Vous êtes sur la page 1sur 26

Literasi Digital Microsoft

Kandungan
Prestasi dan Ciri Komputer ........................................................................................................................ 2
Peranan Ingatan ........................................................................................................................................ 3
Kuiz ................................................................................................................................................................ 5
Prestasi Komputer .................................................................................................................................... 6
Kuiz ................................................................................................................................................................ 9
Aplikasi Produktiviti ............................................................................................................................... 10
Kuiz .............................................................................................................................................................. 12
Keperluan Minimum bagi Perisian ................................................................................................... 13
Kuiz .............................................................................................................................................................. 14
Aplikasi Komunikasi ............................................................................................................................... 15
Gambaran Keseluruhan Penghantaran E-mel .............................................................................. 16
Gambaran Keseluruhan Pemesejan Segera .................................................................................. 18
Gambaran Keseluruhan Media Sosial ............................................................................................. 20
Kuiz .............................................................................................................................................................. 22
Aplikasi Pendidikan dan Hiburan .......................................................................................................... 23
Kuiz .............................................................................................................................................................. 24
Tahniah ....................................................................................................................................................... 25

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

1|Halaman

Literasi Digital Microsoft

Prestasi dan
Ciri
Komputer

Prestasi dan Ciri Komputer


Pertimbangkan situasi apabila anda ingin membeli televisyen. Terdapat pelbagai jenama
dan model yang dijual di pasaran. Anda perlu membuat keputusan berdasarkan ciri
yang anda mahu dan harga produk itu. Begitu juga, terdapat pelbagai jenis komputer
peribadi yang dijual di pasaran. Ia berbeza dari segi ciri asas seperti harga, saiz dan
kelajuan. Selain itu, faktor ini mempengaruhi prestasi keseluruhan komputer.
Selepas anda membeli televisyen, anda perlu memilih daripada jenis saluran berlainan
yang disediakan. Saluran ini mungkin menawarkan hiburan, sukan atau berita. Anda
boleh memilih untuk menonton saluran berdasarkan keutamaan anda. Dengan cara
yang sama, selepas anda mula menggunakan komputer, terdapat jenis aplikasi yang
berlainan yang disediakan untuk membantu anda melakukan tugas yang berlainan.
Anda boleh menggunakan pemproses perkataan (word processor) untuk menghasilkan
dokumen atau hamparan (spreadsheet) untuk melakukan pengiraan matematik. Aplikasi
komunikasi boleh membantu anda bercakap dengan orang yang berada di lokasi yang
jauh. Aplikasi hiburan pula membolehkan anda menonton filem, mendengar muzik atau
bermain permainan.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

2|Halaman

Literasi Digital Microsoft

Peranan Ingatan
Apabila komputer menjalankan tugas,
ia menyimpan data dalam ingatan. Data
yang disimpan dalam ingatan diwakili
secara dalaman dalam bentuk 0 dan 1.
Setiap 0 atau 1 dipanggil bit.

Peranan Ingatan
Bit ialah unit maklumat yang paling kecil yang
dikendalikan oleh komputer. Bit tunggal hanya boleh
menyimpan satu daripada dua nilai, 0 atau 1. Salah
satu daripada dua nilai ini sentiasa hadir. Bit tunggal
membawa sedikit maklumat yang berguna. Walau
bagaimanapun, anda boleh memperoleh lebih banyak
maklumat yang berguna dengan menggabungkan bit
berturutan menjadi unit yang lebih besar.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

3|Halaman

Literasi Digital Microsoft


Bait (Byte) ialah kombinasi lapan bit yang diatur
dalam jujukan tertentu. Setiap jujukan mewakili
aksara, simbol, digit atau huruf tunggal. Bait
membentuk unit asas yang digunakan untuk
mengukur muatan storan peranti storan.
Satu kilobait (KB) bersamaan dengan 1024bait.
Kebanyakan data pengguna, seperti mesej e-mel
yang ringkas atau fail teks, disimpan dalam komputer,
memenuhi ruang simpanan dengan hanya beberapa
kilobait.
Satu megabait (MB) bersamaan dengan 1024 KB.
Jumlah maklumat yang terkandung dalam 1 MB
bersamaan dengan lebih kurang satu buku teks
lengkap.

