Vous êtes sur la page 1sur 9

1.

ABAD 20 - KEBANGKITAN KESEDARAN


Bincangkan faktor-faktor mempengaruhi kesedaran.
Kebangkitan kesedaran merupakan salah satu gerakan yang menginginkan kebebasan apabila
mereka berasa bahawa diri mereka tertindas. Apabila wujud penentangan dalam kalangan orang
tempatan sedikit sebanyak disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi
kebangkitan kesedaran ialah faktor sosial. Kedudukan Tanah Melayu yang sangat strategik
mewujudkan penghijrahan oleh orang-orang asing. Ia seterusnya telah mewujudkan penubuhan
parti politik kiri yang pertama di Tanah Melayu seperti PKMM yang mempunyai ramai pengikut
daripada Indonesia. Parti ini berkait rapat dengan Indonesia melalui konsep Melayu Raya dengan
cogan kata Merdeka.
Seterusnya ialah faktor agama. Golongan muda yang berada di Timur Tengah berperanan
dalam menyebarkan fahaman Islam ke Tanah Melayu. Ia turut dirasai oleh golongan muda yang
berasal di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan agama di sana. Antara tokoh yang terlibat
ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Syeikh Junid Thala Al-Rengas dan Dr.
Burhanuddin Al-Helmy. Mereka ini berperanan dalam mendidik dan menanamkan semangat
perjuangan kemerdekaan menentang British.
Faktor pendidikan merupakan salah satu mempengaruhi kesedaran.institut pendidikan
sangat penting dalam menyalurkan maklumat dan gedung ilmu pengetahuan serta penyebar
kefahaman dan kesedaran bangsa. British memperkenalkan system pendidikan kebangsaan aliran
Melayu dan Inggeris tanpa mencampuri urusan pendidikan agama. Kelahiran tokoh melalui
pendidikan aliran agama ialah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Syeikh Junid Thala Al-Rengas dan Dr.
Burhanuddin Al-Helmy. Manakala tokoh yang lahir daripada pendidikan secular ialah Ahmad
Boestaman, Cikgu Hassan Haji Manan dan Abdullah Ayob.
1. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa gerakan kesedaran berkait rapat dengan
perkembangan media cetak. Hal ini demikian kerana, media cetak memainkan peranan yang
penting dapat menyebarkan ideologi dan propaganda agar terus tersebar. Oleh itu, orang ramai
dapat mengetahui perkembangan sesuatu perkara yang berlaku pada masa itu. Perkembangan

media cetak ini sejajar dengan apa yang terjadi di sesuatu kawasan. Maka, gerakan kesedaran ini
mampu untuk meraih sokongan penduduk tempatan untuk terus menyokong mereka dan
seterusnya melakukan gerakan kesedaran tersebut. Media cetak menjadi wadah perhubungan di
antara penduduk tempatan dengan ahli gerakan kesedaran itu sendiri.
Sekian, terima kasih.
2. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari tentang pelbagai faktor yang mempengaru gerakan
kesedaran. Tetapi saya ada sedikit kekeliruan di mana, pengaruh luar turut mempengaruhi
gerakan kesedaran. Sememangnya, pengaruh luar yang saudari nyatakan mempengaruhi gerakan
kesedaran tersebut. Tetapi, pengaruh luar juga memungkinkan bahawa gerakan kesedaran itu
tidak mungkin berlaku. Jika mereka terpengaruh dengan pengaruh luar seperti Barat, besar
kemungkinan mereka akan bersama-sama untuk memajukan tempat tersebut. Mungkin salah
seorang daripada orang tempatan akan menjadi tali barut warga asing untuk menjatuhkan
gerakan kesedaran tersebut. Maka tidak mustahil bahawa pengaruh luar mampu untuk
mempengaruhi gerakan kesedaran ini, malah terdapat juga segelintir yang menganggap pengaruh
luar ini punca gerakan kesedaran ini terbantut.
Sekian, terima kasih. (Sekadar pandangan, jika salah mohon tunjuk ajar)
3. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan penyataan saudara. Cuma di sini saya ingin menyatakan pendapat saya
bahawa, golongan tua dan golongan tua mempunyai perana yang hampir sama dalam
memacukan gerakan kesedaran ini. Hal ini demikian kerana mereka belajar dalam bidang yang
sama serta mempunyai tujuan yang sama. Besar kemungkinan, apa yang berbeza adalah
pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara yang sudah, sedang dan akan berlaku. Bagi golongan
tua, mereka lebih mengerti apa yang telah dirasai oleh penduduk tempatan. Manakala golongan
muda ini dapat merasai apa yang mereka telah rasa semasa pembelajaran mereka di tempat
belajar. Oleh itu, golongan muda tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan kepada
golongan mereka sahaja, sebaliknya golongan tua perlu ada untuk memantapkan lagi gerakan
kesedaran itu.

