Vous êtes sur la page 1sur 13

BIOGRAFI TOKOH

Sabah
Tun Fuad Stephens
Tun Haji Mohammad Fuad Stephens (1920-1976) adalah Ketua Menteri Sabah yang pertama dan ke
lima menyandang jawatan tersebut sekitar tahun 1963 1964 dan pada tahun 1976. Beliau dikenali
sebagai Donald Stephens sebelum beliau memeluk Islam pada tahun 1971. Tun Fuad Stephens
adalah tokoh penting dalam membawa negeri Sabah masuk ke Persekutuan Malaysia pada tahun
1963 , selepas mendapat dorongan untuk mempercayai yang beliau akan diangkat menjadi Timbalan
Perdana Menteri Malaysia sekiranya Sabah masuk ke dalam persekutuan. Beliau juga merupakan
Huguan Siou pertama masyarakat Kadazandusun Tun Fuad diangkat kembali menjadi Ketua Menteri
pada tahun 1976 tetapi dalam jangka masa 44 hari, beliau meninggal dunia dalam kemalangan kapal
terbang kontroversi di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai persitiwa Double 6.
Tun Fuad Stephens dilahirkan sebagai Kristian berdarah campuran bernama Donald Aloysius
Marmaduke Stephens. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab dalam membentuk Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United Kadazan Organisation ( UNKO ) pada tahun 1961 ketika
berusia 40 tahun kemudian membentuk United Sabah National Organization (USNO) bersama-sama
dengan Tun Mustapha Harun dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada ketika itu yang telah
banyak membawa perubahan ke atas rakyat negeri Sabah itu sendiri.
Ia adalah satu rahsia terbuka di Sabah bahawa Lee Kuan Yew kepada Donald Stephens bahawa
dia (Lee ) akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman , dan Donald
Stephens akan dibuat Timbalan Perdana Menteri [ 2] Donald Stephens gembira apabila dia
mendengar ini dan kembali ke Kota Kinabalu , beliau menjerit "Malaysia bagus " (Malaysia baik)
dari pintu pesawat itu sebagaimana yang pemimpin-pemimpin ibu jari -up. [2 ] Jelas, ia
merupakan Tunku yang berkuasa apabila Lee untuk memujuk Tun Fuad untuk menggugurkan
pembangkang untuk pembentukan Malaysia. [2 ] Tun Fuad ketika itu banyak dipengaruhi oleh
orang Kaya Kaya ( OKK ) Sedomon Gunsanad Keningau yang tidak mahukan menyertai
Persekutuan Malaysia. Tentang- giliran memecahkan Sedomon , [2 ] dan juga terkejut Dusun yang,
seperti China, begitu juga telah menentang kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.
Sabah di Malaysia: Pada 16 September 1963 apabila Malaysia dibentuk , Donald Stephens, kemudian
berusia 43 tahun, menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama . Walau bagaimanapun, beliau
meletak jawatan pada tahun berikutnya selepas dilantik sebagai ahli kabinet persekutuan yang
pertama Malaysia dari Sabah , ditugaskan untuk mengambil alih dalam hal ehwal Sabah di bawah
Jabatan Perdana Menteri. Apabila Singapura diiringi keluar daripada Persekutuan Malaysia oleh
Parlimen pada tahun 1965, Stephens , tidak menghairankan, mahu kajian semula penyertaan Sabah
dalam Malaysia, sekarang bahawa idea Timbalan Perdana Menteri telah mengewap. [2 ] Kerajaan
Perikatan , bagaimanapun, akan mempunyai tiada ia dan akhirnya dibundel dia ke dalam buangan di
Australia sebagai Pesuruhjaya tinggi. Ia adalah dari Australia yang Stephens kembali pada tahun
1973, berumur 53, sebagai gabenor Sabah , kemudian dikenali sebagai Yang di- Pertua Negara
(jawatan yang kini dikenali sebagai Yang di- Pertua Negeri ), setelah ditukar dari Roman Katolik
kepada Islam pada tahun 1971 dan mengambil nama " Mohammad Fuad ". Memegang jawatan itu
sehingga tahun 1975, Tun Fuad kemudiannya menubuhkan BERJAYA , sebuah parti politik baru,
bersama-sama dengan Harris Salleh.
