Vous êtes sur la page 1sur 19

FAKULTI :

PENDIDIKKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN
MEI / 2014

KOD KURSUS
HBMT3403_V2SMP

TAJUK KURSUS
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH RENDAH
BAHAGIAN II

DI SEDIAKAN OLEH

ANIZAN BT CHE MAT

NO. MATRIKULASI

770805035800001

NO. KAD PENGENALAN

770805035800

NO. TELEFON

0129601122

E-MEL

anizadib@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

1.0

PENGENALAN
Kurikulum

Matematik

sekolah

Malaysia

mengekalkan

hasratnya

untuk

memperkembangkan ilmu matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap
matematik dalam kalangan murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang
untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran matematik serta memperkembangkan
kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid
menangani cabaran kehidupan harian. Seperti mata pelajaran lain dalam kurikulum sekolah
menengah, kurikulum Matematik bertujuan menanam nilai murni dan cinta kepada negara
dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang ke arah
keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya.
Pedagogi ialah cara penyampaian sesuatu ilmu pengetahuan. Namun, guru-guru telah
menghadapi satu keadaan di mana mereka sukar menentukan kaedah dan pelaksanaan yang
sesuai untuk pengajaran matematik. Seperti yang dinyatakan, pengajaran yang berkesan
memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan
menyelesaikan masalah adalah sangat diperlukan (NCTM, 2000). Oleh yang demikian, pada
hari ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat
digalakkan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan
pelajar secara aktif. Ini bermakna guru berperanan sebagai fasilitator bagi membantu pelajar
menyelesaikan masalah semasa proses P&P. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang
menggalakkan pemahaman konsep dan prosedur matematik.
Kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen yang penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik akan membawa
hasil prestasi yang dikehendaki. Seseorang guru perlu mempunyai sifat kreatif yang boleh
dibina melalui pengalaman yang luas. Pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi
berkesan jika berpusatkan pelajar. Unsur-unsur kreatif perlu diterapkan dalam prinsip
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru, persekitaran dan kaedah pengajaran.
Guru perlu berilmu, berinisiatif dan memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta

~1~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

mengapa dan bagaimana pula pelajar perlu belajar matematik. Persekitaran yang ceria dan
kondusif juga akan merangsang pelajar untuk belajar matematik.

Secara umumnya, strategi bermaksud kemahiran merancang dan mengurus kaedah


dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Manakala pengajaran pula
membawa maksud aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran tertentu. Menurut Kamus Dewan 1998, Strategi pengajaran bermaksud
rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Di dalam konteks
pendidikan pula, strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan memilih pendekatan serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran merujuk kepada teknik
perancangan kaedah atau teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan
mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

Strategi pengajaran boleh diklafikasikan kepada tiga kategori yang utama iaitu
strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan sumber / bahan pelajaran. Strategi
pemusatan guru berlaku di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.
Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan
ini merupakan suatu penekatan yang mudah dirancang dan diurus.

Antara contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah
penerangan, demostrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan, pengajaran mikro, bercerita dan
keseluruhan kelas. Manakala ciri-ciri strategi pemusatan guru pula ialah komunikasi sehala,
murid pasif dan mendengar sahaja, guru mengarah dan mengawal pembelajaran, murid
kurang kreatif dan tidak berinisiatif, mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru,
guru berkuliah, kepimpinan bercorak autokratik, murid kurang berminat terhadap penerangan
guru, menekankan ujian sumatif, sifat-sifat sosial kurang dipupuk dan yang terakhir ialah
guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran, mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif

~2~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

dalam aktiviti pembelajaran beliau. Di dalam bilik darjah guru merupakan pemimpin yang
membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara berkumpulan
atau individu. Antara contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan murid ialah
projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main
peranan, sumbangsaran, kumpulan dan pembelajaran melalui pengalaman.

