Vous êtes sur la page 1sur 14

Prinsip Perakaunan KBSM  

TAJUK 15 : MAKLUMAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN


15.1 Maklumat Pengurusan

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Menerangkan maksud perakaunan kewangan dan
perakaunan pengurusan.
• Membezakan fungsi perakaunan kewangan dan
perakaunan pengurusan.
• Menerangkan maksud dan tujuan maklumat pengurusan.
• Menerangkan cara penyampaian maklumat pengurusan.

(a) Pengenalan kepada maklumat pengurusan


(i) Jenis maklumat
• Perakaunan Kewangan
Perakaunan kewangan melibatkan proses merekod urus niaga dan peristiwa,
mengelas, meringkas serta melapor dan mentafsir penyata kewangan. Oleh itu,
objektif perakaunan kewangan yang utama adalah untuk menyediakan laporan
kepada pengguna luaran dengan mematuhi piawaian perakaunan. Maklumat
perakaunan kewangan ini merupakan sumber yang digunakan oleh pengguna
dalaman bagi tujuan penilaian prestasi dan pembuatan keputusan mengikut
kepentingan masing-masing.

• Perakaunan pengurusan
Perakaunan pengurusan pula menyediakan maklumat mengikut keperluan pihak
pengurusan bagi tujuan membuat keputusan. Selain membantu pihak
pengurusan membuat keputusan, perakaunan pengurusan juga penting untuk
tujuan kawalan, koordinasi dan perancangan aktiviti perniagaan. Perancangan
dan pengawalan bertujuan untuk memastikan aktiviti organisasi berjalan lancar
bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa laporan yang disediakan seperti laporan prestasi,
laporan penyiasatan ketidakcekapan aktiviti dan laporan cadangan
pengstrukturan semula organisasi. Laporan perakaunan pengurusan ini
disediakan mengikut kehendak pengurusan dan tidak mempunyai satu bentuk
piawaian seperti laporan perakaunan kewangan.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 84


Prinsip Perakaunan KBSM  

Perbezaan fungsi perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan

Perakaunan Kewangan Perakaunan Pengurusan

a) Menentukan nilai aset dan liabiliti. a) Digunakan oleh pihak pengurusan untuk
membuat keputusan.
b) Menghitung untung atau rugi bagi suatu b) Sebagai alat perancangan bagi
tempoh perakaunan. membantu pihak pengurusan
menyediakan penyata belanjawan.
c) Menyediakan laporan bagi kegunaan c) Untuk memastikan objektif yang
pihak luaran. dirancang tercapai tanpa
penyelewengan dan pembaziran.

(ii) Tujuan maklumat pengurusan


Perakaunan pengurusan menyediakan maklumat kewangan dan ekonomi untuk
pengurus dan pengguna dalaman. Perakaunan pengurusan boleh diamalkan
untuk semua jenis aktiviti perniagaan. Maklumat perakaunan pengurusan
digunakan oleh pihak pengurusan untuk menjalankan fungsi perancangan,
pengawalan dan pembuatan keputusan.

Secara umum, maklumat perakaunan digunakan untuk tiga tujuan:


a) Perancangan dan Kawalan
Perancangan adalah aktiviti merangka tindakan-tindakan yang perlu dibuat
untuk mencapai sesuatu matlamat. Setelah sesuatu perancangan dibuat,
pengurus mestilah memastikan ianya dijalankan seperti yang dikehendaki.

b) Kawalan
Kawalan adalah aktiviti untuk memastikan perancangan yang dibuat berjalan
dengan lancar. Sebarang tindakan pembetulan yang perlu diambil akan
dibuat dari maklum balas yang diterima. Maklum balas adalah maklumat yang
boleh digunakan untuk menilai atau memperbaiki langkah perancangan yang
telah dijalankan.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 85


Prinsip Perakaunan KBSM  

c) Pembuatan Keputusan
Pembuatan keputusan merupakan satu proses memilih alternatif -alternatif yang
tersedia. Seseorang pengurus perlu memilih antara alternatif -alternatif yang
bersaingan dan kaedah-kaedah yang sesuai untuk menjalankan objektif yang
dipilih.