Dalam pilihan raya negeri 1976 , dia dikalahkan Pertubuhan Tun Mustapha United Sabah National ] (
USNO ) untuk menjadi Ketua Menteri Sabah ke-5 . Seperti pendahulunya, Tun Mustapha, Tun Fuad
enggan mendermakan 95% daripada pendapatan minyak dan gas kepada tabung persekutuan dan
diadakan di Labuan untuk peratusan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya 20 %. Walau
bagaimanapun , beliau meninggal dunia 44 hari kemudian, berumur 56, dalam nahas kapal terbang
di kawasan Sembulan di Kota Kinabalu pada perjalanan pulang dari Labuan. Unsur jenayah disyaki
serta-merta selepas kemalangan itu, tetapi ia kemudiannya mendedahkan bahawa pesawat GAF
Nomad bahawa dia terbang dalam mempunyai beberapa kesilapan reka bentuk. Kematian tragis
beliau diselesaikan isu royalti minyak memihak kepada kerajaan persekutuan dan Petronas, apabila
Harris Salleh , penggantinya , yang ditandatangani jauh hasil minyak, disaksikan oleh Huguansiou
baru, Joseph Pairin Kitingan.
Tun Mustapha
Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan,
Kudat. Nama asalnya ialah Datu Badiozaman, kemudian ditukarkan namanya kerana sering sakit
semasa kecil. Tun Datu Haji Mustapha juga mempunyai nama timangan yang dikenali sebagai
Jaman. Bapa Tun Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul
Rahim. Beliau merupakan anak keempat dari Sembilan orang adik-beradik yang terdiri daripada
enam orang perempuan dan tiga orang lelaki yang masing-masing bernama Dayang Lana, Dayang
Hjh. Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau), Dayang Hjh. Harum, Datu Muhammad, Dayang
Tahiran, Datu Hj. Aliuddin dan Dayang Hjh. Hadijah.

Tun berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkanian dan mereka mempunyai Sembilan orang
anak, iaitu Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang Maimunah, Datu Amir Kahar, Datu Hj.
Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hjh. Zulfah, Dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, Dayang
Marina dan Datu Harun. Pada tahun 1932, Tun Mustapha menerima pendidikan di Sekolah St.
James, Kudat. Tetapi ia hanya kekal selama sembilan bulan sahaja kerana ibunya telah meninggal
dunia dan juga kerana perpindahan pekerjaan bapanya. Tun Mustapha pernah dipilih untuk
mengikuti kursus pertanian RIDA atau Rural Industry Development Authority dari tahun 1951- 1952
di Serdang. Pada tahun 1959, beliau telah ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus
bahasa Inggeris dan Politik di Britain.

Tun Mustapha suka menggesek biola, berjoget, berjenaka dan mendengar muzik irama keroncong.
Beliau juga gemar bermain golf dan telah mengasaskan Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat
Golf Club di Kudat ketika memegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Selain itu, Tun Mustapha juga
suka memancing, membaca buku dan menyaksikan perlumbaan kuda. Beliau gemar memakan
masakan Melayu. London ialah tempat paling gemar dilawatinya. Pada tahun 1928, semasa Tun
Mustapha berumur 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat
Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. Beliau kemudian menjadi Office Orderly di Pejabat Daerah
Kudat pada tahun 1934. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (Native
Chief) dan Pemungut Cukai Candu. Pada tahun 1961, Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi
presiden pertama (United Sabah National Organization) USNO ketika konsep gagasan Malaysia
dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pada masa yang sama, beliau juga adalah Ahli Majlis
Perundangan (Legislative and the Executive Councils), Ahli Kerajaan Tempatan(Local Government)
apabila Sabah diberi hak pemerintahan sendiri (self-government) dan juga Ahli Perundingan
Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee).
