Vous êtes sur la page 1sur 19

BBPP 1103

FACULTY BUSSINESS AND MANAGEMENT

SEMESTER 1 / SEPTEMBER 2014

BBPP 1103

PRINCIPLE OF MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI

850628015744001

NO. KAD PENGNEALAN

850628015744

NO. TELEFON

0127573485

E-MEL

kikiphg@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PP BATU PAHAT

BBPP 1103

ISI KANDUNGAN

Muka Surat
Pengenalan

Definisi Struktur Organisasi

Strategi

Saiz

Teknologi

Persekitaran

Penjabatan

1. Struktur Fungsi

6-8

2. Struktur Geografi

9-10

3. Struktur Matriks

11-13

4. Struktur Produk

14-15

Kesimpulan

16

Rujukan

17-18

BBPP 1103

PENGENALAN
Maksud organisasi jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, ia
bermaksud kesatuan (susunan) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan
sebagainya) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan sebagainya) untuk
tujuan-tujuan tertentu ( kepentingan atau matlamat bersama).
Menurut Professor Schein (1973) pula, organisasi merupakan satu aktiviti
penyelarasan yang rasional terhadap aktiviti-aktiviti manusia bagi tujuan mencapai
matlamat yang telah ditetapkan melalui pembahagian kerja,fungsi dan juga melalui
hierarki berautoriti serta tanggungjawab.Manakala mengikut Ralph M. Stogdill, tajuk
bukunya Dimension of Organization Design yang dikeluarkan pada tahun 1966, beliau
mengatakan bahawa organisasi sebagai satu sistem kerja yang dilakukan secara
berstruktur dan mengandungi kedudukan dan perasaan yang dibentuk dan ditentukan
terlebih dahulu sebelum peranan dan kedudukan diisi oleh pelakon-pelakonnya.
Akhir kata, organisasi juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu sistem yang terdiri
daripada beberapa bahagian atau kumpulan yang terdapat sebilangan besar manusia
bekerjasama untuk mencapai matlamat individu, kumpulan atau organisasi yang
ditentukan.

BBPP 1103

DEFINISI STRUKTUR ORGANISASI


Menurut Richard L.Daft(2008),struktur organsasi diertikan rangka kerja di mana
organisasi mentakrifkan bagaimana tugas-tigas dibahagikan, sumber dikerahkan, dan
jabatan diselaraskan. Beliau juga mengatakan bahawa setiap pekerja mempunyai tugas
yang ditetapkan, garis kuasa, dan tanggungjawab membuat keputusan. Shahrol Aman
Ahmad (2008) pula, mengatakan struktur organisasi perlu digubal mengikut strategi yang
telah digubal oleh organisasi.
Oleh itu,struktur organisasi boleh didefinisikan sebagai satu jaringan formal atau
satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan susunan komponen-komponen dalam
sesebuah organisasi dengan adanya pembahagian kerja dan fungsi-fungsinya. Ia juga
menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab setiap anggota organisasi itu. Dalam
perancangan struktur organisasi, setiap anggota itu perlu diberikan peranan yang khusus
supaya pertindihan tugas dan kekeliruan tidak akan berlaku sehingga menjejaskan
kelicinan perjalanan organisasi itu.
Secara keseluruhannya, dalam sesebuah organisasi, selain menpunyai struktur
organisasi yang bertepatan dengan matlamat dan objektif organisasi, penyatuan dan
hubungan positif antara anggota-anggota organisasi jugalah penting bagi menjamin
halatuju yang dirancangkan dapat dijalankan dengan sempurna, tersusun dan berkesan.
Terdapat empat faktor yang penting dalam konsep organisasi iaitu: strategi, saiz,
teknologi dan persekitaran.
Strategi
Menurut New Era of Management, Ninth Edition (Richard L.Daft), strategi
didefinisikan sebagai apa yang perlu dilakukan; menganjurkan ditakrifkan bagaimana
untuk melakukannya. Oleh itu, setiap strategi yang dilaksanakan akan menjejaskan akibat
serta perubahan kepada perjalanan dan struktur organisasi yang berkenaan. Ini adalah
kerana proses memadankan srtuktur dengan strategi adalah sesuatu kerja yang rumit. Ia
memerlukan pemahaman yang dalam tentang sejarah struktur organisasi dan faktor-faktor
yang lain seperti saiz organisasi, teknologi yang digunakan dan persekitaran organisasi
tersebut. Dengan ini, sesebuah organisasi perlulah melakarkan sesuatu strategi yang dapat
3

BBPP 1103

mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Strategi yang dibuatkan perlu


mempunyai ciri-ciri yang dapat mewujudkan sistem pengurusan yang teratur, senarai
tugas yang jelas, fungsi-fungsi setiap anggota yang nyata dan sebagainya. Selain itu,
strategi dalam bidang gaji atau ganjaran yang lumayan juga boleh dijadikan satu strategi
yang berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi itu.

