Vous êtes sur la page 1sur 20

FAKULTI :

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN
MEI / 2014

KOD KURSUS
HBMT4103_V2SMP

TAJUK KURSUS
TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

DI SEDIAKAN OLEH

ANIZAN BT CHE MAT

NO. MATRIKULASI

770805035800001

NO. KAD PENGENALAN

770805035800

NO. TELEFON

0129601122

E-MEL

anizadib@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

1.0

Pengenalan

Di Malaysia, Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh semua pelajar sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Matematik
perlu diajar di sekolah bagi melahirkan individu yang boleh mengaplikasikan pengetahuan
Matematik dalam kehidupan seharian. Menurut Abd. Rahim, (2000), Matematik adalah
pengetahuan teras yang perlu dikuasai selaras dengan wawasan pendidikan negara untuk
melahirkan warganegara yang berketerampilan dalam pelbagai bidang bagi membolehkan
pelajar-pelajar memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa dan Negara kelak

Kurikulum matematik sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu


matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan
murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu
dan kemahiran matematik dan memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat
keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti subjek lain
dalam kurikulum sekolah menengah, Matematik bertujuan menanam nilai murni dan cinta
kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang
ke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya.

Sehubungan itu, pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM perlu dirancang dan
dikendalikan dengan lebih efektif bagi mewujudkan pengalaman, keseronokan dan cabaran
kepada murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza perlu
diambilkira dan diberi perhatian kerana ia akan menyumbang kepada kecenderungan murid
terhadap subjek matematik. Di samping itu guru juga perlu mewujudkan suatu suasana
persekitaran bilik darjah yang kondusif supaya ini akan menarik minat murid dan seterusnya
menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran matematik. Ramai
yang tidak sedar bahawa terdapat hubungan langsung di antara pemikiran matematik dengan
kehidupan seharian. Setiap pemikiran akan melibatkan proses memberi sebab dan alasan
terhadap sesuatu keputusan atau tindakan. Begitu juga dengan matematik, setiap pemikiran
memerlukan pentafsiran secara logik dan perlu disokong oleh sebab dan alasan yang
munasabah.

~1~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid-murid


memperoleh pengetahuan matematik dan kemahiran, dan membangunkan peringkat lebih
tinggi menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan untuk membolehkan
murid -murid untuk menghadapi cabaran kehidupan harian. (Mahzan, 2006). Di dalam
Sukatan Matapelajaran Matematik (2006), ada menyatakan bahawa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran matematik perlu merangkumi kelima-lima penekanan iaitu penyelesaian
masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, dan penggunaan teknologi.

Assigment kali ini memerlukan guru meneroka tajuk statistik menengah rendah iaitu
statistik untuk tingkatan dua dan tingkatan tiga. Di sini akan dikupas mengenai konsep asas
statistik, kegunaan statistik, mengupas sekurang-kurangnya tiga artikel dan seterusnya
membincangkan strategi-startegi yang di tulis di dalam artikel. Selain itu juga tugasan
memerlukan guru merancang satu aktiviti pengajaran bagi perwakilan dan pentafsiran data
untuk murid-murid menengah rendah dengan menggunakan sumber dan strategi yng sesuai
seterusnya memberi justifikasi yang sesuai untuk menyokong hujah-hujah yang telah
digunakan.

1.1

Konsep Statistik

Statistik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun,


meringkas, mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan
dan keputusan berdasarkan hasil penganalisian data tersebut. Menurut Kamus Pelajar Edisi
Ke-2, statistik ialah keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan angka;catatan
angka-angka; perangkaan, dan Ilmu pengetahuan tentang sesuatu yang penyelidikannya atau
kesimpulannya berdasarkan bukti dalam bentuk angka-angka atau bilangan. Manakala
menurut kamus Dewan edisi ke empat, statistik dapat didefinisikan sebagai Catatan angkaangka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan;
dan juga Cabang pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkankepada buktibukti dalam bentuk angka atau bilangan.

