Vous êtes sur la page 1sur 21

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN INOVASI
DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
SEMPENA HARI INOVASI
JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
2013

Tajuk
Inovasi Mentor-Mentee-Client (MMC Model) - Teknik Baru Dalam
Melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran

Di Sediakan oleh:

KU MAHANI BINTI KU MAT DESA


GC KHB-ERT
SMK Alam Damai 56000, Kuala Lumpur.

A.

KATEGORI PERTANDINGAN
Individu - Sekolah Menengah

B.

TAJUK/ TEMA INOVASI:

Inovasi Mentor-Mentee-Client (MMC Model) - Teknik Baharu Dalam


Melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran

C.

SINOPSIS INOVASI
MMC adalah satu singkatan kepada Mentor-Mantee-Client. Fokus inovasi MMC
adalah kepada keutamaan pembelajaran serentak dengan pengajaran guru. Borich
(1997), menyatakan pembelajaran adalah proses belajar dan faktor-faktor yang
mempengaruhi proses belajar. Inilah yang menjadi matlamat MMC iaitu mewujudkan
dan meneruskan proses belajar yang kurang/tiada dalam kalangan pelajar 5 Bestari
semasa sesi pengajaran berlaku.

Malah MMC akan diteruskan meskipun selepas selesai proses pengajaran di


bilik darjah. MCC pada asasnya adalah merupakan salah satu tindakan/aktiviti di
bawah Program Peningkatan Prestasi Pelajar mata pelajaran pelajaran Ekonomi
Asas. 1 Ia adalah lanjutan aktiviti yang ke sepuluh selepas aktiviti ke Sembilan dimana
pelajar yang menjadi mentor menghadiri bengkel anjuran JPWP.

Seterusnya menurut Kamaruddin (1993), pengajaran adalah suatu proses


pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui @ menyempurnakan
sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini. Inilah yang menjadi
tunjang kepada inovasi MMC, di mana proses pengendalian urusan akan menjadi
perkara pokok dalam pelaksanaan MMC.

Lanjutan dari itu dalam (Shahabuddin, 2007), ada menyatakan bahawa


pembelajaran pada amnya berlaku apabila individu @ masyarakat menghadapi
masalah. Sebelum inovasi MMC dilaksanakan, apa yang berlaku kepada pelajar 5
Bestari adalah disebaliknya di mana mereka yang berhadapan dengan pelbagai
masalah

ini,

tidak

dapat

melalui

proses

pembelajaran

disebabkan

oleh

permasaalahan yang mereka hadapi. Kunci pelaksanaan Inovasi MMC adalah:

Rujuk Lampiran 1 Senarai Program Peningkatan Prestasi Pelajar

D.

a.

Lestari dalam konteks pemikiran 2

b.

Kerjasama 3 dimensi 3

c.

Penerapan nilai pembudayaan peranan dalam kalangan ahli

d.

Bersama mengecapi kejayaan

e.

Membantu orang lain adalah langkah awal membantu diri sendiri

f.

Perkongsian Pintar dalam kalangan ahli 4

g.

Membina dan meningkatkan kasih sayang sesama ahli

h.

Meletakkan rasa empati kepada client

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah Pelajar tingkatan 5 Bahagia. Mereka terdiri daripada 32
orang yang telah di pecahkan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang
dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan mempunya seorang mentor yang terdiri
daripada pelajar yang telah menyertai program yang dianjurkan oleh JPWP 5, seorang
Mantee dan seorang Client. 6

E.

LATAR BELAKANG
Pada tahun 2010 SMK Alam Damai baru dibuka. Untuk sesi persekolahan ini kelas
tingkatan 1, 2 dan empat dibuka bagi kohort pertama sesi persekolahan 2010. Untuk
tingkatan 4 hanya dua kelas saja di buka iaitu 4 Aman untuk pelajar sains dan 4
Bestari untuk pelajar yang tidak layak ke kelas sains, di mana semua pelajar dari
semua aliran lain di masukkan ke dalam satu kelas kerana bilangan pelajar yang
sedikit. Kelas 4 Aman menempatkan pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang
pelajar yang terdiri daripada;

a. Seorang pelajar mendapat 3A dalam PMR


b. Seorang pelajar yang mendapat 1A dalam PMR
c. Kebanyakan pelajar hanya mendapat lulus D dan mendapat E dalam PMR
d. 2 pelajar yang dibuang sekolah dari sekolah lain

