Vous êtes sur la page 1sur 12

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA

1.0

PENDAHULUAN

Kesan kedatangan kaum Cina dan India pada zaman penjajahan British yang
lalu menjadi faktor utama mengapa Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara yang
unik oleh UNESCO. Malaysia dikatakan sebuah negara yang unik kerana
penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan penduduk bumiputeranya pula
terdiri daripada etnik yang pelbagai. Kewujudan pelbagai etnik dan bangsa telah
melahirkan pelbagai budaya, agama dan sistem kepercayaan yang berbeza-beza.
Sistem pendidikan negara juga tidak ketinggalan dalam menerima tempias ini.

Menurut Banks & McGee (dlm Samsudin, 2010) sekolah merupakan entiti utama
yang memberi sumber pendidikan kepada masyarakat dan berfungsi sebagai
penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakatnya. Hal
ini bermaksud sekolah juga merupakan pusat dimana kegiatan sosial masyarakat
belaku. Mereka bukan sahaja memperoleh ilmu disini bahkan murid-murid mula
belajar untuk bersosial dan bergaul dengan rakan sebaya mereka. Unsur
kepelbagaian budaya juga telah mula didedahkan kepada murid yang terdiri dari
pelbagai bangsa dan latar belakang. Melalui pergaulan mereka di sekolah, muridmurid telah diperkenalkan secara tidak langsung dengan budaya kaum masingmasing samada melalui perbualan sesama mereka atau melalui penyampaian guru
sewaktu sesi PdP.

Menurut Shamsul Amri (dlm Saiful Bahri, 2012) kepelbagaian pelajar termasuk
perbezaan dalam kumpulan dari segi budaya, etnik, jantina, pengalaman pendidikan

dan kaedah pembelajaran yang optimum. Justeru, sistem pendidikan di Malaysia


haruslah mengambil kira faktor kepelbagaian budaya dalam merangka sistem
pendidikan yang lebih baik. Kewujudan murid dan guru dari pelbagai bangsa dan
agama haruslah diambil kira supaya isu-isu berkaitan perkauman dapat dielakkan.
Setiap murid dan guru juga perlulah diberi pendedahan berkaitan isu kepelbagaian
budaya di sekolah. Mereka perlu sedar bahawa tidak semua anggota masyarakat
dapat menerima untuk berada dalam kalangan masyarakat yang berbilang budaya.
Hal ini kerana, perbezaan agama, adat dan kepercayaan menyebabkan wujudnya
jurang untuk mereka menjalankan proses sosial.

Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya isu kepelbagaian budaya ini harus


dititikberatkan dari peringkat sekolah lagi kerana generasi muda inilah yang akan
menjadi penerus generasi negara kita. Sekiranya pincang generasi ini, maka
pincanglah negara kita pada masa hadapan. Bayangkan sekiranya dari peringkat
sekolah lagi mereka dimomokkan dengan sifat perkauman, minda dan fikiran mereka
akan terus menganggap kewujudan kaum lain di Malaysia hanyalah sebagai
pengganggu dan penghalang kepada kemajuan sesebuah bangsa terutamanya
bangsa Melayu. Kesannya, akan timbul isu pergaduhan sesama kaum dan
kebarangkalian yang tinggi untuk berulangnya kembali peristiwa 15 Mei yang telah
banyak menggugat kedaulatan dan kemakmuran Malaysia pada ketika itu.

Menurut Stephen May (dlm Samsudin, 2010), dengan mengetengahkan prinsip


pendidikan pelbagai budaya yang memperlihatkan perspektif positif terhadap aspek
kepelbagaian budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya
menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan
perubahan oleh setiap kaum. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya,
sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar
menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa
kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

2.0

ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DI


SEKOLAH.

Kepelbagaian budaya disekolah adalah meliputi kepelbagaian bangsa yang


dimiliki oleh murid-murid di sesebuah sekolah. Terdapat beberapa isu yang telah
saya kumpul bagi menjelaskan dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan cabaran
yang harus dihadapi oleh guru-guru masa kini apabila wujudnya guru atau murid
yang berbilang budaya di sesebuah sekolah. .Antara isu yang saya perolehi adalah
melalui pengalaman internship serta melalui pencarian di dalam internet.

