Vous êtes sur la page 1sur 30

1.

0 Pengenalan
Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang digabungkan dalam 13 negeri yang terdapat di
Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia manakala Sabah merupakan
negeri yang kedua terbesar di Malaysia. Sebelum Sabah digabungkan dalam Malaysia, ia
dikenali sebagai Borneo Utara. Kedua-dua negeri tersebut telah memikili pari-parti politik
bersendirian sebelum digabungkan dengan Malaysia.
Antara parti-parti politik yang telah diwujud dan diamalkan di negeri Sabah adalah
Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan, Parti Demokratik Sabah (PDS), United
Kadazan Nasional Organization,

Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu,

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah. Selain itu,
sepertimana kita diketahui Sarawak juga memiliki parti-parti politik tersendiri seperti Sabah dan
juga negeri-negeri yang lain di Malaysia. Antaranya ialah, Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Parti
Negara Sarawak, Parti Pesaka Anak Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak.
Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul
Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura merupakan satu detik penting yang membawa kepada
perkembangan parti politik di Sabah. Lanjutan daripada cadangan pembentukan Malaysia ini,
wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti-parti politik di Sabah.
Gagasan penubuhan Malaysia ini telah di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam
persidangan dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan Borneo Utara, Sarawak, Singapura
dan Brunei mampu memberi kesan yang amat baik. Dengan cara ini, negeri-negeri tersebut
mampu mencapai kemerdekaan melalui pembentukan sebuah kesatuan politik yang di
namakan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman juga menyatakan betapa pentingnya kesatuan politik ini dalam
mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam politik dan ekonomi memandangkan latar
belakang sejarah dan sosiobudaya yang tidak jauh berbeza. Di samping itu, dengan
pembentukan kesatuan ini diharapkan mampu menyekat penularan pengaruh komunis di
negeri-negeri yang dinyatakan ini.
Berdasarkan usul yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini, ia telah membangkitkan
kesedaran politik di kalangan pemimpin Sabah dan ini telah memberi rangsangan kepada
kelahiran parti-parti politik di Sabah. Justeru itu, adalah boleh dikatakan pengumuman gagasan
Malaysia ini telah menjadi landasan kepada perkembangan politik di Sabah dan Sarawak dan
seterusnya memperjuangkan kemerdekaan sendiri dan kemerdekaan kepada Sabah dan
Sarawak.
1

2.0 Perkembangan Parti-Parti Pilitik Di Sabah


Negeri Sabah mempunyai lapan parti politik yang pernah ditubuhkan di Sabah untuk
mewujudkan sesuatu yang kebaikan kepada rakyat-rakyat di Sabah. Penjelasan secara lanjut
telah dijelaskan di bawah dengan teliti.
2.1 Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan
Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan atau dalam bahasa Inggeris pula dikenali
sebagai United Pasok Momogun Organisation (UPKO). Parti politik ini telah ditubuhkan pada
tahun 1962 dan kemudiannya bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu
(UNKO) pada tahun 1964. Tujuan penubuhan parti pilotik ini adalah untuk memperjuangkan
nasib dan masa depan yang cerah bangsa Kadazan Dusun Malaysia dan untuk melindungi hak
kaum Bumiputera di kawasan pedalaman. Selain itu, parti politik Kadazan dusun Malaysia ini
terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya MajlisMajlis Daerah 1964 yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan selepas pembentukan
Persekutuan Malaysia pada 16 September 19631.
Pada tahun 1964 United Pasok Momogun Organisation telah ditewaskan dalam Pilihan Raya
Umum Negeri Sabah yang pertama karana menggutamakan perpaduan bumiputera yang lebih
luas. Pada tahun 1967, United Pasok Momogun Organisation telah dibubarkan. Selepas
dibubarkan, United Pasok Momogun Organisation ditubuhkan semula pada tahun 1999. Pada
28 Julai 1999 Parti Demokratik Sabah (PDS) iaitu sebuah parti politik Kadazan Dusun Murut
yang ditubuhkan pada 1964 telah dibubarkan untuk menghidupkan semula Pertubuhan Bersatu
Pasok-Momogun Kadazan dengan perubahan nama partinya iaitu Pertubuhan Pasokmomogun
Kadazun Dusun Murut Bersatu tetapi kekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO. Pada 8 Ogos
1999, para perwakilan juga berseyuju dengan keputusan ini dalam Kongres Parti Demokratik
Sabah yang ke-5.
Disamping itu, Tan Sri Bernard Dompok merupakan Presiden United Pasok Momogun
Organisation (UPKO). Majlis pelancaran pada 30 Oktober 1999 telah diadakan di Ranau.
Presiden UPKO telah mengirimkan surat-surat penghargaan kepada melebihi 50 pemimpin
veteran UPKO. Pelancaran tersebut memberi kesan kepadanya. Kembalinya beberapa
pemimpin veteran UPKO termasuk Tan Sri Sufian Koroh, Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon
Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri Panglima Fred Jinu. Sebilangan daripada mereka
kemudiannya dilantik menjadi anggota Majlis Penasihat Adat UPKO. Dengan pelancaran
UPKO, bermula kesinambungan perjuangan Parti Demokratik Sabah untuk menyatukan bangsa

1 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia: Sejarah
Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 77
2

Kadazan Dusun Malaysia dalam satu gagasan perjuangan politik melalui Kerajaan Barisan
Nasional dengan temanya Misompuru Tokou Wagu

yang bermaksud Mari Kita Bersatu

Kembali.
2.2 Parti Demokratik Sabah (PDS)
Parti Demokratik Sabah (PDS) atau Sabah Democtatic Party ialah sebuah parti politik Kadazan
Dusun Murut yang ditubuhkan pada Mac 1994, selepas kejatuhan kerajaan Parti Bersatu Sabah
oleh wakil-wakil Rakyat Parti Bersatu Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok2.
Pada 14 Mac, keputusan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang disusuli
oleh Revolusi Seri Gaya selepas pucuk pimpinan Barisan Nasional mengatakan bahawa
mereka tidak lagi akan menerima Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai parti komponen Barisan
Nasional. Pada ketika itu, Datuk Joseph Pairin adalam pemimpin parti politik tersebut.
Penolakan ini berlaku kerana peninggalam PBS secara tiba-tiba daripada Barisan Nasionan
lima hari sebelum undi semasa pilihan raya umum pada tahun 1990. Disebabkan itu, Wakilwakil Rakyat PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan
untuk perjuangan pilitik kaum Kadazan Dusun Murut dengan bertema Kesinambungan
Pembangunan Sosio-ekonomi3. Selain itu, PBS memperjuangkan pembangunan sosio-ekonomi
kaum Kadazan Dusun Murut sebagai salah satu daripada sumbangan mereka dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia. PDS telah mengorak langkah kearah matlamat tersebut
dengan cara menubuhkan beberapa penubuhan-penubuhan. Antara penubuhan-penubuhan
tersebut ialah Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri, Dewan Perniagaan dan Perindustrian
Kadazan Dusun, Yayasan Bahasa Kadazan Dusun, Persatuan Pendidik Kadazan Dusun dan
Persatuan Peneroka-peneroka Bandar Negeri Sabah.
2.2.1 Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri
Institut ini ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini bertujuan untuk menjalankan penyelidikan
serta kajian-kajian terhadap cabaran-cabaran pembangunan sosio-ekonomi kaum Kadazan
Dusun Malaysia (KDM). Institut ini juga dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Dr.
Mahathir Mohamad pada tahun 1997.
2.2.2 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun ditubuhkan pada tahun 1996.
Pertubuhan ini bertujuan untuk mengingkatkan penyertaan kaum Kadazan Dusun Malaysia
(KDM) dalam aspek perniagaan dan juga perindustrian.

