Vous êtes sur la page 1sur 10

ISI KANDUNGAN

1.0

MUKA SURAT

PENGENALAN.
1

2.0

KONSEP ETIKA ALAM SEKITAR.

2.1 PERKEMBANGAN KONSEP ETIKA ALAM SEKITAR.

3.0

KEPENTINGAN PENERAPAN ETIKA ALAM SEKITAR.


3.1 MELAKSANAKAN TUNTUTAN AGAMA DAN MORAL.
3.2 MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG PRIHATIN.
3.3 MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN LESTARI.
3.4 MENJAMIN KESELESAAN DAN KESELAMATAN.
3.5 MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR.

4.0

PENUTUP.

5.0

RUJUKAN.

3-9

9
10

1.0 Pengenalan.
0

Alam sekitar merupakan anugerah yang telah diciptakan kepada penghuninya untuk
dinikmati, dipelihara dan dikongsi secara lestari oleh generasi hari ini dan generasi
mendatang. Manusia sangat bergantung kepada sumber-sumber semula jadi yang telah
wujud di persekitaran mereka untuk memakmurkan bumi dan mengembangkan tamadun
manusia. Misalnya, sumber mineral, hasil hutan, hasil laut dan hasil pertanian merupakan
sumber utama dalam membangunkan ekonomi dan pembangunan negara. Pertalian antara
manusia dan alam semula jadi pula tidak dapat dipisahkan. Manusia adalah makhluk yang
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan mentadbir alam ini setelah mereka
mengeksploitasi (Khatiman Rostam, 2006). Oleh yang demikian, manusia harus bersikap
matang dalam menguruskan hubungan mereka dengan alam ini agar sumber semula jadi
dapat terus dinikmati dengan berkhemah tanpa meninggalkan risiko kepada keseimbangan
alam sekitar. Oleh itu, manusia harus menitikberatkan nilai-nilai etika terhadap alam sekitar
dalam meneruskan kehidupan mereka.
2.0 Konsep Etika Alam Sekitar.
Etika alam sekitar merupakan prinsip moral dan akhlak yang digunakan untuk memandu
manusia berinteraksi dengan alam sekitar secara berhemah (Mohd Zuhdi Marsuki, 1998).
Dari sudut etimologi, etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bererti budaya,
cara hidup atau larangan masyarakat (A. Sonny Keraf, 2010). Selain itu, etika juga boleh di
takrif sebagai peraturan yang mempunyai kesan baik dan buruk untuk di jadikan panduan
kepada manusia dalam berfikir dan bertindak (Haliza Abdul Rahman 2014).
Alam sekitar pula adalah elemen yang berada di sekeliling kita (Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974). Alam sekitar diiktiraf sebagai faktor-faktor fizikal yang mengelilingi manusia
misalnya, tanah, air, udara, iklim atmosfera, bauan, bunyian dan faktor biologi seperti
haiwan dan tumbuhan yang saling bergantungan sesama sendiri (Haliza Abdul Rahman
2014). Selain itu, alam sekitar juga ditakrif sebagai eksosfera yang mengandungi ekosistemekosistem yang saling berinteraksi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa etika alam sekitar
merupakan disiplin ilmu atau prinsip yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan
persekitaran agar dapat mewujudkan kemakmuran yang berterusan.
2.1 Perkembangan Konsep Etika Alam Sekitar.
Menurut Zuhdi Marsuki (1998), nilai etika alam sekitar telah wujud sekian lama seiring
dengan kewujudan manusia. Sungguhpun tiada rekod akademik yang menunjukkan kodkod etika telah diamalkan oleh masyarakat kuno, namun interaksi yang wujud antara alam
1