Sewaktu saya menjalani internship selama sebulan di sebuah sekolah di Negeri


Sembilan, saya telah mengenalpasti beberapa isu kepelbagaian budaya di sekolah
ini. Dari mata kasar, ia bukanlah satu isu besar yang perlu digembar gemburkan.
Akan tetapi sekiranya isu ini tidak diberi perhatian, ia akan memberi kesan jangka
panjang kepada guru mahupun murid di sekolah. Terdapat seorang guru lelaki
berbangsa bukan Melayu yang mengajar subjek B. Inggeris dan beliau merupakan
satu-satunya guru yang bukan berbangsa Melayu di sekolah ini. Disebabkan beliau
satu-satunya guru yang berbangsa bukan Melayu di sekolah ini, beliau sering
memencilkan diri dan tidak bergaul dengan guru-guru lain. Pada mulanya saya
beranggapan bahawa guru ini mungkin berasa segan untuk bertegur sapa dengan
guru-guru lain yang lebih berpengalaman memandangkan beliau juga seorang guru
muda yang baru mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja.

Faktor perbezaan bangsa dan agama telah menyebabkan guru berkenaan


kurang selesa dan tidak senang dengan suasana persekitaran pekerjaannya. Faktor
ini juga bukan sahaja mempengaruhi pergaulan sosialnya bahkan juga telah
mempengaruhi prestasi kerjanya di sekolah. Anggapan saya mula berubah apabila
pelbagai komen dan teguran diberikan oleh guru-guru di sekolah ini terhadap diri
beliau. Ketua Panitia B. Inggeris sekolah ini sering merungut berkenaan kehadiran
guru ini ke mesyuarat panitia. Bukan sahaja mesyuarat peringkat panitia, guru ini
3

juga tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti anjuran sekolah. Situasi
ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati guru-guru lain terhadap diri beliau.
Implikasi perbuatan guru berkenaan telah menyebabkan Ketua Panitia B. Inggeris
sekolah ini terpaksa menanggung tugas yang sepatutnya dilakukan oleh guru
berkenaan memandangkan guru berkenaan telah dilantik sebagai Setiausaha Panitia
B. Inggeris. Dari aspek pengajaran di dalam kelas pula, guru berkenaan gagal
menunjukkan prestasi yang baik. Ibu bapa juga sering merungut kepada pihak
pentadbiran sekolah dengan mengatakan bahawa guru ini hanya mengajar anakanak mereka dengan hanya membuat latihan di dalam buku aktiviti sahaja. Timbul
juga rumors yang mengatakan bahawa guru ini mendriskiminasikan murid Melayu
berbanding murid yang sebangsa dengannya.

Selain itu, satu isu berkaitan kepelbagaian budaya di sekolah telah berlaku di
Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 2013. Kejadian ini telah berlaku di SK Seri
Pristana di mana guru besar sekolah ini telah menempatkan murid-murid bukan
Islam di dalam sebuah bilik persalinan pada waktu rehat. Perkara ini berlaku sewaktu
bulan Ramadhan yang lalu di mana ramai ibu bapa yang terkejut dengan tindakan
pihak pengurusan sekolah meletakkan anak-anak mereka untuk makan dan minum
pada waktu rehat di dalam sebuah bilik persalinan yang mempunyai dua bilik mandi
dan dua tandas.

Gambar menunjukkan suasana murid yang makan dan minum di


Pada
dalam bilik persalinan di SK Seri Pristana
pandangan saya berhubung isu ini, pihak pentadbiran sekolah seharusnya

memikirkan tempat tersembunyi yang jauh lebih baik seperti pusat sumber dan
makmal sains sekiranya perkara ini dilakukan bertujuan untuk menghormati warga
sekolah yang sedang menjalani ibadah puasa. Umum mengetahui bahawa tandas
merupakan tempat yang kotor serta dianggap membawa petanda buruk bagi
sesetengah kepercayaan. Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah terutamanya guru
besar haruslah peka dan sedar akan kepentingan menjaga dan menghormati budaya
dan kepercayaan kaum lain. Kesan daripada tindakan ini juga boleh menimbulkan
salah tanggapan ibu bapa kepada pihak pentadbiran sekolah dan seterusnya akan
melunturkan kepercayaan ibu bapa terhadap pihak sekolah.