2 http://ww2.sabah.gov.my/ark/malay/politik.html
3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_Sabah
3

2.2.3 Yayasan Bahasa Kadazan Dusun


Yayasan Bahasa Kadazan Dusun atau Kadazan Dusun Language Foundation. Pertubuhan ini
ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan penyelidikan serta mempromosikan pembangunan
bahasa Kadazan Dusun Malaysia (KDM) dan juga Murut.
2.2.4 Persatuan Pendidik Kadazan Dusun
Pertubuhan ini diwujudkan untuk membela dan memberi sokongan kepada guru-guru Kadazan
Dusun yang terlibat dalam pengajaran bahasa Kadazan Dusun Malaysia (KDM) di sekolahsekolah kerajaan.
2.2.5 Persatuan Peneroka-peneroka Bandar Negeri Sabah
Persatuan Peneroka-peneroka Bandar Negeri Sabah atau Sabah Urban Rural Migrant
Association dalam singkatan SURIA ini ditubuhkan untuk memperjuangkan hak-hak orangorang Kadazan Dusun Malaysia (KDM) menjadi peneroka di Bandar4.
Selain itu, Parti Demokratik Sabah telah gagal untuk menyatukan seluruh kaum Kadazan
Dusun Murut (KDM) dalam sebuah parti politik menyebabkan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti
Demokratik Sabah pada 28 Julai 1999 dengan sebulat suara bersetuju untuk membubarkan
Parti Demokratik Sabah. Keputusan ini menyusul kegagalan kaum Kadazan Dusun Murut untuk
mengundi Tan Sri Bernard Dompok iaitu Presiden Parti Demokratik Sabah, dalam Pilihan Raya
Umum Malaysia tahun 1999. Dalam Kongres Parti Demokratik Sabah yang ke-5 pada 8
Ogos 1999, yang diadakan di Tempat Peranginan Tanjung Aru Shangri-La, para perwakilan
bersetuju untuk mengorbankan Parti Demokratik Sabah untuk menghidupkan semula
Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO).
2.3 United Kadazan Nasional Organization
Parti United Kadazan Organization (UNKO) atau Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu
merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah. Parti ini dianggotai oleh kaum Kadazan dan
kumpulan Kristian lain seperti Rungus dan Murut. Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain
Donald Stephens ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S Sundang.
Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula difikirkan pada 26 Mac 19615.

4 http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html
5 http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html
4

Menurut Nazaruddin M Jali, UNKO ditubuhkan berasaskan penyatuan pertubuhanpertubuhan sosial dan kebudayaan orang-orang Kadazan diseluruh Sabah untuk membentuk
satu pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah dipesatkan lagi apabila pada 27 Mei
1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura tentang cadangan gagasan
Malaysia6. Rentetan daripada pengumuman gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya
Kadazan telah mengadakan satu Kongres Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens.
Dalam kongrses tersebut satu resolusi telah diluluskan bagi menubuhkan satu lembaga pusat
untuk menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah. Kongres telah
mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai The United National
Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini merupakan parti politik suku Kadazan yang
berpusat di pantai barat Sabah yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang dipengerusikan
oleh Donald Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton
(Kota Kinabalu). Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga terkenal sebagai
pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times dan kemudiannya di kenali
sebagai Sabah Times. Kekayaan hasil konsesi balak yang diperolehi daripada penjajah
British, yang membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan parti politik UNKO. Melalui
penglibatan beliau sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times telah
memudahkan penyampai pandangan UNKO mengenai politik Sabah secara lebih berkesan.
Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada kalangan orangorang Kadazan Dusun Pantai Barat, terutamanya dari Penampang dan Papar. Kebanyakan
ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada mereka yang beragama Kristian. Pada awal
penubuhannya, UNKO hanya membuka keahliannya kepada orang-orang Kadazan Dusun
termasuklah orang Dusun dan Sino-Kadazan. Donald Stephens percaya dengan jumlah
penduduk Kadazan Dusun seramai 167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah) pada tahun
1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh sebagai sebuah parti politik. Namun
apabila parti United Sabah Nation Organization (USNO) wujud dengan dasarnya yang
membuka keahlian kepada semua kaum bumiputera di Sabah sama ada beragama Islam atau
tidak telah menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat. Dasar USNO yang membuka
keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai sokongan orang-orang Dusun yang
tidak setuju dengan penggunaan istilah Kadazan ini yang di perjuangkan oleh UNKO untuk

6 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia: Sejarah
Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 84
5

menyertai parti USNO. Golongan Dusun ini khuatir dengan kedudukan mereka dalam UNKO
memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi akan mudah didominasikan
oleh orang-orang Kadazan Penampang yang sedia lebih berpelajaran dan lebih berada
berbanding orang-orang Dusun. Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik
UNKO banyak dikuasai oleh orang Kadazan Penampang.
Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk menyatupadukan
rakyat Kadazan Dusun dan Murut supaya mereka pada akhirnya berkerjasama dan bersatu
dengan etnik-etnik yang lain untuk memajukan serta membangunkan negeri Sabah. Selain itu,
tujuan penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di antara orangorang Kadazan Dusun agar mereka dapat memperjuangkan satu cita-cita dan satu matlamat
dalam politik, ekonomi, dan sosial, di samping menggesa kerajaan British supaya tidak
mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah, terutamanya orang-orang Kadazan Dusun. Ia juga
bertujuan untuk menggalakkan semangat orang-orang Kadazan Dusun supaya bersatu dan
tidak mudah mengalah kepada orang-orang lain agar terus hidup dalam suasana kegembiraan,
keharmonian dan kesederhanaan.
2.4 Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu
Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu yang lebih dikenali dalam singkatannya
PASOK. Ia merupakan sebuah parti politik di negeri Sabah, Malaysia. Parti pilitik ini ditubuhkan
pada tahun 19787. Walaupun parti ini mempunyai platform etnosentrik Kadazan Dusun,
keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum dan kepimpinannya mempunyai kewakilan
berbilang kaum. Parti politik ini mempunyai tujuh matlamat utama.
Antaranya ialah untuk menyuburkan dan mempromosikan satu kesatuan kebangsaan dan
harmoni di kalangan bumiputera Sabah. Matlamat kedua ialah

Untuk menyemai dan

mempromosikan perasaan keyakinan di kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan
agama, Untuk menjaga dan melindungi kedudukan, hak-hak dan pengetahuan di kalangan
rakyat Sabah, Untuk menyokong dan mempromosikan 5 prinsip Rukun Negara sebagai
Falsafah Kebangsaan. Matlamat seterusnya ialah untuk menjaga dan mempromosikan adatadat dan kebudayaan kaum bumiputra dan mengekalkan kebebasan beragama. Matlamat
seterusnya adalah untuk menjaga dan mempromosikan prinsip-prinsip parlimen dan bentuk
kerajaan semokratik menerusi perjanjian dan harmoni dan matlamat seterusnya ialah untuk

7 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 153.


6

bekerja dengan organisasi politik yang lain yang mempunyai tujuan dan objektif yang sama di
dalam Malaysia sebagai melindungi pembangunan parti-parti politik yang sihat
PASOK diasaskan pada tahun 1978 oleh G.S. Sundang. Beliau merupakan seorang ketua
suku tempatan dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah sebagai landasan politik untuk orang
Kadazan, Dusun dan Murut. Pada 1985, PASOK menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam
kerajaan campuran selepas PBS memenangi Pilihan Raya Dun. PASOK dihalang dari
bertanding dengan menggunakan nama dan simbolnya pada Pilihan raya umum Malaysia ke-12
disebabkan berlakunya pertelingkahan mengenai jawatan presiden yang masih belum selesai.
Hal ini demikian kerana pada 28 Februari 2008, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
memberi notis perbatalan pendaftaran kepada PASOK dengan menyebut kegagalan parti
tersebut menyelesaikan kemelut pucuk pemimpinannya yang melibatkan Cleftus Mojinggol,
John Richard dan Henry Sabagang Rumpit. Parti ini seterusnya dibatalkan pendaftarannya
pada 27 Mei. Antara anggotanya yang menjadi ahli PASOK adalah G. S. Sundang, Joseph
Pairin Kitingan, Wilfred Bumburing, James Vitalis dan Patrick Sindu.
2.5 Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu

atau United Sabah Nasional Organisation dalam

singkatannya dikenali sebagai USNO. USNO diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun,
Ketua Menteri ke-3 Sabah8. Parti politik ini ditubuhkan pada tahun 1961. Parti ini Berjaya
memerintah selepas memenangi Pilihan Raya Negeri 1967dan kekal berkuasa sehingga 1975
di bawah pemimpin Tun Mustapha. Pada tahun 1976 berkuasa di bawah kepimpinan Mohamed
Said Bin Keruak.
Sebenarnya kewujudan parti USNO ini adalah hasil daripada kesedaran orang-orang Melayu
Islam terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah yang bergiat
dalam berbagai persatuan Islam. Kebanyakan pemimpin persatuan Islam tersebut menjadi
pemimpin dalam parti USNO. Di antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk
Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji,
Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M Edinin. Pada
24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata parti iaitu Bersatu, Bersedia,
Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. USNO sejak awal lagi