dan manusia cukup melambangkan telah wujud nilai etika pada zaman tersebut. Misalnya,
kepercayaan dalam masyarakat animisme telah mencorakkan nilai etika mereka terhadap
alam sekitar. Mereka sangat menghormati alam sekitar dan sentiasa sedar akan akibat
buruk yang menimpa jika mereka bertindak zalim terhadap ekosistem persekitaran mereka.
Namun begitu, perkembangan tamadun manusia dan peredaran zaman yang berlaku
telah mengubah bentuk hubungan manusia dengan alam sekitar. Pada zaman dahulu
kegiatan manusia sangat bergantung terhadap alam sekitar. Alam sekitar yang menentukan
kesesuaian corak kehidupan manusia sama ada mereka sesuai bercucuk tanam, menternak
atau berburu. Namun kini, setelah perkembangan sains dan teknologi berpusat dalam
kehidupan manusia, alam sekitar tidak lagi menentukan corak kehidupan manusia
sebaliknya, manusia telah menguasai alam sekitar dan berpotensi untuk mengubah struktur
alam sekitar. Natijah daripada tingkat teknologi ini, alam sekitar dieksploitasi tanpa henti
sehingga mengundang pelbagai krisis alam sekitar. Rentetan daripada itu, ramai ilmuwan
telah bangkit mencari penyelesaian dan membuat penerokaan ilmu berkaitan dengan alam
untuk memulihkan persepsi masyarakat dan untuk di jadikan disiplin ilmu akademik.
Tumpuan manusia terhadap bidang kajian alam sekitar sebenarnya telah memuncak
sejak awal abad ke-19 lagi. Pada ketika itu, terdapat dua sumber yang menjadi rujukan
masyarakat dalam menilai etika alam sekitar yakni bersumberkan pemikiran moden yang
disuarakan oleh orientalis barat dan yang kedua adalah bersumberkan pemikiran dari
perspektif keagamaan. Antara contoh teori etika alam sekitar yang di cetuskan oleh pemikir
barat adalah seperti teori antroposentrik, ekosentrik dan egosentrik (Zurina Mahadi, 2006).
Sejurus itu, kebangkitan ilmuwan agama juga tidak ketinggalan dalam mengembangkan
wacana akademik alam sekitar. Lantaran itu, wujud pelbagai konsep etika alam sekitar
seperti teologi, ekologi, ekosofi dan ekologi agama (Zurina Mahadi, 2006). Namun begitu,
merujuk kepada konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, nilai etika
alam sekitar yang di terapkan adalah bersumberkan daripada nilai yang dipupuk dalam
agama masing-masing seperti Islam, Hindu, Buddha atau Kristian.
3.0 Kepentingan Penerapan Etika Alam Sekitar.
Penerapan nilai etika alam sekitar dalam masyarakat bermakna pengamalan nilai positif
terhadap alam oleh sesebuah masyarakat seperti menjaga kebersihan, mengelakkan
pembaziran dan mencintai alam sekitar. Terdapat pelbagai faedah yang boleh dinikmati jika
manusia menjaga etika alam sekitar seperti dapat menikmati keindahan alam, hidup selesa
dan selamat dari bencana. Oleh itu, penerapan nilai etika alam sekitar sangat penting dalam
2

kehidupan masyarakat Malaysia untuk memastikan kelangsungan tamadun manusia dapat


dibangunkan dan kelestarian alam terus dipertahankan.
3.1 Melaksanakan Tuntutan Agama dan Moral.
Etika alam sekitar merupakan prinsip akhlak yang telah di tekankan dalam setiap ajaran
agama (A. Sonny Keraf, 2010). Tuntutan menjaga etika alam sekitar ini telah jelas
dinyatakan dalam kitab-kitab suci setiap ajaran di dunia. Misalnya di dalam kitab paling suci
yakni Kitab Al-Quran yang menjadi pegangan penganut Islam, terdapat banyak peringatan
dan larangan bagi perbuatan zalim terhadap alam sekitar. Misalnya di dalam Al-Quran Allah
S.W.T. telah berfirman bahawa:Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya.
(Surah al-Araf 7:56)
Menurut ajaran Islam, adab menjaga alam sekitar adalah perkara yang wajib bagi
hambanya. Alam juga adalah makhluk yang sujud kepada hukum Yang Maha Esa dan
bergerak di atas syarat dan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Hal ini juga tidak di
nafikan dalam Kitab Veda. Terdapat pelbagai seruan yang mewajarkan penganut Hindu
menjaga adab dengan alam sekitar. Begitu juga dengan Kitab Injil yang menjadi pegangan
ajaran Kristian, dan kitab Tripitaka yang menjadi pedoman penganut Buddha, masingmasing mendukung dogma yang sama yakni alam sekitar wajar di pelihara. Oleh itu, atas
tuntutan agama, nilai etika alam sekitar wajib di amalkan oleh manusia. Tuntutan ini juga
membawa kebaikan kepada manusia sejagat. Hukum alam yang telah sedia di atur ini tidak
wajar di ubah atau di rosakkan. Oleh itu, setiap agama dan kepercayaan sama ada agama
Islam, Hindu, Buddha atau Kristian mengajak manusia kepada kebaikan dan mewajarkan
penganutnya memelihara dan menjaga keharmonian alam sekitar (Zuhdi Marsuki, 2002).
3.2 Melahirkan Masyarakat Yang Prihatin.
Penerapan nilai-nilai etika alam terhadap alam sekitar juga penting bagi memupuk sebuah
masyarakat yang cakna terhadap alam sekitarnya. Masyarakat adalah pengguna utama
alam sekitar. Individu dalam sesebuah masyarakat mempunyai keupayaan untuk
menentukan sama ada persekitaran mereka selesa dan selamat atau tercemar dan
terancam. Oleh itu, pilihan yang positif adalah di tangan masyarakat yang prihatin terhadap
kepentingan memelihara alam sekitar. Terdapat, pelbagai tindakan dan usaha yang boleh di
lakukan oleh individu dan masyarakat untuk menunjukkan nilai etika terhadap alam sekitar.
Antara contoh tindakan yang menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap alam
adalah kebijaksanaan mereka menguruskan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal yang
3