Merujuk kepada bagaimanakah aktiviti kumpulan ini dapat memberi kesan kepada ahli-ahlinya.
Natijah lestari 3 dimensi dalam Inovasi MMC adalah gabungan daripada 3 elemen iaitu Dimensi Mentor,
Dimensi Mentee dan Dimensi Client.
4
Perkongsian pintar bukan aja boleh diwujudkan di antara sekolah dan bilik darjah, di antara komuniti dan
sekolah dan di antara sekolah dan persekitaran malah ia boleh juga diwujudkan antara pelajar mengikut
deminsi yang terdapat dalam Model MMC ini dan ia amat bermakna kerana merekalah 'core business' dan
'the main player' dalam mempastikan kecemerlangan diri sindiri seterusnya sekolah.
5
Lampiran 1: Surat Panggilan Bengkel dari JPWP
6
Lampiran 2: Senarai 10 pelajar yang dihantar ke Bengkel Ekonomi Asas
3

e. 1 pelajar dari sek Agama yang mempunyai masalah disiplin


f.

1 pelajar yang tidak menduduki PMR

g. Ramai pelajar yang hanya lulus satu mata pelajaran PMR sahaja.

Berdasarkan keputusan peperiksaan PMR hanya beberapa orang sahaja pelajar


sebenarnya layak mengambil mata pelajaran ekonomi. Oleh kerana kelas ini dihuni
oleh pelbagai pelajar dari pelbagai latar belakang yang pelbagai seperti di atas maka
ia membayangkan kesukaran untuk melaksanakan PdP. Pengkaji adalah guru
ekonomi yang sama mengajar semasa tingkatan 4 dan 5.

Oleh sebab itu pengkaji telah cuba untuk mencari satu penyelesaian
membantu pelajar untuk mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti. Inovasi MMC
adalah diharapkan dapat membantu bagi menyelesaikan masalah ini. Meskipun pada
masa itu pengkaji sendiri tidak pasti akan keberkesanan MMC ini namun setidaktidaknya pengkaji telah cuba melakukan sesuatu bagi membantu pelajar-pelajar ini.
F.

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN


Gangguan utama terhadap perjalanan proses Pembelajaran dan Pengajaran sebelum
inovasi dilaksanakan adalah masalah disiplin pelajar. Masalah lain yang wujud dari
pemerhatian pengkaji adalah:
a. Pelajar tidak fokus
b. Gangguan tidak langsung kepada pelajar lain yang sedang belajar.
c. Pelajar tidak berminat
d. Pelajar tidak bermotivasi
e. Pelajar Suka berbual
f.

Pelajar tidak menyiapkan kerja rumah

g. Pelajar ponteng kelas


h. Terdapat pelajar tidak lancar membaca
i.

Terdapat pelajar yang tidak pandai menulis

Kepelbagaian permasalahan di atas wujud berikutan dari masalah awal penempatan


pelajar dalam satu kelas, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza,
dari segi pencapaian PMR terutamanya. Pun begitu terdapat juga pelajar yang
cemerlang, rajin dan memberi tumpuan di dalam kelas.

G.

MASALAH- MASALAH YANG DIHADAPI

Antara masalah yang dihadapi semasa proses pelaksanaan Inovasi ini ialah:
a.

Masalah dalam proses pemilihan Client.


Masalah dalam pemilihan client. Mentor dan Mantee mungkin sukar untuk
menerima seorang pelajar dari kumpulan halus untuk menyertai
kumpulan mereka pada permulaannya. Tetapi selepas diberi penjelasan
tentang matlamat program ini barulah mereka dapat menerima dengan
rela hati.

b.

Masalah dalam proses pemilihan Mentee


Timbul kesukaran untuk memilih mentee mengikut kreteria yang
ditetapkan iaitu pelajar yang mendapat A atau sekurang-kurang B+ bagi
peperiksaan yang lepas, kerana di dapati taburan pemarkahan pelajar
adalah lebih kepada C, D dan E. Untuk mengatasi masalah in pelajar
yang mendapat C dipilih sebagai mentor.

c.

Pelajar yang tidak mempunyai kumpulan.


Kelas ini mempunyai 32 pelajar. Terdapat lebihan 2 pelajar yang tidak
mempunyai mentor. 7 Untuk mengatasi masalah ini pengkaji terpaksa
memohon kumpulan yang secara sukarela untuk menerima 2 orang
pelajar ini.

H.

OBJEKTIF INOVASI
Pada akhir aktiviti pelaksanaan MMC ini, diharapkan 50% pelajar lulus dalam SPM.

