Vous êtes sur la page 1sur 15

1.

PENDAHULUAN

Revolusi-revolusi 1848 merupakan pertembungan dan ledakan idea oleh para pelopor tokohtokoh penggerak revolusi masing-masing. Revolusi ini dikatakan sebagai zaman selepas
Napoleon Bonaparte. Di eropah, juga dikenali sebagai zaman pemulihan iaitu pemulihan
semula tampuk pemerintahan di Perancis daripada keluarga diraja dari wangsa Bourbon.
Pemulihan atau pengembalian semula daerah takhluk Perancis kepada negara yang berhak
terhadapnya. Dikatakan juga zaman ini sebagai pemulihan pemerintahan daripada cara
revolusioner kepada pemerintahan yang bercorak konservatif. Antara kuasa besar eropah
yang berjaya mengalahkan Napoleon Bonaparte iaitu Britain, Austria, Rusia, dan Prusia.
Kesemua kuasa besar ini berazam untuk memastikan agar aktiviti penaklukan perancis di
Eropah tidak berulang semula. Untuk mencapai tujuan ini dan untuk melahirkan kestabilan
politik, maka suatu sistem perimbangan kuasa diketengahkan.
Berlandaskan sistem ini, negara-negara besar di Eropah bersetuju tidak akan
mencampuri urusan dalam negeri satu sama lain dan tidak akan melakukan sesuatu yang
akan mencampuri urusan dalam negeri satu sama lain dan tidak akan melakukan sesuatu
yang akan mengancam kestabilan politik sebenua. Walaubagaimanapun, terdapat pula
penekanan berbeza yang diberikan oleh kuasa eropah terhadap dasar ini. Pada satu pihak,
Rusia mewakili kuasa yang paling konservatif. Rusia mahukan satu pakatan bersama bagi
menundukkan mana-mana kebangkitan yang menentang kerajaan beraja. Sebaliknya, Britain
tidak bersetuju dengan pendirian Rusia ini. Britain merupakan wakil kepada semangat
Liberalisme. Britain mendapat sokongan Perancis sedangkan Rusia mendapat sokongan
Prusia. Jadi, zaman antara tahun 1815 hingga tahun 1848 ini rata-rata memperlihatkan
pemikiran dan pemerintahan konservatif di Eropah. Dalam pada itu, terdapat juga peristiwa
revolusioner pada tahun 1820 dan tahun 1830 yang mengancam arus konservatisme ini.
Unsur yang cuba merombak keadaan ini ada kaitannya dengan revolusi Perancis. Bahang
daripada revolusi perancis masih lagi dirasakan. Kemaraan tentera perancis mungkin telah
dapat disekat tetapi perkembangan idea yang telah dibangkitkan oleh slogan persamaan,
persaudaraan dan kebebasan nampaknya sukar untuk dibendung begitu sahaja.

2.0

ISI-ISI PENTING

2.1

Punca-punca yang membawa kepada tercetusnya revolusi 1848

2.1.1 Romantisme
Salah satu idea penting yang mempengaruhi para aktivis revolusioner pada masa itu ialah
romantisisme. Pemikiran ini tersebar di kalangan ahli seni kesusasteraan dan budaya eropah.
Walaupun mereka bergerak secara khusus dalam bidang seni kesusasteraan dan budaya,
mereka juga mempunyai pertalian dengan perkembangan pemikiran politik. Romantisisme
pernah disifatkan sebagai jiwa kepada revolusi politik. Adalah agak sukar untuk
menggolongkan para para pendukung romantisisme ini kesemuanya ke dalam mana-mana
satu kategori pemikiran politik, iaitu untuk menentukan sama ada mereka itu konservatif,
radikal, liberal, kuat beragama atau sebaliknya. Rene Chateaubriand (perancis), Fredrich
Novalis dan Fredrich Schlegel (jerman) merupakan pendukung romantisisme yang kuat pada
abad ke 19. Penyajak Inggeris pula seperti William Wordsworth, Robert Southley dan Samuel
Coleridge semuanya menyokong revolusi Perancis pada mulanya. Namun, setelah mencapai
peringkat radikal, melampau dan ganas, mereka menjadi antirevolusi dan menyokong idea
dan institusi tradisional pula. Sementara itu pula, angkatan karyawan romantis pada tahun
1820-an nyata telah memihak kepada fahaman demokrasi dan liberal. Oleh sebab itu, tentu
wajar juga jika seseorang itu bertanya dimanakah terletaknya persamaan mereka sehingga
mereka semua dapat digolongkan sebagai para karyawan romantis. Mereka pada masa itu
percaya, fahaman dan sikap yang mereka pilih itulah yang boleh membuka lembaran baru
dalam kehidupan manusia sejagat, yang boleh menemukan manusia dengan sistem impian,
suatu utopia.