~2~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Menurut McClave & Sincich (2003), statistik merupakan satu kajian sains tentang
data. Ianya melibatkan proses mengumpul, mengelas, membuat rumusan, membuat analisis
dan membuat pertejemahkan terhadap sesuatu data. Sanders and Smidt, (2003 ) pula statistik
merupakan satu ilmu sains tentang proses mengumpul data dan membuat pengelasan,
analisis, rumusan, menterjemah dan mempersembahkan data tersebut untuk membuat satu
keputusan tentang satu kajian yang telah dibuat.
Berasal dari istilah dalam bahasa latin moden statisticum collegium (dewan negara)
dan di dalam bahasa Itali pula disebut sebagai statista (negarawan atau ahli politik).
Menurut Gottfried Achenwall (1749) , perkataan statistik telah digunakan dalam bahasa
Jerman untuk pertama kalinya sebagai nama bagi kegiatan analisis data kenegaraan, dengan
mentaksirkannya sebagai ilmu tentang negara (state). Pada abad ke 19 Sir John Sinclair
memperkenalkan nama Statistics di dalam B.Inggeris . Cabang statistik yang penggunaannya
sangat meluas ketika ini dikembangkan pada paruh kedua abad ke-19 dan awal abad ke-20
oleh Ronald Fisher (peletak dasar statistik inferensi ( regresi linear), dan William Sealey
Gosset (meneliti masalah sampel berukuran kecil). Peng), Karl Pearson gunaan statistik pada
masa sekarang boleh dikatakan telah menyentuh semua bidang ilmu pengetahuan

Bidang statistik merupakan sebahagian daripada Matematik. Walaubagaimanapun,


kebanyakan pelajar tidak meminati subjek ini serta menganggap subjek ini sukar dan abstrak
bagi mereka (Lim, Fatimah dan Munirah, 2003). Statistik memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan kita seharian. Ia digunakan untuk memudahkan data yang dikumpul supaya
dapat diproses atau divisualisasikan dalam bentuk yang lebih senang dan tepat. Melalui
proses ini, kita dapat memahami dan menggunakannya untuk membuat keputusan dalam
beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Bidang ini menumpukan kepada
pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk
menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, topik statistik telah di perkenalkan


seawal tahun 3 iaitu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Berikut
adalah senarai kemahiran statistik yang diajar diperingkat KSSR / KBSR:

~3~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Tahun
Tahun 3
(KSSR)
Tahun 4
(KSSR)

Tahun 5
(KBSR)

Tahun 6
((KBSR)

Kandungan kemahiran
Mengumpul, mengelas dan mengumpul data
Menggunakan piktograf untuk membaca dan memapar
maklumat/data
Menggunakan graf palang untuk membaca dan
memaparkan data.
Memahami dan menggunakan istilah-istilah yang berkait
dengan purata
Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang
purata
Memahami istilah-istilah yang berkait dengan pengendalian
data di dalam graf palang
Mengendali dan menghurai data daripada carta dan jadual
Memahami dan mengira purata
Mengendali dan menghurai data daripada carta dan jadual

Statistik Menengah Rendah pula bermula di tingkatan 2. Berikut merupakan bidang statistik
yang diajar di peringkat menengah rendah:

Tingkatan

Kandungan kemahiran

Tingkatan 2

Memahami konsep data


Memahami konsep kekerapan
Mewakilkan dan mentafsir data dalam piktograf, carta
palang dan graf garis untuk menyelesaikan masalah.

Tingkatan 3

Mewakilkan dan mentafsirkan data dalam carta pai untuk


menyelesaikan masalah.
Memahami dan menggunakan konsep mod, median dan
min untuk menyelesaikan masalah.

2.0

Kajian Literatur
Kajian Lepas atau Literature Review adalah a critical analysis of the research

conducted on a particular topic or question in the field of science. Ia merupakan analisa

~4~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan
terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bagian dari keilmuan. Literature
Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah
terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain. Berikut kajian literatur
yang membincangkan strategi-starategi pengajaran dan pembelajaran statistik yang telah di
dipetik daripada beberapa artikel .