Ilmu dan teknik yang diterima oleh 10 yang mengikuti bengkel Teknik menjawab
anjuran JPWP dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain secara langsung, ini dapat
membantu rakan dalam kumpulan mendapat pengetahuan yang sama walaupun
mereka tidak menghadiri bengkel tersebut. Jadi dengan itu peluang untuk mereka
mendapat markah yang baik adalah sama setanding dengan kawan-kawan yang
menghadiri bengkel.

Lampiran 3 : Senarai Pelajar Program Mentor-Mentee

a. Bimbingan cara terus menerus daripada:


i.

Guru kepada Kumpulan

ii.

Mentor kepada Mantee

iii.

Mentor kepada Clent

iv.

Mentor dan Mantee kepada Client

b. Mentor dan Mantee akan bergabung membantu Client.


Seterusnya bagi objektif tingkah laku pula diharapkan terdapat:
a. Penambahbaikan dari segi disiplin pelajar secara tidak lagsung.
b. membantu ke arah peningkatan sahsiah
c. Penambahbaikan dalam kemahiran berkomunikasi dalam kalangan ahli
kumpulan.
d. Penambahbaikan berterusan 8
d. Meningkatkan keyakinan diri dalam berhujah.
I.

TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN


Secara formalnya aktiviti kumpulan wujud sebaik sahaja mentor pulang ke sekolah
selepas menghadiri Bengkel Teknik menjawab sehinggalah ketibaan SPM. 9 Tetapi
persediaan awal sebenarnya telah bermula satu minggu lebih awal dimana sesi
taklimat perlu dibuat untuk memberi penerangan tentang perlaksanaan program ini
agar

pelajar

yang

terlibat

memahami

kerana

ini

akan

memudahkan

pelaksanaannya. 10
J.

INOVASI YANG DILAKSANAKAN


Inovasi adalah merupakan perkara baru yang dihasilkan yang akan memudahkan
pengajaran dan pengajaran serta pengurusan guru. Penghasilan inovasi boleh
datang dalam pelbagai bentuk, antaranya:
a. Alat bantu mengajar
b. Teknik atau kaedah

Peringatan daripada Saidina Ali karramalluhu wajhah kepada umat Islam: "Beruntunglah bagi mereka yang
hari ini lebih baik dari hari semalam, sia-sialah bagi mereka yang hari ini sama dengan hari semalam, dan
celakalah bagi mereka yang hari ini lebih buruk dari hari semalam".
9
Merujuk kepada Lampiran Program Peningkatan Prestasi Pelajar Program ini bermula pada tarikh 14 Julai
2011.
10
Lihat Lampiran 4 Gambar sesi taklimat kepada pelajar terlibat

c. Pengendalian urusan 11
d. Borang Pengurusan

Inovasi MMC melibatkan gabungan keempat-empat item diatas. Uniknya di sini


pelajar sendiri yang akan memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar
yang istimewa. Yang boleh bercakap dan menerangkan dan membantu anggota
kumpulannya. Yang dapat membuat penilaian terhadap peningkatan prestasi
kumpulannya. Yang mempunyai perasaan sedih bila mereka tidak dapat memahami
dan gembira apabila kumpulan mereka berjaya mendapat pujian dari guru.

Bagi penerangan Teknik atau kaedah dan pengendalian akan diterangkan


dengan detail melalui lampiran berkaitan Model MMC. 12

Fasa Pra Perlaksanaan Model MMC:


Pelajar diberi taklimat sebelum mereka menghadiri bengkel yang berkaitan. Taklimat
adalah berkaitan:
i.

Pemilihan pelajar dalam kumpulan

ii.

Tanggung-jawab dan peranan setiap ahli kumpulan

iii.

Perancangan dan proses pelaksanaan program

iv.

Aktiviti Penilaian: Penentuan kejayaan kumpulan

v.

Seterusnya persediaan untuk melaksanakan program

Pemilihan pelajar. 10 pelajar yang dipilih untuk menyertai bengkel adalah terdiri
daripada 10 pelajar yang mendapat markah antara 15 35m bagi mata pelajaran ini
semasa ujian pertama. Ini adalah pra syarat pemilihan yang di beri oleh penganjur.
Tumpuan yang diberikan semasa mereka berada di dalam bengkel. Mereka
sebenarnya bukan saja bertanggung-jawab untuk diri mereka sendiri tetapi mereka
sebenarnya mewakili mantee dan client yang akan mereka bimbing nanti selepas
pulang dari Bengkel.

