Vous êtes sur la page 1sur 12

HBSC2203 Tools For Learning Science

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER SEPTEMBER 2013
AMALI SAINS
HBSC 2203
TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA TUTOR

PN. NAIMA BINTI KADIR

NAMA PELAJAR

MOHAMAD FAUDZI BIN


MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

731208125515001

NO. KAD PENGENALAN :

731208-12-5515

NO. TELEFON

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUM, TAWAU

HBSC2203 Tools For Learning Science

ISI KANDUNGAN

Bil.

Eksperimen

Tajuk

1.

Aktiviti 1

Mengkaji Hubungan Haba Dengan Suhu Air

2.

Aktiviti 2

Mengkaji Tindakbalas Kimia Antara Serbuk Penaik


Dengan Cuka

3.

Lampiran

Bibliografi

11

Muka Surat

HBSC2203 Tools For Learning Science

1.

EKSPERIMEN 1

1.1

Tujuan

: MENGKAJI HUBUNGAN HABA DENGAN SUHU AIR

1.2

Radas Dan Bahan

: Termometer 00C - 1000C, air panas, bikar 250 ml dan jam


randik

1.3

Prosedur

1. Tutup semua suis kipas angin atau pendingin udara.


2. Tuangkan air panas (125ml) ke dalam bikar.
3. Letakkan bikar di atas meja.
4. Masukkan termometer ke dalam tabung uji.
5. Biarkan air panas terdedah kepada udara sekeliling. Perhatikan suhu setiap 2 minit.
Catatkan bacaan suhu dalam jadual pemerhatian berikut;

HBSC2203 Tools For Learning Science

Jadual Pemerhatian Suhu Air Panas

Masa

10

12

14

16

( Minit )
Suhu
( C )

6. Bina graf berdasarkan suhu berbanding masa.

1.4

1.5

Pembolehubah

i.

Dimanipulasi

: Kehadiran Haba

ii.

Bergerak balas

: Bacaan Suhu

iii.

Dimalarkan

: Kandungan Air

Keputusan Pemerhatian :
Jadual 1. Suhu berbanding Minit

Masa

10

12

14

16

98

92

84

72

62

50

38

32

32

( Minit )
Suhu
( C )
3

HBSC2203 Tools For Learning Science

Rajah 1.Graf Suhu Berbanding Minit

HBSC2203 Tools For Learning Science

1.6

Perbincangan Berdasarkan Soalan.


1.6.1

Kemahiran Proses Sains :


1.6.1.1 Kemahiran Memerhati

Kemahiran memerhati merupakan kemahiran Proses Sains Asas yang


menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Alat atau
instrumen juga digunakan untuk membantu deria. Dalam eksperimen ini
pengkaji perlu menggunakan kemahiran memerhati secara kuantitatif
dan pemerhatian perubahan.
Kemahiran pemerhatian kuantitatif digunakan untuk memerhati data-data
yang ditunjukkan oleh instrumen pengukuran yang digunakan. Dalam
eksperimen ini, termometer adalah instrumen pengukuran yang
digunakan. Bacaan-bacaan yang diperhatikan mengikut masa yang
ditetapkan akan direkod.
Pemerhatian perubahan pula digunakan oleh pengkaji untuk pemerhatian
terhadap fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia dan
dapat diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif. Perubahan yang
berlaku perlu dinyatakan samada sebelum, semasa dan selepas. Dalam
eksperimen ini pemerhatian perubahan ditumpukan kepada perubahan
suhu air panas dari setiap 2 minit.

HBSC2203 Tools For Learning Science

1.6.1.2 Kemahiran Menyatakan Inferens / Sebab :


Membuat inferens adalah membuat kesimpulan awal yang logik, yang
mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan peristiwa atau
pemerhatian tentang sesuatu perkara atau eksperimen yang dijalankan. Ia
juga boleh dimaksudkan dengan mentafsir, menerangkan apa yang
diperhatikan atau mengapa sesuatu perkara itu terjadi.
Inferens membolehkan penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian
dilakukan serta membolehkan hipotesis dibuat supaya penyiasatan
seterusnya dapat dijalankan. Melalui inferens juga murid-murid dapat
melalui proses pemikiran yang kritis semasa hendak menghuraikan
sesuatu pemerhatian.
Dalam eksperimen ini pengkahi perlu membuat hipotesis awal terhadap
pemboleh ubah yang dikaji. Untuk membuat hipotesis, pengkaji perlu
menentukan sebab yang logik berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Sebagai contoh hipotesis adalah air panas yang diletakkan di ruang
terbuka akan menjadi sejuk sekiranya haba tidak dibekalkan atau
semakin lama air panas diletakkan ditempat terbuka semakin
berkurangan bacaan suhu yang diperoleh.
Dengan inferens yang logik, penetapan awal terhadap penyiasatan akan
diperoleh dan membolehkan eksperimen dijalankan berdasarkan kepada
hipotesis yang dibina.

HBSC2203 Tools For Learning Science

1.6.2

Pembentangan Data untuk Tafsiran :


Data-data

yang

diperoleh

melalui

eksperimen

yang

dijalankan

akan

dibentangkan untuk memudahkan proses tafsiran dilakukan. Oleh sebab itu,


data-data yang dipamerkan perlu mudah difahami dan ditafsir. Antara cara
pembentangan data tersebut ialah data dibentang dalam bentuk jadual dan data
dibentang dalam bentuk graf. Pembentangan data dalam eksperimen ini boleh
dilihat dalam Jadual 1 dan Rajah 1 di atas.