Sekian, terima kasih.


4. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan penyataan saudari. Saya berpandangan bahawa sistem pendidikan
sememangnya menjadi nadi kepada gerakan kesedaran ini. Hal ini demikian kerana, dari kecil
lagi penduduk tempatan ini diasuh dan dididik untuk memperjuangkan tanah air mereka daripada
tergadai oleh pihak lain. Sedikit sebanyak kesedaran tersebut timbul dan semangat mereka akan
menjulang tinggi. Kesedaran ini dapat dipupuk di sekolah agama penduduk tempatan. Hal ini
demikain kerana, pihak British tidak masuk campur langsung dalam urusan keagamaan
penduduk tempatan. Oleh itu, peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin oleh penduduk
tempatan untuk menyebaran kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan itu sendiri.
Sekian, terima kasih.
5. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya ingin menambah sedikit pendangan saya terhadap
faktor politik yang mempengaruhi gerakan kesedaran ini. Seperti yang kita sedia maklum,
kemasukan pihak British ke Tanah Melayu telah menyebabkan pelbagai masalah yang berlaku
terutamanya dalam bidang politik. Pihak British telah melakukan pelbagai tipu muslihat untuk
mendapatkan kawasan yang dikehendakinya di Tanah Melayu. Campur tangan British dalam
sistem pentadbiran di Tanah Melayu telah menggugat kuasa raja dan pembesar. Mereka ini telah
kehilangan sumber pendapatan dan jawatan telah diambil alih. Raja atau sultan hanya berfungsi
sebagai boneka yang hanya menurut perintah sahaja. Oleh itu, terdapat di antara golongan
pembesar itu sendiri yang telah mengetuai gerakan kesedaran itu, kerana sifat ketidakpushatian
mereka terhadap pihak British. Pelbagai propaganda telah dihasut kepada penduduk tempatan di
samping tindakan pihak British itu sendiri yang telah menindas penduduk tempatan dengan
pelbagai peraturan dan cukai telah dikenakan. Maka dengan itu, gerakan kesedaran pun wujud
untuk membela nasib penduduk tempatan.
Sekian, terima kasih.

2. PD2 - KEBANGKITAN NASIONALISME TAHAP 2

Pasca PD2 membangkitkan kesedaran dan perjuangan secara berorganisasi. Bincangkan


