Vous êtes sur la page 1sur 8

1 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu Set
Kertas 2
2009 JABATAN PELAJARAN PERAK
1

LEARNING TO SCORE 2009

BAHASA MELAYU
Kertas 2

SKEMA

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1
2 1103/2
Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Pendahuluan [ 2 markah ]
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca yang mendorong pesakit membeli ubat
di gedung ubat [2]

Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah ]


S1 Pembukaan lebih banyak farmasi pada masa kini [2]
S2 Pesakit mudah peroleh pelbagai jenis ubatan di farmasi dan premis perniagaan ubat
[2]
S3 Pengeluar produk ini telah mempromosi dan mengiklankan sewenang-wenangnya
sebagai ubat mujarab [2]

S4 Penyakit yang dihidapinya turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat
disembuhkan oleh ubat tadi [2]
S5 Pengguna beranggapan membeli ubat difarmasi lebih menjimatkan masa dan tenaga
[2]
S6 Pesakit tidak perlu melalui prosedur yang remeh untuk mendapatkan ubat
[2]
S7 Pekerja di farmasi mengamalkan konsep mesra pelanggan
[2]
S8 Pesakit sudah terbiasa / lebih senang membeli ubat terus dari farmasi
[2]

Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah ]


T1 Kerajaan mengurangkan karenah birokrasi semasa rawatan di hospital
[2]
T2 Mengadakan kempen / ceramah keburukan membeli ubat tanpa panduan yang
tepat / ceramah kesan buruk tersalah makan ubat
[2]
T3 Kakitangan hospital mematuhi Piagam Perkhidmatan Pelanggan / mesra pelanggan
[2]
T4 Kemudahan dan keselesaan pesakit di hospital dipertingkat
[2]
T5 Mempengaruhi dan mempertingkat imej kakitangan hospital dari semasa ke semasa
[2]

Kesimpulan/Penutup [ 2 markah ]
Semua pihak hendaklah sedar akan keperluan berwaspada / berhati-hati untuk
memperoleh ubat agar kesihatan masyarakat terjamin sepenuhnya. [2]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1
3 1103/2
Soalan 2a – Pemahaman

(i) maksud diperbetul secara agresif


- diperbaik/dipulihkan dengan kadar segera/cepat/drastik [2 m]

( ii ) - kesan mendapatkan ubat dari farmasi


- menyebabkan keracunan [1 m]
- mendatangkan kesan sampingan [1 m]
- menyebabkan ketagihan [1 m]
- boleh mengancam nyawa/menyebabkan kematian [1 m]
[Pilih mana-mana tiga]

(iii) terdapat ubat-ubatan yang diimport dari luar negara


- Kos penyediaan ubat-ubatan mahal
- Bayaran kepada pegawai farmasi tinggi
- Bahan mentah untuk ubat-ubatan sukar diperoleh
- Ubat-ubatan untuk sesetengah penyakit terhad
[maksimum 4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

(i) Umar bercita-cita ingin menjadi guru kerana:

 Dia memang suka menjadi seorang guru


 Negara kita kekurangan guru
 Umar berjiwa nasionalis
 Setiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah tetapi bilangan guru masih
tidak bertambah
 Tidak ramai mahasiswa yang mahu menjadi guru
[Pilih mana-mana tiga jawapan]

(ii) Pada pendapat saya, kita boleh berbakti dan berjasa terhadap negara
dengan:

 Mengharumkan nama negara dalam bidang masing-masing


 Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
 Bekerja dengan penuh ikhlas, jujur dan dedikasi
 Memberi idea untuk memajukan negara

[Pilih mana-mana tiga jawapan]

(iii) Satu perwatakan Safiah daripada petikan ialah:

 Mementingkan diri sendiri. Contohnya, Safiah tidak mahu Umar menjadi


guru kerana dia mahu Umar berkhidmat di luar negara
 Cepat geram ; menyindir Umar dengan menyatakan Umar terlalu statis

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1
4 1103/2
Dua perwatakan Safiah yang lain daripada keseluruhan drama ialah:

 Mudah merajuk. Contohnya, Safiah merajuk terhadap Umar yang datang


lewat ke rumahnya seperti yang dijanjikan selepas raptai konvokesyen

 Toleransi/bertolak ansur. Contohnya, Safiah akhirnya akur dengan


keputusan Umar untuk menjadi guru setelah mendengar penjelasan
Umar. [3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

(i) Maksud menyuruhkan ia menaiki kuda itu ialah:

 memerintahkan Tun Beraim Bapa menunggang kuda tersebut.