8 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication&Disributor
Sdn. Bhd. M.s 124.
7

menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan


kestabilan politik Sabah. Malah pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di
Sabah. Datu Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di
jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Seterusnya, sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, USNO memainkan
peranan

penting

dalam

kerjasama

dengan United

Pasokmomogun

Kadazandusun

Organisation (UPKO), yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens dan dalam Persekutuan Tanah
Melayu dalam mendapat kemerdekaan daripada Great Britain. Pada tahun 1975, setiausaha
agung USNO iaitu Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO
untuk membentuk

sebuah

parti

baru yang dinamakan

Parti Bersatu Rakyat Jelata

Sabah (Berjaya). Parti baru ini berjaya mengalahkan USNO pada Pilihan Raya Negeri 1976
untuk membentuk kerajaan sehingga tahun 1985. Selepas kekalahan itu, USNO seringkali
meneruskan untuk menyertai pilihanraya negeri 1981, 1985, 1986, dan 1990, memenangi
beberapa buah kerusi, tetapi tidak pernah cukup untuk membentuk kerajaan semula. Pada
tahun 1991, USNO telah dibubarkan.
2.6 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau Sabah Peoples United Front (BERJAYA). Parti politik
BERJAYA ini ditubuhkan pada 6 Jun 1976 yang diasaskan oleh Datuk Harris Salleh iaitu mantan
setiausaha agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). BERJAYA telah
memerintah kerajaan negeri Sabah selama 8 tahun dari 1976 hingga 1985. Apabila BERJAYA
berjaya memenangi Pilihanraya Negeri 1976, Tun Fuad telah dipilih buat kali kedua sebagai
Ketua Menteri Sabah yang kelima menggantikan Mohammad Said bin Keruak daripada USNO.
Namun hanya selepas 44 hari menjadi ketua menteri, Tun Fuad meninggal dunia dalam
peristiwa nahas kepal terbang di Kota Kinabalu pada 6 Jun 1976 yang dikenali sebagai Tragedi
Double Six. Tempat beliau digantikan oleh Harrish Salleh sebagai Ketua Menteri Sabah yang
keenam.
Seterusnya, dalam Pilihan Raya Negeri 1981, BERJAYA telah mengekalkan kemenangan
dengan majoriti yang lebih besar dengan memenangi 44 daripada 48 kerusi yang
dipertandingkan. Pada 1984, Joseph Pairin meninggalkan BERJAYA untuk menubuhkan Parti
Bersatu Sabah yang kemudiannya menumbangkan kerajaan negeri BERJAYA di dalam
Pilihanraya Negeri Sabah 1985. Dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1990, sokongan terhadap
BERJAYA telah berkurangan sehingga gagal memenani sebarang kerusi. Berjaya akhirnya
8

terkubur dengan kemasukan UMNO ke Sabah dan Harris Salleh menjadi penasihat parti negeri
dan parti ini telah dibubarkan pada tahun 1991. Objektif penubuhan BERJAYA adalah untuk
mengekalkan dan menjamin integrasi, kemerdekaan dan status demokrasi Malaysia serta
perinsip-perinsip Rukun Negara. Tujuan penubuhan BERJAYA adalah untuk menjaga dan
menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dalam Malaysia dan ialah Untuk meningkatkan,
memajukan dan menjamin sebuah kerajaan rakyat dan untuk rakyat yang asli, progresif dan
demokrasi dan juga bermatlamat untuk mengagihkan kekayaan dan peluang-peluang dengan
lebih seimbang daripada yang terdapat dalam sistem Sabah pada masa tersebut dan bertujuan
untuk menjamin dan memajukan kedudukan istemewa penduduk tempaan serta hak-hak
perlembagaan dan keistemewaan setiap warganegara di Sabah yang berbilang bangsa, budaya
dan agama
2.7 Parti Bersatu Sabah
Parti Bersatu Sabah dikenali sebagai United Sabah Party dalam singkatannya dipanggil
sebagai PBS. Parti ini ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan di Sabah oleh Dato Joseph
Pairin Kitingan pada tahun 1985. Pada tahun 1984, seorang pemimpin Kadazandusun dalam
kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah iaitu BERJAYA, Datuk Joseph Pairin Kitingan telah
dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang menentang dasar-dasar
kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari perjuangan asal9. Beliau turut dipaksa
mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tambunan.
Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil Tambunan pada
Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon kerajaan. Walaupun dengan berbagai
rintangan dan taktik kotor pihak lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan
majoriti besar, 3,048. Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk
mengubah

senario

politik

di

Sabah

serta

menegakkan

demokrasi

dan

menentang

penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu. Satu gerakan baru yang dipimpin
Pairin dan disokong secara senyap oleh majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu,
tertubuhnya Parti Bersatu Sabah pada 5 Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti.
Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti kaum
Kadazan-dusun. Pada dasarnya Parti Bersatu Sabah (PBS) memperjuangkan demokrasi dan
9 R.S. Milne dan Diane K. Mauzy. 1982. Politik dan Kerajaan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Utusan Princorp Sdn. Bhd. M.s 325.

mempunyai wawasan untuk membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui
proses demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan kuasa
autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti itu turut memperjuangkan
hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional
setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia. Antara isu yang paling lantang
disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah, Projek IC, pembangunan tidak
seimbang, pengundi hantu dan 20 Perkara perjanjian kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.
2.8 Parti Bersatu Rakyat Sabah
Parti Bersatu Rakyat Sabah yang dikenali sebagai United Sabah Peoples Party dan dalam
singkatannya dikenali sebagai PBRS. Parti ini ditubuhkan pada 11 Mac 199410. Sebelum
penubuhan PBRS, beberapa orang bekas ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) seperti Tan Sri
Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Datuk Clarence Bongkos Malakun, Datuk James A. Vitales,
dan Senator Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang, JP iaitu mantan Setiausaha
Perhubungan Awam atau Ketua Menteri Sabah atau PBS. Lambang PBRS adalah ukiran dan
ciptaan beliau mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali untuk membincangkan tentang
penubuhan PBRS.

Selepas itu, pada 16 Mac 1994, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup bersama Datuk
Clarence Bongkos, Senator Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang telah berjumpa
dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad, yang merupakan
Presiden Barisan Nasional di Kuala Lumpur untuk menyampaikan surat permohonan
menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen.

3.0 Perkembangan Parti-Parti Pilitik Di Sarawak


3.1 Parti Bersatu Rakyat Sarawak
Parti Bersatu Rakyat Sarawak ini lebih dikenali dengan nama SUPP yang diasaskan pada 12
Jun 195911. Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) adalah Ong Kee Hui dan Stephen

10 http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html
11 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 151.
10

Young. Objektif bagi parti politik ini adalah untuk menyatupadukan kaum-kaum yang terdapat di
Sarawak dan mewujudkan perpaduan serta menanamkan semangat kesetiaan di kalangan
penduduk-penduduk Sarawak. Objektif SUPP seterusnya ialah untuk mengkukuhkan hukum
negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira
budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah ditubuhkan
berdasarkan Demokrasi Parlimen. Parti ini juga ditubuhkan untuk mempromosikan dan
memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi
menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang
ketinggalan dalam ekonomi
3.2 Barisan Rakyat Jati Sarawak
Barisan Rakyat Jati Sarawak ini dikenali sebagai Sarawak United Peoples Party (BERJASA).
Parti politik ini ditubuhkan pada tanggal 4 Disember 1961. Pengasas parti ini adalah Datu
Tuanku Haji Bujang Bin Tuanku Othman. Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk melahirkan
masyarakat Sarawak yang aman dan harmoni. Selain itu, seperti PANAS, parti ini juga
berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera di Sarawak di samping
memperjuangkan hak istimewa bagi kaum bumiputera di Sarawak. Bukan itu sahaja, parti politik
BERJASA juga berusaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan menuntut supaya
bahasa Melayu menjadikan bahasa kebangsaan di Sarawak yang telah digunakan oleh orang
Sarawak untuk senang berkomunikasi dan senang difahami oleh kaum-kaum lain.
3.3 Parti Negara Sarawak
Parti Negara

Sarawak atau Nasional Party Of Sarawak yang lebih dikenali dalam nama

singkatannya sebagai PANAS. Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan pada 9 April 1960.
Parti politik ini diasaskan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha. PANAS mendukung tujuan
untuk melindungi, memelihara dan memajukan kepentingan politik, keagamaan, ekonomi, social
dan kebudayaan rakyat seluruh negeri Sarawak khasnya bumiputera. PANAS merupakan parti
politik kedua di Sarawak. Kira-kira 10 bulan selepas penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak
(SUPP) yang merupakan parti politik pertama didaftarkan di Sarawak. Pada peringkat
permulaannya, PANAS tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada penduduk
tempatan sendiri tetapi selepas dua tahun, parti ini mula diterima apabila sebanyak 62,795 ahli
menganggotainya kerana menentang penjajahan Malaya. Parti ini telah dibubarkan pada 28
Mac 1968.