Selepas Perang Dunia ke-2 berlaku, pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam
pentadbiran Tanah Melayu. Selain itu system gerakan kesedaran oleh penduduk tempatan turut
berubah. Melihat kepada perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu itu sendiri, pelbagai
tokoh telah bangkit memperjuangkan hak mereka di tanah mereka yang tercinta. Oleh itu,
daripada gerakan kesedaran yang hanya untuk membela nasib tanpa rancangan yang strategik,
maka wujud gerakan kesedaran yang lebih berorganisasi dan tersusun. Kebanyakkan pertubuhan
politik ini ditubuhkan di negeri Perak antaranya ialah PKMM, Hizbul Muslimin, API, dan PAS.
PKMM telah ditubuhkan pada 1945 dan tidak pernah didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan 1920. Matlamat utama mereka adalah untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu
yang jauh ketinggalan dalam semua aspek. Antara tokoh yang bertanggungjawab ialah
Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhabuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad. PKMM ini telah
mendapat sokongan daripada pelbagi pelosok di Tanah Melayu ditambah pula dengan kerjasam
bersama-sama dengan pertubuhan politik Islam seperti Hizbul Muslimin, MATA dan
PEPERMAS. Seterusnya mereka bergabung dengan KRIS, PAS, API, AWAS dan Hizbul
Muslimin untuk menjadi sebuah gabungan politik Melayu dengan nama PUTERA.
Melalui PUTERA ini mereka bergabung pula dengan pertubuhan radikal Cina dalam
menyahut cabaran Malayan Union serta membuktikan kematangan berpolitik bangsa Melayu
berhaluan kiri pada waktu itu. API adalam ialah Angkatan Pemuda Insaf yang merupakan sayap
pemuda PKMM dan AWAS merupakan sayap wanita PKMM. Seterusnya pada tahun 1947, API
dan AWAS telah diharamkan oleh pihak British kerana semangat kental yang ditunjukkan oleh
mereka telah mengejutkan pihak British.
Gelombang kebangkitan rakyat melalui KRIS, PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin,
GMPR dan PUTERA menjadi suara pembangkang yang semakin kuat dan lantang. Oleh itu,
pihak British telah menangkap ramai tokoh radikal Melayu semasa pengistiharan darurat pada 18
Jun 1948 sejurus selepas peristiwa pembunuhan tiga pengurus lading berbangsa Eropah di
Sungai Siput, Perak. Selepas beberapa tahun, mereka dibebaskan dan ada antar mereka yang
menyertai PAS, PRM, PBM dan UMNO. Tetapi terdapat individu yang tidak bersependapat
dengan dasar UMNO yang terlalu bertolak ansur dengan pihak British iaitu Mustapha Hussein,
Cikgu Mohd Yusof Ayob dan Abdul Aziz Ishak. Mereka menyertai PAS.

Perjuangan radikal Melayu mencapai kejayaan apabila memenangi Pilihan Raya Umum
Malaya pada tahun 1959 menyebabkan kegusaran terhadap Parti Perikatan. Kemenangan itu
menjawab sgala persoalan berkaitan dengan tokoh, perjuangan dan organisasi mereka dalam
menawan hati rakyat. Walaupun, pada masa itu telah wujud parti yang berhaluan kanan seperti
UMNO, MIC, dan MCA dan seterusnya bergabung menjadi PArti Perikatan. Mereka ini bertolak
ansur dengan pihak British bukan bermakna bahawa mereka menyokong British. Sebaliknya,
mereka hanya ingin mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu itu sendiri.
Kesimpulannya, gerakan kesedran yang beroganisasi menyebabkan segala yang
diinginkan bermatlamat dan lebih menjamin kedudukan rakyat itu sendiri. Sekali gus, menaikkan
semangat mereka apabila bersama-sama dalam sesuatu perkara agar suara mereka didengari.
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya hanya ingin menambah maklumat. Ya, memang
benar selepas Perang Dunia ke-2 meletus, pelbagai parti berorganisasi yang telah wujud di Tanah
Melayu. Seperti yang kita ketahui parti ini terbahagi kepada dua iaitu parti yang berhaluan kiri
dan parti yang berhaluan kanan. Pembahagian parti sedemian rupa, mempunyai matlamat utama
iaitu bebeas dari belenggu penjajah. Tanpa kita sedari, bahawa sedikit sebanyak apabila kita
mempunyai pembahagian begitu telah menggugat penduduk tempatan itu sendiri. Mereka
mungkin akan berasa tidak puas hati sesama mereka. Mereka menganggap bahawa parti yang
berhaluan kiri adalah salah, dan sebaliknya. mereka hanya menyalahkan antara satu sama lain.
Sedarkah kita, bahawa perkara ini masinh berlaku pada masa kini? Hal ini mungkin retetan
daripada peristiwa lepas yang tidak dijadikan teladan. Seharusnya mereka bergabung untuk
mewujudkan parti utama yang mempunyai matlamat, tujuan dan semangat yang sama.
Sekian, terima kasih.
2. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang perubahan yang telah berlaku selepas Perang
Dunia ke-2 meletus. Kewujudan pelbagai parti berorganisasi bertujuan untuk membela nasib
penduduk tempatan. Antara parti yang terawal ditubuhkan adalah PKMM yang membela rakyat.
Parti ini sangat radikal sehingga dianggap sebagai berhaluan kiri iaitu pembangkang. Pada masa
yang sama UMNO telah diwujudkan tetapi lebih bersifat berhaluan kanan kerana mereka lebih

