Vous êtes sur la page 1sur 5

PENGENALAN

Seluruh alam semesta ini adalah kepunyaan Allah, langit, bumi, matahari, bima sakti
dan semua yang ada didalamnya adalah kepunyaan Allah swt. Tidak satu pun yang luput dari
pengawasannya.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
Luas Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. (QS.Al-Baqarah:255)
Kita sememangnya yakin alam yang maha luas dan besar ini bukanlah terjadi dengan
sendirinya. Mustahil sesuatu itu terjadi dengan sendirinya melainkan ada yang menciptanya.
Dan pencipta alam seluruhnya ini ialah Allah tuhan bagi mereka yang bertaqwa.
Kita menyakini bahawa Allah swt bukan sahaja semata-mata mencipta bahkan
mengatur pula perjalanan alam seluruhnya. Allah swt yang memutarkan sinya dan orbitnya,
menjadikan matahari bersinar, bulan bercahaya dan sebagainya. Firman Allah swt yang
bermaksud:
Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau
siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang
mengeluarkan yang hidup dari yang mati dari yang hidup, siapakah yang mengatur segala
urusan? Maka mereka menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak
bertaqwa(kepada-Nya)?
(Yunus:31)
Allah swt bukan sahaja mencipta dan mengatur alam ini malah melindunginya juga.
Tanpa perlindungan Allah swt maka alam tidak mungkin dapat bertahan selama berjuta abad
sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini. Tanpa perlindungan daripada Allah swt
tidak mungkin ada kehidupan atas muka bumi ini. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas
segalanya.

BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT


Untuk mengetahui betapa hebatnya keagungan Allah swt, saya akan cuba untuk
membahaskan tentang kejadian alam semesta ini. Asal usul alam semester di terangkan dalam
ayat quran di dalam ayat berikut:
Dia adalah maha pencipta langit dan bumi (surah al-Anaam:101)
Maklumat yang dinyatakan dalam al-quran ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari
dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrifizik hari
ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan demensi benda dan masa telah terhasil
melalui satu letupan yang besar telah terjadi ketika masa sifar. Fenomena ini yang
membuktikan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik percaya
bahawa Bing Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat
dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
2.1 Putaran bumi
Kita semua dapat hidup di atas muka bumi ini kerana bumi berputar di atas paksinya
dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba bayangkan ssekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil
kita dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.
Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukannya yang menghadap
matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan
menjadi malam. Seandaikan bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap
matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.
Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti
keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan
menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih
100oC

sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan

menggelegak.
Kemudian apa pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus
sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan seterusnya dari jam ke jam akan
terus bertambah dingin sehingga dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0 oC
sehingga seluruh air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan keras.

Dengan adanya putaran bumi siang dan malam maka keadaan hawa di permukaan
bumi ini menjadi seimbang dan sederhana iaitu tidak terlalu panas tidak terlalu dingin.
Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan selesa di
permukaan bumi ini.
2.2 Peredaran Bumi Mengelilingi
Selain daripada berputar atas paksinya, bumi juga berputar mengelilingi matahari
dalam lingkaran orbitnya yang amat luas. Ingatlah bahawa jarak antara bumi dengan adalah
149,000,000km dan putarannya mengambil masa selama 365 1/4 hari iaitu setahun mengikut
perkiraan kita.
Begitulah keadaannya dari semasa ke semasa dan silih nerganti tanpa henti-henti
sehingga hari kiamat akibat peredaran bumi di sekeliling matahari. Firman Allah swt yang
bermaksud:
Dan engkau lihat bumi ini kering tetapi setelah kami turunkan air (hujan)
padanya, ia menjadi lembut dan subur dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan
dan buah-buahan yang cantik dah lazat.(Al-hajj:5)
Firmannya lagi yang bermaksud:
Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang
kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang
mata.(Qaaf:7)
2.3 Jarak Di Antara Bumi Dengan Planet-Planet Lain
Kita sudah pun mengetahui jarak di antara bumi dengan matahari dan sememangnya
telah dapat dibuktikan menerusi sains dan nas-nas Al-Quran bahawa jika jarak itu berubah
sedikit sahaja maka terjadilah kerosakan yang amat dahsyat di bumi.
Sekiranya bumi mendekati matahari dengan kadar lebih atau kurang dari jarak yang
sedia ada sekarang maka sudah pasti akan berlaku mala petaka dan bencana-bencana alam
yang tidak terkira dahsyatnya. Begitulah juga bulan dan planet-planet lain, sekiranya
terkeluar sedikit dari orbitnya sama ada terlebih atau terkurang nescaya akan berlanggaran
antara satu sama lain.
Jarak tertentu yang ditetapkan oleh Allah swt bagi bumi di tengah-tengah angkasa
raya dan cakerawala-cakerawala ini merupakan perlindungan-Nya yang sangat besar faedah

