Vous êtes sur la page 1sur 24

1.

PENGENALAN

Jika di fahami dari segi makna ataupun maksud di sebalik perkataan kolonialisme
ini, dapat diketahui bahawa ianya berasal daripada perkataan Latin colonia yang
bererti tanah jajahan. Oleh itu, kolonialisme adalah satu sistem di mana suatu
negara

menguasai

rakyat

dan

sumber

negara

lain

tetapi

masih

tetap

berhubungan dengan negara asal. Tujuan utama peluasan kuasa ini adalah untuk
menguasai kepentingan ekonomi, persaingan antara kuasa-kuasa besar Eropah
dan juga penyebaran agama Kristian. Selain itu, kolonialisme bermaksud
penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain samaada dari sudut politik,
ekonomi mahupun sosial. Corak kolonial Barat yang berlaku dalam masyarakat di
Tanah Melayu berlaku dalam masa yang singkat tetapi meninggalkan kesan yang
sangat meluas. Di samping itu, ianya juga meninggalkan kesan yang sangat
besar

yang

dapat

dilihat

daripada

corak

pemerintahan

kesan

daripadakedatangan barat. Malahan, kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah


Melayu bermula selepas kedatangan Islam dan telah mengubah corak kehidupan
masyarakat Melayu pada ketika itu.Kedatangan Baratbermula pada awal abad
ke-16 dan mencapai kemuncaknya pada pertengahan abad ke-19. Masyarakat
Eropah datang ke Tanah Melayu dalam bentuk kolonialisme dan memperkenalkan
ekonomi kapitalisme. Kedatangan barat membawa satu kebudayaan baharu
yang mengubah keperibadian dan identiti kebudayaan Melayu.Hal ini disebabkan
oleh Barat tidak membawa sifat-sifat yang mengguntungkan rakyat. Kedatangan
Inggeris ke Tanah Melayu yang membawa sistem kapitalisnya dan campur
tangan

dalam

hal

ehwal

politik

dan

pentadbiran

Tanah

Melayu

telah

menyebabkan perubahan konflik nilai di antara masyarakat Melayu. Berbanding


dengan Islam, dimana proses pemodenan kebudayaan terhasil daripada proses
pengislaman yang telah mengubah pandangan hidup kepada rasionalisme dan
intelektualisme serta seluruh keperibadian insan. Penjajahan British di Tanah
Melayu telah membawa satu perubahan yang besar terhadap penduduk Tanah
Melayu khususnya dari segi sosial. Penyebaran agama Kristian telah berlaku di
rantau ini setelah kedatangan kuasa Barat namun tidaklah begitu ketara. Di
Tanah Melayu, pengaruh peradaban Barat lebih merujuk kepada bidang material
dan banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial. Namun,
ajaran Islam di Tanah Melayu tetap menjadi pegangan utama masyarakat
Melayu. Pengaruh peradaban Barat dapat dilihat melalui sistem pendidikan,
kewujudan masyarakat majmuk, dan kewujudan bandar-bandar moden. Kesan
kolonialisme ke atas Tanah Melayu telah memberi kesan bukan sahaja dari segi
1

politik dan ekonomi, tetapi juga merangkumi aspek sosial. Kedatangan Inggeris
bukan sahaja memperkenalkan ekonomi kapitalisnya bahkan menyebabkan
pergolakan dan perkembangan baharu manusia di Asia Tenggara.Hal ini juga
telah mewujudkan pertembungan budaya antara budaya barat dengan budaya
Melayu yang lebih berteraskan konsep Islam.
2.0

FAKTOR KEDATANGAN BRITISH KE TANAH MELAYU

2.1

SOSIAL

2.1.1 PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN


Menjelang abad ke16, 17 dan 18 memperlihatkan telah bermula erakerancakan
orang Barat untuk mencari tanah jajahan yang khususnya di Tanah Melayu.
Kekayaan

sumber

bahan

mentah

yang

terdapat

di

Tanah

Melayu

mendorongkedatangan kapal-kapal penjajah dari Barat untuk memasuki Selat


Melaka. Kedatangan orang barat telah bermula melalui pengguasaan bangsa
Portugis pada 1511 ke atas Kota Melaka, kemudian Belanda 1641 dan akhirnya
British 1786. Kedatangan mereka bermatlamatkan kepada konsep 3G IAITU Gold,
Glory dan Gospel serta mereka juga berusaha untuk menggembangkan agama
Kristian. Orang Portugis membawa mazhab Katolik, orang Belanda pula
membawa mazhab Protestan (Calvinist), dan Inggeris membawa Gereja Kristian
(Anglican). Oleh yang demikian, dasar Belanda yang memusuhi Katolik (Boxer
1965)

telah

menyebabkan

perkembangan

ajaran

Katolik

terbantut

buat

sementara waktu.
Walau bagaimanapun, setelah bermulanya pertapakan Inggeris dengan
menjejakkan kaki ke Tanah Melayu telah mendorong kepada mazhab Katolik
telah berkembang semula (Healey 1951). Hal ini dapat dibuktikan melalui
penyataan oleh Kosuke Koyama dan Adib Majul dalam buku beliau iaitu The
Crusader Theory yang menyatakan bahawa kedatangan kuasa-kuasa penjajah
dari

barat

jelas

memperlihatkan

bahawa

keghairahan

mereka

untuk

menyebarkan agama Kristian. Hal ini disebabkan oleh matlamat mereka yang
berpegang kepada slogan 3G ini iaitu Gospel, Gold dan Glory atau Gun and
Ointment.
Penubuhan London Missionary Society (LMS) pada tahun 1795 yang
berdasarkan ajaran Bible: go, therefore, and make disciples of all nation,
baptizing them in name of the Father, and of the son, and the Holy spirit
2

(Matthew 28:19) telah menjadi pendorong utama dalam melakukan penyebaran


agama Kristian di alam Melayu.1 Kehadiran penjajah asing ke Tanah Melayu juga
memang tidak dapat dinafikan, hal ini demikian kerana tujuan mereka datang ke
Tanah Melayu adalah lanjutan daripada peperangan di antara Islam dengan
Kristian yang berlaku di barat dalam era perang salib pada abad ke 11, 12 dan
13 (Ryan 1976dan 1965 ). Semasa British menguasai Tanah Melayu terdapat
seorang mubaligh Kristian yang bernama J.Moore yang memakai pakaian Melayu
yang hidup cara Melayu ini sebagai muslihat dan bertujuan untuk menarik minat
orang-orang Melayu agar masuk Kristian.2
Para apologetic Kristian mengambil kaedah diplomasi dalam usaha mereka untuk
menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Keadaan ini dapat dilihat
selepas Perang Dunia Kedua apabila negeri-negeri dibawah penjajahan Barat
melepaskan diri daripada penjajahan politik pada tahun-tahun 60an. The Moslem
World, sebuah majalah ilmiah pada 1911 telah mengkaji terhadap pemikiran
Islam. John Rauws, seorang mubaligh Kristian berbangsa Belanda telah menulis
pada tahun 1911 dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menghadapi orang Islam seperti berikut the issue is clear, another battle
berween Islam and Christianity must be fought to a finish. The need is for more
workers and more vigorous policy (The Moslem World 1911). Pengembang
agama Kristian mengakui betapa sukarnya menjalankan dakwah terhadap orang
Islam. Oleh itu, gerakan misionari dirancang agar menggunakan pendekatan
psikologi dan sosiologi bagi menawan hati orang Islam. 3
2.2EKONOMI
2.2.1 MENGEKSPLOITASI EKONOMI
Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses
persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan. Pada peringkat
awal penerokaannya ke dunia luar, terutama sekali di negara-negara sebelah
Timur, British menginginkan pasaran dan pusat-pusat perniagaan yang lebih
meluas dan mempunyai sumber bahan mentah yang banyak. Ekoran daripada
1 Ghazali Basri, 1999, Gerakan Kristian, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlmn 12.
2Ibid.
3Ibid, Hlmn 40.
3

