Vous êtes sur la page 1sur 11

1.

0 ASAL-USUL BAHASA MELAYU

KONSEP BAHASA MELAYU

Definisi Awal Istilah “Melayu”

Para penyelidik telah memperoleh bukti penggunaan perkataan Melayu sejak


abad kedua lagi. Sekitar tahun 100-150 Masihi, M. Ptolemy telah menggunakaan
istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut
Gerini, istilah ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau
malaikurram iaitu merujuk kepada Pulau Sumatera, yan merupakan tempat asal
bahasa Melayu.

Selain itu, penggunaan perkataan Melayu ditemukan juga dalam tulisan Cina
yang ditulis antara tahun 644 dan 645 Masihi (pada zaman Dinasti Tang). Tulisan itu
menyatakan bahawa orang Mo-lo-yue mengirimkan utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina. Para penyelidik percaya
bahawa kerajaan Mio-lo-yue yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi,
Sumatera.

Satu lagi tulisan Cina yang menyebut istilah Melayu terdapat pada catatan
seorang rahib Buddha yang bernama I-Tsing. Beliau menggunakan perkataan mo-
lo-yu pada dua buah kerajaan di Sumatera yang dilawatinya kira-kira pada tahun
675 Masihi. Kerajaan-kerajaan itu ialah kerajaan Melayu yang berpangkalan di
Sungai Batang dan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang. I-Tsing juga
mencatatkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar
untuk mengajarkan bahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha.

Catatan dalam kesusasteraan Cina juga ada menyatakan bahasa yang


digunakan di Nusantara. Menurut pengembara Cina yang singgah di Nusantara,
bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K’un-lun. Bahasa K’un-lun itu
merujuk kepada bahasa Melayu kuno.
Catatan pengembara Cina ini membuktikan bahasa Melayu kuno telah
digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca pada zaman kerajaan
Sriwijaya. Dalam pada itu, catatan-catatan pengembara Cina juga menyebut bahawa
Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.

Seterusnya, perkataan Melayu juga turut ditemukan tertulis di bahagian belakang


sebuah patung yang bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang Rocore di Sungai
Batanghari, Sumatera Selatan.

Di dalam buku Sejarah Melayu pula, perkataan Melayu dikaitkan dengan


nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu.

Definisi “Melayu” daripada Segi Etimologi

Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan
serta makna perkataan tersebut.

Zuber Osman berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada


perkataan malay yang merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya.
Perkataan alaya bermaksud “tempat” dan hima alaya memebawa maksud “tempat
bersalji”. Sehubungan dengan itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat
asal orang Melayu.

Pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat, ditemukan


perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
Dengan itu dikatakan perkataan Melayu mungkin berasal daripada perkataan
Malayapura.

Perkataan Melayu juga dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa


kuno, mlayu, yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”. Maksud
perkataan mlayu ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang berpindah dari
Yunan menuju ke kawasan selatan, menyeberangi Selat Melaka, dan mendarat di
Pulau Sumatera.
Mohd. Dahlan Mansor pula berpendapat bahawa perkataan Melayu itu
berasal daripada nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Sungai itu dinamakan
demikian kerana airnya mengalir dengan amat deras seperti berlari
.
Menurut Van der Tuk pula, perkataan Melayu itu bererti “menyeberang” iaitu
merujuk kepada orang melayu yang menyeberang atau menukar agama Hindu-
Buddha kepada Islam.

Definisi “Melayu” Berdasarkan Bangsa

Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa dapat dilihat dalam dua
pengertian yang luas dan pengertian yang sempit.

Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa


Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas,
rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia yang lain, iaitu kawasan di
sebelah timur yang merangkumi keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1972,


istilah Melayu digunakan untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Secara umumnya, pengertian Melayu merujuk kepada bangsa Melayu yang


menjadi penutur asli bahasa Melayu. Mereka menduduki kawasan-kawasan seperti
seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah dan Sarawak, Brunei,
pantai timur Sumatera dan sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan
dan Kalimantan Timur, pulau-pulau lain di Kepulauan Melayu seperti Riau,Lingga,
Bangka, Natuna, Belitung dan Banda, kawasan selatan Thailand terutama di Pattani,
kawasan selatan Filipina seperti daerah Zamboanga di pantai selatan Pulau
Midanao, termasuk gugusan pulau Sulu dan Palawan, kawasan Champa di selatan
Indo-China, Singapura dan kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu di
seluruh dunia.
Di Malaysia, pengertian istilah Melayu menjadi lebih sempit iaitu seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia
Perkara 153, seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat
menuturkan Bahasa Melayu, demikian mengamalkan adat istiadat Melayu dan
beragama Islam. Dengan demikian, sekiranya orang itu murtad atau bertukar
kewarganegaraan, maka taraf “Melayu” yang disandangnya akan hilang.

SALASILAH BAHASA MELAYU

Salasilah bermaksud “asal-usul”, “susur galur” atau “keturunan”. Oleh hal


yang demikian, salasilah bahasa Melayu merujuk kepada kajian tentang asal-usul
atau keturunan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam


filum Austris. Filum Austris merupakan salah satu kelompok bahasa induk di dunia.
Filum ini menguasai hampir separuh benua Asia dan terdiri daripada tiga rumpun
bahasa iaitu bahasa Austronesia yang terdiri daripada bahasa Khasi (di Annam),
Nicobar, Mon atau Peguan, Khmer dan Munda, bahasa Cina-Tibet yang terdiri
daripada bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam dan lain-lain, bahasa
Austronesia yang terdiri daripada bahasa di Nusantara, Polinesia, Melanesia dan
Mikronesia.

Istilah Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin austro yang


bermaksud “pulau”. Oleh hal yang demikian, bahasa Austronesia membawa maksud
“bahasa-bahasa di pulau-pulau selatan”. Sebelum adanya istilah Austronesia, istilah
yang digunakan ialah Melayu-Polinesia.

Ada kalanya pengkaji yang membahagikan rumpun Austronesia daripada


rumpun Austronesia Barat dan rumpun Austronesia Timur. Sesetengah pengkaji
menamakan rumpun Austronesia Barat sebagai bahasa Hesperanesia manakala
rumpun Austronesia Timur sebagai bahasa-bahasa Ocenesia
.
Rumpun Austronesia Barat melahirkan keluarga bahasa Nusantara atau
bahasa Indonesia. Keluarga bahasa ini dapat dibahagikan lagi kepada bahas
subkeluarga bahasa Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina-Formosa.
Kelompok Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa-bahasa
bumiputera di Sarawak (kecuali bahasa Bisaya), bahasa-bahasa di Kalimantan, dan
bahasa-bahasa di Kepulauan Indonesia.

Kelompok Filipina-Formosa pula terdiri daripada bahasa-bahasa di Filipina,


bahasa bumiputera di Sabah, dan bahasa di Brunei (kecuali bahasa Melayu dan
bahasa Lun Dayeh).

Secara umumnya, keluarga Nusantara atau Indonesia merupakan keluarga


kelompok bahasa yang terbesar dengan kawasannya meliputi Formosa di utara,
Maluku di timur ,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat.

Rumpun Austronesia Timur melahirkan tiga keluarga bahasa iaitu keluarga


bahasa Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Bahasa –bahasa yang termasuk
dalam keluarga bahasa Melanesia ialah bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia,
Irian, New Guinea dan Halmahera. Keluarga bahasa Polinesia merangkumi bahasa-
bahasa Hawaii, Tonga, Moari dan Kepulauan Easter.

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara. Bahasa


Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu antara 200-300
bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa tersebut
dan termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Dalam subkeluarga Indonesia
Pusat itu, bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasa Sumatera, bersama-
sama dengan bahasa Batak, Aceh, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut.

Daripada segi perkembangan bahasa Melayu moden yang digunakan pada


masa ini merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu
klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno manakala bahasa Melayu kuno itu
asalnya daripada bahasa Melayu Purba.

