Vous êtes sur la page 1sur 2

RIDZUAN BIN JUPILI@RAZLEE

CT11210021
1. Apakah jenis perniagaan yang sesuai bagi ketiga-tiga sahabat berkenaan?
Mengapa?

Jenis perniagaan yang sesuai bagi ketiga-tiga mereka adalah perniagaan jenis perkongsian.
Secara definisinya, perniagaan perkongsian ditakrifkan dibawah Sekseyn 3(1) Akta
Perkongsian 1961 sebagai Perhubungan yang wujud diantara orang-orang yang
menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapatkan keuntungan bersama

Dalam konteks ini dapat dijelaskan bahawa perniagaan perkongsian diantara ketiga-tiga
sahabat ini akan benar-benar wujud sekiranya berlaku persetjuan mahupun perjanjian dari
semua pihak.. Persetujuan ataupun perjanjian yang dimaksudkan adalah berkaitan
kepertingan masing-masing dalam perniagaan yang melibatkan aspek modal, perkhidmatan,
pelanggan, keuntungan dan sebagainya.

Kejayaan perniagaan ang mereka tubuhkan juga amatb bergantung kepada persefahaman
yang wujud dalam komuniti ini. Memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai latar
belakang yang berlainan maka perancangan yang telah dibuat haruslah tidak lari daripada
perjanjian mahupun persetujuan yang termetrai.
2. Pada pendapat anda siapakah yang patut menjaga urusan pentadbiran, kewangan
dan pemasaran syarikat? Jelaskan.

Pada pendapat saya, Sarah merupakan calon yang amat sesuai untuk melaksanakan
urusan pentadbiran perniagaan perkongsian mereka. Sarah merupakan seorang yang teliti,
teratur dan mahir dalam perundangan perniagaan. Dengan berbekalkan ilmu perniagaan in
memudahkan lagi pentadbiran perniagaan yang bakal mereka tubuhkan bersama.

Manakala bagi urusan kewangan pula, Goku adalah calon terbaik dan layak memegang
jawatan tersebut dimana beliau mahir dalam penyimpanan wang dan bertanggungjawab dan
sikap ini sesuai dan amat diperlukan didalam pengurusan mahupun penjagaan dana
syarikat yang melibatkan urusan debit dan kredit kewangan syarikat mereka.

RIDZUAN BIN JUPILI@RAZLEE


CT11210021
Ketua Pemasaran perniagaan mereka pula layak dipegang oleh Donald. Deman memiliki
kemahiran berkomunikasi dalam tiga Bahasa memudahkan urusan perniagaan yang
melibatkan pelanggan-pelanggan mengikut keutamaan kaum. Berbekalkan kemahiran
berbahasa ini juga membolehkan perkhidmatan mahupun barangan perniagaan mereka
dikenali dan difahami oleh bakal pengguna. Sikap cepat mesra yang dimiliki beliau juga
amat berguna dalam usaha menarik perhatian pelanggan mahupun dalam perundingan
penyelesaian masalah yang mereka hadapi.
3. Apakah jenis kemahiran perniagaan yang perlu mereka ketahui dalam perniagaan
yang bakal diceburi? Jelaskan.

Dalam menentukan kejayaan mahupun keberkesanan sesebuah perniagaan, beberapa


aspek perlu dititikberatkan yang mana aspek-aspek ini membant para peniaga
mengusahakan perniagaan mereka dengan lebih baik dan lancar. Aspek yang dimaksudkan
adalah kemahiran perniagaan yang meliputi kemahiran mengenalpasti sumber perniagaan
dimana peniaga perlu mengenalpasti sumber, modal, bahan mentah, lokasi perniagaan,
kelengkapan dan sumber tenaga manusia ataupun lebih dikenali sebagai tenaga kerja bagi
melancarkan urusan perniagaan mereka.

Peniaga juga perlu mahir dalam mengenalpasti jaringan keusahawanan seperti jaringan
peribadi, perniagaan dan awam. Ini bertujuan untuk meluaskan lagi pemasaran perniagaan
mereka. Sudah semestinya perniagaan yang Berjaya adalah perniagaan yang memiliki
kemahiran berkomunikasi berkesan. Disamping itu, peniaga juga harus mahir dalam
berunding terutama sekali apabila berhadapan dengan situasi komunikasi diantara peniaga
dan pelanggan. Memang tidak dapat dinafikan lagi kemahiran mengaplikasi teknologi
maklumat juga memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Ianya bukan
sahaja dapat menjimatkan masa malah kos penyelengaraan juga dapat dimaksimumkan.

Pengalaman usahawa juga penting dalam melancarkan urusan perniagaan.

Vous aimerez peut-être aussi