bermulanya revolusi perusahaan yang berlaku di Eropah, keperluan Britain telah


berubah kepada bahan-bahan mentah. Bekalan bahan mentah yang banyak dan
berterusan hanya terjamin jika pihak British mempunyai tanah jajahan yang
sesuai dan dapat memperoleh keperluan tersebut. Maka dengan itu, kekayaan
yang di miliki oleh negeri-negeri Melayu telah menarik minat orang barat untuk
menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu dengan menjadikan Tanah Melayu
sebagai pusat untuk memperolehi bahan mentah.
Selepas Revolusi Perusahaan, Amerika Syarikat dan Britain merupakan
pembeli bijih timah yang terbesar pada waktu itu. Tanah Melayu yang kaya
dengan bijih timah menjadi semakin penting untuk memenuhi keperluan mereka.
Pihak British sedar jika mereka tidak menguasai Tanah Melayu, kuasa Eropah
yang lain akan berbuat demikian. 4Pihak penjajah sedar bahawa usaha untuk
mengeksploitasi bahan mentah di Tanah Melayu mungkin akan tergendala jika
penduduknya sedikit dan kekurangan tenaga buruh yang murah serta kemahiran
dalam melakukan kerja-kerja tertentu. Oleh itu mereka telah membawa masuk
buruh dari luar seperti China. Golongan tuan tanah pula telah berubah menjadi
golongan pemodal yang menguasai punca pengeluaran perindustrian.
3.0SEBELUM KOLONIALISME
Perkataan tradisional biasanya menggambarkan sifat atau keadaan sesuatu
masyarakat sebelum kedatangan penjajah asing dan sebelum munculnya
pengaruh modenisasi. Corak Tradisional juga dapat di fahami dengan mengambil
kira segala aspek yang bercorak tradisi yang di amalkan pada masa lampau. Hal
ini dapat juga diertikan sebagai masyarakat Melayu sebelum tahun 1900
sehingga sebelum tahun kemerdekaan 1957. Pengertian ini bersifat subjektif
kerana terdapat ukuran yang memisahkan di antara tradisional dengan moden
dalam

masyarakat

Melayu

terutama

setelah

kedatangan

Barat.

Proses

pemodenan jika dilihat dari sudut kebendaan boleh diukur melalui proses
penerimaan cara dan teknologi barat khususnya selepas Revolusi Industri.
Sehubungan dengan itu, menurut catatan sejarah yang menyatakan
bahawa hubungan dengan orang barat seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol di
Alam Melayu telah berlaku lebih awal jika di telusuri secara mendalam. Ekoran
daripada itu, telah menyebabkan pelbagai kesan yang besar berlaku dalam
aspek sosial, ekonomi dan juga politik serta pendidikan yang amat ketara setelah
4 Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 171-178.
4

termeterainya Perjanjian Pangkor 1874.Selain itu, perubahannya juga dapat


dilihat selepas berlakunya campur tangan British dalam politik dan juga
pemerintahan tradisional masyarakat Melayu. Meskipun begitu, pemodenan dari
segi intelektualisme dan kerohanian sebenarnya telah berlaku setelah proses
pengislaman Alam Melayu mengambil tempat dan menjadi ciri yang baharu
dalam masyarakat tradisional.5
3.1POLITIK
Sistem politik merujuk kepada suatu bentuk susunan atau peraturan yang
berkaitan dengan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan
negara lain. Masyarakat Melayu tradisional merupakan sekumpulan masyarakat
yang hidup dalam kelompok dan mengamalkan adat resam yang di amalkan
secara turun-temurun. Kelompok masyarakat tradisional ini sangat kecil dan
tidak mempunyai ramai kakitangan untuk mentadbir. 6
Sistem politik masyarakat Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat pada
umumnya bersifat feudal. Sistem ini membahagikan rakyat mengikut susun lapis
yang berbentuk piramid dengan hierarki pemerintahan berdasarkan kepada dua
golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan yang memerintah terdiri daripada raja atau sultan, kaum bangsawan,
pembesar, pemimpin agama dan pendeta. Manakala golongan yang diperintah
pula terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, peniaga atau pedagang, buruh
biasa, buruh mahir dan golongan hamba. Mengikut susunan ini, raja atau sultan
merupakan pemerintah yang tertinggi dalam struktur pemerintahan tradisional.
Semua kuasa berpusat dikuasai oleh golongan pemerintah yang diketuai
oleh raja atau sultan kerana baginda memiliki kuasa tertinggi dalam sistem
politik tersebut. Raja atau sultan dibantu oleh sebilangan besar orang kenamaan
berketurunan raja dan bangsawan dalam politik, adat istiadat, undang-undang,
ekonomi dan tentera.
Dalam susunan hierarki pemerintahan ini, rakyat biasa dan golongan
hamba berada pada lapisan yang terakhir. Pembahagian susun lapis masyarakat
kepada dua golongan kelas ini merupakan satu daripada unsur asas dalam
5 A. Aziz Deraman, 2001,Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Hllmn 89-90.

6 Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia. Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 4-5.
5

struktur politik dan sosial masyarakat Melayu tradisional yang bercorak feudal.
Raja atau sultan menjadi lambang perpaduan dan berperanan sebagai tempat
rujukan (Gullick, 1978:6). Hubungan antara kelas atasan dan bawahan bersifat
timbal balik ataupun dua hala iaitu saling memerlukan antara satu sama lain. Di
samping itu, Sultan juga merupakan lambang kepada agama Islam yang juga
memainkan sebagai Ketua agama Islam bagi Tanah Melayu. Sultan yang
memerintah negeri-negeri Melayu juga berperanan sebagai pemerintah dalam
semua aspek termasuklah dalam politik, ekonomi malahan aspek sosial.
Sebelum kedatangan orang Barat,tampuk pemerintahan di Tanah Melayu di
kuasai sepenuhnya oleh Sultan tetapi setelah kedatangan mereka telah
memperkenalkan system ala barat yang mengubah struktur pemerintahan
tradisional kepada system yang baharu. 7

