Vous êtes sur la page 1sur 35

KEGIATAN EKONOMI MENYUMBANG

KEPADA KEMAJUAN DAN


PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
YANG BERDAULAT

DISEDIAKAN OLEH:
AIMAN FIRDAUS BIN MOHAMMAD
KAMARUL SHAH
KELAS: 1 Usaha
MATA PELAJARAN : SEJARAH
DISEDIAKAN UNTUK:
EN MOHD SHAHRI BIN MISPAN

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA
SURAT

1.

JADUAL KERJA

2.

OBJEKTIF KAJIAN

3.

KAEDAH KAJIAN

4.

KERANGKA KASAR

5.

TAJUK KAJIAN

6.

PENGHARGAAN

7.

PELAPORAN

9
10

7.1. PENGENALAN

11

7.2. SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

12

7.3. KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MELAYU


TRADISIONAL

13

7.4. PERBEZAAN ANTARA MASYARAKAT MELAYU


TRADISIONAL DAN MASYARAKAT MELAYU
KINI

23

8.

RUMUSAN

32

9.

SUMBER RUJUKAN

33

1. JADUAL KERJA
PERKARA

TARIKH

1. Mendengar taklimat daripada guru sejarah

04/8/2015

2. Mencari maklumat dengan melayari internet

15/8/2015

3. Mengumpul maklumat

15/8/2015

4. Membuat laporan akhir

15/8/2015

5. Membuat semakan

16/8/2015

6. Menghantar laporan

2. OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini adalah saya dapat menghuraikan
3

lebih banyak perkara berkaitan tentang kegiatan ekonomi


masyarakat di negeri-negeri Melayu.
Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti tentang cara-cara
masyarakat di negeri-negeri Melayu menyara diri mereka
seperti mereka melakukan kegiatan pertanian, perikanan
dan mengumpul hasil hutan.
Di samping itu,saya dapat mengetahui akan alat yang
digunakan untuk bertani, membuat kraf tangan dan
menangkap ikan.
Akhir sekali, saya turut dapat menyenaraikan jenis tanaman
masyarakat Melayu, sistem-sistem serah dan sistem-sistem
kerah serta barang dagangan masyarakat Melayu.

3. KAEDAH KAJIAN
1. Mendengar taklimat daripada guru.
(4/8/2015)
4

2. Melayari internet.
(http://yazidyassin.blogspot.com/2013/06/kehidupa
n- masyarakat-melayu-tradisional.html)
http://bmpjbest.blogspot.com/
http://sportinmalaysia-myblog.blogspot.com/
3. Mendengar arahan ibu bapa.
(15/8/2015)
4.Menganalisa dokumen
(29.8.2015)

4. KERANGKA KASAR
BIL

PERKARA

HURAIAN
5

CONTOH

7.1

Pengenalan

a.Terbahagi kepada
dua bahagian iaitu
sara diri dan
kelautan

b.Kegiatan pertanian
berlaku di
Kedah,Pahang dan
Terengganu
7.2 Sistem
pemerintahan
dan
pentadbiran
masyarakat
Melayu
tradisional

a.Sultan
b.Pembesar
Peringkat
Negeri
c.Pembesar
Peringkat Daerah
Dan Jajahan
d.Penghulu
Peringkat
Kampung

7.3 Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional

7.3.1.Pertanian

7.3.1.Kegiatan
7.3.1. -Sabit
untuk menyara
diri
-Kuku
Kambing
-Tenggala

7.3.2a Sistem
Serah

7.3.2a.Sistem serah 7.3.2a. - Hasil


adalah
Tanaman
pemberian
harta kepada
-Ternakan
pemerintah.

7.3.2b Sistem
Kerah

7.3.2b.Sistem kerah 7.3.2b.-Membina


adalah
Istana
pekerjaan yang
dibuat tanpa
-Menturap
upah.
Jalan
-Membina
Kubu

7.3.3.Berdagang

7.3.3. Dilakukan
7.3.3 -Garam
secara berjual
beli atau tukar
-Gambir
barang
-Rempah

7.4. Perbezaan antara masyarakat melayu tradisional dan


7

masyarakat Malaysia kini


7.4.1.Kegiatan pelancongan

7.4.1a. Kawasan
Pelancongan
-Tasik
-Gua
-Air Terjun

7.4.2.Kegiatan Perindustrian

7.4.2a. Jenis-Jenis
Industri
-Industri Berat
-Industri ringan
-Industri
Pemprosesan
-Industri Desa
Dahulu
-Sabit
-Tenggala
Kini
-Hammermill
-Mesin
Penggiling Padi

7.4.3.Kegiatan pertanian

5.TAJUK KAJIAN
8

6. PENGHARGAAN
9

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada guru tercinta saya, En.Mohd Shahri
bin Mispan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya
pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

7.1. PENGENALAN
10

Apabila membicarakan atau menggambarkan perihal


kehidupan masyarakat Melayu tradisional, ia merupakan
satu perbincangan pensejarahan dan kehidupan
kemasyarakatan yang tidak boleh dipisahkan dari merujuk
kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolak
permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya sebuah
kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat
Melayu yang mempunyai sistem dan struktur yang tersendiri.