Satu gigabait (GB) bersamaan dengan 1024 MB, iaitu


lebih kurang satu bilion bait. Kebanyakan komputer
pada masa kini mempunyai cakera keras (hard disk)
dengan muatan yang besar yang diukur dalam unit
gigabait. Gigabait menandakan muatan storan yang
sangat besar. Contohnya, filem video yang disimpan
dalam komputer boleh memenuhi ruang lebih
daripada 1 GB.
Satu terabait bersamaan dengan 1024 GB, iaitu lebih
kurang satu trilion bait. Peranti storan yang
mempunyai muatan dalam unit terabait pada
umumnya digunakan oleh organisasi yang perlu
menyimpan jumlah data yang besar. Terabait adalah
sangat besar sehinggakan beberapa terabait ruang
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

4|Halaman

Literasi Digital Microsoft


ingatan boleh mengandungi teks lengkap bagi jumlah
buku yang banyak.

Kuiz

Unit ingatan manakah yang paling kecil?


o Bait
o Bit
o Satu nombor atau satu abjad

Apakah unit asas ingatan komputer?


o Bait
o Bit
o Megabait
o Gigabait

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

5|Halaman

Literasi Digital Microsoft

Jawapan
#1 Bit ialah unit ingatan yang paling kecil.
#2 Bait, atau 8 bit, ialah unit asas untuk mengukur ingatan komputer.

Prestasi Komputer
Sama ada anda menggunakan
komputer anda untuk tujuan
perniagaan atau peribadi, amatlah
penting bagi komputer anda untuk
berfungsi dengan efisien. Walau
bagaimanapun, prestasi tidak
bergantung pada satu faktor sahaja.
Yang berikut ialah faktor penting yang
mempengaruhi prestasi keseluruhan
komputer.

Prestasi Komputer
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

6|Halaman

Literasi Digital Microsoft


CPU ialah otak komputer dan kelajuannya merupakan
faktor penting yang mempengaruhi prestasi
keseluruhan komputer.

Kelajuan CPU ialah kadar keupayaan CPU menjalankan


tugas, seperti memindahkan data kepada atau
daripada RAM, atau melakukan pengiraan berangka.
Jika anda mempunyai dua komputer yang sama,
kecuali dari segi kelajuan CPU, komputer yang
mempunyai CPU yang lebih laju dapat menyelesaikan
tugas dengan lebih cepat.
Cakera keras berbeza dari segi muatan storan, begitu
juga dengan kelajuan storan dan dapatan semula
datanya.

Jika kelajuan dapatan semula data (data retrieval)


adalah pantas, komputer tidak mengambil masa yang
lama untuk memulakan dan memuatkan aplikasi.
Selain itu, kelajuan dan saiz cakera keras memainkan
peranan penting apabila aplikasi perlu memproses
jumlah data yang besar.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

7|Halaman

Literasi Digital Microsoft


Kelajuan RAM dan jumlah RAM merupakan faktor
penting dalam prestasi komputer. Jika jumlah RAM
dalam komputer tidak mencukupi, komputer akan
menjadi perlahan atau gagal berfungsi dengan betul.

Proses mendapatkan semula data yang disimpan


dalam RAM adalah sangat pantas dan atas sebab ini,
komputer menggunakan RAM untuk menyimpan
maklumat yang sedang digunakan. Jika jumlah RAM
cukup besar untuk menyimpan semua maklumat yang
sedang digunakan, ini akan memberikan prestasi
komputer yang lebih pantas.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

8|Halaman

Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Antara yang berikut, yang manakah menentukan kelajuan komputer dalam


mengendalikan sesuatu tugas?
o RAM
o CPU
o Cakera Keras
o Kad Video

Cakera keras tidak mempengaruhi kelajuan komputer.


o Betul
o Salah

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

9|Halaman

Literasi Digital Microsoft

Jawapan
#1 CPU menentukan kelajuan pelaksanaan sesuatu tugas.
#2 Salah. Walaupun cakera keras tidak mempengaruhi kelajuan secara langsung,
kelajuan dan saiz cakera keras memainkan peranan apabila melaksanakan tugas.