(b) Penyampaian maklumat pengurusan

Maklumat pengurusan boleh disampaikan melalui:

i) Analisis maklumat
Mereka yang ingin menggunakan penyata kewangan perlu terlebih dahulu
menganalisa maklumat daripada penyata kewangan sebelum satu keputusan boleh
dibuat dengan tepat.
Contoh : Penyata kewangan yang melaporkan keuntungan atau kerugian RM200
000 tidak menggambarkan sama ada kerugian atau keuntungan itu munasabah
atau tidak.

ii) Laporan ( Surat, memo dan e-mel)


Laporan penyata kewangan boleh disampaikan kepada pihak yang memerlukan
melalui surat, memo dan emel.

iii) Komunikasi
Komunikasi ialah suatu bentuk pemindahan maklumat atau informasi daripada
seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan
dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu. Melalui komunikasi,
maklumat boleh disampaikan kepada pihak tertentu secara lisan dan bukan lisan.
Maklumat secara lisan boleh disampaikan melalui perbincangan, ucapan,
pembentangan, mesyuarat dan perbualan telefon.

Maklumat secara bukan lisan boleh disampaikan dengan tidak menggunakan


percakapan tetapi bahasa badan, isyarat, simbol atau tulisan kepada penerima.
Jenis komunikasi bertulis boleh disampaikan melalui memorandum, surat
menyurat, laporan bertulis dan emel.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 86


Prinsip Perakaunan KBSM  

15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Menerangkan maksud setiap nisbah.
• Menyatakan rumus bagi setiap nisbah.
• Menghitung setiap nisbah.

(a) Fungsi dan pengiraan


ii) Nisbah Kecairan

• Nisbah Ujian Mampu

Nisbah ini menunjukkan kemampuan perniagaan untuk meneruskan


operasinya.

Nisbah Ujian Mampu = Jumlah liabiliti


Jumlah Aset

• Nisbah Ujian Asid (Nisbah Cepat)

Nisbah ini menunjukkan hubungan antara aset semasa kecuali stok dan
belanja terdahulu dengan liabiliti semasa. Ia menunjukkan kemampuan
perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat atau serta-
merta.

Nisbah Ujian Asid = Jumlah Aset Semasa – Stok Akhir – Belanja terdahulu
Jumlah Liabiliti Semasa

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 87


Prinsip Perakaunan KBSM  

Contoh :

Gemilang Enterprise menjalankan perniagaan runcit. Berikut merupakan


maklumat yang dipetik daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
pada 31 Disember 2009
RM
Stok 1 Januari 2009 22 000
Stok 31 Disember 2009 18 000
Penghutang 16 000
Bank 20 000
Pemiutang 18 000
Pinjaman 10 000
Kenderaan 20 000
Kos jualan 25 000
Jualan kredit 40 000

Hitungkan:
(i) Nisbah Semasa
(ii) Nisbah Ujian Mampu
(iii) Nisbah Ujian Asid

Nisbah Semasa = Aset Semasa


Liabiliti Semasa

= RM36 000
RM18 000

= 2 :1

Tafsiran : Ini bererti firma mempunyai RM2 aset semasa dapat membiayai
setiap RM1 liabiliti semasa.

Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti


Jumlah Aset

= RM28 000
RM74 000

= 0.37 : 1

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 88


Prinsip Perakaunan KBSM  

Tafsiran : Ini bererti firma mampu membiayai RM0.37 liabiliti bagi setiap RM1
aset yang dimiliki.

Nisbah Ujian Asid = Jumlah Aset Semasa – Stok Akhir


Jumlah Liabiliti Semasa

= RM54 000 – RM18 000


RM18 000

= 2:1

Tafsiran : Ini bererti firma itu mempunyai kemampuan RM2 untuk membiayai
setiap RM1 hutang jangka pendek yang ditanggungnya.