ANTARA ANUGERAH :Sepanjang hayatnya, Tun Mustapha diberi banyak anugerah, antaranya K.V.O.
dan O.B.E. daripada Kerajaan British ; Knight Commander of Republic of Lebanon (K.C.R.L.) oleh
Presiden Lebanon pada tahun 1972; Seri Darjah Paduka Chura Si-Maharaja (S.P.C.M.) dengan gelaran
Dato Seri pada 15 September 1971 sempena hari keputeraan Sultan Perak; Seri Paduka Mahkota
Perlis (S.P.M.P.) pada 29 Mac 1971, dari Raja Perlis; Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 27
Oktober 1971, dari Sultan Johor; Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada 20 Ogos 1971
daripada Tuan Yang TerutamaYang di-Pertua Negeri Sarawak; Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.)
daripada Sultan Pahang, 20 September 1969; Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) dengan
gelaran Datuk Seri Panglima ; dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) anugerah tertinggi di
Malaysia dengan gelaran Tun pada 26 November 1964. Tun Mustapha juga seorang yang bergiat
aktif dalam persatuan. Beliau pernah memegang jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam Seluruh
Sabah (USIA: United Sabah Islamic Association) dan PERKIM (sesi 1977/ 1979). Beliau juga
merupakan Ketua Persatuan Pengakap Sabah (Sabah Chief Scout) dan telah menerima pingat
Semangat Padi pertama di Sabah pada 21 Jun 1974. Selain itu, Tun Mustapha ialah Ahli Royal
Commonvealth Society dan ahli seumur hidup Commonvealth Parliamentary Association. Beliau
juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan pada tahun
1972. Beliau juga merupakan Pro-Canselor bagi Universiti Pertanian Malaysia dari November 1973
hingga Februari 1990.
Tun Mustapha telah meninggal dunia pada 2 Januari, 1995.

Sarawak
Haji Abdul Rahman Yaakub
Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dilahirkan pada 3 januari 1938 di Kampung Jepak,
Bintulu, Sarawak. Tun Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan St.
Joseph, Miri Sarawak sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah
Madrasah Melayu Kuching dan kemudian ke Sekolah Menengah St. Joseph Kuching sehinggah
tingkatan 5 Pada tahun 1954-1959, Tun menyambung pengajian di Southampton University, England
dan mendapat ijazah B.A (Law) (Hons.).
Tun memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Percubaan (kadet) Bumiputera Sarawak pada 1948 dan
kemudian dinaikan pangkat sebagai Majistret. Dari tahun 1959 hingga 1963, Tun dilantik sebagai
pegawai perundangan Sarawak sebelum meletak jawatan dan berkecimpung dalam arena politik.
Pada tahun 1963, Tun diberi jawatan sebagai Meneteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan
kemudian sebagai Menteri Muda Kehakiman pada tahun 1964. Tun memegang portfolio sebagai
Mneteri Penuh Tanah dan Galian bermula pada tahun 1965 hinggan 1969 dan seterusnya memegang
portfolio sebagai Menteri Pelajaran Persekutuan dari tahun 1969-1970.
Pada tahun 1969, Sarawawak buat pertama kalinya mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan
pilihan raya umum kebangsaan. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub telah dicalonkan
melalui pertinya, Parti Bumiputera Sarawak yang dibentuk melalui pencantuman Parti Barisan
Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) dan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk bertanding dalam Majlis
Negeri dan Parlimen. Tun memenangi kerusi parlimen Payang dan kerusi majlis negeri Kuala Rajang.
Pada 8 Julai 1970, Tun dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak dan memegang jawatan tersebut
selama 11 tahun sehingga tahun 1981. Tun kemudiannya dilantik sebagai Tuan yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri Sarawak pada ogos 1980. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman adalah orang
kepercayaan Tunku Abdul Rahman Putra dalam usaha meyakinkan rakyat Sarawak untuk
pembentukan Malaysia.