11

3.4 Parti Pesaka Anak Sarawak


Parti Pesaka Anak Sarawak dikenali sebagai PESAKA yang ditubuhkan pada Ogos 1962.
Temenggung Jugah merupakan pengasas parti politik ini. Tujuan penubuhan parti PESAKA ini
adalah untuk menyatupadukan kaum Dayak di Sarawak dan memberi jaminan kepada hak
mereka di dalam perlembagaan.
3.5 Parti Kebangsaan Sarawak
Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak Nasional Party yang dipanggil dengan menggunakan
nama gelaran iaitu SNAP. Parti politik ini diasaskan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong
Ningkan12. Penubuhan SNAP memberi pilihan kaum Dayak bergerak dalam bidang politik,
terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai dalam mana-mana parti lain. SNAP
ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap SUPP, PANAS dan BERJASA kerana sebagai
kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti
politik. Parti ini dibubarkan pada 17 Januari 2013.13
3.6. Parti Reformasi Negeri
Parti Reformasi Negeri ini dikenali sebagai State Reform Party dalam singkatannya dipanggil
sebagai (STAR). Parti Reformasi Negeri telah ditubuhkan pada 9 Oktober 1996. Parti ini
ditubuhkan oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kebinet negeri Sarawak pada
Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya
dipilih sebagaiPresiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang
ukung pada 9 Mac 1997.
3.7 Parti Bansa Dayak Sarawak
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) juga dikenali sebagai Sarawak Dayak Peoples Party
merupakan salah satu parti politik di Malaysia. Parti Bansa Dayak Sarawak merupakan sebuah
parti politik bangsa Dayak di Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1983 di negeri Sarawak.
Parti ini juga ditubuhkan oleh Datuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok setelah berpecah dari Parti
Kebangsaan Sarawak iaitu SNAP14. Selepas Datuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok meletakkan
jawatan dan menjadi sebagai seorang Presiden parti. Setelah memegang jawatan tersebut,

12 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kebangsaan_Sarawak
13 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 150.
14 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Bansa_Dayak_Sarawak
12

parti ini mengalami krisis dalaman hasil daripada perebutan jawatan antara Timbalan Presiden
iaitu Datuk Seri Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti tetapi dibantahi dan
dipertikaikan oleh Ketua Penerangan Parti Bansa Dayak Sarawak iaitu Datuk Seri James Jemut
Masing sehingga pembatalan pendaftaran parti ini oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan
dibubarkan pada 5 Disember 2003.
Seterusnya, beberapa hari sebelum pilihan raya pada 21 Mac 2004, Pendaftar Pertubuhan
(ROS) memberi peluang kedua dan pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan
syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti
yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 200415. Namun, pilihan raya umum dan peluang
kali kedua ini juga gagal membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih
memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia
mensabotaj dan menamakan calon untuk menentang dan menghapuskan calon lawan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah
membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Oktober 2004.
Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan dua parti serpihan kaum Dayak yang baru,
iaitu Parti Rakyat Sarawak yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri
Dr.James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Konres Dayak Malaysia (MDC)
pula yang gagal didaftarkan. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti
Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.
3.8 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
Parti ini dikenali sebagai Sarawak United Bumiputera Heritage Party dan ia dipanggil sebagai
PBB dalam singkatannya. Parti ini merupakan salah satu parti politik di Malaysia tempatan di
negeri Sarawak. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak ditubuhkan pada 30 April 1973
daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak. Antara gabungan tiga buah parti
politik Sarawak adalah seperti Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak
(BERJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Percantuman ini bertujuan untuk
meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang
termasuk politik, ekonomi dan juga sosial.

15 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 149.


13

Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif daripada Pehin Sri Hj Abdul
Taib Mahmud iaitu Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta Ketua
Menteri Sarawak dan Presiden PBB sekarang16. Sebelum pilihanraya negeri yang pertama
pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak, Parti Pesaka
Anak Sarawak dan Persatuan Cina Sarawak membentuk sebuah parti campuran pada Julai
1962. Kemudian, Parti Negara Sarawak telah menarik diri daripada parti campuran ini
menjelang pilihanraya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP).
Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan
membentuk Kabinet Negeri yang pertama.
Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat,
disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis termasuk krisis
perkauman dan ini diakhirnya apabila berlaku penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden
SNAP. Selepas itu, Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila Barisan Rakyat Jati
Sarawak (BERJASA) dan Parti Negara Sarawak (PANAS) bergabung untuk membentuk Parti
Bumiputera pada bulan Mac 1968. Parti ini diketuai oleh Allahyarham Tan Seri Datuk Amar
Abang Ikhwan Zaini. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera
dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada
ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB.
Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi
jawatan Presiden tanpa bertanding pada tahun 1981 sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah
mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat
dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Ahli-ahlinya telah menjangkau 300,000
orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri17. Parti ini disokong penuh oleh kaum
bumiputera, terutamanya golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayu dan Orang Ulu.
4.0 Faktor-faktor Yang Mendorong Pembentukan Malaysia
Terdapat banyak faktor yang mendorong negeri Sabah dan Sarawk terlibat atau disatukan
dalam pembentukan Malaysia. Antaranya ialah:-

16 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 148.


17 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Pesaka_Bumiputera_Bersatu_Sarawak
14

4.1 Memberi Kemerdekaan Kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Sigapura


Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan
singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangakan. Hal ini
disebabkab negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu
cadangan ini ditimbulkan18. Dalam hal ini, menurut Mardin Nordin, Sabah dan Sarawak
diletakkan dalan status negeri jajahan manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai
negeri naungan. Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan
ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua tahun. Tetapi, jika Sabah dan Sarawak cuba
mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan
tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya 19. Jadi, dengan menyertai
Malaysia, kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.
Pada tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk
memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun, Sabah dan Sarawak
merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk
berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul
Rahman berpendapat, British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan
Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Tunku Abdul Rahman percaya bahawa membawa
masuk Sabah dan Sarawak akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua
buah wilayah ini. Di samping itu, kaum Bumiputera boleh menikmati layanan yang lebih baik
apabila menyertai Persekutuan Malaysia sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu.
4.2 Membela Masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak mengalami sejarah yang hampir sama dengan Tanah Melayu kerana
pernah diduduki atau mengalami oleh kuasa-kuasa Barat, terutamanya British. Namun, nasib
penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu,
terutamanya golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayahwilayah tersebut dipegang oleh bangsa-bangsa asing. Taburan penduduk mengikut pekerjaan

18 Nazaruddin M Jali, Marof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail M Rashid. 1996.
Pengajian Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 127.
19 Mardin Nordin & Hasnah Hussiin. 2011. Pengajian Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Selangor. m.s. 89
15

menunjukkan sejumlah besar rakyat terlibat dalam sektor pertanian. Penggunaan tanah untuk
sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3%. 20Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan
ke dalam Persekutuan Malaysia, kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada
penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan
keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga sangat daif, di mana infrastrukturnya
masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Ia adalah sukar untuk
mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Pembangunan ekonomi yang
terancang dan galakan dari wilayah-wilayah anggota yang lain akan turut memberikan kesan
terhadap pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak. Golongan Bumiputera di kedua-dua
wilayah juga tidak mendapat layanan baik daripada kerajaan British. Orang luar yang datang ke
wilayah ini diberi lebih perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik
huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi dan faktor ini membataskan peluang mereka
untuk menjawat sebarang jawatan kerajaan.
4.3 Pekongsian Faedah Ekonomi
Melalui pertubuhan Malaysia, wilayah-wilayah anggota akan dapat mengadakan kerjasama
ekonomi dan perdagangan untuk mendapatkan faedah bersama. Menurut Ruslan Zainuddin
secara tidak langsung, Wilayah-wilayah anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh
membantu wilayah-wilayah anggota yang belum membangun dan kekurangan sumber
ekonomi. Kuala Lumpur paling menghargai kerjasama serantau dalam bidang ekonomi 21. Ia
boleh diurus secara berpusat dan mengikut pakatan dalam kalangan negeri-negeri anggota
Malaysia. Dalam hubungan ini, terdapat sumber-sumber tertentu yang boleh dimajukan di
setiap negeri untuk keuntungan negeri berkenaan dan juga menfaat kerajaan pusat.
Menurut Tunku Abdul Rahman, apa yang penting melalui Malaysia ialah pembentukannya
dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi terutama di Sabah dan Sarawak
yang masih belum maju dari segi ekonomi. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula
akan menjadi penyumbang kepada negara-negara yang berkenaan. Hal ini kerana, Tanah