1.6.3

Keadaan Suhu Air :


Berdasarkan data yang diperoleh, didapati suhu air menurun setiap kali bacaan
diambil. Di akhir eksperimen pula, di dapati suhu air kekal pada bacaan 32 0C.
Keadaan ini menunjukkan air telah kehilangan haba pada stiap minit bacaan
diambil dan mengekalkan suhu mengikut suhu persekitaran. Fenomena ini
menunjukkan air panas yang kehilangan sumber haba akan kehilangan suhu
disebabkan ciri-ciri haba iaitu haba bergerak dari kawasan panas ke kawasan
sejuk. Haba di dalam air panas perlahan-lahan bergerak ke ruang udara
persekitaran yang lebih sejuk. Sebaik sahaja suhu air menyamai suhu bilik maka
air mengekalkan bacaan suhunya kerana tiada lagi pergerakan haba dalam suhu
yang sama.

1.6.4

Kesimpulan :
Air yang kehilangan sumber haba akan kehilangan suhu secara perlahan-lahan

setiap berlalu atau haba bergerak dari kawasan panas ke kawasan sejuk.
7

Suhu

HBSC2203 Tools For Learning Science

air meningkat apabila menerima haba, suhu air menurun apabila kehilangan
haba.

2.

EKSPERIMEN 2

2.1

Tujuan

MENGKAJI TINDAKBALAS KIMIA ANTARA SERBUK


PENAIK DENGAN CUKA

2.2

Radas

Botol kecil yang pendek lehernya, serbuk penaik, air cuka, belon
sudu penyukat dan corong.

2.3

Prosedur

1.

Masukkan 4 sudu cuka ke dalam botol dengan menggunakan corong.

2.

Masukkkan serbuk penaik ke dalam belon.


8

HBSC2203 Tools For Learning Science

2.4

3.

Tutup mulut botol menggunakan belon.

4.

Angkat bahagian bawah belon agar serbuk penaik masuk ke dalam botol.

5.

Perhatikan dan catat pemerhatian.

Perbincangan Berdasarkan Soalan.


2.4.1

Apa yang berlaku sebaik sahaja sebuk penaik masuk ke dalam botol?
Buih putih terbentuk dan menyebabkan belon mengembang.

2.4.2

Mengapa ia berlaku?

Campuran cuka dengan serbuk penaik menyebabkan tindak balas kimia berlaku. Di
dalam tindak balas kimia ini, serbuk penaik (pepejal) bertindak balas dengan cuka
(cecair) dan menghasilkan karbon dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan udara
yang ada di dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi belon. Belon itu
seterusnya membesar dengan campuran udara dan juga gas karbon dioksida.

2.4.3

Nyatakan Dua Kemahiran Berfikir yang terlibat dalam eksperimen ini?

Terdapat dua jenis kemahiran berfikir yang ditetapkan Kementeria Pelajaran Malaysia
seperti mana yang terkandung dalam Huraian Sukatan Sains Sekolah Rendah dan
Kurikulum Standart Sekolah Rendah bagi Mata Pelajaran Sains iaitu kemahiran berfikir
secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Matlamat Penerapan Kemahiran
Berfikir adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berkeupayaan, inovatif,
pencipta dan penghasil seperti mana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara
dan Wawasan 2020.

HBSC2203 Tools For Learning Science

Dalam Eksperimen ini, kemahiran berfikir secara kritis yang diterapkan adalah
kemahiran membuat kesimpulan manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula adalah
kemahiran meramal dan kemahiran membuat inferens.

Kemahiran membuat kesimpulan perlu diparaktikkan oleh pengkaji kerana pengkaji


perlu menghubungkan keseluruhan data yang berkaitan dengan pembolehubahy yang
bergerakbalas untuk membolehkan satu ketetapan dibuat. Dalam hal eksperimen ini
pengkaji perlu membuat kesimpulan tentang tindak balas kimia yang berlaku.
Kemahiran meramal juga amat penting dalam eksperimen ini kerana pengkaji perlu
menghubungkan pengetahuan sedia ada, radas yang digunakan dan kemungkinan yang
berlaku. Berdasarkan pengalaman sedia ada, pengkaji secara tidak langsung akan dapat
meramal apa yang hanya dengan memerhatikan belon. Dengan kebolehan meramal,
pengkaji secara tidak langsung akan berminat untuk meneruskan eksperimen untuk
mengetahui adakah ramalannya tepat atau sebaliknya.
2.5

Kesimpulan
Melalui eksperimen ini pelajar boleh melihat sendiri kedaan jirim yang terhasil apabila
sesuatu tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas kimia ini, serbuk penaik
(pepejal) bertindak balas dengan cuka (cecair) dan menghasilkan karbon dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan udara
yang ada di dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi belon. Belon itu
seterusnya membesar dengan campuran udara dan juga gas karbon dioksida.
Eksperimen ini boleh digunakan untuk melihat adanya tiga fasa atau keadaan jirim. Ini
dilakukan dengan membuat perbandingan dan melihat perbezaan di antara sifat-sifat
keadaan jirim yang berbeza sebelum dan selepas dicampurkan.

10

HBSC2203 Tools For Learning Science

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI
http://www.bing.com/search?q=air%20kehilangan
%20haba&pc=conduit&ptag=A82F463B5BA8B49BF9AF&form=CONBNT&conlogo=CT32
10127&ShowAppsUI=0
http://www.scribd.com/doc/122902128/eksperimen-haba
http://www.bing.com/search?q=tindak%20balas%20kimia%20serbuk%20penaik%20dengan
%20cuka&pc=conduit&ptag=A82F463B5BA8B49BF9AF&form=CONBNT&conlogo
http://norazharishak.blogspot.com/2012/02/aktiviti-sains-cecair-gas.html

11

Vous aimerez peut-être aussi