Tun, selain bergiat aktif dalam arena politik juga aktif dalam hal ehwal agama Islam. Anatara
Penglibatan Tun adalah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Membaca Al-
Quran selama 3 tahun berturut-turut bermula pada tahun 1968-1971, Yang di-Pertua Bina (Angkatan
Nahdatul Islam Bersatu Sarawak) dari tahun 1969-1986, Ahli Majlis Tertinggi RABITAH ALAM ISLAMI
(Muslim World League, Makkah) dan anggota Muslim World Congress, Karachi, Pakistan. Tokoh yang
banyak berjasa ini telah banyak menerima anugerah dan pingat kebesaran seperti Panglima Negara
Bintang Sarawak (P.N.B.S), Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P) dan Darjah Utama Bintang Paduka
Seri Sarawak (D.P.S.S).
Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah
Tun Temenggung Jugah antara tokoh terawal menyokong cadangan penubuhan Malaysia melalui
penggabungan beberapa buah negeri dan merupakan antara tokoh yang terlibat dalam
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM) bagi mendapatkan pandangan para
pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Ketika
pembentukan Kabinet Pertama Malaysia, beliau antara yang dilantik menjadi Menteri dalam kabinet
Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan hal-ehwal Sarawak yang melibatkan usaha-usaha
peningkatkan taraf hidup, hak-hak peribumi, penyediaan prasarana dan kemudahan asas.
Penglibatan aktif beliau yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat
menjadikan beliau cukup dihormati, disenangi sebagai seorang pemimpin sejati berjiwa rakyat yang
terus dikenang hingga ke hari ini.
Temenggung Jugah anak Barieng dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. Beliau
merupakan anak Ketua Orang Iban yang mencintai tradisi kehidupan Iban serta sangat dihormati
oleh kaum Iban di Sarawak. Beliau menjadi tokoh penting yang menubuhkan Parti PESAKA pada
tahun 1962. Peranan beliau banyak mengangkat martabat kaum Iban dan menjadikan mereka lebih
terbuka dan sedia berinteraksi dengan kaum-kaum lain ketika negara melangkah meredah arus
kemajuan.
Bersama-sama dengan 4 orang pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jagaya yang
meninggalkan Parti Negara Sarawak(PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang
mendapat sokongan kuat daripada kaum Iban Sibu. Pada 30 April 1973, PESAKA bergabung dengan
Parti Bumiputera yang menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB) yang dipimpin
oleh Datu Patinggi Abdul Rahman Ya'akob. Peranan beliau dalam politik Malaysia memang tidak
dapat dinafikan. Beliau merupakan pemimpin Sarawak terawal yang menjadi penghubung antara
kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan antara pemimpin Sarawak terawal yang duduk dalam
Kabinet Malaysia.
Tun Temenggung Jugah telah membuktikan bahawa masyarakat pedalaman sepertinya boleh ke
hadapan jika diberi peluang. Beliau telah membuktikan ketokohan kepimpinannya ketika menerajui
parti PESAKA dan berupaya memikul tanggungjawab yang diberikan secara berkesan sebagai ahli
Parlimen dan Menteri Kabinet. Malahan, banyak isu-isu yang melibatkan kaum Iban dan masyarakat
pedalaman Sarawak telah disuarakan oleh beliau.
Pada tahun 1973, parti pimpinan Tun Temenggung Jugah iaitu PESAKA telah bergabung dengan parti
PANAS dan BERJASA membentuk parti baru yang dipanggil Parti Bumiputera Bersatu iaitu PBB yang
memerintah Sarawak. Tun Jugah telah dipilih menjadi Presiden pertama PBB dan dilantik dalam
Kabinet negeri sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sepanjang menerajui jawatan tersebut
beliau memberi sepenuh tumpuan bagi meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera Sawarak bukan
hanya kaum Iban juga kaum-kaum lain termasuklah Bidayuh, Kayan, Kenyah, Penan dan lain-lain.

