Walaubagaimanapun isu ini bukanlah seperti yang diperkatakan sebelum ini. Ia


hanyalah taktik pihak tertentu yang ingin memperbesarkan lagi keadaan sehingga
membawa kepada isu perkauman. Setelah diteliti dan disemak, bilik persalinan ini
merupakan bilik yang belum pernah digunakan lagi. Ia telah diubah menjadi seperti
sebuah bilik makan bagi mengatasi masalah kantin yang tidak dapat menampung
jumlah murid di sekolah berkenaan yang kian bertambah.

Keratan akhbar yang menunjukkan gambaran sebenar bilik persalinan yang


dikatakan sebuah tandas bagi menempatkan murid bukan Islam sewaktu
rehat pada bulan Ramadhan

3.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


6

ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DI SEKOLAH

3.1

Faktor Persekitaran
Faktor mengapa wujudnya isu yang melibatkan aspek kepelbagain budaya di

sekolah adalah dipengaruhi oleh persekitaran dimana murid tersebut tinggal.


Pengaruh persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
minda kanak-kanak. Persekitaran yang difokuskan adalah meliputi persekitaran
tempat tinggal dimana murid ini membesar. Hal ini mempunyai fokus yang sama
dengan perkembangan minda murid. Apabila murid dibesarkan dengan suasana
persekitaran yang bersih dan menggalakkan perkembangan pendidikan, murid pasti
akan berlumba-lumba dan bersaing antara satu sama lain untuk mencapai
kemerlangan dalam bidang pendidikan.

Pada peringkat umur yang kecil iaitu sejak lahir hingga 6 tahun, kanak-kanak
akan melalui pelbagai fasa perkembangan. Antaranya seperti perkembangan
kognitif, sosio emosi dan bahasa. Setiap perkembangan ini amat bergantung kepada
persekitaran dimana murid tersebut dibesarkan. Contohya, bayangkan situasi kanakkanak yang dibesarkan di lorong-lorong panas seperti kawasan pelacuran dan
penagihan dadah. Setiap hari mereka akan hidup dalam persekitaran yang negatif,
langsung tidak ada unsur yang memotivasikan mereka. Yang ada hanyalah insaninsan hina yang bergelumang dengan dadah dan maksiat. Perkembangan minda
mereka akan terganggu, motivasi untuk belajar sentiasa dihakis dengan mentaliti :
setinggi mana mereka belajar, akhirnya di lorong ini juga sisa-sisa hidup mereka
akan dihabiskan.

Perkaitan yang ingin dibawa ialah sekiranya persekitaran murid berada di


kawasan yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan budaya,
penerimaan murid berkenaan terhadap kewujudan bangsa-bangsa lain di Malaysia
akan menjadi lebih mudah. Bahkan, mereka boleh bergaul dengan rakan-rakan yang
berbilang bangsa dan budaya. Iklim yang damai seperti ini amat mudah dijumpai

sekiranya kita berada pada zaman 90 an yang lalu terutama di kawasan-kawasan


kampung dan di taman-taman perumahan. Mereka saling membantu dan
bekerjasama antara satu sama lain walaupun mereka dibataskan oleh faktor agama
dan kepercayaan.

Ironi masa kini amat berbeza. Peluang untuk tinggal dan hidup bermasyarakat
bersama rakyat yang berbilang bangsa adalah sangat tinggi. Namun disebabkan
faktor kesibukan, mereka telah meninggalkan budaya hidup bermasyarakat. Masingmasing hanya menyibukkan diri dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Selain
itu, mereka lebih bersifat pentingkan diri sendiri dan tidak mesra dengan jiran
tetangga. Persekitaran seperti ini akan sebati dengan anak-anak mereka lantas
menyebabkan mereka kurang bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa.

3.2

Faktor layanan guru

Tanggungjawab sebagai seorang guru perlulah dilaksanakan dengan baik.