(iii) Nisbah Kecekapan

Nisbah kecekapan menunjukkan kecekapan pihak pengurusan firma dari segi


pengurusan stok. Di antara nisbah yang digunakan untuk mengukur kecekapan
ialah:

• Tempoh kutipan dan pembayaran hutang


Nisbah ini menunjukkan tempoh purata yang diambil oleh firma untuk
mengutip hutang. Untuk mendapatkan tempoh kutipan, kadar pusing
ganti penghutang perlu dicari terlebih dahulu. Kadar pusing ganti
penghutang menunjukkan berapa kali kutipan dibuat dalam sesuatu
tempoh kewangan.

Kadar pusing ganti penghutang = Jualan kredit


Purata penghutang bersih

Purata penghutang = baki penghutang awal + baki penghutang akhir


2

Tempoh kutipan dan = 365


Pembayaran hutang Pusing ganti penghutang

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 89


Prinsip Perakaunan KBSM  

Contoh:
Pusing ganti penghutang = 40 000
16 000

= 2.5 kali

Tempoh kutipan dan pembayaran hutang = 365


2.5
= 146 hari

Tafsiran : Hutang dapat dikutip setiap 146 hari.

LATIHAN
A Soalan Objektif

1. Apakah kegunaan kadar pusing ganti stok?

A. Untuk mengukur keadaan sesebuah firma.


B. Untuk mengukur kecekapan pengurusan stok.
C. Untuk memudahkan perancangan dan kawalan aktiviti perniagaan.
D. Untuk mengetahui pelaburan dalam sesebuah firma membawa keuntungan atau
kerugian.

2. Mengapa nisbah perlu ditafsir dan dibandingkan dengan firma lain?

A. Untuk melihat firma yang mana mempunyai banyak pesaing.


B. Untuk memberi gambaran kedudukan kewangan firma.
C. Untuk melihat keupayaan firma mengaut keuntungan.
D. Untuk menunjukkan prestasi jualan perniagaan.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 90


Prinsip Perakaunan KBSM  

Soalan 3 hingga 5 berdasarkan butir-butir daripada maklumat perakaunan Syarikat


Salju.
RM
Stok 1 Jun 2008 5 300
Stok 30 Jun 2009 4 200
Belian 32 800
Jualan 56 800
Pulangan Jualan 550

3. Hitungkan kos jualan Syarikat Salju

A. RM11 500
B. RM19 260
C. RM33 900
D. RM37 020

4. Berapakah untung kasar Syarikat Salju bagi tahun berakhir 30 Jun 2009?

A. RM21 520
B. RM22 350
C. RM23 760
D. RM26 000

5. Hitungkan kadar pusing ganti stok Syarikat Salju

A. 6.39 kali
B. 7.14 kali
C. 7.71 kali
D. 8.07 kali

Jawapan
1. B
2. B
3. C
4. B
5. B

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 91


Prinsip Perakaunan KBSM  

B Soalan subjektif

1. Apakah maksud nisbah kecairan?

2. Nyatakan rumus bagi setiap nisbah yang berikut:


(a) Nisbah Ujian Mampu
(b) Nisbah Ujian Asid
(c) Kadar Pusing Ganti Stok

3. Puan Rahimah ialah seorang peniaga pinggan mangkuk. Berikut ialah butir-butir
yang diperoleh daripada buku akaun perniagaan Puan Rahimah pada 31 Disember
2009.
RM
Stok Akhir 20 000
Aset Semasa 48 000
Liabiliti Semasa 12 000
Jumlah Liabiliti 38 000
Jumlah Aset 76 000

Anda dikehendaki mengira:

