dipaparkan.
i) printf (Selamat Datang ke \n);
printf (\n\tPoliteknik Ungku Omar);
ii) int nombor1, nombor2;
float jumlah;
printf(Masukkan nombor 1 : );
scanf (%d,&nombor1);
printf(Masukkan nombor 2 : );
scanf (%d,&nombor2);
jumlah = nombor1 + nombor2;
printf (Jumlah kedua-dua nombor ini ialah : %.2f, jumlah);

Contoh :
Tulis aturcara untuk mencetak Selamat Belajar Bahasa C.
Penyelesaian :
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */
#include <stdio.h>
int main(void)
{
printf (Selamat Belajar Bahasa C);
return 0;
}

Output :
Selamat Belajar Bahasa C

Latihan :
Tulis satu aturcara untuk mencetak
Selamat Belajar Bahasa C dalam baris
yang berlainan (1 perkataan sebaris)
menggunakan hanya satu arahan printf
sahaja.


Penyelesaian:
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */
#include <stdio.h>
int main(void)
{
printf (Selamat\nBelajar\nBahasa\nC\n);
return 0;
}

Output :
Selamat
Belajar
Bahasa
C

Latihan:
Tuliskan aturcara yang membaca 2 nombor integer
dan mencetak kedua-dua nombor tersebut.
Terdapat 2 jenis arahan pra pemproses iaitu #include dan #define.
#include
a) #include adalah arahan untuk prapemproses C.
Baris-baris yang bermula dengan simbol # diproses oleh prapemproses
sebelum aturcara itu dikompil.
b) Arahan #include perlu ditulis diikuti dengan fail kepala yang mana akan
dibincangkan dalam bahagian seterusnya.
Contoh :
#include <stdio.h>
c) Fail stdio.h disertakan kerana di dalamnya terdapat definisi
arahan untuk mencetak output dan mengambil input yang akan kita
gunakan.
#define
a) Selain #include kita juga boleh menakrifkan pra pemproses yang dipanggil #define.
b) #define juga boleh digunakan untuk mengisytiharkan sesuatu pemalar.
Sintaks :
#define <nama pemalar><nilai pemalar>

Contoh :
#define BIL_MAKS 999
#define PI 3.1459
c) Apabila baris ini ditemui dalam fail aturcara yang sedang dikompil, prapemproses
akan menukar semua pengecam BIL_MAKS yang dijumpai ini dengan nilai 999 dan PI
dengan 3.1459. Kecuali jika ianya adalah komen. BIL_MAKS dan PI ini dikenali sebagai
pemalar simbolik. Ia boleh diletakkan di mana-mana dalam aturcara dan ia akan
memberi kesan kepada baris aturcara selepas ia diletakkan kebiasaannya ia diletakkan
di permulaan aturcara dan ditulis dengan huruf besar.
Kebanyakan daripada perlaksanaan bahasa C ada menyediakan
perpustakaan piawai yang terdapat banyak fungsi di dalamnya.
Secara asasnya C piawai menyediakan 16 pengepala atau kepala fail
yang setiap satunya mempunyai banyak fungsi di dalamnya. 16 kepala fail
itu ialah :

<assert.h> <float.h>
<math.h> <stdarg.h>
<stdlib.h> <ctype.h>
<limits.h> <setjmp.h>
<stddef.h> <string.h>
<errno.h> <locale.h>
<signal.h> <stdio.h>
<time.h> <conio.h>
(a) <stdio.h>
Terdapat beberapa fungsi dalam pustaka stdio.h yang
boleh digunakan untuk aksara dan rentetan. Jadual
berikut meringkaskan fungsi yang boleh diguna.
Prototaip fungsi Tugas
int getchar(void) Baca aksara yang dimasukkan dan kembali kod aksara dalam
integer
char *gets(char *s) Baca input rentetan dan masukkan dalam tatasusunan s sehingga
berjumpa baris
baru atau EOF. Aksara NULL akan ditambah di hujung rentetan
int putchar(int c) Cetak aksara dalam c
int puts(const char * s) Cetak rentetan s dan tambah aksara baris baru
Fail kepala stdio.h ini mengandungi maklumat yang
diperlukan untuk pengendalian masukan scanf dan
keluaran printf. Nama penuh fail ini ialah standard input
/ output header.

#include <stdio.h>
int main(void)
{
int umur;
printf (Masukkan umur anda : );
scanf (%d,umur);
printf (Umur anda ialah %d tahun, umur);
return 0;
}

Output :
Masukkan umur anda : 18
Umur anda ialah 18 tahun


CONTOH:
(b) <math.h>

Terdapat beberapa
fungsi dalam
pustaka yang boleh
digunakan untuk
melaksanakan
operasi matematik
asas. Jadual berikut
meringkaskan fungsi
yang boleh
digunakan.
Prototaip Fungsi Tugas
double acos(double x) Mengira kosin untuk sesuatu nilai x
double asin(double x) Mengira nilai sin untuk x
double atan(double x) Mengira nilai tan untuk x
double sinh(double x) Mengira sin hiperbolik untuk x
double exp(double x) Mengira eksponen untuk x
double log(double x) Mengira logaritma asli untuk x
double pow(double x,double y) Mengira x kuasa y
double sqrt(double x) Mengira punca ganda dua untuk x
Contoh:

#include <stdio.h>
#include <math.h>
int main(void)
{
double x = 3.0, y = 4.0;
double hasil;
hasil = pow (x, y);
printf (Hasil = %lf , hasil);
return 0;
}

Output :
Hasil = 81.0


(c) <ctype,h>
Antara fungsi-
fungsi yang
terkandung dalam
fail kepala ini ialah
fungsi untuk
menguji jenis
aksara dan fungsi
untuk menukar
aksara dari abjad
huruf kecil ke
abjad huruf besar.
Berikut adalah
senarai fungsi-
fungsi dalam fail
kepala <ctype.h>.
Prototaip Fungsi Tugas
int isdigit (int c) Pulangkan 1 jika c adalah digit dan 0 jika c
bukan digit
int isalpha(int c) Pulangkan 1 jika c adalah abjad dan 0 jika c
bukan abjad
int islower (int c) Pulangkan 1 jika c adalah huruf kecil dan 0 jika c
huruf besar
int isupper (int c) Pulangkan 1 jika c adalah huruf besar dan 0 jika c
huruf kecil
int isspace(int c) Pulangkan 1 jika c adalah ruang kosong dan 0
jika palsu
int toupper(int c) Pulangkan 1 jika c huruf kecil , kembalikan huruf
besar bagi c
int tolower(int c) Pulangkan 1 jika c huruf besar, kembalikan huruf
kecil bagi c
Contoh:

#include <stdio.h>
#include <ctype.h>
int main(void)
{
char aksara;
printf (Masukkan satu aksara :);
aksara = getchar();
if (isdigit (aksara))
printf (%c adalah digit \n, aksara);
if (isalpha (aksara))
printf (%c adalah abjad \n, aksara);
if (islower (aksara))
printf (%c adalah huruf kecil \n, aksara);
if (isupper (aksara))
printf (%c adalah huruf besar \n, aksara);
if (isspace (aksara))
printf (%c adalah ruang kosong \n, aksara);
printf (tolower %c adalah %c\n,aksara,tolower(aksara));
printf (toupper %c adalah %c\n,aksara,toupper(aksara));
return 0;
}

Output :
Masukkan satu aksara : g
g adalah abjad
g adalah huruf kecil
tolower g adalah g
tolower g adalah G

Vous aimerez peut-être aussi