2.1.2 Liberalisme
Satu lagi aliran pemikiran yang telah memainkan peranan dalam revolusi-revolusi 1848 ialah
liberalisme. Liberalisme memihak kepada konsep pemerintahan menurut perlembagaan,
kuasa Dewan Perwakilan yang mewakili rakyat (berada), dan ini bercanggah dengan konsep
pemerintahan monarki yang umum terdapat di Eropah pada masa itu. Oleh sebab liberalisme
pada masa itu dianggap sebagai suatu fahaman yang radikal, fahaman liberal ini dikaitkan
juga oleh golongan yang tidak bersimpati dengannya, (golongan konservatif), dengan

tindakan melampau revolusi Perancis. Daripada ukuran barat sekarang, liberalisme pada
masa itu adalah suatu fahaman pertengahan sahaja malah mungkin boleh dikatakan sebagai
suatu yang lebih dekat kepada fahaman politik sayap kanan. Pada masa tersebut, liberalisme
tidak bersetuju dengan feudalisme. Golongan sayap kiri menganggap campur tangan
pemerintahan dalam kegiatan ekonomi negara amat perlu tetapi para liberal masih tetap
percaya dan memperjuangkan ekonomi bebas. Dalam konteks masa itu, liberalisme
merupakan suatu fahaman anutan kaum menengah yang menentang feudalisme. Tetapi
liberalisme sendiri telah ditentang oleh suatu yang lain yang lebih radikal iaitu fahaman
sosialis. Perlu juga diingat bahawa penganut liberalisme percaya fahaman mereka bukan
sahaja boleh menguntungkan kaum menengah tetapi juga semua golongan yang lain. Para
liberal yakin suatu anutan yang lebih cemerlang akan lahir di Eropah jika fahaman mereka
dijadikan pemerintahan dan kehidupan.

2.1.3 Sosialisme
Pada abad ke 19, sosialisme agak sukar dibezakan daripada komunisme. Seperti juga
liberalisme dan demokrasi di eropah, dapat digaluri pertumbuhan zaman Revolusi Perancis.
Thomson mengatakan jika pihak liberal mengutarakan unsur kebebasan yang dilaungkan
oleh Revolusi Perancis, dan demokrasi mengugut persamaan maka sosialisme mementingkan
persaudaraan. Dari satu sudut kita dapat lihat perbezaan antara demokrasi dengan sosialis
begini dengan menekankan persamaan sivil, persamaan disisi undang-undang dan hak
politik, sosialisme mengiktiraf perbezaan yang terdapat antara manusia dari segi bakat
kepentingan mereka. Lantas slogan sosialisme yang utama dan biasa didengar ialah
seseorang menurut kemampuannya, untuk seseorang menurut sumbangannya. Kumpulan
sosialis yang mengancam status quo secara terang-terangan ialah kumpulan yang
menyarankan rampasan kuasa sebagai suatu taktik politik yang sah dan mempraktikkan
kepercayaan mereka itu. Para pemimpin utama kumpulan ini terdiri daripada Babeauf (17601797), Buonarotti (1761-1837), Louis Auguste Blanqui (1805-1881) dan Louis dalam Blanc
(1881-1822). Babeauf dianggap sebagai pengasas tradisi komunis moden dan Buonarroti
menerusi bukunya La Conspiration pour IEgalite, telah mempengaruhi beberapa generasi
sayap kiri Eropah selepasnya. Blanqui dan Blanc terlibat secara aktif dalam revolusi-revolusi
1848. Mereka berpendapat kuasa pemerintahan patut diperoleh dahulu dan kemudian
barulah konsep sosialisme itu dapat dijelmakan. Golongan merekalah yang merupakan

golongan yang betul-betul berazam untuk mengubah peraturan sosioekonomi dan politik di
Eropah pada masa revolusi-revolusi 1848.

2.1.4 Marxisme/Komunisme
Marxisme atau komunisme telah juga dilihat sebagai lanjutan kepada tradisi Babeauf. Tetapi
Marx merupakan orang yang mula-mula sekali mengetengahkan dengan cara yang terperinci
konsep peperangan kelas. Beliau telah mengemukakan teori yang jika dipraktikkan, katanya,
akan memungkinkan kaum pekerja berkuasa dalam satu masyarakat tanpa kelas. Menurut
fahaman Marx, masyarakat berubah kerana sistem pengeluarannya berubah-ubah iaitu
daripada komunisme primitif kepada sistem perhambaan, feudalisme, kapitalisme borjuis,
sosialisme dan akhirnya komunisme. Menurut hemat Marx, revolusi tidak dapat dipaksapaksa. Masa untuk keadaan revolusi itu betul-betul masak terpaksalah ditunggu. Dalam
teorinya, masa yang betul-betul masak untuk revolusi (komunis) itu hanya akan tiba apabila
proses perindustrian sudah tiba ke puncak perkembangannya. Pertentangan kelas bagi Marx,
adalah satu proses yang memakan masa. Bagi Marx, ahli sosialis seperti Saint Simon dan
lain-lain yang mengharapkan pembentukan masyarakat sosialis dengan cara mudah, dan
juga mereka seperti Blanqui yang menganggap masyarakat sosialis akan dapat dilahirkan
menerusi rampasan kuasa adalah sosialis khayalan.