Aplikasi Produktiviti
Anda boleh menggunakan aplikasi komputer yang berlainan untuk menjalankan
pelbagai jenis tugas. Anda boleh menggunakan aplikasi komputer untuk menyusun
nombor, menulis surat atau usul, menyelenggara rekod, menghasilkan dan
mengubah suai imej, menukar teks ke dalam bentuk visual, serta mencipta majalah
dan brosur.

Pemprosesan Kata

Aplikasi pemprosesan kata (word processing) dan penerbitan


digunakan untuk menghasilkan dan mengedit dokumen berasaskan
teks. Ia mempunyai ciri terbina dalam, seperti penyemak ejaan, format
penulisan dan dokumen, dan tesaurus. Ia juga digunakan untuk
menggabungkan teks dan grafik bagi mencipta dokumen seperti
brosur, kad ucapan, laporan tahunan, buku atau majalah. Aplikasi ini
juga termasuk ciri pemprosesan kata dan grafik yang membolehkan
anda memperhalus bahagian dokumen.

Pengambilan Nota

Aplikasi pengambilan nota (note taking) merupakan cara yang mudah


untuk mengambil, mengumpul dan menyusun nota, rekod dan data
lain. Anda kemudiannya boleh menyimpan maklumat tersebut di satu
lokasi yang sesuai untuk rujukan pantas.

Persembahan

Aplikasi persembahan (presentation) digunakan untuk


mempersembahkan maklumat dalam bentuk slaid. Anda boleh
menambah bunyi dan gambar pada slaid ini untuk menjadikannya
lebih menarik dan bermaklumat.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

10 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Hamparan

Aplikasi hamparan (spreadsheet) digunakan untuk menghasilkan


belanjawan, mengurus akaun, melakukan pengiraan matematik, serta
mengubah data berangka kepada carta dan graf. Hamparan
menyimpan maklumat dalam jadual, dengan nilai disebarkan pada
baris melintang dan lajur menegak. Setiap nilai disimpan di dalam sel.
Sel ialah persilangan baris dan lajur.

Pangkalan Data

Aplikasi pangkalan data (database) digunakan untuk menyimpan dan


mengurus data secara tersusun. Dengan menggunakan aplikasi ini,
anda juga boleh mengisih atau mencari maklumat yang disimpan
dalam pangkalan data. Selain itu, anda boleh menghasilkan laporan
ringkas daripada data yang telah anda simpan. Contohnya, anda boleh
menggunakan aplikasi pangkalan data untuk menyimpan butiran
pelanggan, mewujudkan dan mengurus inventori, serta memantau
jualan. Anda kemudiannya boleh menghasilkan laporan sasaran jualan
atau merancang khidmat pelanggan.

Grafik

Aplikasi grafik digunakan untuk menghasilkan dan mengedit lukisan.


Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menambah baik
gambar. Aplikasi ini sering kali menawarkan alat seni digital, seperti
pilihan warna serta pelbagai pensel terbina dalam (built-in pencils),
berus cat (paintbrushes) dan jenis pen (pen types).

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

11 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Aplikasi yang manakah digunakan untuk menghasilkan slaid persembahan?


o Pemprosesan Kata
o Pengambilan Nota
o Persembahan
o Grafik

Jenis aplikasi apakah yang boleh menyimpan maklumat di lokasi yang sesuai untuk
rujukan pantas?
o Hamparan
o Grafik
o Pangkalan Data
o Pengambilan Nota

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

12 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Jawapan
#1 Aplikasi persembahan boleh membantu anda menghasilkan slaid persembahan
untuk usul perniagaan dan banyak lagi.
#2 Aplikasi pengambilan nota menawarkan cara yang mudah untuk mengambil,
mengumpul dan menyusun nota, rekod dan pelbagai data lain.

Keperluan Minimum bagi Perisian


Sebelum anda membeli dan memasang
perisian aplikasi (application software),
pastikan komputer anda memenuhi
keperluan minimum yang dinyatakan
dalam syarat aplikasi itu. Sebagai contoh,
aplikasi mungkin memerlukan jumlah
RAM tertentu, ruang bebas (free space)
dalam cakera keras atau kelajuan
pemproses

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

13 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Kuiz
Semua perisian aplikasi dan aplikasi boleh dipasang dan berjalan dengan lancar pada
semua komputer.
o Betul
o Salah

Selain saiz ruang cakera keras dan RAM, apakah keperluan minimum yang lain bagi
perisian?
o Aplikasi hamparan
o Kelajuan pemproses
o Pemain CD atau DVD
o Kesemua jawapan di atas adalah
salah

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

14 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Jawapan
#1 Salah. Komputer perlu memenuhi keperluan minimum untuk memasang dan
menjalankan sesuatu perisian aplikasi.
#2 Keperluan minimum perisian ialah jumlah RAM yang mencukupi, saiz ruang cakera
keras dan kelajuan pemproses.