bertolak ansur dengan pihak British. UMNO menjalankan matlamat mereka secara halus
berbanding dengan parti PKMM yang lebih bersifat ganas. Oleh itu, pihak British telah mencari
cara untuk menangkap ahli radikal PKMM ini, sehinggalah pengisytiharan darurat dilakukan
pada 18 Jun 1948 sejurus selepas peristiwa pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah
di Sungai Siput, Perak mereka ditangkap. Namun, perjuangan mereka tidak terhenti di situ,
sebaliknya selepas dibebaskan mereka meneruskan perjuangan mereka. Oleh itu, dapat
digambarkan bahawa kesungguhan ahli radikal ini untuk membela nasib penduduk tempatan
amatlah besar.
Sekian, terima kasih.
3. Salam sejahtera.
Saya berpendapat dengan saudara tentang Parti Perikatan. Seperti yang kita sedia maklum, parti
Perikatan ini bersifat berhaluan kanan. Oleh itu, ia lebih disenangi oleh pihak Inggeris. Selain itu,
parti ini juga menggabungkan kaum Cina, India dan Melayu. Ia sedikit sebanyak menyenangkan
pihak British untuk terus mentadbir Tanah Melayu. Parti ini juga telah mendapat sokongan
daripada pelbagai kaum kerana ia memelihara semua kaum dan suara mereka didengari oleh
pemimpin mereka. Parti ini menjadi sangat popular keranamenggunakan matlamat menginginkan
kemerdekaaan Tanah Melayu. Ia dibuktikan dengan keberangkatan Tunku Andul Rahman
bersama-sama pengikutnya ke London untuk mendapatkan tarikh kemerdekaan untuk Tanah
Melayu. Pelbagai halangan yang diperoleh tetapi akhirnya kemerdekaan Tanah Melayu dapat
dicapai pada 31 Ogos 1957. oleh itu, semangat bersatu padu penduduk tempatan dengan
menyokong pergerakan parti Perikatan ini telah menjamin kemerdekaan terhadap Tanah Melayu.
Sekian, terima kasih.
4. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya ini menambah maklumat berkaitan dengan Parti
Komunis Malaya (PKM). Gerakan parti ini bertujuan untuk menentang pihak Britishyang
menguasai Tanah Melayu pada masa itu. Sebelum mendapatkan kemerdekaan dari pihak British
di England, mereka harus menamatkan Darurat terlebih dahulu.

