Vous êtes sur la page 1sur 67

Fokus Peperiksaan

1.

Seiring dengan masyarakat antarabangsa, Malaysia turut mengambil pelbagai mekanisme dalam
melindungi alam sekitar daripada kewujudan unsur karbon berlebihan. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Isu pemanasan global bukan sekadar isu cuaca, tetapi melibatkan isu ekonomi, politik dan sosial. Seiring
dengan tindakan masyarakat antarabangsa, Malaysia juga mengambil pendekatan tertentu bagi menangani
isu ini.
A) Langkah Masyarakat Antarabangsa
Idea 1
Protokol Kyoto dan Montreal
Langkah awal masyarakat antarabangsa untuk menangani perubahan suhu bumi dirangka
menerusi Protokol Kyoto 1988 yang menetapkan kadar penurunan gas rumah hijau sekitar 12%
menjelang tahun 2009
Protokol ini diteguhkan dengan mekanisme Protokol Montreal yang mengawal pelepasan gas
kloroflorokarbon (CFC) dan bahan kimia lain
Kedua-dua protokol ini membentuk mekanisme kawalan melalui insentif kewangan dan insentif
teknologi mesra alam
Idea 2
Persidangan inisiatif global
Persidangan yang mengumpulkan negara dunia dalam menangani kesan pemanasan global.
Kesepakatan negara yang terlibat untuk melindungi alam sekitar masing-masing dengan
penekanan kepada pengaplikasian teknologi hijau
Tabung hijau dengan dana sebanyak AS$1 bilion dilancarkan untuk membangunkan teknologi
tenaga lestari
Tumpuan tabung adalah untuk mencari langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada
bahan api fosil, mengurangkan impak pencemaran dan mengurangkan peningkatan suhu bumi
Idea 3
Inisiatif pengeluar kereta antarabangsa
Pengangkutan dikatakan antara penyumbang besar kepada pelepasan gas karbon. Gas ini
dikatakan sebagai gangguan awam yang banyak dilepaskan oleh kenderaan persendirian, iaitu
kereta

Pengeluar kereta mengeluarkan kenyataan secara kolektif untuk raemfokuskan pengeluaran


model baru kenderaan kepada yang tidak menghasilkan gas rumah kaca dan mengeluarkan enjin
yang lebih efisien dalam penggunaan bahan api
B) Mekanisme Malaysia
Idea 4
Mewartakan hutan simpan

Hutan sebagai agen menyimbang gas dengan membekalkan oksigen dan menyerap unsur
karbon Penyerapan karbon akan mengurangkan lebihan unsur ini sekali gus mengurangkan kuantiti
gas pembentuk rumah hijau

Dengan mengekalkan kawasan hutan, agen penyerap karbon akan terpelihara agar fungsinya
tidak berkurang. Mengekalkan kawasan hutan sebagai sumbangan kepada usaha mengekalkan suhu
agar tidak semakin serius
Idea 5
Mempromosikan teknologi hijau
Malaysia mula mempromosikan teknologi hijau sebagai satu cara hidup dan juga pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi baharu. Malaysia juga bersedia menjadi hab rantaian teknologi hijau
memandangkan permintaan global bagi produk lestari semakin meningkat
Industri teknologi hijau negara telah meningkat sebanyak enam peratus pada tahun 2010 daripada
RM67 bilion tahun sebelumnya
Dengan peningkatan penggunaan teknologi hijau ini, Malaysia bersama pihak antarabangsa berusaha
mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40% pada tahun 2012 sebagai kepatuhan kepada Sidang
Kemuncak Copenhagen

Idea 6
Menghasilkan biodisel
Penghasilan biodisel sebagai sumber tenaga bagi menyahut seruan mengurangkan pelepasan karbon
Biodisel daripada kelapa sawit contohnya lebih efisien berbanding penggunaan sumber tenaga petrol
Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini juga mesra alam kerana kandungan karbon
yang dilepaskan terlalu kecil berbanding pembakaran menggunakan tenaga fuel
Kesimpulan
Isu peningkatan suhu ialah isu global. Oleh itu, tanpa kerjasama masyarakat antarabangsa, isu ini gagal
ditangani hanya dengan tindakan beberapa buah negara.
Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B
2.

Malaysia mencadangkan agar penggunaan kuasa veto dalam kalangan anggota Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikaji semula. Jelaskan rasional cadangan Malaysia dan langkah-langkah
yang diambil bagi mencapai hasrat tersebut.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Tujuan diwujudkan kuasa veto adalah untuk melindungi kepentingan kuasa besar, tetapi penggunaannya
telah dipanjangkan kepada melindungi sekutu setiap kuasa besar berkenaan. Suatu amalan yang tidak lagi
demokratik. Sehubungan itu, Malaysia mencadangkan penggunaannya dikaji semula dengan
mencadangkan langkah tertentu.
A) Rasional cadangan Malaysia
Idea 1
Lambang tidak demokratik
Struktur Majlis Keselamatan yang memberi kuasa kepada lima negara anggota tetap (P5) Majlis
Keselamatan PBB menyebabkan PBB tidak demokratik
Dengan wujud kuasa veto kepada P5, Majlis Keselamatan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik
kerana jika hanya satu P5 yang tidak bersetuju dengan keputusan 14 ahli lain, maka resolusi PBB tidak
akan dapat dikeluarkan
Idea 2
Pencerobohan undang-undang antarabangsa
Pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq tanpa kelulusan PBB. Kemasukan tentera Perancis ke Mai.
juga tanpa persetujuan PBB. Keberanian knasa besar ini bersandar kepada keupayaan melindungi din
sendiri sekiranya tindakan diambil oleh PBB ke atas mereka dengan menvetokan keputusan PBB
berkenaan
Kewujudan kuasa veto, mewujudkan kekebalan kepada negara P5 ini dari tindakan sebarang undangundang antarabangsa
Idea 3
Tiada prinsip kesamarataan
Dengan kuasa veto yang dimiliki, P5 sering mengambil tindakan secara terpilih. Keputusan PBB
dikuatkuasakan secara terpilih kerana tidak menghormati prinsip kesamarataan kedaulatan
Resolusi PBB 1948 ke atas Israel tinggal resolusi tanpa tindakan
Idea 4
Penyalahgunaan kuasa veto
Kuasa veto diwujudkan untuk melindungi kepentingan kuasa pemiliknya bukan melindungi sekutu mereka
Keputusan Majlis Keselamatan PBB ke atas Israel sering kali divetokan oleh Amerika Syarikat, Begitu
juga Rusia akan menvetokan sebarang resolusi oleh PBB ke atas Iran atau Syria
Situasi yang gagal membawa kepada kesepakatan dalam PBB kesan penyalahgunaan kuasa veto

B) Cadangan Malaysia
Idea 5
Hadkan penggunaan
Malaysia mencadangkan agar dikekang penggunaan kuasa veto sekiranya melibatkan jenayat
kemanusiaan, jenayah perang, jenayah pembunuhan kaum dan pencabulan secara serius terhadap undangundang kemanusiaan antarabangsa dan hak asasi manusia

Oleh itu, sebarang resolusi yang melibatkan jenayah kemanusiaan oleh mana-mana negara boleh
dikuatkuasakan tanpa bimbang akan divetokan oleh Majlis PBB
Idea 6
Takrifan semula pemilikan kuasa veto

Kuasa veto bukan keistimewaan tetapi merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara

Tujuan asal kewujudan kuasa veto juga perlu ditakrif semula. Sebarang kes yang tidak
memejaskar kepentingan secara langsung mana-mana kuasa P5, maka resolusi yang diambil bergantung
sepenuhnya kepada persetujuan 15 ahli Majlis Keselamatan PBB
Kedudukan ini mewujudkan kembali demokrasi dalam PBB dan dapat mengelak tindakar melindungi
sesebuah negara yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan
Idea 7
Ketegasan PBB

Malaysia menegaskan tiada mana-mana pihak yang mengatasi undang-undang


PBB mesti mengambil keputusan terhadap ketidakpatuhan dan menguatkuasakan resolusi yang telah
diputuskan sebelum ini tanpa mengira pihak yang terlibat
Ketegasan PBB akan meningkatkan keupayaan dan imej PBB dan menolak tanggapan Presiden Iran
bahawa Majlis Keselamatan PBB dikuasai oleh kuasa besar dan bersifat diktator
Kesimpulan
Ketidakadilan kuasa besar jelas terbukti daripada cara mereka menggunakan kuasa veto yang tidak lagi
selari dengan rujuan asal kewujudan kuasa veto. Kesepakatan dalam menyuarakan isu ini akan mengubah
kepincangan dalam penggunaan kuas veto.
Format jawapan: 3A + 2B atau sebaliknya
3.

A)

Malaysia boleh mengalami gempa bumi kerana lingkaran luar yang mengelilinginya. Jabatan
Meteorologi, Berita harian, 13 Februari 2013. Memandang risiko di atas, Malaysia mengambil langkah
perlu bagi menghadapinya. Ulas pernyataan di atas.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Walaupun Malaysia terkeluar daripada lingkaran kawasan gempa sebagaimana yang dihadapi negara jiran,
namun kejadian gempa bumi juga berisiko turut berlaku ke atas Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah telah
digerakkan oleh kerajaan Malaysia bagi menghadapinya.
Risiko ke atas Malaysia
Idea 1
Kedudukan yang hampir dengan lingkaran gempa besar

Berjiran dengan dua negara yang aktif berlaku gempa bumi, iaitu Indonesia dan Filipina
Kedudukan yang menjadikan Malaysia berisiko merasai gegaran bermagnitud rendah apabila gempa bumi
berskala kuat melanda kedua-dua negara jiran berkenaan
Idea 2
Sejarah gempa yang pernah melanda

Pada tahun 1976, dengan bermagnitud 5.8 skala Richter pernah melanda Lahad Datu
Pada tahun 2012, Jabatan Meteorologi mengesan lapan gempa bumi, iaitu enam di Sabah, dengan
magnitud antara 2 hingga 4.5 skala Richter serta dua di Belaga, Sarawak
Sejarah ini boleh berulang dengan magnitud yang lebih besar
Idea 3
Dapatan kajian
Sekiranya berlaku gempa yang kuat di zon pertembungan plat tektonik di antara Laut Andaman, Laut
China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi boleh mencetuskan tsunami
Risiko pertembungan boleh sampai ke perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah dan
Sarawak

B) Langkah Malaysia
Idea 4
Penubuhan 17 stesen pengesan

17 stesen untuk mengesan gerakan yang boleh membawa kejadian gempa bumi berlaku. Sistem amaran
awal Tsunami Nasional Malaysia mula beroperasi pada tahun 2005
Stesen ini mampu mengesan pergerakan plat tektonik bumi dalam tempoh seminit selepas berlaku gempa,
selain mengesan gelombang tsunami
Dilengkapi dengan peralatan tercanggih, termasuk kamera dan siren
Idea 5
Kerjasama serantau dan antarabangsa

Melibatkan kerja sama dengan agensi antarabangsa, iaitu International Tsunami Warning Centei
yang berpusat di Hawaii yang mampu memberi amaran awal sekiranya berlaku gempa
Malaysia juga menjalin kerjasama dengan agensi meteorologi di Indonesia dan Filipina dalam mendapat
maklumat awal suatu kejadian yang mungkin melanda
Idea 6
Kerjasama pakar antarabangsa
Melibatkan pakar dari negara-negara berpengalaman dan mengalami gempa seperti Amerika Syarikat dan
Jepun
Tunjuk ajar dan pengalaman menghadapi gempa dan tsunami membantu negara menghadapi kecemasan
Persediaan awal boleh dilakukan bagi meminimumkan kesan
Kesimpulan
Walau bagaimanapun persediaan kerajaan, peranan masyarakat juga perlu dengan mengetahui can
menghadapi bencana. Seharusnya wujud akses dan hubungan antara masyarakat dengan jabatar
meteorologi.
Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B
4.

Amerika Syarikat memberi isyarat yang jelas bahawa pengaruh China di rantau Asia Pasifik mesti berada
pada tahap yang boleh dikawal. Pendirian ini menjadi cabaran kepada kestabilan ASEAN. Jelaskan
pernyataan ini.
RANGKA JAWAPAN

Pengenalan
Amerika Syarikat (AS) meletak sasaran sendin dalam penglibatannya di Asm Pasifik khususnya diRantau
ASEAN Sasaran AS mi boleh menimbu.kan ancaman besar kepada rantau in, sekiranya Lnina bertmdak
melebihi standard yang ditetapkan oleh AS
A) Mesej Penglibatan Amerika Syarikat (AS)
Idea 1
Strategi Pangsi Pasifik
Satu strategi untuk menjadikan Asia Pasifik sebagai pangkalan tumpuan kekuatan ketenteraan AS. Dengan
strategi ini bermakna kekuatan tentera laut AS (USN) akan meningkat di Lautan Pasifik kepada 60:40
berbanding Lautan Atlantik
Lebih separuh armada perang AS akan ditempatkan di Asia Pasifik dan kapal penggempur pesisir pantai
akan ditempatkan di Singapura
Idea 2
Penglibatan meluas dalam hal ehwal ASEAN
Konflik China dan Filipina telah 'mengheret' AS secara tidak langsung. Tragedi Pulau Scarborough Shoal
menunjukkan tentera laut Filipina terpaksa berundur setelah diuji oleh kapal perang China.
Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan
peranannya membantu pertahanan Filipina dengan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada negara
berkenaan
Amerika Syarikat juga mempunyai hubungan dengan Singapura melalui persetujuan Singapura menyedia
kemudahan logistik kepada tentera AS
Idea 3
Kesanggupan mempertahankan sekutu
AS juga melengkapkan pertahanan negara Jepun dengan radar berkuasa tinggi bagi meningkatkan
pertahanan peluru berpandu negara berkenaan
Radar X-band yang dibekalkan kepada Jepun dapat menangkis peluru berpandu China atau Korea

B) Cabaran kepada ASEAN


Idea 4
Ancaman kepada konsep ZOPFAN
Perubahan dasar AS ini mengancam kestabilan ASEAN. Konsep ZOPFAN yang menjadi pegangan
anggota ASEAN selama ini turut tercabar

Tindakan Filipina dan Singapura jelas mencabul konsep yang dimuafakatkan dan menjadi pegangan
ASEAN
Kesediaan China 'berperang' dengan Filipina sebagaimana laporan akhbar utama China, akan
meningkatkan ketegangan di rantau ini apabila AS sedia memainkan peranan mempertahankan kepentingan
Filipina
Idea 5
Zon bebas nuklear ASEAN
ASEAN turut menghadapi cabaran apabila berlaku perubahan dasar luar AS sehingga berlaku perlumbaan
senjata di rantau ini
Memandangkan Korea Utara dan China juga memiliki senjata nuklear, AS pasti turut bersedia dengan
keupayaan senjata berkenaan
Pertembungan ini pastinya mencabar pegangan ASEAN agar rantau ini bebas daripada pengaruh senjata
nuklear
Idea 6
Kewujudan Zon Tentera
Dengan kehadiran sejumlah besar tentera AS di rantau sebelah sini yang berpangkalan di Singapura,
Filipina dan Australia, maka akan berlaku perubahan kepada komposisi kekuatan tentera di Laut China Selatan
dan Selat Melaka
China yang bergerak di sekitar Laut China Selatan bagi mengawal Pulau Spratly dan Paracel yang didakwa
sebagai wilayahnya akan menjadikan persekitaran laut negara ASEAN sebagai zon pergerakan tentera. Satu
yang amat ditolak oleh ASEAN
Kesimpulan
Pendekatan diplomasi dan bersederhana dalam tindakan mesti menjadi pegangan ASEAN. Negara ASEAN
seharusnya tidak menunjukkan kedudukan 'terlalu berpihak' dan menuntut status quo dikekalkan sekiranya isu
gagal disepakati.
Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B
5.
6.

Langkah dan pendekatan Malaysia telah meningkatkan kesedaran antarabangsa dalam meningkatkan
keamanan global. Bincangkan pernyataan di atas.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Iraq dan Afganistan telah menjadi mangsa ketidakadilan kuasa besar, manakala Iran dan Korea Utara
sedang dihukum dengan sekatan ekonomi. Semua peristiwa ini ialah gambaran tindakan ekstrem yang
menjadi pegangan dalam menyelesaikan konflik. Malaysia mendesak agak pendekatan ini diubah.

Langkah-langkah Meningkatkan Keamanan Global


Idea 1
Melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM)
Bertujuan memerangi ekstremisme dengan mengutamakan rundingan, diplomasi dan pendekatan sederhana
Malaysia menekankan orientasi semula dalam pendekatan menghadapi konflik sama ada terhadap negara
lain atau terhadap krisis dalam negara
Melalui gerakan ini, Malaysia menolak fahaman ekstrem. Pegangan Malaysia bahawa keganasan tidak
boleh didepani dengan keganasan kerana ia akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan dan penentangan
Idea 2
Penubuhan Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLWCC)
Malaysia mengajak masyarakat dunia agar menolak perang dan pendekatan militer sebagai penyelesaian
kepada sebarang konflik antara negara

Walaupun tribunal ini tiada kuasa melaksanakan keputusannya, namun' kuasa untuk mempengaruhi
pemikiran masyarakat' antarabangsa mampu digerakkan
Penubuhan tribunal ini diharap akan mempengaruhi masyarakat antarabangsa untuk menolak pemimpin
yang cenderung memilih penyelesaian melalui peperangan
Idea 3
Seruan kepada pendemokrasian PBB
Malaysia menekankan kepada penstrukturan semula PBB agar wujud demokrasi dalam membuai
keputusan
Resolusi yang diambil bergantung sepenuhnya kepada persetujuan 15 ahli Majlis Keselamatar PBB,
bukannya bergantung kepada persetujuan setiap lima anggota kuasa tetap yang mempunyai kuasa veto
Kedudukan ini mewujudkan kembali demokrasi dalam PBB dan dapat mengelak tindakar melindungi
sesebuah negara yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan
Idea 4
Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam
Dialog ini membuka mata dan fikiran sebahagian masyarakat Barat bahawa setiap agama termasuk agama
Islam menyeru dan menganjur kepada kebaikan dan amalan baik
Keganasan yang melibatkan orang Islam bukan kerana ajaran agama, tetapi bawaan ekstrem dalam diri
kumpulan berkenaan. Semua keganasan yang berlaku, tidak semuanya melibatkan orang Islam
Siri dialog ini termasuk siri ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur bagi meningkatkan kefahaman Barat
terhadap Islam
Idea 5
Merundingi konflik Selatan Filipina
Dengan berakhirnya konflik Selatan Filipina yang memberi kuasa autonomi kepada Bangsamoro,
meningkatkan kestabilan di rantau ASEAN

Kedamaian yang diusahakan oleh Malaysia ini memberi kesan berganda kepada rantau ini dari
segi penamatan gerakan pengganas yang turut merentas sempadan

Perdamaian ini juga menutup ruang kawasan berkenaan menjadi pusat latihan pengganas
Kesimpulan

Malaysia menolak pendekatan keganasan ditangani dengan keganasan kerana cara ini akan
membesarkan lagi konflik dan meningkatkan lagi penentangan. Bersederhana dan pembelaan terhadap
mangsa membantu menyelesaikan konflik. Format jawapan: Lima idea diperlukan
7.

Berlaku perubahan besar dalam amalan dasar luar negara semasa kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdul
Razak. Perdana Menteri kedua ini mempunyai alasan sendiri melakukan perubahan tersebut. Ulaskan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Dasar luar dibina mengikut tuntutan dan keperluan semasa. Pemimpin Malaysia mencorakkan dasar luar
bagi memastikan negara terus maju dalam pelbagai aspek dan bidang. Tun Abdul Razak telah membuka
dimensi baru dalam mencorakkan dasar luar Malaysia.

Dasar Luar Semasa Era Tun Abdul Razak


Idea 1
Dasar luar yang terbuka dan berkecuali
Dari dasar yang condong ke Barat semasa Yang Mulia Tunku Abdul Rahman kepada dasar yang lebih
terbuka dengan mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi
Memulakan hubungan dengan China dan negara komunis yang lain termasuk Rusia dan Jerman Timur
Mendukung kuat hubungan dengan negara-negara Islam
Idea 2
Meluaskan rakan dagangan
Negara moden memerlukan negara lain untuk menampung keperluan dalam negara atau mendapat
pendapatan dengan wujudnya lebihan bekalan dalam negara
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara termasuk negara komunis untuk bagi
tujuan mengadakan perdagangan dengan negara tersebut
Malaysia dari awal merdeka telah mengeluarkan getah dan tanaman komoditi lain. Mempunyai hubungan
dengan negara lain akan meningkatkan eksport
Idea 3

Mendukung dasar berkecuali


Selaras dengan sokongan kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang dibentuk pada tahun
1955, Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik tanpa mengira anutan ideologi negara berkenaan
Mengadakan hubungan dengan negara anggota NAM sebagai bukti menyokong pergerakan berkenaan
Idea 4
Meluaskan peranan Malaysia
Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dibentuk pada tahun 1971 di Morocco, dan Tunku Abdul
Rahman sebagai Setiausaha Agung yang pertama
Hubungan dengan negara Islam sebagai meluaskan peranan anggota Pertubuhan Persidangan Negaranegara Islam
Bagi memenuhi tuntutan sebagai Setiausaha Agung yang diserah kepada Malaysia, hubungan dengan
semua negara Islam khususnya dan negara lain amnya membantu dalam menjalankan tugas
Idea 5
Jaminan keselamatan
Hubungan menggambarkan kesediaan bersahabat dan sedia membantu dalam pelbagai aspek termasuk
pembangunan ekonomi
Dengan hubungan diplomatik yang wujud, sebarang konflik yang berbangkit dapat dimmta penjelasan dan
rundingan dapat diadakan
Pergerakan rakyat antara dua negara dapat dilakukan dan keselamatan dapat dipastikan
Kesimpulan
Dasar luar dicorakkan bagi membentuk sebuah negara yang diterima pada peringkat antarabangsa.
Pemimpin Malaysia berjaya melakukan tuntutan bagi memenuhi kewujudan sebuah negara moden.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
8.

Antara kesan kewujudan komuniti ASEAN yang akan dimaktubkan pada tahun 2015 ialah perkembangan
dalam bidang pendidikan intra ASEAN. Oleh itu, Malaysia perlu bersedia menyahut cabaran tersebut.
Bincangkan pernyataan di atas.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Komuniti ASEAN dirangka dan akan dimuktamadkan pada tahun 2015. Komuniti ini akan menjadikan
anggota negara ASEAN sebagai satu komuniti yang berdiri dalam satu kerangka yang diterima bersama.
Malaysia perlu membuat persediaan menghadapi situasi yang merubah paradigma sebuat negara kepada satu
penyatuan yang besar.

Perkembangan Bidang Pendidikan


Idea 1
Merombak sistem pendidikan tinggi
Malaysia harus merombak sistem pendidikan tinggi negara agar selaras dengan standard negara maju atau
sekurang-kurangnya menyamai standard dengan anggota yang maju dalam kalangar negara ASEAN
Perubahan ini melibatkan cuti yang selaras, jam pembelajaran yang selaras dan juga aspek-aspek lain bagi
mengelak berlaku defisit pembelajaran di IPT Malaysia
Perubahan juga melibat kerjasama dengan industri bagi meningkatkan keupayaan pelajai mendalami kursus
yang diikuti
Idea 2
Mengatur strategi dan promosi
Strategi bagi menarik lebih ramai pelajar dari ASEAN merentasi sempadan bagi mengikuti kursus pengajian
di Malaysia
Strategi bagi menonjolkan keupayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia dalam
memenuhi standard dan piawaian antarabangsa dalam menyediakan peluang terbaik bagi mengikuti pelbagai
kursus
Promosi perlu dilakukan bagi mengelak pengaliran keluar pelajar ke luar ASEAN Idea 3
Memantapkan peranan negara
Langkah memantapkan peranan Malaysia dalam menempatkan keupayaan negara menawarkan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

Kejayaan Universiti Malaya melaksanakan agenda Jangkauan Global Malaysia (JGM) di Kemboja, Laos,
Myanmar dan Vietnam akan meningkatkan lagi persepsi terhadap kemampuan negara menjadi pusat
pendidikan ASEAN
Asia e-Universiti yang dtubuhkan oleh 31 buah negara Asia ditempatkan di Kuala Lumpur. Penempatan ependidikan ini memberi kelebihan kepada Malaysia menjelang pengisytiharan Komuniti Ekonomi ASEAN
(AEC) menjelang tahun 2015 melalui komuniti sosiobudaya.
Idea 4
Menyediakan pelan pilihan
Meningkatkan lagi keupayaan IPTA dan juga IPTS negara agar mampu bersaing dengan universiti terbaik
ASEAN malah universiti terbaik Asia. Menawarkan pilihan terbaik dalam kalangan IPTA mahupun IPTS
Pilihan mengikuti kursus juga melalui penubuhan cawangan universiti-universiti terkemuka dunia di
Malaysia atau mengadakan kerjasama dengan universiti terkemuka dunia
Idea 5
Menarik pembukaan universiti terkemuka dunia
Kejayaan menarik lapan universiti antarabangsa membina kampus di negara ini merupakan persediaan
penting negara bagi menarik pelajar ASEAN merentas sempadan mendapat ijazah di Malaysia
Contohnya, kemasukan Universiti Curtin, Universiti Monash, Universiti Nottingham dan Universiti
Swinburne (universiti lain termasuk Universiti Perubatan Newcastle, Universiti Southampton, Universiti
Raffles, dan Institut Teknologi Maritim Netherland).
Universiti ini akan membuka peluang ke arah program pendidikan kompetitif sama ada kepada pelajar
tempatan mahupun kepada pelajar antarabangsa
Kesimpulan
Persediaan negara akan memastikan keupayaan negara bersaing dan kekal dalam persaingan serantau
mahupun global. Komuniti ASEAN mewujudkan satu dimensi baru dalam ikatan permuafakatan ASEAN.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
9.

Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah jerebu dan pencemaran udara merentasi sempadan adalah
dengan meningkatkan kuantiti pokok dalam negara. Namun begitu, kejayaan usaha ini memerlukan
tindakan bersama daripada pelbagai pihak di luar negara. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Isu pencemaran merentasi sempadan menjadi sebahagian permasalahan kepada banyak negara. Malaysia
tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini, namun kejayaan menangani isu ini turut dipengaruhi oleh
faktor luar negara.
Usaha-usahayangDijalankan
Idea 1
Peningkatan kuantiti pokok
Kuantiti pokok yang banyak melembapkan udara persekitaran. Kelembapan udara akan menjadikan habuk
dalam udara menjadi berat dan memendapkannya ke bawah daripada laluan angin
Pokok juga dapat memerangkap partikel halus daripada tersebar luas sebagai jerebu. Dengan ini akan
mengurangkan kandungan partikel dalam udara, dan seterusnya mengurangkan kuantiti pencemaran
Pokok juga dapat memperlahankan pergerakan angin yang membawa jerebu
Idea 2
Menghentikan pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka di ladang-ladang untuk tujuan membersihkan sisa tanaman bagi tanaman semula.
Aktiviti begini sering dilakukan di Kalimantan kerana teknologi penanaman yang masih rendah

Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah. Teknologi yang rendah membuatkan kaedah pembakaran
raerupakan kaedah terpilih. Asap daripada aktiviti pembakaran ini merentasi sempadan yang tentunya sukar
dikawal
Oleh itu, kerja sama dari negara jiran amat diperlukan bagi menghentikan tindakan ini
Idea 3
Melindungi kebakaran hutan
Kebakaran hutan juga sering berlaku di negara jiran sehingga memakan masa berminggu-minggu.
Kebakaran ini berpunca daripada cuaca yang kering yang ada kaitan dengan al-nino
Kebakaran hutan yang besar telah menyebabkan serakan asap yang meliputi kawasan yang luas termasuklah
sehingga ke Malaysia
Oleh itu, kerja sama negara jiran untuk bertindak melindungi kebakaran hutan yang serius dapat mengelak
punca jerebu
Idea 4
Industri negara jiran
Peningkatan unsur karbon merentasi sempadan yang berpunca daripada kegiatan industri negara jiran.
Industri pengangkutan yang membebaskan asap, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, serta
habuk dan jelaga juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara
Teknologi yang rendah dalam mengawal pelepasan asap kilang dan kelemahan pemantauan juga menjadi
faktor. Oleh itu, kerjasama negara jiran dengan bertindak meningkatkan pemantauan dan kawalan pelepasan
asap serta karbon dapat mengelakkan pencemaran merentasi sempadan
Idea 5
Penerokaan hutan negara jiran
Penerokaan hutan bukan sahaja mengurang agen pembebasan oksigen yang mampu menstabilkan suhu dan
membekalkan udara bersih, juga mengurang agen untuk menyerap karbon dioksida
Negara membangun masih bergantung kepada sebahagian hutan untuk kegiatan ekonomi mereka
Dengan kawalan penerokaan hutan oleh negara jiran sekurang-kurangnya dapat memerangkap pencemaran
sebelum berlaku pergerakan udara merentasi sempadan
Kesimpulan
Kerjasama antara negara berjiran amat penting dalam menangani isu pencemaran merentasi sempadan.
Walaupun permasalahan tidak sampai ke tahap di luar kawalan, namun kesepakatan perlu dibentuk untuk
mengatasi masalah ini.
Format jawapan: Lima idea diperlukan

10. Semasa awal kemerdekaan, Malaysia belum bebas dalam membentuk dasar luarnya. Ulaskan pernyataan
ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Pembentukan dasar luar sesebuah negara dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada faktor dalaman mahupun
faktor luar. Dasar luar Malaysia dicorakkan oleh Perdana Menteri pertama bagi memenuhi keperluan negara
yang baru mencapai kemerdekaan.

A) Dasar Luar yang Terbentuk


Idea 1
Dasar yang condong ke Barat
Selepas mendapat kemerdekaan, dasar luar Malaysia lebih kepada mengadakan hubungan dengan negara
Barat khususnya British
Tiada hubungan dengan negara blok sosialis dan juga komunis. Hubungan yang erat dengan British seolaholah mengikat negara dalam menentukan dasar luar yang terbuka
Pergantungan kepada Barat ini berterusan sehingga berlaku pertukaran kepada kepimpinan negara

B) Ulasan Dasar yang Condong ke Barat


Idea 2
Hubungan sejarah
Situasi yang baharu mencapai kemerdekaan mewujudkan unsur pergantungan dengan British
Hubungan sejarah dengan British mengikat Malaysia untuk menentukan dasar sendiri pada peringkat
permulaan. Wujud satu hubungan bersifat pergantungan kepada British sebagai Tuan" yang lebih dihormati
Bukti kewujudan hubungan begini dapat dilihat pada sistem kehakiman negara yang rayuan akhirnya
masih boleh diputuskan oleh Majlis Privy di London
Idea 3
Melindungi keselamatan negara
Menyekat pengaruh dan ancaman komunis daripada merebak masuk ke Malaysia
Bagi melindungi negara, Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) 1957 ditandatangani
Selain ancaman komunis, ancaman konfrontasi dengan Indonesia juga menyebabkan Malaysia bergantung
kepada negara Barat untuk melindungi negara
Idea 4
Mendapat bantuan kepakaran dan teknikal
Hanya pihak Barat mampu menawarkan bantuan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kos pembinaan.
Melalui Rancangan Colombo, Malaysia menikmati bantuan kewangan, teknikal, dan biasiswa bagi pelajar
Malaysia melanjut pelajaran ke luar negara
Membiayai projek-projek ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, pembiayaan Lebuh Raya Timur-Barat,
jambatan serta beberapa institusi pendidikan di Sabah
Idea 5
Hubungan dagangan komoditi utama
Negara Barat ialah negara industri. Malaysia dapat menyumbangkan bekalan getah kepada perkembangan
industri Barat
Dengan menjalin hubungan dengan negara Barat, komoditi utama negara semasa awal kemerdekaan dapat
didagangkan
Malaysia juga dapat menarik pelaburan dari negara Barat
Kesimpulan
Tunku Abdul Rahman berjaya membawa negara dalam membentuk dasar luar yang memenuhi kehendak
dan tuntutan semasa. Kejayaannya mencorakkan dasar luar, turut mempengaruhi kejayaan ekonomi negara.
Format jawapan: Idea 1 wajib + empat idea lain
11. Tanpa kekuatan, idae Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tidak mampu mempengaruhi masyarakat
antarabangsa. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
GMM satu cetusan pemikiran yang berani dan bertanggungjawab dalam memastikan berlaku perubahan
dalam pendekatan menangani ekstremisme. Orientasi semula pendekatan global amat dituntut dalam
meningkatkan kesejahteraan global.
Idea 1
Kekuatan pada imej Malaysia
Imej Malaysia dalam kalangan masyarakat antarabangsa amat positif. Malaysia menghadapi tuntutan
bertindih dengan lima negara jiran tetapi semuanya dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan kekuatan
ketenteraan
Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi mengamalkannya secara sederhana tanpa taksub dan
'menggerunkan' negara lain. Walaupun Malaysia paling strategik sebagai laluan dan transit pengedaran
dadah, pemerdagangan orang dan penyusupan pengganas tetapi Malaysia tetap selamat dan aman untuk
dikunjungi
Inilah keupayaan yang dimiliki negara sehingga mempunyai kekuatan untuk melontarkan idea hebat bagi
mempromosikan kehidupan global yang selamat
Idea 2
Bukti keupayaan Malaysia

10

Malaysia diiktiraf sebagai negara pelbagai etnik, adat dan anutan agama. Negara ini tinggi kadar
multietniknya dengan komposisi kaum yang tidak jauh berbeza. Suatu kaum sukar untuk mengasimilasikan
kaum lain sebagaimana komposisi kaum di Indonesia dan Thailand yang mengasimilasikan rakyat keturunan
Cina negara berkenaan
Malaysia membuktikan keupayaan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuknya.
Perbezaan mewujudkan kekuatan dan penyatuan, bukan perpecahan. Keupayaan membina perpaduan tanpa
melalui unsur 'paksaan' ini memberi kekuatan kepada negara mencetus gagasan GMM
Idea 3
Keupayaan menyelesaikan konflik
Malaysia dipuji dalam menyelesaikan konflik bukan sahaja dalam negara tetapi juga konflik di negara lain.
Pendekatan diplomasi dan rundingan yang menjadi pegangan Malaysia telah menyelesaikan banyak konflik
dalaman dan serantau. Keupayaan Malaysia dalam rundingan menyelesakan konflik Selatan Filipina menjadi
sanjungan dan ingin dipelajari oleh negara lain
Perdana Menteri Thailand berusaha mendapatkan pandangan Malaysia dalam menghadapi konflik di Selatan
Thailand
Idea 4
Keadilan dan kejayaan Malaysia
Malaysia dilihat bersikap adil dan seimbang dalam melayani kaum minoriti seperti orang Asl dan kaum
terpencil di Sabah dan Sarawak. Kumpulan masyarakat ini tidak dipinggirkan dari seg pembangunan dan
mendapat kemudahan infrastruktur. Mereka diberi layanan yang sama sebaga warganegara
Keadaan ini tidak berlaku walaupun di negara maju seperti ketidakadilan terhadap kaum Asli d Australia dan
masyarakat peribumi di Amerika Syarikat
Amalan ini memberi kredit kepada negara untuk dijadikan orang tengah dalam sebarang rundingai dan
menjadi kekuatan kepada Malaysia dalam mempengaruhi pihak lain
Idea 5
Peranan Malaysia pada peringkat antarabangsa
Penglibatan dan kecemerlangan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangs juga meletak
satu kekuatan kepada Malaysia
Dilihat sebagai pemimpin kepada pakatan ASEAN, kecemerlangan semasa memimpin Pergerakan Negara
Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) meletakkan Malaysia di hadapan dalam
mendapat kepercayaan pihak lain
Malaysia juga terpilih menganggotai pelbagai jawatankuasa PBB. Kepercayaan masyarakat antarabangsa
ini memberi kekuatan kepada Malaysia untuk mengorientasikan semula pendekatan menghadapi konflik
Kesimpulan
Tanpa kekuatan yang jitu, Malaysia tidak akan berjaya mempengaruhi pemikiran global untuk mengubah
pendekatan menghadapi ekstremisme. Keganasan mesti dihentikan, namun kebijaksanaan dituntut dalam
menamatkannya.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
12. Dengan termeterai perjanjian damai Selatan Filipina, bermakna berakhirnya banyak isu dan konflik.
Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Perjanjian Selatan Filipina menjadi satu kebanggaan kepada tahap dan keupayaan diplomasi negara.
Tamatnya pemberontakan menuntut kemerdekaan di kawasan berkenaan, mewujudkan lembaran baru yang
menamatkan kesan daripada kewujudan konflik.
Idea 1
Isu kebanjiran pendatang asing
Dengan termeterai perjanjian damai berkenaan bermakna isu kebanjiran pendatang dari Selatan Filipina dapat
ditamatkan. Pendatang tanpa izin yang ditahan di Sabah dapat dihantar balik ke negara asal mereka
Sebanyak RM0.5 bilion dibelanjakan kerajaan dalam tempoh enam tahun bagi membiayai makan minum,
rawatan dan penjagaan pendatang tanpa izin di Sabah

11

Selain itu, penyakit berjangkit seperti batuk kering dan kusta mula merebak semula dengan kehadiran mereka
Idea 2
Isu pencerobohan sempadan
Isu ini dapat dikurangkan dengan berakhirnya konflik ini. Kehidupan penduduk di Selatan Filipina menjadi
lebih aman
Pencerobohan sempadan kerana ingin mencari kehidupan yang lebih baik akan berkurang. Masalah kawalan
sempadan dan kos kawalan dapat diminimumkan
Konflik pencerobohan sempadan dan kelemahan kawalan bagi pihak Filipina dapat dihindari
Idea 3
Isu penyusupan 'pengganas'
Kemelut berdarah di Selatan Filipina turut terhenti dengan termeterai perjanjian ini
Kumpulan pejuang yang lari daripada buruan kerajaan Filipina yang sering mencari peluang menyusup
masuk ke sempadan negara. Gerakan pejuang ini dapat dihindari daripada terus menceroboh
Idea 4
Pemberontakan dan pertumpahan darah
Termeterai perjanjian menghentikan sengketa berdarah selama 40 tahun yang telah mengorbankan 120 000
nyawa
Era baru kehidupan penduduk Selatan Filipina akan bermula. Kesediaan yang berstatus pelarian di Sabah
bersedia kembali ke tanah air mereka untuk meneruskan kehidupan, menamatkan zaman kehidupan yang
penuh konflik dan pemberontakan Idea 5
Berakhir kemiskinan dan kedaifan
Keamanan akan membawa kehidupan yang lebih baik, menandakan berakhirnya kemiskinan dan kedaifan
Sistem kehidupan yang mula tersusun akan menggerakkan aktiviti ekonomi masyarakat dengan lebih baik
Kegiatan ekonomi akhirnya akan turut mengundang kemasukan pelabur termasuk pelabur dari Malaysia
Kesimpulan
Konflik berdarah selama empat dekad di Selatan Filipina telah berjaya dirungkai dengan keupayaan diplomasi
Malaysia. Rundingan tersebut juga menandakan berakhirnya banyak episod sedih kepada rakyat Selatan
Filipina berkenaan.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
13. Pulau Senkaku atau Diaoyu menjadi punca konflik China-Jepun. Konflik ini berisiko mengganggu
kestabilan rantau ini termasuk ekonomi Malaysia. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Konflik dua kuasa ekonomi dunia pastinya akan membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi serantau.
Kemelesetan ekonomi Jepun turut dipengaruhi oleh tindak balas ekonomi China terhadap Jepun. Tempias
kesan pertembungan dua negara maju ini turut menimpa Malaysia dan rantau ASEAN.
Idea 1
Konflik ketenteraan
Ketegasan China yang sanggup berperang demi menguasai wilayah yang dituntut sebagaimana laporan
akhbar utama di China semasa kemuncak konflik tidak boleh dipandang ringan
Sebanyak 80 orang tentera Vietnam terbunuh semasa kedua-dua negara bertembung merebut Kepulauan
Spratly dan Paracel membuktikan tekad China
Jika isu ini gagal ditangani dengan sebaik mungkin, Laut China Selatan akan menyaksikan pertembungan
tentera
Idea 2
Pertembungan kuasa besar
Amerika Syarikat telah meningkatkan keupayaan pertahanan Jepun apabila negara berkenaan diasak oleh
China atas konflik perebutan Pulau Senkaku
Radar berkuasa tinggi dibekalkan kepada Jepun untuk mengesan kehadiran peluru berpandu China
Latihan bersama tentera Amerika Syarikat dan Jepun juga telah ditingkatkan. Satu situasi yang jelas telah
mengheret sama Amerika Syarikat dalam sengketa Senkaku ini
Idea 3

12

Kestabilan ekonomi
Tindak balas China ke atas tindakan Jepun memiliknegarakan Pulau Senkaku telah menjejaskan proses
pemulihan ekonomi Jepun. Proses pemulihan ekonomi yang perlahan turut dipengaruhi oleh kelembapan
eksport Jepun
Pasaran barangan Jepun di China terhenti dengan banyaknya. Sentimen anti Jepun membuatkan masyarakat
China menolak barangan Jepun. Dalam tempoh 10 tahun, nilai eksport Jepun jatuh mendadak ke tahap paling
rendah
Kemelesetan ekonomi Jepun turut menjejaskan ekonomi negara serantau ASEAN kerana Jepun merupakan
antara rakan dagangan terbesar ASEAN
Idea 4
Kejatuhan nilai pelaburan (FDI)
Pelaburan dari Jepun (FDI) telah merosot ekoran kemerosotan ekonomi Jepun. Selagi Jepun tidak pulih
daripada kemelesetan ekonomi, FDI dari negara berkenaan gagal untuk ditingkatkan
Kekurangan FDI akan turut membantutkan pertumbuhan ekonomi negara anggota ASEAN sekiranya gagal
menarik FDI dari negara lain bagi memenuhi ruang pelaburan
Idea 5
Menjejaskan industri pelancong
Kemerosotan ekonomi Jepun turut membawa kemerosotan kepada kehadiran pelancong dari negara
berkenaan sama ada ke Malaysia mahupun ke negara anggota ASEAN yang lain
Pakej pelancongan dari Jepun yang berkurangan menurunkan permintaan untuk tempahan hotel dan
penerbangan
Kesimpulan
China dan Jepun amat penting kepada rantau ASEAN khususnya dalam aspek perdagangan. Kemelut dua
negara ini akan menarik sama negara serantau.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
14. Banyak catatan tentang keupayaan Malaysia dalam menyelesaikan konflik serantau dan antarabangsa.
Ulaskan pernyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Malaysia mendapat pengiktirafan dunia dalam banyak aspek. Malaysia bukan sahaja menjadi contoh kepada
negara dalam menghadapi konflik dalaman, malah keupayaan dalam menyelesaikan konflik negara lain.
Banyak contoh melibatkan kejayaan Malaysia.

Idea 1
Perang dan krisis Kemboja
Malaysia memainkan peranan menjadi orang tengah menamatkan konflik perang di Kemboja. Kuala Lumpur
menjadi saksi kepada penyelesaian krisis Kemboja dengan menemukan pihak-pihak yang bertelagah
Perang di Kemboja ditamatkan melalui perjanjian perdamaian yang ditandatangani semasa pentadbiran Tun
Dr. Mahathir Mohamad
Idea 2
Krisis Selatan Filipina
Sekali lagi kekuatan diplomasi kepimpinan Malaysia diiktiraf sehingga termaktub perjanjian damai Kerajaan
Filipina dan Bangsamoro
Peranan Malaysia yang memulakan rundingan sejak 10 tahun lalu semasa Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
menjadi Menteri Pertahanan lagi
Kini setelah Dato Sri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, perjanjian damai dimeterai setelah
mengorbankan 120 000 rakyat Filipina
Idea 3
Menghubungkan Fatah dan Hamas
Dua pihak yang berkuasa di Palestin sering berkonflik walaupun menghadapi musuh yang sama, iaitu Israel

Perdana Menteri Malaysia telah mengunjungi Gaza yang dikuasai Hamas antara lainnya bagi raenyatakan
kesediaan menjadi orang tengah antara dua pihak berkuasa Palestin berkenaan

13

Pengaruh Malaysia meletakkan dua kumpulan ini dalam keadaan lebih bersedia untuk berdamai dan
bekerjasama yang akhirnya menghalakan perjuangan untuk kemerdekaan Palestin
Idea 4
Isu Antartika
Malaysia juga berani menyuarakan isu Antartika yang akhirnya dipersetujui antarabangsa bahawa Antartika
merupakan hak warisan sejagat
Malaysia membantah kuasa besar yang cuba memonopoli sumber galian yang mahal di kawasan berkenaan
selain memonopoli usaha membuat penyelidikan
Peranan Malaysia dalam mengetengahkan dan mengubah 'penguasaan' kuasa besar ke atas Antartika
mendapat sanjungan banyak pihak
Idea 5
Ekstremisme dan perang keganasan
Kuasa besar menyalahgunakan kuasa dalam melindungi kepentingan mereka. Atas alasan memerangi
keganasan, Iraq dan Afganistan 'dimusnah' dan diserang. Mangsa kerakusan kuasa besar ini tidak terbela
Malaysia dengan berani berusaha 'mengubat' rasa kecewa masyarakat dunia yang melihat kerakusan
pemimpin Amerika Syarikat dan Britain dengan menubuhkan Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLWCC) bagi membicarakan dua pemimpin berkenaan
Riak masyarakat global juga telah dapat dikesan dengan usaha Malaysia mengorientasikan pemikiran
masyarakat dalam tindakan terhadap ekstremisme
Kesimpulan
Keupayaan Malaysia telah banyak mempengaruhi keamanan serantau dan mempengaruhi pemikiran
masyarakat global. Kejayaan Malaysia bukan sahaja diiktiraf, malah dipelajari oleh sebahagian besar negara
Format jawapan: Lima idea diperlukan
15. China dan Malaysia mempunyai hubungan yang istimewa sehingga China menganggap Malaysia sebagai
saudara baik serta jiran yang akrab. Ulaskan hubungan terebut.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Malaysia telah meningkatkan hubungan dengan China kepada hubungan strategik. Hubungan istimewa
dengan China ini memasuki fasa baru apabila banyak persefahaman dan perjanjian ditandatangani antara dua
negara. Hubungan ini tidak berlaku antara China dengan negara lain.
Idea 1
Menyokong pencalonan China
Hubungan Malaysia-China mula terjalin semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun
Abdul Razak
Hubungan yang dibina oleh Malaysia amat dihormati oleh China. Keistimewaan hubungan dua negara ini
terbukti apabila Malaysia dengan berani menyokong penyertaan China sebagai anggota kepada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1971
Idea 2
Mengadakan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi
Malaysia juga dihormati kerana dari mengamalkan dasar yang tertutup dengan bergantung kepada
Barat sama ada dari segi keselamatan mahupun bantuan modal dan teknikal, Malaysia beralih kepada dasar
yang lebih terbuka
Malaysia mengadakan hubungan dengan China walaupun negara berkenaan mengamalkan ideologi
komunis dan Malaysia negara yang mendukung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Hubungan yang dimulakan Malaysia ini akhirnya diikuti negara lain di rantau ASEAN
Idea 3
Melonggarkan pergerakan rakyat China
Malaysia berjaya memnding pergerakan dan kemasukan rakyat China ke Malaysia dengan cara yang mudah
Visa selepas ketibaan antaranya diberi kepada pelancong China menj adi pergerakan pelancong dari negara
ini menjadi mudah. Keistimewaan ini menjadikan hubungan dua negara bertambah erat
Kini, seramai tiga juta rakyat China melawat Malaysia dalam masa setahun dan dijangka meningkat kepada
enam hingga tujuh juta setahun menjelang tahun 2015. Malaysia menerima kemasukan rakyat China sama
ada sebagai pelancong mahupun sebagai pelajar
Idea 4

14

Kemasukan pelaburan yang besar


Keistimewaan hubungan Malaysia-China tergambar jelas melalui persefahaman menubuhkan Taman
Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Kuantan
MCKIP merupakan zon pembangunan ekonomi yang melibatkan pelaburan untuk pembangunan industri,
kediaman, perkhidmatan tambahan, pengeluaran dan pusat hidupan dan saintifik serta perkhidmatan
teknologi
Selain itu, China juga bersetuju membuat pelaburan bagi membesarkan pelabuhan Kuantan selain cadangan
pembinaan kampus cawangan Universiti Xiamen
Idea 5
Rakan dagangan yang besar
Di sebalik keadaan ekonomi global yang meleset dan tidak menentu, cukup luar biasa apabila jumlah
dagangan China dan Malaysia mencecah ASS94.8 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 5.3 peratus berbanding
tahun 2011. Lebihan dagangan Malaysia adalah sebanyak AS$21.7 bilion
China merupakan rakan dagangan terbesar bagi Malaysia. Kesuraman dagangan dengan Jepun dapat
ditampung dengan meningkatnya hubungan dagangan dengan China
Kesimpulan
Hubungan dengan China membawa nilai tambah yang besar kepada Malaysia. Kesediaan pemimpin dua
negara memudahkan peningkatan hubungan yang terjalin. Format jawapan: lima idea diperlukan
16. Malaysia telah melepasi beberapa tahap dalam pembinaan dasar luarnya sebelum mencapai tahap
kematangan dan pragmatik. Ulaskan perkembangan tersebut.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Dasar luar yang dibentuk membantu kedudukan negara baik dalam aspek keselamatan, mahupun aspek
ekonomi. Dasar luar Malaysia terbina dengan cemerlangnya oleh pemimpin-pemimpin negara. Kekuatan
dasar luar ialah kekuatan kepada negara dalam menghadapi cabaran luar.
Idea 1
Permulaan dasar tertutup dan bergantung kepada Barat
Malaysia melalui proses pembinaan dasar luar yang berubah dan pragmatik. Bermula dengan dasar yang
tertutup dan banyak bergantung kepada Barat dalam banyak hal sama ada dari segi keselamatan mahupun
bantuan ekonomi dan teknikal
Situasi ini disebabkan negara baru mendapat kemerdekaan dan masih diancam komunis dan juga konfrontasi
dengan Indonesia
Idea 2
Dasar berkecuali dan bersahabat dengan negara Islam
Selepas melepasi tahap pertama, Malaysia bergerak dari dasar yang berpihak kepada dasar lebih terbuka dan
berkecuali
Dengan menyokong kuat Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Malaysia beralih kepada dasar yang lebih
terbuka dengan mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi
Frasa hubungan dengan China dan dengan negara komunis yang lain bermula
Meningkatkan hubungan dengan negara Islam dan mendukung kuat Pertubuhan Persidangan Negara Islam
(OIC) dengan menjadi Setiausaha Agung pertama
Idea 3
Mementingkan hubungan serantau dan setaraf dan berfokus kepada hubungan ekonomi
Fasa seterusnya dasar luar Malaysia diarah kepada mengeratkan hubungan serantau dengan menjadi
penggerak utama kepada pertubuhan serantau ASEAN bagi memacu ekonomi
Memandangkan usaha meningkatkan ekonomi melalui hubungan dengan negara maju agak terbatas,
Malaysia menekankan hubungan sesama negara membangun dan negara Islam
Kekuatan dibina bagi membetulkan ketidakadilan dunia baik dari sudut ekonomi, perdagangan dan
penguasaan kuasa besar
Idea 4
Dasar yang lebih berani dan membentuk kepimpinan

15

Malaysia mula menunjukkan ketegasan dalam menentang keganasan antarabangsa dan menolak keganasan
yang dikaitkan dengan agama, bangsa dan warna kulit

Mempengerusikan OIC dan NAM, memperjuangkan pendekatan multilateral dan bersuara lantang membetul
kepincangan PBB. Pendemokrasian PBB menjadi agenda dalam membetulkan ketidakadilan dunia
Mendukung kedudukan sebagai negara Islam contoh, progresif serta mendukung kesederhanaan dalam
tindakan
Idea 5
Dasar yang lebih pragmatik dan diplomatik
Mengadakan hubungan strategik dengan banyak negara. Memacu pertumbuhan ekonomi ke arah negara
berpendapatan tinggi. Menandatangani pelbagai perjanjian ke arah mencapai hasrat tersebut
Komited dengan usaha mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dunia. Mempelopori Gerakan
kesederhanaan Global (GMM) yang berusaha mengubah pendekatan masyarakat global menghadapi
keganasan. Menegak keadilan dengan menubuhkan tribunal (KLWCC) mengadili penjenayah perang
Berusaha (berupaya) menyelesaikan konflik negara lain khususnya di selatan Filipina. Dasar yang pragmatik
dan diplomatik ini mendapat pengiktirafan dunia
Kesimpulan
Susur galur dasar luar yang dibentuk oleh pemimpin negara membantu meningkatkan kecemerlangan negara
khususnya pada pandangan masyarakat luar.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
17. Pada 8 Ogos 2012 lepas, genaplah 45 tahun usia ASEAN. Namun, ASEAN harus melepasi cabaran politik
semasa untuk terus kekal cemerlang. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
ASEAN kukuh dan cemerlang atas semangat permuafakatan ASEAN. Namun isu-isu bersifat dalaman dan luaran
mencabar keutuhan ASEAN. Oleh itu, ASEAN perlu meningkatkan lagi kematangan dalam menghadapi cabaran
khususnya melibatkan politik.
Idea 1
Isu etnik Rohingya
Isu etnik Rohingya boleh mempengaruhi hubungan mesra antara negara ASEAN. Sebarang keputusan yang
dibuat oleh kerajaan Myanmar perlu mengambil kira perasaan tiga negara anggota yang beragama Islam
Tiga anggota berkenaan juga tidak boleh 'tersalah langkah' mengambil tindak balas terhadap sebarang tindakan
yang dibuat oleh Myanmar bagi menangani konflik masyarakat Rohingya
Situasi ini menjadi cabaran kepada ASEAN untuk mempengaruhi Myanmar agar berlaku adil mengikut standard
antarabangsa
Idea 2
Isu Kepulauan Spratly
Buat pertama kali anggota ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu yang dihadapi. Malaysia, Vietnam,
Brunei dan Filipina menuntut diselesaikan secara multilateral. Manakala negara China menuntut agar
diselesaikan secara bilateral dengan negara yang terlibat
Singapura, Myanmar dan Laos kelihatan berkecuali sementara Kemboja menyokong pendekatan yang
dikehendaki China
Untuk meneruskan momentum kesepakatan, maka isu Kepulauan Sparatly dan Paracel ini hendaklah
dikompromikan dengan berkesan dalam kalangan anggota ASEAN. Mengekalkan status quo lebih baik
daripada memanjangkan krisis
Idea 3
Jenayah merentasi sempadan
Walaupun jenayah merentasi sempadan ini telah terkawal sejak Malaysia dan Indonesia berserta Australia
menandatangani persefahaman perkongsian maklumat dan risikan, namun ASEAN masih perlu berwaspada
tentang risiko yang masih dihadapi
Penahanan dua rakyat Malaysia di Lubnan menunjukkan masih ada kumpulan yang mengambil pendekatan
sendiri dalam menangani konflik. Pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Sabah juga menyebabkan tindakan
keras terpaksa diambil untuk menangani masalah ini
Tragedi pengeboman Hotel Marriott di Bali perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama ASEAN
Idea 4

16

Tuntutan pertindihan wilayah antara negara anggota


Walau tuntutan antara Malaysia dengan Singapura, Malaysia dan Indonesia selesai dimuktamadkan, namun
pertindihan tuntutan masih lagi berlaku
Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Brunei dan Malaysia dengan Indonesia di Kepulauan Sulawesi
masih belum dimuktamadkan
ASEAN perlu ada mekanisme pilihan tindakan dalam memutuskan isu pertindihan tuntutan ini. Cabaran kepada
ASEAN menentukan mekanisme terbaik
Idea 5
Strategi terbaru Amerika Syarikat (AS)
Penglibatan AS di rantau Asia Pasifik semakin ditingkatkan melalui strategi pangsi Pasifik. AS
mempertahankan pendirian bahawa kedudukan China dalam 'keadaan yang masih boleh dikawal'
Pendirian AS ini membuatkan negara berkenaan menggandakan penglibatan mereka di rantau ASEAN bagi
mengimbangi kedudukan China
Cabaran ini perlu ditangani oleh ASEAN dengan penuh berhemah. Permuafakatan yang cemerlang sebelum ini
tidak boleh diketepikan kerana kepentingan negara sendiri
Format jawapan: Lima idea diperlukan
18. Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dicetuskan oleh Malaysia merupakan pendekatan untuk mengubah
cara menangani konflik peringkat global. Bincangkan rasional Malaysia mahu masyarakat antarabangsa
mengaplikasikan pendekatan ini dan cadangkan cara-cara mencapai hasrat ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Melihat kepada banyak peristiwa berlaku selepas perang Iraq, serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC)
Amerika Syarikat dan rentetan banyak peristiwa lain yang menggambarkan satu tindakan bersifat ekstrem. Maka,
Malaysia menganjurkan satu transformasi dalam bertindak melalui Gerakan Kesederhanaan Global. Langkahlangkah berkaitan juga diambil negara memastikan penerimaan gagasan ini dalam kalangan masyarakat global.