PENUBUHAN MALAYSIA (bentul Ithink)
idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis Jamuan
Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu
kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september 1963. Penggabungan 11
negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Ini turut
menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia
1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembangaan terhadap Sabah, sarawak
yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-
negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang
bersatu padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.
Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah
diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-
yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk
Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia. Peringkat awal perkara telah
dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara,
Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di
Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum
yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. sebuah
suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold berikutan
lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan
oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato'
Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell
serta Watherston bai mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk
meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih
2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.
Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk
menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20%
menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan
menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli
mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum,
lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan sebilangan
besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama
dan bahasa rasmi.
Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan asa
bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu
digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan
itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo
terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai
Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai
jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi
tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo
Utara dan Sarawak.
Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak.
Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang
wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil
berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk
kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini.
Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah
untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini
dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki Malaysia.
Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.
PERJANJIAN MALAYSIA
TUNTUTAN SABAH DAN SARAWAK
PERKARA 20
Perkara 20 menjadi asas kepada penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bersama-sama
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Satu episode penting dalam sejarah pembentukan Malaysia
adalah penubuhan Suruhanjaya Cobbold bagi menyiasat pendapat dan pandangan orang Borneo
Utara dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia. Berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan,
suruhanjaya mendapati majority rakyat Borneo Utara dan Sarawak menyokong kemasukan kedalam
Malaysia. Dalam syor yang dikemukakan, perkara penting yang dipersetujui adalah Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia dan nama Malaysia
dijadikan nama persekutuan. Perkara lain yang dipersetujui adalah seperti Bahasa Melayu menjadi
bahasa wilayah, Islam agama rasmi namun hak kebebasan agama diberi kepada yang bukan islam
serta hak peribumi Sabah Sarawak adalah sama dengan orang Melayu di Semenanjung.
Bagi menjamin keadilan serta dalam usaha menyatupadukan rakyat pada masa itu, Jawatankuasa
Antara kerajaan ditubuhkan untuk merangka peraturan-peraturan perlembagaan dan cara
mengadakan jaminan-jaminan bagi memerlihara kepentingan-kepentingan Borneo dalam Malaysia.
Jaminan ini termasuklah apa yang disebutkan tadi seperti hal ehwal agama, pelajaran, perwakilan
dalam Parlimen Persekutuan kawalan imigresen dan lain-lain. Susulan daripada itu, Jawatankuasa
Antara Kerajaan menghasilkan draf 20 Perkara yang menyentuh tentang kepentingan Borneo Utara
dalam Malaysia. Sama juga dengan Sarawak, kompromi yang dicapai digarap dalam 18 Perkara.
Persefahaman antara keduanya inilah yang menjadi pengikat dan asas perlindungan kepada hak-hak
penduduk di Borneo Utara dan Sarawak dalam Malaysia.
Perkara satu dalam dalam 20 Perkara yang menjadi tuntutan adalah hal ehwal agama. Perkara satu
menyebut tentang Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan
Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala
perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus
digunakan di Borneo Utara. Hal ini sekaligus merujuk bahawa setiap orang berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal
agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan
memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas
juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai
ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak. Namun begitu, pada 23 September 1973, Dewan
Undangan Negeri Sabah dibawah perlembagaan 5(A) telah menetapkan bahawa Islam adalah agama
rasmi negeri manakala agama agama lain boleh dianuti dan diamalkan dengan aman dan harmoni
di Sabah. Bagi menjamin kebebasan beragama, maka wujud undang Persekutuan yang bertindak
dalam memberi bantuan kewangan kepada institusi islam atau pekerjanya serta menghulurkan
bantuan bagi tujuan kemasyarakatan atau kebajikan di wilayah Borneo.