2.2

Revolusi-revolusi sebelum revolusi 1848

2.2.1 Revolusi Industri


Revolusi industri adalah berlainan daripada revolusi lain kerana ia bukanlah revolusi yang
datang mengejut, cepat dan menukarkan keadaan dengan cara mendadak. Proses
perubahan yang dibawanya memakan masa yang agak lama. Ia mula berkembang dengan
agak berkesan pada tahun 1760 di Britain dan lambat sedikit di benua Eropah. Pada
asasnya, Revolusi Industri ialah proses menukar cara pengeluaran daripada menggunakan
tangan kepada menggunakan jentera. Dalam pengertian yang lebih luas, Revolusi Industri
ialah revolusi yang membawa kesan kepada pemikiran dan peraturan politik, sosioekonomi
dan sistem nilai di Eropah. Aspek yang kedua inilah yang patut diambil kira oleh kita.
Gabungan aspek pertama dengan aspek yang kedua inilah yang boleh dimengertikan

sebagai industrialisme. Pada tahun 1848, secara amnya peringkat pengindustrian di Eropah
belum begitu meningkat.
Oleh sebab perkembangannya masih baru, maka ada ahli sejarah yang mengatakan
bahawa ia tidak ada kena-mengena dengan pendapat ini. Bruun, misalnya, mengatakan
antara tiga faktor utama yang mencetuskan Revolusi-revolusi 1848, iaitu liberalisme,
nasionalisme dan industrialisme, maka industrialismelah faktor yang paling menyeluruh dan
dinamik. Bagi Bruun, gelombang revolusi-revolusi 1848 adalah pergolakan sosial yang
pertama selepas tumbuhnya sistem kilang dan perkembangan industri. Dalam konteks ini,
revolusi-revolusi 1848 merupakan revolusi dunia moden yang pertama, kerana pekerja di
bawah pengaruh sosialisme, mengancam peraturan hak milik harta perseorangan. Kaum
menengah pula telah, buat pertama kalinya juga, mendapati diri mereka digolongkan
sebagai puak sayap kanan.

2.2.2 Revolusi 1820


Revolusi ini merupakan kebangkitan kebangsaan yang dipelopori oleh kumpulan tentera
terhaap raja mereka sendiri yang mereka tidak sukai, atau terhadap kuasa asing yang
menduduki negara mereka. Revolusi ini berlaku di sepanyol, portugal, dan itali. Semua
revolusi ini ditumpaskan dan terdapat kuasa asing juga yang turut campur tangan dalam
tindakan penumpasan ini, seperti tentera Perancis di Sepanyol dan tentera Austria di Itali.
Dengan kemenangan kuasa Monarki, para pemberontak kebangsaan ini terpaksa bergerak di
bawah tanah atau ke negara yang lebih liberal seperti Britain, Switzerland dan Belanda. Oleh
itu, pergerakan revolusioner ini telah diantarabangsakan dan dari tarikh ini juga beberapa
kumpulan gelap mula membiak. Ada antara kumpulan ini sudah pun wujud pada zaman
Napoleon Bonaparte lagi, bagi menentang pemerintahan Napoleon Bonaparte tersebut.

2.2.3 Revolusi 1830


Revolusi-revolusi tahun 1830 pula agak berlainan sedikit daripada revolusi tahun 1820.
Revolusi tahun 1830 lebuh merupakan revolusi bercorak liberal, bukan kebangsaan. Ia
dipelopori oleh kumpulan yang lebih meluas ahlinya, merangkumi golongan-golongan kaya,
golongan menengah, para cendekiawan, peguam, wartawan, ahli bank dan sebagainya. Ia
juga berlaku di kawasan yang lebih luas di seperti di Perancis, Belgium, di sesetengah

bahagian Jerman, Itali, Switzerland dan Poland. Secara umumnya, kebangkitan ini
merupakan protes terhadap sekatan dan kekurangan yang terdapat dalam sistem
pemerintahan kerajaan berunsur konservatif semenjak tahun 1815. Apa yang terdapat dalam
semua pergerakan ini ialah hasrat untuk merapatkan lagi hubungan antara pemerintah
dengan rakyat. Matlamat ini tidak mudah dicapai begitu sahaja, lagipun bentuk akhir
matlamat ini berbeza-beza pula bagi para pemikir dan pejuang yang terlibat pada masa itu.

2.3

Revolusi-revolusi pada tahun 1848

2.3.1 Revolusi Februari


Pemberontakan pertama pada tahun 1848 berlaku di Palermo, Itali. Kebangkitan ini
bertujuan

untuk

memisahkan

daerah

itu

daripada

pemerintahan

Naples.

Walaubagaimanapun, pemberontakan tidak meniupkan api revolusi ke tempat lain di Eropah.