Menurut Janes Low, pada 1820 telah berpendapat bahawa


Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua
bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian
pertanian, ianya terdiri daripada pertanian yang terdiri
daripada negeri-negeri Kedah, Perak, Patani dan
Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada
pertanian. Dalam bidang ke lautan atau perdagangan, ianya
tidaklah penting berbanding pertanian.Namun begitu James
Low tidak menyatakan negeri-negeri yang lebih menaruh
minat terhadap perdagangan.

11

7.2. SISTEM PEMERINTAHAN DAN


PENTADBIRAN MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL

12

7.3. KEGIATAN EKONOMI


MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

KEGIATAN
EKONOMI

SARA DIRI
PERTANIAN
PERIKANAN
MENGUMPULHAS
IL HUTAN

KRAF TANGAN
BATIK
SUTERA
TEMBIKAR

PERCUKAIAN
PERLOMBONGAN

PERDAGANGAN
MATA WANG
SISTEM TIMBANGAN
DAN SUKATAN

SISTEM SERAH
DAN
SISTEM KERAH

7.3.1 SARA DIRI : PERTANIAN


13

Kegiatan ekonomi yang paling asas ialah berbentuk sara


diri.Sara diri bermaksud melakukan pelbagai usaha untuk
mencari nafkah bagi menyara keluarga sahaja.
Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung menjalankan
kegiatan pertanian,memburu binatang serta menangkap
ikan.
Hasil pertanian adalah untuk kegunaan petani dan
keluarganya. Seluruh keluarga melakukan kegiatan
pertanian.Pelbagai jenis tanaman telah ditanam seperti padi
sawah,padi huma,buah-buahan,sayur-sayuran dan ubi.
Kawasan pertanian biasanya berhampiran sungai kerana
tanahnya subur dan senang mendapatkan sumber air.Antara
kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah kawasan
delta sungai di Kedah dan Kelantan.Terdapat dua jenis
tanaman padi,iaitu padi sawah dan padi bukit.
Alat pertanian yang biasa digunakan ialah
bajak,cangkul,tajak,tenggala,kuku kambing dan
penyisir.Kerja-kerja membajak kawasan penanaman padi
menjadi lebih mudah apabila tenaga binatang seperti kerbau
digunakan.
Cara-cara menambah hasil pengeluaran padi ialah membina
empangan untuk menakung.Air akan disalurkan ke
kawasan pertanian melalui terusan.Salah satu terusan yang
terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman di Kedah.

7.3.1 ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK


MENANAM PADI
14

15

SABIT- MENUAI PADI

KUKU KAMBING- MENANAM


PADI

TENGGALA-MENGGEMBUR
DAN MEMBAJAK PADI

LESUNG KAKI-MENUBUK PADI


UNTUK MENANGGALKAN
HAMPA PADI

NYIRU-MENAMPI BERAS

TONG KAYU-MEMISAHKAN
PADI(BIJIAN DARIPADA
TANGKAI)

7.3.2a. SISTEM SERAH


Sistem serah adalah pemberian sebahagian daripada hasil
tanaman yang dihasilkan oleh rakyat kepada
pemerintah.Pemberian hasil ini dilakukan sebagai balasan
16

kepada pembesar yang menyediakan tanah kepada


rakyat.Kadar dan nilai serahan bergantung pada hasil
tanaman dan ternakan yang diperoleh dalam tahun itu.

7.3.2b. SISTEM KERAH


Sistem kerah pula adalah sesuatu pekerjaan yang dibuat
oleh rakyat tanpa diberi upah.Pemerintah akan memerintah
pembesar untuk kerah rakyat bagi membina
istana,kubu,jalan dan saliran.Rakyat mempunyai sikap taat
setia terhadap pemerintah apabila dikerah untuk berperang.