3.2SOSIAL
3.2.1 PENDIDIKAN
Masyarakat Melayu telah sekian lama mempunyai system pendidikan yang
tersendiri yang dianggap klasik dan tradisional. Sistem masyarakat Melayu pada
peringkat awal bukanlah berlandaskan untuk mencapai mobiliti sosial tetapi
untuk memenuhi tuntutan keagamaan dan kerohanian dalam kehidupan
beragama. Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan dan
pandangan terhadap semesta dibawa oleh ajaran agama Islam yang membawa
perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Maka dengan itu,
selepas kedatangan pengaruh Islam telah menjadikanistana sebagai tempat
untuk penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi-institusi pendidikan samaada
secara rasmi atau tidak rasmi telah wujud antaranya ialah pendidikan di
peringkat madrasah, pondok atau pesantren atau di masjid-masjid dan surausurau. Hal ini menunjukkan bahawa semua golongan tanpa mengira kedudukan
sosial berpeluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan terutama ajaran Islam. 8

7 Chin Yee Mun, 2010, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd, Hlmn 5-6
6

Sebelum kedatangan

British,

kanak-kanak

di

Tanah

Melayu

hanya

mendapat pendidikan di sekolah pondok, madrasah, surau, dan masjid. Sistem


pengajian yang tertua adalah sekolah pondok yang menekankan pelajaran
pengajaran al-quran dan pendidikan masyarakat. Sebelum kedatangan pejajah
barat, masyarakat melayu hanya memfokuskan aspek-aspek seperti pembacaan
al-quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama, kemahiran membaca,
mengira dan menulis. Perkataan pondok berasal dari bahasa Arab yang
bermaksud tempat penginapan, tetapi menurut istilah ianya bererti institusi
pendidikan dan pengajaran agama Islam yang dilaksanakan dengan cara tidak
formal di Tanah Melayu pada ketika itu. Sistem pendidikan pondok dipercayai
bermula sejak abad ke-17 lagi. Mata pelajaran yang diajar di Tanah Melayu
seperti tauhid, tafsir dan fekah dan lama-kelamaan sekolah pondok telah
berkembang menjadi madrasah. Ulama Islam juga turut memperkenalkan tulisan
Arab kepada penduduk tempatan dan disesuaikan dengan kaedah sebutan
bahasa Melayu maka terbentuklah tulisan Jawi.Golongan mubaligh dan ahli Sufi
dari Asia Barat dan India telah memainkan peranan penting dalam mengajar
penduduk tanah Melayu dalam pelajaran. 9
Pondok yang bertindak sebagai institusi Islam membolehkan masyarakat
dapat berinteraksi dengan anggota masyarakat yan lain dan dapat bekerjasama
dengan saling membantu antara satu sama lain. Hubungan timbal balik antara
masyarakat dengan pondok begitu harmoni dan berterusan yang menyebabkan
kedua-duanya saling memberi dan menertima. Sistem pendidikan pondok
memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat Islam
sehingga membolehkan sekolah pondok dapat mmbentuk nilai-nilai yang baik
yang dianuti oleh masyarakat. Dengan pengaruh Tok guru yang begitu besar
dalam kehidupan masyarakat Islam telah menjadikan semua pihak baik orang
perseorangan mahupun badan-badan kemasyarakatan serta tidak terkecuali
badan pemerintah bersama-sama menutut ilmu keagamaan secara sama rata
sahaja.

Di

samping

itu,peranan

dalam

institusi

pendidikan

Islam

telah

8Universiti Malaya, 2001,Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Hlmn
168.

9Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti
Teknologi Malaysia, Hlmn 50.

membentuk masyarakat Melayu yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji selaras


dengan tuntutan Islam.10
3.2.2STRUKTUR MASYARAKAT
Sebelum abad ke-19, struktur masyarakat tradisional belum lagi dipengaruhi
oleh kuasa British walaupun telah wujud hubungan dengan dunia luar namun
struktur masyarakat masih bersifat tradisional. Portugis yang telah berjaya
memasuki Tanah Melayu pada tahun 1511 telah memperkenalkan sistem yang
baharu tetapi ianya disesuaikan dengan sistem masyarakat Melayu dengan
pengertian personel sahaja tetapi sistem keseluruhannya tidak dirombak.
Struktur masyarakat tradisional adalah lanjutan daripada corak pemerintahana
Hindu yang mengakibatkan perpecahan dalam struktur masyarakat mengikut
kelas iaitu golongan bangsawan dan golongan rakyat.
Rakyat hidup dalam kelompok di wilayah yang sama selalunya di
pesisiran dan wujud perbezaan sosial di antara rakyat disebabkan oleh faktor
kerja, status dan kuasa. Pembahagian kerja dalam kalangan masyarakat cuba
membezakan antara unit sosial itu tadi manakala status pula memperlihatkan
nilai prestij yang berbeza dalam struktur keseluruhannya. Masyarakat melayu
digambarkan

dalam

satu

piramid

besar

dengan

golongan

bangsawan

dikedudukan yang teratas bersama pembesar yang lain dan diikuti oleh golongan
yang

diperintah.

Dalam

struktur

masyarakat

feudal

ini,

rakyat

tidak

mempersoalkan kedudukan politik dan ini menjadikan sistem yang ada di Tanah
Melayu ketika itu stabil.11
Satu perkara yang menarik dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional
ialah wujudnya mobiliti kemasyarakatan seperti yang disebut dalam Sejarah
Melayu dan terdapat dua jenis mobiliti sosial yang berlaku dalam masyarakat
iaitu secara mendatar dan menegak. Mobiliti secara mendatar merujuk kepada
pergerakan

yang

berlaku

dalam

lapisan

masyarakat

itu

sendiri

seperti

pertukaran tugasdan pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosial seseorang dalam


kelompok masyarakat, ini bermaksud walaupun fungsi sosial seseorang itu
berubah namun taraf mereka dalam susun lapis masyarakat itu tidak berubah.
10 Ismail Deraman, 1993, Tamadun Melayu Jilid Dua, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hllmn
759-760.

11 A. Aziz Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Hllmn 91-92.

Sementara mobiliti secara menegak pula melibatkan pergerakan dari satu taraf
masyarakat kepada satu taraf yang lain. Mobiliti menegak biasanya berlaku
apabila seseorang anggota masyarakat yang bukan sahaja dapat mengubah
bentuk dan jenis tugasnya tetapi berpeluang mengubah taraf sosial dalam
masyarakatnya. Mobiliti menegak dalam kalangan rakyat biasa jarang berlaku.
Melalui perkahwinan juga membolehkan seseorang mencapai kelas yang lebih
baik