[2 markah]

(ii) Keistimewaan yang dimiliki oleh Tun Beraim Bapa seperti yang dinyatakan dalam
petikan ialah:

 Tun Beraim Bapa seorang anak yang taat kepada perintah ayahandanya
 Tun Beraim Bapa pandai/mahir menunggang kuda
 Tun Beraim Bapa mampu menjinakkan kuda yang liar
[3 markah]

(iii) Pada pendapat saya, sultan menitahkan Tun Beraim Bapa supaya
menunggang kuda yang liar itu di hadapan tetamu-tetamunya kerana:

 Sultan mahu tetamu-tetamunya berasa kagum dengan kehebatan puteranya


menunggang kuda
 Sebagai satu tipu helah/tipu muslihat untuk menakut-nakutkan pendekar Keling
supaya tidak jadi untuk berlawan dengan Tun Beraim Bapa
 Sultan mahu memperlihatkan kepada tetamu-tetamunya bahawa baginda
mempunyai seorang pendekar yang hebat dan sukar dikalahkan
[3 markah]

Soalan 2(d) Puisi Tradisional

(i) Maksud : sesuatu barang yang tidak digunakan lagi/sudah lama, tidak sepatutnya
dilemparkan/dicampakkan.

(ii) Perlu mempunyai sikap rendah diri kerana


- akan disayangi oleh rakan
- akan disenangi oleh rakan / akan dihormati oleh rakan
- mudah mendapat rakan
- menunjukkan ketinggian budi pekerti
- [Pilih mana-mana tiga jawapan]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1
5 1103/2
(iii) Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun ini.

- kita hendaklah menggunakan barang terpakai dengan penggunaan yang


berfaedah supaya tidak membazir
- kita hendaklah menjaga tingkah laku dan adab ketika berada di tempat orang
supaya dihormati masyarakat
- kita hendaklah menghormati orang lain supaya disenangi rakan
- kita hendaklah bercita-cita tinggi dan berusaha mencapainya supaya menjadi
orang yang cemerlang
- kita jangan bertindak terburu-buru dalam pekerjaan supaya segala yang dibuat
tidak sia-sia
- kita hendaklah merendahkan diri walaupun mempunyai kelebihan supaya
menunjukkan ketinggian budi pekerti
[Maksimum 4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata akronim di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
[6 markah]
(i) tabika : taman bimbingan kanak-kanak
Contoh ayat: Sekolah tabika yang diwujudkan di setiap kawasan perumahan adalah
asas untuk mewujudkan perpaduan kaum.
(ii) Purata :nilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilangan
kuantiti dengan bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang
Contoh ayat: Purata kehadiran pelajar pada akhir bulan diambil daripada jumlah
kehadiran sebulan dibahagi dengan jumlah persekolahan bulan berkenaan.
(iii) cikgu : guru
Contoh ayat: Dia ingin menjadi cikgu yang berdedikasi apabila bertugas nanti.
(iv) hakis : mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu (oleh air,
angin) sehingga haus, rosak, musnah
Contoh ayat : Guru itu berkata kepada pelajarnya, “Cuba lihat betapa halusnya batu
ini, akibat kena hakis pasir halus yang dibawa oleh angin yang bertiup.”
(v) jaluran: jalan, lorong yang terdapat di lurah atau dua buah gunung.
Contoh ayat: Kami terpaksa menempuh jaluran yang agak becak kerana hujan lebat
selama dua hari sebelum sampai ke perkampungan orang asli.
(vi) kugiran : kumpulan gitar rancak, pancaragam moden yang popular
Contoh ayat: Beberapa buah kugiran telah mengadakan persembahan mereka
semasa menyambut perayaan 100 tahun Kampung Mengkudu.

(b) Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

1. Saiful bertanya kepada Cikgu Rosmawati sama ada dia perlu atau tidak menyalin
nota itu.
2. Cikgu Rosmawati menjawab nota itu sangat penting untuk Saiful mengulang kaji
nanti.
3. Saiful meminta kebenaran sama ada boleh atau tidak menggunakan buku
tatabahasa kerana dia lupa membawa buku nota.
4. Cikgu Rosmawati memberi kebenaran asalkan Saiful membuat catatan.

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1
6 1103/2
5. Saiful mengeluh kerana nota itu terlalu panjang.
6. Cikgu Rosmawati menempelak dan meminta Saiful menyalin nota segera sebelum
loceng rehat berbunyi.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

(i) senaskah – senaskhah meluasi – meluaskan


(ii) Komplek – Kompleks dijamin – terjamin
(iii) menitik beratkan – menitikberatkan pembentukkan – pembentukan

(d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan kata atau istilah dan
tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Kesalahan Kata/Istilah Kesalahan Tatabahasa


1. memupuk – menjamin/ menentukan dengan – dan
2. tumbesaran – perkembangan pengetahuan kandungan – pengetahuan
tentang kandungan
3. perkara – kes diberi perhataian oleh kita – kita beri
perhatian

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


(ii) Seperti kacang lupakan kulit
(iii) Nasi sudah menjadi bubur / Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1
7 1103/2
Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Soalan 4(a) – Teknik Imbas Kembali

JULIA

(i) Peristiwa ketika Julia berada di dalam pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur
ke
Australia, dia teringat kembali adik-adik / rakan-rakan yang ditinggalkannya.