Saiz
Saiz menjejaskan banyak dimensi lain reka bentuk organisasi dan saiz organisasi
yang berbeza menimbulkan cabaran yang sangat berlainan bagi pemimpin-pemimpin
organisasi (Patricia Cichoki & Christine Irwin, 2011). Saiz sesuatu organisasi juga boleh
mempengaruhi struktur organisasi. Semakin besar (jumlah tenaga kerja) sesebuah
organisasi, semakin rumit struktur organisasi. Ini kerana organisasi yang bersaiz besar
lebih cenderung kepada penjabatan, pemusatan, pengkhususan, serta peraturan
berbanding dengan organisasi yang bersaiz kecil. Manakala saiz organisasi yang kecil,
juga akan kekurangan aktiviti untuk membentuk bahagian. Contohnya, jika sesebuah
organisasi mempunyai seramai 100 orang pekerja sahaja, jika bertambah pekerja seramai
100 orang ke dalam organisasi, ia akan memberi kesan yang besar kepada organisasi
kerana semua struktur dan susunan tidak dapat berfungsi lagi dan perlu membuat
penyelarasan semula. Tetapi bagi organisasi yang bersaiz besar pula, jika tambah 100
orang pekerja lagi tidak akan menjadi masalah kerana struktur organisasi yang lebih
berkhusus.
Teknologi
Mengikut laman web wikipedia, teknologi adalah koleksi peralatan, termasuk
mesin, pengubahsuaian, pengaturan dan prosedur yang digunakan oleh munusia.
Teknologi berperanan penting sebagai bantuan mekanikal kepada aliran kerja.
Teknologi ini juga mampu mengubah input kepada output atau pengeluaran dengan
penggunaan teknologi yang sesuai. Justeru itu, setiap organisasi mestinya mempunyai
sekurang-sekurangnya satu teknologi untuk membolehubahkan struktur dalam
membentuk hubungan antara manusia ataupun kerja di dalam organisasi. Antara cabaran
4

BBPP 1103

dalam mereka bentuk organisasi adalah bagi menyesuaikan dengan teknologi baru iaitu
struktur yang membuatkan semua keperluan teknikal dan bukan teknikal serta
mencampurkan dengan kepakaran fungsi yang diperlukan (Norri. H, 1990).
Selain itu, tahap rutin juga salah satu aspek yang akan mempengaruhi struktur
organisasi. Ini kerana aktiviti yang rutin memerlukan teknologi atau sumber tenaga yang
lebih banyak dan berpusat berbandingkan dengan aktiviti yang bukan rutin.
Sebagai contoh, kilang yang menghasilkan tin-tin makanan yang memerlukan
lebih banyak pengjabatan, pengkhususan kerja dan lebih undang-undang dan peraturan
yang perlu dipatuhi merupakan organisasi yang beroperasi rutin manakala organisasi
yang beroperasi bukan rutin adalah seperti tukang masak, tukang jahit atau tukang
gunting kerana ia tidak memerlukan banyak pengjabatan, pengkhususan dan undangundang yang perlu dijalankan, seperti yang dikehendaki oleh sebuah kilang.
Persekitaran
Persekitaran organisasi juga merupakan faktor yang menjejaskan struktur
sesebuah organisasi. Ia boleh memberi kebaikan atau juga boleh membawa keburukan
kepada organisasi. Menurut Lawrence, P.R & J.W Lorsch (1969), Peningkatan
ketidaktentuan persekitaran membawa kepada perbezaan peningkatan organisasi.
Persekitaran organisasi ini merujuk kepada persekitaran statik dan persekitaran dinamik.
Persekitaran statik jarang membawa ancaman atau risiko kepada organisasi serta
perubahan yang tidak dijangka manakala persekitaran dinamik pula boleh menyebabkan
perubahan yang tidak dijangka berlaku bila-bila masa sehingga menggangu perjalanan
operasi organisasi. Perubahan-perubahan yang boleh berlaku mungkin termasuk semua
bidang seperti persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosial budaya,
persekitaran politik, pemasaran, pengeluaran, undang-undang yang baru dikeluarkan dan
lain-lain lagi. Justeru itu, pihak pengurusan perlu membuat tindakan seperti mereka
semula aliran kerja atau tugas serta aktiviti-aktiviti yang boleh menyesuaikan dengan
perubahan-perubahan itu supaya dapat mengurangkan ketidaktentuan dalam persekitaran
yang berlaku.