seperti

perkahwinan

berlaku

diantara

kerabat diraja lelaki

dengan

perempuan biasa.12
3.3EKONOMI
3.3.1 KEGIATAN SARA DIRI
Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang berbentuk
sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang tidak dikendalikan bagi
mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk memenuhi
keperluan hidup seharian. Keperluan ekonomi petani hanya cukup untuk
menyara keperluan hidup keluarga dengan menekankan kepada keperluan asas.
Oleh itu, perhatian utama ditumpukan kepada usaha-usaha untuk mendapatkan
sumber makanan (Aziz Khalid, 1997:223-4). Masyarakat mengamalkan cara
pertanian yang simple iaitu dengan menggunakan tenaga binatang dan tenaga
manusia yang terdiri daripada anggota keluarga sendiri.
Masyarakat tradisional tidak memerlukan lebihan yang banyak dan
biasanya lebihan jarang didapati. Mereka juga boleh memperoleh sumber
makanan daripada dusun yang berdekatan dengan kampung halaman. Jika
mereka menghendaki barang keperluan yang lain seperti pakaian dan garam
yang tidak mampu dikeluarkan sendiri, mereka boleh mendapatkan barangan
tersebut melalui sistem pertukaran barang (sistem barter) di kampung sendiri
atau dari tempat lain.
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional juga berhubung rapat
dengan kedudukan petempatan masyarakat itu sendiri. Lazimnya masyarakat
Melayu tradisional mendirikan petempatan berhampiran dengan laut atau di
pinggir sungai dan di sekitar kawasan pedalaman, ekonomi utama ialah
pertanian dan perikanan dalam suatu bentuk ekonomi peasant.13Orang Melayu
juga dikatakan sebagai satu bangsa yang bergantung hidup kepada kepada
12 Ruslan Zainuddin, 2003,Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 85.
9

sungai dan laut. Mereka menetap di sepanjang sungai yang sesuai untuk di
jadikan penempatan. Hal ini membolehkan mereka memperolehi sumber air dan
sumber makanan daripada laut dengan mencukupi.
Masyarakat Melayu mengusahakan penanaman padi sawah dan padi
huma.Selain daripada itu juga, masyarakat Melayu juga terlibat secara langsung
dalam aktiviti perlombongan yang merupakan aktiviti penting bagi masyarakat
Melayu. Orang Melayu telah lama mengusahakan lombong bijih timah dengan
cara

mendulang.

Kawasan-kawasan

hulu

sungai

merupakan

kawasan

perlombongan bijih timah bagi orang Melayu. Bijih timah dileburkan dan
dijadikan jongkong kemudian dihantar ke hilir sungai untuk dijual. Kerja ini
diawasi oleh seorang pembesar daerah. Manakala Sultan pula menerima
bahagiannya dalam bentuk cukai daripada pedagang bijih timah.
Di samping itu, aktiviti perdagangan juga memainkan peranan penting sebagai
asas ekonomi masyarakat Tanah Melayu. Selat Melaka, Selat Sunda, Lombok,
Banda, Sulu dan Jawa telah menjadi laluan kapal-kapal dagang untuk melakukan
aktiviti perdagangan. Selat Melaka merupakan selat yang paling sibuk laluannya
sejak abad ketujuh masihi lagi dan dikatakan pelabuhan Melaka juga setanding
dengan Pelabuhan Venice pada suatu ketika dahulu. 14
4.0KESAN KOLONIALISME-SELEPAS KOLONIALISME
Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses
persaingan kuasa barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi
kegiatan ekonomidi Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19.Permintaan
yang tinggi terhadap sumber bijih timah dan getah ekoran daripada revolusi
industry yang berlaku mendorng mereka mendapat bahan mentah tersebut demi
untuk memenuhi kemahuan mereka. Lantaran itu, Britishjuga mengamalkan
diplomasi yang sangat berhati-hati dengan Sultan dan pembesar Melayu untuk
mencapai

segala

hasrat

mereka.

Namun

hakikatnya,

mereka

sering

menggunakan kaedah diplomasi kapal perang atau cara ugutan dengan manamana pemerintah di Tanah Melayu untuk memenuhi kemahuan mereka, cara dan

13 Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 96.
14 Rosliha Muhammad, 2000m, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas
Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 02 Mei 2015.

10

kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan penentangan khususnya daripada


orang Melayu.
Kedatangan British ke Tanah Melayu bukannya untuk merombak dan
menghapuskan sistem politik tradisional yang terdapat di Tanah Melayu tetapi
yang berubah hanya dari segi kuasa sahaja dimana kuasa Sultan dan pembesar
telah berpindah ketangan Residen namun mereka tidak campur tangan dalam
soal agama islam dan adat istiadat. Dengan kehadiran British, kedudukan raja
hanyalah bersifat official ceremony sahaja. Penjajahan British diTanah Melayu
telah meninggalkan implikasi yang mengubah kaca mata orang Melayu kepada
lebih bercorak British samaada dari segi politik, ekonomi dan sosial serta bidang
pendidikan.15
4.0.1POLITIK
4.0.1.1 PENGENALAN SISTEM RESIDEN
Termeterainya perjanjian Pangkor ini secara tidak langsung telah mengubah
sistem poitik tradisional yang di amalkan selama ini akibat kemasukan unsurunsur Barat. Di antara 14 fasal yang terdapat dalam perjanjian ini, fasal ke-6
menjadi paling penting kerana ianya menjadi punca utama perubahan dalam
pemerintahan tradisional.
Pelantikan seorang residen untuk membantu dan menasihat sultan dalam
semua urusan pentadbiran secara tidak langsung telah mengubah keseluruhan
pemerintahan tradisi di negeri-negeri Melayu. Sebelum pelantikan residen, sultan
merupakan pemerintah tertinggi dalam institusi pentadbiran negeri dan baginda
dibantu oleh pembesar-pembesar di bawahnya. Kedudukan sultan yang paling
tinggi menyebabkan baginda mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal dan
bebas membuat dasar negeri tanpa sebarang gangguan. Akan tetapi setelah
wujud sistem residen yang diperkenalkan sebagai penasihat sultan telah
menggugat kedudukan sultan.
Hal ini demikian kerana tugas residen secara Dejure adalah menasihat
sultan yang memerintah dalam urusan pentadbiran namun pada hakikatnya lain
pula yang berlaku. Hal ini berdasarkan pada perjanjian tersebut, sultan
hendaklah meminta dan mematuhi nasihat daripada residen British. Hal ini
15 Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti
Teknologi Malaysia, Hlmn 73-74.

11

menyebabkan kuasa politik pemerintahan telah berubah daripada sultan kepada


residen dan sultan hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam
sahaja. Contoh yang dapat dilihat di sini ialah kisah residen British yang pertama
iaitu James Wheeler Woodford Birch (J.W.W.Birch) yang dihantar pada 4
November 1874, telah melanggar institusi Melayu. Birch yang sepatutnya
menjadi penasihat sultan Abdullah telah melanggar peraturan perjanjian dengan
cara cuba memusatkan kuasa pemerintahan sepenuhnya ke tangan beliau.
Segala keputusan di ambil tanpa berunding dengan sultan Abdullah, malah
beliau menggunakan tekanan dan ugutan terhadap sultan Abdullah bagi
mendapatkan tandatangan untuk melaksanakan peraturan-peraturan baru di
Perak sehingga berlakunya pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak Perak pada 2
November 1975 dan telah meleraikan perasaan tidak puas hati masyarakat
Melayu terhadap institusi Inggeris.16
Kedatangan Inggeris menemukan dua masyarakat yang berbeza dari segi
asas kemasyarakatan, ekonomi dan politik. Sistem beraja Inggeris tidak boleh
disamakan dengan sistem beraja di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, di
Tanah Melayu raja berkuasa penuh dan mempunyai kawalan kepimpinan yang
kuat. Manakala sistem pemerintahan dan penyelarasan kekuasaan masyarakat
Inggeris adalah lebih kompleks dan dipusatkan berbanding dengan masyarakat
Melayu yang pada masa itu berpecah belah. Pihak Inggeris mengambil
kesempatan

ini

dengan

memperkenalkan

sistem

pentadbiran

yang

mengakibatkan perombakan dan pembentukan pemerintahan yang dipusatkan


dan menentukan sempadan negeri buat pertama kalinya.
Raja yang berkuasa terhadap sesuatu kawasan merupakan individu yang
diterima oleh Inggeris dan sanggup menerima Sistem Residen untuk menasihati
mereka dari segi pemerintahan. Nilai baru dan perubahan dasar yang
diperkenalkan oleh Inggeris berhubung dengan kedudukan sultan ini yang
menjadikan raja sebagai lambang Negara sebenarnya dikuasai oleh penasihat
Inggeris

dan

pegawai-pegawainya.