2.1

Kajian Literatur 1

Kajian yang dijalankan oleh Shaharuddin Bin Md Salleh & Hanapi Bin Misman
daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk menguji
keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Perisian Komputer (PBK) bagi Tajuk Statistik(II)
yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 di 2 buah sekolah Daerah Kota
Tinggi, Johor. Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang dirancang iaitu keberkesanan
diantara kaedah pengajaran menggunakan perisian dan kaedah pengajaran bercorak
tradisional. Selain dari itu kajian mengenai faktor faktor keberkesanan dan faktor faktor
ketidak keberkesanan PBK juga dilaksanakan. Seramai 80 orang pelajar tingkatan tiga dipilih
daripada dua buah sekolah menengah yang mewakili pengajaran PBK dan tradisional. Secara
keseluruhannya, penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan perisian komputer telah
memberi kesan yang positif ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati pengajaran


berasaskan perisian lebih berkesan berbanding pengajaran sacara tradisional. Catatan analisis
data yang dibuat, pengajaran berasaskan perisian mencatatkan purata nilai min yang tinggi
iaitu sebanyak 3.988 manakala dalam pengajaran secara tradisional pula purata nilai min
yang dicatatkan sebanyak 2.63 sahaja. Ini menujukkan tahap keberkesanan pembelajaran
berasaskan perisian mempunyai purata nilai min yang lebih tinggi berbanding pengajaran
secara tradisional. Jika dilihat dari contoh kajian yang lepas, terdapat beberapa jenis
perbezaan diantara pembelajaran berasaskan perisian berkomputer dan pembelajaran secara
tradisional. George (1992) yang membuat kajian untuk membanding kesan pembelajaran
berbantukan perisian komputer dan pembelajaran secara tradisional di mana hasilnya terdapat

~5~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

perbezaan yang signifikan dalam skor ujian dimana kesan pembelajaran berasaskan perisian
mencatatkan skor yang lebih tinggi berbanding skor pencapaian pembelajaran secara
tradisional. Kim dan Mc Lean (1995) pula membuat kajian keatas 208 orang pelajar di
Korea, mendapati pelajar lebih bermotivasi dan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
apabila melalui pembelajaran berasaskan komputer. Kesimpulannya corak pengajaran PBK
boleh dirumuskan sebagai corak pembelajaran yang lebih berkesan berikutan nilai min yang tinggi.

2.2

Kajian Literatur 2

Kajian yang dijalankan oleh Suhana bt. Matlin dan Chai Chang Yeah daripada
Politeknik Kuching Sarawak adalah bertujuan bertujuan untuk meninjau keberkesanan
kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) iaitu Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar STAD
(Student Teams-Achievement Divisions) dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap
pencapaian pembelajaran Statistik di kalangan pelajar Diploma Akauntansi, Politeknik
Kuching Sarawak. Seramai 57 orang pelajar daripada dua seksyen Diploma Akauntansi
terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini telah menunjukkan pengajaran dan pembelajaran
kursus Statistik dengan pendekatan pembelajaran koperatif adalah amat berkesan. Ini
berdasarkan dengan peningkatan pencapaian min yang lebih tinggi bagi kumpulan yang
diajar dengan kaedah pembelajaran koperatif STAD berbanding dengan peningkatan
pencapaian min bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran tradisional.
Kesimpulannya, penggunaan kaedah koperatif STAD boleh dijadikan sebagai salah satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi kursus Statistik.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah PK STAD merupakan kaedah yang
lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT dalam pencapaian ujian Statistik. Secara
perbandingan bagi kumpulan eksperimen yang mengikuti kaedah PK STAD, peningkatan
pencapaian pelajar kumpulan homogenus adalah lebih baik daripada pelajar kumpulan
heterogenus. Berdasarkan dapatan kajian ini, para pendidik seharusnya peka dengan
persekitaran pendidikan yang sentiasa berubah, termasuk juga kebolehan dan gaya
pembelajaran pelajar. Kajian ini juga mungkin dapat dijadikan satu perintis dan landasan
untuk kajian yang lebih luas dan mendalam dalam bidang yang sama bagi program dan
kursus yang lain.