Pemberontakan yang telah menggegarkan eropah berlaku di Paris pada bulan Februari tahun
1848. Pemberontakan ini dikendali oleh gabungan antara puak sosialis dengan para
pendukung republik yang menentang pemerintahan Louise Philippe. Louis Philippe (17731850) adalah daripada keluarga Orleans yang merupakan keluarga saingan kepada golongan
diraja Bourbon. Beliau seperti juga ayahnya, dianggap sebagai liberal. Oleh sebab simpatinya
kepada idea liberal dan juga republik, maka dia telah dilantik oleh golongan yang
mengendalikan Revolusi 1830 sebagai raja menggantikan Charles X yang lari ke England.
Kemudian puak kiri dan liberal Perancis mendapati pemerintahan Louise Philippe tidak
memuaskan. Maka itulah sebabnya berlaku penentangan terhadapnya. Peristiwa khusus
yang mencetuskan kebangkitan di Paris sebenarnya berkait dengan parti pembangkang
(pada bulan Disember tahun 1847), untuk mengadakan jamuan makan di Paris, sebelum
parlimen memulakan persidangannya. Para penganjurnya ialah golongan sederhana yang
prorepublik, termasuk ahli parlimen seperti Odilon Barrot (peguam), Lamartine (penyajak)
dan ahli sidang redaksi akhbar Native seperti Marrast. Golongan sosialis radikal juga turut
serta. Kumpulan yang kuat sekali dalam kalangan puak sosialis pada masa itu ialah ahli
sidang redaksi akhbar Reforme. Mereka diketuai oleh Ledru-Rollin.

2.3.2 Revolusi Jun di Paris


Pada 15 Mei 1848, para pekerja Paris mengancam mengancam untuk bertindak terhadap
Dewan Perwakilan. Ini telah menimbulkan reaksi daripada para pendukung republik dan para
puak promonarki. Mereka bersatu dan memansuhkan ikrar bulan Februari yang menjamin
pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang mengkehendakinya. Menerusi proses undian, mereka
juga memansuhkan Bengkel Kebangsaan. Puak Radikal di Paris menyifatkan tindakan Dewan
Perwakilan ini sebagai satu pengkhianatan terhadap revolusi. Mereka cuba merampas kuasa
dan akibatnya, pertempuran berlaku antara mereka dengan pihak tentera di bawah pimpinan
Jeneral Louis Cavaignac. Pertumpahan darah berterusan sehingga empat hari (23-26 Jun)
dan 500 orang para pemberontak telah mati menjadi mangsa berbanding dengan 100 orang
di pihak tentera dan pengawal. Tetapi dalam gerakan pembersihan yang dilakukan oleh
tentera kerajaan selepas para pemberontak ditewaskan, hampir 3000 orang telah dibunuh
dan 12 000 orang ditangkap. Akhirnya, seramai 4500 telah sama dipenjara atau dibuang
negeri ke Algeria. Setelah berlakunya peristiwa yang kemudiannya dikenali sebagai hari-hari
Jun ini, Dewan Perwakilan menyambung semula sidangnya dan meluluskan satu
perlembagaan baru.

2.3.3 Revolusi 1848 di Jerman.


Pada tahun 1848, kedua-dua idea iaitu nasionalisme dan liberalisme seolah-olah mendapat
nafas baru. Satu perhimpunan umum di Nassau, sebuah negeri dalam persekutuan Jerman,
telah merekodkan pernyataan bahawa revolusi di Perancis tekah menggerakkan eropah
dan kesannya telah tiba ke Jerman. Perhimpunan ini antara lain menuntut agar semua
rakyat dibekalkan dengan senjata. Mereka juga menuntut kebebasan akhbar tanpa syarat,
persidangan parlimen Jerman, kebebasan berpersatuan dan penggubalan semula undangundang mengundi. Tuntutan yang senada dengan ini juga dibuat oleh satu perhimpunan di
negeri Wurttemberg sehari selepas perhimpunan di Nassau, iaitu pada 3 Mac 1846. Keduadua tuntutan ini, menurut Kertesz, adalah sealiran dengan tuntutan yang disuarakan di
beberapa tempat lain di Jerman.
Nasib revolusi di negeri-negeri Jerman adalah terikat kepada apa yang berlaku di
Prusia. Pengaruh Prusia terhadap negeri lain adalah kuat. Jika Austria dikecualikan, Prusia
bukan hanya merupakan negeri Jerman yang yang paling besar

dan kuat tetapi juga

terkenal sebagai pendukung konservatisme yang gigih. Di Prusia, kebangkitan mula-mula