Ciri-ciri strategi pemusatan murid ialah berlaku Pemindahan pembelajaran,


Komunikasi dua hala, Naluri ingin tahu berkembang, Kepimpinan bercorak demokratik,
Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, roani dan intelek, Disiplin tidak terkawal,
Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid, Pembelajaran bercorak pengarahan
kendiri, Murid lebih kreatif, Murid minat dalam pelajaran, Sifat-sifat sosial yang positif
seperti bekerjasama, tolong-menolong, Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Strategi berasaskan sumber atau bahan pembelajaran bermaksud guru menggunakan


banyak bahan sumber seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik,
computer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
Diharapkan dengan penggunaan pelbagai media itu akan meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran yang bukan sahaja daripada segi pencapaian akademik tetapi aspek
peningkatan kemahiran dan keupayaan mental dan pemikiran kritikal dan kreativiti pelajar.

Geometri adalah salah satu topik yang penting dalam sukatan mata pelajaran
Matematik sekolah menengah. Kefahaman dalam geometri dapat membekalkan pengalaman
yang dapat membantu pelajar membina kefahaman terhadap bentuk, ruang, garisan serta
fungsi setiap bentuk, ruang dan garisan tersebut. Ia membolehkan pelajar menyelesaikan
masalah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Adalah menjadi satu
tugas yang besar bagi guru untuk merealisasikan kepentingan geometri dalam kehidupan.
Sebagai contoh dalam topik transformasi yang dipelajari oleh pelajar tingkatan dua, pelajar
mestilah faham dengan konsep geometri yang asas sehingga mereka faham mengapa setiap
bangunan yang dibina dengan bentuk-bentuk yang berlainan tetapi masih mempunyai fungsi
yang sama. Begitu juga dengan topik-topik geometri yang lain seperti sudut, transformasi,

~3~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

poligon, pembentangan, putaran dan lokus dua dimensi. Nasional Concul of Supervisor of
Mathematics, NTCM (1989) mengesahkan bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah
salah satu kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik. Seharusnyalah
kemahiran ini dapat disampaikan kepada pelajar dengan cara yang betul. Namun begitu,
dalam situasi sebenar yang berlaku di sekolah, sering kali terjadi kegagalan dalam kurikulum
Matematik terutama dalam topik geometri.

Untuk

tugasan kali ini, pelajar diminta untuk membuat penilaian kebaikan dan

keburukan strategi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk transformasi menengah


rendah dengan berpandukan artikel-artikel yang dipilih. Seterusya pelajar diminta untuk
merangka satu aktiviti pengajaran untuk mengenal ciri-ciri transformasi, memberi cadangan
untuk meningkatkan strategi pengajaran transformasi dan membuat justifikasi tentang
cadanagn tersebut.

2.0

Penilaian Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Transformasi Dalam ArtikelArtikel Terpilih.


Secara umumnya, transformasi boleh di definisikan sebagai satu proses yang

melibatkan pergerakan atau perubahan sesuatu objek dari posisi asal ke satu posisi yang baru.
Objek pada kedudukan posisi yang baru dipanggil imej. Setiap titik pada objek akan
dipetakan kepada titik yang lain pada imej objek tersebut. Transformasi merupakan
satu istilah umum untuk empat cara khusus untuk memanipulasikan bentuk titik, garis, atau
bentuk. Bentuk asal dari sesuatu objek dipanggil pra-imej dan bentuk akhir serta kedudukan
akhir objek adalah imej yang telah melalui proses transformasi.
Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik kerana setiap
imej yang telah dipetakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga bentuknya. Kita
juga boleh menyatakan di sini bahawa objek asal dan juga imej yang telah dipetakan adalah
bersifat kongruen.
Transformasi peluasan tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. Ini
adalah kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil apabila melalui proses transformasi ini

~4~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

adalah tidak sama dengan saiz objek asal. Objek asal dan juga imej yang terhasil adalah sama
dari segi bentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran yang berbeza.
Terdapat empat jenis transformasi iaitu Translasi, Refleksi ( Pantulan ), Rotasi (
Putaran ) dan Peluasan. Sebuah komposisi transformasi atau dalam buku-buku tertentu yang
disebut gabungan dari transformasi bererti bahawa dua atau lebih transformasi akan
dilakukan pada satu objek. Sebagai contoh, kita boleh melakukan pantulan dan kemudian
translasi pada titik. Terdapat beberapa teori yang menarik yang melibatkan beberapa
komposisi pantulan.