Aplikasi Komunikasi
Internet membolehkan kita
berkomunikasi dengan cepat
dan mudah serta berhubung
dengan orang lain di seluruh
dunia.
Penghantaran mesej e-mel
Penghantaran e-mel ialah
pertukaran mesej antara
seorang pengguna komputer
dengan pengguna komputer
yang lain.
Pemesejan Segera (Instant
messaging)
Aplikasi pemesejan segera
atau aplikasi sembang (chat)
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

15 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


membolehkan anda
menghantar dan menerima
mesej dengan serta-merta.
Media Sosial
Anda boleh membentuk atau
menyertai kumpulan sosial
yang mempunyai minat yang
sama di laman media sosial
dan laman rangkaian sosial.

Gambaran Keseluruhan Penghantaran E-mel


Penghantaran e-mel ialah
pertukaran mesej antara seorang
pengguna komputer dengan
pengguna komputer yang lain.
Pertukaran ini boleh berlaku di
kawasan setempat atau antara
satu bahagian negara dengan
bahagian lain.
Anda boleh menghantar mesej emel kepada atau menerima mesej
e-mel daripada seorang atau
beberapa individu pada satu-satu
masa.

Bagi menghantar mesej e-mel,


Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

16 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


anda mesti mempunyai
sambungan Internet dan akaun emel. Sambungan Internet ini
disediakan oleh pembekal
perkhidmatan Internet (Internet
service provider atau ISP). Anda
boleh menggunakan beberapa
aplikasi, seperti Windows Live
Mail, untuk mencipta akaun emel.
Jika anda mempunyai akaun emel, ia adalah sama seperti
namapengguna@contoh.com,
iaitu nama pengguna ialah nama
anda.

Tanda @ selalu disebut sebagai di


(at) dan contoh.com ialah nama
domain.
Nama domain mengenal pasti
nama dan jenis organisasi di
mana anda mempunyai akaun emel.
Setelah anda mempunyai akaun
e-mel, anda perlu mengetahui
akaun e-mel orang yang ingin
anda e-mel.
Anda boleh menghantar teks dan
juga gambar menerusi e-mel;
walau bagaimanapun, ia
bergantung pada pelbagai faktor,
seperti jenis perkhidmatan yang
anda ada atau jenis gambar yang
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

17 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


ingin anda hantar.
Penghantaran dan penerimaan
mesej e-mel merupakan cara
pantas untuk berkomunikasi
dengan sesiapa sahaja.
Penghantaran dan penerimaan emel hanya mengambil masa
beberapa saat sahaja. Ia juga
bergantung pada kelajuan
sambungan Internet anda.

Gambaran Keseluruhan Pemesejan Segera


Pemesejan segera
membolehkan anda
menghantar dan
menerima mesej
dengan serta-merta.
Semasa anda
sedang berbual
dengan seseorang,
orang tersebut akan
menerima mesej
anda dengan sertamerta.
Anda boleh
menggunakan
aplikasi sembang
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

18 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


untuk
berkomunikasi
dengan beberapa
orang pada masa
yang sama.
Contoh aplikasi
komunikasi yang
lazim digunakan
ialah Windows
Skype.
Anda juga boleh
berkongsi gambar
dan fail lain
menerusi Windows
Skype.

Menerusi chat, anda


juga boleh bercakap
dengan orang yang
sedang ber
sembang dengan
anda. Ini dipanggil
sembang suara
(voice chat).
Bentuk sembang
yang lain juga
membolehkan anda
melihat orang yang
sedang bercakap
dengan anda. Anda
perlu menggunakan
peranti yang
dipanggil kamera
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

19 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


web untuk
melakukannya. Ini
dipanggil sembang
video (video chat).