Selepas

Bengkel

Mentor

akan

memilih

seorang

mantee

untuk

bimbingannya. Mantee adalah pelajar dari kumpulan Cemerlang dan sederhana yang
11

Rujuk Kamaruddin (1993)- Dalam buku Psokologi Pendidikan, mengatakan pengajaran adalah suatu
proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui @ menyempurnakan sesuatu yang
mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini.
12
Rujuk Lampiran 5-Penerangan tentang pelaksanaan Model MMC

tidak layak menghadiri bengkel ini. Biasa mentor akan memilih seorang pelajar yang
merupakan sahabat karibnya. Ini tidak menjadi masaalah. Seterusnya Mentor dan
Mantee akan berbincang untuk memilih seorang Client. Biasanya Client adalah dari
kategori kumpulan pelajar yang mempunyai markah yang sangat rendah iaitu antara
0 hingga 15 ataupun mungkin dari kumpulan halus.

K.

BENTUK KEJAYAAN
Dapat dilihat dari 2 segi iaitu:
a.

Perubahan-perubahan yang dilihat dan dirasai


Perubahan-perubahan yang berlaku kepada pelajar semasa sesi Pembelajaran
dan Pengajaran berlangsung. Minat mereka terhadap subjek ekonomi kelihatan
ketara. Rasa tanggungjawab mereka jelas dapat dilihat sebagai contohnya
mentor yang bertungkus lumus memahami sesuatu tajuk kerana tugasnya untuk
menerngkan kembali kepada Mentee dan Client. Terasa akan perubahan yang
berlaku kepada pelajar seolah-olah telah berlaku suatu revolusi dalam kelas
tersebut.

Mereka boleh bekerja sama dan saling bantu antara satu. Tidak ada
lagi pelajar yang mengantuk dan tidur di dalam kelas. Walaupun kelas
menjadi agak bising kerana terdapat 10 kumpulan yang berbincang namun
semuanya masih terkawal kerana mereka mempunyai matlamat yang hendak
mereka capai.

b.

Peningkatan Markah dalam peperiksaan


Markah yang diperolehi dalam peperiksaan adalah antara instrument yang
digunakan untuk mengetahui keberkesanan Inovasi MMC ini. Didapati
terdapat peningkatan dalam pemarkahan pelajar bagi peperiksaan UK 2
berbandingan dengan peperiksaan UK 1. 13 Peningkatan pemarkahan pelajar
bergantung kepada individu. Terdapat pelajar yang mempunya peningkatan
yang amat cemerlang iaitu markah ujian lepas adalah 28 berbanding ujian
semasa 86 di mana perbezaannya adalah +58. Manakala yang paling sedikit
sekal peningkatannya adalah +1, dimana markah peperiksaan lalu adalah 27
berbanding peperiksaan semasa 28. Pun begitu terdapat seorang pelajar

13

Rujuk Lampiran 6: Borang penilaian Peningkatan Prestasi Ahli Kumpulan

yang mengalami penurunan iaitu -19, di mana markah peperiksaan lepas


adalah 51 manakala markah peperiksaan semasa ialah 32. Prestasi menurun
pelajar ini adalah di sebabkan masalah kesihatan yang dihadapi, ini
dimaklumkan sendiri oleh ibunya yang datang ke sekolah pada suatu hari
untuk membawa anaknya bagi membuat rawatan lanjut di hospital.

Seterusnya melalui markah yang di perolehi dalam peperiksaan spm


dapat mengambarkan kejayaan program ini kerana seramai 17 orang pelajar
telah lulus berbanding hanya 6 orang saja yang lulus semasa peperiksaan
percubaan. 14

c.

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran


Secara tak langsung dengan pelaksanaan Inovasi MMC ini, Proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan lebih berkesan. Nilai-nilai
murni yang dipupuk secara tak langsung menyebabkan Pengajaran dan
Pembelajaran lebih berkesan apabila pelajar memberikan sepenuh tumpuan
semasa di dalam kelas, malah sesi perbincangan kumpulan ini bukan saja
berlaku di dalam kelas sewaktu PdP tetap juga berlaku di luar kelas dan juga
di luar kawasan sekolah.