~6~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif menunjukkan bahawa peningkatan pencapaian


pelajar bagi kumpulan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif adalah lebih baik
berbanding kumpulan kaedah pengajaran tradisional. Ini disokong oleh Slavin (1990), yang
menyatakan kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian
akademik hampir untuk semua peserta yang terlibat kerana interaksi antara pelajar dapat
meningkatkan kebolehan seseorang pelajar itu memproses maklumat dan seterusnya
meningkatkan pencapaian pelajar.

2.3

Kajian Literatur 3

Artikel ini di petik daripada laporan projek statistik yang bertajuk penerokaan
pemikiran konsep perwakilan data di kalangan murid-murid sekolah rendah. . Kajian
dilakukan ke atas pelajar-pelajar Tahun 6 di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar.
Bilangan populasi bagi kajian ini adalah seramai 88 orang pelajar. Manakala jumlah sampel
yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah seramai 25 orang pelajar dan mereka
terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6. Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk
memberi kepentingan kepada guru untuk melihat bagaimana murid menerokai pemahaman
konsep tentang data, dan bagaimana cara mereka mengumpul maklumat atau data. Kajian ini
juga

dapat

melihat

bagaimana

murid

menggunakan

kreativiti

mereka

untuk

mempersembahkan data daripada maklumat yang mereka telah perolehi dengan


menggunakan bahan-bahan yang diberikan. Kajian ini juga memberi pendedahan kepada
murid untuk menerokai konsep pemahaman tentang data dengan aktiviti disediakan yang
diharapkan boleh dikuasai oleh murid secara menyeluruh semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

Menurut NCTM Standard 10 (2000), standard pembelajaran statistik bagi gred 5-8
adalah semua murid sepatutnya memahami bagaimana cara untuk menyusun data daripada
carta atau graf dan membaca maklumat daripada data yang dipersembahkan. Konsep ini
seharusnya diketengahkan ke gred pertengahan di mana data dikumpul dan disusun supaya
pembelajaran menjadi lebih menarik. Fokus terhadap kajian ini adalah untuk menerokai

~7~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

pemikiran murid terhadap konsep data dan sejauh mana murid dapat mengumpul maklumat
atau data berdasarkan kepada tajuk-tajuk kecil yang diberikan kepada mereka. Dan juga
bagaimana murid dapat mempersembahkan data atau maklumat yang mereka telah perolehi
menggunakan kreativiti mereka sendiri.

Murid-murid ini diberikan peluang untuk membuat aktiviti secara berkumpulan


dengan setiap kumpulan memilih tajuk kecil tentang pengumpulan data. Aktiviti ini
dijalankan adalah untuk membantu mereka belajar bagaimana untuk mengumpul data dan
maklumat serta melihat kreativiti mereka dalam mempersembahkan data yang dikumpul ke
dalam bentuk yang lebih difahami. Aktiviti ini juga dilakukan untuk melihat bagaimana
murid ini dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan masing-masing semasa proses
pengumpulan dan mempamerkan data. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka
tentang statistik dengan idea yang berbeza. Dalam mempersembahkan data pula, murid diberi
kebebasan untuk mengikut idea mereka sendiri dan bagaimana cara untuk data itu
dipersembahkan.