(a) Nisbah Semasa


(b) Nisbah Ujian Mampu
Jawapan: (a) 4 : 1 (b) 0.5 : 1

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 92


Prinsip Perakaunan KBSM  

4. Cik Zurina menjalankan perniagaan pembekal kerongsang di bandar Muar.


Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaannya pada 31 Disember 2009.
RM
Jualan kredit 120 000
Kos Jualan 90 000
Penghutang 25 000
Stok Awal 10 000
Stok Akhir 18 000
Pemiutang 20 000

Anda dikehendaki mengira:


(a) Kadar pusing ganti stok
(b) Tempoh kutipan dan pembayaran hutang

Jawapan : (a) 6.43 kali (b) 76 hari

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 93


Prinsip Perakaunan KBSM  

5. Perniagaan Seri Ipoh menjalankan perniagaan tudung. Maklumat berikut diperoleh


daripada buku akaunnya pada 31 Oktober 2009. Jualan tunai sepanjang tempoh
perniagaan ialah RM410.

Perniagaan Seri Ipoh


Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2009

RM RM

Jualan 29 410
Tolak Kos jualan
Stok awal 2 650
Belian 22 100

Kos barang dijual 24 750


Tolak Stok akhir 2 810

Kos jualan 21 940

Untung kasar 7 470

Tambah Sewa diterima 1 960

9 430

Tolak Gaji 3 080

Untung bersih 6 350

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 94


Prinsip Perakaunan KBSM  

Perniagaan Seri Ipoh


Kunci Kira-Kira pada 31Oktober 2009

Aset Bukan Semasa


Premis 82 000
Kenderaan 37 000
Perabot 8 200
127 200
Aset Semasa
Stok Akhir 2 810
Penghutang 4 360
7 170
Liabiliti Semasa
Pemiutang 1 710
Overdraf bank 950
Sewa Terakru 690
3 350
Modal kerja 3 820

131 020

Ekuiti pemilik
Modal Awal 62 220
Tambah Untung bersih 6 350

68 570
Liabiliti Bukan Semasa
Pinjaman 62 450

131 020

Anda dikehendaki menghitung:


(a) Nisbah Semasa
(b) Nisbah Ujian Mampu
(c) Nisbah Ujian Asid
(d) Kadar Pusing ganti Stok
(e) Tempoh kutipan dan pembayaran hutang

Jawapan
(a) 2.14 : 1 (b) 0.49 : 1 (c) 1.3 : 1
(d) 8 kali (e) 55 hari

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 95


Prinsip Perakaunan KBSM  

Jalan kerja

3. (a) Nisbah Semasa = Aset Semasa

Liabiliti Semasa

= RM 48 000

RM 12 000

= 4:1

(b) Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti

Jumlah Aset

= RM38 000

RM76 000

= 0.5 : 1

4. (a) kadar pusing ganti stok = Kos Jualan

Stok Purata

= RM90 000

RM 14 000

= 6.43 kali

Atau = 365

6.42

= 57 hari

(b) Kadar Pusing Ganti Penghutang = Jualan kredit

Purata penghutang bersih

= RM120 000

RM25 000

= 4.8 kali

365 hari
Tempoh kutipan dan pembayaran hutang =
4.8 kali

= 76 hari

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 96


Prinsip Perakaunan KBSM  

5. (a) Nisbah semasa = Aset Semasa

Liabiliti Semasa

= RM7 170

RM3 350

= 2.14 : 1

(b) Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti

Jumlah Aset

= RM65 800

RM134 370

= 0.49 : 1

(c) Nisbah Ujian Asid = Jumlah Aset Semasa – Stok Akhir

Jumlah Liabiliti Semasa

= RM7 170 – RM2 810

RM3 350

= 1.3 : 1

(d) Kadar pusing ganti stok = Kos Jualan

Stok Purata

= RM21 940

RM2 730

= 8 kali

(f) Kadar Pusing Ganti Penghutang = Jualan kredit

Purata penghutang bersih

= RM29 000

RM4 360

= 6.65

Tempoh kutipan dan pembayaran hutang = 365 hari

6.65 kali

= 55 hari

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 97

Vous aimerez peut-être aussi