Rotasi ( Putaran )

Refleksi ( Pantulan )

Translasi

~5~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

Selepas mana-mana transformasi (translasi, putaran dan pantulan), bentuk akan kekal
iaitu saiz, luas, sudut dan panjang garisannya tidak berubah. Jika sesuatu bentuk boleh
menjadi bentuk yang lain dengan menggunakan putaran, pantulan dan translasi kedua-dua
jenis bentuk tersebut dipanggil kongruen.

Berikut merupakan dua artikel yang akan dikupas mengenai strategi pengajaran dan
pembelajaran transformasi di sekolah menengah rendah.

2.1

Artikel Pertama

Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak Bin Idris & Noor Suriati Binti Jainuri
(2011) daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk
membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bertajuk
Penjelmaan ( Transfration ) iaitu satu subtopik dari Matematik KBSM Tingkatan Dua. Dalam
kajian berkenaan, penerangan tentang perisian PBK yang disediakan bertujuan untuk
meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan menggunakan pembelajaran berdasarkan
komputer (PBK). Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan penggunaan (PBK) didalam mata
pelajaran matematik bahkan semua mata pelajaran. Perisian PBK sesuai digunakan untuk
pelajar kerana ia adalah salah satu alternatif untuk meningkatkan minat pelajar terhadap
sesuatu subjek dan mempersiapkan generasi muda untuk berdepan dengan teknologi
pendidikan dimasa hadapan.

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu


proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar.
Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai
dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi
dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada
pelajar menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

~6~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

Antara kekuatan penggunaan PBK ini adalah teori pembelajaran behaviorisme telah
diterapkan dalam perisian PBK ini. Dalam mengaplikasikan teori ini, objektif pembelajaran
dipaparkan pada menu utama supaya pengguna jelas dengan objektif yang hendak dicapai.
Objektif ini dinyatakan dengan jelas dan mudah dicapai kerana teori ini sangat menekankan
penghasilan output yang boleh diperhatikan dan diukur (Baharuddin Aris et al, 2002).
Seterusnya , perisian ini juga turut mengambil kira pengetahuan lepas pengguna, di mana
pengguna perlu menjawab beberapa soalan selepas berjaya mendaftar nama. Pengetahuan ini
diperlukan untuk mempelajari topik ini dengan lebih berkesan.

Dalam bahagian nota, langkah-langkah menyelesaikan sesuatu contoh permasalahan


dinyatakan langkah demi langkah menuju ke matlamat penyelesaianya. Ianya disediakan
secara interaktif, di mana ia memerlukan pengguna mengklik butang untuk melihat langkah
demi langkah tersebut. Ia juga boleh dicapai bila-bila masa membolehkan pengguna
mengulung beberapa kali setiap contoh yang diberi. Perisian PBK bertajuk Transformation
ini telah dibangunkan berdasarkan Model Hannafin & Peck. Model ini mengadungi 3 fasa
yang utama iaitu Need Assessment Phase (Fasa Analisa Keperluan), Design Phase
(Fasa Rekabentuk) dan Develope & Implement Phase (Fasa Pembangunan dan
Perlaksanaan). Di samping itu, setiap fasa tersebut akan sentiasa melalui proses penilaian dan
penyemakan atau pengulangan yang dilaksanakan secara berterusan. Teks yang disediakan
dalam perisian ini adalah menarik dan senang dibaca. Grafik perisian PBK ini direka
berdasarkan tema Penjelmaan. Oleh itu, dalam paparan-paparan utama perisian, pengguna
mesti boleh menjumpai gambar-gambar yang berkaitan dengan penjelmaan. Ini bertujuan
untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang membawa pengguna ke dalam dunia
penjelmaan. Muzik latar yang tenteram, animasi yang memberi gambaran serta memainkan
peranan yang sangat penting dalam perisian ini.