A) Rasional
Idea 1
Berleluasa tindakan ekstremisme

* Tindakan ekstremisme semakin berleluasa. Perang terhadap Iraq dan Afganistan merupakan satu keganasan
* Tindakan kerajaan Thailand ke atas kebangkitan rakyatnya di selatan negara berkenaan sehingga meragut
banyak nyawa secara tragis juga satu tindakan ekstrem. Tragedi pengeboman Hotel Marriott di Bali,
Indonesia juga satu tindakan ekstrem.
Oleh itu, Malaysia menganjurkan satu gerakan yang berusaha mengorientasikan semula cara bertindak
masyarakat global dalam menghadapi ekstremisme
Idea 2
Tanggapan yang salah terhadap keganasan
Berleluasanya Islamofobia juga menjadi kewajaran pada Malaysia untuk menonjolkan pendekatan
berkenaan. Diskriminasi terhadap agama Islam semakin berleluasa
Kemenangan parti sayap kiri dalam kebanyakan negara Barat yang bersikap anti Islam merupakan satu
perkembangan yang boleh meningkatkan ekstremisme
Malaysia berusaha meyakinkan dunia bahawa sebarang keganasan tidak boleh didepani dengan keganasan.
Keadaan ini akan menambah lagi ketegangan dan tindak balas yang berpanjangan.
Idea 3
Kaedah menangani konflik yang tidak berkesan
Perang IraqIran merupakan kaedah yang ekstrem dalam menangani konflik antara kedua-dua negara
berkenaan. Konflik Azerbaijan dan Armenia yang berakhir dengan peperangan juga menggambarkan kaedah
penyelesaian konflik yang tidak berkesan
Oleh itu, Malaysia mempunyai alasan untuk menonjolkan kaedah mengurus konflik secara berhemah dan
berdiplomasi
Idea 4
Kajian pakar atas kemerdekaan banyak negara

17

Dapatan daripada kajian oleh bekas Pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat, Laksamana Dennis C. Blair
bahawa peralihan kuasa di 67 buah negara autokratik, didapati sebanyak 70% atau 47 buah negara mencapai
kemerdekaan tanpa menggunakan keganasan.
Daripada 30% peralihan kuasa yang dicapai melalui keganasan, hanya empat buah negara mencapai
kebebasan. Oleh itu, pendekatan tanpa keganasan lebih membawa kejayaan berbanding keganasan

B) Usaha Mencapai Hasrat


Idea 5
MenganjurPersidanganAntarabangsa
. Malaysia telah menganjurkan satu persidangan antarabangsa bagi meletak titik mula Gerakan
Kesederhanaan Global (GMM). Persidangan berlangsung di Kuala Lumpur.
. GMM mempromosikan pendekatan kesederhanaan atau jalan tengah bagi menangani konflik. Yayasan
Pergerakan Kesederhanaan Global ditubuhkan untuk berperanan menyatukan gerakan menentang keganasan
dan ekstrem sama ada yang digerakkan oleh agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan
Idea 6
Gerakan serantau
. Melalui ASEAN, Malaysia cuba menerap penerimaan anggota ASEAN terhadap perlunya sikap berkecuali
bagi mengekal keamanan dan keharmonian
ASEAN juga berusaha mengelakkan berlakunya persaingan senjata dengan menjadikan agenda
bersama dan serantau sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)
Pendekatan berkecuali dan tidak berpihak ini merupakan satu kesederhanaan dalam tindakan
Idea 7
Manifestasi melalui tindakan-rundingan di selatan Filipina
Malaysia membuktikan pendekatan sederhana dan diplomasi lebih berjaya tanpa melalui keganasan
dan kekerasan
Kejayaan dalam rundingan menamatkan konflik berdarah di Selatan Filipina yang berlarutan selama
empat dekad membuktikan pendekatan wasatiah yang dicanangkan oleh Malaysia lebih berkesan
Idea 8
Orientasi semula fahaman terhadap Islam
Malaysia menganjurkan dialog Islam Barat bagi meningkatkan kefahaman terhadap Islam. Sentimen
Islamofobia mesti ditamatkan. Dialog telah membolehkan masyarakat Barat menilai semula persepsi
mereka terhadap Islam
Malaysia menekankan tidak semua keganasan dimulakan oleh penganut agama Islam. Penganut agama
lain juga terlibat dengan keganasan. Setiap agama menganjurkan kepada kebaikan.
Idea 9
Meuar-uarkan amalan di Malaysia
Malaysia mengisytiharkan diri sebagai negara Islam yang mengamalkan pendekatan sederhana.
Amalan Islam di Malaysia tidak mengganggu gugat kedudukan dan amalan agama lain. Masyarakat
Malaysia boleh berkongsi hidup dengan penganut agama lain atas sifat toleransi yang dimiliki
Malaysia juga sebagai negara majmuk paling menepati kemajmukannya atas komposisi antara kaum
yang tidak jauh berbeza. Namun Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian tersebut melalui
pendekatan kesederhanaan
Format jawapan: 3A + 2B/2A + 3B
19. Kesepakatan dan semangat ASEAN telah menjadi formula kepada penyelesaian konflik serantau.
Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Banyak isu dan konflik serantau diselesaikan melalui semangat ASEAN. Ada pendekatan yang diambil secara
kelompok seperti isu demokrasi dan sekatan ke atas Myanmur oleh kuasa besar. Ada isu yang diselesaikan
secara muafakat dua hala sebagai anggota kepada ASEAN.
Idea 1
Penyelesaian konflik sempadan mengikut undang-undang antarabangsa

18

Konflik pertindihan sempadan antara Malaysia dengan Singapura telah dirujuk kepada Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ). Begitu juga dengan pertindihan sempadan antara Malaysia dengan
Indonesia
Atas semangat ASEAN, kedua-dua pihak telah bersetuj u untuk menerima sebarang keputusan yang
dibuat oleh ICJ. Atas kesepakatan yang telah dipupuk, syarat sebelum dirujuk kepada ICJ yang
mengehendaki kedua-dua buah negara bersetuju untuk memilih penyelesaian mengikut undang-undang
antarabangsa juga dapat dipatuhi
Idea 2
Projek usaha sama cari gali minyak
Malaysia dan Thailand menghadapi isu pertindihan sempadan di kawasan yang memiliki sumber galian
yang bernilai tinggi. Begitu juga kemelut Malaysia dengan Brunei di kawasan yang dikenali sebagai
Blok 18
Atas semangat ASEAN, konflik dengan Thailand di kawasan yang dinamakan Teluk Siam diselesaikan
melalui kaedah muafakat yang melibatkan dua tahap, iaitu menjalankan usaha cari gali secara bersama
dan menikmati hasil secara bersama. Penyelesaian yang hampir sama juga dimuafakatkan bersama
Brunei
Idea 3
Rundingan kedamaian Selatan Filipina

Konflik di Selatan Filipina juga menjadikan Malaysia turut terlibat sama. Malaysia terpaksa menanggung
kos menjaga pelarian, kos kawalan sempadan dan kes peningkatan penyeludupan senjata

Atas semangat dan tolak ansur sebagai anggota ASEAN, konflik berkenaan telah berjaya dirunding dan
ditamatkan. Kesediaan pemimpin Filipinamelihat isu berkaitan sebagai 'kudis' kepadaASEAN telah membawa
kejayaan dalam rundingan
Idea 4
Pendemokrasian Myanmar

Myanmar telah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat dan sebahagian negara Eropah. Atas semangat
ASEAN, negara anggota ASEAN lain menolak sekatan yang dikenakan, akhirnya sekatan berkenaan kurang
berjaya dilaksanakan

Myanmar bersedia berunding berkaitan dengan penerimaan amalan demokrasi di negara berkenaan atas
semangat ASEAN. Tanda muafakat juga ditunjukkan semasa Myanmar dilanda Taufan Nagis yang
mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Negara ini hanya bersedia menerima bantuan dari rakan dalam
kalangan negara ASEAN
Idea 5
Konflik Stesen Kereta Api Tanjung Pagar

Atas semangat dan muafakat ASEAN, Malaysia rela menyerahkan kawasan Stesen Kereta Api Tanjung
Pagar kepada Singapura untuk keperluan dimajukan dalam bidang lain

Kesan daripada semangat ASEAN yang dipupuk, Singapura menggantikan kawasan stesen yang diambil
dengan kawasan lain di negara berkenaan

Semangat ASEAN juga membuat Singapura menyerahkan sebahagian projek pembangunan di kawasan
stesen kereta api tersebut kepada Malaysia
Format jawapan: Lima idea diperlukan
KARANGAN STPM PENGAJIAN AM SEM 3 PRA U PELANGI
SOALAN 1
Gejala buruh kanak-kanak berlaku di seluruh dunia termasuk negara Malaysia.Gejala ini
membawa pelbagai implikasi buruk kepada negara.Bincangkan.
1 Kemiskinan
Keluarga yang miskin memerlukan usaha daripada setiap ahli keluarga untuk mencari
rezeki bagi menampung koskehidupan yang semakin hari semakin meningkat
Kanak-kanak berhenti sekolah dan dipaksa bekerja
Keadaan daif ini terlalu mendesak berbanding dengan keperluan mendapat pendidikan
2Manfaat buruh kanak kanak
Majikan memang memilih untuk mengupah kanak- kanak terutama sekali dalam kerja
yang tidak begitu berat dan tidak memerlukan tenaga seperti orang dewasa
Kos murah dan mereka juga tidak terikat dengan undang- undang buruh seperti tidak
perlu mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (Perkeso).

19

Permintaan untuk mendapatkan buruh kanak-kanak bertambah menyebabkan


pertambahan bilangannya
3Kelemahan pcnguatkuasaan undang-undang
Majikan berani melanggar undang-undang
Budaya rasuah yang berlaku dalam kalangan pegawai penguat kuasa
Kanak-kanak menjadi mangsa sistem perundangan yang sepatutnya melindungi mereka
4Kegagalan dalam sistem pendidikan
Harus bekerja selepas waktu persekolahan
Mengganggu proses pembelajaran mereka
Berhenti terus dan mereka menjadi golongan buta huruf
Masa hadapan golongan muda ini tergadai
5 Kesan psikologi terhadap kanak-kanak
Mereka mula membuat perbandingan dan pemerhatian situasi di sekeliling mereka
Zaman kanak-kanak sepatutnya menjadi zaman untuk mereka mempelajari selok-belok
kehidupan
Perasaan tertekan akibat kegagalan menikmati zaman kanak-kanak dan beban kerja
akan membawa kesan psikologi
SOALAN 2
Salah satu isu antarabangsa yang boleh menggugat kedaulatan negara Malaysia adalah
globalisasi.Di samping membawa pelbagai manfaat, globalisasi juga menggugat identiti
sescbuah negara.Bincangkan.
1 Melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan
Melahirkan sebuah media global yang mentransformasikan warga negara menjadi
sebuah masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
Sempadan tidak boleh mengehadkan kemasukan maklumat luar
Keterbukaan ini akan memberi peluang yang sama
Maklumat dan pengetahuan ini menerajui pelbagai industry dan perkembangan teknologi
yang baharu
2 Meningkatkan pelaburan
Menarik syarikat-syarikat besar melabur
Membawa bersama pelbagai manfaat
Pendapatan negara meningkat
Kepakaran teknikal serta pengurusan yang dipraktikkan dalam syarikat gergasi ini yang
dipindah masuk
3Pengaruh dunia yang menggugat pemikiran warga tempatan
Sumber maklumat yang tiada had membawa bahaya dicorak dan dipengaruhi oleh
pendapat awam sedunia
Pelbagai reaksi akan muncul baik yang positif mahupun yang negatif
Negara Barat yang beria-ia menegakkan keadilan akan cuba mempengaruhi corak
pemikiran dan tindakan penduduk tempatan
4 Ancaman kehilangan budaya tempatan
Budaya yang menjadi identiti kebangsaan menghadapi risiko diketepikan kerana
digantikan oleh budaya luar
Budaya bagi negara kuasa besar ekonomi dunia sentiasa berjaya diterima
Kehilangan identiti terutama sekali dalam kalangan remaja yang gemar akan budaya
asing yang dianggap lebih berstatus dan bermaruah
5 Ancaman terhadap ekonomi Malaysia
Mendedahkan Malaysia kepada ekonomi dunia yang dikawal oleh negara-negara maju
Mempunyai kekuatan ekonomi dan mempunyai kapasiti untuk mengawal serta
menggugat ekonomi sesebuah negara
Kemajuan dalam teknologi digital memudahkan orang perseorangan mengetahui
keadaan ekonomi sehingga mampu mengakibatkan keruntuhan ekonom
SOALAN 3

20

Fenomena jerebu yang melanda negara setiap tahun membawa pelbagai kesan yang
buruk.Demi memastikan kualiti udara yang baik, langkah-langkah yang berkesan harus
diambil untuk menangani masalah ini.Jelaskan pernyataan ini.
Isi- isi penting ,
KESAN :
1 Implikasi terhadap kesihatan
Golongan yang paling berisiko tinggi adalah golongan tua. kanak-kanak dan pesakit asma
Mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan penyakit asma, sakit tekak, selsema,
pedih mata, bronkitis, dan sebagainya
Bahan-bahan plumbum boleh menyebabkan mutasi kromosom
Bahan hidrokarbon boleh menyebabkan penyakit kanser dan kerosakan otak
2 Hasil dan kualiti sektor pertanian akan terjejas
Jerebu menghalang pancaran cahaya
Menggurangkan dan melambatkan proses fotosintesis tanaman
Mengganggu proses pendebungaan yang merupakan proses yang menentukan kuantiti
hasil yang boleh diperolehi
Sektor pertanian negara akan terjejas sekiranya masalah ini berlarutan
Langkah mengatasi
3 Mengharamkan pembakaran terbuka serta pembebasan asap yang berlebihan
Denda maksimum harus dikenakan
Pemantauan serta koordinasi antara agensi untuk memastikan syarikat dan kilang tidak
melakukan kesalahan
Orang ramai juga perlu sensitif dan melaporkan kegiatan pembakaran terbuka di
kawasan kediaman mereka
Kesedaran ini amat penting bagi membanteras kegiatan ini
4 Kenderaan menggunakan bahan api hidrokarbon
Memburukkan lagi keadaan jerebu yang melanda negara
Pengurangan jumlah kereta boleh membawa kebaikan
Mengurangkan jumlah kereta dengan berkongsi kenderaan
SOALAN 4
Statistik menunjukkan bahawa 2.5 juta orang diperdagangkan setiap tahun dan 1.5 juta
daripada jumlah ini ialah kanak-kanak.Jelaskan punca berlakunya jenayah yang semakin
serius ini.
Isi-Isi penting
1 Kemiskinan
Mangsa berusaha untuk mengubah taraf hidup
Berusaha untuk berhijrah ke negara yang lebih maju dan mempunyai peluang pekerjaan
Terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan
2 Permintaan tenaga buruh yang tinggi mendorong berlakunya kegiatan
pemerdagangan orang
Sindiket pemerdagangan orang mengambil kesempatan ini dengan membekalkan buruh
untuk mengaut keuntungan
Sindiket-sindiket ini menyamar sebagai agensi pekerjaan untuk membantu buruh asing
Mangsa akan dipaksa bekerja dengan upah yang tidak setimpal
3 Keuntungan yang lumayan hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia
Sikap materialistik menjadikan pihak sindiket hilang peri kemanusiaan
Mengeksploitasi orang yang memerlukan pekerjaan dengan memberikan kerja-kerja yang
hina
Pulangan yang lumayan menjadikan mereka gelap mata
4 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang
Hukuman yang berat juga sepatutnya dikenakan kepada pihak majikan yang mengambil
pekerja daripada sindiket

21

5 Sindiket pemerdagangan orang kebiasaannya mempunyai rangkaian domestik


dan antarabangsa
Mereka menjalankan akviti mereka dengan mudah kerana tidak dapat dikesan oleh pihak
berkuasa
Pihak-pihak tertentu untuk menguruskan pelbagai dokumen tentang mangsa
Mengaburi mata pihak berkuasa
SOALAN 5
Malaysia yang memeterai Deklarasi Hak Asasi Manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu sentiasa bersuara menentang pencabulan hak asasi manusia di dunia.Huraikan
faktor yang menyebabkan negara tidak menghormati hak asasi rakyat mereka.
lsi-isi penting
1 Konflik peperangan
Keadaan huru-hara sesebuah negara
Tiada sifat perikemanusiaan dan tidak bertindak secara rasional
Akibat keinginan untuk meneruskan kekuasaan
Keadaan kacau-bilau terjadi menyebabkan semua orang kehilangan semua hak mereka
2 Pemimpin bersikap diktator
Tidak menjaminkan kebebasan kerana semua rakyat dijadikan hamba kepada pemerintah
diktator
Berlaku akibat kuasa tertumpu kepada seseorang sahaja yang bertindak menjalankan
kuasa eksekutif, legislatif, dan kehakiman
Unsur-unsur keangkuhan dan kekejaman dalam pemerintahan
3 Pemusatan kuasa kepada satu-satu kaum
Hak asasi kaum minoriti tidak dihormati malahan disekat
untuk memastikan kesinambungan kaum majoriti
Kekuasaan melahirkan tindakan melampau
Keangkuhan pemerintah yang ingin memastikan kaum- kaum lain tidak menuntut hak
mereka
4 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Fungsi PBB telah banyak kali diketepikan daripada menyelesaikan masalah dunia
Perang dunia pertama dan kedua membuktikan kelemahan badan pertubuhan sedunia
Negara yang langsung tidak menghormati keputusan dan seruan badan induk dunia ini
Menggagalkan usaha badan ini untuk menjaga hak setiap warga dunia
5 Kemiskinan
Kemiskinan menyebabkan suara seseorang tidak didengari
Bergantung kepada golongan yang berada untuk meneruskan kehidupan
Tidak berani bersuara sehingga hak mereka dicabuli
SOALAN 6
Penawaran pendidikan swasta bercambah bagai cendawan tumbuh pada musim hujan
selaras dengan penubuhan universiti-universiti dan kolej-kolej terkemuka di negara kita.
Huraikan kesan pendidikan swasta dalam agenda kerajaan melahirkan modal insan
bertaraf dunia.
Isi-isi penting
1 Meluaskan pasaran pendidikan
Institusi pendidikan swasta memainkan peranan penting
Lebih banyak peluang untuk pelajar-pelajar asing datang ke Malaysia
Institusi pendidikan swasta yang bertapak di sini ialah institusi yang masyhur
2 Melengkapkan proses pemindahan teknologi, kepakaran dan ilmu pengetahuan
terkini
Membawa masuk ilmu pengetahuan terkini dan samping kepakaran-kepakaran
Menjalankan pertukaran pelaja dengan university asing juga dapat membawa masuk
kepakaran dan teknologi
3 Sumber pelaburan negara

22

Sektor pendidikan juga merupakan satu sektor pelaburan yang besar


Pelaburan awal untuk membina bangunan serta infrastruktur lain
Kemasukan penuntut yang juga merupakan suatu pelaburan
Dapat menjana perkembangan ekonomi Negara
4 Teknik pengajaran pembelajaran yang berbeza dan berkesan
Mempunyai kepakaran dalam teknik pengajaran dan pembelajaran
Tenaga pengajar tempatan mendapat manfaat
Sistem pendidikan negara akan mencapai suatu tahap kecemerlangan
5 Meningkatkan imej negara
Mempamerkan negara kita sebagai sebuah negara yang berpotensi dan berkaliber
untuk menjadi sebuah Negara yang maju
Mempamerkan penduduk negara yang berpotensi untuk mencapai taraf antarabangsa
Modal insan yang dihasilkan bertaraf antarabangsa
SOALAN 7
Kes rakyat Malaysia diperdaya kemudian dijadikan "keldaidadah" terus
meningkat.Pelbagai langkah perlu diambil bagi mengelakkan masalah ini daripada
berterusan.
Bincangkan.
Isi-isi penting
1 Tahap pemikiran yang rendah
Mudah tertipu dan terpengaruh oleh kata-kata manis orang asing
Dijanjikan kekayaan dalam jangka masa yang singkat
Tidak memikirkan soal kesan dan implikasi kepada dirI sendiri dan juga keluarga jika
tertangkap kelak
2 Kemudahan teknologi maklumat
Sindiket menggunakan laman "facebook" atau pelbagai laman web sosial yang popular
untuk mencari kenalan wanita dan memikat mereka sehingga jatuh cinta
Sepanjang tempoh bercinta, mereka diberikan hadiah barang- barang mewah serta
dibawa melancong ke luar negara
Anggota sindiket akan mengambil kesempatan dan memperdayakan mangsa untuk
membawa dadah
3 Permintaan dadah yang tinggi
Negara-negara tertentu menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan
Pasaran dadah di Eropah dan negara-negara Barat amat luas
Harga dadah yang berlipat ganda menyebabkan manusia sanggup merentas benua dan
sempadan malah berkorban nyawa
4 Memberi pendidikan
Memberikan pendidikan supaya tidak mudah terpedaya
Mempengaruhi segala tindak-tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti
yang mereka lakukan sepanjang masa
5 Berwaspada terhadap sesuatu tawaran
Menyiasat sesuatu tawaran
Pulangan lumayan sebagai ganjaran
Tawaran kerja melalui Internet dengan gaji yang lumayan
Memeriksa isi kandungan kiriman
SOALAN 8
Suhu dunia semakin meningkat sebagai akibat perkembangan terutama sekaii dalam sektor
perindustrian yang terlalu pesat.Usaha mengatasi masalah ini telah gagal akibat sikap
negara-negara dan individu yang tidak mahu bekerjasama.
Huraikan peranan manusia dalam mengatasi masalah ini.
Isi-isi penting
1 Pembakaran fosil

23

Pelepasan gas yang bertoksid seperti karbon dioksida dan metana


Meningkatkan suhu sebanyak 0.6C
Penggunaan bahan alternatif yang bersifat mesra alam
Mengehadkan penggunaan alat-alatan atau mesin yang mengeluarkan gas yang banyak
2 Kerjasama global
Kerjasama global akan menjamin tindakan bersepadu
Persidangan antarabangsa untuk menangani masaiah
Penglibatan banyak kerajaan untuk memastikan kejayaan
3 Pendidikan
Meningkatkan kesedaran
Pendidikan formal atau tidak formal memainkan peranan yang sama
Penglibatan badan-badan lain seperti badan pencinta alam
Penyebaran maklumat semaksimum yang boleh dan secara berterusan
4 Mengurangkan aktiviti penggondolan hutan
Hutan dianggap sebagai paru-paru bumi
Mengurangkan gas-gas bertoksid
5 Penguatkuasaan undang-undang
Mengenakan tindakan terhadap industri yang mencemarkan alam sekitar
Mengambil tindakan proaktif dalam mengawal pembebasan bahan pencemar

Isi ekstra
Pemprosesan semula
3R iaitu, mengurangkan (reduce), mengguna semula
(reuse), dan
mengitar semula (recycle) yang melambangkan
pemprosesan semula
Bahan pembuangan yang semakin bertambah
Penduduk di Lembah Klang sahaja menghasilkan
sebanyak 3 000
tan sampan
Penggunaan semula bahan akan memastikan
SOALAN9
Kandungan filem animasi dari negara Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan tidak
sesuai untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh
merosakkan minda mereka.Usaha perlu dilakukan untuk membendung masalah ini.
Bincangkan.
Isi-isi penting
Kesan negatif
1 Kanak-kanak mudah terpengaruh oleh watak dalam tilem animasi
Kanak-kanak mudah terpengaruh oleh watak dalam filem animasi sehingga mereka
membentuk gaya hidup mereka seakan-akan watak itu
Sentiasa akan mencuba aksi-aksi yang ditunjukkan oleh watak ini tanpa mengetahui atau
peka akan bahaya yang mungkin berlaku
2 Kandungan yang bertentangan dengan norma masyarakat
Terdapat filem animasi yang mengandungi kandungan yang tidak sesuai seperti
kelucahan melampau dan mempraktikkan penyembahan syaitan
Bahan-bahan negatif yang didedahkan kepada kanak-kanak menyebabkan minda mereka
sukar berkembang
Usaha
3 Penapisan kandungan filem animasi
Merupakan instrumen yang efektif untuk mengehadkan kandungan yang tidak sesuai dan
memusnahkan pemikiran kanak-kanak
Memastikan filem yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak

24

Memastikan filem animasi memainkan peranan sebagai satu hiburan yang mempunyai
nilai-nilai murni
4 Kepekaan terhadap kesan negatif filem animasi
Orang yang paling rapat dengan kanak-kanak perlu peka terhadap filem animasi dan
kesan-kesannya ke atas kanak- kanak
Sikap mudah menerima tanpa meneliti kandungan sesuatu filem dapat mendatangkan
implikasi yang buruk
Peka terhadap kandungan, pengelasan filem dan sebagainya
5 Kawalan ibu bapa dalam membendung masaiah ini
Kawalan ibu bapa merupakan benteng pertama dan terpenting dalam membendung
masaiah ini
Kawalan yang efektif akan menjayakan usaha untuk meminimumkan masaiah ini
Ibu bapalah yang berkuasa dan berwibawa untuk menentukan bahan-bahan yang boleh
ditonton oleh anak-anak mereka
SOALAN10
Gejala penyakit berjangkit semakin berleluasa pada hari ini akibat perhubungan sosial
yang terlalu longgar di samping kecuaian manusia.Sejauh manakah anda bersetuju dengan
pernyataan ini?
Isi-isi penting
1 Cara hidup yang tidak sihat
Senang diserang penyakit berjangkit
Manusia yang hidup bebas mengadakan hubungan seks secara rambang juga akan
melariskan pelacuran tidak langsung
Perlakuan bebas menyebabkan pelaku menghidap pelbagai penyakit berjangkit seperti
AIDS dan pelbagai penyakit kelamin seperti sifilis, gonorrhoea, dan herpes
2 Kecuaian dalam kehidupan
Semasa pertolongan cemas tidak mengamalkan langkah keselamatan
Semasa pemindahan darah dan pembedahan, darah didapati mengandungi virus HIV
Faktor kecuaian ibu bapa yang tidak membawa anak-anak untuk menerima suntikan
imunisasi untuk mencegah penyakit seperti polio, tibi, hepatitis, dan sebagainya
3 Taraf pendidikan yang rendah
Kurang pengetahuan menyebabkan pelbagai penyakit endemik merebak
Kempen pencegahan penyakit kurang dan risalah tentang penyakit endemik tidak
disediakan di klinik dan hospital
Rakyat daif tentang aspek kebersihan dan kesihatan. , bekalan air yang disediakan pula
tercemar
4 Kekurangan perubatan yang mujarab
Masalah kewangan
Kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan penyelidikan serta mencipta ubat
untuk mengatasi penyakit berjangkit
Ubat bagi sesetengah penyakit mahal dan rakyat tidak dapat menanggung kos perubatan
yang begitu tinggi
5 Sikap yang tidak mengutamakan aspek kesihatan dan
kebersihan
Menggunakan teknik-teknik dan cara penyediaan makanan yang mengabaikan faktor
kebersihan
Kawasan kediaman yang kotor seperti longkang yang dipenuhi sampah sarap, kawasan
rumah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes
Faktor sedemikian menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak
SOALAN11
Kecanggihan teknologi maklumat merangsang peningkatan kes jenayah siber global.
Walau bagaimanapun, faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Jelaskan penyataan di atas.Isi-isi penting
1 kepesatan teknologi maklumat

25

Mewujudkan masyarakat celik komputer


Pakar dalam aplikasi teknologi maklumat seperti Internet dan jalur lebar
Memudahkan untuk melakukan jenayah
2 Kurang tenaga pakar forensik komputer
Sukar mengesan penjenayah
Kesalahan pelaku sukar untuk dibuktikan
Tidak boieh didakwa
3 Pertambahan bilangan pengguna Internet
Ruang melakukan jenayah lebih luas
Mencuri maklumat, menyalin perisian, menyalur maklumat palsu, gambar pornografi
Mencuba perkara baharu untuk keseronokan
4 Kurang kesedaran sivik
Tidak mempunyai rasa bersalah
Suka dan berpuas hati dapat menjatuhkan imej seseorang
Mementingkan keuntungan
5 Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang
Hukuman ringan terhadap pesalah
Undang-undang tidak mantap
Akta yang tidak menyeluruh
SOALAN 12
Pada masa ini terdapat lebih dua juta pekerja asing di Malaysia termasuk 1.2 juta yang
memiliki permit Angka ini dijangka meningkat kepada lima juta menjelang tahun 2015 jika
semua sektor pekerjaan bergantung kepada mereka.
Huraikan langkah-langkah untuk mengawal kedatangan buruh asing.
Isi-isi penting
1 Pihak berkuasa boleh menyekat kemasukan buruh haram
Melalui penguatkuasaan undang-undang
Hukuman penjara mandatori harus dikenakan ke aam sesiapa yang mengupah buruh
asing tanpa permit
Operasi mengesan pekerja asing tanpa permit harus kerap dijalankan
Melancarkan pemeriksaan di kawasan perumahan yang menjadi tumpuan buruh asing,
kawasan luar bandar, dan sebagainya agar usaha untuk mengatasi masaiah buruh asing
haram lebih berkesan
2 Menggalakkan majikan membuka peluang pekerjaan separuh masa atau masa
bekerja anjal
Majikan digalakkan menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja supaya
pekerja wanita boleh menumpukan perhatian kepada kerja mereka
Langkah ini menarik minat suri rumah tangga untuk keluar bekerja
Pengantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan
3 Menawarkan peluang pekerjaan kepada orang kelainan upaya (OKU)
Mereka boleh bekerja sepantas orang normal
Daya produktiviti mereka lebih tinggi kerana mereka lebih menumpukan perhatian
terhadap kerja-kerja mereka
Usaha ini dapat mengurangkan pergantungan kepada buruh asing
4 Pengambilan pekerja asing hanyalah penyelesaian sementara kepada masalah
kekurangan tenaga buruh
Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mengambil alih tempat yang kini diisi oleh pekerja
asing, khususnya golongan profesional
Mempromosikan industri intensif modal dan berteknologi tinggi untuk menggantikan
intensif buruh
Keperluan tenaga buruh akan menurun dan digantikan dengan mesin atau jentera
5 Mengadakan kerjasama dengan negara jiran
Membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin
Mengutarakan pandangan untuk mengadakan rundingan tentang kawalan sempadan
Pasukan bertindak diwujudkan supaya kawalan di sempadan lebih efektif

26

SOALAN 13
Cuaca dunia sentiasa berubah-ubah.Salah satu fenomena yang mengakibatkan cuaca panas
ialah fenomena El Nino.
Huraikan kesan cuaca panas ini kepada manusia dan alam sekitar.
Isi-isi penting
1 Kemarau panjang menyebabkan krisis air
Mengakibatkan kemarau yang berlanjutan
Mempengaruhi cuaca sehingga kawasan Afrika dan Asia Tenggara.
Menyebabkan krisis air yang teruk
Menyukarkan kehidupan manusia sejagat
2 Kebuluran
Sukar untuk manusia menjalankan aktiviti pertanian secara biasa
Tanah pertanian memang tidak boleh digunakan
Tanaman juga mati akibat keadaan tanah yang kering kontang ini
Pengeluaran pertanian berkurang dan mengakibatkan kerugian
3 Menjejaskan hidupan akuatik
Pengeluaran hidupan akuatik berkurang
Hidupan laut juga berpindah ke kawasan lain
Pola hidupan air juga mengalami perubahan
Kekurangan makanan ini mengakibatkan persaingan sengit untuk mendapatkan makanan
4 Peningkatan kadar penyakit dan kadar kematian
Banjir dan kemarau mengakibatkan penyakit dan kematian
Penyakit seperti malaria dan demam denggi menunjukkan kitaran tiga hingga tujuh
tahun, iaitu bersamaan dengan fenomena ini
Kejadian kebakaran hutan berleluasa akibat keadaan kering kontang
Jerebu meningkatkan jumlah pesakit sistem pernafasan dan juga kematian
5 Kemerosotan ekonomi
Sektor-sektor ekonomi yang bergantung pada cuaca akanterjejas
Pertanian, pembinaan, dan rekreasi menyumbang kepada keluaran negara kasar
Pendapatan negara turut terjejas
Kerugian yang diinsuranskan dan pinjaman yang diambil untuk meneruskan aktiviti
Seluruh ekonomi akan terjejas akibat impak fenomena ini
SOALAN 14
Dalam arena antarabangsa, Malaysia sering menjadi jurucakap dunia ketiga kerana
melahirkan banyak pemimpin yang berkaliber di samping faktor-faktor yang lain.
Jelaskan penyataan ini.
Isi-isi penting
1 Kepimpinan yang berkaliber
Pemimpin negara telah menjadi jurucakap dunia ketiga
Isu-isu antarabangsa dibangkitkan
Pemimpin negara lantang bersuara Perpaduan
2 Perpaduan
Sifat tolak ansur dan saling membantu dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
Keadaan negara yang sentiasa aman dan tiada rusuhan
Menaruh harapan terhadap Malaysia untuk menyuarakan isu-isu mereka
3 Ekonomi
Pembangunan yang pesat
Menghulurkan bantuan kepada negara dunia ketiga yang lain
Taraf hidup negara yang tinggi
Kemampuan mengatasi kegawatan ekonomi Keyakinan diri
4 Kenyakinan diri
Menjadi negara bersikap berani dan bertindak untuk mendapatkan persamaan hak
Pencapaian warga seperti Datuk Azhar Mansor mengelilingi dunia dalam bot Jalur
Gemilang

27

5 Nilai murni , keagamaan ,dan moral


Dua orang warga Malaysia berjaya menakluki puncak Gunung EverestNilai murni,
keagamaan, dan moral
Rakyat menunjukkan nilai-nilai yang positif
Terutama sekali oleh pemimpin
Keadaan negara yang aman dan damai
SOALAN 15
Kegiatan pelanunan jarang didengari tetapi tetap berlaku di perairan negara kita terutama
di perairan Selat Melaka dan perairan Sabah dan Sarawak.Kegiatan ini dapat men jejaskan
perdagangan serta dapat mengancam nyawa.
Pelbagai langkah perlu diamhiI untuk menangani masalah ini.Jelaskan.
1 Kerjasama dengan negara-negara jiran perlu dilakukan
Memantau kawasan perairan dengan lebih kerap
Kerjasama yang erat antara Malaysia dengan negara-negara jiran dapat memberikan hasil
yang baik
Masaiah ancaman lanun tidak hanya ditangani oleh sebuah negara
2 Memperkuat dan memperhebat penguatkuasaan maritim
Dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi dalam melakukan rondaan
Gabungan tindakan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),
Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Malaysia dan Unit Gempur Marin PDRM
3 Sistem perundangan dan mahkamah yang lebih tegas
Hukuman berat dikenakan terhadap lanun-lanun yang didapati bersalah
Menunjukkan kesungguhan dan mempamerkan kekuasaan serta kewibawaan negara
dalam menangani masaiah pelanunan
Kepantasan menyelesaikan kes-kes yang melibatkan pelanunan ini akan memberi
gambaran bahawa ketegasan dan kesungguhan sesebuah negara
4 Mengenal pasti modus operandi pelanunan
Memantau gerak-geri dan kaedah mereka dalam menjalankan aktiviti pelanunan
Dapatan kajian dikumpul dan diselaraskan oleh agensi terlibat atau dikongsi dengan
negara-negara ASEAN
5 Syarikat atau negara pemilik kapal juga harus mengambil langkah proaktif
Mengupah petugas keselamatan di atas kapal
Mengupah kapal pengiring untuk memastikan keselamatan anak kapal serta barangbarang yang dibawa
SOALAN 16
Usaha melindungi harta intelek menjadi satu tuntutan global untuk menjaminkan Malaysia
menikmati pembangunan dan perkembangan.Jelaskan kepentingan pelindungan harta
intelek kepada pembangunan negara.
Isi-isi penting
1 Meningkatkan usaha penghasilan harta intelek
Pengurusan penyelidikan dan inovasi serta pembangunan yang lebih efektif dengan
perolehan harta intelek asing dalam bidang keutamaan tertentu
Meningkatkan kesedaran masyarakat awam serta mewujudkan masyarakat yang inovatif
Memperoleh cap dagangan
Tanpa pelindungan hasil boleh ditiru dan diperdagangkan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu
melabur dari segi kewangan dan masa
2 Manfaat komersial harta intelek
Harta intelek diperlukan untuk pembangunan industri yang giat dan penting bagi
menjana pertumbuhan ekonomi
Memberi kelebihan saingan yang lebih baik dan dalam jangka masa yang lebih panjang
untuk mengeksploit harta intelek yang dicipta dan memperoleh pulangan daripada daya
usaha dan pelaburan penyelidik
Penyelidik digalakkan untuk membangunkan harta intelek dan mencipta sesuatu yang
baharu

28

3 Meningkatkan daya saing negara


Mengukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri
harta intelek
Harta intelek sebagai enjin pertumbuhan ekonomi baharu dengan cara memperluas
kapasiti Malaysia untuk meningkatkan penghasilan
4 Menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) kerana kepercayaan
tentang pelindungan harta intelek
Harta intelek merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi
Penghasilan harta intelek yang berterusan dari semasa ke semasa akan meningkatkan
aktiviti pelaburan dan perdagangan
5 Meningkatkan tahap inovasi dan ekonomi berasaskan
pengetahuan (k-ekonomi)
Mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang
berasaskan pengetahuan
Kesedaran tinggi akan merangsang budaya kreativiti,penciptaan, dan inovasi.
Menjadi pendorong utama kepada pereka cipta bagi menggalakkan perdagangan
antarabangsa
SOALAN 17
Pelaburan langsung asing (FDI) menjadi sebahagian daripada pelaburan yang penting untuk
memacu pertumbuhan ekonomi negara.Jumlah pelaburan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Bincangkan
Isi-isi penting
Kesan
1 Memperbanyak peluang pekerjaan, peluang kemahiran, dan pengurusan
Indikator yang tepat untuk melihat pertumbuhan ekonomi adalah melalui tahap guna
tenaga, tenaga mahir, dan sebagainya
FDI membuka peluang yang lebih untuk mencapai tahap yang maksimum
2
Pemindahan teknologi dan kemahiran baharu menggalakkan penubuhan
industri berskala besar
Pembawaan masuk industri bermaksud membawa masuk teknologi canggih dan moden
Teknologi ini menjadi asas kepada kelahiran golongan pekerja elit yang mahir
3 Peningkatan taraf hidup penduduk
Wang diterjemahkan kepada taraf hidup
Pendapatan ini boleh meningkatkan taraf hidup pekerja
Perhubungan yang rapat antara pelaburan dengan taraf hidup
Meningkat selaras dengan daya membeli
Pertambahan perbelanjaan akan berlaku dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Faktor
4 Sektor awam
Membentuk dasar yang menggalakkan kemasukan para pelabur asing
Pasaran yang luas dengan risiko yang rendah dapat membawa pulangan yang
menguntungkan
Undang-undang yang sesuai dan menggalakkan pelaburan
Jentera pentadbiran yang telus
5 Kestabilan ekonomi, sosial, dan politik
Dasar pendidikan yang dapat melahirkan tenaga buruh mahir yang mencukupi
Kadar rasuah yang rendah
Saiz populasi yang cukup besar untuk menyokong pelaburan
SOALAN 18
Kerajaan telah mengumumkan Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahunan atau
Rancangan K-Ekonomi ke arah meningkatkan pencapaian dan kemajuan Malaysia.Jelaskan
cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha menjayakan rancangan ini.

29

Isi-isi penting
1 Masyarakat Malaysia kurang membaca
Tanpa menyemai budaya membaca dalam masyarakat sudah memastikan kegagalan
rancangan k-ekonomi
Ilmu menjadi asas pencapaian ekonomi
Ilmu diperoleh melalui pembelajaran sepanjang hayat
Pencarian dan penimbaan ilmu pengetahuan akan menjadi sebati dengan masyarakat
2 Pembekalan guna tenaga yang mencukupi
Motivasi dan sikap yang positif, mempunyai komitmen yang tinggi kepada kerjaya serta
sekurang-kurangnya telah mencapai tahap pendidikan yang sesuai
Sikap keusahawananakan mendorong seseorang untuk sentiasa memperbaiki diri dan
mencari peluang-peluang untuk memajukan diri sendiri
3 Melahirkan masyarakat yang tangkas dan anjal untuk menghadapi risiko-risiko
yang wujud dalam perniagaan global
Persekitaran antarabangsa penuh dengan ketidak pastian dan masyarakat harus bersedia
untuk menghadapi apa-apa jua perubahan
Pengetahuan tentang masalah dan risiko-risiko tidak akan terhapus dengan k-ekonomi
Pengetahuan akan menyediakan masyarakat untuk lebih menerima hambatan-hambatan
yang akan datang dengan perubahan struktur ekonomi negara kepada sebuah Negara
pencipta ataupun sebuah negara pemimpin dan bukan lagi negara pengikut
4 Kepentingan pengetahuan mengubah dunia dari aspek ekonomi dan aspek lain
Tanpa pengetahuan, seseorang diibaratkan hidup seperli katak di bawah tempurung
Mesti membentuk satu tanggapan bahawa orang yang berpengetahuan mampu
mengubah dunia
Tanggapan negara tidak mempunyai kemampuan atau kapasiti untuk berbuat demikian
harus dikikis
Kepercayaan kepada kebolehan sendiri untuk membuat perubahan
Negara mampu beralih kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan
5 Persekitaran perniagaan yang sesuai
Mendasari kemajuan serta membawa perkembangan
Melengkapkan diri sendiri dengan pelbagai pengetahuan yang diperlukan
Dengan pengetahuan, kaedah mewujudkan persekitaran yang sihat dapat difahami
Menyediakan diri dalam menghadapi dunia perniagaan global yang penuh dengan
cabaran
SOALAN 19
Kadar inflasi pada bulan Februari 2011 berada pada paras 2.8 hingga 3 peratus. Hal ini
harus dibendung bagi meringankan beban rakyat.Jelaskan.
Isi-isi penting
1 Kawalan Dasar Kewangan dengan menjalankan operasi pasaran terbuka
Menggalakkan orang ramai supaya menabung
Operasi pasaran terbuka ialah kegiatan menjual dan membeli bon-bon atau surat-surat
jaminan kerajaan yang lazimnya dijalankan menerusi bank pusat
Tindakan ini mengurangkan wang dalam tangan pengguna dan memperlahankan halaju
edarannya
Tingkat perbelanjaan agregat ekonomi dapat diturunkan
2 Menaikkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Mengurangkan kuasa beli kerana pendapatan boleh guna menjadi semakin kecil
Permintaan agregat juga akan menurun
Penawaran akan dapat menandingi permintaan
Perbelanjaan kerajaan juga merupakan sebahagian daripada permintaan agregat
Dengan mengurangkan perbelanjaan, kerajaan boleh mengawal inflasi
3 Melakukan kawalan secara langsung
Mengatasi inflasi yang berpunca daripada peningkatan permintaan agregat yang lebih
cepat berbanding dengan penawaran agregat
Penawaran yang semakin meningkat akan dapat menampung permintaan pengguna

30

4 Meningkatkan persaingan dengan menggalakkan lebih banyak pengeluar


melibatkan diri dalam sektor ekonomi
Harga barang dalam pasaran ditentukan oleh kuasa pasaran, iaitu kuasa permintaan dan
penawaran
Pengeluar yang tidak cekap, produk mereka akan melibatkan kos pengeluaran yang
tinggi
Pengguna yang bijak tidak akan membeli barangan tersebut
Pengeluar terpaksa menurunkan harga jualannya
5 Mengawal kesatuan sekerja daripada menuntut upah yang tinggi
Buruh merupakan salah satu komponen yang penting dalam proses pengeluaran
Menyekat kesatuan sekerja daripada menuntut upah yang terlalu tinggi
Dasar upah maksimum dan minimum boleh dirunding dan dipraktikkan demi
kesejahteraan negara
SOALAN 20
Per janjian Perdagangan Bebas (FTA) membawa manfaat kepada negara Malaysia.Namun,
per janjian ini juga telah membawa implikasi buruk kepada ekonomi Malaysia.
Bincangkan.
Isi-lsi penting
1 Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)
Teras perjanjian ialah dasar terbuka dan perdagangan bebas
Iklim pelaburan asing menjadi menarik
Dorongan untuk pelaburan asing ke dalam negara kita
Menjana perkembangan industri
Memperkembang ekonomi dan mewujudkan daya saing
2 Skala perdagangan dan perniagaan
Memastikan halangan-halangan perdagangan dikurangkan atau dihapuskan
Peluang perniagaan diperluas dan pasaran bertambah besar
Skala perniagaan bertambah besar
Memperbesar perniagaan mereka
3 Meningkatkan daya saing
Proses pengeluaran tidak akan mengalami lonjakan
Mewujudkan persaingan yang sihat
Harus bersaing dengan entiti asing yang lebih cekap
Tidak boleh terus bergantung kepada kerajaan
Kualiti akan ditingkatkanselaras dengan kuantiti permintaan yang meningkat
4 Kemuflisan syarikat tempatan
Implikasi kepada syarikat-syarikat tempatan yang kurang kemampuan
Syarikat asing memiliki kekuatan daripada segi modal, teknologi, kepakaran, dan
pengalaman
Industri kecil dan sederhana (IKS) tidak dapat menentang dan bersaing
Lebih banyak syarikat tempatan akan gulung tikar
5 Perdagangan tidak seimbang
Menggalakkan perdagangan bebas dan tanpa had.
Syarat ini merugikan negara memandangkan perdagangan import akan melebihi eksport
Rakyat tempatan didedahkan dengan kelebihan barangan import berbanding dengan
barangan tempatan
Ketidakseimbangan perdagangan akan berlaku
SOALAN 21
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dipersetujui oleh pertubuhan ASEAN
menjanjikan pelbagai kebaikan untuk kawasan ASEAN.Namun, pelaksanaan perjanjian
ekonomi juga mendatangkan pelbagai implikasi.Bincangkan.
Isi-isi penting
1Peningkatan pelaburan intra-ASEAN
Pelaburan intra-ASEAN akan bertambah dengan dasar pintu terbuka

31

Negara yang lebih besar dan kaya akan membantu meningkatkan taraf hidup di negara
yang miskin
Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan dalam sektor ekonomi
Menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor lain
2Pertambahan jenis barangan dan peningkatan mutu
Perdagangan antara negara-negara dalam AFTA dijangka akan bertambah
Barangan yang dipasarkan bertambah
Rakyat dalam AFTA berpeluang membuat pilihan yang lebih baik
Kualiti produk juga akan beransur baik kerana terdapat persaingan antara anggota untuk
mendapat pasaran yang lebih besar
3 Peluasan pasaran
Kawasan seluas 4.46 juta kilometer persegi
Sejumlah 600 juta penduduk
KDNK sejumlah RM5.6 trilion
Ekonomi yang kesembilan terbesar di dunia.
Anggota akan menikmati peluasan pasaran ini
4 Syarikat yang kecil sukar untuk bersaing
Syarikat yang lebih kuat akan bertahan tetapi syarikat yang kecil sukar untuk bersaing
Persaingan menjadi budaya yang sihat sekiranya pesaing mempunyai kekuatan yang agak
sama
Bagaimana sebuah syarikat yang bersaiz kecil dapat bertanding dengan syarikat gergasi
Syarikat tempatan dalam negara tersebut akan menghadapi masalah bersaing dan akhir
sekali akan gulung tikar
5 Ketidakseimbangan perdagangan antara negara
Kemungkinan berlaku lebihan perdagangan kepada sesebuah negara
Negara pengeksport ini akan menikmati perdagangan yang lebih
SOALAN 22
Pembekalan lima puluh peratus daripada permintaan ikan global daripada industri
akuakultur menunjukkan kepentingan industri ini. Usaha perlu dijalankan untuk memastikan
kelestarian dan kemajuan industri ini.
Bincangkan.
Isi-isi penting
1 kepentingan akuakultur
Membekalkan sumber protein
Memastikan bekalan sumber protein mencukupi
Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada Negara lain
Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang
tahun
2 Mengelakkan kepupusan hidupan marin
Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan
marin semakin pupus
Melalui sektor akuakultur, spesies marin boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang
harimau, dan siakap.
Pembiakbakaan spesies baharu untuk mengelakkan fenomena kepupusan
3 Melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur
Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan serta udang yang bermutu tinggi seperti ikan
kerapu dan udang galah
Kajian tentang kaedah penternakan mesra alam
4 Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains
pemakanan berasaskan akuakultur
Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur
Lembaga Kemaiuan Ikan Malaysia (LKIM) telahmemberikan penekanan terhadap cara
dan kaedah-kaedah baharu dalam penternakan ikan

32

5 Teknologi pembungkusan dilakukan dengan berkesan dan menghasilkan bahan


akuakultur yang bernilai tinggi
Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur
Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yang
tahan lama dan boleh dieksport
SOALAN 23
Sains dan teknologi telah menyerap masuk ke dalam semua aspek kehidupan manusia
hingga dalam sesetengah bidang, sains dan teknologi sudah sebati dengan kehidupan.
Bincangkan kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi dalam aspek kehidupan harian
manusia.
Isi-isi penting
1 Kesihatan manusia lebih terjamin
Ubat-ubatan yang lebih mujarab dan efektif
Pengeluaran bahan makanan yang lebih berkhasiat
2 Mempertingkat daya produktiviti pengeluaran
Baka yang lebih baik
Penanaman boleh dilakukan dalam keadaan cuaca yang dahulunya tidak sesuai
3 Memperkembang sistem komunikasi
Dunia menjadi satu perkampungan global
Pemindahan maklumat dan perniagaan/perdagangan menjadi pantas
4 Membawa kepada pelbagai jenis pencemaran
Tanpa perancangan teliti membawa pencemaran
Bahan-bahan yang merosakkan alam sekitar
5 Penciptaan pelbagai alat yang canggih memudahkan berlaku jenayah
Sistem komputer memudahkan berlakunya jenayah kolar putih
Memudahkan usaha-usaha kuasa besar memperluas pengaruh dan penguasaannya ke
atas dunia ketiga
Penyalahgunaan senjata-senjata moden mengakibatkan berlakunya peperangan
SOALAN 24
Pemuliharaan alam sekitar harus diterapkan dalam setiap aspek kehidupan manusia
memandangkan kepentingan alam sekitar yang bersih menjamin kualiti kesihatan yang
tinggi.
Jelaskan peranan kerajaan dalam menjamin pemuliharaan alam sekitar dapat ditingkatkan
Isi-isi penting
1 Langkah langkah penguatkuasaan undang-undang
Pelbagai akta atau peraturan menjaga alam sekitar dikuatkuasakan
Tidak boleh hanya berupa hukuman tetapi melibatkan khidmat masyarakat
Memerlukan penegasan dalam pelbagai aspek dan dilakukansecara teliti
2 Menubuhkan institusi untuk meningkatkan kualiti alam sekitar
Institusi atau badan seperti Jabatan Alam Sekitar dan badan sektor awam yang lain
Memberi kuasa untuk mengambil tindakan
Kerjasama dengan badan bukan kerajaan yang lain untuk mendapat kesan optimum
Sahabat Alam Malaysia
3 Program kitar semula
Jaminan kejayaan pemuliharaan alam sekitar
Penggondolan bumi untuk mendapatkan sumber asli
Program mengurangkan pembuangan sampah dan perlombongan
4 Pendidikan sepanjang hayat
Pendidikan sepanjang hayat menjamin pembelajaran secara berterusan
Penjagaan alam sekitar bukan untuk golongan pelajar dan pendidik sahaja
Pendidikan harus melibatkan setiap lapisan masyarakat
5 Menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab melalui kempen
Kesedaran tidak diperoleh secara semula jadi

