Vous êtes sur la page 1sur 3

1.

Analisis Ciptaan Lagu

Dalam ciptaan sesebuah lagu, perlu tentukan nada bagi melodi yang akan cipta. Oleh
itu, saya telah menentukan nada bagi ciptaan lagu saya iaitu C major. C major merupakan major
yang paling asas kerana ia tidak mempunyai syap dan flet. Seterusnya, meter bagi ciptaan lagu
saya adalah meter empatan. Meter empatan dikenali sebagai meter lazim. Frasa adalah
sekumpulan not yang membentuk satu unit pernyataan muzik yang signifikan atau satu keratin
lagu. Oleh itu, bilangan frasa ciptaan lagu saya sebanyak lapan frasa iaitu satu frasa untuk dua
bar. Bilangan bar yang saya cipta sebanyak enam belas bar. Frasa seebuah lagu adalah
sekumpulan not yang membina sebuah idea muzik yang lengkap.
Seterusnya, saya memulakan kord C sebagai pergerakan kord saya pada bar pertama.
Pada bar kedua, saya menggunakan kord F dan kord G pada bar ketiga. Pada bar keempat
pula, saya guna semula iaitu kord C. Dari bar kelima hingga bar kelapan, saya menggunakan
kord C, kord F, kord G dan kord C. Dari bar kesembilan hingga bar kedua belas, saya telah
menggunakan kord C, kord Dm, kord G dan kord C. Dari bar ketiga belas hingga keenam belas
pula, saya menggunakan kord Am, kord Dm, kord G dan kord C.
Motif merupakan satu unit muzikal terkecil dalam sesebuah melodi yang dikatakan sebagai
idea awal untuk membina sebuah melodi. Motif terdiri daripada segugusan not.

Oleh itu, kami

perlulah mencipta satu motif barulah boleh mencipta sebuah lagu yang lengkap. Saya
mengembangkan motif menjadi frasa pertama mengikut pergerakan kord yang telah ditentukan.
Dalam ciptaan lagu saya, saya mengembangkan motif daripada bar pertama ke bar kedua dan
ulang motif yang sama pada bar ketiga dan bar keempat. Pada bar kelima merupakan motif
yang baru. Saya telah mengembangkan motif pada ber kelima hingga ke bar keenam.
Seterusnya, bar ketujuh juga merupakan motif yang baru dan berkembang hingga bar
kelapan. Selepas itu, bar kesembilan juga merupakan satu motif yang baru dan berkembang
kepada bar kesepuluh. Manakala, bar kesebelas dan kedua belas adalah ulangan motif kepada
bar kesembilan dan bar kesepuluh. Akhirnya, bar ketiga belas hingga keenam belas mempunyai
motif yang sama dengan bar kelima hingga bar kelapan.
Tajuk lagu yang saya telah cipta adalah Alam Sekitar. Tandanada yang saya
menggunakan adalah C major. Oleh itu, not pertama yang digunakan pada bar pertama adalah
not C. Selain itu, saya juga menggunakan not C sebagai akhir lagu yang saya cipta. Tambah
lagi, saya telah mencipta lagu saya sepanjang enam belas bar. Kord primer bagi lagu Alam

Sekitar ini adalah C major, F major dan G major. Kord sekunder yang saya gunakan untuk
ciptaan lagu adalah D minor dan A minor.
Seterusnya, imitasi merupakan satu corak irama yang sama tetapi melodi yang berbeza
ataupun sebaliknya. Dalam ciptaan lagu saya, didapati mempunyai imitasi iaitu pada bar pertama
dan bar ketiga mempunyai imitasi. Contonnya,

Bar pertama

Bar ketiga

Tambah lagi, anakrusis merupakan sesebuah lagu yang tidak bermula dari detik pertama.
Namun, saya tidak meletakkan anakrusis dalam ciptaan lagu saya. Terdapat empat jenis kaden
iaiatu kaden perfek (V-I), kaden imperfek ((I-V, II-V, IV-V), kaden plagal (IV-I) dan kaden melencung
(V-VI). Kaden juga memberi kesan rasa penutup kepada sesuatu frasa . Namun, kaden yang saya
gunakan adalah kaden perfek ( V-I) pada akhir hujung lagu saya. Pergerakan melodi di akhir hujung
lagu saya adalah not B dan not C iaitu ti-do yang digunakan. Ia merupakan kaden yang paling kuat
dan memberi kesan rasa penamat yang paling lengkap seperti noktah dalam ayat seperti berikut:
Not B

Not C

Nilai not yang saya gunakan adalah semibrif, minim, krocet dan kuaver. Renj adalah jarak di

antara not yang paling rendah dengan not paling tinggi dalam sesuatu konteks atau bentuk
muzik. Not yang paling rendah dan tinggi yang saya gunakan adalah not C. Jarak antara not C
adalah satu oktaf. Terdapat juga dinamik dalam ciptaan lagu tersebut. Dinamik adalah
perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Oleh itu, ciptaan lagu
yang saya cipta mempunyai bunyi lembut yang bersimbol p.
3

Seterusnya, sebelum menulis stanza muzik yang lengkap, kita perlu memikirkan tentang
senikata yang akan ditulis. Oleh itu, setiap sukukata mesti ditulis dengan tepat di bawah not
yang berkaitan denganya. Berikut adalah senikata lagu yang saya cipta:

Tema lagu juga memainkan peranan yang penting. Hal ini disebabkan perlu ada tema
lagu barulah dapat menghasilkan lirik lagu yang baik. Lirik lagu yang dihasilkan perlu berkaitan
dengan tema yang telah ditentukan. Contohnya, saya telah memilih tema lagu yang berkaitan
dengan alam sekiar. Oleh itu, saya telah mencipta lirik lagu yang berkaitan dengan alam sekitar.
Seterusnya, tekanan diwujudkan semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak
irama seringkali terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih
daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan.
Contohnya, bar-bar yang ditekankan oleh saya adalah bar pertama, bat ketiga, bar kelima, bar
ketujuh, bar kesembilan, bar kesebelas, bar ketiga belas dan bar kelima belas.
Akhirnya, mencipta sesebuah lagu memerlukan ciri-ciri asas seperti motif, frasa, imitasi,
sekuen, kontras, ulangan, anakrusis dan kaden barulah dapat menghasilkan sebuah lagu yang
sedap didengar. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai teknik pengembangan motif yang boleh
dilakukan dan dicipta secara kreatif untuk menghasilkan gubahan irama yang menarik.