Walaupun terdapat banyak kekuatan penggunaan PBK ini, terdapat juga kelemahan di
dalam perisian ini, salah satu daripadanya ialah bahasa yang digunakan di dalam perisian ini
ialah Bahasa Inggeris. Untuk murid pandai dan berkebolehan berbahasa inggeris mungkin
tidak menjadi masalah untuk memahami dan menggunakan perisian ini, tetapi untuk murid
lemah, tidak dapat membantu mereka untuk memahami tajuk tersebut. Sekiranya PBK ini

~7~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

menggunakan dwi bahasa, iaitu menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu, PBK ini
mungkin dapat menarik minat murid yang lemah untuk belajar kerana PBK ini mempunyai
animasi yang menarik.
Selain penggunaan bahasa, masalah teknikal juga menjadi halangan untuk
penggunaan PBK ini. Masalah teknikal masih tidak dapat dielakkan walaupun spesifikasi
peralatan yang digunakan untuk tujuan pembangunan perisian telah memenuhi keperluan
minimum. Masalah yang timbul adalah seperti putus bekalan elektrik, komputer rosak,
serangan virus, kehilangan data serta prestasi kelajuan komputer yang agak perlahan ketika
proses

membangunkan

perisian

menganggu

keluaran

hasil

yang

berkualiti.

Walaubagaimanapun, hasil dari rujukan, bantuan pensyarah dan pembantu makmal serta
pertolongan dari rakan-rakan telah menyebabkan masalah tersebut dapat diselesaikan dan
diminimumkan.

2.2

Artikel Kedua

Kajian yang dijalankan oleh Dr Azlina binti Mohd Kosnin dan Puan Suhaila binti
Abdullah ( 2008 ) daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam
Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik (11 12 Okt 2008) adalah mengenai
kaitan keupayaan spatial dengan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah
transformasi dan keberkesanan penggunaan perisian Geometers Sketchpad (GSP) dalam
meningkatkan keupayaan pelajar dalam topik transformasi.

Pengajaran dan pembelajaran matematik, terutama geometeri telah banyak


mengalami perubahan dari masa ke semasa. Perubahan ini adalah sejajar dengan
pembangunan teknologi yang berlaku. Satu perisian yang dapat digunakan dalam bilik darjah
bagi pengajaran dan pembelajaran geometri ialah Geometer Sketchpad GSP (Jackiw,
1991). Perisian Geometers Sketchpad ini membolehkan pelajar dan guru menggunakan
komputer sebagai alat bantu mengajar dalam topik geometri. Geometers Sketchpad ini
membantu pelajar mencipta keadaan di mana mereka dapat mengkaji geometri bermula dari

~8~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

tajuk yang asas seperti garisan, sudut dan bentuk kepada tajuk yang lebih sukar seperti
lengkungan, putaran dan transformasi. Pelajar dapat mengaitkan antara garisan dan bentuk
yang dihubungkan dengan sudut melalui animasi yang lebih mudah untuk difahami. Melalui
perisian Geometers Sketchpad ini, pelajar dikatakan dapat mengabstrak konsep yang sukar
kepada kaedah manipulatif di mana pelajar dapat membina dan mengkaji kegunaan, sifat dan
fungsi geometri.
Perisian Geometers Sketchpad dapat membantu guru menerangkan konsep
transformasi dengan lebih mudah serta dapat menerangkan proses transformasi dengan lebih
jelas kerana pelajar dapat melihat semua pergerakan yang berlaku ke atas objek ketika
sesuatu permasalahan diselesaikan. Penyelesaian masalah adalah menjadi lebih mudah
kepada pelajar apabila mereka memahami konsep dengan betul.
Aplikasi perisian Geometers Sketchpad berupaya memenuhi ciri yang dapat
menyimpan 90% iaitu dapat lihat, dengar dan buat secara serentak (Ismail Zain, 2002).
Menurut kajian Jaya Kumar (2001) pula , aplikasi komputer diperlukan bagi memenuhi gaya
pembelajaran yang berbeza-beza antara pelajar samada dari sosio- ekonomi mahupun jantina.
Penggunaan perisian Geometers Sketchpad adalah sejajar dengan prinsip pembelajaran
secara konstruktisvisme iaitu menggalakkan pelajar berfikir untuk meyelesaikan masalah,
menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan
dan cabaran dalam topik transformasi.
Berikut merupakan beberapa kelemahan menggunakan perisian Geometers
Sketchpad :

Setiap orang perseorangan yang ditugaskan mengendalikan perisian-perisian ini


samada guru, kerani, pegawai penyelidik atau lain-lain, perlu menjalani latihan
menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari cara penggunaan komputer
itu sendiri.

Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau pekerja terbabit berhenti atau
ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula kepada pengguna
pengganti.

~9~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

Kos mendapatkan peralatan dan perisian komputer masih lagi tinggi walaupun
dijangkakan akan menurun.

Kesilapan juga boleh berlaku terhadap hasil penyelidikan sekiranya berlaku kecuaian
semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem penyelidikan itu
sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem penyelidikan tersebut.

3.0

Rangka Aktiviti Pengajaran Transformasi


Aktiviti 1 Memperkenalkan Jenis-Jenis Transformasi secara umum
Putaran
Refleksi ( Putaran )
Translasi
Peluasan
Aktiviti 2 Memperkenalkan Jenis-Jenis Transformasi secara terperinci

Guru menunjukkan gambar slaid kepada murid

1. Putaran

Putaran

~10~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

Penerangan guru : Putaran ialah transformasi di mana objek diputarkan pada


koordinat yang tetap. Arah putaran boleh sama ada mengikut arah jam atau
lawan arah jam.

Koordinat yang tetap di mana putaran berlaku disebut sebagai pusat putaran.
Jumlah putaran yang dibuat disebut sebagai sudut putaran.

Contohnya:

Untuk mana-mana putaran, kita perlu mngenal pasti pusat,sudut dan arah
putaran

2. Refleksi ( Pantulan )

Dalam transformasi pantulan semua titik objek dipantulkan pada garisan yang
dipanggil paksi pantulan atau garisan pantulan.

~11~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

Contohnya :

Di bawah pantulan, bentuk dan size imej adalah sama dengan bentuk
asal. Transformasi jenis ini dipanggil transformasi isometrik.

Orientasi yang benar-benar terbalik, di mana kedua-dua objek


menghadap arah yang bertentangan.

Garis pantulan adalah pembahagi dua serenjang pada garisan yang


menghubungkan mana-mana titik dengan imejnya. Semua titik pada
garis pantulan tidak berubah.

3.

Translasi

Dalam translasi, semua titik objek digerakkan dalam garis lurus di mana
arahnya adalah sama. Size, bentuk, dan orentasi imej adalah sama dengan

~12~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

objek asal. Orentasi yang sama bermakna objek dan imej mengadap arah yang
sama.

Contohnya :

Aktiviti 3 : Aktiviti Kumpulan, Siapa Cepat Dia Dapat

Setelah murid dapat mengenal pasti jenis-jenis transformasi, guru menjlankan


aktiviti kumpulan.

Setiap Kumpulan di beri gambarajah berkaitan dengan jenis-jenis


transformasi, murid diminta mengelas mengikut jenis-jenis transformasi di
atas kad manila.

Kumpulan yang siap mengelas dan jawapannya betul di kira pemenang.

Aktiviti 4 : latihan Pengukuhan

4.0

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menguji kefahaman murid.

Cadangan Meningkatkan Strategi Pengajaran Transformasi.


Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan

teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Murid lemah biasanya lebih

~13~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

cenderung kepada strategi berpusatkan bahan/ sumber. Mengajar murid lemah merupakan
cabaran bagi seorang guru, terutamanya berkaitan dengan tajuk yang sukar. Oleh yang
demikian pemilihan strategi amat penting untuk membolehkan murid memahami konsep
sesuatu tajuk.

Strategi yang dipilih ialah strategi berpusatkan kepada bahan / sumber. Strategi
berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok
binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan
lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang
luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar.

Untuk tajuk transformasi, guru boleh menjelaskan jenis-jenis transformasi


menggunakan pelbagai gambar rajah yang sesuai supaya murid mendapat maklumat dan
gambaran yang jelas mengenai jenis-jenis transformasi tersebut. Selain daripada
menggunakan gambar rajah, guru juga boleh menunjukkan gambar animasi supaya gambaran
lebih jelas tentang jenis-jenis transformasi tersebut.