Pembesar

yang

cuba

melawan

akan

menerima penentangan Inggeris melalui pertempuran ataupun serangan dan


sesetengah pembesar ditangkap ataupun di buang negeri.

16 Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas
Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 08 Mei 2015.

12

Dalam sistem residen ini, kuasa raja tidak lagi tertumpu pada politik dan
ekonomi, tetapi telah bertukar menjadi kuasa kepada adat resam orang Melayu
dan hal ehwal agama Islam sahaja. Inggeris beranggapan, pemerintahan secara
tidak langsung ini sangat baik, cekap dan akan mengurangkan belanja. Mereka
telah memperoleh kerjasama sultan, di samping mengekalkan hak istimewa
mereka dan gaji yang besar. Kerjasama sultan ini memungkinkan pemerintahan
Inggeris tidak ditentang padahal semakin hari kuasa raja mulai dilucutkan
termasuk kuasa ekonomi dan raja hanya menjadi lambang kekuasaan di Tanah
Melayu itu sedangkan Inggeris sudah mulai menguasai sepenuhnya pentadbiran
di Tanah Melayu ketika itu.
Birokrasi moden telah diwujudkan dan dianggotai oleh pegawai baharu
dengan residen Inggeris berada di puncaknya. Corak pentadbiran formal ini
sangat memerlukan kakitangan dan pegawai yang patuh pada pemerintah dan
harus berbeza daripada pembesar yang ada disekeliling. Hal ini memperlihatkan
keadaan yang tidak bersepadu, yakni pembesar dapat membantah kuasa raja
pada bila-bila masa. Inggeris telah membawa kakitangannya dari England bagi
memenuhi keperluan pentadbirannya sebelum pelantikan anak negeri dibuat
dalam

kalangan

golongan

pembesar

bangsawan

tradisional

yang

tidak

menentang campur tangan mereka dalam pentadbiran. 17


4.1SOSIAL
4.1.1 SISTEM PENDIDIKAN
Inggeris

memperkenalkan

sistem

pendidikan

baharu

yang

membekalkan

pegawai pentadbiran kolonial yang kemudiannya menimbulkan golongan baharu


dalam masyarakat yang sebelum ini tidak wujud dalam masyarakat tradisional.
Pihak Inggeris membuka sekolah untuk melatih pegawai rendah anak negeri
yang terdidik mengikut cara barat bagi menjaga kepentingan penjajahan
mereka.18 Pada mulanya para pengembang agama Kristian tidak dibenarkan
masuk ke negeri-negeri di Semenanjung kerana takut menimbulkan kemarahan
orang-orang Melayu-Islam dan mereka tidak dibenarkan mengembangkan
agama mereka dalam kalangan orang Melayu.
17 Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti
Teknologi Malaysia, Hlmn 121-122.

18 A. Aziz Deraman, 2001,Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Hllmn 122.

13

Justeru itu, merekapun mengalihkan pandangan kepada mengadakan


kemudahan-kemudahan pelajaran untuk anak-anak kaum lain yang lebih tinggal
di kota yang baru didirikan di negeri-negeri naungan dan sekolah-sekolah
Inggeris dan sekolah Inggeris anak negeri didirikan. Salah satu kesan yang
timbul, sungguhpun tidak dimaksudkan pada mulanya telah menyebabkan
wujudnya sikap bias kaum tani, maka untuk pelajaran Melayu ianya dianggap
perlu. Keadaan ini mewujudkan jurang yang terpisah antara pelajaran bahasa
Inggeris

daripada

orang-orang

Melayu.

Sungguhpun

sekolah-sekolah

pengembang agama Kristian bersedia untuk memberikan pelajaran duniawi


kepada masyarakat Melayu, namun ramai ibu bapa tidak bersedia menghantar
anak mereka ke sekolah berkenaan kerana bimbang terpesongnya anak-anak
mereka dari didikan agama Islam. Sehingga tahun 1900 sudah ada 24 buah
sekolah Inggeris pelbagai bentuk di negeri-negeri Melayu yang sekarang
dipersekutukan.

19

Pihak Inggeris telah mendirikan sekolah Inggeris yang terbuka kepada semua
kaum. Penang Free School pada tahun 1816 dan kemudian diikuti oleh sebuah
lagi sekolah di Melaka pada tahun 1926, kemudian King Edward VII dibina di
Taiping dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Dalam hal ini, orang Melayu
tidak menolak seratus peratus pendidikan Inggeris, tetapi mereka tidak dapat
menghantar anak-anak mereka bersekolah di bandar kerana mereka tinggal jauh
di kampung-kampung. Dengan keadaan seperti ini jelaslah kepada kita bahawa
sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Inggeris di Tanah Melayu melalui
dasar pecah dan perintah. Mereka menentukan pendidikan berdasarkan peranan
ekonomi menurut kumpulan etnik.
Di

samping

itu,

pendidikan

di

Tanah

Melayu

berperanan

untuk

menyebarkan nilai-nilai asing. Sekolah- sekolah yang dibina oleh penjajah


terpisah daripada penduduk peribumi samaada dari segi bahasa ataupun nilainilai kemasyarakatan. Hal ini demikian kerana kanak-kanak diajar mengunakan
kurikulum dari England yang sikitpun tidak berkaitan dengan Tanah Melayu.
Mengembangkan agama Kristian merupakan salah satu peranan pendidikan
Inggeris di Tanah melayu, sekolah-sekolah didirikan oleh mubaligh Kristian.
Setiap pelajar yang menghadiri sekolah diwajibkan bersembahyang di gereja
setiap pagi. Justeru itu, disebabkan sekolah ini mempropagandakan agama

19 William R. Roff, 1975,Nasionalisme Melayu,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Hlmn 25.


14

Kristian, sudah tentu ianya diragui oleh orang Melayu yang beragama Islam
kerana bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian.
Perkembangan

sekolah

Inggeris

lebih

tertumpu

di

bandar-bandar.