3.0

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain.
Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi,
ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM,
1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik
mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence)
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan
dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).
Berikut merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih

Tajuk :

Carta palang, Graf garis dan carta pai

Tajuk Berkaitan :

Statistik

~8~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Aras Berkaitan :

Tingkatan 3

Pengetahuan Sedia Ada :


a)

Pelajar tahu tentang data dan merekod data


Aras Kemahiran : MS-Excel
Masa : 80 minit
Jenis Tugasan : Penyiasatan dan Penerokaan
Pendekatan Pembelajaran : Pembelajaran koperatif

Objektif :
a) Pelajar dapat mewakilkan data dengan carta-carta tertentu berdasarkan maklumat
yang diberi
b) Pelajar dapat membuat huraian dan interprestasi daripada carta yang di bina.
Tugasan Murid :
Setiap aktiviti yang diberi akan dijalankan secara berkumpulan dan kumpulan mahir akan
menyelesaikan aktiviti

menggunakan perisian

MS-Excel

untuk

membuat carta-carta

tertentu.

Langkah 1 :
Guru membahagikan tugasan kepada 4 bahagian :
Bahagian 1: Aktiviti 1
Bahagian 2: Aktiviti 2
Bahagian 3: Aktiviti 3
Bahagian 4: Aktiviti 4

Langkah 2 :
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 4 orang. Setiap anggota kumpulan akan
membaca bahagian masing-masing.
Contoh :
Nama

Kumpulan A

Kumpulan B

~9~

Kumpulan C

Kumpulan D

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

1
2
3
4

A1
A2
A3
A4

B1
B2
B3
B4

C1
C2
C3
C4

D1
D2
D3
D4

Pelajar A1 akan membaca Bahagian 1 dan membuat Aktiviti 1


Pelajar A2 akan membaca Bahagian 2 dan membuat Aktiviti 2
Pelajar A3 akan membaca Bahagian 3 dan membuat Aktiviti 3
Pelajar A4 akan membaca Bahagian 4 dan membuat Aktiviti 4

Langkah 3:
Pelajar daripada kumpulan yang sama akan bertemu dalam kumpulan mahir untuk
berbincang dan menulis laporan bagi bahagian masing-masing. Kumpulan mahir akan
menyelesaikan soalan menggunakan MS-Excel.

Peraturan kepada kumpulan pelajar mahir


Peraturan 1 : Membaca soalan dan faham soalan
Peraturan 2 : Mencatat dan membuat draf jawapan
Peraturan 3: Menyusun dan menulis jawapan
Peraturan 4 : Menyemak semula jawapan
Langkah 4 :
Pelajar kembali kepada kumpulan asal masing-masing dan mengambil giliran memberi
penerangan dan tunjuk ajar kepada ahli kumpulan dengan menyemak laporan dan
aktiviti daripada kumpulan

mahir.

Pelajar

jawapan yang diperolehi.


(Daripada Aktiviti 1 hingga Aktiviti 4)

~10~

akan

membuat

interprestasi

terhadap

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Langkah 5 :
Secara individu pelajar akan diuji dengan menggunakan solan kuiz .Markah setiap individu
akan dijumlahkan untuk mendapat markah kumpulan

Langkah 6 :
Markah kumpulan tertinggi akan diberi ganjaran oleh guru.

Panduan Guru
1.

Guru menerangkan secara ringkas bentuk-bentuk carta seperti carta palang, carta pai
dan graf garis.

2.

Kaedah pengajaran yang digunakan ialah pembelajaran berkumpulan ( Pembelajaran


Koperatif)

3.

Pelajar dibahagikan kepada 4 bahagian . Setiap bahagian mempunyai 4 orang pelajar.

4.

Guru mengedarkan Lembaran kerja Aktiviti kepada Kumpulan A, B, C dan D

5.

Selepas itu, pelajar diminta berkumpul dalam kumpulan mahir yang


terdiri daripada:
Contoh :

A1, B1, C1, D1 dan seterusnya untuk berbincang dan memberi

interprestasi terhadap hasil kerja masing-masing.


6.

Kemudian, guru meminta pelajar kembali kepada kumpulan asal untuk memberi
penerangan kepada ahli kumpulan yang lain.

7.

