Vous êtes sur la page 1sur 2

LAtihan pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001

Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Latihan Bab 1( Pengenalan)

Latihan

1. a) Terangkan maksud tempoh perakaunan


b) Lengkapkan jadual berikut mengenai tempoh perakaunan

Tempoh Bermula Berakhir


Perakaunan
Setengah tahun 1 Januari 2005 (i)
Setahun 1 April 2005 (ii)
Setahun 1 September 2005 31 Oktober 2005
Setahun (iv) 31 Disember 2005
Setengah tahun (v) 31 Disember 2005
(vi) 1 Julai 2005 30 September
2005

2. Terangkan secara ringkas sejarah perakaunan sejak rekod


perakaunan yang paling awal didapati di babylon pada tahun 3500
S.M
3. Mengapakan Luca Pacioli dikenali sebagai Bapa Perakaunan?
Terangkan secara ringkas peranan yang dimainkan olehnya dalam
bidang perakaunan
4. Apakah tugas dan kuasa MASB ( Malaysian Accounting Standard
Board) seperti yang termaktub didalam Akta Laporan kewangan
1997?
5. __________________ adalah satu daripada peringkat dalam
proses perakaunan, iaitu proses mengenalpasti dan merekod semua
urusniaga perniagaan yang dapat dinilaikan dalam bentuk wang
dengan tepat dan sistematik mengikut sistem catatan bergu.
6. Jika perkongsian ditubuhkan tanpa perjanjian, perjalanan
perkongsian itu adalah berdasarkan peraturan peraturan dalam
____________________.
7. Simpan kira yang berdasarkan __________________ dikenali
sebagai Kaedah Venice.
LAtihan pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001

Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

8. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan secara ringkas


konsep konsep perakaunan yang berikut:
a) Entiti berasingan
b) Berterusan
c) Kos sejarah
d) Tempoh perakaunan
e) Pemadanan
f) Ketekalan
9. Nyatakan konsep perakaunan yang digunakan dalam setiap keadaan
yang berikut:
a) Syarikat guaman yang dimulakan oleh Ali akan terus beroperasi
untuk sesuatu tempoh masa yang tidak tetap
b) Ali menyewa sebuah bangunan dengan sewa bulanan RM600
untuk menjalankan perniagaannya.
c) Kenderaan yang dibeli oleh Ali untuk kegunaan syarikatnya
direkodkan kedalam buku mengikut harga asal yang terdapat
didalam dokumen punca
d) Kerani akaun perniagaan Ali merekodkan setiap urusniaga
perniagaan dengan membuat dua catatan, iaitu satu akaun
didebitkan dan satu akaun dikreditkan
e) Sewa yang dibayar oleh Ali untuk rumah kediamannya tidak
direkodkan kedalam buku
f) Sewa prabayar dan faedah diterima terakru diambilkira oleh
kerani akaun untuk menentukan keuntungan tempoh perakaunan
itu.
g) Laporan kewangan perniagaan Ali dibuat bagi tempoh 1 April
2008 hingga 31 Mac 2009

10. Dengan menggunakan carta aliran, terangkan secara ringkas kitaran


perakaunan perniagaan bagi sesuatu tempoh tertentu.

Vous aimerez peut-être aussi