33

Kempen yangberterusanmemupukperasaan tanggungjawab


Maklumat harus disebarkan secara meluas
SOALAN 2
Pada alaf ini, bilangan manusia yang memerlukan beberapa bentuk penjagaan dan
sokongan
kesihatan
harian akan bertambah sekali ganda sementara bilagan penjaga kesihatan yang ada akan
menurun.
Bincangkan peranan bidang teleperubatan dalam menangani masalah ini.
Isi-isi penting |
1 Perkongsian data
Memudahkan pengumpulan maklumat dan juga mengelakkan pengumpulan berulang oleh
jururawat, pakar,
perunding, pakar radiologi, dan doktor bius terutama sekali untuk penyakit kronik dan
rawatan susulan
Data juga boleh dikongsi dengan rakan-rakan dalam bidang perubatan di peringkat
antarabangsa
2 Meningkatkan kualiti khidmat kesihatan
Tidak memerlukan personel yang banyak, maka kualiti kesihatan lebih terjamin ekoran
pelaburan dalam teknologi-teknologi yang canggih
Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh dengan pantas
Menyediakan maklumat yang tidak terbatas terutama sekali maklumat tentang ubatubatan dan juga memperoleh khidmat bantuan perubatan secara percuma melalui
teleperubatan seperti melalui Internet
3 Mengurangkan kos perubatan
Penggunaan kamera dan sidang video, diagnosis secara jauh dapat dijalankan
Tidak perlu hadir secara fizikal di tempat-tempat rawatan kesihatan, mengurangkan kos
perjalanan
Contoh pemeriksaan dermatologi, pengimbasan janin, pemeriksaan organ dalaman
seperti jantung
4 Konsep kesihatan terbuka
Khidmat kesihatan berkualiti tidak akan menjadi milik orang berada sahaja
Setiap orang mampu memilikinya
Tidak akan wujud jurang perbezaan yang besar antara golongan yang berada dengan
yang miskin dalam menerima khidmat kesihatan
5 Syarikat-syarikat/pusat-pusat kesihatan yang terlibat juga banyak
Memberikan pesakit alternatif yang sangat luas untuk memilih khidmat kesihatan yang
disediakan/diiklankan
Keadaan ini akan mengembangkan lagi tahap penjagaan kesihatan
Di negara-negara Dunia Ketiga terutamanya di negara-negara yang masih miskin, gejala
peng
tenaga buruh kanak-kanak berlaku secara berleluasa. Bincangkan kesan negatif yang timbul
d
gejala tersebut.
Pendahuluan
Di negara-negara yang mundur, kegiatan buruh kanak-kanak berleluasa. Kanak-kanak
dipaksa atau disuruh bekerja pada usia mereka yang masih muda. Hal ini dapat
menimbulkan pelbagai implikasi.
Isi-isi penting
1 Kanak-kanak terbabit terdedah kepada bahaya di tempat kerja
Fizikal mereka masih lemah dan masih belum matang
Mereka masih kurang serius dan bersifat kebudak- budakan
Kemahiran mereka juga belum mencukupi

34

Jika mereka mengendalikan kerja bahaya dan bahan kimia toksik, mungkin dapat
menyebab
kemalangan
Mudah mengalami kecederaan dan terkena penyakit
2 Kanak-kanak terdedah kepada unsur penindasan oleh majikan
Mereka tidak tahu tentang hak mereka kerana kurang atau tiada pendidikan
Majikan akan mengambil kesempatan menindas
Misalanya, buruh kanak-kanak dibayar gaji rendah
Buruh kanak-kanak tidak dilindungi oleh insurant tiada caruman Kumpulan Wang
Simpanan
Pei^rra.
atau cuti yang secukupnya
Dipaksa membuat kerja lebih masa tanpa bayaran
3 Selain itu, buruh kanak-kanak sering menjadi mangsa eksploitasi majikan
Mereka terpaksa bekerja dalam jangka masa lah lama
Mereka juga diberi upah yang rendah dan tidak setimpal dengan usaha mereka.
Di Afrika, kanak-kanak hanya diberi beberapa sen sehari sebagai upah dalam industri
lombong
Buruh kanak-kanak tidak berupaya atau berani untuk menentang seperti orang dewasa
oleh sebab usia yang muda
Mereka terpaksa menurut perintah maiikam. Misalnya, mereka dipaksa melakukan kerja
berat atau berbahaya
4 Buruh kanak-kanak tidak berpeluang menikmat kehidupan alam kanak-kanak dan remaja
Pada usia muda, mereka sepatutnya dididik oleh bapa
Mereka sepatutnya dibelai penuh kasih sayang
Mereka berhak mendapat peluang pendidikan yang secukupnya
Mereka akan terus terlibat dalam sektor buruh kasar dengan gaji yang sedikit
Kanak-kanak terdedah kepada budaya negatif yang diamalkan oleh orang dewasa seperti
merokok,
berjudi, berfoya-foya, dan sebagainya
Masa depan mereka malap sahaja kerana kitaran kemiskinan berlanjutan.
Penutup
Pelbagai pihak harus bekerjasama bagi membanteras gejala buruh kanak-kanak. Kanakkanak
harus
dilindungi
dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Mereka juga bakal pemimpin pada masa
hadapan.
2
Pihak kerajaan kerap memberikan saranan kepada rakyat Malaysia khususnya generasi
muda menguasai lebih daripada satu bahasa. Pada pandangan anda, apakah kelebihan
menguasai daripada satu bahasa? Kemukakan cadangan anda untuk menggalakkan
generasi muda menguasai lebih daripada satu bahasa.
Pendahuluan
Kini, penguasaan lebih daripada satu bahasa dapat menjadi nilai tambah kepada seseorang.
Hal
ini
kerana
banyak kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa. Pelbagai inisiatif boleh diambil
untuk menggalakkan generasi muda supaya mempelajari lebih daripada satu bahasa.
Isi-isi penting
Kepentingan
1 Penguasaan lebih daripada satu bahasa membolehkan seseorang menerap ilmu terkini
Teknologi maklumat menguasai kemdupan kita
Golongan yang tahu bahasa Inggeris dapat menguasai teknologi maklumat secara
langsung
Dalam hal ini, kita tidak boleh menunggu ilmu terkini teknologi maklumat dialihkan ke
dalam
bahasa Melayu

35

Hal ini kerana sebuah buku ilmiah akan mengambil masa yang lama untuk diterjemahkan
ke
dalam
bahasa Melayu
Pada zaman ledakan maklumat ini, ilmu yang kita dapat selepas dua tiga tahun kemudian
sudah menjadi ilmu usang
2 Penguasaan lebih daripada satu bahasa membolehkan kita mendapat peluang ekonomi
yang
lebih
luas
Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa Kelancaran berbahasa Inggeris
memudahkan
kita
berniaga di seluruh dunia
Urusan perniagaan antarabangsa seperti kontrak, akaun, laporan, dan sebagainya juga
dijalankan
dalam
bahasa Inggeris
hka kita menguasai bahasa Arab, pasaran negara- negara Arab yang luas dapat diteroka
Tegasnya, bahasa kunci utama kepada dunia perniagaan yang lebih luas
3 Kita juga mempunyai masa depan yang lebih cerah jika dapat menguasai lebih banyak
bahasa
Peluang pckerjaan kita lebih luas kerana bahasa Inggeris merupakan syarat utama dalam
pengambilan kerja
Kita juga dapat melanjutkan pelajaran ke luar Negara dengan mudah
Kita juga dapat mengikuti lebih banyak ilmu pengetahuan melalui Internet
Ramai pemimpin dunia menguasai lebih daripada satu bahasa antarabangsa
Maka mereka dapat menonjolkan diri di arena antarabangsa
4 Peluang perniagaan akan lebih luas jika seseorang menguasai lebih daripada satu bahasa
Dalam masyarakat majmuk Malaysia, peniaga yang dapat cakap bahasa ketiga akan lebih
meyakinkan pelanggannya
Mereka lebih mudah meialin hubungan mesra dengan pelanggan
Dengan menguasai bahasa asing, peniaga juga dapat memasarkan produk mereka ke
peringkat
antarabangsa
Langkah-langkah
5 Pihak kerajaan boleh menawarkan subjek bahasa asing di peringkat sekolah
Bahasa Jepun, Perancis, Korea, dan Cina ditawarkan di sekolah menengah
Guru bahasa khas disediakan
Guru bahasa asing dari negara asal mereka boleh diupah untuk mengajar di sekolah
Subjek bahasa asing dijadikan subjek peperiksaan
Dengan ini, akan memberi peluang kepada pelajar mempelajari bahasa asing
6 Pelbagai insentif boleh ditawarkan untuk memikat pelajar sekolah
Penguasaan bahasa asing dijadikan satu syarat menawaran biasiswa kerajaan
Pelajar yang menguasai bahasa Jerman dan Perancis diberi keutamaan melanjutkan
pelajaran ke Eropah melalui tajaan biasiswa JPA
Pelajar yang menguasai bahasa Jepun dan Korea diberi peluang mendapat biasiswa
melanjutkan
pelajaran ke Asia Timur
7 Skim gaji yang menarik untuk golongan yang menguasai bahasa asing boleh
menggalakkan generasi muda menguasai bahasa asing
Misalnya dalam perkhidmatan awam, bayaran gaji tambahan bagi setiap bahasa yang
dikuasai boleh diberikan
Jurubahasa mahkamah atau personal Polis diberi gaji tambahan bagi setiap bahasa asing
yang
dikuasai
Pihak swasta juga boleh menaikkan gaji pemandu pelancongan, pegawai eksekutif
syarikat antarabangsa yang dapat menguasai bahasa asing
Penutup
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberi kebaikan kepada setiap individu
terutamanya
golongan remaja. Oleh itu, inisiatif yang dirangka oleh pihak tertentu wajar disokong supaya
kita dapat memastikan generasi muda dapat menguasai pelbagai bahasa .

36

3
Negara-negara yang berjiran wajar berbaik-baik antara satu sama lain dalam pelbagai
lapangan
kepentingan bersama. Bincangkan.
Pendahuluan
Negara-negara telangga atau yang berjiran semestinya berbaik-baik antara satu sama lain
demi kepentingan bersama. Ini bukan sahaja melibatkan negara-negara yang berfahaman
sama tetapi juga bagi negara-negara yangberlainan haluan, sama ada berpemerintahan
demokrasi, sosialis mahupun komunis.
Isi-isi penting
1 Hubungan erat dengan negara jiran penting bagi negara-negara yang baru mencapai
kemerdekaan atau pulih daripada keruntuhan sosial
Negara demikian, kebanyakannya terdiri daripada negara yang sedang membangun yang
ketinggalan dalam semua bidang
Dengan demikian, kuranglah masalah diplomatic dengan negara jiran
Sebaliknya kerajaan dapat mcnumpukan perhatian sepenuhnya dalam pemulihan negara
Rancangan-rancangan pembangunan negara dapat dilaksanakan dalam keadaan yang
aman dan damai dan dengan lebih pantas
Dengan demikian, negara berkenaan dapat menjaga kepenlingan dan keutuhan politik,
pertahanan,
ekonomi dan sosiobudaya negara sepenuhnya
2 Kerjasama politik sesama negara jiran memang penting
Jika tiada kerjasama politik yanR erat, pelbagai perkara yang tidak diingini akan berlaku
Prasangka dan permusuhan akan wujud
Apabila hal ini berlaku, masing-masing berasa sangat akan tujuan dan niat negara jiran
mereka
yang
sebenarnya
Kerap kali hal ini membawa kepada pertelingkahan bersenjata
Dengan itu, banyak rancangan pembangunan akan terbantut kerana lebih banyak lagi
wang dan sumber ekonomi terpaksa disalurkan ke dalam bidang pertahanan
Misalnya, hubungan China dan Jepun yang tegang kerana perebutan pulau menyebabkan
keduadua negara terpaksa belanja besar dalam bidang ketenteraan
3 Hubungan baik negara jiran menjamin kehidupan rakyat yang aman dan sejahtcra
Jika negara jiran berkonflik, rakyat kedua-dua Negara akan menjadi mangsa
Misalnya konflik China dengan Jepun menyebabkan pelabur China di Jepun dan pelabur
Jepun di China mengalami kerugian besar
Rakyat China memulaukan kereta Jepun Maka Rakyat China yang terlibat dalam jualan
kereta
Jepun turut menjadi mangsa
Konflik yang serius menjadikan keadaan kehidaaaa. rakyat sengsara
Ada yang mati akibat rusuhan
Pelabur akan tersepit di tengah-tengah diplomatik ini
4 Hubungan erat sesama negara jiran ekonomi negara
Kebanyakan negara jiran bergantung antara aaai sama lain
Misalnya dalam bidang ekonomi seperti perdaganaa" dan perniagaan
Pelbagai peluang ekonomi akan terbuka
Peluang pekerjaan dan perniagaan bertambah as
Perdagangan yang erat dapat dijalankan kerana jarak yang dekat
Misalnya di Asia, wujudnya AFTA memboleh barangan kita bebas memasuki pasaran Asia
Te
dengan bebas tanpa sekatan
Maka ini meransang kemajuan ekonomi dalam semua sektor
Dari sektor pertanian, industri kecil dan sehinggalah industri automobil negara
5 Persefahaman sejagat juga dapat dipupuk

37

Dengan hubungan yang erat, rakyat dari . negara dapat menyeberang dan mengunjungi
tidak banyak mengalami kesulitan
Keperluan visa atau peraturan imigresen dilonggarkan
Kebudayaan dari sesuatu negara dapat diperkenalkaa kepada negara jiran.
Dengan itu, timbullah perasaan hormat menghor mati terhadap cita-cita dan perasaan
negara jiran
Maka pertembungan budaya akan mewujudkan persefahaman yang erat
6 Kerjasama erat sesama negara jiran kesejahteraan sosial semua negara yang terlibat
Kerjasama membanteras jenayah lebih berkesan
Penjcnayah dalam sesebuah negara susah menyeludup ke negara jiran untuk
menyembunyikan dirt
Sindikct jenayah antarabangsa juga dilumpuhkan
Sebagai contoh, kerjasama polis Singapura,dan
Indonesia
berjaya melumpuhkan
pengedaran dadah, wang haram, pelacuran. keganasan antarabangsa
Tegasnya keadaan sosial akan menjadi lebih
Penutup
Dengan perkataan lain, negara-negara u mestilah berbaik-baik antara satu sama
lain
kepentingan bersama. Namun, terdapat perkara yang . wajar diamalkan seperti
mencampuri urusan dalamanpolitik negara lain.

CONTOH 1
Walaupun wujud persepsi yang cenderung mengaitkan negara dan rantau ini dengan gerakan pengganas
namun dengan langkah-langkah yang diambiL Malaysia berjaya menanganinya. Huraikan pemyataan
ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Aktiviti keganasan roerupakan satu manifestasi kegagalan mengurus ketidakpuasan terhadap kumpulan lain
atau kerajaan yang memerintah. Banyak faktor yang mempengaruhi kecenderungan ini dan Malaysia telah
berjaya menanganinya dengan langkah-langkah tertentu.
Bahagian A: Sebab Gerakan Pengganas Dikaitkan dengan Malaysia
Idea 1
Persepsi terhadap rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia dikatakan mudah dipengaruhi dan raudah bersimpati dengan gerakan militan
khususnya railitan Islam

Rakyat Malaysia dalam kedudukan rangking tinggi untuk menjadi sumber tenaga yang boleh
direkrut sebagai pengganas

Peristiwa terbaru ialah penahanan dua orang rakyat Malaysia di Lubnan menjadi bukti masih wujud
gerakan keganasan yang turut melibatkan rakyat Malaysia
Idea 2
Malaysia mudah dijadikan transit

Kedudukan Malaysia yang menghubung banyak negara sama ada laut dan darat memudahkan
pergerakan kumpulan militan

Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum memudahkan pergerakan dan penyamaran kerana sukar
dikenali walaupun oleh rakyat Malaysia sendiri. Masing-masing kaum 'terpisah' dengan amalan hidup yang
berbeza dan menghormati amalan hidup kaum lain yang dianggap sebagai privacy kaum berkenaan. Situasi ini
memudahkan kumpulan militan menyelinap dalam masyarakat
Idea 3
Wujud aktivis rakyat Malaysia di luar negara

38

Penahanan rakyat Malaysia di Pusat Tahanan Guatanamo oleh Amerika Syarikat menimbulkan imej
penglibatan rakyat Malaysia

Adanya hubungan kumpulan militan dengan militan luar negara. Peristiwa penahanan kumpulan alMaunnah dan Gerakan Jamiah Islamiah meninggalkan impak kepada pihak antarabangsa tentang kewujudan
kumpulan cenderung kepada keganasan di Malaysia

Gambaran tentang pelbagai aliran mazhab yang menjadi pegangan rakyat


Malaysia juga meningkatkan persepsi ini
Idea 4
Pengaruh media antarabangsa

Paparan media tentang penahanan ke atas rakyat Malaysia sama


ada di dalam atau di luar negara mempengaruhi pandangan global

Tragedi melibatkan seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan media sebagai pengganas, dan telah
'terbunuh' dalam gerakan penahanannya oleh polis Indonesia mendapat liputan yang meluas oleh media
antarabangsa

Peristiwa ini mempengaruhi persepsi antarabangsa


Bahagian B: Langkah yang Diambil Malaysia
Idea 5
Kerjasama antara negara

Pertukaran maklumat dan risikan telah membolehkan gerakan keganasan lebih cepat dapat 'dihidu'
dan dicegah

Pertukaran maklumat dan risikan antara Malaysia, Indonesia dan Australia telah berjaya menyekat
gerakan keganasan melibatkan tiga buah negara

Kerjasama Malaysia dalam menahan aktivis 'Mas Selamat' pengganas Indonesia yang melarikan diri
dari penjara Singapura berjaya menyekat aktiviti keganasan
Idea 6
Rundingan kedamaian Selatan Filipina

Satu situasi yang tidak akan memberi ruang dan peluang kepada kumpulan radikal dan militan Islam
untuk berkembang dan mempengaruhi pihak lain yang bersimpati dengan ideologi dan perjuangan mereka

Perdamaian menyukarkan aktiviti dan latihan pengganas bertapak atau berpusat di kawasan
berkenaan

Satu tahap keupayaan diplomasi yang tinggi yang dibuktikan oleh Malaysia
Idea 7
Pendekatan sederhana Malaysia

Tidak mengundang simpati masyarakat kepada yang terlibat kerana kesederhanaan Malaysia

Tidak meningkatkan tindakan agresif apabila tiada tekanan

Pendekatan kekerasan oleh negara maju seperti Kanada, sehingga sekarang negara berkenaan masih
berhadapan dengan isu berkenaan
Kesimpulan
Banyak faktor yang mempengaruhi negara dikaitkan dengan gerakan pengganas dan denga langkah yang
konkrit, aktiviti pengganas ini berjaya ditangani dengan baik oleh negara Malaysia Format jawapan: 3+2/2+3
JAWAPAN PENUH
Aktiviti keganasan merupakan satu manifestasi kegagalan mengurus ketidakpuasan terhadap pihak lain atau
kerajaan yang memerintah. Banyak faktor yang mempengaruh kecenderungan ini dan Malaysia telah berjaya
menanganinya dengan langkah-langkah tertentu.
Wujud perspektif negatif sesetengah pihak antarabangsa terhadap rakyat Malaysia. Sebilangan rakyat
Malaysia dikatakan mudah dipengaruhi dan m u d a h bersimpati dengan gerakan militan khususnyz militan
yang dikaitkan dengan Islam. Rakyat Malaysia juga 'diletak dalam rangking tinggi untuk menjadi sumber
tenaga yang boleh direkrul sebagai pengganas. Beberapa peristiwa yang melibatkan rakyat Malaysia dengan
aktiviti keganasan sama ada dalam atau luar negara mewujudkan persepsi ini. Penahanan dua rakyat
Malaysia di Lubnan menjadi bukti masih wujud gerakan keganasan yang turut melibatkan rakyat Malaysia.
Bukan sahaja aktiviti keganasan, malah aktiviti perdagangan orang dan pengedaran dadah juga turut
menjadikan Malaysia sebagai transit. Kedudukan Malaysia yang menghubungkan banyak negara sama ada
laut dan darat memudahkan pergerakan kumpulan militan. Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum
memudahkan pergerakan dan penyamaran kerana sukar dikenali walaupun oleh rakyat Malaysia sendiri.

39

Masing-masing kaum 'terpisah' dengan amalan hidup yang berbeza dan dianggap sebagai privacy kaum
berkenaan. Situasi ini memudahkan kumpulan militan menyelinap dalam masyarakat.
Antara langkah yang diambil Malaysia dalam menangani gerakan pengganas dan persepsi negatif
terhadap Malaysia ialah melalui kerjasama antara negara. Pertukaran maklumat dan risikan telah
membolehkan gerakan keganasan lebih cepat dapat dihidu dan dicegah. Pertukaran maklumat dan risikan
antara Malaysia, Indonesia dan Australia telah berjaya menyekat gerakan keganasan melibatkan tiga buah
negara. Kerjasama Malaysia dalam menahan aktivis 'Mas Selamat' pengganas Indonesia yang melarikan diri
dari penjara Singapura berjaya menyekat aktiviti keganasan.
Memainkan peranan penting dalam menjayakan rundingan kedamaian Selatan Filipina. Satu situasi yang
jelas tidak akan memberi ruang dan peluang kepada kumpulan radikal dan militan Islam untuk berkembang
dan mempengaruhi pihak lain yang bersimpati dengan ideologi dan perjuangan mereka. Perdamaian
menyukarkan aktiviti pengganas atau pengganas tidak dapat bertapak di kawasan berkenaan. Kejayaan
rundingan membuktikan tahap keupayaan diplomasi yang tinggi oleh kerajaan Malaysia.
Pendekatan sederhana dan seruan Malaysia kepada pihak lain dalam menangani sebarang konflik juga
mempengaruhi kejayaan negara. Kaedah sederhana dalam mengurus krisis, tidak mengundang simpati
masyarakat ke atas individu yang terlibat kerana tindakan keganasan. Tiada kekerasan, tiada simpati dan tiada
tindak balas, tidak akan meningkatkan tindakan agresif. Pendekatan kekerasan oleh negara maju seperti
Perancis menyebabkan sehingga sekarang negara berkenaan masih berhadapan dengan isu keganasan.
Banyak faktor yang mempengaruhi persepsi yang mengaitkan negara dengan gerakan pengganas. Namun
dengan langkah yang konkrit gerakan ini berjaya ditangani dengan baik oleh negara Malaysia.
CONTOH 2
Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kestabilan di rantau ini. Jelaskan
pernyataan ini

40

RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Kestabilan rantau ASEAN bermula dengan kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dari segi politik mahupun
ekonomi. Kestabilan Malaysia dan usaha negara telah mempengaruhi kestabilan rantau Asia Tenggara. Peranan
Malaysia ini telah diiktiraf antarabangsa.
Peranan Malaysia untuk Kestabilan Rantau ASEAN
Idea 1
Mencetuskan konsep ZOPFAN
Cetusan idea Malaysia ini diterima dan dimuafakatkan oleh ASEAN. Permuafakatan ini bermakna negara
anggota ASEAN menguar-uarkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak bersedia menerima kehadiran kuasa besar
sama ada dalam bentuk peluasan pengaruh, atau cuba menyebelahi mana-mana negara dalam krisis yang wujud
antara anggota
ZOPFAN juga menjadi kawalan kepada negara anggota agar tidak berusaha mendapatkan bantuan negara luar
yang akhirnya menyebabkan negara terpaksa 'berpihak' kepada kuasa besar yang memberi bantuan
Situasi ini telah membuatkan anggota negara ASEAN berhati-hati dalam mengurus konflik agar tidak
membelakangkan konsep ZOPFAN ini
Idea 2
Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ)
Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) 'membebaskan' ASEAN daripada percaturan kuasa besar.
Sekurang-kurang negara kuasa besar tidak menjadikan 'keupayaan dalam memiliki senjata nuklear' sebagai
helah untuk menempatkan kepentingan peluasan pengaruh
Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan juga bebas daripada
sebarang aktiviti dan penghasilan senjata nuklear. Risiko kemusnahan yang besar dapat dielakkan. Sehingga
kini idea yang didukung kuat oleh Malaysia yang disepakati ASEAN ini belum tercabar
Idea 3
Peningkatan amalan demokrasi di Myanmar
Tan Sri Razali Ismail menjadi duta/pegawai khas Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Myanmar bagi merundingkan
peningkatan amalan demokrasi
Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN membantah keras sekatan yang dikenakan oleh Amerika
Syarikat dan beberapa negara lain telah melembutkan junta tentera Myanmar untuk terus berunding berhubung
penerimaan demokrasi
Bantuan semasa Taufan Nargis yang memusnahkan sebahagian besar kawasan sawah negara berkenaan
menjadikan pemerintah Myanmar lebih terbuka dalam hubungan luar. Peranan Malaysia ini ternyata akhirnya
menjadi sebahagian faktor kepada tegaknya demokrasi di negara tersebut
Idea 4
Rundingan perjanjian damai di Selatan Filipina
Menamatkan konflik berdarah selaraa 40 tahun di salah sebuah negara anggota ASEAN. Peranan Malaysia amat
besar dalam rundingan ini
Kedamaian yang terbentuk menjadikan kehidupan majoriti rakyataya lebih tersusun dan berpeluang menikmati
masa depan yang lebih baik
Idea 5
Gagasan Kesederhanaan Global
Tidak mengundang simpati masyarakat kerana pendekatan kesederhanaan yang diambil. Sumbangan dalam
bentuk pemikiran ini amat kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat sejagat
Walaupun tidak dapat mempengaruhi pihak berkuasa sesebuah negara dalam mengambil tindakan dan keputusan,
sekurang-kurangnya gagasan ini mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk menolak atau 'membenci' perang
Pemimpin yang terpilih dalam kalangan yang cenderung menggunakan pendekatan militeri akan tergugat dengan
penolakan perang oleh rakyat
Idea 6
Peranan di Aceh
Malaysia turut berperanan sebagai perunding dan penasihat dalam konflik di Aceh. Tuntutan kumpulan
radikal/pemisah Aceh telah menyebabkan ketidaktenteraman dalam kehidupan di wilayah berkenaan
Keupayaan rundingan mempengaruhi penerimaan kuasa autonomi yang menjalankan kuasa perundangan syariah
telah menamatkan konflik. Pembangunan selepas sengketa dan bencana tsunami telah menyediakan kehidupan
yang lebih stabil kepada penduduk Aceh dan rantau Asia Tenggara
Kesimpulan
Usaha dan pendekatan Malaysia dihormati oleh banyak pihak sehingga idea dan saranan Malaysia tidak mudah
diketepikan pada peringkat serantau dan antarabangsa. Format jawapan: Mana-mana lima idea

JAWAPAN PENUH
Kestabilan rantau ASEAN bermula dengan kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dan segi politik
mahupun ekonomi. Kestabilan Malaysia dan usaha yang dilakukan oleh negara telah mempengaruhi kestabilan
rantau Asia Tenggara. Peranan Malaysia ini telah dnktmrf
antarabangsa.
Sumbangan penting Malaysia ialah mencetuskan konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
Konsep yang menguar-uaTkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak bersedia menenma kehadiran kuasa besar
untuk meluaskan pengaruh mereka. Konsep ini juga menjadi kawalan kepada negara anggota agar tidak berusaha
mendapatkan bantuan yang akhirnya mendedahkan negara kepada kedudukan terpaksa 'berpihak' kepada kuasa
besar yang memberi bantuan.
Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) yang didukung kuat Malaysia 'membebaskan' ASEAN
daripada percaturan kuasa besar. Sekurang-kurangnya negara Kuasa Besar tidak menjadikan 'keupayaan dalam
memiliki senjata nuklear' sebagai helah untuk meluaskan pengaruh. Ketegasan ASEAN dalam hal ini
merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan juga bebas daripada sebarang aktiviti dan penghasilan
senjata nuklear. Risiko kemusnahan yang besar dapat dielakkan.
Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN membantah sekatan yang dikenakan oleh Amerika
Syarikat dan beberapa negara lain telah melembutkan junta tentera Myanmar. Kepercayaan pemerintah
Myanmar kepada sokongan ASEAN terbukti apabila bersedia menerima bantuan ASEAN sahaja semasa dilanda
Taufan Nargis. Peranan Malaysia ini ternyata akhirnya menjadi sebahagian faktor kepada tegaknya demokrasi di
negara tersebut.
Menamatkan konflik berdarah selama 40 tahun di Filipina merupakan sumbangan besar Malaysia dalam
membawa keamanan di rantau ini. Kedamaian yang terbentuk menjadi kehidupan majoriti rakyatnya lebih
tersusun dan berpeluang menikmati masa depan yang lebih baik. Perdamaian membolehkan usaha pembangunan
digerakkan.
Gagasan Kesederhanaan Global ialah cetusan pemikiran bagi mempengaruhi tindakan masyarakat sejagat
dalam mendepani konflik. Walaupun tidak dapat mempengaruhi pihak berkuasa sesebuah negara dalam
mengambil tindakan dan keputusan, sekurang-kurangnya idea-idea daripada gagasan ini dapat mempengaruhi
pemikiran masyarakat untuk menolak atau 'membenci' pendekatan keras dan ganas. Kesederhanaan dalam
tindakan mewujudkan alternatif dalam tindakan.
Usaha dan pendekatan Malaysia dihormati oleh banyak pihak sehingga idea dan saranan Malaysia tidak
mudah diketepikan pada peringkat serantau dan antarabangsa.
CONTOH 3
Walaupun wujud masalah di sebalik pengisytiharan Undang-Undang Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE),
namun pelaksanaan undang-undang ini menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit. Jelaskan
penyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela (1974) telah membuat penetapan bahawa Zon
Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh 320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang sah bagi
sesebuah negara. Penetapan ini telah membawa kepada usaha menetapkan sempadan baru kawasan
perairan.
Bahagaian A: Masalab yang Berbangkit
Idea 1
Pertindihan tuntutan wilayah