Mengikut rekod tahun 1924 jumlah pelar yang terdapat di sekolah-sekolah


Inggeris di negeri-negeri Melayu bersekutu dan negeri-negeri selat mengikut
kaum ialah pelajar Cina seramai 20 116 orang, Melayu 3850 orang dan India
seramai 4613 orang. Dasar Inggeris sendiri ini tidak mahu orang Melayu lebih
berpelajaran kerana menganggap akan mengancam keselamatan dan akan
menggerakkan

penentangan

terhadap

penjajah.

Pemerintah

Inggeris

mengumumkan (1924) tidak mahu mengeluarkan lebih ramai lepasan sekolah


Inggeris dengan alasan takut berlaku pengangguran kerana peluang pekerjaan
adalah terhad. Bahkan ada pentadbir Melayu yang sendiri beranggapan demikian
kerana menganggap bilangan yang kurang berpelajaran lebih baik. Ini seperti
ditegaskan oleh Raja di Hilir Perak pada tahun 1930 dalam Majis Perundangan. 20
4.1.2DASAR PECAH DAN PERINTAH
Dasar migrasi yang diperkenalkan oleh British telah menggalakkan penghijrahan
beramai-ramai orang Cina dan India ke Tanah Melayu sehingga menyebabkan
pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Melalui dasar ini juga pihak
British telah menentukan dan memisahkan penglibatan setiap kaum dalam
bidang ekonomi, tempat tinggal dan juga pendidikan. Terdapat perbezaan di
antara ketiga-tiga kaum tersebut seperti orang Melayu beragama Islam akan
tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai penanam padi, pekebun kecil
dan nelayan. Terdapatbilangan orang Melayu yang semakin bertambah dalam
bidang perniagaan tetapi kebanyakkan orang Melayu yang tinggal di bandar
bekerja sebagai buruh.
Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan menjadi peniaga
manakala orang India pula tinggal di kawasan penanaman getah. Kesan
kewujudan

masyarakat

majmuk

yang

di

bawa

oleh

pihak

penjajah

ini

menyebabkan kurangnya persefahaman antara mereka. Sekiranya ketiga-tiga


bangsa ini tidak saling memahami akan menyinggung perasaan antara satu

20 Mohd. Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, Hlmn 216.

15

sama lain, ianya akan menyebabkan perpecahan kaum dan melahirkan


sentimenperkauman dalam kalangan masing-masing.21
Kemasukkan orang India dan Cina secara besar-besaran bertujuan bagi
menampung

keperluan

tenaga

kerja

di

lombong

dan

di

ladang

yang

mengkehendaki buruh yang murah dan cekap. Hal ini juga telah mewujudkan
masyarakat berbilang kaum dan masalah perhubungan ras yang rumit. Kaum
India dan Cina sangat kuat berpegang pada kebudayaan dan nilai sosial mereka
masing-masing. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh Barat ini
telah menyesatkan pengaruh nilai budaya rakyat asal negara ini yang
bertunjangkan kepada pegangan hidup orang Melayu dan bumiputera sendiri. 22
Selain daripada itu juga, pengenalan dasar pecah dan perintah ini telah
menyebabkan berlakunya masalah dalaman berlaku dalam negeri Melayu
sehingga berlakunya perang saudara antara pembesar dengan kegiatan kongsi
gelap Cina. Perkara tersebut merupakan satu cara yang menghalalkan mereka
campur tangan secara langsung dalam negeri Melayu (A. Talib 1986). Kemasukan
mereka dalam negeri Melayu hanya untuk menguasai pentadbiran dan
mengeksploitasi kekayaan hasil buminya secara maksimum. Faktor kemanusiaan
yang dijelaskan oleh Frank Swettenham (1948) sekadar mengaburi pandangan
penduduk Tanah Melayu ke atas muslihat sebenar British yang penuh dengan
diplomasi. Mereka mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara dalam
kegiatan Imperialisme dan Kolonialisme di Tanah Melayu.23
4.1.3KESAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
Bidang yang turut tidak ketinggalan menerima kesan daripada kolonialisasi itu
adalah bidang kesusasteraan Melayu yang dianggap mengalami perubahan yang
signifikan kesan daripada proses kolonialisasi barat. Pandangan ini antaranya
terkandung

dalam

syarahan

pengukuhan

Syed

Naquib

Al

Attas

yang

menganggap bahawa kesusateraan Melayu selepas era penjajahan telah


21 Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas
Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 02 Mei 2015.

22 A. Aziz Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Hllmn 126.

23 Kassim Thukiman, 2002, Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti
Teknologi Malaysia, Hlmn 74.

16

beranjak daripada semangat dan tradisi Islam akibat campur tangan orang
Barat. Kesan pengaruh barat telah menjejaskan kesusasteraan Melayu dan Al
Attas

menganggap

kehadiran

pengaruh

Barat

menyebabkan

kegiatan

kesusasteraan Melayu tidak dapat mencerminkan sifat dan ciri kebudayaan


Melayu yang sebenar. Kehadiran orang Barat dianggap oleh Al Attas telah
menganjakkan semangat dan tradisi Islam yang sebelum ini mendasari kegiatan
kesusasteraan Melayu.
Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh penjajah-penjajah Barat bersifat
Deislamization yang meminggirkan peranan dan kepentingan Islam dan ianya
merupakan lanjutan daripada sentimen permusuhan lanjutan daripada era
perang salib. Menurut Al Attas permusuhan tradisi antara Islam dan Kristian
pada awalnya dimanifestasikan sebagai melalui misi peluasan wilayah dan
serangan

ketenteraan

meletakkan

minda

kini

dan

beralihkepada

pemikiran

umat

peperangan
Islam

sebagai

intelektual
sasaran

yang
utama

sepertimana yang dikatakan dalam petikan di bawah:


The confrontation between Western culture and civilization between Islam
has now moved on tointellectual level and we must realize, then, that this
confrontation is by nature a historicallypermanent one. Islam is seen by the West
as posing a challenge to its very way of life
Seperti yang telah dijelaskan di atas, pelaksanaan dasar-dasar Barat di
Tanah melayu tidak mengambil kira peranan dan kepentingan Islam. Dasar
Deislamization ini bertujuan untuk menjarakkan dan kemudian memutuskan
masyarakat

Melayu

daripada

tradisi

Islam

yang

sebelum ini

mendasari

kehidupan mereka. Hal ini berlaku dalam bidang pendidikan terutama sekali
apabila Barat memperkenalkan sekolah vernakular yang berteraskan pengenalan
jati diri dan identiti kaum yang menggantikan sistem pendidikan Islam. Selain
daripada itu juga, perubahan itu turut memberikan kesan kepada persuratan
Islam yang berteraskan sistem tulisan dan ejaan Jawi. Seterusnya, kebanjiran
genre-genre dari Barat ini juga memberi impak kepada tradisi persuratan Islam
apabila

karya-karya

sastera

Melayu

moden

memperagakan falsafah dan pemikiran Barat.

menjadi

semakin

berani

24

4.1.4KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR MODEN


24 Mohd Zariat Abdul Rani, 2006,
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24078/Article_13.PDF diakses pada 08 Mei 2015.