sekali berlaku di Cologne. Keadaan industri di Cologne pada masa itu sedang mengalami
kemelesetan. Namun, peristiwa yang mustahak berlaku di Berlin iaitu dua orang
cendekiawan radikal, Julius Berends dan Fredrich Schmidt telah mengendalikan beberapa
perhimpunan awam yang kemudiannya menghasilkan satu surat rayuan kepada kerajaan.
Apabila rayuan agar pembaharuan dilaksanakan dalam pentadbiran negeri ini ditolak, para
penunjuk perasaan bertambah ramai dan agresif. Perkhabaran tentang kebangkitan di
Vienna yang mengakibatkan jatuhnya tokoh konservatif Eropah semasa, Metternich, telah
memberikan rangsangan yang bertambah kuat kepada para pejuang di Berlin. Raja Prusia,
Frederick William akhirnya mengalah kepada para penentangnya pada 18 Mac. Dalam dekri
yang diisytiharkannya pada hari itu, Raja Fredrick William menjanjikan pemansuhan
penapisan akhbar, penggubalan satu perlembagaan, persidangan parlimen se-Prusia pada 2
April dan pengakuan bahawa Prusia bersedia untuk mengepalai usaha bagi mencapai
penyatuan Jerman.
Pengisytiharan ini telah disambut dengan penuh keghairahan. Tetapi keadaan panik
pula telah timbul dan akhirnya mencetuskan pertempuran antara rakyat biasa dengan pihak
bersenjata. Tiga ratus orang terbunuh dalam pertempuran ini. Kebanyakan daripada mereka
yang terkorban ialah daripada para pekerja mahir terutamanya tukang kayu, tukang jahit
dan tukang kasut. Hanya lebih kurang lima belas orang daripada golongan menengah yang
terbunuh (termasuk para penuntut) dan tiga puluh orang tukang mahir peringkat atasan.

2.3.4 Revolusi 1848 di Itali.


Pada tahun 1848, Itali seperti juga Jerman yang merupakan satu istilah geografi dan
bukannya sebuah entiti politik. Itali terbahagi kepada beberapa daerah atau negeri di bawah
berbagai-bagai pemerintahan yang berlainan. Di selatan Itali, kerajaan Dua Sicily (Naples
dan Sicily) yang merangkumi hampir semua daerah di Itali ke selatan daripada Rom dan juga
Pulau Sicily diperintah oleh Ferdinand II, seorang putera Bourbon (perancis). Oleh sebab
unsur kuasa asing begitu ketara di Itali, maka faktor antikuasa asing memainkan peranan
yang mustahak dalam revolusi di Itali. Lagipu perasaan antipemerintah negeri sendiri agak
kurang di Itali. Beberapa langkah reformis dan liberal yang dilaksanakan di Itali telah mereda
atau memuaskan hati para atau bakal pemberontak tempatan. Oleh itu, potensi politik
mereka dihadapkan pula kepada tindakan menentang pemerintahan Austria.

Oleh sebab rakyat Itali serumpum bangsa, seagama dan bertutur satu bahasa maka
harapan untuk nasionalisme Itali berkembang sihat sepatutnya cerah. Namu, harapan ini
telah dimusnahkan oleh pertikaian atau perbezaan ideologi pula. Pertikaian ideologi ini
adalah agak sama dengan apa yang ada di tempat lain. Di satu pihak pula, terdapat
golongan sederhana yang diwakili golongan atasan dan menengah. Golongan ini tidak
antimonarki dan tidak antigereja dan takutkan sosialisme. Kemudian, terdapat juga golongan
nasionalis yang radikal seperti Mazzini yang memperjuangkan konsep republik tetapi
mengetepikan buat sementara soal kepentingan sosioekonomi golongan bawahan. Kumpulan
yang lebih radikal ialah kumpulan yang memperjuangkan penyingkiran kuasa asing dari Itali.
Golongan petani dan pekerja juga terlibat secara sendiri dalam menyuarakan kepentingan
mereka. Ini terpaksa mereka lakukan kerana pihak revolusioner kelas menengah tidak
sebenarnya dapat menyuara dan memperjuangkan kepentingan petani dan pekerja.
Selain kumpulan ini terdapat juga golongan agama di bawah pimpinan Paus Pius IX di
Rom. Paus yang pada mulanya terlibat dalam tindakan reformis dan bersimpati pula dengan
pergerakan agama. Austria telah menarik diri daripada kempen anti-Austria pada suatu saat
yang genting. Hal ini telah benar-benar mengecewakan para revolusioner Itali. Jadi, dalam
konteks Itali, pergerakan revolusi 1848 sebenarnya adalah satu fenomena yang melinatkan
lebih daripada tiga penjuru. Kebangkitan penting di Itali yang kemidiannya mencetuskan
rantaian kebangkitan lain berlaku pada 17 Mac 1848 di Milan, Lombardy. Demonstrasi secara
besar-besaran telah dikendalikan oleh para radikal muda yang memperjuangkan idea negara
republik. Semangat mereka telah dibangkitkan oleh perkhabaran yang tiba ke Milan pada
hari itu tentang revolusi yang berlaku di Vence. Mereka menuntut kerajaan memberi
kebebasan akhbar, menggantikan polis dengan pengawal sivil dan memulakan persidangan
Dewan Kebangsaan. Pada mulanya, tentera Austria di bawah pimpinan Jeneral Radetzky,
yang sudah pun berusia lapan puluh tahun, tidak bertindak balas kerana enggan mengapiapikan suasana. Lagipun Radetzky yang hanya mempunyai 13 000 orang tentera di Milan
juga khuatirkan campur tangan kerajaan Sardinia atau Piedmont yang mempunyai 45 000
orang tentera.
Kebangkitan lima hari di Milan ini berjaya mengusir tentera Asutria apabila Radetzky
mengudurkan tenteranya pada 23 Mac 1848. Kerajaan revolusi sudah pun ditubuhkan pada
18 Mac di bawah pimpinan Carlo Cattaneo, ahli teori politik yang radikal. Namun,
kebanyakan rakan sejawatnya terdiri daripada golongan liberal. Dalam kebangkitan lima
hari di Milan, golongan atasan dan bawahan telah berganding bahu menentang Austria.
Sukarelawan berebut-rebut datang ke Milan dari kota di sekitar Itali utara dan tengah. Dari