Penerimaan undang-undang ini telah mewujudkan konflik pertindihan sempadan perairan antara
negara. Sebagai contoh, wujud tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia dengan
Indonesia. Tuntutan bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah mendapat
penyelesaian melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ)

Tuntutan ke atas Pulau Spratly dan Paracel antara Malaysia dengan beberapa buah negara ASEAN
serta China juga berasaskan penetapan ZEE
Idea 2
Boleh menjadi punca kepada konflik yang lebih besar

Wujud pertindihan tuntutan wilayah dengan pelaksanaan ZEE. Pertindihan ini boleh mengundang
konflik lebih besar apabila melibatkan kuasa besar

Sebagai contoh, isu Pulau Scarborough Shoal yang jauhnya 220 km dituntut oleh Filipina. Setelah
diuji oleh kapal perang China, Filipina terpaksa berundur. Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian
pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan peranannya di rantau ini apabila diminta
meningkatkan peranan melindungi kepentingan negara berkenaan. Pertembungan dua kuasa besar ini
berisiko kepada ketidakstabilan rantau ini.
Idea 3
Risiko terlepas wilayah
Sebahagian konflik pertindihan wilayah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ).
Penyelesaian oleh ICJ menentukan sama ada satu wilayah atau kawasan yang dituntut kekal atau
terpaksa dilepaskan kepada negara lain
Sebagai contoh, kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura membawa kepada
penyerahan pulau berkenaan kepada Singapura atas arahan ICJ berkenaan
Begitu juga, konflik pertindihan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia yang
membawa pemilikan kepada Malaysia
Bahagian B: Manfaat ZEE
Idea 4
Sempadan perairan yang jelas
ZEE telah mewujudkan satu pengisytiharan sempadan perairan yang jelas bagi sesebuah negara
Dengan jarak yang ditetapkan, sesebuah negara dapat mengukur
dengan jelas jarak sempadan antara dua buah negara . Penetapan sempadan perairan yang jelas
juga membolehkan kawalan sempadan dapat dilakukan termasuk kawalan ke atas kegiatan lanun
Idea 5
Hak eksploitasi sumber marin
. Dengan kawasan sempadan yang jelas, hak mengeksploitasi, sumber marin juga terbuka luas tanpa
merasa bimbang pertembungan dengan nelayan negara lain
Pihak negara lain j uga secara sedar tidak akan memasuki sempadan sesebuah negara untuk mendapatkan
sumber marin
Pengiktirafan hak ini dapat dikuatkuasakan sepenuh pada bahagian laut yang terbuka luas seperti di
sebahagian kawasan laut China Selatan
Idea 6
Hak penerokaan sumber galian petroleum
Dengan kawasan perairan yang terbuka luas, ruang membuat penerokaan dan cari gali juga terbuka.
Banyak penemuan sumber petroleum berlaku selepas pengisytiharan dan penguatkuasaan undang-undang ini
Penemuan minyak di luar pantai Terengganu yang jaraknya sekitar 170 batu nautika dari kawasan pantai
negeri berkenaan adalah kesan pelaksanaan ZEE
Idea 7
Ruang mewujudkan perkongsian
Walaupun wujud pertindihan sempadan dengan pelaksanaan ZEE, natnun pertindihan ini membawa
kepada perkongsian pintar antara Malaysia dengan negara jiran
Sebagai contoh, pertindihan sempadan antara Malaysia dengan Thailand di kawasan Teluk Siam telah
mewujudkan perebutan ke atas kawasan yang ditemui sumber petroleum
Akhirnya, wujud perkongsian pintar antara dua buah negara dengan melakukan usaha sama penerokaan
dan penikmatan hasil cari gali secara bersama. Begitu juga dengan kawasan yang dikenali sebagai Blok 18
antara Malaysia dengan Brunei juga diselesaikan secara perkongsian pintar
Kesimpulan
Jelas ZEE mewujudkan konflik, tetapi di sebalik konflik, wujud manfaat yang besar dalam bentuk material
mahupun ruang untuk meningkatkan kefahaman dan hubungan antara dua buah negara.
Format jawapan: 3+2/2+3
JAWAPANPENUH
Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela (1974) telah membuat penetapan bahawa Zon
Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh 320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang sah bagi
sesebuah negara. Penetapan ini telah membawa kepada usaha menetapkan sempadan baru kawasan perairan.
Penerimaan undang-undang ini telah mewujudkan konflik pertindihan sempadan perairan antara negara.
Sebagai contoh, wujud tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia dengan Indonesia. Tuntutan
bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah mendapat penyelesaian melalui Mahkamah

Xeadilan Antarabangsa (ICJ). Tuntutan ke atas Pulau Spratly dan Paracel antara Malaysia dengan beberapa negara
ASEAN serta China juga berasaskan penetapan ZEE.
Wujud pertindihan tuntutan wilayah dengan pelaksanaan ZEE Pertindihan ini boleh mengundang konflik
yang lebih besai apabila melibatkan kuasa besar. Sebagai contoh, peristiwa Pulai Scarborough Shoal yang jauhnya
220 km dari pantai Filipina hampii mencetuskan perang antara Filipina dengan China. Amerika Syarika yang
mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telal meningkatkan peranannya di rantau ini apabila
diminta meningkatkar peranan melindungi kepentingan negara berkenaan. Pertembungan dui kuasa besar ini
berisiko menjejaskan kestabilan rantau ini.
Sebahagian konflik pertindihan wilayah dibawa kepada Mahkamal Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Penyelesaian oleh ICJ menentukan sam; ada satu wilayah atau kawasan yang dituntut kekal atau terpaks;
dilepaskan kepada negara lain. Sebagai contoh, kes tuntutan Pulai Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura
membawa kepad. penyerahan pulau berkenaan kepada Singapura. Begitu juga, konflil pertindihan Pulau Sipadan
dan Ligitan antara Malaysia dengai Indonesia yang membawa pemilikan kepada Malaysia.
ZEE telah mewujudkan satu 'pengisytiharan' sempadan perairai yang jelas bagi sesebuah negara. Dengan
jarak yang ditetapkan sesebuah negara dapat mengukur dengan jelas jarak sempadai antara dua buah negara.
Penetapan sempadan perairan yang jela juga membolehkan kawalan sempadan sama ada daripada kegiatai
penyeludupan mahu pencerobohan sempadan. Selain itu, kawalan k< atas kegiatan lanun juga dapat dilakukan
dengan berkesan.
Walaupun wujud pertindihan sempadan dengan pelaksanaai ZEE, namun pertindihan ini membawa kepada
perkongsian pintai antara Malaysia dengan negara jiran. Sebagai contoh, pertindihai sempadan antara Malaysia
dengan Thailand di kawasan Teluk Sian telah mewujudkan perebutan ke atas kawasan yang ditemui sumbe
petroleum. Akhirnya, wujud perkongsian pintar antara dua buah negan dengan melakukan usaha sama penerokaan
dan perkongsian hasi cari gali secara bersama. Begitu juga dengan kawasan yang dikenal sebagai Blok 18 antara
Malaysia dengan Brunei juga diselesaikai secara perkongsian pintar.
Jelas ZEE mewujudkan konflik, tetapi di sebalik konflik, wujud manfaat yang besar dalam bentuk material
mahupun ruang untul meningkatkan kefahaman dan hubungan antara dua buah negara.
__________
CONTOH 4
Zon Aman Bebas Berkecuali (ZOPFAN) menjadi lambang muafakat penting kepada negara anggota ASEAN,
namun wujud ancaman kepada cetusan idea Malaysia ini. Beri pendapat anda.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Deklarasi Kuala Lumpur membawa kepada termeterainya perjanjian
Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang disepakati negara anggota ASEAN. Kepentingan perjanjian ini
jelas kepada ASEAN dalam usaha mengekalkan kestabilan rantau tersebut walaupun wujud ancaman kepada
pelaksanaannya.
Bahagian A: Implikasi Buruk
Idea 1
Menonjolkan pendirian ASEAN

Slogan ini dengan jelas menonjolkan pendirian dan ketegasan ASEAN dalam usaha melindungi rantau
ASEAN daripada pengaruh kuasa besar

Dengan pendirian yang diuar-uarkan secara bersama, negara kuasa besar khususnya, lebih berhati-hati atau
tidak secara terbuka campur tangan dalam urusan dan konflik yang mungkin berlaku di rantau ASEAN

Slogan ini seolah-olah menjadi 'sempadan' kepada negara kuasa besar dalam usaha memperluas pengaruh
mereka
Idea 2
Peringatan kepada negara anggota

Permuafakatan dan pendirian ini juga menjadi batasan kepada negara anggota ASEAN dalam usaha
melindungi kepentingan negara

Negara ASEAN akan lebih berhati-hati dan wujud batasan dalam tindakan semasa membuat hubungan
dengan negara kuasa besar agar tidak terperangkap dengan helah kuasa besar untuk menempatkan pengaruh
mereka

Negara anggota akan mengelak daripada mengheret negara kuasa besar dalam menyelesaikan konflik yang
dihadapi
Idea 3

Wujud garis panduan kepada kumpulan rakyat

Untuk memberi kredit kepada kerajaan mereka dalam memberi sokongan terbuka atau menetapkan pendirian
dalam isu membabitkan kuasa besar

Rakyat yang menghormati dan memahami hasrat slogan berkenaan akan memberi reaksi kepada tindakan dan
keputusan kerajaan mereka yang melanggar dasar dan keputusan bersama

Situasi ini akan menjadikan sebuah negara akan berhemah dalam tindakan
.
Bahagaian B: A n c a m a n kepada Kesepakatan
Idea 4
Tindakan berpihak/condong negara anggota
Dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel, Kemboja yang tidak terlibat dalam konflik dengan jelas berpihak
kepada China dengan menolak kesepakatan ASEAN dalam menghadapi China
Singapura yang sebelum ini telah mendahului negara anggota lain dengan membenarkan tentera Amerika
Syarikat membina pangkalan untuk kemudahan logistik di negara berkenaan

Thailand juga dalam banyak hal 'dilihat' berpihak kepada China


Idea 5
Persaingan pengaruh kuasa besar

China menunjukkan sifat agresif dalam mendapat tuntutannya ke atas beberapa pulau di Laut China
Selatan dan China Timur

Amerika Syarikat bertindak balas dengan melebarkan kekuatan tenteranya ke rantau Asia Pasifik
bagi menyaingi pengaruh China

Strategi Pangsi Pasifik Amerika Syarikat di kawasan Asia Pasifik mewujudkan pertembungan
pengaruh yang secara tidak langsung telah merobek slogan ZOPFAN ASEAN
Idea 6
Konflik tuntutan wilayah
Tindakan Filipina yang meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingannya apabila
wujud konflik berkait dengan Pulau Scarborought. Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan
bersama dengan Filipina telah menggandakan bantuan luar kepada negara berkenaan
Amerika Syarikat yang telah mempunyai perjanjian dengan Singapura melalui kerangka strategik telah
menempatkan kapal perangnya di Singapura dalam usaha mengekang 'kehadiran berlebihan' China di rantau ini
Kesimpulan
Sesungguhnya objektif dan semangat ZOPFAN telah berjaya sekian dekad untuk mengekalkan kestabilan rantau
ini. Namun buat pertama kali ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel
apabila tidak bersedia menghadapi China dalam kerangka kesepakatan ASEAN.
Format jawapan: 3+2/2+3
JAWAPAN PENUH
Deklarasi Kuala Lumpur membawa kepada termaterainya perjanjian Zon Aman Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN) yang disepakati negara anggota ASEAN. Kepentingan perjanjian ini jelas kepada ASEAN dalam usaha
mengekalkan kestabilan rantau tersebut walaupun wujud ancaman kepada pelaksanaannya.
Slogan ini dengan jelas menonjolkan pendirian dan ketegasan ASEAN dalam usaha melindungi rantau
ASEAN daripada pengaruh kuasa besar. Dengan pendirian yang diuar-uarkan secara bersama, negara kuasa besar
khususnya, lebih berhati-hati atau tidak secara terbuka campur tangan dalam urusan dan konflik yang mungkin
berlaku di rantau ASEAN. Slogan ini seolah-olah menjadi 'sempadan' kepada negara kuasa besar dalam usaha
memperluas pengaruh mereka khususnya di rantau ini.
Permuafakatan dan pendirian ini juga menjadi batasan kepada negara anggota ASEAN dalam usaha
melindungi kepentingan negara. Negara anggota ASEAN akan lebih berhati-hati dan wujud batasan dalam
tindakan semasa membuat hubungan dengan negara kuasa besar agar tidak terperangkap dengan helah kuasa besar
untuk menempatkan pengaruh mereka. Slogan ini juga dapat mengelak daripada mengheret negara kuasa besar
secara terbuka dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel, Kemboja yang tidak terlibat dalam konflik dengan jelas berpihak
kepada China dengan menolak kesepakatan ASEAN dalam menghadapi China. Singapura yang sebelum ini telah
mendahului negara anggota lain dengan membenarkan Tentera Amerika Syarikat membina pangkalan untuk
kemudahan logistik di negara berkenaan. Thailand juga dalam banyak hal dilihat berpihak kepada China. Siruasi
berpihak ini boleh mengancam konsep yang telah disepakati.
China menunjukkan sikap agresif dalam mendapat tuntutannya ke atas gugusan pulau di Laut China Selatan
dan China Timur. Amerika Syarikat bertindak balas dengan melebarkan kekuatan tenteranya ke rantau Asia Pasifik
bagi mengekang pengaruh China. Strategi Pangsi Pasifik Amerika Syarikat di kawasan Asia Pasifik mewujudkan

pertembungan pengaruh yang secara tidak langsung telah 'merobek' slogan yang menjadi pegangan ASEAN
selama ini.
Tindakan Filipina yang meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingan apabila
wujud konflik berkait dengan Pulau Scarborough^ Amerika Syarikat yang mempunyai Perjanjian Pertahanan
Bersama dengan Filipina telah menggandakan bantuan luar kepada negara berkenaan. Amerika Syarikat yang telah
mempunyai perjanjian dengan Singapura melalui Kerangka Strategik telah menempatkan kapal perangnya di
Singapura dalam usaha mengimbangi 'kehadiran berlebihan' China di rantau ini. Siruasi ini jelas mencabar hasrat
termaterainya slogan berkenaan.
Sesungguhnya objektif dan semangat ZOPFAN telah berjaya kesekian dekad untuk mengekalkan kestabilan
rantau ini. Namun buat pertama kali ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu Kepulauan Spratly dan
Paracel apabila tidak bersedia menghadapi China dalam kerangka kesepakatan ASEAN.

CONTOH 4
Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin ialah mengaplikasikan sistem biometrik.
Namun kejayaan usaha ini turut dipengaruhi oleh faktor di luar negara. Huraikan pernyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Kelebihan sistem biometrik telah membawa kepada cetusan penggunaannya dalam meningkatkan keupayaan
negara dalam menangani kehadiran warga asing tanpa izin (PATI). Namun faktor di luar negara turut
mempengaruhi kejayaan menangani kemasukan PATI ini.
Kajayaan Menangani Kemasukan PATI
Idea 1
Kelebihan sistem biometrik

Sistem mykad menggunakan sistem ini. Diaplikasikan kepada


pengenalan warga asing yang memasuki Malaysia

Merekodkan pengenalan warga asing melalui cap jari yang dapai membezakan antara seseorang itu
dengan individu lain. Dengar mempunyai rekod cap jari, dapat dikenal pasti kemasukan wargE asing ke
negara ini sama ada melalui undang-undang yang sah atai sebaliknya

Operasi ke atas warga asing dapat disusuli dengan tindakan segera


Idea 2
Perkembangan ekonomi di negara jiran

Perkembangan ekonomi yang pesat akan mewujudkan peluang pekerjaan. Dengan peluang
pekerjaan yang wujud, kemiskinan dapa dielakkan yang akhirnya menurunkan desakan untuk berhijrah
ke negara lain bagi membaiki taraf hidup

Perkembangan ekonomi juga akan mewujudkan ruang mendapa pendidikan dengan lebih terbuka.
Akses kepada tahap pendidikai yang lebih tinggi mewujudkan mobiliti sosial kepada rakyat sesebual
negara
Idea 3
Keupayaan mewujudkan kesepakatan antara negara
Aktiviti pemerdagangan orang terus mencabar keupayaan mengawa sempadan negara. Keupayaan
mengubah taktik oleh sindike pemerdagangan orang ini menjadikan sempadan negara terui tercabar
Kerjasama risikan dan pertukaran maklumat antara dua bual negara khususnya melibatkan sindiket
pemerdagangan orang akai meningkatkan keupayaan negara mengawal pencerobohan PATI
Kerjasama antara negara akan dapat melemahkan keupayaan sindike ini memerangkap dan
mempengaruhi individu untuk dipindah k< sesebuah negara bagi tujuan mengaut keuntungan melalui
aktivit pemerdagangan orang
Idea 4
Kestabilan politik negara jiran
Kejayaan merundingkan Perjanjian Selatan Filipina telah berjayj mengurangi kemasukan rakyat
Selatan Filipina ke Sabah
Kedamaian di Acheh juga telah menurunkan kadar rentas sempadai secara haram ke Malaysia
Kurangnya konflik di Selatan Thailand juga telah menguranj kemasukan rakyat Thailand ke negara ini
kerana lari dari konflil di negara mereka
Idea 5

Kerjasama agensi pencari kerja


Tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga gagal dibayai oleh pencari kerja. Situasi ini
menyebabkan sebahagian daripads pencari kerja ini lebih cenderung mengambil jalan pintas memasuk
Malaysia secara haram
Sebahagian agensi pencari kerja di negara jiran juga turui menyeleweng dengan membantu pencari
kerja yang tidak mampt membolos diri tanpa melalui undang-undang yang sah
Idea 6
Kawalan sempadan negara jiran

Undang-undang kawalan sempadan negara jiran juga mempengaruhi kejayaan negara mengawal
kemasukan PATI

Ketegasan negara jiran dalam mengawal pergerakan keluar masuk sempadan negara turut mempengaruhi
kejayaan negara

Kecekapan sistem kawal masuk sempadan antara dua buah negara meningkatkan keupayaan negara dalam
mengawal pergerakan PATI
Kesimpulan
Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan negara dalam mengawal kemasukan PATI sama ada faktor dalam
negara mahupun faktor di luar negara. Kerjasama antara negara amat penting dalam menangani konflik merentas
sempadan ini.
Format jawapan: Idea 1 (wajib) + 4 idea lain
JAWAPAN PENUH
Kelebihan sistem biometrik telah membawa kepada cetusan penggunaannya dalam meningkatkan keupayaan
negara dalam menangani kehadiran warga asing tanpa izin (PATI). Namun faktor di luar negara turut
mempengaruhi kejayaan menangani kemasukan PATI ini.
Sistem mykad menggunakan sistem biometrik. Sistem ini diaplikasikan kepada pengenalan warga asing
yang memasuki Malaysia. Sistem ini merekodkan pengenalan warga asing melalui cap jari. Dengan mempunyai
rekod cap jari, dapat dikenal pasti kemasukan warga asing ke negara ini sama ada melalui undang-undang yang
sah atau sebaliknya. Operasi ke atas warga asing dapat disusuli dengan tindakan segera sama ada mereka
memasuki negara ini secara sah atau sebaliknya.
Perkembangan ekonomi yang pesat akan mewujudkan peluang pekerjaan. Kewujudan peluang pekerjaan,
mengurangkan kemiskinan yang akhirnya menurunkan desakan untuk berhijrah ke negara lain bagi membaiki
taraf hidup. Perkembangan ekonomi juga akan mewujudkan ruang mendapat pendidikan dengan lebih terbuka.
Akses kepada tahap pendidikan yang lebih tinggi mewujudkan mobiliti sosial kepada rakyat sesebuah negara.
Oleh itu, kemajuan negara jiran turut mempengaruhi usaha Malaysia menangani kehadiran PATI.
Keupayaan meningkatkan kesepakatan mempengaruhi usaha negara menyekat PATI. Aktiviti
pemerdagangan orang terus mencabar keupayaan mengawal sempadan negara. Keupayaan mengubah taktik oleh
sindiket jenayah pemerdagangan orang ini akan menjadikan sempadan negara terus tercabar. Kerjasama antara
negara akan dapat melemahkan keupayaan sindiket ini memerangkap dan mempengaruhindividu untuk dipindah
ke sesebuah negara bagi tujuan mengaut keuntungan melalui aktiviti pemerdagangan orang.
Kejayaan Perjanjian Selatan Filipina telah berjaya mengurangi kemasukan rakyat Selatan Filipina ke
Sabah. Kedamaian di Acheh juga telah menurunkan kadar rentas sempadan ke Malaysia secara haram.
Kurangnya konflik di selatan Thailand juga telah mengurang kemasukan rakyat Thailand ke negara ini kerana
lari dari konflik di negara mereka. Oleh itu, kestabilan politik di negara jiran juga akan mempengaruhi
kejayaan Malaysia.
Undang-undang kawalan sempadan negara jiran juga mempengaruhi kejayaan negara mengawal
kemasukan PATI. Ketegasan negara jiran dalam mengawal pergerakan keluar masuk sempadan negara turut
mempengaruhi kejayaan Malaysia. Kecekapan sistem kawal masuk sempadan antara dua negara meningkatkan
keupayaan negara dalam mengawal pergerakan PATI. Ketegasan kedua-dua pihak membantu menyekat
pergerakan di sempadan tanpa melalui undang-undang yang sah.
Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan negara dalam mengawal kemasukan PATI sama ada faktor
dalam negara mahupun faktor luar negara. Kerjasama antara negara amat penting dalam menangani konflik
merentas sempadan secara tidak sah.

CONTOH 6
Liberalisasi ekonomi merupakan antara usaha kerajaan untuk memesatkan pertumbuhan
ekonomi negara. Namun faktor-faktor luar negara juga turut mempengaruhi. Huraikan
penyataan ini.

RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Program Transformasi Ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan
perkembangan ekonomi negara terus berdaya tahan. Namun kejayaan usaha ini turut
dipengaruhi oleh kedudukan
ekonomi global.

Idea 1
Liberalisasi ekonomi

Merupakan satu pendekatan berani untuk memastikan


momentum pertumbuhan ekonomi berterusan. Beberapa aspek dalam pengurusan ekonomi
telah distrukturkan semula seperti melepaskan pegangan wajib bumiputera dalam syarikat
baharu

Kerajaan juga mengubah dasar dalam sistem perbankan yang


membenarkan pihak asing membuka bank dan cawangan di Malaysia. Tindakan ini selaras
dengan hasrat negara untuk mewujudkan keadaan mudah akses kepada pasaran modal khususnya
bagi membiayai projek pelaburan
Idea 2
Kestabilan politik serantau dan antarabangsa

Sekatan ekonomi ke atas sesebuah negara dengan tujuan untuk


menundukkan negara berkenaan kepada kehendak antarabangsa telah memisahkan negara
berkenaan dengan negara lain.

Sekatan ke atas Iran berkait dengan isu nuklear, menghentikan urusan pembelian minyak dari negara
berkenaan dan telah menyebabkan pertubuhan ekonomi menjadi negatif. Begitu juga dengan konflik gerakan
rakyat di negara-negara Arab

Keupayaan ekonomi yang terhad menjejaskan permintaan terhadap barangan Malaysia di negara berkenaan
Idea 3
Kestabilan ekonomi antarabangsa
Kemelesetan ekonomi global khususnya melibatkan kuasa ekonomi dunia turut mempengaruhi keupayaan
ekonomi negara
Sebagai contoh, kemelesetan ekonomi telah menurunkan eksport barangan keluaran negara dan seterusnya
menurunkan tingkat pengeluaran negara
Kemelesetan juga menjejaskan kekuatan ringgit dan seterusnya mengurangkan rizab asing. Rizab asing yang
lemah, menjejaskan keupayaan membiayai import
Menurunkan tahap pelaburan asing (FDI)
Idea 4
Faktor cuaca
Faktor cuaca juga turut mempengaruhi kejayaan memacukan ekonomi negara
Pemanasan global menyebabkan pengeluaran hasil pertanian sesebuah negara terjejas yang akhirnya
meningkatkan harga makanan. Peningkatan harga makanan ini akan menurunkan keupayaan ekonomi sesebuah
negara
Daya ekonomi yang rendah akan mengurang keupayaan import. Kesannya, eksport negara akan merosot
Idea 5
Kejayaan bersaing
Keupayaan memasarkan keluaran komoditi negara juga membantu memesatkan ekonomi negara
Sebagai contoh, antara faktor harga komoditi minyak sawit yang merosot ada kaitan dengan tindakan Indonesia
menurunkan cukai import kepada 19%, sedangkan cukai import Malaysia pada tahap 30%.
Dalam situasi ekonomi yang meleset, harga import yang rendah mempengaruhi keputusan dalam pembelian
barangan
Kesimpulan
Liberalisasi ekonomi merupakan salah satu usaha menyerap 'herotan' ekonomi negara agar selaras dengan
kehendak antarabangsa. Sokongan oleh situasi ekonomi yang positif dari luar meningkatkan lagi pertubuhan
ekonomi.
Format jawapan: Idea 1 (wajib) + 4 idea lain
CONTOH 7
Mendukung kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adaiah antara usaha un.uk memesatkan
ekonomi negara. Namun usaha-usaha di luar negara terus digerakkan bagi mencapai hasrc tersebut.
Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN

Pengenalan
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mewujudkan pasara yang luas kepada barangan Malaysia.
Dengan lebih 558 juta pendudul peluang meluaskan pasaran amat terbuka. Namun, Malaysia tidak seharusnya
bergantung kepada pasaran serantau semata-mata.
Langkah-langkah Malaysia
Idea 1
Perjanjian perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Membuka seluasnya pasaran keluaran negara. Gabungan pasara antara negara ASEAN mewujudkan
skala pasaran yang cukup besa

250 juta penduduk Indonesia dan 65 juta penduduk Thailan merupakan satu ruang pasaran yang cukup
selesa, ditambah denga kadar cukai minimum 5%

Wujud permintaan kepada barang tempatan, mengaktifkan ekonon pengeluaran


Idea 2
Menarik pelabur asing

Pelaburan langsung asing (FDI) amat penting dalam menggerakka projek-projek pembangunan berimpak
tinggi

Dengan kehadiran FDI, ekonomi berskala besar dapat digerakka yang akan memberi kesan besar kepada
kemajuan ekonomi negar

Kerajaan sentiasa mencari peluang dan ruang mempromosika Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang
menarik
Idea 3
Meluaskan rakan dagang dua hala (FTA)

Malaysia berusaha mensepakatkan pembukaan pasaran bagi memac pertumbuhan berterusan ekonomi.
Sebanyak 62% dagangan Malaysi dengan negara rakan FTA, keupayaan menambah bilangan raka; dagang
FTA akan meningkatkan lagi eksport

Peluasan pasaran eksport merangsang pengeluaran dalam negara merangsang aktiviti ekonomi

Kegagalan memeterai FTA dengan Amerika Syarikat tela! menjejaskan ruang memasuki pasaran di negara
berkenaan secar terbuka
Idea 4
Meningkatkan lagi kesepakatan serantau

Kesepakatan membentuk pasaran saham berintegriti (ASEAN Trading Link) melibatkan Malaysia,
Thailand dan Singapura Memudahkan urusan transaksi pasaran saham merentasi sempadai antara tiga negara.
Mengelak pengaliran keluar modal oleh pelabu dengan akses mudah dan pantas ke atas ketiga-tiga pasaran

Permuafakatan dalam menstabilkan harga getah melalui Persidangar Antarabangsa Tiga Negara
Pengeluar Utama Getah Dunia yanj turut dihadiri negara China dan India.