20 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 106


21 Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. Kenegaraan Malaysia. Oxford
Fajar Sdn. Bhd. m.s. 184
16

Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya
dengan sumber minyak. Singapura pula kaya dengan pelabuhan yang lebih selamat dan
memiliki perdagangan antarabangsa. Sabah dan Sarawak pula kaya dengan hasil hutannya.
Oleh itu, Dapat kerjasama ekonomi sekiranya wilayah-wilayah tersebut bergabung dalam
penubuhan Malaysia.
4.4 Bersama Mengelak dan Membanteras Ancaman Komunis
Menurut Marof Redzuan, ancaman komunis selalu menjadi kebimbangan semua negeri bakal
anggota yang sentiasa terdedah dengan bahaya ini. Di Tanah Melayu, walaupun darurat akibat
penganas komunis selama 12 tahun sudah berakhir, namun ia masih belum reda dengan
ancaman dan serangan komunis22. Selain itu, ancaman ini juga telah dikesan di Singapura dan
juga Sarawak. Banyak pihak yang tertarik dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu
dengan Singapura. Pihak British sendiri bersetuju dengan gabungan ini kerana wujud banyak
persamaan antara kedua-dua pihak iaitu dari segi sejarah, undang-undang, ekonomi dan
kewangan. Tunku Abdul Rahman sedar peluang ini boleh memberi kemerdekaan kepada
Singapura secara lebih awal. Selain itu, bsnyak pendapat yang menyebut Singapura sebagai
sebuah negara yang kecil dan tidak mampu untuk berdiri sendiri kerana dikelilingi negaranegara jiran yang lebih besar seperti Persekutuan Tanah Melayu dan Indonesia.
Gabungan dengan Singapura sebenarnya penting ekoran beberapa situai politik dan
keamanannya patut diberi perhatian. Parti Tindakan Rakyat atau Peoples Action Party (PAP)
di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura. Waktu itu, Singapura telah
mengalami kemerosotan. Fenomena in jelas apabila Parti Tindakan Rakyat kalah dalam pilihan
raya kecil di kawsan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai
tahun yang sama. Kebimbingan ini lahir bukan sahaja akibat daripada kemenangan Ong Eng
Guan daripada Peoples Action Party (PAP) Singapura atau United Peoples Party (UPP) di
Hong Lim dan Parti Buruh di Anson, tetapi juga ekoran pengaruh pihak sayap kiri dalam Parti
Tindakan Rakyat sendiri. Kelompok ini telah berpecah daripada Peoples Action Party (PAP)
dan membentuk Barisan Sosialis.
Jika situasi ini dibiarkan, dikhuatiri kerajaan Parti Rakyat (PAP) akan diambil alih Barisan
Sosialis. Fenomena seumpama ini membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana

22 Nazaruddin M Jali, Marof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail M Rashid. 1996.
Pengajian Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 126.
17

hubungan baik dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan
terjejas sekiranya Peoples Action Party (PAP) digulingkan. Kebimbingan yang lebih besar
sebenarnya berkaitan dengan pengaruh komunis yang semakin menyusup ke dalam kelompok
berhaluan kiri. Pihak British dan Persekutuan Tanah Melayu tentunya tidak mahu tampuk
pemerintahan Singapura diambil alih oleh pemimpin-pemimpin berideologi komunis. Kerajaan
British telah merancang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura pada pertengahan
tahun 1963. Sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh tersebut, parti golongan kiri didapati
berpotensi besar untuk mengalahkan Peoples Action Party (PAP) dan mengambil alih
pemerintahan. Perkara inilah yang tidak diingini oleh Persekutuan Tanah Melayu.
Sebelum ini, kesan perkembangan fahaman komunisme Persekutuan Tanah Melayu
menganggap penggabungan dengan Singapura merupakan suatu tindakan yang berbahaya.
Namun setelah diadakan rundingan dengan Perdana Menteri Singapura dan Pihak British,
didapati membiarkan Singapura menangani masalah ini sendiri lebih berbahaya dan menelan
belanja yang besar. Cara terbaik untuk membendung fenomena politik tersebut adalah
bergabung dengan Singapura.
Dari segi ekonomi pula, ramai yang berpendapat, dalam tempoh tersebut Singapura masih
belum mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Kerajaan Perikatan memikirkan bahawa satu
cara untuk membendung perkembangan politik yang tidak sihak di Singapura adalah dengan
mengadakan penggabungan bukan sahaja dengan Singapura, tetapi juga dengan wilayahwilayah British di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dan Brunei23. Pengaruh komunis yang agak
aktif sekitar tahun 1950-an telah merebak sehingga ke Sarawak. Umpamanya, penubuhan Liga
Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak. Pergerakan mereka
telah mempengaruhi dan menghasut kaum Cina yang terdiri daripada pelajar dan kesatuan
sekerja untuk menentang British. Selain itu, parti yang agak berpengaruh di Sarawak iaitu Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah dipengaruhi oleh ideologi komunisme.
4.5 Hasrat Kuala Lumpur Untuk Menguatkan Pakatan Dalam Kalangan Negeri-Negeri
Serantau
Di samping itu, satu lagi faktor yang mendorong pembentukan Malaysia adalah berkaitan
dengan hasrat Kuala Lumpur untuk menguatkan pakatan dalam kalangan negeri-negeri
serantau. Dalam buku Sejarah Malaysia, menekankan tentang kerjasama dalam pelbagai

23 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Penerbit
Universiti Putra Malaysia. Serdang. m.s. 62
18

bidang selama ini tidak berapa teratur, terutama dalam hubungan dengan negara-negara asing.
Jika semua negeri bersatu di bawah satu sistem pentadbiran politik, maka lebih kuatlah
kedudukan mereka pada peringkat antarabangsa24. Tunku Abdul Rahman telah menyedari
pentingnya peningkatan hubungan antarabangsa melalui satu negara baru25. Hal ini disebut
oleh beliau dalam ucapannya dalam majlis persatuan wartawan pada 27 Mei 1961 itu. Beliau
menekankan rancangan kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan negeri-negeri
berkenaan, setelah negeri-negeri ini bersatu dalam Malaysia. Pembentukan Malaysia itu sendiri
menandakan permulaan kerjasama erat sesame anggota, dengan pencapaian kemerdekaan
oleh negeri-negeri anggota sebagai satu kejayaan bersama26.
4.6 Menjaga Kepentingan Wilayah Terbabit
Pembentukan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura juga adalah menjaga kepentingan dan kedududkam bumiputera. Menurut Tunku
Abdul Rahman, gagasan pembentukan Makaysia perlu mengabungkan wilayah-wilayah Borneo
seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura
sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja percantuman. Ini akan, menghilangkan
majoriti penddudukan Malayu. Hal ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudukan bukan
Melayu dan apabila tercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu serta penduduk
bukan melayu dan manjadi golongan terbesar.
4.7 Bersatu Dalam Hubungan Antarabangsa
Kerjasama selama ini di antara sesebuah negeri dengan negeri-negeri luar masih belum begitu
teratur. Jika semua negeri dalam usul itu bersatu di bawah satu pemerintahan dan sistem
politik, maka lebih kuat kedudukan mereka di arena antarabangsa melalui satu negara baru.
Perkara itu disebut dalam ucapan Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961. Beliau menekankan
rancangan kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan negeri-negeri ini setelah bersatu
dalam Malaysia27. Pembentukan Malaysia itu sendiri menandakan permulaan kerjasama erat