Rom sahaja 9000 orang sukarelawan tiba di Milan. Negeri Itali yang lain turut
menyumbangkan bala tentera mengikut kemampuan masing-masing. Malah Ferdinand II
yang memerintah kerajaan Dua Sicily telah dipaksa oleh golongan radikal untuk menghantar
14 000 orang tentera ke Lombardy.

3.0

Sebab-Sebab Kegagalan Revolusi 1848

3.1 Penentangan golongan bawahan yang mana ditafsirkan sebagai pertarungan tiga
penjuru.
Revolusi-revolusi 1848 merupakan bukan satu pertentangan antara kaum feudal dengan
kaum bukan bangsawan tetapi hal ini juga antara pihak pekerja dan pihak borjuis. Selain itu,
terdapat juga konflik atau pertembungan hala antara puak bangsawan dan bukan
bangsawan tetapi jika dilihat secara keseluruhan revolusi 1848 merupakan perlawanan tiga
penjuru. Kaum pekerja dan borjuis bersatu sistem feudal atau saki bakinya tetapi kaum
borjuis itu juga telah ditentang oleh kaum pekerja. Ebenstein berkata fenomena seperti ini di
Jerman dengan menulis, apabila kelas menengah Jerman berjuanh untuk mendapatkan
kekuasaan politik pada tahun 1840-an, mereka dihadapi oleh satu keadaan baru dalam
sejarah Eropah. Mereka mengorqak langkah untuk menentang hak keistimewaan,
penindasan dan monopoli politik oleh golongan bangsawan dan golongan feudal tetapi
mereka sendiri sudahpun diserang kuat di bahagian lain oleh golongan revolusioner kelas
pekerja industri.
Gambaran Ebenstein tersebut sama dengan gambaran yang dibuat oleh Stearns. Stearns
seterusnya mengatakan bahawa golongan bawahan amat berwaspada agar mereka tidak
akan oleh golongan menengah. Stearns juaga mengatakan bahawa, kelas menengah,
walaupun semasa mereka menyokong revolusi, sementara golongan bawahan pula agak
sewajarnyalah merasa takut jika faedah daripada revolusi akan sekali lagi tidak dapat
dinikmati mereka.1

3.2 Ketidakyakinan pencetus revolusi terhadap ideologi yang dibawa iaitu liberalisme,
sosialisme, romantisme dan marxisme.

P.N Stearns, op. cit hlm. 12.

Terdapat pelbagai ideologi yang timbul pada masa itu antaranya romantisme, marxisme,
sosialisme dan liberalisme. Romantisme merupakan satu ideologi yang ditimbulkan dalam
pergerakan revolusi 1848. Golongan romantisme mengutamakan atau menekankan
kepentingan unsur perasaan maka muncullah pendapat yang mengatakan bahawa mereka
ini tidak realistik. Contohnya, Hauser mengatakan bahawa para romantis sebenarnya adalh
mereka yang telah merasa kecewa dengan kemungkinan timbulnya satu era baru bagi
manusia.