Guru juga perlu membimbing pelajar dengan bertanyakan pelajar seperti :


a)

Bagaimana pelajar mendapat kekerapan dari data yang diperolehi.

b)

Bagaimanakah pelajar mencari peratus dan purata bagi nilai kekerapan tertentu

c)

Bagaimana pelajar mewakili data dengan pelbagai jenis carta yang lain dan
adakah pelajar rasa ianya sesuai atau sebaliknya.

Soalan-soalan tersebut bertujuan mencungkil pemikiran pelajar.


8.

Sebagai latihan pengukuhan guru memberi soalan kuiz untuk diselesaikan oleh
pelajar.
AKTIVITI

~11~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Arahan : Jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan MS-Excel.

AKTIVITI 1
Berikut ialah taburan gred bagi kumpulan Peperiksaan Setengah Tahun untuk
tingkatan 3 Jupiter.
A

a)

Masukkan maklumat di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

b)

Gred apakah yang mempunyai kekerapan paling tinggi

c)

Gred apakah yang mempunyai kekerapan paling rendah

d)

Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan carta palang

e)

Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah yang
paling sesuai ?

AKTIVITI 2
Seorang pelajar Tingkatan 2A mencatatkan markah-markah yang diperolehi dalam
ujian bulanan bagi matapelajaran matematik. Pada bulan Januari, dia memperolehi 80%
tetapi pada bulan Februari dia hanya memperolehi 75% . Pelajar tersebut telah
mengulangkaji dengan tekun untuk ujian seterusnya dan pada bulan Mac , dia memperolehi
90%. Pada bulan-bulan april, Mei dan Jun, markah yang diperolehi masing-masing ialah
92% , 95% dan 98%.
a)

Masukkan maklumat di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

b)

Bilakah pelajar itu mendapat tempat tertinggi dalam ujian matapelajaran


matematik

c)

Perbezaan markah yang diperolehi pada 2 bulan awal

d)

Peratus kenaikan markah di antara bulan Februari dan bulan Jun

~12~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

e)

Tunjukan maklumat di atas dengan menggunakan graf garis

f)

Pada pendapat anda, adakah cara lain untuk mewakili data ? Cara manakah
yang paling sesuai ?

AKTIVITI 3
Maklumat di bawah menunjukkan jenis pengangkutan yang digunakan oleh pelajar
untuk ke sekolah.

Jenis
Pengangkutan

Basikal

Motorsikal

Kereta

Bas

35

47

13

38

Kekerapan

Jalan
Kaki
27

a)

Masukkan nilai peratus bagi setiap jenis pengangkutan tersebut

b)

Cari nilai purata bagi jenis pengangkutan yang mempunyai kekerapan tertinggi

c)

Jenis pengangkutan apakah yang paling banyak digunakan

d)

Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan graf garis

e)

Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah yang
paling sesuai ?

AKTIVITI 4
Kawan setingkatan Jun, Latif mengalami kemalangan jalanraya sewaktu berbasikal pulang
ke rumah. Latif hanya cedera ringan tetapi basikalnya rosak teruk dan dia tidak mampu
untuk membaiki

basikalnya.

Jun

telah

mengedarkan

sebuah

tabung

dan

sekeping kertas untuk mendapatkan derma daripada kawan-kawan tang lain dalam kelas itu.
Berikut adalah angka-angka yang ditulis di atas kertas itu.
0.50

0.50

0.30

0.20

1.00

1.00

0.50

0.30

0.50

0.50

0.30

0.30

0.20

0.50

1.00

0.50

0.20

0.50

0.20

0.50

~13~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

0.30

0.50

0.20

0.40

0.20

1.00

1.00

0.30

0.20

0.20

a)

Masukkan maklumat di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

b)

Apakah angka yang mempunyai kekerapan terbesar

c)

Apakah angka yang mempunyai kekerapan terkecil

d)

Nyatakan kekerapan bagi mereka yang menderma sebanyak 0.30

e)

Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan carta pai

f)

Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah
yang paling sesuai ?