BBPP 1103

PENJABATAN
Menurut Daft (1988), beliau mengatakan bahawa penjabatan diertikan sebagai
satu sifat yang asas dalam struktur pengorganisasian secara menyeluruh. Penjabatan juga
bermaksud satu proses yang melibatkan pembahagian kerja dan pekerja kepada unit-unit
yang berlainan. Setiap anggota dan unit bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugastugas yang diberikan dengan mempunyai matlamat dan objektif yang bersama. Lazimnya,
struktur organisasi dapat direkakan mengikut jenis-jenis penjabatan. Penjabatan yang
lazim digunakan dalam Malaysia boleh dikategorikan kepada empat jenis: iaitu struktur
fungsi, struktur geografi, struktur matriks dan struktur produk.
1. Struktur Fungsi
Struktur fungsi adalah pengelompakan jawatan ke jabatan yang berdasarkan
kemahiran yang sama, kepakaran, aktiviti kerja, dan penggunaan sumber (Richard
L.Daft,2008). Struktur Fungsi merupakan satu struktur organisasi yang paling umum
dalam organisasi. Dalam struktur fungsi, struktur dibentuk bagi menyatukan semua
anggota-anggota mengikut tahap kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dalam satu
bidang bahagian yang sama. Dengan ini, struktur fungsi ini dapat memberi latihan yang
khusus dan berpusat kepada pekerja-pekerja dan matlamat atau objektif organisasi akan
mudah tercapai. Contohnya, organisasi yang berstruktur fungsi adalah seperti jabatan
sumber manusia, pemasaran, akaun dan sebagainya. Carta 1.0 menunjukkan penjabatan
berstruktur fungsi:

BBPP 1103

Carta 1.0
sumber: http://mutiarapd.blogspot.com/2010/06/carta-organisasi-penasihat-kelab.html
Merujuk carta di atas, ini adalah carta organisasi fungsian yang terdapat dalam
Kelab Usahawan Muda Bumiputera pada peringkat sekolah. Dalam carta organisasi ini,
kita boleh dapati pada aras yang paling tinggi ialah pengetua cemerlang sekolah .Beliau
berperanan sebagai penasihat dan ketua dalam kelab. Beliau juga seorang yang membuat
keputusan. Pada aras yang kedua tinggi terdapat GPK Korikulum. GPK Korikulum pula
berperanan untuk merancangkan segala aktiviti atau program yang telah diluluskan oleh
pengetua. Beliau juga perlu mengetuai dua guru pembimbing yang bertanggungjawab
untuk melaksanakan program-program yang dirancangkan. Ahli-ahli dalam organisasi
perlu menjalankan tugas-tugas masing-masing supaya objektif dan maklamat organisasi
dapat dicapaikan.

BBPP 1103

Walaubagaimanapun, struktur fungsi ini ada kekuatan dan kelemahannya sendiri.


Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dan kelemahan struktur organisasi
jenis fungsi:
KEKUATAN
1) Kerja penyeliaan dan pengawasan

KELEMAHAN
1) Melambatkan masa gerak balas.

menjadi lebih mudah kerana setiap ketua


dan jabatan mempunyai kemahiran
tertentu.
2) Unit-unit, jabatan dan bahagian yang

2)Tidak menggalakkan pembaharuan serta

bermasalah mudah dikenal pasti dan boleh

mempunyai perspektif yang sempit di

diatasi dengan segera.


3) Penggunaan sumber yang cekap.

kalangan ahli unit, jabatan dan bahagian.


3) Maklum balas mungkin perlahan kerana

4) Fungsi serta tugas individu jelas.

wujud unit, jabatan dan bahagian.


4) Komunikasi yang kurang antara unitunit, jabatan dan bahagian mungkin

5) Kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan

berlakunya konflik antara satu sama lain.


