Vous êtes sur la page 1sur 23

SENARAI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA
SURAT

1.

Isi Kandungan

2.

Sejarah Bola Jaring (Dunia dan Malaysia)

2-4

3.

Peraturan dan Undang-Undang Permainan Bola Jaring

5-10

4.

Hantaran Aras Dada

11-15

5.

Hantaran Lantun

16-21

6.

Permainan Kecil Mini Bola Jaring

21-22

6.

Rujukan

23-24

SEJARAH BOLA
JARING
I) DUNIA
II) MALAYSIA

1.0 Sejarah Bola Jaring


1.1 Sejarah Bola Jaring Dunia
Permainan bola jaring merupakan sukan yang terkenal dikalangan wanita. Permainan
ini secara majoritinya dipelopori oleh wanita kerana permainan ini tidak kasar tetapi lembut. Oleh
kerana permainan ini menjadi minat ramai orang dari negara-negara Komanwel, ia berkembang
pesat dan seterusnya menjadi sukan bertaraf antarabangsa. Dr. James Naismith dari Kanada
telah memperkenalkan sukan bola keranjang untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej
Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat dalam tahun 1891. Berhubungan dengan itu, beliau
juga tanpa disedari mencipta permainan bola jaring yang lahir daripada bola keranjang.
Permainan bola jaring ini diasaskan oleh Clara Gregory Baer. Asia dan Afrika merupakan negara
yang mula-mula menyerap permainan ini ke dalam sukan mereka. Pada tahun 1926, Persatuan
Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Womens Netball Association) telah ditubuhkan
dan berfungsi sehingga masa kini. Akhir-akhir ini, sukan ini masih dimainkan dalam lebih daripada
150 buah negara.
Permainan bola jaring amat popular di Eropah terutamanya di Australia dan juga di
New Zealand. Dalam masa yang singkat, permainan ini telah menjadi terkenal di Afrika,United
Kingdom,Kepulauan Caribean dan juga Asia. Permainan bola jaring dulunya tidak mempunyai
undang-undang dan tiada gelanggang. Tong sampah digantungkan pada dua sudut padang dan
gol akan dimasukkan ke dalamnya. Ia menyukarkan keadaan kerana pemain perlu panjat dan
mengambil balik bola setelah menjaringnya. Setelah dua tahun kemunculan permainan ini, ia
mula dimainkan dalam dewan. Alatan yang diperlukan untuk permainan ini turut diiubahsuai dan
ditambahbaik. Undang-undang permainan ini mula-mula diperkenalkan papda tahun 1901.
Gelanggang juga telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar. Saiz bola juga telah
diperbesar. Gelung berjaring telah diperkenalkan menggantikan tong sampah. Oleh kerana sukan
ini dahulunya dipelopori oleh golongan wanita sahaja, mereka perlu memakai skirt yang panjang
dan baju yang berlengan besar.
Permainan ini telah disebarkan oleh pendakwah Kristian ke seluruh negara jajahan
British. New Zealand merupakan negara pertama yang menubuhkan persatuan bola baring pada
1924 seterusnya diikuti oleh Britain pada tahun 1926 dan Australia pada tahun 1927. New
Zealand dan Australia mencipta peraturan sendiri dan mengamalkannya sehingga tahun 1938.
Pada tahun 1963, Australia telah memenangi pertandingan bola jaring dengan satu mata
mengatasi negara New Zealand. Undang-undang dan peraturan bola jaring telah diwujudkan dan
dipersetujui bersama oleh England, Australia, New Zealand, Northern Ireland, Afrika Selatan,
3

Amerika Syarikat dan Wales. Wakil-wakil dari England, Australia, New Zealand, Afrika Selatan,
Ceylon dan Indies Barat telah menghadiri mesyuarat

di Ceylon pada Ogos 1960 dan

menubuhkan Persekutuan Antarabangsa Bola Jaring.