Pengkaji sendiri pernah terserempak dengan beberapa kumpulan


berbincang tentang subjek di Taman sebagai bukti ditangan mereka terdapat
nota dan buku rujukan Ekonomi dan pernah juga terserempak di MC Donald
dengan sekumpulan pelajar yang lain. Ini adalah kerana apabila mereka
bersama belajar dalam kumpulan maka mereka tahu ada banyak perkara lagi
yang mereka tidak tahu. Peranan mentor dan mentee penting dalam
menerangkan kepada Client yang rata-ratanya terdiri pelajar dari golongan
halus. Di sini pengkaji membuat andaian kerana itulah mereka terpaksa
memperuntukan lebih masa untuk berada bersama dalam kumpulan masingmasing.
d.

Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru dan Pelajar


Sudah semestilah apabila kelas dapat berjalan dengan tenang guru pasti merasa
puas hati tambahan lagi apabila keputusan diumumkan ramai pelajar yang lulus

14

Rujuk Lampiran 7: Keputusan Ekonomi Asas pelajar 5 Bahagia.

dan ada juga yang mendapat A dalam subjek ekonomi tentu akan mendatangkan
kepuasan kepada guru.

Bagi pelajar pula, melalui pemerhatian didapati mentor yang memainkan


peranan penting merasa begitu berbangga kerana dia telah diberi amanah untuk
mengajar pelajar lain. Keyakinan diri mentor terserlah kerana mereka telah
menguasai

tajuk tersebut dan menyebabkan mereka merasa yakin untuk

menerangkan kepada Mantee dan Client. Sebenarnya tanpa pengetahuan


Mentee dan Client, Mentor selalu datang bertanya dan meminta pencerahan dari
guru terhadap tajuk-tajuk yang mereka kurang faham.
L.

KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INOVASI

a.

Ini merupakan satu Inovasi baru yang belum dipertandingkan.

b.

Kewujudan Satu Model Pembelajaran dan Pengajaran yang baru.


Melalui Inovasi ini juga secara tidak langsung satu model baru telah tercipta.
Penulis menamakan ia sebagai

"Model

3-Paksi". Model 3-Paksi ini pada

asasnya terbentuk melalui 3 paksi utama iaitu paksi X, Paksi Y dan Paksi Z. Ia
boleh diimplementasi untuk apa sahaja mata pelajaran berdasarkan asas
penggunaan model ini. Ia sangat flexible, mengikut kreativiti guru yang
menggunakan model ini. Seterusnya ia perlulah dilakukan dengan cara
bijaksana. 15

Sebagai contohnya, untuk

Inovasi MMC penulis menggunakan model ini

berikutan Pelaksanaan Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi Asas yang


dianjurkan oleh JPWP. Bengkel ini sangat baik dalam menyalurkan maklumat
malah untuk mendedahkan Teknik menjawab Kertas Ekonomi kepada pelajar..
Memandangkan adalah suatu yang tidak mungkin bagi pihak JPWP memanggil
semua pelajar Ekonomi yang bilangannya yang ramai di Wilayah ini, sebaliknya
maklumat dan pendedahan teknik menjawab oleh guru pakar ini seharusnya
sampai kepada semua pelajar. Malang sekali guru ekonomi yang mengiring
pelajar hanya dibenarkan menghantar pelajar ke tempat bengkel diadakan dan

15

Hord & Leslei (1986), menyatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak dilaksanakan
perlulah dilakukan dengan cara bijaksana.

pulang semula untuk meneruskan PdP di sekolah, kemudian datang semula


disebelah petang untuk membawa pulang pelajar.

Jadinya, Inovasi MMC nerupakan satu alternatif bagi menyelesaikan kebuntuan


bagaimana ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar yang menghadiri
bengkel boleh disampaikan kepada pelajar lain yang tidak berpeluang mengikuti
bengkel tersebut. Malah melalui cara ini juga, Mentor yang menghadiri bengkel
akan lebih comited terhadap bengkel tersebut kerana dia merasakan satu
tanggungjawabnya untuk menyampaikan kepada kawan-kawan lain di sekolah
nanti.

Paksi X - MENTOR

Paksi Y -MENTEE

Paksi Z - CLIENT

MODEL 3-PAKSI

Bagaimana menggunakan Model ini?


Dalam Inovasi MMC, penulis menggantikan paksi-paksi mengikut kesesuaian
penggunaan, di mana untuk paksi X di dimasukkan Dimensi Mentor, dan Paksi Y
dimasukkan Dimensi Mentee manakala bagi Paksi Z di masukkan Dimensi Client
dalam melaksanakan Model ini.

10

Contoh yang lain, penulis juga telah melaksanakan Inovasi ini bagi mata
pelajaran KHB.