Harapan menggunung yang telah lahir bersama-sama dengan pergerakan

kesedaran revolusi perancis nampaknya gagal untuk sampai ke satu maklumat yang
memuaskan hati mereka. Oleh itu, sebagai reaksi kepada aliran pemikiran yang
mengagungkan akal manusia, mereka telah berpaling ke arah aliran pemikiran yang
mengutamakan perasaan manusia. Contoh lain iaitu Croce dan Barzun menafikan ketepatan
dakwaan bahawa para romantisme telah menggantikan kepercayaan kepada akal manusia
dengan kepercayaan kepada perasaan manusia. Namun begitu, tujuan para romantis
bukanlah mahu menggantikan sesuatu fahaman dan sesuatu fahaman yang lain. Mereka
hanya mahu agar kepercayaan atau sandaran manusia kepada akal diperlengkapkan pula
dengan kepercayaan kepada keunggulan perasaan. Persoalan sama ada para romantis itu
berhalauan positif atau negatif adalah sesuatu yang menarik. Penyelesaian kepada persoalan
ini tentu melibatkan bukan sahaj pentafsiran tetapi juga pegangan nilai seseorang pengkaji.
Walau bagaimanapun, seseorang itu kemungklianan menafikan bahawa arus romantisme
tersebut telah mempengaruhi para aktivitis dalam revolusi 1848. Bentuk pengaruh itu adalah
persoalan yang berasingan pula. Pengaruhnya, sama ada positif atau negatif telah dikesan
dan sedia diakui oleh sejarah.2
Ideologi yang seterusnya ialah liberalisme, fahaman ini adalah sesuatu fahaman yang
bersetuju

dengan

pemulihan

dalam

pemerintahan

negara.

Walau

bagaimanapun,

pengunduran liberalisme ini adalah peringkat yang lebih pada akhir abad ke-19 malahan
pada abad ke-20 juga. Lagipun perkembangan ini berpusat di Britain. Jadi, bagoi tujuan
mengkaji revolusi-revolusi 1848, liberalisme berangkali hanya perlu difahami dalam konteks
ikilim politik pada masa itu. Dalam konteks masa itu, liberalisme merupakan suatu fahaman
anutan kaum menengah yang menentang feudalisme. Tetapi liberalisme sendiri telah
ditentang oleh suasana lain yang lebih radikal.
Sosialisme merupakan fahaman yang seterusnya. Fahaman ini menentang pemusatan
kuasa dalam di dalam pemerintahan dan menaruh kepercayaan kepada keupayaan manusia
2

Lihat misalnya, P.N. Stearns, 1974. The revolutions of 1848. London: Weidenfeld & Nicolson, hlm. 48-49 dan
hlm. 248. Thomson, Europe Since Napoleon, hlm. 141-145 dan Hauser, op. cit.

biasa untuk mengendalikan sendiri urusan kemasyarakatan. Mereka percaya kepada


kemungkinan menjelang zaman kemakmuran daripada revolusi industri. Oleh yang demikian,
mereka lebih mengagungkan petani dan pekerja serta memandang rendah kepada golongan
yang menyara hidup tanpa dengan tulan empat kerat. Mereka berpendapat kuasa
pemerintah patut diperoleh dahulu dan kemudian barulah konsep sosialisme itu dijelmakan.
Golongan merekalah yang merupakan golongan yang betul-betul berazam untuk mengubah
peraturan sosioekonomi dan politik di Eropah pada masa revolusi 1848.
Marxisme

atau

komunisme

merupakan

ideologi

yang

mengetengahkan

konsep

peperangan mengikut kelas secara terperinci mengikut Marx. Pertentangan kelas bagi Marx
adalah satu proses yang memakan masa. Oleh itu, ahli sosialis seperti Saint Simon dan lainlain mengharapkan pembentukan masyarakat sosialis dengan cara mudah. Jadi, menurut
analisis, kaum borjuis yang telah menguburkan revolusi 1848 ,merupakan yang sebenarnya
mengendali dan melanjutkan hasrat revolusi itu sendiri.3
Oleh itu, akibat timbulnya pelbagai ideologi revolusi tidak dapat dicapai. Hal ini demikian
kerana, masyarakat pada ketika itu melakukan kajian terhadap semua ideologi tersebut
untuk memilih ideologi yang terbaik dalam mencetuskan revolusi 1848. Oleh itu, tidak ada
satupun fahaman atau ideologi yang boleh diguna pakai ketika itu dan akhirnya
pertelingkahan telah berlaku serta pembaharuan tidak dapat dicapai.

3.3 Ketidakyakinan golongan pemerintah terhadap revolusi 1848.

K. Marx 1972. The class struggles france 1848-1850. Moscow: Progress Publishers, cetakan kelima, hlm. 14.
Bagi Marx kerajaan Louise Philippe sebelum kebangkitan Februari 1848 iaitu satu monarki borjuis dan kerajaan
republic yang ditubuhkan selepas itu ialah kerajaan republic borjuis. Walau bagaimanapun, republic borjuis
Februari 1848 itu mempunyai beberapa ciri sosialis. Oleh itu, untuk menentukan sama ada cirri sosialis atau
borjuis yang akan mendapat tempat utama seterusnya, maka satu pertempuran lain adalah diperlukan.
Pertempuran lain itu ialah pertempuran/revolusi jun 1948. Jadi bagi Marx, revolusi Jun merupakan kelahiran
republic borjuis yang sebenarnya. Ibid hlm. 49. Menurut Marx lagi, dengan revolusi jun, pemisahan antara
proletariat dengan borjuis bertambah nyata. Dengan itu juga maka keadaan untuk revolusi yang sebenarnya
sudah mula timbul. Kata Marx. revolusi sudah mati-revolusi! Hlm. 54.

