Vous êtes sur la page 1sur 2

MINIT MESYUARAT PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH

KALI PERTAMA SESI 2012


SEKOLAH KEBANGSAAN RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.


Tarikh : 13 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer, SK Rengit
Kehadiran : 19 orang


Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Taklimat
4. Pelantikan AJK
5. Ucapan Penangguhan


1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga murid
prasekolah sesi 2012.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga murid
prasekolah di atas kehadiran ke perjumpaan Ibu / Bapa / Penjaga Prasekolah
kali pertama sesi 2012.
Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Penasihat
2.1 Guru Besar, Tn. Hj. Muhammad Radhi bin Musa mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini.
2.2 Prasekolah merupakan aset penting dan telah diletakkan di bawah NKRA
negara.
2.3 Kelas prasekolah di SK Rengit turut mendapat persaingan dengan KEMAS,
PASTI dan juga SK Sri Rengit.
2.4 Memaklumkan bahawa guru prasekolah di sini merupakan guru opsyen
prasekolah.
2.5 Memohon maaf diatas segala kekurangan dari segi persediaan kelas khususnya
untuk kelas prasekolah 2. Berharap agar segala kekurangan dapat diatasi kelak.
2.6 Berharap agar pihak ibu bapa dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan
pihak sekolah demi kejayaan anak-anak.
Tindakan: Makluman



3.0 Taklimat
3.1 Pendedahan terhadap konsep pendidikan prasekolah yang menerapkan konsep
belajar melalui bermain. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa prasekolah
bukanlah suatu pendidikan yang berbentuk formal dan terlalu rigid tetapi sangat
fleksibel berdasarkan keperluan murid.
3.2 Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti-aktiviti prasekolah seperti yang terbaru
iaitu Program Murid Aktif, Pembelajaran Bermakna yang turut melibatkan ibu
bapa.
Tindakan: Makluman

4.0 Pelantikan AJK Permuafakatan

4.1 Penasihat : Tn. Hj. Muhammad Radhi bin Musa (Guru Besar)
4.2 Pengerusi : En. Ahmad Akhmal bin Ahmad
4.3 Naib Pengerusi : En. Zamri bin Umar
4.4 Setiausaha : Pn. Aishah Nurain binti Rakal (Guru Prasekolah 1)
4.5 Bendahari : Cik Farhana binti Abu Zaki (Guru Prasekolah 2)
4.6 AJK : 1. Pn. Noriza binti Abu Bakar
2. Pn. Zahrah binti Abdullah

Tindakan: Guru dan Ibu bapa

5.0 Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi



Disediakan oleh :



____________________________
(PN. AISHAH NURAIN BT RAKAL)
Setiausaha
Permuafakatan Prasekolah
SK Rengit
Disemak oleh :



_____________________________
(EN. AHMAD AKHMAL B. AHMAD)
Pengerusi
Permuafakatan Prasekolah
SK Rengit

Vous aimerez peut-être aussi