Idea 5
Meningkatkan lagi imej negara
Meningkatkan penerimaan antarabangsa terhadap Malaysia

Imej yang positif dari segi standard antarabangsa seperti kedudukan negara dalam penarafan amalan rasuah,
kadar jenayah dan tahap keselamatan, kemudahan mengakses modal, sistem kewangan dan perbankan dan
jaminan dalam sistem kehakiman yang kukuh membentuk aras keyakinan antarabangsa yang tinggi khususnya
para pelabur

Usaha mempromosi Malaysia di luar negara sebagaimana yang berlaku di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di
Davos, Switzerland amat berjaya atas imej positif yang sedia terbentuk
Idea 6
Meningkatkan keamanan serantau

Menggerakkan segala ruang bagi meningkatkan keamanan serantau termasuk melalui Zon Aman Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN), Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Forum Serantau ASEAN
(ARF). Keamanan ini akan menstabilkan politik serantau dan melancarkan kegiatan ekonomi

Malaysia juga berjaya memuktamadkan rundingan konflik Selatan Filipina agar keamanan yang wujud
merangsang lagi pertumbuhan ekonomi serantau
Kesimpulan
Usaha berterusan dan keupayaan diplomasi yang tinggi membantu negara untuk mengekalkan momentum
pertumbuhan ekonomi negara walaupun dunia masih tidak pulih sepenuhnya daripada kemelesetan.
Format jawapan: Idea I wajib + 4 idea lain

CONTOH 8
Selat Melaka penting dari sudut ekonomi namun wujud cabaran kepada negara dalam mengawalnya. Huraikan
penyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Selat Melaka dengan kedudukan menghubungkan laluan timur dan barat telah mewujudkan kepentingan
tersendiri untuk aliran perdagangan dunia. Namun di sebalik kepentingan tersebut, wujud konflik dalam
hubungan berjiran Malaysia dan Indonesia.
Bahagian A: Kepentingan Ekonomi
Idea 1
Jalur pelayaran terpenting

Selat Melaka menyamai kepentingan dan setaraf dengan Terusan Suez atau Terusan Panama

Kira-kira 50 ribu buah kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke timur setiap tahun

Hampir satu perlima eksport-import perdagangan dunia melalu Selat Melaka setiap tahun.
Kelancaran perdagangan dunia turn memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia
Idea 2
Nadi kepada pembangunan negara sekitar khususnya Singapura

Nadi pembangunan negara pesisir seperti Singapura amat bergantunj kepada selat ini

Pelabuhannya raenjadi antara pelabuhan entrepot terpenting duni;

Kepesatan ekonomi Singapura yang dibangunkan melalui kemajuat pelabuhannya turut


mempengaruhi kepesatan ekonomi serantau
Idea 3
Sumber perikanan dan protein

Selat ini juga membekalkan sumber perikanan dan protein


kepad, penduduk dua buah negara sama ada Malaysia atau Indonesia

Tempat pergantungan kepada nelayan dua buah negara


dalan mendapatkan sumber protein

Pendaratan ikan oleh nelayan tempatan mengurangkan


impor sumber protein ini dari luar
Bahagian B: Cabaran/Kontroversi
Idea 4
Tindakan penyelesaian dalam tuntutan sempadan

Indonesia menguatkuasakan kawasan perikanan ZEEnya


sejauh 20( batu nautika dan mewartakan undang-undang yang belum disepakat dengan Malaysia
walaupun wujud pertindihan sempadan

Pertindihan sempadan ini sering menjadikan hubungan dua


negan berjiran ini panas dingin

Tindakan agresif Indonesia yang menahan nelayan


Malaysia yanj dikatakan menceroboh sempadan perikanannya juga mewujudkar konflik kejiranan
Idea 5
Kegiatan lanun

Kegiatan lanun yang mengancam selat ini sehingga


mewujudkar ancaman kepada kelancaran kapal dagang yang melaluinya

Ancaman lanun ini telah menyebabkan Amerika Syarikat


melakukan ugutan untuk mengawal keselamatan laluan selat tersebut. Jika ini berlaku akan
mengundang kehadiran kuasa besar lain termasuk China ke kawasan ini
Kesepakatan Malaysia dan Indonesia berjaya mengurangkan ancaman lanun
Idea 6
Ancaman pencemaran

Tindakan sesetengah kapal dagang yang membuang enap


cemar dari kapal sebelum meninggalkan perairan selat berkenaan juga mewujudkan ancaman
pencemaran

Sebagai laluan yang sibuk, risiko pelanggaran kapal boleh


berlaku

Kesimpulan
Dengan pendekatan berhemah dan berhati-hati serta mengutamakan
pendekatan diplomasi dan rundingan, Malaysia berjaya
mengekalkan kestabilan dan kelancaran fungsi selat ini.

Format jawapan: 3A+2B/2A+3B


C0NT0H 9
Malaysia mengambil pendekatan 'menang menang'
dalam sebarang kontroversi
dan konflik yang timbul
dengan negara jiran. Bincangkan.

RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Pendekatan 'menang menang' telah lama menjadi pegangan Malaysia.
Jiran yang makmur akan turut memakmurkan jirannya. Banyak kejayaan
dapat dicapai dengan pendekatan ini.
Pendekatan Malaysia

Idea 1
Menjayakan segi tiga pertumbuhan oleh ASEAN

Melibatkan beberapa kawasan, iaitu di selatannya melibatkan


Singapura, Indonesia (Batam) dan Malaysia (Johor). Manakala kawasan
utaranya melibatkan Selatan Thailand dan Sumatera Utara

Kawasan pertumbuhan ASEAN Timur pula melibatkan Brunei,


Indonesia, Filipina dan Malaysia
Kerjasama ini berjaya menggerakkan kemajuan pelancongan,
perdagangan dan kemudahan infrastruktur
Idea 2
Penyerahan hak mengikut keupayaan
Pertikaian sempadan yang bertindih antara Malaysia dengan Brunei
diselesaikan dengan diserahkan kepada Malaysia untuk diusahakan projek
cari gali sumber petroleum mentah. Manakala penguasaan kawasan
berkenaan masih kekal di bawah kawalan Brunei
Atas keupayaan dan kemajuan Malaysia dalam penerokaan dan cari
gali, Malaysia diberi hak berkenaan dan mendapat hak sebagai pengusaha
tanpa Brunei melepaskan haknya ke atas kawasan berkenaan
Idea 3
Perkongsian dalam usaha sama
Penemuan minyak di kawasan perairan yang dituntut bersama
dengan Thailand, iaitu di kawasan Teluk Siam
Pendekatan 'menang menang' dengan Thailand dalam usaha cari
gali
Pendekatan ini telah memberi hasil kepada kedua-dua negara tanpa
mana-mana negara melepaskan hak masing-masing
Idea 4
Kaedah timbal balas
Isu bilateral antara Malaysia dengan Singapura diselesaikan secara
timbal balas. Malaysia menyerahkan kepada Singapura kawasan yang
menimbulkan konflik, iaitu Stesen Kereta Api Tanjung Pagar kepada
Singapura

Sebagai timbal balas kepada penyerahan ini Malaysia diberi peranan dan mendapat tender
membangun projek untuk membangunkan kawasan berkenaan
Idea 5

Kesepakatan dalam menjaga kepentingan bersama Selat Melaka ialah jalur pelayaran terpenting di
dunia menyamai kepentingan setaraf dengan Terusan Suez atau Terusan Panama

Kira-kira 50 ribu buah kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke timur pada
setiap tahun

Hampir satu perlima eksport-import perdagangan dunia melalui Selat Melaka setiap tahun.
Kelancaran perdagangan dunia turut memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia
Idea 6
Mengadakan rondaan bersama

Malaysia dan Indonesia berkonflik dalam usaha mengekalkan sempadan di kawasan perairan
Kepulauan Sulawesi yang melibatkan Kepulauan Anambas dan Natuan

Pendekatan rondaan bersama secara berjadual bagi kapal tentera laut dua buah negara telah
menyelesaikan konflik ini daripada menjadi lebih serius
Kesimpulan
Malaysia membuktikan kepada jiran serantau dan antarabangsa bahawa diplomasi dan perundingan merupakan
kaedah terbaik dalam menyelesaikan sebarang konflik yang berbangkit.

Format jawapan: Mana-mana 5 idea


C0NT0H 10
Peristiwa 'Arab Spring' telah menyebabkan kejatuhan beberapa buah kerajaan negara Arab melalui gerakan
rakyat. Seorang tokoh ekonomi berpendapat 'tiada kekuatan' yang mendasari 'Arab Spring' untuk diimport ke
Malaysia. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Peristiwa berkaitan 'Arab Spring' telah menjadi satu kajian baru daripada segi politik yang melibatkan hubungan
pemerintah dan rakyat. Kekuatan rakyat akhirnya menjatuhkan kekuatan yang dibina oleh pemerintah untuk
mengekalkan pemerintahannya.
Faktor-faktor Penyebab
Idea 1
Subsidi yang besar ditanggung negara

Kelemahan dalam ekonomi negara Arab yang terlibat. Rakyat tidak diberi ruang yang luas
mengusahakan kegiatan ekonomi, tetapi diberi subsidi oleh kerajaan

Apabila kerajaan gagal menyediakan subsidi yang cukup yang selama ini dinikmati oleh rakyat,
keadaan ini menyebabkan ekonomi merosot sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
masyarakat

Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana adanya pengurusan subsidi yang berhemah dan
sentiasa dipantau agar tidak melemahkan daya usaha rakyat dalam jangka masa panjang. Subsidi di Malaysia
lebih kepada bidang pendidikan dan kesihatan
Idea 2
Kebajikan rakyat yang rendah

Kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi, dan kadar keberhutang dalam usaha mengembangkan
kerjaya juga tinggi. Kira-kira 40 peratus rakyat Mesir hidup dalam paras kemiskinan sedangkan sesetengah
negara seperti Libya, pemimpin negaranya hidup dalam kemewahan

Contohnya, bermula dengan seorang pemuda membakar diri kerana gagal memulakan kehidupan
dalam alam pekerjaan serta tiada peluang yang disediakan oleh kerajaan, menimbulkan simpati dan kemarahan
rakyat kepada kerajaan Tunisia

Permulaan kepada kebangkitan rakyat. Tiada situasi terlalu sukar dihadapi rakyat Malaysia dalam
mendapatkan pekerjaan, terutama pekerjaan yang memerlukan kelulusan yang rendah
Idea 3
Tiada demokrasi di kebanyakan negara Arab

Demokrasi bermula setelah kejatuhan rejim Mubarak di Mesir

Pemerintah yang tidak diterima rakyat atau tiada berwibawa tidak dapat 'diturunkan'. Jalan
kekerasan digunakan dengan alasan tiada pilihan lain

Simpati dunia kepada rakyat lebih tinggi berbanding simpati kepada ketua kerajaan. Sedangkan
demokrasi di Malaysia terus subur dan ketelusan dalam pilihan raya sentiasa dibuat penambahbaikan
Idea 4
Kuasa pemerintahan didominasi tentera

Selepas selesai pilihan raya pertama di Mesir, pihak tentera masih mempunyai kerusi dalam
Parlimen. Dominasi tentera suatu amalan dalam kebanyakan negara Arab

Dominasi tentera dalam kuasa pemerintahan seolah-olah menjadi 'tiket' kepada rasa selamat
pemerintah tanpa menghiraukan perasaan dan penerimaan rakyat
Situasi ini jauh berbeza dan dilihat tiada persamaan dengan Malaysia Idea 5
Tahap pendidikan rakyat yang rendah

Tahap celik huruf yang rendah di kebanyakan negara Arab menjadikan rakyat mudah dipengaruhi.
Keupayaan rendah dalam mengakses peluang pendidikan mewujudkan rasa tidak puas hati kepada rakyat

Tahap pendidikan dilihat sebagai ruang terbaik bagi mendapat peluang ekonomi sama ada dalam
negara mahupun di luar negara

Pesatnya perkembangan teknologi maklumat mewujudkan ruang menghebahkan hal-hal yang


dinafikan pemerintah kepada rakyat.
Situasi yang tidak dapat dinafikan, peluang mendapat pendidikan ini amat terbuka di Malaysia
Idea 6
Tahap ekonomi yang rendah

Ekonomi yang digerakkan oleh negara dan wujud pergantungan kepada pakar dari negara luar


Pergantungan yang tinggi kepada keuntungan jualan minyak meletakkan negara dalam risiko
ekonomi yang tidak berkembang

Peluang ekonomi kepada rakyat terhad dengan kedudukan ekonomi yang lemah
Kesimpulan
Hubungan antara pemerintah dan rakyat yang tidak bergerak seiring mewujudkan risiko kejatuhan sebuah
kerajaan. Walaupun tiada pemangkin untuk 'mengimport Arab Spring' ke Malaysia, namun usaha
menggerakkan ke Malaysia mungkin wujud.
Format jawapan: Mana-mana 5 idea

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C


CONTOH 11
Fenomena global kenaikan harga barang mencabar keupayaan antarabangsa termasuk Malaysia untuk sekuriti
makanan. Jelaskan faktor-faktor global dan langkah yang diambil Malaysia dalam menangani fenomena ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Timbalan Ketua Pengarah FAO, pada Mac 2011 mengeluarkan kenyataan bahawa Indeks Harga Makanan
pada bulan Februari 2011 menunjukkan harga makanan dan barangan keperluan utama di seluruh dunia
mengalami kenaikan untuk tempoh lapan bulan berturut-turut. Malaysia turut menerima kesan fenomena ini.
Bahagian A: Faktor Global
Idea 1
Pemanasan global

Cuaca buruk yang melanda negara pengeluar makanan menyebabkan peningkatan harga barangan
termasuk daging, hasil tenusu, biji-bijian, gula dan minyak masak

Sebagai contoh, Rusia dan Kazakhstan mengalami musim kemarau yang panjang, manakala
Australia dan India mengalami banjir yang luar biasa sehingga menjejaskan sebahagian bekalan makanan
dunia
Idea 2
Peningkatan penduduk dunia

Krisis makanan global juga berpunca daripada peningkatan penduduk melebihi peningkatan
bekalan makanan

Peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun melebihi kapasiti pengeluaran
makanan yang hanya meningkat dua peratus setahun.

Pengedaran dan agihan makanan yang jelas terhad mengikut kemampuan sesebuah negara menambah
rumit krisis ini
Idea 3
Kemelesetan ekonomi

Mengurangkan keupayaan mendapat bekalan makanan khususnya melibatkan barangan yang diimport
menjejaskan bekalan makanan untuk agihan domestik

Kawalan sumber oleh sesebuah negara juga menambah tekanan berlaku fenomena ini. Rusia telah
melarang eksport gandum dan India menegah eksport bawang merah sehingga menyebabkan harga barangan
berkenaan naik mendadak di seluruh dunia
Bahagian B: Langkah Malaysia
Idea 4
Kawalan harga dan bekalan

Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946 adalah bagi memastikan 12 jenis bahan
makanan yang dikategorikan sebagai barangan kawalan mencukupi dan dijual pada harga munasabah

Pada musim perayaan pula 28 jenis barangan menjadi barangan kawalan. Langkah ini telah menyebabkan
harga keperluan di negara ini masih lagi yang terendah berbanding negara ASEAN lain
Idea 5
Kawalan import

Dibenarkan import barangan makanan apabila berlaku kurangan bekalan dalam negara

Kadar import ini dikawal daripada berlebihan bagi melindungi industri pertanian domestik agar terus
berdaya maju

Kaedah ini telah membantu mengekalkan bekalan dan kawalan harga daripada mendadak dan
menimbulkan krisis. Kawalan juga dapat merangsang pertumbuhan sektor pertanian negara
Idea 6
Kawalan pembelian panik
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 55

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C

Malaysia mengambil berat ten tang perlakuan pembelian panik, tindakan menyorot barangan dan
penyeludupan

Menghalang perlakuan dan aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengelak bekalan makanan
berkurangan secara mendadak. Situasi yang menimbulkan kegusaran dan menyebabkan krisis harga makanan berlaku
Idea 7
Memperkasakan sektor pertanian

Dasar kerajaan meningkatkan pelaburan dan R&D dalam bidang pertanian akan meningkatkan lagi
keupayaan sekuriti makanan negara

Slogan 'pertanian ialah perdagangan/kekayaan' bagi menarik penglibatan masyarakat khususnya golongan
yang berpendidikan dan profesional
Kesimpulan
Keupayaan negara mengawal stok makanan, pengagihan dan memastikan sumber bekalan sentiasa mencukupi telah
mengelak negara ini dari dilanda krisis kenaikan harga yang serius. Faktor-faktor di luar kawalan
memerlukan kerjasama antara negara.
Skema jawapan: 3A+2B/2A+3B
CONTOH 12
Isu Kepulauan Spratly dan Paracel, dan dua pulau di Laut China Selatan bukan sahaja menjejaskan
kestabilan politik malah kestabilan ekonomi serantau. Bincangkan penyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Kepulauan Spratly dan Paracel dituntut oleh China atas kaitan sejarah. Undang-undang Laut Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE) pula menjadi alasan dan ruang kepada Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan
untuk menuntut beberapa gugusan kepulauan berkenaan. Konflik tuntutan ini telah memberi kesan ke atas
politik dan ekonomi serantau termasuk Malaysia.
Bahagian A: Konflik Politik
Idea 1
Tuntutan bertindih beberapa buah negara

Gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel ini mewujudkan konflik kerana dituntut oleh empat
buah negara ASEAN, iaitu Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam. Taiwan juga menyertai ASEAN dan
menuntut antara gugusan kepulauan ini

Keseluruhan kepulauan ini j uga dituntut oleh China. Konflik berlaku apabila China gagal
mematuhi Deklarasi Tatacara Pihak Berkenaan di Laut China Selatan yang ditandatangani bersama ASEAN
pada tahun 2002.

Tindakan agresif antara China dengan dua anggota ASEAN tersebul berisiko menjadi krisis lebih
besar
Idea 2
Mengundang kehadiran kuasa besar

Setiausaha Negara Amerika Syarikat menegaskan semasa Persidangan Keselamatan Serantau


(ARF) di Hanoi 2010 bahawa Laut China Selatan perlu bebas daripada sebarang konflik

Tindakan agresif tentera laut China terhadap Filipina berkaii dengan Pulau Scarborough antara
pulau dalam gugusan Spratl) mengundang penglibatan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat telah
menggandakan bantuan luar kepada Filipina bagi meningkatkar keupayaan tentera Filipina

Situasi ini telah mewujudkan konflik ancaman pertembungan kuase besar bersabit tuntutan
bertindih ke atas kedua-dua pulau ini
Idea 3
Mendorong peningkatan drastik perbelanjaan angkatan tentera

Konflik Spratly dan Paracel telah mempengaruhi negara terliba meningkatkan perbelanjaan
pertahanan daripada Keluaran Dalarr Negara Kasar (KDNK)

Peningkatan perbelanjaan pertahanan ini boleh mendorong perlumbaan senjata oleh kuasa besar di
rantau ini
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 56

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C


Bahagian B: Konflik Ekonomi
Idea 4
Kemelesetan ekonomi serantau

China bersedia menggunakan kuasa ekonomi yang dimiliki dalam meningkatkan keupayaan
tuntutannya. China mempunyai pasaran ekonomi yang besar

Tindak balas bersifat ekonomi ke atas Jepun yang disokong bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat
telah membantutkan pemulihan ekonomi Jepun

Kemelesetan ekonomi Jepun mengurangkan dagangan dan pelaburan Jepun ke negara anggota
ASEAN. Hal ini telah menjejaskan keupayaan ekonomi sebahagian negara anggota ASEAN
Idea 5
Kemerosotan eksport

Ketegasan Filipina yang membuat rondaan ke atas pulau yang dituntut serta membawa isu tuntutan
bertindih Kepulauan Spratly dan Paracel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menimbulkan kemarahan
China

105 buah kontena pisang yang dieksport Filipina tersadai di pelabuhan China kesan tindak balas China
yang memperketat undang-undang import

Eksport sarang burung Walit Malaysia turut menjadi mangsa tindak balas China terhadap tuntutan
Malaysia mempertahan status quo kedudukan dua gugusan pulau berkenaan
Idea 6
Menjejas industri pelancongan

Pasaran pelancongan kebanyakan negara ASEAN adalah dari negara China

Dalam meningkatkan tuntutan dan menyelesaikan konflik dengan Filipina yang bertegas mengawal
kepulauan yang dipertikaikan, China dikatakan telah mencegah rakyatnya daripada melawat Filipina

Konflik China dengan Filipina dan Vietnam telah menjejaskan industri pelancongan Filipina
Kesimpulan
Tindakan berhemah dan diplomasi Malaysia dalam menangani konflik pertindihan dan tindak balas China,
hubungan dua buah negara masih pada tahap terbaik. Malah Malaysia dan China telah meningkatkan hubungan dua
buah negara kepada hubungan strategik. Skema jawapan: 3A+2B/2A+3B
CONTOH 13
Perjanjian Perdagangan Dua Hala (FTA) penting dalam menghadapi persaingan global. Namun kejayaannya masih
bergantung kepada keupayaan pengeksport negara. Bincangkan.
Pengenalan
Prestasi eksport mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan seterusnya Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) sesebuah negara. Perjanjiari Perdagangan Dua Hala (FTA) dengan banyak
negara memperluas eksport negara dan telah membantu Malaysia dalam merangsang
pertumbuhan ekonominya
Bahagian A: Kepentingan
Idea 1
Tarif yang lebih rendah

Melalui platform Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dapat membantu


Malaysia meningkat eksport termasuk ekspor barangan pertanian melalui penghapusan dan
pengurangan dut import serta halangan bukan tarif

Kadar peningkatan eksport Malaysia ke pasaran negara yanj menandatangani


perjanjian perdagangan meningkat berganda. Tari yang rendah menandakan tiada sekatan ke atas
suatu barangan olel sesebuah negara
Idea 2
Akses pasaran yang lebih baik

FTA membolehkan barangan negara bersaing kerana dengan tari yang rendah atau
ketiadaan duti import, harga barangan menjad lebih rendah

Harga yang rendah akan mempengaruhi permintaan terhada] barangan keluaran


negara. Kos yang rendah membuatkan penggun beralih kepada hasil keluaran negara
Idea 3
Pasaran yang besar
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 57

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C

Kira-kira 62% nilai dagangan Malaysia melibatkan hubunga dagangan dengan negara
yang menandatangani FTA dengan Malaysia

Dengan kos yang lebih rendah dan tiada sekatan dagangan, pasaran terbuka luas dan
kompetitif

Pengenalan dan promosi sesuatu barangan di negara berkenaan menjadikan pasaran


begitu terbuka kerana sesetengah negara menjadi pusat kemasukan barangan keluaran negara
kapada negara lain
Bahagian B: Keupayaan Pengeksport Tempatan
Idea 4
Meningkatkan mutu supaya kompetitif

Walaupun pasaran terbuka luas, tetapi keupayaan pengeluar atau pengeksport negara
yang terhad akan membatasi kemasukan barangan ke negara berkenaan

Keupayaan pengeluar meningkatkan mutu barangan dengan kos yang kompetitif akan
meningkat permintaan terhadap barangan
Idea 5
Mengurangkan kos pengeluaran

Daya saing barangan negara mesti ditingkatkan. Penggunaan


teknologi dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran atau menurunkan kos

Kos yang lebih rendah dan keupayaan memenuhi permintaan mewujudkan kelebihan kepada daya saing

Keupayaan dan kepekaan kepada keperluan teknologi semasa menjadi kekuatan kepada pengeluar
merebut pasaran yang terbuka
Idea 6
Mengadakan kerjasama dengan pengusaha negara terlibat

Selain penggunaan teknologi, keupayaan pengeluar tempatan merebut dan mencipta peluang juga dituntut

Peluang mengadakan usaha sama dengan negara terbabit dan akhirnya barangan tersebut dieksport ke
negara berkenaan merupakan suatu peluang yang harus dicipta

Peluang mengadakan usaha sama di negara berkenaan juga satu peluang yang perlu diterokai. Pengusaha
tempatan perlu merebut
peluang ini
Kesimpulan
AFTA meningkatkan peluang meluaskan pasaran. AFTA membantu menjalankan perniagaan dengan kos yang
rendah. Peluang ini mesti direbut dan diterokai oleh pengusaha tempatan.
Skema jawapan: 3A+2B/2A+3B
CONTOH 14
Masyarakat Rohingya dinafikan hak kerakyatannya. Penafian hak dan penindasan ke atas masyarakat ini boleh
membangkitkan penentangan dan tindak balas di luar jangka yang berisiko mewujudkan ancaman kepada kestabilan
serantau. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Etnik Rohingya telah dinafikan hak kerakyatan. Di samping itu, mereka menjadi korban keganasan etnik dan
penindasan oleh kerajaan sendiri. Kesan negatif yang mengancam kestabilan rantau ini boleh berbangkit daripada
situasi ini.
Isu-isu Berbangkit

Idea 1
Peningkatan bilangan pelarian
Negara Thailand dan Malaysia antara negara yang akan menanggung beban menampung etnik ini yang
menyeberangi sempadan lari daripada keganasan di negara mereka

Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 58

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C

Kewujudan jumlah pelarian yang besar dalam tempoh yang lama mewujudkan situasi yang boleh
menggugat keharmonian dalam kalangan anggota ASEAN. Kira-kira 30 000 orang dikatakan telah menyeberang
sempadan menjadi pelarian di Malaysia

Situasi tidak 'selesa' dengan Myanmar akan wujud


Idea 2
Isu kemanusiaan
Kegagalan Myanmar melindungi rakyatnya daripada kekejaman sesama etnik dan sikap pihak
tentera yang tidak melindungi etnik ini telah mewujudkan korban kemanusiaan
Konflik kemanusiaan ini mencabar kewibawaan ASEAN dan boleh menggugat kesepakatan ASEAN
yang telah mengisytiharkan Deklarasi Hak Asasi ASEAN
Idea 3
Kewujudan kumpulan ekstrem
Penindasan ke atas etnik Rohingya boleh mempengaruhi wujudnya kumpulan ekstrem. Gerakan
ekstrem merupakan satu kecenderungan pihak yang tertindas untuk memperjuangkan hak yang dinafikan
Kewujudan kumpulan begini berisiko dipengaruhi oleh kumpulan pengganas sedia ada
Risiko etnik ini bertindak seperti lanun Somalia juga tidak boler dipandang ringan
Idea 4
Mewujudkan konflik agama
Sekiranya wujud tindak balas oleh etnik Rohingya yang melibatkai unsur keganasan, maka ia
cenderung untuk dilabelkan sebaga keganasan agama
Keganasan ini meningkatkan lagi perasaan anti Islam atai Islamofobia. Siruasi ini yang akhirnya
boleh membangkitkar sentimen dan konflik keagamaan
Idea 5
Menjejas kesepakatan ASEAN
Kesepakatan ASEAN telah tercabar dengan isu Kepulauan Spratly Kemboja dilihat menyebelahi
pilihan China, Laos dan Thailanc tidak menyuarakan pendirian, manakala negara anggota ASEAN lain mahu
isu berkenaan diselesaikan dalam kesepakatan ASEAr>
Isu etnik Rohingya sekiranya gagal ditangani, boleh menjadi isi kedua yang boleh menggugat
kesepakatan ASEAN yang selaim ini menjadi benteng kepada keharmonian serantau
Kesimpulan
Hak etnik Rohingya mesti dibela dan tidak boleh dibiarkan tanpt terbela sama ada oleh kerajaan Myanmar
mahupun oleh komuniti ASEAN. Membiarkan etnik ini tanpa pembelaan akan mendatang masalah kepada
keharmonian serantau.
Format jawapan: Mana-mana 5 idea
CONTOH 15
Dalam menghadapi tindakan agresif China berkaitan isu Kepulauar Spratly dan Paracel, kesepakatan antara
Malaysia dan anggota negara ASEAN lain tidak sepatutnyatergugat, malah seharusnyamengutamakar
pendekatan melindungi kepentingan bersama. Bincangkan.

RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Buat pertama kalinya negara anggota ASEAN gagal mencapai kata sepakat. Dalam konflik Kepulauan Spratly dan
Paracel, Kemboja seolah-olah menyebelahi China yang mahu diselesaikan secara bilateral. Manakala Malaysia,
Filipina, Brunei dan Vietnam mahukan isu ini dijadikan isu bersama oleh anggota ASEAN. Keadaan ini memberi
kesan kepada kekuatan ASEAN.
Bahagian A: Kesan Ketidaksepakatan ASEAN
Idea 1
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 59

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C


Melemahkan kuasa rundingan

ASEAN berjaya memuafakatkan banyak perkara dengan semangat ASEAN khususnya dalam aspek
politik dan ekonomi

Pelancaran Kerjasama Perundingan Ekonomi Serantau (RCEP) atau ASEAN + 6 yang melibatkan China,
Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand merupakan kejayaan terbaru ASEAN

RCEP merupakan blok ekonomi terbesar di dunia dengan penguasaan 50 perarus jumlah pasaran
dagangan dunia. Kesepakatan ASEAN menjadi kekuatan rundingan ini
Idea 2
Ruang campur tangan pihak berkepentingan

Kegagalan ASEAN menyepakati isu yang berbangkit akan dilihat sebagai ruang untuk campur tangan
oleh kuasa besar

Keadaan ini dinanti-nantikan oleh Amerika Syarikat bagi meluaskan pengaruh di rantau ini bagi
mengimbangi pengaruh China
ASEAN yang tidak sepakat, boleh menjejaskan kestabilan serantau
Idea 3
Menjejaskan permuafakatan yang belum dimuktamadkan

Agenda penting ASEAN menjelang 2015 adalah menjadikan ASEAN sebagai satu komuniti

Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan menjadikan ASEAN sebagai pasaran ekonomi tunggal
sebagaimana Kesatuan Eropah (EC), kejayaan membentuk AEC bergantung kepada semangat permuafakatan
ASEAN

Mengekalkan suasana tidak sepakat akan menjejaskan hal-hal yang belum dimuktamadkan
Bahagian B: Langkah Menangani Konflik
Idea 4
Mengekalkan status quo

Kegagalan merundingkan suatu yang baru, bermakna gagal mencapai kesepakatan untuk merubah
keadaan yang sedia ada

ASEAN harus menuntut agar keadaan yang sedia ada dikekalkan agar kegiatan dan aktiviti yang
dilakukan oleh pihak lain tidak dicurigai oleh mana-mana pihak

Status quo ini akan mengekalkan kestabilan yang dinikmati sebelum ini
Idea 5
Melindungi kedudukan ekonomi negara anggota

Setiap langkah yang diambil akan mewujudkan tindak balas oleh pihak yang kedua. ASEAN seharusnya
mencari langkar mengutamakan rundingan secara berterusan, bukannya tindak balas bersendirian

Langkah Filipina yang dilihat 'mencabar' kekuasaan China telat menyebabkan eksport hasil pertanian
negara berkenaan ke Chins terjejas kesan tindak balas China

Sektor pelancongan Filipina juga terjejas dengan larangan kerajaar China menyekat rakyatnya melawat
Filipina
Idea 6
Mengeksploitasi bidang lain yang boleh disepakati

Malaysia berjaya 'mengetepikan' konflik perebutan dengan menerok; bidang lain yang boleh disepakati
dengan China khususnya bidam pelaburan dan perdagangan

Sebagai contoh, pelancaran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCK1P) di Gebeng,


Kuantan melibatkan pelaburan RM10 bihon yang menawar 8500 peluang pekerjaan

Kejayaan menyepakati peluang lain akan 'mengendurkan' sediki isu dan konflik yang berbangkit antara
dua buah negara
Kesimpulan

Kesepakatan mewujudkan kekuatan dalam tindakan. Mengutamakar kata sepakat, menolak pendirian
untuk berpihak. ASEAN seharusnyt tidak lari daripada matlamat awal yang telah membawa kemakmurar dan
kesejahteraan hidup serantau.

Format jawapan: 3A+2B/3A+3B


CONTOH 16
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 60

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C


Walaupun tiada kuasa dalam melaksanakan keputusan, penubuhar Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC)
tetap penting dar wuiud rasional di sebalik penubuhannya. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) ditubuhkar pada tahun 2007 untuk membawa ke muka
pengadilan mereka yang bertanggungjawab menyerang negara lain atau menzalimi suatu bangsa Walaupun tiada
kuasa atas keputusan yang dikeluarkan, tetap wujuc rasional di sebalik penubuhannya.
Bahagian A: Kepentingan
Idea 1
Membuka mata dunia atas kezaliman kuasa besar
Pihak kuasa besar dunia sering kali membuat perhitungan tanpa merujuk kepada PBB

Serangan ke atas Iraq dan Afganistan tanpa restu PBB. Alasan serangan juga sengaja diadakan. Jelas
tiada senjata pemusnah besar-besaran vang ditemui sehingga Iraq menjadi mangsa kezaliman tipu helah kuasa besar

Kewujudan KLWCC menzahirkan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat dua buah negara berkenaan
Idea 2
Mengenakan hukuman moral

Dengan adanya perbicaraan, yang bersalah dibicarakan dan segala bukti dan fakta dizahirkan

Perbicaraan yang dijalankan memenuhi standard mahkamah keadilan dunia

Kemajuan ICT dan dihadiri oleh pihak dari seluruh dunia termasuk rakyat Amerika Syarikat dan
Britain semasa perbicaraan dijalankan akan menyebar fakta sebenar

Sekiranya didapati bersalah secara moral pemimpin yang didakwa telah melakukan jenayah
Idea 3
Orientasi pemikiran masyarakat

KLWCC telah merubah orientasi pemikiran masyarakat bahawa perang adalah jenayah

Masyarakat sesebuah negara akan menilai tahap moral pemimpin mereka yang cenderung menggunakan
senjata sebagai penyelesaian

KLWCC dilihat sebagai rintis kepada kewujudan dunia yang menolak perang sebagai jalan penyelesaian
kepada konflik
Bahagian B: Rasional Penubuhan KLWCC
Idea 4
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak bebas

TCC dikuasai oleh kuasa besar tertentu. ICC dilihat digerakkan oleh 'tangan' tertentu dalam menentukan
pendakwaan atau menolak aduan oleh pihak yang menjadi mangsa

Wujud double standard dalam melakukan pendakwaan. Sekiranya melibatkan pihak Barat dan
menjejaskan kepentingan mereka, kewujudan bukti diabaikan. Tragedi depleted uranium di Iraq walaupun cukup
bukti pembabitan kuasa besar, namun tiada pendakwaan digerakkan oleh mahkamah ini

Pihak kuasa besar mempengaruhi proses pendakwa raya, melantik hakim dan menjatuhkan hukuman.
Jenayah kemanusiaan di Sudan diberi perhatian dengan waran tangkap ke atas Presidennya, kekejaman Israel
dibiarkan tanpa kesudahan
Idea 5
Tiada pembelaan ke atas mangsa perang

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perang dan kesan perang Iraq, bahawa
wujud jenayah perang, namun tiada responsif daripada ICC

Laporan PBB berkenaan tidak diberi maklum balas dan akhirnya tiada pembelaan ke atas mangsa

Rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel tida mendapat pembelaan sehingga kini
walaupun tanah air merek setiap hari dirampas
Idea 6
Tiada penyatuan dalam menentang ketidakadilan

Kuasa besar bebas melakukan keputusan mereka walaupun wuju badan yang membuat keputusan
pada peringkat tertinggi
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 61

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C

PBB disanggah dan dipermainkan. Apabila kepentingan kuasa bes* terjejas, PBB menjadi alat
mencapai matlamat

Usaha mendemokrasikan PBB masih jauh daripada berjaya. KLWG menghimpun kelemahan dan
kekurangan berkenaan denga mendedahkan tembelang kuasa besar
Kesimpulan
Kewujudan KLWCC merupakan langkah berhemah tanpa kekerasa dalam menentang kekerasan dan
kezaliman. Majoriti senyap aka bersuara apabila naluri dan jiwa mereka disentuh dengan papara kekejaman
dan keganasan perang.
Format jawapan: 3A+2B/2A+3B
CONTOH 17
Wujud fenomena yang semakin jelas adanya gerakan anti Islai khususnya di Barat. Malaysia telah mengambil
inisiatif tertentu dalar menangani cabaran Islamofobia ini. Jelaskan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyuarakan kebimbanga berhubung kenyataan retorik anti Islam
semasa kempen piliha raya Parlimen dan Presiden Amerika Syarikat dan beberapa bua negara Eropah. Satu
fenomena yang boleh menimbulkan kegelisahai kepada masyarakat global. Pendekatan khusus perlu diambil
bag menanganinya.
Bahagian A: Fenomena yang Wujud
Idea 1
Kemenangan parti sayap kiri di Barat

Parti yang radikal ini mengukuh kedudukan di Parlimen banyal negara Eropah selain menambah
bilangan kerusi dalam Parlimei Amerika Syarikat

Parlimen Austria, Bulgaria, Denmark, Hungary, Sweden, Perancii dan Parlimen Eropah
memperlihatkan kecenderungan menyokonj golongan yang memperlihatkan sikap agresif kepada amalan dar
penganut agama Islam

Satu fenomena yang boleh menggugat keharmonian hidup beragama dan bernegara
Idea 2
Peningkatan sokongan kepada kumpulan pelampau anti Islam

Kumpulan pelampau berhaluan kanan anti Islam seperti Liga Pertahanan Inggeris (EDL) di Britain
dan Casa Pound di Itali juga semakin mendapat sokongan ramai

Sokongan masyarakat ini akan membina pengaruh kepada kumpulan berkenaan dan membawa
kepada pembentukan banyak lagi kumpulan sebegini

Kumpulan ini berkongsi agenda anti Islam yang mengancam masyarakat Islam daripada
mengamalkan ajaran Islam, dengan ini meningkatkan lagi kemungkinan diskriminasi terhadap agama
Idea 3
Gerakan anti Islam di Amerika Syarikat (AS)

Calon Presiden AS semasa pilihan raya pusingan awal meluahkan bahawa undang-undang syariah
merupakan satu ancaman kepada kebebasan hidup di Amerika Syarikat

Kenyataan lebih keras oleh seorang calon Presiden AS (Rick Perry) bahawa Turki diperintah oleh
pengganas Islam dan perlu disingkirkan juga mendapat reaksi tidak menyenangkan mesyarakat Islam
antarabangsa

Fenomena menggunakan Islamofobia sebagai kempen politik bagi mendapat undi di AS dan Eropah
boleh menggugat kehidupan pelbagai etnik dan anutan dalam satu negara
Bahagian B: Inisiatif Malaysia
Idea 4
Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam

Dialog ini membuka mata dan fikiran sebahagian masyarakat Barat bahawa setiap agama termasuk
agama Islam menyeru dan menganjur kepada kebaikan dan amalan baik
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 62

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C

Keganasan yang melibatkan orang Islam bukan kerana ajaran agama, tetapi bawaan ekstrem dalam diri
kumpulan berkenaan. Semua keganasan yang berlaku, tidak semua melibatkan orang Islam
Siri dialog ini termasuk siri ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur meningkatkan kefahaman Barat
terhadap Islam
Idea 5
Menonjolkan amalan di Malaysia
Walaupun Malaysia mengangkat diri dan diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, namun penganut agama
lain dapat hidup dengan aman dan rukun di Malaysia
Amalan agama lain diiktiraf dan dilindungi oleh undang-undang dan dihormati oleh penganut agama
Islam
Satu situasi yang menggambarkan tiada ekstremisme pada agama dan penganut agama Islam di
Malaysia. Keharmonian hidup beragama di Malaysia menjadi bukti ekstremisme tidak boleh dikaitkan dengan
agama
Idea 6
Gerakan Kesederhanaan Global
Malaysia mencetuskan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bagi mengorientasikan semula
pendekatan menangani konflik dalam kalangan masyarakat antarabangsa
GMM sebagai dimensi baru kepada amalan dasar luar Malaysia, bagi mempengaruhi masyarakat dunia
bagi mengelak pendekatan ekstrem dalam menyelesaikan konflik termasuk konflik melibatkan fanatik agama
Pendekatan keganasan bukan jawapan kepada tindakan ganas, termasuk tanggapan ganas yang dilabel
kepada Islam
Kesimpulan
Kesediaan penganut Islam untuk membetulkan segala tanggapan buruk tentang Islam akan turut mempengaruhi
sentimen Islamofobia. Kesederhanaan dalam tindakan cerminan kepada pemikiran, rasional dalam tindakan.
Format jawapan: 3A+2B/2A+3B
CONTOH 18
Hubungan Malaysia-China kini bergerak daripada hubungan dagangan kepada hubungan strategik. Jelaskan
rasional peningkatan hubungan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Keupayaan meningkatkan hubungan dengan negara lain dalam pelbagai aspek sehingga mencapai tahap
hubungan yang strategik merupakan bentuk hubungan dimensi baru dalam dasar luar sesebuah negara. Malaysia
turut mengatur hubungan yang strategik dengan pelbagai negara khususnya negara kuasa besar.

Rasional Hubungan Malaysia dengan China


Idea 1
Kemelesetan ekonomi global
Ekonomi Amerika Syarikat masih belum pulih sepenuhnya. Pertumbuhan ekonomi Jepun jatuh ke tahap paling
rendah dalam satu dekad. Krisis kewangan Kesatuan Eropah menggugat pakatan ekonomi tunggal tersebut
Kemelesetan ekonomi global ini menjatuhkan keupayaan eksport negara dan secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan keluaran dalam negara
Dalam pada itu, ekonomi China terus bertahan dan bakal mengambil alih peranan Amerika Syarikat. Oleh itu,
meningkatkan hubungan dagang dengan China akan meningkatkan daya eksport negara
Idea 2
Pasaran China yang besar

Dengan jumlah penduduk terbesar dunia, pasaran China amat besar untuk dikongsi oleh Malaysia

Pada tahun 2012, dilihat dari segi nilai dagangan China mengatasi
Amerika Syarikat. Dagangan Amerika Syarikat mencatatkan nilai US$3.82 trilion, manakala eksport dan import
China bernilai US$3.87 trilion. Lebihan dagangan China sebanyak US$231.1 bilion

Banyak negara beralih kepada China sebagai rakan dagangan. Oleh itu, peningkatan
hubungan Malaysia dengan China menepati masa dan situasi
Idea 3
Mengalih konflik Kepulauan Spratly
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 63

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C

Ketegangan dengan China dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel


dapat diredakan melalui hubungan yang lebih erat

Banyak peluang pelaburan dapat diterokai bersama antara dua negara. Dengan dapat meneroka bidang
yang boleh dikongsi bersama, tindakan mengetatkan peraturan ke atas barangan eksport
Malaysia seperti ke atas eksport sarang burung walit dapat dielakkan

Malaysia tidak seharusnya menjadi mangsa kepada tindakan ekonomi China sebagaimana Jepun dan
Filipina ekoran ketegangan berhubung perebutan pulau yang dipertikai
Idea 4
Kesediaan China

China dalam menghadapi provokasi kuasa oleh Amerika Syarikat yang cuba menempatkan kembali
pengaruhnya di rantau ini
memerlukan sahabat. Situasi ini sepatutnya disambut oleh Malaysia

Pendekatan Malaysia dalam meningkatkan hubungan dengan China lebih kepada urusan dagangan,
pelaburan dan sosial

Hubungan ini tidak menjadi Malaysia 'dilihat' menyebelahi China atau menyokong kedudukan China
dalam menghadapi Amerika Syarikat
Idea 5
Wujud cabaran dalam hubungan dua hala

Dalam memajukan industri pelancongan, pasaran pelancong dari China amat penting kepada Malaysia
dan banyak negara

Kemasukan pelancong China turut diambil kesempatan oleh sindiket pemerdagangan orang. Suatu 'kos'
yang terpaksa ditanggung oleh negara

Dengan meningkatnya hubungan dengan China, banyak kerjasama dapat dibentuk. Sebagai contoh,
pembentukan kumpulan kerja antara Malaysia dengan China telah menggerakkan kerjasama dalam menangani
jenayah rentas sempadan, pemerdagangan orang, penyeludupan dan sebagainya
Idea 6
Hubungan sosial yang terjalin

China bersedia membuka universiti pertama di Malaysia menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Satu
kemajuan kepada negara dalam penyediaan peluang pendidikan bertaraf antarabangsa

Selain keterbukaan China menerima pelajar Malaysia dan dua buah universitinya menawarkan kursus
bahasa Melayu, pembukaan universiti China di Malaysia membuka lembaran baru dalam hubungan dua negara

Pertukaran budaya antara dua negara meningkatkan industri pelancongan termasuk pelancongan
kesihatan
Kesimpulan
Walaupun wujud konflik dari satu sudut, tetapi konflik berkenaan tidak
seharusnya mengikat Malaysia untuk tidak meneroka bidang lain yang
boleh menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Format jawapan: Mana-mana lima idea
CONTOH 19
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mula mempengaruhi
masyarakat dunia, tetapi
menghadapi
cabaran untuk momentum
seterusnya. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang dicetuskan Malaysia berhasrat
mengorientasi semula pemikitan masyarakat antarabangsa dalam mengurus konflik
sama ada konflik dalam negara mahupun antara negara. GMM mula
mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia walaupun wujud cabaran
dalam meneruskan momentum.
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 64

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C


Bahagian A: Keupayaan Mempengaruhi
Idea 1
Penerimaan punca pertentangan/ekstremis

Sebilangan masyarakat antarabangsa mula menerima bahawa


pertentangan dan konflik bukan antara Islam dengan bukan Islam, bukan
antara negara maju dengan negara membangun

Wujud pertentangan antara golongan yang bersikap sederhana


dengan golongan ekstrem

Oleh itu, nilai kesederhanaan dapat mengelak ketegangan dan


konflik
Idea 2
Pendekatan kesederhanaan dalam menghadapi gerakan rakyat

Malaysia sering menjadikan pentas antarabangsa dalam membuka


mata banyak pihak bahawa keganasan bukan sahaja dilakukan oleh
penganut agama Islam juga oleh penganut agama lain

Kelantangan Malaysia ini mula diterima bahawa keganasan tidak


boleh dikaitkan dengan agama. Penentangan yang dilakukan oleh
masyarakat yang beragama Islam di sesuatu kawasan, bukan kerana agama
Islam yang menuntut tindakan kekerasan tetapi kerana penindasan yang
berlaku ke atas mereka

Oleh itu, konflik yang dihadapi dengan mana-mana kumpulan sama


ada kumpulan Islam atau kumpulan lain tidak boleh diselesaikan dengan
keganasan tetapi kesederhanaan
Idea 3
Pendekatan mengurus konflik

Matlamat tersirat di sebalik gerakan GMM ialah pendekatan mengurus konflik

GMM menentang keras ekstremisme dalam mendepani sesuatu konflik. Ini bermakna kaedah
menggunakan kekerasan dan keganasan bukan cara menghadapi konflik

Kaedah dalam menamatkan konflik di Selatan Filipina membuktikan keberkesanan pendekatan


kesederhanaan
Bahagian B: Cabaran Malaysia Menggerakkan GMM
Idea 4
Kewujudan pelbagai gerakan

Gerakan pengganas antarabangsa, pertubuhan sulit dan fraterniti, dana kewangan antarabangsa,
syarikat multinasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menaja suatu gerakan yang menggunakan
kaedah social forces

Dunia era globalisasi ini memberi kelebihan kepada penaja gerakan ini

Kelibat social forces atau pihak ketiga ini bergerak sebagai tidak berpihak atau neutral sehingga
sukar dikesan. Situasi hari ini bukan lagi melibatkan ancaman dari sebuah negara ke atas negara lain kecuali
Israel, tetapi gerakan sulit yang dikendalikan pihak ketiga
Idea 5
Perubahan dalam gerakan keganasan

Peneraju kepada gerakan keganasan ini tidak terlibat sama dalam aktiviti keganasan tetapi
berpangkalan di luar sempadan

Pemimpin gerakan ini tidak jemu menawarkan segala bentuk bantuan dan pertolongan kepada rakyat
tempatan untuk menjatuhkan kerajaan di negara mereka sendiri

Senario Arab Spring yang melanda dunia Arab dan rantau Asia Barat jelas dikatakan didalangi
kumpulan ini yang ingin menjatuhkan pemerintahan secara keganasan. Senario yang sama melibatkan gerakan
'Reformasi' dan 'Bersih' di Malaysia
Idea 6
Eksploitasi Islamofobia

Fenomena menggunakan sentimen Islamofobia sebagai kempen politik mendapat undi di Amerika
Syarikat dan Eropah boleh membawa kepada keganasan antara agama dan antara kaum
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 65

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C

Sesebuah negara menyokong atau 'mendiamkan diri' terhadap tindakan negara lain ke atas rakyat
mereka sendiri walaupun jelas berlaku diskriminasi agama

Gerakan 'Islamofobia' sehingga bersifat ganas seolah-olah mendapat restu banyak pihak
Kesimpulan
Kaedah kekerasan akan mewujudkan tindak balas lebih keras. Kesederhanaan dapat mengendurkan
penentangan, membuka jalan perundingan.
Format jawapan: 3A+2B/2A+3B
CONTOH 20
Selain telah berjaya mewujudkan lebih banyak Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf antarabangsa,
Malaysia juga menunjukkan keupayaan untuk muncul sebagai hab pendidikan dunia. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Sektor pendidikan tinggi negara telah berkembang pesat sejak dekad ini dan juga sedang bergerak pantas untuk
menjadi hab pendidikan kerana kecemerlangannya di rantau Asia. Banyak aspek dapat dibuktikan tentang
keupayaan negara untuk muncul sebagai hab pendidikan dunia.
Keupayaan Malaysia sebagai Hab Pendidikan Dunia
Idea 1
Kewujudan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta

Penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bertaraf antarabangsa
membuktikan keupayaan Malaysia. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) tidak mampu menampung
kehadiran dan kemasukan pelajar khususnya melibatkan pelajar asing

Dengan keupayaan menubuhkan IPTS seperti Universiti Lim Kok Wing bukan sahaja dapat menarik
pelajar asing tetapi dapat menampung kehadiran mereka

Situasi ini menjadi penggerak kepada pencapaian sebagai hab pendidikan dunia
Idea 2
Kehadiran pelajar asing yang ramai

Kehadiran 93 000 orang pelajar asing daripada 100 buah negara pada tahun 2012 membuktikan
keupayaan Malaysia dalam menarik kemasukan pelajar asing ke negara ini

Malaysia kini adalah negara pengeksport perkhidmatan pendidikan ke-11 terbesar di dunia.
Kejayaan ini selaras dengan usaha kerajaan memperkukuhkan daya saing dan memperjuangkan jenama
pendidikan antarabangsa Malaysia

Perkembangan ini membuktikan keupayaan Malaysia mencapai hasrat sebagai hab pendidikan dunia
Idea 3
Mengemas kini permohonan dan pemprosesan kemasukan

Keupayaan menubuhkan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global telah berjaya mengurus dan
memudahkan khidmat proses visa pelajar luar

Kewujudan portal permohonan dan pendaftaran secara talian melalui Malaysia Education Online
(Mcdo) juga telah berjaya mendaftar 7000 orang pelajar pada tahun 2010

Malaysia bersedia menerima kehadiran pelajar asing secara talian sehingga 130,000 pada tahun
Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020
Idea 4
Keupayaan menempatkan Asia e-Universiti

Asia e-Universiti yang ditubuhkan oleh 31 buah negara Asia ditempatkan di Kuala Lumpur.
Penubuhan ini hasil daripada Dialog Kerjasama Asia (ACD). Malaysia diamanahkan oleh ACD untuk menjadi
penggerak utama dalam e-pendidikan

Penubuhan ini sebagai satu langkah ke hadapan untuk Malaysia mencapai sasaran

Penempatan e-pendidikan ini memberi kelebihan kepada Malaysia menjelang pengisytiharan


Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang tahun 2015 melalui komuniti sosiobudaya
Idea 5
Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 66

Pengajian Am 900/3 Dasar Liuar Negara Bahagian C


Kemasukan universiti bertaraf antarabangsa

Pada tahun 2011 sebanyak lapan universiti antarabangsa membina kampus di negara ini. Universiti
berkenaan termasuklah Universiti Curtin, Universiti Monash, Universiti Nottingham dan Universiti Swinburne.
(Universiti lain termasuk Universiti Perubatan Newcastle, Universiti Southampton, Universiti Raffles, dan
Institut Teknologi Mantim Netherlands).

Universiti mi akan membuka peluang ke arah program pendidikan kompetitif sama ada kepada
pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa

Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara akan turut dihmpahi dengan kemasukan pakar, penyelidik,
dapatan dan penemuan baru
Idea 6
Peningkatan tenaga pakar dan maklumat

Matlamat menyedia lebih 70% tenaga pakar di universiti penyelidikan melebih sasaran, iaitu kirakira 73% pensyarah di universiti penyelidikan benjazah sekurang-kurangnya sarjana

Kejayaan bilangan melebih sasaran ini membantu negara mencapai sasaran sebagai hab pendidikan
duma

Persekitaran pendidikan tinggi juga disokong dengan kewuiudan pangkalan data yang autontatif dan
sumber maklumat berkuahti tinggi. Peningkatan jumlah artikel dalam jurnal indeks telah ditingkatkan kepada 15
000
Kesimpulan
Pengiktirafan keupayaan Malaysia dalam memenuhi standard penyediaan peluang pendidikan dan
meningkatkan keupayaan rakyat mengakses peluang pendidikan yang disediakan meningkatkan imej negara.
Malaysia bergerak selangkah lagi mencipta keupayaan menjadi hab pendidikan dunia.
Format jawapan: Mana-mana lima idea

Panta Pengajan Am SMK Dato Bentara Dalam, Segamat( sbh) 67

Vous aimerez peut-être aussi