Vous êtes sur la page 1sur 12

SISTEM MONARKI DI MALAYSIA

KETUA NEGARA DAN NEGERI

Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun.

Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi

berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada

peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri

dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga

Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua

Menteri.

MAJLIS RAJA-RAJA

Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan

Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang

terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan

mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang

Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang

tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi

nasihat daripada Majlis Raja-Raja.

NASIHAT KERAJAAN

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan,

haizul@msn.com
pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan

tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan

dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem

demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa

rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif

kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa

dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat

kerajaan.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong Dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Mengikut Perlembagaan Malaysia

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan

Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan

digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala

orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua

pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang

ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong)

adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan

selepas Yang di-Pertuan Agong.

haizul@msn.com
(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama

tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan

jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis

Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah

terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang

Raja.

(4) Peruntukan-peruntukan Bahagian 2 dalam Jadual Ketiga hendaklah dipakai

bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan".

Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Timbalan Yang di-

Pertuan Agong seperti berikut:

"33. Timbalan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan

(1) Maka hendaklah ada seorang Timbalan Kepala Utama Negara bagi

Persekutuan (digelarkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong) dan ia hendaklah

menjalankan tugas-tugas serta mempunyai keistimewaan-keistimewaan Yang di-

Pertuan Agong dalam masa berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan

Agong dan dalam masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan

tugas-tugas jawatannya oleh kerana sakit, tidak ada dalam Persekutuan ataupun

oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak

boleh menjalankan tugas-tugas itu dalam masa Yang di-Pertuan Agong tidak

berupaya atau tidak ada dalam Persekutuan selama yang dijangka kurang daripada

haizul@msn.com
lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati

bahawa adalah perlu dan mustahak tugas-tugas itu dijalankan.

(2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja

selama tempoh-jawatan lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh-jawatannya

itu, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus

surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah

terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang

Raja.

(3) Jika dalam tempoh jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kekosongan

berlaku dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka tamatlah tempoh

jawatannya apabila kekosongan itu dipenuhi.

(4) Peruntukan-peruntukan Bahagian 2 dalam Jadual Ketiga hendaklah dipakai

bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.

(5) Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan supaya tugas-

tugas Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja jika tugas-tugas itu

terpaksa menurut Fasal (1) dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong

tetapi tidak dapat dijalankan demikian itu oleh kerana jawatan Timbalan Yang di-

Pertuan Agong kosong atau tidak ada dalam Persekutuan ataupun oleh kerana

apa-apa sebab lain; akan tetapi undang-undang itu tidak boleh diluluskan dengan

tiada persetujuan Majlis Raja-Raja".

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong Dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

haizul@msn.com
PENGENALAN

Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-

Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh

Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga

Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.

CIRI-CIRI KELAYAKAN

 Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih.

 Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.

 Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah

dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri

telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong IX. Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai

senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan

kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan

Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).

YANG TIDAK LAYAK DIPILIH

haizul@msn.com
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-

Pertuan Agong kecuali:

 Raja itu belum dewasa;

 Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda

tidak berhasrat dipilih; atau

 Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah

tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan

oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini

memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

LANGKAH-LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN

 Mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan.

 Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat

daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.

 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja

bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang

di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Raja-Raja yang tidak

berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-

Raja, dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam senarai pencalonan.

haizul@msn.com
PROSIDING PEMILIHAN

 Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak

hadir walaupun mereka ahli Majlis.

 Pemilihan dibuat secara undi sulit.

 Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian

diumumkan.

 Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan

dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.

 Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon

Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk

mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha

Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

 Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi

pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

PROSES PEMILIHAN

Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada

setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling

kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan

haizul@msn.com
Agong. Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan

Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika

Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi

majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan

nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai

selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis

akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan

itu bagi tempoh lima tahun.

JAWATAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong agak penting juga, tetapi kerana jawatan ini

dibayangi oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka institusi dan pemegang jawatan itu

tidak begitu diketahui oleh orang awam. Timbalan Yang di-Pertuan Agong biasanya lebih

dikenali sebagai Raja negerinya daripada sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan hanya penting apabila baginda melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong,

samada semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong atau semasa Yang di-Pertuan Agong

tidak dapat melaksanakan fungsinya atas sebab kesihatan atau tidak berkemampuan.

Selain itu, Perlembagaan tidak memberikan Timbalan kedudukan yang lebih tinggi

daripada Raja-Raja lain. Dengan sebab memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan

Agong, kedudukan Raja berkenaan tidak dianggap melebihi Raja yang lain. Timbalan

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Terengganu yang hanya mendahului Sultan

haizul@msn.com
Selangor dan Pemangku Raja Perlis dari segi kekananan.

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan dalam perkara 33

Perlembagaan Persekutuan.

PERLUNYA TIMBALAN

Kewujudan jawatan Timbalan Ketua Negara bukanlah amalan yang luar biasa. Ada

banyak sebab perlunya perwujudan jawatan sedemikian:

1. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak ada dalam negara; terutamanya apabila

baginda membuat lawatan negara ke negara asing.

2. Kesihatan yang kurang baik mungkin menghalang Yang di-Pertuan Agong

daripada melaksanakan fungsinya.

3. Kemungkinan berlakunya kemangkatan semasa masih memegang jawatan. Hal ini

berlaku pada Yang di-Pertuan Agong yang pertama, kedua dan kesebelas.

4. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak dapat melaksanakan fungsinya atas sebab

lain.

Dalam keadaan yang sedemikian, kehadiran Timbalan Ketua Negara yang fungsinya

ditetapkan dengan jelas dalam Perlembagaan membantu masalah yang mungkin berlaku.

PROSES PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

haizul@msn.com
Selepas tamat urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan Timbalan

Yang di-Pertuan Agong pula disempurnakan mengikut proses yang sama.

SELEPAS TAMAT URUSAN PEMILIHAN

Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan

menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada

Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan

mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan

Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan

Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda

menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan

Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua

orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

Peranan Majlis Raja-Raja Dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia

PENGENALAN

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada perancangan British dalam

tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang

dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di

Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh

haizul@msn.com
Pesuruhjaya Tinggi British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang

membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan

umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada

masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan

1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang

Raja-Raja Melayu.

FUNGSI

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satu-

satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara

mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara

38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima

Perlembagaan adalah seperti berikut:

(a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;

(b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,

amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;

(c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan

membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang,

menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau

yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-

Raja;

haizul@msn.com
(d) melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara

182;

(e) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau

meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,

dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-

perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya

patut.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang

di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan

Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-

Ketua Menteri mereka.

Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan,

kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada

persetujuan Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan

tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai

kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

haizul@msn.com

Vous aimerez peut-être aussi