Tunku berbincang denga Raja-raja Melayu untuk bersatu menamatkan Darurat. Tentera
Udara dikerah untuk menggugurkan 40 juta risalah kepada pengganas komunis untuk menyerah
diri. Pada 23 Disember 1955, PKM menghantar surat untuk mengadakan perjumpaan wakil
kerajaan antara Chin Peng dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock dan genjatan
senjata dilakukan. Wakil PKM dihantar untuk mengatur perjumpaan. Keesokkannya, perjumpaan
diadakan di Baling, Kedah diikuti David Marshall selaku Ketua Menteri Singapura.
Rundingan tersebut dilakukan dengan baik dan pertemuan ini dikenali sebagai Operasi
Rink Gun dan Rundingan Baling 1955'. Chin Ping menyatakan kebimbangan sekiranya British
tidak memberikan kemerdekaan. PKM akan meletak senjata sekiranya Tunku pergi ke London
dan pulang mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu. PKM menuntut pengiktirafan yang sah
terhadap parti tersebut. Tunku akan berbincang dengan pihak British akan nasib parti PKM.
Rundingan Baling ini gagal menghasilkan sebarang persetujuan kedua-dua pihak. Tunku menarik
balik tawaran pengampunan tersebut sebaliknya mengarahkan ibu pejabat UMNO dan MCA
mengadakan tunjuk perasaan memaksa komunis melucutkan senjata dan mereka menyerah diri.
Kesimpulannya, mereka seharusnya berganding bahu untuk mencapai kemerdekaan dan
mempunyai persefahaman yang baik untuk menguntungkan kedua-dua belah pihak.
5. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan pandangan saudari tentang perubahan yang berlaku selepas Perang Dunia
ke-2 meletus. Kebangkitan kesedaran ini sedikit sebanyak telah merubah pemikiran masyarakat
tempatan terhadap perjuangan mereka. Perjuangan mereka lebih berfokus terutamanya dalam
menubuhkan parti berorganisasi. Hala tujuannya lebih jelas iaitu lebih kepada menuntut
kemerdekaan Tanah Melayu. Antara parti yang terawal adalah PKMM dan UMNO. Namun
kedua-dua parti ini lebih bersifat bertentangan di mana corak pelaksanaan yang lebih kepada
menuntut bela penduduk bagi PKMM , dan UMNO untuk menuntut kemerdekaan. UMNO juga
disifatkan sebagai parti berhaluan kanan, dan PKMM sebaliknya.
Sekian, terima kasih.

3. PASCA MERDEKA

Pembangunan Malaysia. Bincangkan

4. PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963


Bincangkan peranan Tunku dalam merealisasikan MALAYSIA.

Kefahaman Kuliah 2
Assalamualaikum,

Terangkan dan beri contoh -ciri-ciri guru berkualiti yang menepati Standard Guru
Malaysia

1. Forum 1
Bincangkan keadaan politik dan ekomomi China dan Jepun pada awal abad ke-20.
2. Forum 2
Bincangkan penglibatan China dalam Perang Dunia Pertama.
3. Forum 3
Bincangkan perkembangan komunis di China.

FORUM 1
Pemilihan tajuk dilandaskan kepada beberapa kedekatan, misalnya kedekatan emosional
(sentiemental), kedekatan intelektual, kedekatan sumber dan bahasa sumber, kedekatan wang
dsb. Kesemuanya itu perlu juga ditautkan dengan kontak historikal (historical context).
Bincangkan maksud dan kepentingan kontak historikal dalam membuat penyelidikan dan
penulisan sejarah.
FORUM 2
Tulis satu pengenalan kepada tajuk yang anda pilih untuk dilaksanakan sebagai latihan ilmiah
anda.
Pengenalan yang dibuat hendaklah mengandungi empat (4) komponen yang dihuraikan dalam
kuliah. Panjangnya satu atau paragraf sahaja.
FORUM 3
Sejarawan menurut Arthur Marwick tidak melakukan rekonstruksi masa lalu tetapi sejarawan
menghasilkan pengetahuan tentang masa lalu.
FORUM 4
Ulasan kajian lepas adalah penting bagi menghasilkan sebuah kertas cadangan penyelidikan
sejarah yang mantap.
FORUM 5
Setiap penyelidikan dan penulisan semula sejarah oleh generasi baru terhadap sejarah yang
pernah diungkap dahulunya bukannya mempelbagai cabang hala sejarah itu, sebaliknya ia
merupakan satu pertambahan atau memperkayakan lagi pengetahuan terhadap sejarah berkenaan.

Vous aimerez peut-être aussi