Setiap murid di dalam kelas merupakan klien utama seorang guru. Tidak kira apa jua
bangsa dan agama murid berkenaan, guru seharusya memberikan layanan yang
sama rata kepada setiap murid. Guru tidak boleh meletakkan murid-muridnya
mengikut tahap kognitif mereka. Apabila perkara ini terjadi, guru akan mula
melebihkan murid yang bijak manakala murid yang lemah dan malas akan dibiarkan
terus keciciran. Guru tidak boleh mewujudkan sentimen perkauman yang tinggi
terhadap murid. Guru juga harus menggalakkan semangat perpaduan di dalam
pelajaran mereka dengan memupuk nilai-nilai murni serta semangat perpaduan yang
tinggi.

Selain itu, guru boleh menempatkan murid mereka dalam kumpulan pelajar yang
pelbagai bangsa dan keupayaan kognitifnya. Hal ini bagi mewujudkan semangat
bantu membantu sesama kaum. Sekiranya amalan ini dipupuk sejak awal lagi murid
lebih mudah membina hubungan yang baik sesama kaum yang terdapat di Malaysia.

4.0

CABARAN GURU DAN

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Mendepani cabaran abad yang ke 21, guru berlumba-lumba memajukan anakanak didik mereka supaya menjadi insan unggul dan ulung supaya mereka mampu
bersaing dan memperoleh jaminan hidup pada masa hadapan. Guru bukan sahaja
bertanggungjawab dalam membina daya intelek murid bahkan mereka juga
dipertanggungjawabkan supaya membina semangat perpaduan dan cinta akan
Malaysia. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan diberi penekanan
yang menyeluruh oleh semua pihak. Institusi pendidikan menjadi medium paling
penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid di Malaysia. Generasi
awal terutamanya murid sekolah rendah perlu didedahkan dengan betapa
pentingnya semangat perpaduan ini diamalkan terutama dalam masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa.

Kepelbagaian budaya di antara murid mempengaruhi peranan guru dan murid serta
proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan berperanan besar dalam menyatukan
perbezaan individu bagi memaksimumkan tahap pencapaian masing-masing. Pendidikan
sebagai satu proses pemerolehan ilmu pengetahun dan kemahiran serta penerapan nilai-nilai
sosial yang berterusan merupakan agen yang sangat berkesan untuk membina warganegara
yang bertanggungjawab, berakhlak mulia dan bersatu padu.

Tanggungjawab dan amanah yang patut dilaksanakan dalam memupuk perpaduan


dikalangan pelajar bermula sejak dari awal perancangan pengajaran lagi. Aspek perancangan
pembelajaran haruslah dirancang dengan menyesuaikannya dengan semua kepercayaan, nilai
dan pegangan agama murid. Umum mengetahui, sistem pendidikan di Malaysia mempunyai
satu kurikulum yang sama yang dijadikan sebagai rujukan dan garis panduan guru-guru di
Malaysia. Cabaran yang wujud di sini adalah guru perlu menyampaikan kurikulum ini kepada
semua murid-murid yang berbeza latar belakang dan budaya. Sebagai penyelesaiannya, guru
perlulah berusaha untuk mendapatkan latar belakang murid sebelum mereka merancang
9

sesebuah pengajaran. Hal ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak disampaikan
tercapai dan aktiviti pembelajaran yang dirancang mampu dilaksanakan oleh murid.

Perbezaan kaum dan agama juga turut mempengaruhi pemikiran murid untuk berada
dalam kelompok yang sama dan tidak berusaha untuk bergaul antara murid dari kaum-kaum
yang lain. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid supaya
wujud pergaulan dan interaksi tanpa sebarang sekatan kaum dan meninggalkan budaya hidup
perkauman. Guru juga perlu menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan
antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik serta

tidak menyentuh atau

mempertikaikan kerpercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka.

Layanan yang adil kepada setiap murid juga haruslah diberikan kepada setiap murid
tanpa membezakan mereka berdasarkan kelas sosial. Rohand Meighn (1986) mneyatakan ,
kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa
yang sama. Kaji selidik dilihat dapat membantu guru untuk mengenali dan memahami kelas
sosial setiap murid-muridnya. Rekod pelajar boleh membantu guru bagi memperoleh
maklumat berkaitan setiap murid-muridnya. Walaubagaimanapun, guru tidak seharusnya
membuat generalisasi dan pelabelan berdasarkan rekod mereka sahaja. Terdapat pelbagai
aspek lain yang boleh diambil kira seperti tingkah laku dan sikap mereka.