baik mampu mengurangi pencemaran daratan dan mengurangkan kos pelupusan. Oleh itu,
masyarakat tidak boleh memandang ringan terhadap pengurusan sisa pepejal kerana
pemeliharaan alam sekitar bermula daripada rumah kita sendiri. (Haliza Abdul Rahman,
2014). Tabiat suka mencampurkan sisa pepejal kering dan basah akan menyukarkan pihak
berkuasa untuk memproses sisa pepejal domestik tersebut kerana telah basah, berbau dan
tercemar dengan teruk. Selain itu, masyarakat juga perlu sedar akan kepentingan kitar
semula. Mereka juga boleh mengasingkan dan mengumpul botol, kaca, tin dan kertas untuk
di jual dan dihantar ke pusat kitar semula. Tindakan ini secara tidak langsung dapat
menjayakan projek kitar semula seterusnya menggalakkan usaha memelihara alam sekitar.
Penerapan nilai etika alam sekitar juga penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat
yang peka terhadap isu pencemaran alam sekitarnya seperti pencemaran air dan
pencemaran udara. Pelbagai tindakan boleh di lakukan oleh individu untuk mengurangkan
risiko pencemaran air dan udara. Misalnya, meninggalkan tabiat merokok demi menjamin
kebersihan udara daripada gas-gas beracun seperti karbon monoksida. Selain itu,
masyarakat

juga

boleh

menjimatkan

penggunaan

bahan

api

kenderaan

untuk

mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida ke atmosphere. Mereka boleh


menggunakan kenderaan awam seperti LRT dan bas yang lebih cepat dan mudah untuk ke
tempat kerja atau ke kawasan tertentu. Selain itu, mereka boleh berkongsi kereta untuk
menuju ke destinasi yang sama bagi menjimatkan penggunaan petrol dan sumber mineral
negara. Tindakan lain seperti meninggalkan tabiat pembakaran sampah secara terbuka juga
sangat penting bagi mengelakkan pencemaran udara.
Oleh itu, tindakan masyarakat yang mengamalkan nilai etika alam sekitar sangat penting
untuk mengurangkan risiko pencemaran udara dan jerebu yang terhasil daripada wasap
ekzos kenderaan, pembakaran terbuka, asap rokok dan pembakaran hutan.
Selain daripada isu pencemaran udara, masyarakat yang cakna juga penting dalam
memelihara alam daripada pencemaran air. Terdapat pelbagai tindakan yang boleh
mengundang pencemaran air jika masyarakat tidak prihatin terhadap alam sekitar. Misalnya,
masyarakat yang membuang sisa domestik di sungai akan menyebabkan bahan organik
tersebut mereput dan diuraikan oleh oksigen dari air sungai. Hal ini akan mengakibatkan
kekurangan oksigen dalam air dan menggugat kehidupan akuatik. Selain itu, aktiviti
pertanian juga boleh mengakibatkan pencemaran air apabila baja kimia dan racun serangga
digunakan secara berlebihan. Misalnya, penggunaan baja nitrogen sintetik akan
menyebabkan tanah menjadi berasid dan tidak subur. Penggunaan pestisid dan insektisid
atau racun perosak juga membawa kepada keracunan pada tanah. Oleh itu, kandungan
4