Walau bagaimanapun, anggapan itu tidak disetujui oleh Asmah Haji Omar.
Menurut beliau bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa Melayu klasik dan
bahasa Melayu klasik berasal daripada bahasa Melayu induk, bukan bahasa Melayu
kuno. Kewujudan bahasa Melayu induk disebabkan terdapat perbezaan yang amat
ketara anatara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik dan bahasa
Melayu moden.

Hal ini dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu moden pada masa ini
berasal daripada bahasa Melayu purba, iaitu bentuk bahasa Melayu yang paling
awal. Bahasa Melayu purba ini dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro.
Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Bahasa Melayu purba tidak
wujud dalam bentuk tulisan.

Namun, dengan pengaruh budaya Hindu yang dibawa oleh para pedagang
dan penyebar agama Hindu, kemudian, bahasa Melayu purba akhirnya berkembang
menjadi bahasa Melayu kuno dalam bentuk tulisan.

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal usul bangsa Melayu iaitu
kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.

Kawasan Asia Tengah

Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke


selatan. Mereka dikatakan berasal dari kawasan selatan China. Tempat-tempat yang
diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China,
Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China. Penghijrahan mereka
dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara kira-kira pada tahun 2500
S.M.

Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang
Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup
berpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuk tanam,
barangan pecah-belah dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenal sebagai
Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru dan mereka membuat alat-alat daripada batu.
Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan
oleh P.Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini kemudiannya
diperkukuh oleh Geldern (seorang ahli prasejarah dan professor di Institut Pengajian
Asia, Iran pada tahun 1932.

Melalui kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang,


Geldern mendapati bahawa kapak-kapak yang diperbuat dripada batu yang terdapat
di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawadi, Sungai Salween, Sungai
Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di
kawasan Nusantara. Dengan demikian, Geldern membuat kesimpulan bahawa
beliung-beliung batu yang dijumpai di Nusantara itu telah dibawa oleh orang-orang
Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Penghijrahan Kumpulan Melayu deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada


tahun 1500 S.M. Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan, di selatan
China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Melayu Proto. Zaman
mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alat perburuan dan
pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam bidang astronomi
dan pelayaran. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudian tersebar hampir ke
seluruh Kepulaun Melayu.

Kedatangan Melayu Deutro telah menyebabkan Melayu Proto berpindah ke


kawasan pedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai
dengan cara hidup mereka yang suka berpindah-randah. Kumpulan Melayu Proto
inilah yang menjadi nenek moyang kepada orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi
dan sebagainya.

Kumpulan Melayu Deutro pula menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai
nelayan. Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan
sungai dan lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan memburu
binatang. Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-
pulau di seluruh Kepualuan Melayu yang akhirnya berkembang menjadi bangsa
Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang.
Selain daripada Geldern, terdapat beberapa orng ahli budaya yang turut
berpendapat bahawa orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Antara
mereka termasuklah J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat-resam suku
bangsa di Asia. Beliau mendapati bahawa wujud persamaan antara adat resam
kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma
(Myammar). Persamaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu
mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

Ahli-ahli budaya lain seperti G.K. Nieman dan R.M. Clark juga membuat
kajian tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia
merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Hipotesis pertama ini turut
disokong oleh seorang sarjana Melayu, iaitu Asmah Haji Omar dari Malaysia dan
Slametmuljana dari Indonesia.

Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari


daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan
yang sama. Menurut beliau, ada yang melalui daratan melintasi Tanah
Semenanjung Malaysia, ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung
Malaysia, ada yang melalui Lautan Hindi, dan ada pula yang melalui Laut China
Selatan. Slametmuljana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan
bahasa dan berpendapat bahawa bahasa Austronesia yang didalamnya termasuk
bahasa Melayu adalah dari daratan Asia. Walau bagaimanapun, hipotesis pertama
ini menimbulkan pelbagai keraguan. Salah satunya berkaitan dengan tarikh
berlakunya penghijrahan. Tarikh penghijrahan Melayu Proto dan Melayu deutro
bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo
sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

