Vous êtes sur la page 1sur 8

Tamadun Hwang Ho

Lokasi
Sungai merupakan nadi utama bagi pembentukan tamadun Hwang Ho.
Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau
Sungai Kuning.
Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di
bahagian utara negara China .
Hwang Ho mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di
sebelah timur.

Ciri-ciri fizikal lokasi : bergunang-ganang dan berpadang pasir .


Kerangka Masa
Kemunculan tamadun dikesan daripada jumpaaan tengkorak homo sapien , juga
dikenali sebagai Peking Men pada sekitar tahun 400 000 S.M..
(Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik)
Zaman Neolitik muncul pada sekitar tahun 5000 S.M..
(Era ini munculnya akitiviti pertanian dan penternakan.)
Dinasti Hsia merupakan dinasti beraja pertama di China yang bermula pada sekitar
tauhn 2205-1766 S.M..
-Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang ,kebangkitan hamba telah
dimunculkan kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.
-Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei megambil
kesempatan untuk mengyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan
pemerintana Dinasi Chou.

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho


Kesuburan kawasan sekitar Hwang Ho telah menarik penduduk nomad untuk
tinggal menetap , membina petempatan awal.
Mereka menjalankan aktiviti pertanian ,penternakan binatang ,mengunpul hasil
hutan dan memburu.
Perkembangan petempatan awal ini
Lembah Hwang Ho.

melahirkan beberapa buah Bandar di

Anyang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang .


Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan dalam usaha perluasan
wilayah dan penyebaran buadaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.

Ciri-ciri
Negara Kota -Anyang
terletak di kawah tanah tinggi di Sungai Huan
terdapat istana , kuil dan pusat pentadbiran di Bandar.
Ketua pemerintahan(raja, golongan pembesar dan golongan agama) tinggal di
kawasan bandar.
Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok .
Untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang
didiami oleh masyarakat petani.
Organisasi Sosial
Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang dapat dibahagikan kepada
dua , iaita lapisan atasan dan lapisan bawahan
Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh
raja.

Lapisan bawahan dibentuk oleh golongan petani.


Golongan ini yang membentuk sebahagian besar pendudukyang
mendiami kawasan tinggal di luar bandar , inaitu di sekeliling Negara kota.
Golongan artisan juga terdapat dalam lapisan bawahan.
Golongan ini wujud sebahagian besar kerana penguasaan mereka dalam teknologi
gangsa.
Gangsa telah digunakan untuk menghasilkan senjata,perisaidan hiasan pada kereta
kuda (digunakan oleh tentera ,serta peralatan untuk upacara keagamaan)
Hanyalah golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata
gangsa.
Maka, golongan pembesar menggunakan keistimewaan mereka untuk
menundukkan golongan bawahan.
Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.
Pengkhususan pekerjaan
Terdapat dua kumpulan tentera :
-

Tentera yang menggunakan kereta kuda

Tentera berjalan kaki.

Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan untuk


memenuhi keperluan golongan atasan .
Golongan artisan yang berperanan untuk cipta pelbagai barangan tembaga .
Golongan hamba berfungsi sebagai :
-

Tentera paksaan

Digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan

Untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.


Sistem pemerintahan

Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja .


Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atatu
anak lelaki raja.
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran .
Masyarakat tamadun ini percaya bahawa kuasa raja merupakan mandat daripada
tuhan
Mandat daripada tuhan :
Masyarakat Hwang Ho percaya bahawa raja memerintah dengan adil , kerajaan
dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana
pemerintahan itu direstui tuhan.
Urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran , pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh
golongan bangsawan.
Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
-Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti:
pungutan cukai , pertahanan, undang-undang
Dinasti Chou telah mengasimilasikan sistem yang sama apabila mereka mengambil
alih pemerintahan Shang.
Dinasti Chou
Raja raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayahwilayah.
Mereka telah melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui :

-Ikrar taat setia kepada pemerintahan Chou


-Memberikan hadiah seperti kereta kuda ,senjata gangsa ,hamba ,binatang
Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa
perang .
Pembesar tempatan diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama
-

Untuk menjalankan upacara pengorbanan

Agama dan kepercayaan


Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan :
Animisme
Kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan
roh ) orang mati
Politeisme
Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan
Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-ti) , tuhan bumi (Tu) , di samping
penyembahan terhadap sungai , bukit dan gunung.
Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban
yang diketuai oleh golongan bomoh.
Jumpaan tulang binatang dan kulit kura kura di Anyang juga merupakan keunikan
tamadun ini .
-

Tulang yang ditemui dikenali sebagai tulang oracle.

Fungsinya adalah untuk meramal sesuatu keadaan.

Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang
ini di atas unggun api sehingga timbuh rekahan .

Rekahan ini akan ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.


Sistem Tulisan

Rekahan-rekahan pada tulang oracle telah menimbulkan idea masyarakat tempatan


untuk mencipta tulisan.
Tulisan China berbentuk ideogram ,iaitu tulisan berbentuk symbol.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho


1. Pembinaan sistem pengairan
Terusan-terusan telah dibinakan untuk mengairkan kawasan pertanian dan
mengelakkan berlakunya banjir.
Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke
kawasan barat daya China.
Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian .
2. Pembangunan dalam sector pertanian
Pembangunan ini telah membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta
penciptaan cangkul dan sabit.
Pada zaman ini , petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Petani China juga mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu
dengan yang dibuat daripada besi.
3. Sistem Tulisan
Sistem tulisan ini telah berkembang secare evolusi dan masih digunakan oleh
orang China sehingga hari ini.

Tulisan ini telah digunakan dalam penulisan dan percetakan secara luas.
Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
Tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
4. Pemujaan roh nenk moyang
Merupakan salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini.
Misalnya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan.
Unsur ini telah digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barangan
perhiasan.
5. Konsep Yin dan Yang , Feng Hsui
Ini merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat
China.
Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua
unsur yang saling melengapi , iaitu Yin dan Yang.
-Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.
Semasa pemerintahan Shang , sistem kalendar telah diperkenalkan.
Kalendar ini terdapat 30hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Raja menggunakan kalendar ini untuk menentukan musim menanam dan musim
menuai.
Amalan penggunaan calendar telah diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian
seperti upacara perkahwinan ,perburuhan ataupun pengkebumian.
6. Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
Karya falsafah ini , the Art of War telah membicarakan tentang:
-Selok-belok perang

-Cara menangani musuh


Falsafah tersubut juga diaplokasihkan sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada
hari ini.