SOALAN KUIZ
Pada musim durian yang lepas, Azlan sekeluarga telah pulang ke kampung. Berikut adalah
kutipan durian selama 5 hari
Hari

Kutipan

Hasil tambah nombor perdana dari 2 hingga 10

Dua kali ganda lebih dari hari pertama

Hasil tambah kutipan hari pertama dengan GSTK 18 dan 24

Hasil tambah faktor kutipan hari ke 3

Hasil tambah 2 gandaan pertama bagi kutipan hari ke 4

Berdasarkan maklumat di atas,


Apakah bentuk carta yang sesuai untuk mewakili data di atas ? Mengapa anda
katakan sesuai ?

4.0

Strategi Pengajaran dan Sumber

Statistik adalah salah satu tajuk yang meluas dan ianya diajar secara berperingkat
iaitu dari peringkat menengah rendah sehingga ke peringkat menengah tinggi. Spesifik dalam
sukatan pelajaran untuk topik statistik (bahagian 2) memerlukan pelajar mencapai objektif
yang dikhendaki. Diantara objektif yang dirangka diakhir proses pengajaran dan

~14~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

pembelajaran murid seharusnya dapat memahami konsep carta pai dan menyelesaikan
masalah yang melibatkan carta pai. Konsep yang dimaksudkan pelajar perlu tahu
menganalisis data dan mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah. Selain dari itu pelajar
juga perlu tahu konsep min, mod dan median yang merupakan asas dalam tajuk ini selain
dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dihuraikan di atas. Strategi


pengajaran yang dipilih ialah strategi berpusatkan kepada guru dan murid. Menurut Kamus Dewan

1998, Strategi pengajaran bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan. Pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal
keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru.
Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran statistik untuk tingkatan tiga yang
diterangkan di atas, pembelajaran berpusatkan kepada guru berlaku sewaktu guru
menerangkan secara ringkas bentuk-bentuk carta palang, carta pai, dan graf garis. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seterusnya berpusatkan kepada murid. Di bawah strategi
pemusatan murid, murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran, mengikut
strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
beliau. Di dalam bilik darjah guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara berkumpulan atau individu.

Aktiviti pengajaran yang di jalankan diatas mengunakan pendekatan berkumpulan


iaitu pembelajaran kooperatif . Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil
supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan
pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif
melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson &
Johnson, 1991). Bentuk pembelajaran kooperatif yang digunakan ialah kaedah STAD. STAD
merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam
kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan
kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan
diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu,
peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil

~15~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah
individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan
diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama
supaya mendapat markah yang maksimum.
Menurut istilah bahasa Melayu sumber bermaksud asal, mula, dan punca1. Manakala
menurut istilah bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua kebanyakkan rakyat Malaysia
iaitu source yang bermaksud a person, book, or document that provides information2.
Manakala menurut ( Yusof :1992 ) Definisi bahan sumber ialah peralatan atau perkakasan
dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi
menyokong dan mengendalikan sendiri proses pdp. Jika dilihat daripada perspektif
pendidikan, sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah sebarang penerbitan, gambar,
carta, objek, alat, radas, perkakas, model atau kemudahan yang berperanan untuk
memudahkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya sumber
ialah bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan sumber yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen,
model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan
pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti
buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer.

Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterangkan sebelum ini, bahan
sumber yang digunakan ialah lembaran kerja yang menerangkan aktiviti untuk setiap
kumpulan. Bahan sumber ini disediakan oleh guru. Seterusnya, bahan sumber yang
digunakan ialah microsoft excel. Microsoft excel ini digunakan oleh murid untuk melukis
carta palang, carta pai dan juga graf garis. Penggunaan excel ini dapat memberi pengalaman
baru kepada murid dalam pembelajaran seterusnya menarik minat murid terhadap subjek
1

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 1541
Oxford Advanced Learnerners Dictionary International Students Edition. (2006). Oxford University Press:
New York. Hlm. 1409
2

~16~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

matematik.