kimia dalam tanah akan mengalir ke punca air seperti sungai, parit dan laut melalui proses
larian air apabila musim hujan.
Selain daripada menjaga ketertiban terhadap alam melalui aktiviti seharian, penerapan
nilai etika juga penting dalam melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap
undang-undang alam sekitar. Kesan daripada kesedaran masyarakat terhadap nilai etika
alam sekitar secara tidak langsung mampu mengurangi kegiatan jenayah alam sekitar
seperti membuang sampah di merata-rata tempat, melakukan pembalakan haram,
pemburuan haram dan pembakaran terbuka. Oleh itu, tindakan yang positif terhadap alam
sekitar adalah hasil daripada penghayatan terhadap alam sekitar dan pelaksananya tidak
boleh dianggap ringan kerana tindakan seharian yang di anggap kecil ini akan
mendatangkan kesan yang besar kepada kualiti alam sekitar jika di laksana secara
bersama.
3.3 Menggalakkan Pembangunan Lestari.
Nilai etika alam sekitar yang diwar-warkan oleh Agenda 21 dalam persidangan global di Rio
De Janerio pada 1922 telah mengajak masyarakat dunia untuk bergerak ke arah
pembangunan lestari. Lantaran itu, kejayaan bagi penerapan etika alam sekitar juga sangat
penting untuk menggalakkan pembangunan yang lestari.
Pembangunan lestari bermakna pembangunan yang dapat memenuhi keperluan dan
aspirasi generasi hari ini tanpa menafikan hak generasi akan datang untuk mendapatkan
keperluan hidup mereka (Ahmad Shukri Mohd Naim, 2003). Oleh itu, pemupukan nilai etika
alam sekitar mampu membina persepsi masyarakat milenium untuk bertindak matang
dalam merancang pembangunan tanpa mengabaikan prinsip keberterusan sumber.
Pelbagai tindakan boleh dilakukan untuk menggalakkan pembangunan lestari dan
menjamin

keberterusan

sumber.

Misalnya,

menggalakkan

pemuliharaan

sumber,

mengelakkan pembaziran sumber serta mengimbangi pembangunan fizikal dan sosial


(Ahmad Shukri Mohd, 2003). Pertamanya adalah usaha memulihara sumber yakni
termasuklah usaha penggantian sumber dengan bahan yang lebih sesuai untuk
menjimatkan penggunaan sumber. Contohnya, penggantian sumber tenaga elektrik dengan
sistem tenaga solar atau biojisim, penggantian kayu dengan bahan komposit dan
penggantian bahan api fosil dengan biodiesel seperti minyak diesel sawit. Oleh itu, usaha
pemuliharaan sumber ini memerlukan daya kreativiti dan inovatif daripada masyarakat di
samping bantuan teknologi dan sains bagi mencipta pelbagai alternatif baru yang dapat
menurunkan permintaan terhadap sumber semula jadi. Penggunaan sumber semula jadi
5

yang minimum seterusnya dapat mengurangkan kadar eksploitasi sumber dan menjamin
pembangunan yang lestari.
Kedua, adalah usaha untuk mengelakkan pembaziran sumber agar tidak berlaku
kerugian kepada ekosistem alam. Pembaziran sumber boleh berlaku apabila aktiviti
pembangunan yang di lakukan tidak terancang. Pembaziran sumber akan lebih ketara jika
hutan yang di tebang atau laut yang di tambak untuk tujuan pembangunan tidak mencapai
faedah kepada penduduk setempat dan terbengkalai begitu sahaja. Sebagai contoh projek
pembangunan yang terabai di kawasan Selat Melaka telah menyebabkan pembaziran guna
tanah dan kemusnahan hidupan laut akibat daripada aktiviti tambakan laut. Hal ini secara
tidak langsung telah menyekat sumber rezeki golongan nelayan pesisir pantai. Oleh itu,
penerapan nilai etika alam sekitar sangat penting bagi mewujudkan pembangunan yang
mampan dan mengelakkan pembaziran sumber.
Pembangunan yang lestari juga sangat menitikberatkan nilai sosial di samping dapat
meraih nilai ekonomi untuk di nikmati secara saksama. Pembangunan lestari juga bermakna
pembangunan fizikal yang seimbang, tidak berlebihan dan terancang. Justeru itu, model
pembangunan seimbang juga penting bagi mengurangkan krisis alam sekitar. Kepesatan
aktiviti perindustrian dan perkhidmatan seperti pengangkutan, pelancongan dan perniagaan
boleh mengundang krisis alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan daratan kerana
berlaku perlepasan gas dan toksik yang berlebihan ke atmosphere atau ke dalam sumber
air daripada proses pembangunan tersebut. Selain daripada krisis pencemaran,
pembangunan tidak seimbang juga boleh menyebabkan berlakunya peningkatan suhu
setempat dan pulau haba bandar kerana gas karbon dioksida, plumbum dan monoksida
yang dibebaskan secara berlebihan gagal menjalani proses fotosintesis akibat daripada ke
kurungan pohon hijau di kawasan bandar. Selain daripada itu, pelepasan asap yang tidak
terkawal di kawasan bandar juga menyebabkan berlakunya jerebu dan gangguan kepada
kesihatan manusia. Oleh itu, usaha untuk mengimbangi pembangunan fizikal sangat
penting bagi mengawal krisis alam sekitar seperti pemanasan global, kesan rumah hijau,
penipisan lapisan ozon dan akhirnya kejadian kemarau. Justeru itu, pembangunan lestari
juga penting bagi mewujudkan kualiti hidup yang maksimal. Hal ini kerana, kualiti hidup
bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata tetapi turut
merangkumi kualiti alam sekitar. Oleh itu, penerapan nilai etika sangat penting kepada
aspirasi negara untuk menyediakan model pembangunan yang seimbang agar tidak berlaku