1.2 Sejarah Bola Jaring di Malaysia
Di Malaysia, bola jaring mula-mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh
Kristian dari England dan ia diajar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris pada zaman
penjajahan British. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan pada lewat tahun
1960-an dan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Bola Jaring Puan Teh Gin Sooi, bola jaring
berkembang secara pesat. Permainan bola jaring mula dimainkan di sekolah, universiti, kolej dan
kelab oleh peserta perempuan. Persatuan Bola Jaring Selangor merupakan persatuan pertama
yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar pada awal 1970an dan dipengerusikan oleh Puan Teh
Gin Sooi. Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan
Pahang turut mendaftarkan persatuan bola jaring negeri masing-masing sehubungan dengan itu.
Almarhumah Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang telah menaungi Persatuan
Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 dan dianggotai oleh
persatuan-persatuan bola jaring negeri. Seiringan dengan itu,PBJM mempunyai 16 ahli gabungan
yang terdiri daripada 13 Ahli Gabungan dari negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan dari bukan negeri
iaitu Polis Diraja Malaysia, Lembaga Letrik Negara dan Angkatan Tentera Malaysia. Lembaga
Letrik Negara bertukar nama menjadi Tenaga Nasional Berhad pada tahun 1990. Pada masa kini,
PBJM turut dianggotai sebuah lagi negeri menjadikan jumlah ahli anggotanya 17 ahli gabungan.
Sejak tahun 1980, PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Bermula dari tahun 1982, PBJM telah bergabung dengan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa
(IFNA). Pada tahun 1985, Malaysia menjadi salah satu ahli pengasas apabila Persekutuan Bola
Jaring Asia ditubuhkan. PBJM bertugas untuk menganjurkan kejohanan bola jaring di peringkat
kebangsaan. Setiap tahun Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring
Bawah 21 Tahun wajib diadakan. MSSM menganjurkan kejohanan bola jaring setiap tahun di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga turut
menganjurkan kejohanannya sendiri dan sehingga kini masih terlibat dalam kejohanan
antarabangsa.

PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
PERMAINAN

2.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Asas Peraturan Permainan Sukan bola jaring dimainkan oleh dua (2) pasukan yang
terdiri daripada tujuh (7) pemain dalam sesuatu pasukan. Permainan ini menumpukan
kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang
Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Bulatan Gol.
Aspek
Bilangan pemain
Tempoh permainan

Peraturan
Setiap pasukan terdiri 7 pemain dan 5 pemain simpanan.
Terdapat dua bahagian iaitu selama dua puluh (20) minit
setiap separuh masa. Masa rehat 5 minit.
Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh

Pengadil
Memulakan permainan

masa
Permainan diadili oleh 2 orang pengadil
i. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. ii.
Hantaran Tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap

Hantaran Ke dalam

jaringan gol.
Hantaran ke dalam diberi kepada pasukan lawan apabila

Gerak kaki

bola keluar gelanggang.


Pemain tidak dibenarkan mengheret atau mengerakkan kaki

Lebih kawasan

mendarat .
Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu
kawasan tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahulu oleh

Off side

mana-mana pemain yang dibenarkan.


Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan
jika

Halangan

memasuki

mana-mana

kawasan

selain

daripada

kawasan bermainnya.
Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang
memegang bola kurang daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak

Sentuhan

dikira daripada kaki mendarat.


Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan
dengan pemain lawan.

2.1) Kawasan bermain bagi setiap pemain

Rajah 1: Kawasan bermain

Kawasan

Posisi Pemain
GS
GA
WA
C
WD
GD
GK

Bermain
1,2
1,2,3
2,3
2,3,4
3,4
3,4,5
4,5

Penjaring gol
Penyerang gol
Penyerang tepi
Pemain tengah
Pengadang tepi
Pengadang gol
Penjaga gol

Rajah 2: Posisi pemain di gelanggang

2.2) Ukuran Gelanggang


i. Gelanggang
Ukuran gelanggang bola jaring dibahagikan kepada tiga kawasan seperti gambar rajah di
bawah:
7

Rajah 3: Ukuran gelanggang

ii. Jenis-jenis gelanggang


a. Gelanggang rumput
Permukaan gelanggang rumput hendaklah rata dan bersih. Pastikan tiada batu, pasir,
kaca dan sebagainya pada permukaan tersebut.

Rajah 4:
Gelanggang

rumput

b. Gelanggang Indoor

Rajah 5:
Gelanggang Indoor

2.3) Tiang Gol


Tiang gol hendaklah tegak dan tingginya 2.44 meter (8 kaki) untuk sekolah rendah dan
diletakkan di tengah garisan gol. Satu gegelang logam dengan bahagian dalamnya
berdiameter 380mm (15 inci) hendaklah dipasang terkeluar 150 mm (6 inci) dari hujung
tiang.

Rajah 6: Tiang gol


2.4) Peralatan dan pakaian
i. Bibs
Dua set bibs/tampalan berhuruf menunjukkan posisi permainan seperti berikut:

Rajah 7: Contoh set Bibs


ii.Bola
Bola yang digunakan bagi semua tahap umur ialah saiz 5. Bola getah atau bola kulit
sahaja digunakan dalam permainan bola jaring.