Perkara dua yang terkandung dalam tuntuan Sabah adalah berkenaan dengan Bahasa Melayu yang
mana terkandung juga dalam Perkara 152 dalam perlembagaan. Perkara dua ini menyebut " Bahasa
Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa Inggeris akan terus digunakan
untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi
Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had
tempohnya. Berdasarkan perkara ini, jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu akan menjadi
Bahasa Kebangsaan Persekutuan manakala Bahasa Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh
sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Sabah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris
menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu
pun peringkat persekutuan. Bahasa dikenalpasti sebagai alat penyatuan pelbagai bangsa pada ketika
itu. Bahkan dalam situasi sekarang pun, Bahasa Melayu adalah agen penyatuan dalam mengeratkan
perpaduan dalam kalangan pelbagai bangsa baik di Malaysia Timur atau di Malaysia Barat.
Seterusnya adalah Perkara tiga. Perkara tiga menyebut tentang perlembagaan. Walaupun
Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan
Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-
negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang
telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan
sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan. Hal ini adalah
berkait rapat tentang bagaimana susun atur perlembagaan mengikut negeri dan kesesuaiannya
dalam masyarakat.
Perkara empat dan lima adalah berkaitan dengan Ketua Persekutuan dan Nama Persekutuan. Ketua
(Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan. Hari ini
menyaksikan bahawa Ketua Persekutuan adalan Yang di-Pertuan Agong dipilih melalui giliran
manakala bagi Borneo adalah seorang Yang di-Petua Negeri yang dahulunya sebelum memasuki
Malaysia dikenali sebagai Gabenor harus terdirin dalam kalangan peribumi atau orang asli Borneo
Utara, merujuk kepada Sabah dan Sarawak. Perkara lima adalah berkaitan dengan nama Malaysia
harus digunakan sekiranya terbentuk sebuah persekutuan dan bukannya Melayu Raya.
Seterusnya adalah Perkara Enam. Perkara Enam memperihalkan tentang hal ehwal imigresen.
Perkara 6 menyebut "Kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di Malaysia dari luar
adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat
kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahalang kemasukan orang ke
Borneo Utara untuk tujuan kerajaan Negeri kecuali atas sebab keselamatan. Borneo Utara hendaklah
mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan
kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan
Persekutuan di Borneo Utara. Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah
dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang
luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat
kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat
kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Beralih kepada Perkara Tujuh yang terkandung dalam tuntutan 20. Perkara Tujuh adalah berkaitan
tentang Hak Pemisah. Hal ini adalah merujuk kepada mana-mana negara yang terlibat tidak boleh
menarik diri dari persekutuan. Terdapat pelbagai isu yang timbul dalam hal ini seperti ancaman
keselamatan daripada beberapa buah negara seperti Filifina yang menuntut Sabah serta isu
penarikan diri Singapura dan Brunei pada saat-saat akhir yang akhirnya menimbulkan konflik politik
yang berlanjutan sehingga sekarang di Sabah tentang sejauh mana status sah Perjanjian Malaysia
akibat daripada penarikan itu.
Perkara Lapan adalah berkenaan dengan borneonisasi. Halaman 41 dalam Perkara 20 menyebut
tentang Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan
secepat mungkin. Tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di
Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu sendiri. Ini bertujuan
untukmembuka peluang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum
Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pedidikan berbanding
penduduk tempatan. Perkara ini dinyatakan juga tentang pelbagai hal yang menyentuh bidang
perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri,
pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat
kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya
perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga
kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk
pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi
tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.
Perkara Sembilan adalah tentang Pegawai-pegawai British. Tuntutan ini bermaksud Segala usaha
harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish meneruskan perkhidmatan mereka
dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang
berkelayakan. Perkhidmatan awam di Borneo terlebih dahulu diisi tempatnya oleh orang-orang
British yang sudah lama menetap di Borneo. Mereka ada antaranya berkhidmat sebagai guru pada
ketika itu. Persekutuan haruslah bertindak dalam menghalang mereka yang berkhidmat dalam
sektor awam daripada berhenti dan pulang ke negara asal mereka disebabkan kekurangan tenaga
kerja oleh rakyat pribumi. Hal ini kerana dalam institusi pendidikan misalnya, ia akan memberi impak
yang besar terutama dalam soal pembangunan insan itu sendiri.
