Vous êtes sur la page 1sur 14

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL


NO KAD MATRIK: 800206025322001
NO K/P: 800206025322
NO TELEFON: 0125415059
E-MAIL: jyeina51@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: MEI 2014

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN

2. KAJIAN ILMIAH

4-6

3.

7-9

METHODOLOGI

4. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

10 - 12

5. KESIMPULAN

13

6. RUJUKAN

14

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

1.PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mencetuskan ledakan maklumat yang boleh
diakses dengan mudah dan cepat meskipun berada diluar batasan geografi. Ketidakupayaan
mengikut rentak perkembangan semasa menyebabkan individu tertinggal jauh ke belakang
berbanding mereka yang sentiasa bersedia menerima serta melakukan perubahan rentak dalam
pendidikan. Oleh yang demikianlah, Kementerian Pendidikan Malaysia mengubal dasar baru dan
meletakkan kepentingan TMK ini dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Ekoran dari kesan inilah, dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat dalam
usaha pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ini
telah menambahkan lagi minat dan usaha para pendidik menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi(TMK) dalam pendidikan. Tambahan pula, ianya pada masa kini lebih mudah
digunakan ( user-friendly) dan merupakan tuntutan stakeholder kepada pengajaran dan pendidikan
yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar di sekolah. Mengikut
Galbraith (1967), teknologi ialah kemahiran menggunakan pengetahuan(saintifik ataupun tidak)
secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Prof
Madya Dr Wan Zah Wan Ali et.al,(2011) Prinsip Teknologi Pengajaran,Open University
Malaysia,Mateor Doc.Sdn. Bhd.
Dengan itu jugalah, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) diperlukan
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran masa kini. Sebagaimana yang diketahui PPBK ialah
pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang
dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Ekoran daripada ini jugalah, saya menjalankan
satu kajian terhadap penggunaan aplikasi android telefon pintar atau smart phone dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagaimana yang diketahui, android adalah sistem
pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Bagi
memastikan perisian ini bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan
pendekatan tunjuk cara(demontras)i dan soal selidik sebagai instrumen kajian saya. Ini adalah untuk
melihat sejauh mana kesesuaian pembangunan perisian tersebut sekiranya digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

2. KAJIAN ILMIAH
Teknologi

maklumat

dan

komunikasi

atau

Information

and

Communication

Technology(ICT) meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio,
televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Perkara ini telah memberi kesan terhadap
pendidikan dan kesannya boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa penggantian, fasa peralihan
dan fasa perubahan (Willems, Stakenborg & Veugelers, 2000). Dalam fasa penggantian , guru
menjadikannya sebagai alat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa mengubah kaedah
pengajaran, manakala di dalam fasa peralihan, guru menggunakan ICT yang dapat meransang
perubahan kaedah pengajaran yang baru. Bagi fasa perubahan pula, melibatkan perubahan asas
terhadap peranan pelajar dan guru di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Malahan menurut Naismith et al, 2004 menyatakan perkembangan teknologi ini telah
mengubah cara manusia belajar. Selain itu, proses pembelajaran kini juga telah melampaui ruang
fizikal bilik darjah ( Kukulska-Hulme & Traxler, 2005), bersifat globalisasi dan sepanjang hayat
(Sharples, 2000). Di samping itu, teknologi juga dijadikan sebagai jambatan antara pengalaman
pelajar dan pengetahuan sedia ada dengan ilmu yang baru diajar dan dipelajari yang juga
merupakan intisari dalam teori konstruktivisme (Jonassen, 2000;Grabe & Grabe,2004). Oleh yang
demikian, dapatlah dinyatakan disini penggunaan teknologi ini mampu mengubah cara
pembelajaran serta meningkatkan daya kreativiti pelajar mengikut kehendak semasa. Ini juga dapat
dibuktikan melalui analisis yang telah dijalankan oleh Kulik (2003), mendapati kajian dan
laporannya yang bertajuk The Effects of Using Instructional Techology in Elementary and
Secondary School: What Controlled Evaluation Studies Say, mendapati bahawa penggunaan TMK
secara selektif boleh mempunyai impak yang positif terhadap pembelajaran murid. Sebagai contoh,
murid sekolah rendah yang menggunakan perisian tutorial dalam bacaan mendapat skor yang lebih
tinggi dalam ujian membaca.