Rajah 8: Bola

jaring yang
diperbuat daripada kulit dan getah

iii.Pakaian
Satu pasukan perlu memakai pakaian yang seragam. Pakaian dan kasut yang sesuai
seperti gambar-gambar berikut:

Rajah 8: Pakaian dan kasut yang bersesuaian bagi permainan bola jaring

10

HANTARAN
ARAS DADA

Hantaran aras dada

11

Dengan kedua-dua belah tangan, bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada
dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku
dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.
Tujuan
Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila
penerimaan tidak dihalang oleh lawannya.
Fasa Lakuan
1)

Rajah 1: Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.


2)

Rajah 2: Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada.
3)

Rajah 3: Tangan dibengkokkkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan


seimbang.

4)
12

Rajah 4: Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran.


5)

Rajah 5: Luruskan tangan serentak dengan hantaran.


6)

Rajah 6: Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan salah satu
kaki ke hadapan.
Ansur maju
1) Murid harus berdiri dalam keadaan bersedia menghadap pasangan masing-masing.

2) Murid perlu membayangkan mereka mempunyai sebiji bola di tangan mereka mengikut
teknik yang diajar.

13

3) Mereka perlu meluruskan tangan sambil menolak bola dengan jari mereka.

4) Seterusnya, murid perlu mengulang aksi pergerakan di atas menggunakan bola jaring
sebenar.

5) Semasa menyambut bola, murid perlu mengundur sebelah kaki satu langkah ke
belakang dan
menyambutnya.

Latih tubi
14

1) Murid perlu berdiri dalam jarak 3 meter menghadap rakan. Lakukan hantaran bola
secara hantaran dada berganti-ganti selama 30 saat dan catatkan bilangan hantaran
yang dibuat dalam jangka masa tersebut
2) Kemudian, hantaran dada terus dilakukan dengan menambah bilangan jarak dari
tempat pemain lain.
3) Seterusnya, kedua-dua pemain harus menghantar dan menerima. Penghantar perlulah
berada dalam keadaan statik dan penerima harus sentiasa bergerak dalam satu garisan
melintang di hadapan penghantar.
4) Guru akan mengenalpasti kesilapan yang pelajar lakukan semasa melakukan hantaran
aras dada dan memperbaikinya.

15

HANTARAN
LANTUN

Hantaran Lantun
16

Hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai
permain berhampiran. Terdapat dua cara untuk melakukan hantaran lantunan iaitu
menggunakan kedua- dua belah tangan dan menggunakan sebelah tangan sahaja.
Tujuan
Hantaran lantun adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sisi lawan.
Biasanya hantaran yang dilakukan adalah hantaran rendah. Hantaran ini rendah sahaja
dan dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau
menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi
selalunya dengan menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih
stabil, cepat dan tepat.
Kelebihan
Dapat membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak
keliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya. Hantaran lantunan ini
biasanya dilakukan apabila keadaan ramai pemain berkumpul di dalam gelanggang
terutama di kawasan jaringan.
Teknik melakukan hantaran lantun menggunakan dua belah tangan
1. Semasa melantun bola dengan dua belah tangan, tangan diletakkan di sisi bola.
2. Berat ditumpukan kepada kaki depan semasa bola dilantun supaya pembaling berada
lebih dekat dengan penahan.
3. Lutut lutut dibengkokkan sedikit dan bola dilepaskan supaya melantun melepasi kaki
penahan.
4. Bola harus dilantun ke bawah dengan cukup kuat supaya diterima oleh oleh pemain
dalam posisi menegak.
5. Pastikan bola dilantun di sisi kaki hadapan rakan pasukan.

17

Rajah 6: Cara melakukan hantaran lantun dengan dua belah tangan

Teknik melakukan hantaran lantun menggunakan sebelah tangan


1. Untuk melantun bola dengan sebelah tangan, jari jari dikembangkan dengan tangan
berada di bawah dan di belakang bola.
2. Penukaran berat adalah seperti lantunan dua belah tangan.
3. Penggunaan sebelah tangan bermakna kurang kekuatan dalam lantunan.