24 Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti. M.s 221.
25 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia.
Percetakan Seasons Sdn. Bhd. m.s. 77
26 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Penerbit
Universiti Putra Malaysia. Serdang. m.s. 64
19

sesama anggota dengan pencapaian kemerdekaan oleh negeri-negeri anggota sebagai satu
kejayaan bersama.
4.8 Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara
Soal Keamanan dan kestabilan negeri-negeri di rantau Asia Tenggara, khususnya di Singapura
dan Tanah Melayu telah juga menarik minat British. British bimbang sebarang kekacauan dan
huru-hara di kawasan Timur akan mengancam pelaburan mereka yang benyak di sana. British
berpendapat bahawa penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu negara yang lebih kukuh dan
stabil untuk menjamin agar keamanan serantau tidak terancam 28. Jadi, pihak British bersama
menggalakkan penubuhan Malaysia.
4.9 Keseimbangan Kaum dan Perpaduan
Gabungan besar akan menjamin keseimbangan kaum. Pengekalan imbangan bukan
Bumiputera dengan Bumiputera dapat menjamin keharmonian serantau. Pertimbangan ini juga
dianggap penting oleh pihak British29. Selain itu, kebanyakan pemimpin di negeri-negeri bakal
anggota juga juga menerima cabaran menyatupadukan pelbagai warisan budaya yang
disejagatkan dan menjadi satu entiti di bawah pemerintahan pusat yang kuat. Bukan itu sahaja,
semua negeri bakal anggota tersebut perlu merasai kepentingan persefahaman serantau dan
melahirkan satu bangsa yang bersatu untuk memajukan negara dan bangsa. Di bawah satu
jentera pentadbiran yang kuat, potensi yang ada pada sebuah negeri lebih mudah
dikembangkan. Pihak Kuala Lumpur setelah merdeka selama lima tahun berkemampuan
menggunakan penggalamannya sebagai negara berbilang kaum untuk dimanfaatkan bagi
membangunkan negeri-negeri dalam Malaysia.30

5.0 Reaksi Penduduk Sabah dan Sarawak

27 Chin Yee Mun, Ira Meilita Ibrahim & Wong Khek Seng. 2000. Kenegaraan Malaysia. Pearson
Custom Publishing. m.s 127
28 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia:
Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 77
29 Chin Yee Mun, Ira Meilita Ibrahim & Wong Khek Seng. 2000. Kenegaraan Malaysia. Pearson
Custom Publishing. m.s 127
30
20

5.1 Sarawak
Cadangan Tuanku Bainun telah menerima reaksi yang pelbagai dari Sabah dan Sarawak. Pada
peringkat awal, banyak pihak menentang kerana mereka melihat tiada faedah ekonomi sertamerta yang dapat diperoleh daripada percantuman ini. Di Sarawak, Parti Negara Sarawak
(PANAS) yang diketuai oleh Temenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak
United Peoples Party (SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak Nasional Party
(SNAP) secara jelas menentang cadangan penggabungan dengan penubuhan Malaysia. Parti
Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United Peoples Party (SUPP) terbuka kepada pelbagai
kaum, namun majoriti ahlinya terdiri daripada kaum Cina31.
Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United Peoples Party (SUPP) diketuai oleh
Ong Kee Hui. Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak Nasional Party (SNAP) dianggotai oleh
orang Iban dan diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan turut menentang pembentukan Malaysia.
Parti yang menyokong cadangan pembentukan Malaysia ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak
(BERJASA). Dalam konteks penentangan yang disuarakan, sebenarnya tidaklah terlalu
menekankan Tunku Abdul Rahman. Hal ini kerana, kebanyakan pihak lebih cenderung untuk
memperoleh kemerdekaan sendiri terlebih dahulu sebelum membentuk penggabungan dengan
Malaysia.
5.2 Sabah
Di Sabah juga wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir beberapa buah
parti politik yang melaungkan pendapat atas sentiment pro atau anti-Malaysia. Parti politik yang
pertama di Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 daripada kalangan kaum Kadazan bernama
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu ataupun United Nasional Kadazan Organization
(UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens32. Parti ini secara jelas menentang pembentukan
Malaysia, malahan mula berjuang untuk kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962, kaum
Murut di Sabah menubuhkan sebuah parti yang bergelar Pasok Momogum Kebangsaan Borneo
Utara. Parti ini turut menentang pembentukan Malaysia dan dipimpin oleh G.S. Sundang yang
bermatlamat memperjuangkan kemerdekaan Sabah.

31 Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. Kenegaraan Malaysia. Oxford
Fajar Sdn. Bhd. m.s. 186
32 Mardin Nordin & Hasnah Hussiin. 2011. Pengajian Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Selangor. m.s. 91
21

Terdapat sebuah parti politik Sabah yang menerima rancangan Tunku Abdul Rahman, iaitu
Pertubuhan Kebangsaan Sabah bersatu yang lebih dikenali dalam nama United Sabah National
Organization (USNO). Parti ini ditubuhkan pada bulan Disember 1961 oleh orang Islam di
bawah pimpinan Datu Mustapha Datu Harun.Sehingga bulan Oktober 1962, masih ramai
penduduk dari Sabah dan Sarawak sang sangsi dengan pertubuhan Malaysia ini, terutama Parti
Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United Peoples Party (SUPP)dan Pasok Momogun
bersama-sama dengan Parti Rakyat Brunei. Bagi parti-parti tersebut, mereka lebih berminat
kepada penyatuan ketiga-tiga wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei itu
sendiri.Menjelang lewat tahun 1962 dan awal tahun 1963, sebahagian besar penduduknya
berubah fikiran setelah menerima lebih banyak penerangan. Pengerusi UNKO, Donald
Stephens yang dahulunya menentang telah memberikan sokongan kuat dan memujuk
masyarakat Khadazan menerima pembentukan Malaysia. Sehingga pembentukan Malaysia
pada tahun 1963, Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United Peoples Party (SUPP)
merupakan satu-satunya parti politik di Sarawak yang membantah cadangan pembentukan
Malaysia.
Menurut Asnarulkhadi Abu Samah, pengisytiharan Malaysia telah diadakan melalui
rundingan akhir pembentukan Malaysia yang diadakan di London pada bulan Jun 1963. Setelah
persetujuan dicapai, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 8 Julai 1963 di antara
kerajaan British, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura33. Pada mulanya, tarik
pembentukan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963, tetapi disebabkan Suruhanjaya khas
Persatuan Bangsa bangsa Bersatu yang dihantar ke Sabah dan Sarawak hanya dapat
menyiapkan laporan tinjauannya pada 14 September 1963, tarik asal yang ditetapkan terpaksa
ditunda kepada 16 September 1963.
Pengisytiharan Malaysia dibuat pada 16 September 1963 secara serentak di seluruh negara
iaitu di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan Kuching. Pengisytiharan di Kuala Lumpur
dilakukan di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman dengan yang dihadiri oleh Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Pengisytiharan di Sabah dibuat oleh Ketua Menteri,
Donald Stephens dihadapan Yang Dipertua Negeri, Datu Mustapha bin Datu Harun dan wakil
kerajaan persekutuan iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein. pengisytiharan di Kuching oleh wakil

33 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Penerbit
Universiti Putra Malaysia. Serdang. m.s. 72
22

kerajaan persekutuan, Mohd Khir Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Abang Haji
Openg bin Abang Sapiee dan Ketua Menteri iaitu Stephen Kalong Ningkan.