7.3.2 PERBEZAAN ANTARA SISTEM KERAH


DAN SISTEM SERAH
KEPENTINGAN SISTEM
SERAH

Sistem ini
menunjukkan
kekuasaan pembesar
Melayu terhadap rakyat

KEPENTINAGAN SISTEM
KERAH

Sistem kerah
adalah kerahan sumber
tenaga untuk melakukan
sesuatu kerja tanpa
upah untuk pembesar
atau raja seperti
membina istana dan
jalan

Sistem ini menjadi


punca pendapatan para
pembesar.

7.3.3 PERDAGANGAN
Perdagangan di negeri Melayu dilakukan secara tukar
barang atau berjual beli.Sultan dan pembesar menjadi
17

pemodal.Pada umumnya,mereka memonopoli kegiatan


perdagangan.Perdagangan juga dijalankan oleh rakyat
secara berjaja di pasar atau di luar kawasan
Pusat perdagangan terletak di pelabuhan yang berhampiran
dengan muara sungai.Misalnya,pelabuahan
Melaka,Kedah,Klang dan Johor Lama.Pelabuhan ini menjadi
pusat mengumpul dan mengedar barangan dari Timur dan
Barat.
Barang dagangan utama adalah rempah,garam,gambir,hasil
tenunan,bijih timah,beras dan lada hitam.Hasil hutan seperti
kayu kayan,rotan,damar dan madu lebah juga menjadi
bahan dagangan yang penting.Kegiatan memungut hasil
hutan untuk tujuan perdagangan dikenali sebagai meramu.

REMPAH

MADU LEBAH

KAIN TENUNAN

BERAS

7.3.3 MATA WANG


Di negeri Melayu,kegiatan perdagangan sentiasa
berkembang. Selain sistem tukar barang,mata wang juga
digunakan.
18

Kulit siput geweng adalah mata wang awal yang


digunakan. Nilai kulit siput geweng adalah berdasarkan saiz
dan jenisnya. Kulit siput gerus juga digunakan oleh
penduduk tempatan.
Mata wang logam daripada timah dan emas digunakan
kerana perkembangan ekonomi. Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka,sejenis wang logam, kaleng(calains)yang
diperbuat daripada timah digunakan.
Setiap negeri Melayu mengeluarkan mata wang masingmasing. Antara mata wang yang digunakn di negeri Melayu
ialah:
Negeri
Terengganu
Johor
Negeri sembilan
Pahang
Perak
Selangor
Selangor
Kelantan
Kedah

Jenis Mata Wang


Wang emas dan kupang berbentuk segi
lapan,wang syling keping atau pitis
serta jokoh
Wang emas(mas dan kupang)
Mata wang jongkong tampang atau
timah
Jongkong timah dikenal sebagai
tampang sebuaya
Wang emas kijang dinar,kupang dan
pohon pitis
Mata wang berbentuk ayam jantan

7.3.3 WANG LOGAM YANG DIGUNAKAN

19

DUIT POHON PITIS KELANTAN

DUIT TIMAH BERBENTUK AYAM


KEDAH

DUIT EMAS TERENGGANU

DUIT KIJANG KELANTAN

DUIT KUPANG EMAS


KELANTAN

JONGKONG TIMAH BERBENTUK


BUAYA SELANGOR

JONGKONG TIMAH
BERBENTUK AYAM

JONGKONG TAMPANG
PAHANG

7.3.3 SISTEM TIMBANGAN, SUKATAN DAN


UKURAN
20

Selain mata wang,sistem timbangan dan sukatan


mempunyai kaitan yang rapat dengan perdagangan.
Masyarakat kita sejak dahulu lagi telah mempunyai cara
menyukat dan mengukur yang teratur dan seragam.
Di negeri Melayu,sistem sukatan yang digunakan adalah
kaul,cupak dan gantang. Ia digunakan untuk menyukat
beras,bijih timah dan garam. Sukatan digunakan untuk
mengukur isipadu sesuatu benda.
Timbangan pula digunakan untuk mengukur berat sesuatu
barang. Alat bagi menimbang emas,perak dan bijih timah
ialah dacing dan pikul.
Masyarakat Melayu dahulu juga tahu cara untuk mengukur
keluasan dan jarak. Unit ukuran untuk mengukur keluasan
tanah di Kedah ialah relung. Masyarakat melayu boleh
mengukur jarak antara dua buah kampung berdasarkan
tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui
sungai seperti sepelaung, sehari, sepekan dan
sepurnama.
Masyarakat kita pada waktu dahulu menggunakan anggota
badan untuk mengukur jarak yang pendek. Antaranya
jengkal, hasta, depa, tapak dan langkah.