Rajah 7: Cara melakukan hantaran lantun dengan sebelah


tangan
Ansur Maju
18

1. Ansur maju bagi hantaran lantun dilakukan tanpa bola.


2. Murid murid akan berdiri dalam dua kumpulan iaitu 7 orang dalam satu
kumpulan. Kumpulan A dan B akan berdiri bertentangan antara satu sama lain
dalam dua barisan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Kumpulan A

Rajah 8: Posisi murid ketika fasa ansur maju


Kumpulan B

3. Sebagai langkah pertama, murid akan berdiri secara tegak.

Rajah 9: Posisi berdiri secara menegak

4. Dalam langkah kedua, murid murid akan akan meletakkan satu kaki di hadapan
untuk menurunkan berat. Tangan akan diletakkan dalam posisi seperti memegang
bola ke aras dada. Kedua dua lutut kaki dibengkongkkan sedikit.

19

Rajah 10: Tangan diletakkan di sisi bola, kaki diletakkan di depan serta lutut
dibengkokkan sedikit

5. Dalam langkah ketiga, murid akan merendahkan badan untuk melantunkan bola di
sisi kaki depan rakan sepasukan.

Rajah 11: Badan direndahkan dan bola dilantunkan seperti yang ditunjukkan dalam
gambar.

6. Rakan

sepasukan

akan

menyambut bola dalam posisi

seperti yang ditunjukkan

Latih tubi

dalam gambar.

Rajah 12: Posisi menyambut bola

1. Langkah ansur maju

diulang sebanyak

10 kali.
2. Guru mengawasi sama ada murid melakukan hantaran lantun dan menyambut
bola dengan teknik yang betul.
20

3. Sebarang kesilapan diperbetulkan oleh guru dalam fasa ini.

Kumpulan A

Rajah 13: Posisi murid ketika fasa latih tubi


Kumpulan B
Permainan Kecil Mini Bola Jaring
Peralatan: Selempang ( biru dan ungu), bola jaring
1. Permainan ini menyerupai bola jarring sebenar tetapi hanya menggunakan
hantaran aras dada dan hantaran lantun yang telah diajar kepada murid.
2. Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Setiap
kumpulan terdiri daripada 7 orang pemain.
3. Pemain hanya dibenarkan untuk melakukan hantaran aras dada dan hantaran
lantun semasa permainan.
4. Sekiranya murid melakukan hantaran lain selain daripada yang tersebut, pengadil
akan membunyikan wisel. Ini bermakna bola perlu diberikan kepada pasukan
lawan untuk memulakan permainan.
5. Kumpulan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dianggap sebagai
pemenang.

21

RUJUKAN

22

RUJUKAN
BUKU

Aminah Mohd Salleh (1989), Bola Jaring, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Fouzee H.A. (1898),
Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani; Bola Jaring.
Penerbitan Sri Maju Sdn. Bhd.
Helen Ten, 2005, Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Jaring.
Mohd Salleh Aman (2006), Asas Pengurusan Sukan ,Kuala Lumpur:Universiti Melaya.
Mohd.Sofian Omar Fauzee (2006), Drill Bola Jaring. Karisma Publication Sdn.Bhd.
Rozita Abdul Latiff.(2006), Drill Bola Jaring Asas,Pertengahan dan Mahir.Shah Alam:
Krisma Publication
INTERNET
Ani Haryani. LuvHaryani. (May 11). Retrieved June 17, 2016, from
http://luvharyani.blogspot.my/2015/05/posisi-dalam-permainan-bola-jaring.html
Dr. Ahmad Rizal bin Madar. Kemahiran PJK Tingkatan 4: PERATURAN DAN UNDANGUNDANG PERMAINAN BOLA JARING. (2014, July 18). Retrieved June 17, 2016,
from http://infopjkform4.blogspot.my/2012/05/peraturan-dan-undang-undangpermainan.html
Iena Chan. Peraturan Dan Undang Undang Bola Jaring - Documents. (2015, August 4).
Retrieved June 17, 2016, from http://documents.tips/documents/peraturan-danundang-undang-bola-jaring.html
Mohammad Emir. Nota pelajar PISMP. (n.d.). Retrieved June 17, 2016, from
http://notakuliahpismp.blogspot.my/2012/10/kemahiran-dalam-bola-jaring.html
Noor Ain Azlan. (2013). Kemahiran Hantaran Dalam Bola Jaring. Retrieved June 17,
2016, from https://www.youtube.com/watch?v=ImhaZZjiupw
Wong Siew Wan. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN. (2012, December 10).
Retrieved June 17, 2016, from http://pjpk2012.blogspot.my/2012/12/teknikpermainan-bola-jaring.html

23

Vous aimerez peut-être aussi