5.0

Justifikasi

Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang


khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan
yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan
yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan
pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar.
Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri
sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang
lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar
menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi, yang
meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian
yang lebih baik.
Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial
pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran.
Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial
mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan
difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya
agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.
Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah
membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut :
Membaiki hubungan ssosial
Meningkatkan pencapaian
Meningkatkan kemahiran pemimpin
Meningkatkan kemahiran sosial
Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi
Meningkatkan kemahiran teknologi

~17~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

Meningkatkan keyakinan diri


6.0

Kesimpulan
Matapelajaran Statistik ini dimasukkan ke dalam kurikulum Sekolah Rendah kerana

pakar pendidikan merasakan ilmu statistik itu perlu di ajar pada peringkat kanak-kanak lagi
supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal bagaimana mengumpul,
memproses dan menganalisis data supaya mereka mempunyai asas yang kukuh apabila
mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai pemahaman
yang tersendiri tentang data. Ada yang berpendapat bahawa data itu ada satu gambar rajah
dan ada juga yang menyatakan bahawa data itu ialah maklumat yang diwakili dengan carta
atau jadual. Ini menunjukkan bahawa pelajar ini cuba mentafsirkan makna data itu sendiri
dengan memberi pelbagai andaian. Ada juga menyatakan data itu sendiri boleh
dipersembahkan dalam bentuk pokok, kotak, bunga dan macam-macam lagi. Melalui lukisan
guru dapat menilai sejauh mana pelajar-pelajar ini faham tentang data.

Namun data ialah maklumat berangka yang memberikan gambaran tentang sesuatu
peristiwa yang telah berlaku serta dapat member ramalan tentang peristiwa akan datang. Data
juga membantu manusia membuat keputusan yang melibatkan masalah harian. Melihat
bagaimana pelajar-pelajar ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang
untuk mengumpul, mengendali dan mempersembahkan data berdasarkan pengalaman mereka
sama ada dalam kelas atau pengetahuan am mereka tentang statistik.

Dalam konsep perwakilan data ianya memerlukan murid mempunyai daya kefahaman
yang tinggi terhadap sesuatu maklumat yang diberi. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh
murid melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada mereka

untuk

meneroka pemahaman tentang konsep data. Ramai di kalangan murid tidak dapat membuat
pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang data kerana mereka kurang
didedahkan dengan latihan manipulatif. Terdapat beberapa alat bantuan mengajar yang boleh
digunakan oleh guru untuk menyampaikan konsep perwakilan data seperti contoh lukisan,
jadual, carta bar dan carta palang.

~18~

ANIZAN BT CHE MAT


770805035800
~HBMT3203 SMP~

RUJUKAN / REFERENSI
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Spesifikasi
Kurikulum Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul
Teras Asas Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul
Teras Asas Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011), Spesifikasi KurikulumMatematik Tingkatan 3.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011), Spesifikasi KurikulumMatematik Tingkatan 2.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Salleh, M. R. (2011, Mac 13). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial.
Retrieved Feb 28, 2014, from KUMPULAN PGSR BAHASA MELAYU IPGM KKB:
http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/03/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Sufean Hussin ( 1992 ), Pengajaran Matematik KBSR, Strategi Membina Kemahiran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://eprints.utm.my/10934/1/Keberkesanan_PBK_Bertajuk_Statistik__II__Yang_Disediaka
D_Oleh_KPM_Bagi_PelajarPelajar_Tingkatan_Tiga_Di_Dua_Buah_Sekolah_Daerah_Kota_Tinggi,_Johor.pdf
http://dspace.poliku.edu.my/xmlui/bitstream/handle/123456789/818/PEMBELAJARAN%20
KOPERATIF%20STAD.pdf?sequence=1
https://docs.google.com/document/d/142ceBvcB5tS7y4YW46eUCy1pn15Rg7IvuZEGfvEcY
44/edit?hl=en
http://www.oocities.org/gardner02_8/ilmiah1.htm
http://nenez9595.blogspot.com/2013/05/penyelesaian-masalah-matematik.html

~19~

Vous aimerez peut-être aussi