4.0 Analisis

Tajuk ini membincangkan tentang faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya revolusi
1848. Pada awalnya, perlaksanaan revolusi tersebut adalah dengan penuh semangat dan
janji. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada tercetusnya revolusi tersebut
misalnya, timbulnya pelbagai fahaman dalam mencapai satu era baharu iaitu ke arah konsep
kesamarataan. Revolusi 1848 juga merupakan kesinambungan atau rentetan bagi revolusi
yang sebelumnya iaitu revolusi 1820 dan revolusi 1830. Namun yang demikian, tajuk ini juga
mahu mengemukakan faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan revolusi 1848 tersebut.
Sebagai contoh, ketidakyakinan pemerintah dalam mencapai revolusi tersebut dan
ketidakyakinan pencetus revolusi terhadap pelbagai ideologi yang ditimbulkan. Selain itu,
faktor yang lebih ketara lagi ialah penetangan golongan bawahan yang ditafsir sebagai tiga
penjuru, di mana golongan menengah menentang golongan atasan yang dibantu oleh
golongan bawahan tetapi dalam pada itu golongan bawahan juga terpaksa menentang
golongan menengah sebagai langkah berwaspada. Akhir sekali, dapat dianalis bahawa
soalan ini mengetengahkan faktor-faktor tercetusnya revolusi 1848 dan faktor-faktor
kegagalan revolusi tersebut.

5.0 KESIMPULAN

Isu-isu politik penting yang menjadi punca pertikaian pada tahun 1820 dan tahun 1830,
adalah juga isu yang menimbulkan konflik pada tahun 1848. Oleh itu, revolusi-revolusi 1848
boleh juga dilihat sebagai kebangkitan yang ada hubungannya dengan apa yang telah
berlaku pada tahun 1820 dan tahun 1830. Dari segi ini, perbezaan antara apa yang berlaku
pada tahun 1830 dengan apa yang berlaku pada tahun 1848 bolehlah dilihat sebagai
perbezaan dari segi darjah kehebatannya sahaja. Tahun 1848, menyaksikan perbezaan

pendapat di kalangan para pemikir dan pejuang anti-status quo nyata telah bertambah hebat
daripada apa yang terdapat pada tahun 1830. Idea radikal sosialis sudah nyata muncul
sebagai pesaing hebat kepada liberalisme. Sosialisme sudah menjadi suatu senjata anti-

status quo yang baru. Kawasan yang dilanda oleh kebangkitan pada tahun 1848 juga lebih
hebat daripada kawasan yang terlibat pada tahun 1830. Di kalangan negara besar Eropah,
hanya Sepanyol dan Rusia yang tidak mengalami apa-apa persengketaan. Revolusi yang
sebenar telah tercetus di Perancis, Itali, Jerman, Austria, Bohemia dan Hungary. Sementara
itu, kebangkitan juga terdapat di Switzerland, Denmark, Rumania, Poland dan Ireland.
Britain, terdapat penyambungan semula kepada pergerakan Chartist

yang bermula pada

tahun 1838 dahulu.


Secara kasarnya, perbezaan pemikiran timbul kerana munculnya idea yang lebih
radikal dengan pemikiran yang agak sederhana juga merupakan salah satu ciri yang
terpenting dalam revolusi-revolusi 1848. Kedua-dua pihak mempunyai sangkaan dan
harapan bahawa jika idea serta tindakan mereka berjaya, maka masyarakat eropah akan
menempuh suatu zaman baru yang lebih baik dan lebih cemerlang. Dari segi ini mereka
melihat tahun 1848 itu sebagai suatu tahap yang penting yang boleh melahirkan sesuatu
yang bermakna. Mereka yang terkemudian juga ada yang menerima kemungkinan ini. Oleh
sebab itu, apabila tahu 1848 akhirnya tidak mengakibatkan sesuatu yang jitu, baik, dan
berkekalan maka terdapat ahli sejarah yang melihat tahu itu sebagai satu titik belokan
tempat sejarah moden gagal untuk membelok. Di samping faktor pemikiran, faktor ekonomi
dan faktor jangkitan juga pernah diketengahkan bagi menerangkan pencetusan revolusirevolusi 1848 ini. Misalnya Stearns ada menyebut bahawa,

...secara keseluruhannya, kebangkitan ini semua adalah saling berkait, dikaitkan


oleh sebab ekonomi, ideologi dan oleh kepesonaan yang ditimbulkan oleh revolusi itu sendiri.
Terdengarnya berita bahawa sesuatu rejim di tempat lain telah tergugat menjadi satu alasan
yang sah untuk cuba membuat tindakan yang sama di tempat sendiri. Namun begitu,
memang sedia terdapat perbezaan di kalangan ahli sejarah tentang kepentingan pengaruh
faktor ini, sama ada ideologi, ekonomi atau yang lain berhubung dengan pencetusan
Revolusi-revolusi 1848.

Vous aimerez peut-être aussi