5)Sukar mentakrif semua keperluan

pengalaman dapat disatukan atau

individu menyebabkan objektif atau

digabungkan di kalangan individu.

matlamat organisasi sukar dicapaikan.

2. Struktur Geografi

BBPP 1103

Struktur geografi membahagikan unit dan bahagiannya berdasarkan tempat dan


kawasan geografi yang ditetapkan. Ia sesuai diamalkan oleh syarikat atau pejabat yang
memiliki pasaran yang luas dan berselerak di berlainan kawasan seperti perniagaan
antarabangsa. Antara syarikat yang terkenal adalah seperti Cosway, Seven Eleven,
PROTON dan lain-lain lagi. Struktur geografi ini juga beroperasi dalam unit dan
bahagian yang berlainan di mana bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas di lokasi
yang ditentukan.
Carta 2.0 menunjukkan carta organisasi Persatuan Pakar Pengajar dan Pakar
Industri Negara Malaysia (Exco MANDATE) yang berstruktur geografi:

Carta 2.0
sumber: http://expertsociety.blogspot.com/2014/01/pengurusan-rakan-strategik.html
Berdasarkan carta ini, disebabkan ahli- ahli yang banyak dan berselerak di
merata-rata tempat, Exco MANDATE telah membahagikan seluruh negara dengan 4 zon
pengurusan iaitu zon Timur, zon Barat, zon Utara dan zon Selatan. Setiap zon pula
terdapat satu pengerusi yang bertugas di zon masing- masing. Setiap pengerusi zon
bertugas untuk tempat-tempat yang berdekatan dengan zon-zon sendiri. Mereka dapat
menganjurkan pelbagai aktiviti atau perkhidmatan yang bersepadan dengan zon -zon
masing kerana atas sebab sosial budaya, tempat , masa, agama, kaum dan sebagainya. Ini
dapat memudahkan Exco MANDATE memberi perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-

BBPP 1103

ahlinya. Objektif dan matlamat persatuan ini juga dapat dicapaikan dengan baik dan
sempurna.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dan kelemahan struktur
geografi:
KEKUATAN
1) Dapat mengurangkan peruntukan dan

KELEMAHAN
1) Sukar untuk menyelaraskan

kos kerana mempunyai unit, jabatan yang

perkhidmatan jabatan-jabatan di kawasan

lebih dekat di kawasan geografi yang

geografi kerana terletak jauh antara satu

ditetapkan.
2) Boleh menggunakan kepakaran dari

sama lain.
2)Kekurangan kawalan kepada setiap unit/

seluruh dunia berdasarkan lokasi geografi

jabatan kerana pasaran yang berselerak.

organisasi tersebut.
3) Produk dan perkhidmatan dapat

3) Perlu mengambil pekerja yang ramai dan

dipasarkan dan dihasilkan ke kawasan

senang berlakukan pertindihan kerja.

geografi yang luas.


4) Dapat memperkenalkan organisasi di

4) Perubahan kepada produk dan

seluruh dunia.

perkhidmatan akan berlaku atas faktor


budaya, fizikal dan cuaca di kawasan

5)Organisasi menjadi lebih besar.

tertentu.
5) Perhubungan antara kakitangan di
kawasan yang berlainan mungkin kurang
rapat.

3. Struktur Matriks

10

BBPP 1103

Struktur matriks dihasilkan dari gabungan antara fungsi dan bahagian.Struktur


matriks sesuai diamalkan semasa satu organisasi terpaksa mengendalikan beberapa projek
atau projek yang besar pada satu masa yang sama. Oleh itu, pekerja-pekerja perlu
membuat laporannya untuk diberikan kepada dua atau lebih ketua atau jabatan yang
berlainan. Ini akan menjadi komplek kerana pekerja yang berlainan bahagian atau unit
perlu memberi kerjasama bagi menjayakan projek-projek tersebut dengan bertujuan
mencapai matlamat atau objektif organisasi.
Menurut Harold Kerzener (2003), beliau mengatakan dalam pembangunan
struktur matriks yang berkesan, mesti ada saluran komunikasi yang baik antara pengurus.
Ia juga perlu kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Selain itu,
saluran mendatar dan sebagaimana menegak mesti wujud untuk membuat komitmen.
Carta 3.0 menunjukkan carta organisasi Jabatan Perancangan Banddar Dan Desa
Semenanjung Malaysia yang berstruktur matriks:

Carta 3.0
11

BBPP 1103

sumber: http://www.townplan.gov.my/download/carta/cartaweb14-01.jpg
Dalam organisasi ini, kita boleh dapati dalam Bahagian Perancangan, terdapat
satu timbalan ketua pengarah dan dua orang pengarah dalam bahagian. Mereka
bertanggungjawab terhadap Bahagian Rancangan Pembangunan yang terdiri daripada
lima ahli iaitu Ketua Unit Penyelarasan Projek, Pengarah pejabat Projek mengikut zon
iaitu zon Tengah , zon Utara, zon Selatan dan zon Timur. Dalam Bahagian Rancangan
Pembangunan, pengarah pejabat projek zon-zon perlu membuat rancangan masingmasing dan membuat laporan kepada tiga pengarah yang di atas mereka. Seterusnya, tiga
pengarah atas akan membuat keputusan sama ada projek tersebut dapat dilaksanakan atau
tidak dan cara perlaksanaannya. Ini akan menjadi kompleks kerana pengarah pejabat zon
perlu melaporkan perkembangan zon-zon kepada tiga pengarah supaya projek yang
dirancangkan dapat diluluskan dan laporan perlu dibuat kepada tiga pengarah atas. Di
samping itu, tiga pengarah atas perlu membuat penyelarasan antara satu sama lain supaya
rancangan yang ditentukan dapat dijalankan dengan lancar dan konflik yang akan berlaku
dapat diminimakan. Dengan ini matlamat dan objektif organisasi baru dapat dicapaikan.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dankelemahan struktur
matriks:
KEKUATAN
1) Sumber-sumber akan digunakan dengan

KELEMAHAN
1) Pertindihan mungkin berlaku kerana

lebih berkesan.

terdapat dua arahan daripada jabatan yang

2) Maklumat dapat disampaikan dengan

berbeza.
2) Konflik autoriti cenderung wujud dalam

lebih tepat dan meluas.


3) Terdapat kerjasama antara disiplin dan

organisasi.
3) Mesyuarat dan perbincangan lebih

kepakaran di semua bahagian.

banyak diadakan berbanding dengan

4) Fleksibiliti dan senang bersesuaian

tindakan yang dilaksanakan.


4) Pembahagian sumber-sumber menjadi

kepada perubahan persekitaran yang tidak

sukar apabila banyak projek dijalankan

dapat dijangka.
5) Semangat kerjasama yang tinggi dapat

serentak pada satu masa.


5) Berlaku perebutan kuasa dominan
12

BBPP 1103

dipupuk.

apabila terdapat pengurus yang lebih


menojol dalam organisasi.

4. Struktur Produk

13

BBPP 1103

Struktur produk merujuk kepada pembahagian sesuatu output iaitu produk atau
perkhidmatan yang telah ditetapkan mengikut unit atau jabatan masing-masing. Justeru
itu, setiap unit atau jabatan akan memperolehi kepakaran dan pengalamannya melalui
aktiviti menghasilkan sesuatu output yang dipertanggungjawabkan. Struktur jenis ini
senang dikendalikan jika organisasi itu mempunyai banyak output yang dihasilkan.
Selainan itu, pengurus yang berkenaan senang bertumpu perhatian dan usahanya kepada
output yang dipertanggungjawabkan serta menilai persembahan kerja yang dilakukannya.
Contoh syarikat yang menggunakan organisasi struktur produk adalah Samsung, Berjaya
dan Nestle.
Carta 4.0 menunjukkan carta organisasi Nestle (Malaysia ) Berhad yang
berstruktur produk:

Carta 4.0
sumber: http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/about
%20us/nestle_ndm_2013-bm.pdf (muka surat 9)

14

BBPP 1103

Dalam syarikat Nestle, mereka telah menghasilkan pelbagai jenis produk yang
secara umumnya memenuhi keperluan setiap orang. Kesemua produk ini dihasilkan
dalam bahagian dan unit yang berlainan. Setiap bahagian / unit diketuai oleh seorang
pengurus dan pengurus inilah yang bertanggungjawab menyelaraskan kerja dan aktivitiaktiviti yang berkaitan seperti pengeluaran, pasaran, pengagihan dan sebagainya.
Pengasingan setiap bahagian mengikut produk ini telah memudahkan pengurusan
produk tersebut. Ini dapat memudahkan setiap bahagian merancang dan menjalankan
aktiviti yang sesuai dengan jenis produk tersebut kerana setiap produk mempunyai
pelanggan, fungsi, kegunaan dan kebaikan yang berbeza. Dengan ini, pembungkusan
produk, promosi , dan cara penjualan juga akan berbeza berdasarkan jenis produk. Di
samping itu, pengeluaran produk akan menjadi lebih tersusn dengan adanya setiap
pengurus yang mengawalnya.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dankelemahan struktur
produk:
KEKUATAN
1) Pengurus dan pekerja boleh