6.0 Kepentingan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia


Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan
agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian
nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat,
modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Hasrat untuk membentuk sebuah negara bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan
seperti kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir b. Mohamed, Melangkah Ke Hadapan pada 1991, iaitu
membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompokkelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak
dan keadilan, membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian
yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
Menurut YAB DatoSeri Abdullah Ahmad Badawi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999) pula,
kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita
juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk
membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai 34. Walaupun pelbagai usaha dilakukan
34 Ruslan Zainuddin. 2010. Hubungan Etnik. Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ms

187
23

oleh kerajaan dan pemimpin namun unsur-unsur penghalang yang kebanyakannya berakar
umbikan sentimen perkauman masih mengepompongi sebahagian rakyat negara ini
termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang sepatutnya berperanan sebagai role model bagi
mencapai matlamat tersebut. 1 Malaysia umpamanya, merupakan agenda terbaru pemerintah
di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abd Razak untuk membentuk sebuah negara yang
dikongsi bersama atau dianggap sepunya bagi seluruh rakyat negara ini.
Dari aspek sejarah, bila kita kembali kepada perjuangan pemimpin terdahulu konsep 1
Malaysia yang dianjurkan oleh Dato Seri Najib sebenarnya hanya merangkumi usaha-usaha
yang telah dimulakan oleh Dato Onn Jaafar dan lima orang Perdana Menteri yang terdahulu.
Ianya bukan usaha yang tergesa-gesa dan berbau politik seperti gagasan Malaysian Malaysia
yang dianjurkan oleh parti DAP.35 Pada zaman Dato Onn Jaafar, beliau menekankan perlunya
memelihara ketuanan Melayu dengan menentang Malayan Union. Ini membolehkan Melayu
mengembalikan kuasa dan hak orang Melayu sebagai rakyat asli di Tanah Melayu. Pada
peringkat awal ianya tidak berniat menafikan hak kaum-kaum lain tetapi memperkukuhkan hak
Melayu terhadap tanah airnya.
Ketika zaman Tunku Abdul Rahman pula, Tunku memperkukuhkan kedudukan Melayu
dengan menjamin hak-hak istimewa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu tetapi dalam masa
yang sama menerima kewujudan masyarakat berbilang kaum terutama kaum Cina dan India.
Tunku tidak ada pilihan pada ketika itu kerana menjadi syarat penjajah Inggeris yang hanya
akan memberi kemerdekaan setelah mendapat kerjasama dari semua kaum yang ada di Tanah
Melayu. Walau bagaimanapun, Tunku gagal memperbaiki polarisasi kaum sehingga membawa
kepada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah ini menyukarkan lagi usaha Tun Razak
mewujudkan identiti bangsa Malaysia. Namun, dalam tempoh lima setengah tahun Tun Razak
berusaha mewujudkan economic equity iaitu merapatkan jurang kekayaan sebagai pra syarat
kepada keharmonian antara kaum.
Tun Razak percaya bahawa dalam jangka panjang negara tidak akan aman jika kekayaan
ekonomi tidak dinikmati secara adil oleh kaum-kaum yang ada. Maka Dasar Ekonomi Baru
(DEB) diperkenalkan untuk menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi di

35 Ruslan Zainuddin. 2010. Hubungan Etnik. Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ms
189
24

samping matlamat pokok membasmi kemiskinan36. Apabila kemiskinan dan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi berjaya dihapuskan seperti disasarkan dalam DEB maka tidak ada
lagi tanggapan bahawa yang miskin itu Melayu dan bumiputera, yang kaya itu kaum Cina.
Matlamat akhirnya untuk mencapai kesetaraan ekonomi dengan matlamat ekuiti ekonomi
Melayu pada kadar 30% menjelang 1990. Semua dasar dan usaha Tun Razak ini pada
hakikatnya begitu ikhlas untuk mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang dapat hidup
dengan harmoni dan makmur apabila kekayaan dapat diagihkan secara adil.
Tun Hussein Onn pula memberi penekanan kepada membina sebuah masyarakat Malaysia
yang bermoral tinggi sebagai asas sebuah masyarakat Malaysia yang bertamadun. Tun
Hussein memberatkan pentingnya keluhuran undang-undang negara dan mengambil tindakan
undang-undang terhadap sesiapa juga untuk memelihara moral dan etika rakyat Malaysia.
Tindakan ke atas Dato Harun Idris yang pada masa itu Menteri Besar Selangor dan Ketua
Pemuda UMNO Malaysia adalah bukti kesungguhan Tun Hussein Onn. Dalam satu ucapan
perasmian pada Julai 1976, Tun Hussein menegaskan, Dalam memimpin sebuah negara
berbilang kaum, prinsip dalam setiap keputusan mestilah mengutamakan kepentingan nasional
bukan memenuhi tuntutan satu kaum saja kerana jika kepentingan nasional diketepikan,
sebagai contoh mengabaikan peraturan undang-undang, ini bukan sahaja menyalahgunakan
kepercayaan rakyat tetapi juga akan membuka ruang kepada satu keadaan iaitu rakyat akan
bangkit menentang kita.
Zaman Tun Dr. Mahathir pula membuat dasar menjangkaui sempadan Malaysia. Wawasan
yang diperkenalkannya iaitu Wawasan 2020 telah mencetuskan kepentingan pembinaan
bangsa Malaysia37. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas
meletakkan matlamat mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, mempunyai matlamat
yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum
berasaskan persamaan hak dan keadilan. Tun Mahathir ingin identiti rakyat Malaysia dikenali di
seluruh dunia sebagai bangsa yang berjaya, boleh menakluki Everest, Kutub Utara, merentasi
Lautan Pasifik dan sebagainya sebagai

satu simbolik kemampuan bangsa Malaysia.

Pemodenan Malaysia yang dipelopori oleh Tun Mahathir bukan sahaja cemerlang dalam negara
tetapi rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat global.

36 http://negara-bangsa.blogspot.com/
37 https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/
25

Melampaui abad ke-21, matlamat tersebut masih disuarakan oleh pemimpin selepasnya.
Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menekankan kepentingan perkongsian sebuah negara dan
menekankan semangat kecintaan kepada negara. Dalam ucapannya sempena ulang tahun
Kemerdekaan Malaysia ke-50 pada 31 Ogos 2007, beliau mengatakan Kejayaan Malaysia
telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama
dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga,
tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku
ketidakadilan

dalam

kalangan

warga

dan

tidak

mengizinkan

tercetusnya

sebarang

kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia
adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia. Bumi dan langit Malaysia
menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh
muafakat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dalam perutusan Hari
Kebangsaan negara ke-52 (2009), menekankan kepada usaha merapatkan hubungan rakyat
berbilang kaum di Malaysia dengan meruntuhkan tembok pemisah yang masih wujud. Menurut
beliau, lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus
dengan baik akan berakhir dengan kegagalan. Justeru beliau telah memperkenalkan gagasan
1 Malaysia. Malangnya ramai yang keliru dengan konsep negara bangsa yang cuba dibawakan
dengan mengatakan konsep 1 Malaysia akan menghilangkan hak-hak istimewa bangsa Melayu.
Konsep 1 Malaysia adalah tentang ciri-ciri atau budaya bangsa Malaysia
.
Menurut Mohamad Idris Saleh, perpaduan dijadikan kunci utama oleh pemimpin kita dalam
pembentukan

Malaysia. Pemimpin kita iaitu Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa

perpaduan antara kaum dan juga perpaduan antara negara adalah sangat penting dalam
penubuhan Malaysia38. Hal ini kerana terdapat beberapa negara yang hendak terlibat dalam
penubuhan Malaysia seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Oleh sebab berlaku
keselisihan faham antara Brunei dengan Tanah Melayu menyebabkan Brunei telah menarik diri
daripada penubuhan Malaysia. Cerita yang sama juga berlaku apabila Singapura bergabung
dalam penubuhan Malaysia menyebabkan Tunku Abdul Rahman turut menolak Singapura
daripada gabungan dalam penubuhan Malaysia.

38 Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shaffie. 1994. Sejarah Pembangunan
Bangsa dan Negara. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. m.s. 66
26

Selain itu, daripada perpisahan Brunei dan juga Singapura telah memberi kesedaran kepada
Tunku Abdul Rahman supaya perpaduan yang sangat penting bagi mencapai hasratnya iaitu
penubuhan Malaysia yang dianggotai oleh Sabah dan Sarawak. Beliau telah berusaha untuk
menyatupadukan rakyat Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Negara
Malaysia39. Antara sebab Tunku Abdul Rahman menganggap perpaduan adalah penting untuk
penubuhan Malaysia adalah kerana melalui perpaduan, masyarakat akan bersatu padu untuk
menjayakan gagasan Malaysia.
Suatu paradigm alternatif yang mengambil kira aspek positif yang menyumbangkan kepada
keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang masih dalam pembikinannya, kini
adalah perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada cara pandang untuk memahami citra
hubungan etnik dengan lebih adil dan menyeluruh 40. Padigma alternative ini bukan untuk
menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai satu cara pandang yang memahami tempat yang
lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik.
Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan
dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan
konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial. Menggunakan paradigm kesepaduan sosial
untuk memahami hubungan etnik di Malaysia bermula dengan premis bahawa kesepaduan
sosial sudah sedia wujud sebagai tiang seri di peringkat masyarakat awam. Usaha yang perlu
dilakukan adalah mengukuhkannya lagi supaya perpaduan yang dicita-citakan oleh masyarakat
dan negara dapat dicapai. Kesepaduan sosial yang dinikmati sekarang merupakan proses yang
panjang dan berterusan sejak wujudnya interaksi antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status negara maju pada
tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa perpaduan adalah
teras utama yang menunjangi konsep ini. Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diberikan
penekanan khususnya yang berkaitan dengan semangat perpaduan kerana tanpa kesepakatan
dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat, sudah pasti hasrat mencapai taraf negara
maju menemui jalan buntu. Sekiranya komuniti hari ini mampu bersatu hati dalam semua
perkara, maka usaha untuk memajukan negara menjadi semakin mudah. Hal ini demikian

39 Chen Yee Mun. 2006. Malaysia Ilmu, Persepsi & Integriti. Prentice Hall Sdn. Bhd. Selangor.
m.s. 62
40 Shamsul Amri Baharuddi. 2012. Modul Hubungan Etnik. Selangor: University Kebangsaan
Malaysia.