(ii) Peristiwa ketika Pak Cik Khairil membawa Julia dan Mama menuju Celdric dari Jalan
Amelia Street di Australia, Julia teringat kembali pengalaman dirinya hampir terjerumus
ke lembah maksiat akibat pergaulan bebas dengan rakan-rakan.

(iii) Peristiwa ketika berada rumah Pak Cik Khairil di Australia, Julia teringat kembali
pesanan ibunya agar dia menjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu peristiwa buruk
berlaku ke atas mereka.

(iv) Peristiwa ketika berada di pejabat BMPRO Holdings, Julia teringat kembali ugutan
Rashid untuk menghebahkan keburukan tingkah lakunya sebelum ini sekiranya Julia
tidak mahu berkawan dengannya lagi.

(v) Peristiwa ketika Julia berada di dalam bilik membaca e-mel yang dihantar oleh kawan-
kawannya, dia teringat kembali pengalamannya melawat Kattanning untuk menziarahi
keluarga Nadia.

PERLUMBAAN KEDUA

(i) Peristiwa ketika Sang Kancil berbual dengan Arnab Putih di tanah lapang pada suatu
petang, Sang Kancil teringat kembali kisah moyang Sang Arnab yang pernah
ditewaskan
oleh kura-kura dalam perlumbaan sebelum ini.

(ii) Peristiwa ketika Sang Arnab dicabar oleh Sang Kancil supaya mengadakan Perlumbaan
Kedua, Sang Kancil mengimbas kembali kekalahan nenek moyang arnab dalam
Perlumbaan Pertama dahulu.

(iii) Peristiwa ketika melihat Tuk Kura melantun badannya dalam Perlumbaan Kedua, Sang
Tedung teringat kembali perkara-perkara yang diintip olehnya berkaitan latihan yang
dijalankan oleh Tuk Kura.

(iv) Peristiwa ketika Perlumbaan Kedua selesai, Tuk Kura teringat kembali tentang
kawannya yang tidak sanggup bersusah-payah bersama-samanya semasa menjalani
latihan dan memberi sanjungan ketika dia berjaya

(v) Peristiwa ketika Perlumbaan Kedua belum bermula, Tuk Kura teringat kembali
pengalaman dia dibelasah dan didera oleh kaumnya sendiri.

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1
8 1103/2

4 (b) – Persamaan Pengajaran

(i) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan


- Julia berusaha bersungguh-sungguh menguruskan syarikat miliknya dengan cara
menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh syarikat demi memajukan
syarikatnya.manakala
- Tuk kura berusaha bersungguh-sungguh dan gigih menjalankan latihan
demi mencapai kejayaan dalam perlumbaan.

(ii) Kita hendaklah berani menghadapi cabaran


- Julia berani berhadapan dengan pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh kakitangan
syarikatnya / masalah kemerosotan syarikatnya akibat kegawatan ekonomi dan
masalah
jerebu manakala
- Tuk Kura berani menyahut cabaran sang arnab untuk berlumba walaupun telah berusia
199 tahun.

(iii) Kita hendaklah jujur melaksanakan tugas yang diamanahkan


- Jun tidak pernah mengambil kesempatan menipu Julia walaupun dia amat
berpengalaman dalam perniagaan manakala
- Sang gajah melaksanakan tanggungjawab sebagai hakim perlumbaan dengan telus.

(iv) Kita hendaklah bekerjasama menjayakan sesuatu tugasan


- Jun memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program homestay
dengan
cara mengadakan program usahasama dengan syarikat Julia manakala
- Sang Tupai dan Sang Murai bekerjasama menghebahkan berita perlumbaan kepada
semua warga rimba.

(v) Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah


- Julia bijak menyelesaikan masalah penyelewengan syarikat pengangkutan miliknya
dengan cara menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting manakala
- Tuk Kura bijak mengatur strategi untuk memenangi perlumbaan dengan cara memilih
lereng sebagai laluan perlumbaan / menggunakan kelebihan diri dengan melantunkan
badan .

(vi) Kita hendaklah tabah menghadapi sebarang cabaran


- Julia selalu tabah tatkala berhadapan dengan karenah yang ditimbulkan oleh En.
Baharum dan En. Mustaffa untuk menjatuhkan syarikatnya manakala
- Tuk Kura pula sentiasa tabah menghadapi karenah suku-sakatnya yang membantah
corak latihan/penderaan suku sakatnya.

KERTAS JAWAPAN TAMAT

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA Set 1

Vous aimerez peut-être aussi