Guru juga perlu mempunyai kemahiran-kemahiran sosial bagi membantu proses


pengajaran dan pemebelajaran berjalan dengan lancar. Dalam kemahiran ini, aspek
komunikasi haruslah ditekankan. Guru perlu mempelajari cara berkomunikasi dengan lebih
berkesan supaya mesej yang ingin disampaikan kepada murid diterima walaupun terdapat
perbezaan budaya di dalam sebuah kelas. Bagi meningkatkan lagi kemahiran komunikasi,
guru perlu mendalami bahasa-bahasa etnik lain walaupun sedikit supaya guru dapat
mendekati murid dengan lebih rapat lagi.

Selain aspek berkomunikasi, aspek teknologi maklumat juga perlu dikuasai guru
supaya dapat dijadikan medium pengajaran sejajar dengan peredaran masa. Hal ini dapat

10

menarik minat semua murid walaupun mereka daripada pelbagai kelas sosial. Aspek
psikologi juga amat penting untuk dikuasai oleh guru. Hal ini bagi memastikan guru dapat
mengenali setiap orang murid dengan lebih dekat dan terperinci. Guru perlu mengetahui caracara menyelesaikan masalah murid contoh seperti kurang keyakinan diri sebagainya. Guru
juga perlu mengetahui bagaimana untuk memberi motivasi kepada murid, membimbing dan
membina konsep kendiri serta memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid-murid.

Pengajaran juga perlu menjamin perkembangan dan kemajuan murid secara optimum.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga perlulah kreatif dan sesuai dengan perbezaan individu
dalam kelas tersebut. Sesuai dengan minat dan aras kebolehan murid supaya pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar dan murid tidak akan bosan ketika menjalankan aktiviti
pembelajaran. Penerapan nilai-nilai murni semasa P&P juga perlulah dijelaskan dan
ditegaskan supaya murid faham dan dapat mengaplikasikan nilai tersebut dalam rutin harian
mereka. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali.
Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti
pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa
mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.

Peluang dan ruang hendaklah diberikan kepada mereka untuk bergaul dan
berinteraksi sesama mereka. Aktiviti berkumpulan merupakan pendekatan yang
sesuai dalam melibatkan mereka kerana disinilah berlakunya interaksi yang terbuka
luas dan perkongsian idea yang aktif. Mereka akan saling bekerjasama dalam
pembelajaran dan aktiviti yang diselaraskan oleh guru untuk memastikan pencapaian
kumpulan. Kesedaran budaya mikro yang berbeza dalam sebuah komuniti bilik
darjah dapat mengukuhkan lagi hubungan, kerjasama dan toleransi dalam sebuah
masyarakat majmuk.

5.0

KESIMPULAN

11

Sebagai seorang guru, setiap cabaran baru ini haruslah ditempuh dengan
tenang. Apa yang perlu dilakukan hari ini adalah dengan mengembalikan pemikiran
masyarakat berasaskan ciri sistem kemasyarakatan yang sebenar yang berteraskan
kebudayaan sendiri namun perlulah ditambahbaik dengan ambilan dari luar supaya
dapat terus memacu kemajuan negara. Kesedaran asas budaya dan masyarakat
dalam pendidikan akan mengintegrasi para generasi muda ke dalam sistem
masyarakat dan budayanya. Hal ini sekali gus dapat mengelakkan perselisihan dan
konflik yang muncul dalam berbagai-bagai bentuk.

Sebagai seorang guru juga kita haruslah bersikap bebas dari sifat perkauman
dan mengamalkan budaya integrasi yang tinggi serta bersifat penyayang terhadap
murid-murid. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Didiklah anak-anak kecil ini dengan sebaik-baiknya kerana mereka
inilah yang akan meneruskan pimpinan negara kita kelak. Sekiranya runtuh generasi
muda hari ini, makan runtuh jugalah masa hadapan negara kita. Jangan biarkan
sebarang sentimen perkauman menjadi isu lagi kerana ia boleh memudaratkan
kemajuan bangsa dan kemakmuran negara.

12

Vous aimerez peut-être aussi