Perkara Sepuluh menyentuh tentang kewarganegaraan. Perkara ini telah digariskan dalam
perenggan 148(K) Laporan Suruhanjaya Cobbold. Terdapat beberapa syarat kerakyataan yang
dikemukakan dan ini adalah pembuktian bahawa bukan senang untuk menjadi rakyat Sabah dan
Sarawak. Perkara Sebelas pula menyentuh tentang takrif dan kewangan. Ini merujuk terus kepada
Borneo Utara yang seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan
cukai sendiri tanpa ada campur tangan daripada kerajaan pusat. Perkara Sebelas ini tidak ada
bezanya dengan negeri-negeri lain sekarang kerana adanya Kerajaan Negeri yang mengurus hal
ehwal negeri sendiri melalui kuasanya tetapi dengan merujuk kepada Kerajaan Pusat sebagai
pentadbir utama.
Hal yang berkaitan dengan kedudukan khas bangsa asli atau Borneo Utara dinyatakan dengan jelas
dalam tuntutan ke dua belas dalam Perkara 20. Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara
seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya,
tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo Utara. Hak
kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel
161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo
Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.
Perkara 13 adalah berkaitan dengan kerajaan negeri dimana ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih
oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan
di Borneo Utara. Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah
dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk
bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo
Utara. Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan
Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan
ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan
Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council
Negeri.
Selain itu, antara yang menjadi tuntutan adalah jangka masa peralihan. Jangka masa peralihan yang
dimaksudkan adalah tujuh tahun harus diperuntukkan kepada Borneo dan dalam masa ini kuasa
perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) mengikut
perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan. Tujuan tempoh peralihan ini adalah
untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka
faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai
pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia. Selain itu, ia bertujuan
bagi menyediakan rakyat Borneo supaya biasa dengan persekutuan baru yang telah dibentuk agar
tidak timbul situasi kucar-kacir yang bakal menggugat keamanan Malaysia sebagai sebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian kaum.
Seterusnya adalah Perkara 15. Perkara 15 membicarakan tentang pelajaran. Pelajaran sebenarnya
hendaklah dijadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah
dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri
terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada
kerajaan negeri mengkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya atau meminda sistem pendidikan
di Sabah dan Sarawak untuk kepentingan rakyat. Perkara 16 berkait rapat dengan perlindungan
perlembagaan. Dalam hal ini, Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa untuk meminda, mengubah
atau membatalkan perlindungan perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa
persetujuan Kerajaan Borneo Utara kerana ia merupakan hak mutlak penduduk negeri ini. Hal ini
sebagai unsur keadilan dan kesaksamaan serta pembuktian toleransi antara keduanya.
Perihal perwakilan dalam parlimen persekutuan disentuh pada Perkara 17. Hal yang berkaitan
pemilihan dewan Undangan Persekutuan, segala pertimbangan bukan sahaja diberikan ke atas
bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak
boleh kurang daripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2
orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik
hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih
dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang.
Selanjutnya, nama ketua negeri haruslah menggunakan gelaran Yang di-Pertua Negara. Hal ini telah
dipersetujui bersama, sama juga halnya dengan nama Borneo Utara yang diubah namanya kepada
Sabah atau Sarawak. Akhir sekali adalah Perkara 20 yang membicarakan tentang pembahagian kuasa
membuat undang-undang diberikan kepada Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri. Dimana
Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera
kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan
pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan
penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama sementara Majlis Undangan Negeri berperanan dalam
perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian,
hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk
dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan,
perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan
awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.