Gambaran Keseluruhan Media Sosial

Anda boleh membentuk


atau menyertai kumpulan
sosial yang mempunyai
minat yang sama di laman
media sosial dan laman
rangkaian sosial.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

20 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


Untuk menggunakan laman
rangkaian sosial, anda perlu
membuka akaun dan
mewujudkan profil.

Profil ini mengandungi


semua maklumat yang ingin
anda kongsi dengan kenalan
anda nanti.

Dengan menggunakan
laman rangkaian sosial, anda
boleh berkongsi idea dan
fail, melihat gambar, serta
mengadakan perbincangan.

Windows Live membolehkan


Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

21 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


anda melihat berita terkini
daripada kenalan anda di
Outlook, Skype dan
rangkaian sosial yang lain.
Beberapa laman web
rangkaian sosial juga
membolehkan anda
menawarkan peluang
pekerjaan dan
mempromosikan produk
jualan.

Kuiz

Aplikasi komunikasi manakah yang membolehkan anda menghantar dan menerima


mesej bersama lampiran pada bila-bila masa ke dan dari serata dunia?
o E-mel
o Pemesejan segera
o Media sosial

Anda boleh melakukan sembang video segera daripada mana-mana komputer.


o Betul
o Salah
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

22 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Jawapan
#1 Anda boleh menghantar mesej e-mel bersama lampiran pada bila-bila masa
daripada mana-mana komputer yang mempunyai rangkaian Internet.
#2 Salah. Anda perlu memiliki kamera web dan mikrofon sebagai peranti tambahan
untuk menggunakan sembang video segera.

Aplikasi Pendidikan dan Hiburan


Komputer membolehkan
anda mengakses aplikasi
pendidikan dan hiburan
yang mungkin tidak
terdapat dalam komuniti
anda.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

23 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Aplikasi Pendidikan

Anda mungkin mahu mempelajari bahasa baharu


atau berusaha mendapatkan ijazah ,tetapi tiada
sekolah yang menawarkan kursus yang anda
mahu di kawasan anda. Dengan komputer, anda
boleh mencari dan memuat turun perisian
pendidikan yang memberikan tumpuan pada
pelajaran yang anda mahu ikuti. Selalunya, aplikasi
ini direka bentuk untuk mengajar kursus, seperti
yang dilakukan oleh pihak sekolah, dan
menawarkan elemen audio/visual untuk
menjadikan pengalaman pembelajaran lebih
mendalam atau interaktif. Anda boleh menemui
perisian pendidikan yang sesuai bagi semua
kumpulan umur atau subjek dengan carian web
yang mudah.

Aplikasi Hiburan

Pilihan hiburan pada komputer anda hampir tiada


batasnya. Tiada pawagam atau arked di bandar
anda? Anda boleh mencari permainan dan filem
terbaharu daripada komputer anda semasa
berada di rumah, dan memuat turunnya untuk
ditonton pada bila-bila masa. Anda boleh
melakukan perkara yang sama dengan muzik dan
permainan video. Dengan PC atau komputer riba,
anda juga boleh menonton filem atau mendengar
muzik pada CD, DVD atau cakera Blu-ray,
bergantung pada keserasian komputer anda.

Kuiz

Anda boleh mempelajari bahasa baharu dengan menggunakan aplikasi pendidikan


pada komputer anda.
o Betul
o Salah

Tidak banyak pilihan hiburan yang terdapat pada komputer anda.


o Betul
o Salah
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

24 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft

Jawapan
#1 Betul. Dengan komputer anda, anda boleh memuat turun perisian pendidikan yang
memberikan tumpuan pada pelajaran yang anda mahu ikuti, termasuk bahasa baharu.
#2 Salah. Pilihan hiburan pada komputer anda hampir tiada batasnya.

Tahniah

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

25 | H a l a m a n

Literasi Digital Microsoft


Tahniah kerana berjaya
menamatkan pelajaran ini!
Kini, anda seharusnya boleh:

Menerangkan fungsi
ingatan.
Menerangkan asas
prestasi komputer.
Membandingkan ciri
peranti komputer yang
sama.
Menerangkan jenis
aplikasi produktiviti
dan kegunaannya.
Menerangkan jenis
aplikasi komunikasi dan
kegunaannya.
Menerangkan
kegunaan aplikasi
pendidikan dan
hiburan.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

26 | H a l a m a n

Vous aimerez peut-être aussi