27

kerana kekuatan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbirannya
semata-mata tetapi ia turut dinilai melalui kekuatan moral yang dimiliki oleh sesebuah
masyarakat yang mendiami di dalam sesebuah negara tersebut. Oleh hal yang demikian,
masyarakat harus bersedia untuk berfikiran liberal dengan melihat setiap perangkaan yang
dirancang oleh pihak kerajaan adalah demi kebaikan bersama. Oleh itu, perpaduan adalah
penting untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah yang maju. Menurut Shamsul Amri

Baharuddi dalam buku Hubungan etnik, negara Malaysia yang maju hanya dapat dilahirkan
melalui masyarakat yang majmuk dan bersatu padu 41. Dalam konteks ini, Tunku Abdul Rahman
telah memainkan peranan yang penting dengan bekerjasa dengan pemimpin lain untuk
membentuk masyarakat bersatu padu bagi melahirkan masayarakat Malaysia yang bersatu
padu, berpatriotik, berwawasan, berintegriti dan semangat kekitaan dalam kalangan mereka.

7.0 Refleksi
Pada 10 Februari 2015, pensyarah matapelajaran Sejarah Sabah dan Sarawak telah
menyerahkan tajuk tugasan kepada kami. Setelah beliau memberikannya, beliau telah
menjelaskan tajuk dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Dalam proses membuat tugasan ini,
saya telah menghadapi beberapa dugaan. Pada mulanya, setelah mendapat soalan daripada
pensyarah, saya berasa agak terkejut kerana tugasan ini merupakan tugasan yang mencabar
keyakinan saya. Bagi saya, tugasan ini merupakan tugasan yang paling saya seronok kerana
banyak menguji kebolehan Intrapersonal dan Interpersonal dalam diri saya. Setelah mendapat
penjelasan sekali lagi daripada pensyarah, saya telah mendapat gambaran yang jelas dan mula
membuat persiapan awal agar dapat menjalankan tugasan ini dengan lebih baik.
Sepanjang melalui proses menyelesaikan tugasanSejarah Sabah dan Sarawak, saya telah
memperoleh banyak

pengalaman

dan mendapat

input-input

baru

berkaitan dengan

perkembangan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sehingga tahun 2000, menganalisis
faktor-faktor yang membawa kepada penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dan juga

41 Shamsul Amri Baharuddi. 2012. Modul Hubungan Etnik. Selangor: University Kebangsaan
Malaysia.
28

keperluan dan kepentingan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Bagi saya, tugasan ini
merupakan tugasan yang sangat berat dan saya berasa susah. Tugasan ini merupakan suatu
tugasan yang telah mencabar keyakinan dan kebolehan saya untuk menyiapkannya. Saya juga
sangat berusaha untuk membuatkannya dengan bantuan pihak-pihak tertentu.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usaha saya menyelesaikan kerja kursus
ini, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.
Langkah pertama bagi pelaksanaan tugasan ini adalah merancang terlebih dahulu sebelum
memulakan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan tersebut. Saya telah
mencadangkan supaya membina suatu kumpulan untuk mencari buku-buku. Saya bersamasama dengan rakan-rakan saya iaitu F.Jessita Marry, V.Sakundtala, G.Sivapriya, T.Henrieta,
Chan Kwok Meng dan Syeikh Ahmad Firdaus telah bergabung dalam satu kumpulan untuk
mencari bahan-bahan rujukan.
Sebelum saya memulakan untuk membuat tugasan ini, saya telah membahagikan lima
orang rakan-rakan termasuk saya dalam dua kumpulan iaitu kumpulan pertama tiga orang akan
mencari bahan untuk soalan satu dan dua dan dua orang lagi akan mencari buku-buku yang
berkaitan dengan soalan tiga. Langkah pertama yang saya ambil ialah mencari buku-buku
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami dan meminjamkannya dari perpustakaan
Zaba di IPGKTB ini. Kami telah mendapatkan beberapa buah buku sebagai rujukan bagi kerja
tugasan kami. Kami telah membahagikan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk tugasan yang
diberikan. Saya pun baca buku-buku tersebut tanpa rasa letih dan bosan kerana saya sangat
suka belajar tentang perpaduan kaum yang berlaku atau wujud di Malaysia.
Pada suatu hari, terdapat kekeliruan dalam memulakan kerja tugasan ini. Jadi, kami telah
berjumpa dengan pensyarah iaitu Dr.Nagamah Marimuthu. Kami telah pun mengemukakan
kekeliruan kami terhadap beliau. Beliau juga tanpa rasa leka dan letih menjelaskan persoalanpersoalan kami. Setelah selesai masalah dan kekeliruan, kami pun memulakan kerja tugasan
kami tanpa rasa kekeliruan setelah menjapar kejelasan daripada pensyarah. Di sini, saya telah
belajar sedikit nilai. Apabila saya tidak memahami apa-apa soalan maka, saya hendaklah
mencari pensyarah tersebut untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih tepat. Apabila saya
berjumpa dengan Dr. Nagamah Marimuthu, saya berasa lebih seronok untuk bergaul dengan
beliau.

29

Dari aspek pemerolehan maklumat, saya telah membuat rujukan bahan-bahan ilmiah seperti
nota-nota yang berkaitan dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Di samping itu saya juga
melayari laman-laman web tertentu berkaitan dengan parti-parti politik, faktor-faktor penyertaan
Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dan juga keperluan dan kepentingan pembinaan Negara
dan bangsa di Malaysia bagi meningkatkan pemahaman saya berkaitan tajuk tugasan saya.
Melalui kerja kursus ini, saya dapat memperoleh pengalaman dan kemahiran untuk membaca
secara dan berfikir secara kritis, kreatif dan kritikal serta analitikal. Melalui tugasan ini, saya
mendapat ilmu bagaimana mengajar tentang tajuk perpaduan terhadap murid-murid apabila
saya bekerja sebagai seorang guru pada masa hadapan.
Tugasan bagi subjek ini telah membuka hati saya untuk menjadi seorang yang lebih sensitif
dalam perkara keperluan dan kepentingan pembinaan negara dan bangsa di Malaysia. Sebagai
seorang bakal guru dalam mata pelajaran sejarah, saya perlu menghayatinya dengan luas
tentang sejarah negara kita sepenuhnya. Sepanjang menjalankan tugasan ini juga, saya telah
belajar cara untuk meningkatkan kemahiran mengurus masa, mengurus maklumat dan
memproses maklumat secara sistematik. Sikap ini saya akan mengajar kepada murid saya
apabila saya menjadi seorang guru pada masa akan datang. Akhir kata, penghasilan kerja ini
telah mengajar saya cara untuk menghadapi sesuatu rintangan dan juga strategi yang harus
dipatuhi oleh saya sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa akan
datang berlandaskan kepada seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekian, terima kasih.
8.0 Rumusan
Rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura,
Brunei, Sabah dan Sarawak. Akhirnya, berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa
Brunei. Namun, Singapura pula telah keluar daripada Persekutuan Malaysia selepas dua tahun
Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan
banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sama ada dari segi politik mahupun
social dan ekonomi. Intihannya, walaupun perkara-perkara yang mencabar telah berlaku, tetapi
perpaduan dan juga kemajmukan antara pelbagai kaum di nagara kita masih kekal dan erat
lagi.

30

Vous aimerez peut-être aussi