ISU
Isu besar yang tercetus sebenarnya adalah isu penarikan diri Singapura dan Brunei daripada gagasan
Malaysia. Seperti yang diketahui, Perjanjian Malaysia digabungkan dengan berbagai-bagai dokumen
termasuklah Rang Undang-Undang Malaysia ataupun sekarang dikenali sebagai Akta Malaysia 1963.
Gabungan dokumen-dokumen ini termasuklah syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan
terhadap Sabah dan Sarawak dirujuk untuk membentuk Malaysia. Perjanjian Malaysia harus
tertakluk kepada kemahuan penandatangan iaitu Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan
Singapura sewaktu membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama. Disebabkan itu, Malaysia
disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai satu gabungan bagi rakan-rakan kongsi bersama-sama bersatu
padu untuk membentuk sebuah Negara baru tetapi dengan ciri-ciri masing-masing.
Perjanjian Malaysia dikatakan tidak sah kerana pembuangan Singapura iaitu salah satu
penandatangan terhadap perjanjian di atas yang mana telah mengakibatkan goyahnya asal-usul
Persekutuan itu sendiri. Namun, sebagai warganegara yang cintakan sejarah harus mendalami dan
memahami maksud setiap perkara yang menjadi tuntutan Sabah terutamanya. Perkara 7 dalam 20
Perkara Sabah bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh Kabinet Negeri mahupun Persekutuan
kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki
Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada Kerajaan Malaysia. Ini kerana semasa
rundingan ini dilakukan oleh Ketua-Ketua Pemimpin Negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir
sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa
tersebut Negeri Sabah juga dituntut oleh Kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya kacau bilau
kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka. Hal ini membuktikan bahawa
perjanjian ini tetap sah disebabkan ia merupakan tuntutan Sabah sendiri yang tidak mahu
disingkirkan dari Malaysia.
Timbul juga isu berkenaan Imigresen. Dalam isu imigresen sering diperkatakan oleh mereka yang
tidak mengetahui mengapa untuk pergi ke Sabah dan Sarawak memerlukan seseorang itu
mempunyai passport antarabangsa atau passport terhad walaupun kini telah dipermudahkan
dengan penggunaan Mykad. Pihak imigresen kedua-dua negeri juga berkuasa untuk tidak
membenarkan seseorang dari Semenanjung untuk mendapat kebenaran mendarat PTL (Permited To
Land) jika merasakan kedatangan mereka akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Pernah suatu ketika dua orang ahli politik pembangkang diarah keluar Sabah kerana dianggap
menggugat keamanan Sabah.
Datuk Patrik Sindu, salah seorang pemimpin di Sabah pernah menyatakan bahawa sebenarnya
Perkara 20 yang dipersetujui ini telah dicabul sedikit demi sedikit oleh Malaya. Dakwaan Datuk
Patrick Sindu antaranya Kerajaan Persekutuan mencabuli hak-hak istimewa rakyat Sabah khususnya
dalam Perkara 1 melalui pembuktian apabila setiap program kerajaan Persekutuan & Negeri akan
dimulakan dengan bacaan doa sedangkan penduduk Sabah mempunyai kepercayaan agama masing-
masing dan tidak wajar dikatakan agama Islam adalah agama rasmi di Sabah. Namun, hujah yang
mampu mematahkan soalan Datuk Patrik adalah pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk
negeri Sabah telah diubah kepada perlembagaan 5a iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi
Negeri Sabah yang di sokong oleh Kabinet Negeri di bawah Kerajaan Perikatan yang mendapat
sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu. Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam
Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Sabah. Tidak harus
timbul sebenarnya isu bacaan doa dalam permulaan sesuatu majlis kerana ia adalah unsur rohani
yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat bukan sahaja di Sabah, tetapi di seluruh pelusuk dunia.
Lagi pula, individu yang bukan beragama Islam juga biasanya akan membaca doa untuk
kesejahteraan mereka mengikut gaya dan cara mereka berdoa tanpa disekat oleh sesiapa.

Vous aimerez peut-être aussi