16

Pelajar dari kumpulan cemerlang dapat menyiapkan projek

KHB dengan lebih cepat berbanding dengan pelajar dari kumpulan sederhana
dan halus. Di sinilah Inovasi MMC berfungsi. Mentor-Mentee-Client dari 3
kumpulan berbeza 17 di temukan.

Mentor dari kumpulan cemerlang akan

memberi bimbingan kepada Mentee diperhatikan oleh Client, jadi dalam masa
yang sama mentee dan client dapat menyiapkan projek dalam masa yang
singkat. Bonusnya di sini mentor dilihat begitu gembira kerana diberikan
pengiktirafan sebagai mentor kepada mentee dan client.

Seterusnya apa yang dilihat melalui pemerhatian sebelum terlaksananya Inovasi


MMC ini, pelajar yang telah menyelesaikan projeknya sememangnya akan
membantu kawan-kawannya untuk menyiapkan projek. Tetapi bentuk bantuan
yang diberikan kurang tepat kerana dia sendiri yang menyiapkan projek
kawannya. Tetapi melalui Inovasi MMC mentor akan diterangkan cara yang betul
membimbing mentee dan client, agar projek tersebut disiapkan dari hasil tangan
mentee dan client sendiri.

Demikian juga untuk subjek-subjek lain samada geografi maupun sejarah


misalnya. Guru-guru boleh bertuar-tukar mentor mengikut minat pelajar terhadap
topik ataupun bab yang mereka pelajari, dan 'minat' mungkin boleh dijadikan
asas pelaksanaan Inovasi MMC ini. Pada hakikatnya pelaksanaan Model 3-Paksi
ini seperti yang telah dinyatakan tadi amatlah flexible dan ia bergantung kepada
kreativiti guru. Apa yang penting pelaksanaan model ini akan membantu PdP
guru agar dapat berjalan lancar dan berkesan.
K.

LAMPIRAN
Lampiran 1: Senarai Program Prestasi Pelajar
Lampiran 2: Surat Panggilan Menghadiri Bengkel dari JPWP
Lampiran 3: Senarai 10 Pelajar yang menyertai Bengkel
Lampiran 4: Taklimat Awal
Lampiran 5: Penerangan tentang pelaksanaan Model MMC
Lampiran 6: Borang Penilaian Peningkatan Prestasi Pelajar
Lampiran 7: Keputusan peperiksaan Ekonomi Asas Tingkatan 5 Bahagia

16
17

selain mengajar subjek Ekonomi tingkatan 5, juga mengajar subjek KHB Perdagangan & Keusahawanan .
Kumpulan Cemerlang, Kumpulan Sederhana dan Kumpulan Halus

11

LAMPIRAN 1
Senarai Program Prestasi Pelajar

12

LAMPIRAN 2
Surat Panggilan Menghadiri Bengkel daripada JPWP

13

LAMPIRAN 3
Senarai 10 Pelajar yang dihanta ke Bengkel Anjuran JPWP

14

LAMPIRAN 4
Taklimat Awal

15

LAMPIRAN 5
Penerangan Berkaitan Model MMC

16

Mentor

Mantee

Client

Model Mentor-Mantee-Client ( MMC Model)

Penerangan Model:

Mentor

- Terdiri dari pelajar yang menghadiri kursus


anjuran JPWP

Mentee

- Pelajar yang mendapat markah A atau


sekurang-kurangnya B+ dalam Mata
Pelajaran Ekonomi Asas bagi peperiksaan
yang lalu

Client

- Terdiri dari pelajar kumpulah halus

17

Mentor akan bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan akan membantu Mentee
dalam perbincangan bagi sesebuah kumpulan ini. Dalam masa yang sama
Mentor dan Mentee akan bergandingan membantu mentor. Konsep Bertiga
. Applikasi utama dalam kumpulan ini memandangkan
lebih baik dari berdua
pertemuan satu-lawan-satu

kelemahan

yang yang banyak membuka ruang

untuk berbual kosong untuk kumpulan. Mentor memainkan peranan paling utama
dan kerjasama semua ahli kumpulan amat penting demi memastikan kejayaan
kumpulan. Konsep keterbukaan dan kerelaan adalah perkara pokok yang perlu
ada pada setiap ahli agar mereka dapat melaksanakan tugasan ini dalam
suasana yang harmoni dan mesra.

18

Lampiran 6

Borang Penilaian Peningkatan Prestasi Pelajar

19

Lampiran 7

Keputusan peperiksaan Ekonomi Asas


Tingkatan 5 Bahagia

20

Vous aimerez peut-être aussi