KELEMAHAN
1) Pengurus hanya memberi tumpuan

mengembangkan bakat,pengalaman dan

kepada produk yang dikendalikannya

kepakaran mereka dalam aktiviti

sahaja.

penghasilan produk.
2) Pemantauan sendiri pengurus dapat

2) Kekurangan komunikasi antara setiap

dilaksanakan disetiap unit/jabatan.


3) Bidang tanggungjawab dan kedudukan

unit/jabatan.
3) Peruntukan kos operasi banyak kerana

jelas di setiap unit/jabatan.

keperluab pengurus dan pakar tersendiri di

4) Sesuai untuk organisasi yang bersaiz

setiap unit/jabatan.
4) Perlu mengambil pekerja yang ramai.

besar.
5) Sesuai untuk organisasi yang

5) Unit/jabatan tidak dapat bekerjasama

menghasilkan banyak output.

antara satu sama lain kerana berlainan


kepakaran.

KESIMPULAN

15

BBPP 1103

Kesimpulannya, struktur organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam


kehidupan manusia. Ini adalah kerana setiap organisasi yang ditubuhkan mempunyai
objektif dan matlamat yang jelas dan tersendiri. Manusia dapat beroperasi dengan lancar
untuk sesuatu hala tuju dengan berpandukan struktur organisasi yang baik dan sesuai.
Struktur organisasi yang baik juga dapat menerangkan dan menunjukkan hubungan
saluran antara satu sama lain, tugas dan tanggungjawab setiap anggota, prosedur-prosedur
aktiviti yang dirancangkan, komunikasi dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis struktur yang umum digunakan dalam sesuatu organisasi.
Antaranya ialah struktur fungsi, struktur geografi, struktur matriks dan struktur produk.
Organisasi perlulah memilih struktur yang sesuai dengan matlamat dan objektif sendiri.
Selain itu, organisasi juga perlu mengambil kira faktor-faktor yang sedia ada bagi
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan prosedur operasi organisasi
tersebut. Jika sesuatu organisasi gagal dalam memilih struktur organisasi yang sesuai,
organisasi tersebut tidak akan dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan baik dan
matlamat dan objektif organisasi tidak akan tercapai.
(2553 PERKATAAN)

APENDIKS
16

BBPP 1103

RUJUKAN / REFERENSI
Richard L. Daft. (2008). New era of management ( 9th edition). South- Western :
Cengage Learning
Shahrol Aman Ahmad. (2011). BBP 1103 principles of management (11th edition). Seri
Kembangan : Open University Malaysia
Patricia Cichoki & Christine Irwin. (2011). Organizational Design. A guide to building
effective organizations. Kogan Page. InBooks24x7 (OUM Digital Collection)
Norri.H. (1990). Managing the new dynamic of new technology. Eaglewood Cliffs, New
Jersey : Prentice Hall.
Lawrence, P.R & J.W Lorsch. ( 1969). Organisations and enviroment. Homewood: IL
Richard D. Irwin.
Schein, E.H. (1973). Organizational psychology. New Delhi: Prentice-Hall of India.
Stogdill, R.M. (1966). Dimensions of organizational designs. United State : University of
Pittsburgh Press.
Daft. (1988) p: 235
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka
Wikipedia. from http://en.wikipedia.org/wiki/Technology
Kelab Usahawan Muda Bumiputera. from http://mutiarapd.blogspot.com/2010/06/cartaorganisasi-penasihat-kelab.html

17

BBPP 1103

Persatuan Pakar Pengajar dan Pakar Industri Negara Malaysia (Exco MANDATE) . from
http://expertsociety.blogspot.com/2014/01/pengurusan-rakan-strategik.html
Jabatan Perancangan Banddar Dan Desa Semenanjung Malaysia. from
http://www.townplan.gov.my/download/carta/cartaweb14-01.jpg
Nestle. from http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/about
%20us/nestle_ndm_2013-bm.pdf (muka surat 9)

18

Vous aimerez peut-être aussi