17

Kesan kolonialisme Barat ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kemunculan


bandar-bandar moden yang dikaitkan dengan proses urbanisasi yang dikaitkan
denga perubahan sosiobudaya dan sosial. Manakala di kampung-kampung pula
terus ketinggalan dalam arus pemodenan. Pembangunan yang tidak seimbang
ini telah memberi kesan yang buruk tehadap masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini
demikian kerana masyarakat di bandar dilengkapi dengan kemudahan jalanraya,
sistem pengangkutan dan kemudahan kesihatan. Manakala penduduk yang
tinggal di kampung-kampung terus ketinggalan di dalam arus pembangunan.
Pembangunan ini jelas sekali merugikan orang Melayu yang masih lagi menetap
di kampung sebagai petani dan nelayan, manakala mereka yang hidup mewah
terdiri daripada kaum Cina yang menguasai ekonomi dan tinggal di bandar
sehingga kaum Melayu terus ketinggalan.
Kemunculan bandar-bandar moden ini juga menyebabkan berlakunya
banyak gejala sosial kerana di bandar ramai generasi muda menikmati
keseronokan dan hiburan. Tanpa jati diri yang kukuh mereka akhirnya terlibat
dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran ataupun penagihan dadah
yang bertentangan dengan ajaran Islam. Keruntuhan moral ini telah berlaku
dalam kalangan remaja Melayu dan secara tidak langsung telah meruntuhkan
institusi peradaban Melayu dan agama Islam. Sikap pihak kolonial yang lebih
menumpukan keuntungan tanpa mengambil peduli kehidupan masyarakat
Melayu telah mewujudkan ketidakseimbangan dari konsep urbanisasi ataupun
perbandaran.25

4.1.5KERUNTUHAN SOSIAL
Masyarakat Barat dan Timur jauh berbeza dan Barat menganggap masyarakat
Melayu ketinggalan zaman. Namun apabila Barat menjajah di Tanah Melayu,
mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan Barat dan menerapkan nilainilai budaya Barat dalam masyarakat Melayu. Perkembangan budaya kolonial
yang moden dianggap suatu perubahan yang membawa kepada kemusnahan
tradisi budaya Melayu oleh mereka yang mendukung nilai-nilai kebangsaan.
Melalui pendekatan ala barat ini juga serta pengenalan dasar pecah dan perintah
telah mendorong wujudnya pengaruh budaya asing yang diterapkan dalam
25 Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas
Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 08 Mei 2015.

18

masayarakat Melayu. Pertembungan budaya ini turut memberikan kesan yang


negative terhadap pembentukan budaya masyarakat Islam yang berlandaskan
syariat Islam. Lantaran itu, perubahan nilai norma yang asli telah di pengaruhi
dengan unsur budaya asing yang khusus kepada kaum cina dan india yang
berbeza

aliran

agama

telah

mewujudkan

suasana

yang

kurang

selesa

masyarakat melayu.Selain daripada itu juga, pendedahan kepada budaya Barat


menyebabkan nilai kebudayaan tempatan semakin merosot akibat pengaruh luar
seperti pergaulan bebas perempuan dan lelaki yang bertentangan dengan ajaran
Islam dan budaya masyarakat Melayu. 26 Kesan daripada itu, wujudnya pergaulan
bebas di antara kaum telah mengundangkan kepada gejala sosial yang boleh
merosakkan nilai budaya Melayu yang sememangnya perlu bebas daripada
terjebak dengan pengaruh-pengaruh negative ini.
4.2EKONOMI
4.2.1 PEROMBAKAN EKONOMI TRADISIONAL
Golongan Tuan tanah bertukar menjadi pemodal yang menguasai punca
perindustrian. Perubahan itu sendiri memungkinkan perombakan ekonomi
tradisional orang Melayu atas dorongan peluasan kuasa Inggeris itu tadi. Pihak
Inggeris kini menumpukan perhatian kepada bahan mentah dalam sektor
perkilangan di samping mencari pasaran hasil pengeluaran mereka di tanah
jajahan. Motif perniagaan dan perdagangan pada mulanya bertukar menjadi
penaklukan negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bahan mentah melalui
saluran halus dan diplomasi mereka. Kepentingan ekonomi menentukan dua cara
hidup yang berbeza dan melahirkan konflik perbezan dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial.27
Pada awal kurun ke-19, tanah Melayu dibawah penguasaan British dan
kedatangan mereka sudah tentu untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi
semaksimum mungkin. Oleh sebab itu, mereka harus campur tangan dalam
urusan pentadbiran tanah Melayu agar kepentingan mereka dalam ekonomi
tidak terjejas. Bagi mencapai matlamat mereka, British telah membentuk sebuah
kerajaan dan pentadbiran yang cekap untuk menggelakkan halangan dan
26Ibid, Diakses pada 08 Mei 2015.
27 Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah danPolitik, Johor Darul Tazim: Universiti
Teknologi Malaysia, Hlmn 120.

19

gangguan yang mungkin berlaku. Mereka telah memperkenalkan beberapa dasar


yang dianggap baru bagi masyarakat tempatan seperti kapitalisme dan
komersialisme.Dasar yang diperkenalkan oleh British ini telah memberikan
keuntungan kepada pihak mereka sendiri.
Seterusnya pada tahun 1900 hingga tahun 1941 pula memperlihatkan
kemunculan bidang-bidang ekonomi yang baru seperti perusahaan getah, kelapa
sawit dalam bidang pertanian dan bijih timah serta arang batu dalam aktiviti
perlombongan. Berikutan daripada perkembangan ini, pihak penjajah telah
memasukkan buruh-buruh asing dari China dan India ke Tanah melayu dalam
memajukan sektor ekonomi kapitalis. Persaingan yang wujud menyebabkan
kemusnahan sistem ekonomi tradisional Melayu. 28 Kemasukan ramai buruhburuh asing ini telah menyebabkan persaingan antara kaum dalam bidang
ekonomi tradisional dan moden sehingga akhirnya ketegangan antara kaum
telah membawa kepada permusuhan.
4.2.2DASAR EKONOMI BEBAS
Penjajahan British seringkali diungkapkan sebagai era pembangunan ekonomi
Tanah Melayu yang begitu drastic dan pesat. Hal ini berkait rapat dengan Dasar
Ekonomi British yang mengamalkan dasar migrasi yang longgar. Menerusi dasar
ini, British menggalakkan kehadiran ramai pekerja-pekerja dari India dan China
sebagai sumber tenaga kerja dalam melakukan kerja-kerja perlombongan dan
perladangan. Hakikatnya, masyarakat imigran ini merupakan faktor penting yang
membolehkan penampungan keperluan kolonial dari segi tenaga buruh samaada
dari peringkat kurang mahir ataupun peringkat pentadbiran rendah. Hal ini juga
mendorong kepada penyaluran modal-modal daripada masyarakat perdagangan
di Negeri-negeri Selat ke Tanah Melayu.
Selain daripada orang Cina dan India, orang Jawa juga digalakkan juga
oleh British untuk menjadi buruh dalam sektor pertanian dan perladangan.
Orang-orang Jawa digalakkan menjadi buruh di Tanah Melayu menerusi sistem
sistem Shikh yang membolehkan orang Jawa yang bekerja dapat mengerjakan
haji ke Mekah. Kontrak ini menyebabkan mereka terpaksa berkhidmat kepada
syarikat-syarikat tertentu. Selain daripada itu, orang Cina juga banyak terlibat

28 Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas
Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/5/BAB4.pdf diakses pada 02 Mei 2015.