tekanan pembangunan setempat dan tidak berlaku kemerosotan pembangunan di kawasan


pinggir bandar.
3.4 Menjamin Keselesaan, Kesihatan dan Keselamatan.
Penerapan nilai-nilai etika alam sekitar juga mampu menjamin keselesaan kepada
penghuninya. Keselesaan bermakna kesejahteraan yang dimiliki melalui persekitaran yang
bersih, nyaman dan segar. Udara yang bersih dan segar amat penting untuk kesihatan
manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat bekalan oksigen secukupnya. Oleh itu, keselesaan boleh dinikmati jika tumbuhan
hijau di tanam dan aktiviti penebangan hutan di kurangkan. Selain itu, cuaca yang seimbang
juga memberi keselesaan kepada manusia. Cuaca yang terlalu panas dan kering akibat
daripada penebangan hutan dan pembandaran yang pesat akan mengganggu keselesaan
dan menggugat aktiviti seharian manusia.
Selain itu, kebersihan alam sekitar akan menjamin kesihatan manusia. Misalnya, udara
yang di hirup segar dan bebas toksik, bekalan air yang digunakan pula bersih dan tidak
tercemar serta bekalan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, hasil laut dan hasil
ternakan bebas daripada jangkitan bahan kimia. Bekalan air, udara dan makanan yang
berkualiti ini akan memberi jaminan kepada kesihatan pengguna. Misalnya aktiviti pertanian
yang bebas daripada bahan kimia akan menuaikan hasil tanaman yang organik dan selamat
dimakan. Selain daripada kebersihan sumber keperluan asas, persekitaran yang bersih juga
penting dalam menjamin kesihatan masyarakat. Misalnya kawasan yang bebas daripada
sampah sarap dan takungan air mampu mengelakkan berlakunya pembiakan nyamuk
aedes dan menghindari jangkitan denggi kepada masyarakat. Oleh itu, kesihatan manusia
juga dipengaruhi oleh kualiti alam yang bersih.
Justeru itu, penerapan etika terhadap alam sekitar mendorong masyarakat untuk
menjaga keselamatan alam daripada krisis dan bencana alam sekitar. Alam sekitar yang
selamat pula adalah persekitaran yang terlindung daripada gangguan seperti tanah runtuh,
banjir, jerebu dan hujan asid. Bagi mengawal bencana seperti berikut, masyarakat perlu
memberi kerjasama dalam memelihara dan memulihara alam seperti menggalakkan aktiviti
kitar semula dan guna semula. Di samping itu, masyarakat juga boleh mengamalkan
penjimatan sumber seperti berjimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik, air dan
petrol. Tindakan berjimat cermat oleh individu sangat penting dan membawa faedah kepada