7.3.3 ALAT UNTUK MENYUKAT


21

7.3.3 ALAT UNTUK MENIMBANG

7.3.3 ALAT UNTU MENGUKUR JARAK


22

7.4. PERBEZAAN ANTARA


23

MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL DAN


MASYARAKAT MALAYSIA KINI
7.4.1 KEGIATAN PELANCONGAN
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong
atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima
puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun
untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang.
Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu
badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti
perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah
menjadi aktiviti masa lapang yang popular di seluruh dunia.

24

7.4.1a KAWASAN PELANCONGAN DI


MALAYSIA

25

7.4.2 KEGIATAN PERINDUSTRIAN


Perindustrian merujuk kepada aktiviti pembuatan,
penghasilan barangan untuk perdagangan dan bukannya
untuk kegunaan sendiri.
Perindustrian biasanya dibahagikan kepada 4 jenis menurut
saiz, nilai dan bentuk industri itu sendiri. Pembahagian
tersebut adalah:

Industri Berat
Industri Desa
Industri Ringan
Industri Pemprosesan

Pembahagian perindustrian ini adalah secara kabur dan


tidak mempunyai had yang tetap, sebaliknya bergantung
kepada jenis industi dan siapa yang mengtakrifkannya.

26

7.4.2a. Jenis-Jenis Perindustrian di Malaysia


(1) Industri Pemprosesan

Pemprosesan Minyak Kelapa


Sawit
i.
ii.
iii.
iv.

Melibatkan
pemprosesan
hasil-hasil
pertanian,
perlombongan, pembalakan dan perikanan.
Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan
pelbagai bahan mentah.
Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan
tujuan untuk tingkatkan mutunya.
Contohnya adalah seperti berikut:
a. Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis
dan papan bergergaji.
b. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan
marjerin.
c. Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.
d. Getah diproses menjadi getah kepingan atau
getah skrap.

27

(2) Industri Berat

Pemasangan/pembuatan
kenderaan
i.
ii.
iii.
iv.

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat


moden yang perlukan kemahiran tinggi.
Perlukan modal yang besar.
Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM).
Contohnya adalah seperti berikut:
a. membuat kereta proton saga (Shah Alam)
b. membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)
c. Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung)
d. Loji gas cecair (Bintulu Sarawak)
e. Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port
Dickson)

28

(3) Industri Ringan

Pemprosesan minuman

i.
ii.
iii.
iv.

v.

vi.

Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk


tempatan dan eksport (barangan pengguna).
Jenis perindustrian yang terpenting.
Contoh : Pembuatan barangan elektrik, makanan,
pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya.
Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat
bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan
kemudahan yang lengkap.
Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan
bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri
kejuruteraan ringan.
Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan
terpenting di Malaysia

(4) Industri Desa


29

Pemprosesan kerepek/makanan
ringan
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.


Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.
Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan
beberapa orang pekerja upahan.
Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada
pelancong.
Terkenal di Kelantan dan Sabah.
Contohnya adalah seperti berikut:
a. Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan
atau buluh
b. Mengecap batik / tenun sutera.
c. Membuat keropok ikan / udang.
d. Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran
kayu.

30

7.4.2b. KAWASAN PERINDUSTRIAN

31

7.4.3 KEGIATAN PERTANIAN


7.4.3a PERBEZAAN ALAT PERTANIAN MASA
KINI DAN DAHULU

32

DAHULU

KINI

SABIT

MESIN PENGGILING PADI

TENGGALA

MESIN PEMBUAT KOMPOS

NYIRU

HAMMERMILL

7. RUMUSAN
Sebagai rakayat Malaysia,kita patut berbangga dengan
warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan
sehingga hari ini. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan harus
disusuli dengan usaha bersungguh-sungguh untuk
33

membangunkan negara. Kita seharusnya mengamalkan


budaya kekitaan agar keamanan dan kedaulatan negara
sentiasa terpelihara. Kita juga bertanggunjawab meneruskan
dan mempertahankan identiti bangsa.

8. SUMBER RUJUKAN
1. Melayari internet.
(http://yazidyassin.blogspot.com/2013/06/kehidupa
n- masyarakat-melayu-tradisional.html)
http://bmpjbest.blogspot.com/
http://sportinmalaysia-myblog.blogspot.com/
34

2. Buku ilmiah.
(Yew Chee Wai,Mary Tan Swee Ee,Ros Maria
Chin,Nexus pro sejarah,2010,Selangor,Penerbit
Sasbadi Sdn Berhad)
(Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri,Buku Teks Sejarah
Tingkatan 1,2002,Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)
3. Orang sumber
En Mohd Shahri bin Mispan,Guru sejarah 1
usaha,2015,SM Sains selangor,Bandar Tun
Razak,Cheras,Kuala Lumpur

35

Vous aimerez peut-être aussi