dan manfaatnya kepada seluruh kehidupan di muka bumi. Lebih-lebih lagi untuk kehidupan
dan kesejahteraan hidup manusia.
Semuanya ini harus kita renungkan. Jangan sekali-kali kita gunkan akal dan
fikiran semata-mata untuk perkara-perkara yang kecil dan remeh sahaja seperti soal makan,
pakaian, perhiasan dan sebagainya. Mengapa kita tidak gunakan keupayaan sebenar akal
yang dikurniakan Tuhan itu untuk merenung ciptaan-Nyaseterusnya mendatangkan
kesedaran, keyakinan dan kegerunan kepada kebesaran Allah swt. Selanjutnya dapat
membina sikap dan akhlak yang sentiasa bertunjangkan ajaran Islam dan syariatnya.
Menggunakan akal sedemikian barulah member faedah yang sebenar-benarnya kepada
manusia yang membawa kepada kebahagian hidup dan jauh daripada amalan dan perbuatan
yang merosakkan.
Firman Allah swt yang bermaksud:
Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permanan dan suatu
yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbanggabangga tentang banyaknya harta dan anak dan kehidupan dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Hadid:20)
2.4 Air Laut Yang Masin
Hampir 3/4 bumi ini diliputi air. Dimana 97% daripadanya merupakan samudera yang
luas dipenuhi air dengan rasanya yang masin. Pada waktu siang dan malam, berjuta-juta tan
bahan buagan dan kotoran dibuang dan dilemparkan ke dalam laut. Jika sekiranya air laut itu
tidak masin, sudah tentu kotoran itu akan menggeluarkan bau yang amat busuk sehingga
dalam beberapa waktu sahaja air laut akan menjadi tersangat busuk. Bagaimanakah keadaan
ketika itu? Kita tidak mampu menggambarkan a yang bakal terjadi, hanya Alah-lah Yang
Maha Mengetahui. Sekurang-kurangnya tertentu ia akan merosakkan kesihatan penghuni
bumi ini.
Tercipta air yang masin ini akan menjadi bukti betapa Allah swt melindungi segala
kehidupan dipermukaan bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), laut yang tawar lagi
segara dan laut yang masin lagi pahit. Dan Dia jadikan diantara kedua-duanya dinding
dan batas yang menghalangi. (Al-Furqan : 53)

Laut (air) tawar yang dinyatakan di dalam ayat di dalam ayat di atas adlah terdiri
daripada sungai, danau, tasik dan sebagainya yang sekalipun berdekatan dengan laut namun
ia tetap tidak bercampur dengan air masin. Firman Allah swt yang bermaksud:
Maka terangkanlah kepada-Ku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang
menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau kami kehendaki
nescaya Kami jadikannya masin, maka mengapakah kamu tidk bersyukur?(AlWaqiah:68-70)
Manusia yang celik mata hatinya dan peka pancainderanya akan mengakui bahawa walau
secerdik mana manusia dan setinggi mana ilmu pengatahuannya, mereka tetap tidak mampu
melindungi diri mereka sendiri tanpa bantuan dan perlindungan Allah, lebih-lebih lagi apabila
berhadapan dengan bencana alam seperti letupan gunung berapi, taufan, ombak besar
(tsunami),gempa bumi dan banyak lagi Maha Suci Allah betapa kerdilnya manusia dan
betapa perkasanya Engkau.

Vous aimerez peut-être aussi