Malah, kalau diteliti daripada segi warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit
coklat yang tinggal di Thailand selatan, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina selatan,
dan Singapura memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina
di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah. Mereka
bukan sahaja berbeza daripada segi kulit, bentuk, dan anggota badan tetapi juga
daripada segi bahasa dan kebudayaan.
Selain itu, bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga
meragukan. Artifak ini sebenarnya bukan sahaja ditemui di Asia Tengah dan
Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eropah. Artifak ini sebenarnya ada pada
mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia. Apatah lagi secara kebetulan
Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia Tengah ke Nusantara. Sekiranya
beliau memulakan kajian dari Nusantara ke Asia Tengah, mungkin beliau akan
menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa di Asia Tengah itu berasal dari
Nusantara.

Seterusnya, kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa


Melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah. Kajian bahasa menunjukkan
bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia, bukan daripada
rumpun Cina-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Tibet, Siam, Miao, Yiu dan Burma.

Kawasan Nusantara

Hipotesisi ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari


kawasan Asia Tengah. Para pengkaji yang mendukung hipotesis ini mengemukakan
beberapa tempat asal bahasa Austronesia, iaitu rumpun bahasa yang menurunkan
bahasa Melayu. Antaranya termasuklah Sumatera, Jawa, Formosa, Melanesia, New
Guinea dan Filipina. Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang
menjelaskan dakwaan mereka.

Bukti yang pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan
selatan Asia. Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh
beberapa orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di
Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-
bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia.

Kajian C.A. Mees mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun


Austronesia mempunyai persamaan yang banyak daripada segi perkataan, sistem
imbuhan, dan susunan tatabahasa. Sebagai contohnya, kata-kata seperti mata, lima,
dan telinga sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut.
Penututr bahasa daripada rumpun Austronesia itu dipercayai berpusat di
pesisir pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. Dari situlah mereka membawa
bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan timur hingga ke
Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Kajian William Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun


dengan bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada
induk bahasa Austronesia. Keakrabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam
bahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang
bangsa Austronesia adalah di Indonesia danFilipina.

Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal-usul


bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara. Sehubungan dengan itu, seorang
sarjana Inggeris bernama John Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa
yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Hasil
daripada kajian beliau menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah
memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.

Menurut Crawfurd, untuk mencapai taraf kebudayaan yang menonjol itu,


kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad
sebelum itu. Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan bahawa tempat
asal usul orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Dengan kata lain, bahasa
Melayu di Sumatera dan bahasa Jawa (di Pulau Jawa) merupakan bahasa induk
kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.

Hipotesis kedua ini juga di sokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan
fosil manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami
Kepulaaun Melayu. Sebagai buktinya, fosil manusia yang ditemukan menunjukkan
bahawa Manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.

Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak manusia menunjukkan bahawa usia


tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang
ditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti dengan penemuan dua tengkorak di
Jawa, iaitu Pithecanthropus Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil yang masing-
masing berusia kira-kira 670 000 tahun dan 600 000 tahun berbanding dengan
Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia
kira-kira 550 000 tahun. Kesimpulannya, nenek moyang bangsa Austronesia dan
Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di
Nusantara.

Bukti lain ynag menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk


asal di Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut geografi.Dari Zaman Pilosen
hingga Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua
buah daratan luas yang telah dihuni manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai
Pentas Sunda manakala daratan Australia dinamai Pentas Sahul. Kedua-dua
daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada pulau-pulau yang besar dan kecil
akibat daripada pencairan gleiser. Pencairan gleiser menyebabkan Pentas Sunda
dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau,
sama ada pulau yang besar atau kecil. Pentas Sunda berpecah kepada
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan
pulau-pulau lain di Indonesia manakala Pentas Sahul berpecah kepada benua
Australia dan New Guinea.

Pemisahan antara satu daratan dengan daratan lain ini menyebabkan


manusia tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain.
Daripada huraian ini, dapat disimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku
bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah
disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang
penduduk di Nusantara, bukan berhijrah dari Asia Tengah.

Vous aimerez peut-être aussi