Vous êtes sur la page 1sur 3

Tugasan ini bertujuan untuk menerangkan kepentingan storan sekunder

dalam aktiviti perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana (SM) berasaskan dalam
talian (internet). Tugasan ini juga akan menerangkan kriteria atau ciri ciri penting
yang harus diambil kira dalam pemilihan jenis peranti storan sekunder dalam
menjalankan perniagaan SM. Pada zaman yang bergerak maju bersama teknologi
maklumat ini, penggunaan komputer adalah amat penting dan digalakkan kepada
semua pengusaha perniagaan kecil dan sederhana.
Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan
data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada
bila-bila masa . Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya
boleh dicapai oleh komputer sahaja.
Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada
dua iaitu storan primer dan storan sekunder.
Storan Primer
Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (RandomAccess Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan
dengan dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum
boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu
a. Ingatan Capaian Rawak (RAM)
b. Ingatan Baca Sahaja (ROM)

Storan Sekunder
Storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan
untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan
sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data
dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia
akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana
data disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak
memerlukan bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB,
4GB, 320GB atau 10TB.
Fungsi storan sekunder adalah menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar,
video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa. Funsi yang
lain pula ialah menyimpan program sisitem pengoperasian untuk menghidupkan
sesebuah computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan
program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.
Jenis-jenis storan sekunder adalah:
a. Medium Magnet
b. Storan Optikal

A-Medium Magnet
Terdapat tiga jenis storan magnetic yang biasa digunakan iaitu:

1. Pita Magnetik
Datanya disimpan pada segulung pita. Ia juga dikenali sebagai pita kaset.
Ketumpatan pita disukat dalam unitbpi iaitu bit per inches. Ia murah dan sesuai
dan sesuai digunakan sebagi sandaran
2. Cakera Liut
Cakera Liut atau dikenali sebagai Disket
3. Cakera Keras
Cakera keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Ia mampu
menyimpan secara kekal dan mencapai data pada kelajuan yang lebih cepat. Ia
dapat menyimpan data dengan lebih banayk berbanding dengan penyimpan data
mudah alih seperti cakera liut, cakera optik ataupun pita. Saiz kapasiti muatan data
boleh mencecah 1TB.
B-Storan Optikal
Menggunakan prinsip cahaya untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya
laser yang digunkan menentukan data yang ditulis atau dibaca
Terdapat 3 jenis cakera optikal iaitu:
i. CD (Compact Disk)
ii. DVD (Digital Versatile/Video Disc)
iii. Blue-Ray Disc (BD)
C. INGATAN KILAT
Merupakan sejenis ingatan computer tidak meruap yang boleh dipadamkan dan
diaturcara semula secara elektrikal.
2 jenis ingatan iaitu:
1. Pemacu keras USB
Merupakan peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB.
Ia lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana
sahaja.
2. Kad Memori
Merupakan media storan bagi peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit,
PDA, pemain audio digital dan kamera digital.

Vous aimerez peut-être aussi