Menggunakan bimbingan rakan sebaya juga merupakan salah satu strategi untuk
membimbing murid-murid yang lemah. Mungkin dengan rakan sebaya dapat mengurangkan
perasan rendah diri murid tersebut. Bimbingan secara individu di sertai dengan bahan sumber
yang sesuai membolehkan murid yang lemah dapat memahami dengan lebih cepat.

Namun begitu, di era globalisasi kini, teknologi matematik digunakan oleh guru
sebagai bahan bantu mengajar agar pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar dapat
memenuhi objektif pembelajaran yang ada agar pembelajaran yang disampaikan lebih jelas
dan bermakna.Perisian Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara
penggunaan komputer dalam pendidikan. Komputer mempunyai pelbagai kelebihan dan
keistimewaan yang menarik dalam pengintegrasian elemen-elemen multimedia seperti teks,
grafik, video dan animasi.

~14~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

Matematik merupakan suatu pembelajaran yang abstrak, begitu juga dengan


transformasi. Untuk menyelesaikan persoalan transformsi tersebut, maka pelajar perlu
menguasai konsep asas trnsformasi dengan baik. Sehingga pelajar mampu untuk membuat
penerokaan sendiri terhadap persoalan matematik sama ada untuk pelajar yang lemah
mahupun untuk pelajar yang cerdas. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi
masalah untuk mengabstrakkan maklumat yang sesuai daripada dua sumber iaitu secara
ilustrasi atau teks (Norlemi & Akmar 2007). Maksudnya di sini, pelajar lemah sulit untuk
mengkhayalkan dan menyelesaikan persoalan matematik tanpa ada objek yang jelas dalam
matematik tersebut. Oleh itu, pelajar memerlukan suatu media yang dapat memperjelas objek
matematik tersebut. Oleh yang demikian perisian PBK, yang mudah di dapati sekarang boleh
digunakan untuk mrngajar murid yang lemah dengan bimbingn guru.

5.0

Justifikasi

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu


proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar.
Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai
dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi
dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada
pelajar menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.
Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis
maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia
berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia
mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan
memandangkan kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.

Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan


bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus
pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya

~15~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi
sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciriciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan
menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang
kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu
dilakukan oleh pelajar.

Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di


sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang
positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif
dengan menggunakan teknologi terkini.

Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan


komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan
penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan
salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam
kelas dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan
tentang apa yang di sampaikan. Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh
guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya
dalam bidang IT.

~16~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar


disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.

6.0

Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran yang betul digambarkan sebagai proses mengajar dan
belajar berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah dan alam
persekitaran. Ia juga perlu mengambil kira keperluan, minat, potensi, kebolehan dan
perbezaan latar belakang pelajar. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan
menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya
kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang
mendatang. Dengan ini, jelaslah bahwa tujuan utama pendidikan matematik ialah untuk
membolehkan pelajar membentuk kefahaman yang betul terhadap setiap konsep yang
dipelajarinya justeru mampu memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara
untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam
pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi.

~17~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBM3403~

RUJUKAN / REFERENSI

Cheang Chooi Yoong, Khaw Phoay Eng dan Yong Kien Cheng (2003). Intergrated
CurriculumFor Secondary School Mathematics Form 2, Volume 2. Kuala Lumpur: Arus
Intelek SdnBhd.
Jemaah Nazir Sek. Persekutuan Kem. Pendidikan Malaysia (1990). Laporan Pemeriksaan
Status Matapelajaran Peringkat Sek. Menengah 1990. Kuala Lumpur.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM.
Kuala Lumpur: DBP

http://eprints.utm.my/10976/1/Pembangunan_Perisian_Pembelajaran_Berdasarkan_Kompute
r.pdf

http://nupusasyfahayatun.blogspot.com/2013/05/hayatun-nupus.html

http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/5981/Artikel_1_Bil_2_Isu_1.pdf

http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/4559/Bil1_2_Artikel3.pdf

~18~

Vous aimerez peut-être aussi