20

dalam kegiatan pertanian komersial yang dinamakan sistem Kangcu di Johor dan
Seberang Perai.29
5.0ANALISIS
Secara kesuluruhannya, penjajahan kuasa Barat di Tanah Melayu telah memberi
kesan yang amat mendalam terhadap penduduk Melayu yang beragama Islam.
Hal ini demikian kerana, motif utama kedatangan Barat ke Tanah Melayu bukan
sahaja ingin memonopoli ekonomi dan mengambil alih pentadbiran, tetapi
kedatangan mereka secara tidak langsung membawa corak kehidupan mereka
yang bertentangan dengan budaya ketimuran sehingga berlakunya pelbagai
perubahan bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi malah dari segi sosial.
Kesan daripada kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah memberikan
gambaran yang cukup berdasarkan sumber sejarah yang jelas menunjukkan
bahawa mereka berpegang kepada konsep 3G yang di amalkan. Dapat dilihat
melalui pengenalan dasar British sedikit demi sedikit telah merombak dalam
semua aspek untuk mengekalkan penguasaan yang lebih lama terhadap Tanah
Melayu. Oleh sebab itu, British harus menguasai sistem Politik Tanah Melayu
untuk menguasai sumber ekonomi di Tanah untuk jangka masa yang lebih lama.
Penguasaan British ke atas Tanah telah mengubah kaca mata orang Melayu
kepada corak lebih baharu berdasarkan dasar yang telah diperkenalkan.
Sememangnya tidak dapat di nafikan bahawa kedatangan British ke Tanah
Melayu membawa kepada kesan yang positif dan negatif akan tetapi ianya lebih
menjuruskan kepada kesan yang negatif. Hal ini disebabkan oleh kewujudan
dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan telah mewujudkan jurang
pemisahan berdasarkan skop bidang ekonomi yang diusahakan. Lantaran itu,
wujud pengaruh-pengaruh budaya yang berbeza antara kaum imigran dengan
orang Melayu yang melanggar nilai budaya dan pegangan agama Islam yang di
amalkan. Wujudnya kegiatan pelacuran, berjudi dan menghisap candu telah
mewujudkan pengaruh nilai yang melanggar norma kehidupan penduduk asal.
Selain itu, pengenalan dasar British juga telah menyebabkan berlakunya
ketegangan kaum yang menyebabkan konflik perkauman wujud sehingga
mencetuskan peristiwa 13 Mei yang menjadi peristiwa pahit bagi penduduk di
Tanah Melayu. Di ruang lingkup ini juga, jelas memperlihatkan bahawa
29Kassim

Thukiman,
2009,
Hubungan
Etnik
di
Zaman
Kolonial,http://eprints.utm.my/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKolonial.pdf
diakses pada 08 Mei 2015.

21

kewujudan dasar British tidak memberikan impak positif dalam konteks


perbezaan kaum yang wujud malahan mewujudkan ketegangan kaum yang
mengorbankan begitu ramai manusia yang terdiri daripada kaum Melayu dengan
kaum Cina.
6.0

KESIMPULAN

Penjajahan British di Tanah Melayu telah membawa satu perubahan yang besar
terhadap penduduk Tanah Melayu khususnya dari segi sosial. Penyebaran agama
kristian telah berlaku di rantau ini setelah kedatangan kuasa barat namun
tidaklah begitu ketara. Di Tanah Melayu, pengaruh peradaban Barat lebih
merujuk kepada bidang material dan banyak mempengaruhi kebudayaan dan
institusi-institusi sosial. Namun, ajaran Islam di Tanah Melayu tetap menjadi
pegangan utama masyarakat Melayu. Pengaruh peradaban Barat dapat dilihat
melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, dan kewujudan
bandar-bandar moden. Kesan kolonialisme ke atas Tanah Melayu telah memberi
kesan bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga merangkumi aspek
sosial. Legasi kolonialisme di Tanah Melayu juga secara tidak langsung
mengubah pemikiran masyarakat seiring dengan arus pemodenan. Pendekatan
ala Barat ini memperlihatkan bahawa wujud pendekatan bagi memperluaskan
pengaruh budaya Barat yang bercanggah dengan sistem yang di amalkan oleh
masyarakat Melayu. Perluasan kuasa bagi mendapatkan tanah jajahan bagi
British mencapai kenyataan setelah penguasaan dari aspek pemerintahan Tanah
Melayu di kuasai bagi membolehkan British mampu menguasai seluruh aspek di
Tanah Melayu. Melalui penguasaan tersebut juga telah menyebabkan institusi
pemerintahan beraja di Tanah Melayu semakin tergugat dan Sultan hanya
berperanan sebagai ketua bagi agama Islam dan adat isitiadat melayu sahaja.
Perubahan ini dapat di lihat pada masa kini yang corak pemerintahan yang di
amalkan adalah kesan daripada kedatangan barat ke Tanah Melayu. Namun
demikian, perubahan yang di alami ini telah meyekat kekuasaan Sultan yang
berkuasa mutlak kepada sistem demokrasi berparlimen yang bendahara yang
memegang tampuk pemerintahan bagi mengurus tadbir negara dan bukan lagi
Sultan. Sultan hanya memainkan peranan sebagai lambang negara dan ketua
bagi agama Islam. Perubahan ini juga telah mewujudkan suasana masyarakat
majmuk yang berbilang yang terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu,
Cina dan

India.Hal ini

juga telah

mewujudkan

22

perubahan

sosioekonomi

masyarakat

Melayu

mengikut

penentuan

bidang

melalui

dasar

yang

diperkenalkan.

7.0

RUJUKAN

BUKU
Ghazali Basri. 1999.Gerakan Kristian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ruslan Zainuddin. 2003.Sejarah Malaysia. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
A. Aziz Deraman. 2001.Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Universiti Malaya. 2001.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:


Universiti Malaya.
Kassim Thukiman. 2002.Malaysia Perspektif. Sejarah dan Politik. Johor Darul
Tazim:

Universiti Teknologi Malaysia.

William R. Roff. 1975.Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Mohd. Isa Othman. 2002.Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publication &

Distributors Sdn Bhd.

Ismail Hussein. 1993.Tamadun Melayu Jilid Dua. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Chin Yee Mun. 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
INTERNET
Rosliha Muhammad. 2000.Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu :Rujukan Khas

Kepada

Kuasa

Penjajah.http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada

02

Mei

2015
Kassim

Thukiman.

2009.Hubungan

23

Etnik

di

Zaman

Kolonial.

http://eprints.utm.my/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKol
on

al.pdf diakses pada 08 Mei 2015

Mohd Zariat Abdul Rani. 2006


http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24078/Article_13.PDF di
akses pada 08 Mei 2015

24

Vous aimerez peut-être aussi