masyarakat sejagat. Oleh itu, keselesaan, kesihatan dan keselamatan boleh dinikmati jika
masyarakat mengamalkan nilai etika terhadap alam sekitar.
3.5 Mengekalkan Keseimbangan Ekosistem Alam Sekitar.
Penerapan nilai etika alam sekitar juga penting dalam menyuntik kesedaran terhadap
pengekalan keseimbangan ekosistem alam. Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang
terbentuk dari hubungan timbal balik antara manusia, haiwan dan tumbuhan dengan
persekitarannya. Hubungan yang wujud dalam ekosistem ini berbentuk rantaian dan saling
melengkapi antara satu sama lain secara harmoni. Ekosistem yang stabil sangat penting
untuk menjamin kelangsungan hayat setiap entiti dalam ekosistem tersebut. Namun begitu,
akibat daripada kerakusan manusia dan kecetekan nilai etika dalam budaya hidup manusia
akan membawa kepada kepupusan entiti dalam ekosistem alam tersebut.
Misalnya, kemusnahan hutan akan membawa ancaman kepada haiwan liar dan
pelbagai tumbuhan yang menjadi penghuninya. Kemusnahan habitat ini juga akan
menyebabkan haiwan liar seperti gajah, rusa dan babi hutan berkeliaran dan mengganggu
penduduk yang berada berhampiran dengan hutan tersebut. Kemusnahan hutan, bukit dan
gunung juga akan membawa kepada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Hal ini
disebabkan oleh fungsi pokok sebagai pencengkam tanah dan tumbuhan litup bumi ini telah
di musnahkan dan tidak mampu lagi menjamin kestabilan struktur tanah tersebut.
Selain itu, penerapan nilai etika juga penting bagi memupuk amalan pemuliharaan dan
pemeliharaan yang bertujuan untuk mengembalikan semula keseimbangan ekosistem alam.
Misalnya aktiviti penghutanan semula sangat penting untuk di jalankan secara serius di
Malaysia. Hal ini kerana, aktiviti penghutanan semula mampu mengawal kepupusan flora
dan fauna yang memberi pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sejagat.
Contohnya, tumbuhan hijau sangat penting dalam mengekalkan kandungan gas oksigen
dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas. Tumbuhan dalam hutan
hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan
membekalkan keperluan air kepada manusia. Oleh itu, keseimbangan alam sangat penting
untuk di pelihara. Melalui penerapan pengamalan nilai etika alam sekitar, maka manusia
akan bertindak dengan lebih bijak sebelum melaksanakan sesuatu terhadap alam
sekitarnya.
4.0 Penutup.
Penerapan nilai etika dalam masyarakat sangat penting kerana alam sekitar merupakan
pelindung kepada hidupan di bumi termasuklah manusia, flora dan fauna. Selain itu, alam
8

sekitar juga memberi banyak faedah kepada manusia dari segi ekonomi dan sosial. Oleh
itu, nilai dan adab terhadap alam akan mendorong manusia untuk bertindak bijak dalam
mengekalkan keharmonian alam. Penerapan nilai ini juga akan menggalakkan manusia
merancang pembangunan secara lestari tanpa meninggalkan risiko yang boleh membawa
malapetaka kepada manusia. Justeru itu, keseimbangan antara kehendak manusia dan
pemuliharaan alam sekitar harus dijadikan landasan dalam merancang dan menjana
pembangunan negara. Kesimpulannya, masyarakat Malaysia harus menitikberatkan nilainilai etika terhadap alam sekitar dalam meneruskan kehidupan mereka.
BIBLIOGRIOGRAFI

A. Sonny Keraf (2010). Etika Lingkungan Hidup. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.
Ahmad Shukri Mohd. Nain & Rosman Yusoff (2003). Konsep, Teori, Dimensi dan Isu
Pembangunan. Johor Bharu: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Haliza Abdul Rahman & Rohasliney Hashim (2014). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam
Sekitar di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Katiman Rostam & Asmah Ahmad (2006). Penilaian Dan Pengurusan Sumber Alam. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Zuhdi Marsuki (1998) Etika Alam Sekitar: Satu Tinjauan Tentang Manifestasinya di
Malaysia. Disertasi Ijazah Sarjana Sains. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd. Zuhdi Marsuki & Amer Saifude Ghazali (2002). Etika Alam Sekitar daripada Perspektif
Islam, Timur dan Barat. Pahang: PTS Publications & Distributors, 2002.

Rujukan Internet.

Zurina Mahadi (2006). Hubungan Nilai Alam Sekitar dan Nilai Peribadi: Satu Analisa. Jurnal
Pengajian

Umum

Bil.

7.

Diperoleh

pada

17

April

2015

daripada

http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_07_2006/zurina__hukil_2006.pdf.

Vous aimerez peut-être aussi