Prelimanary-Blueprint: Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia(2013).
Ekoran daripada inilah, guru perlu mengikuti perkembangan semasa agar proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih baik selain meningkatkan kemahiran pembelajaran
pelajar serta melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Malahan melalui ini juga, kualiti
pendidikan di Malaysia akan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Ini selaras dengan
pernyataan Hayes (2006), teknologi komputer membantu dalam pembelajaran pelajar melalui dua
4

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

cara iaitu dengan membolehkan pengguna memperoleh maklumat serta kemahiran dan
mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain untuk menguasi kemahiran tersebut dan
seterusnya mengaplikasikannya dalam situasi yang lain. Fine dan Thornbury (2006), sebagai contoh
menyatakan bahawa pelajar yang diberikan komputer riba (laptop) menggunakannya lebih kerap
untuk kerja sekolah daripada bermain permainan (games). Ia juga mendapati bahawa komunikasi
pelajar tersebut dengan pelajar yang lain bertambah baik. Ini menunjukkan bahawa komputer tidak
dapat dinafikan berfungsi sebagai alatan teknologi untuk meningkatkan kebolehan serta bakat
pelajar, merevolusikan cara pemikiran mereka dan memberikan mereka akses kepada dunia (Peck
& Dorricott, 1994). Peck dan Dorricott juga menyatakan bahawa koleksi aplikasi komputer yang
juga dikenali sebagai alatan produktiviti (productivity tools) boleh meningkatkan cara pelajar
berfikir dan membuat tugasan. Alatan produktiviti ini termasuklah hamparan perkataan, hamparan
elektronik, pangkalan data, persembahan elektronik dan Internet.
Dalam pada itu juga, Johnson (1996) menekankan bahawa alatan produktiviti seperti
pemproses perkataan, pangkalan data, hamparan elektronik, program persembahan, perisian
pengarangan multimedia, e-mel, alatan penghasilan video, bahan rujukan digital, indeks elektronik
dan enjin pencari rangkaian adalah medium penggunaan teknologi. Jeyagobi dan Subramaniam
(2007: 45) menambah bahawa teknologi maklumat dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi
apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat yang berbagai-bagai bentuk. Mereka menambah bahawa
kemajuan teknologi maklumat pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan di dalam pelbagai
mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. Pernyataan tersebut juga
disokong oleh Muhamad Hasan bin Abdul Rahman dan Yeong Weng Fatt (2001) yang mengatakan
penggunaan komputer dapat memperkaya proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
penggunaan komputer merupakan satu inovasi yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia
yang sememangnya suka akan pendekatan yang mudah lagi menarik untuk mempelajari sesuatu.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Maka dengan ini wajarlah jika penggunaan telefon pintar berteraskan pelantar android
menjadi salah satu bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini
kerana Aplikasi android adalah salah satu sumber terbuka bagi sistem operasi telefon bimbit yang
disokong oleh Google Corporation iaitu sebuah syarikat enjin carian terkemuka dunia.
Sebagaimana yang diketahui juga, telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri
pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar
membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon
seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian
yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi (Wikipedia, 2013). Justeru itu, kita
haruslah mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi android percuma yang mudah
didapati dan mudah diakses untuk diaplikasikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
(Hamdan et al., 2012). Malahan melalui aplikasi perisian ini juga secara tidak langsung memberi
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya melahirkan
generasi alaf baru.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

3. METHODOLOGI
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil, Yan, Kedah yang mempunyai
bilangan guru seramai 40 orang termasuk pihak pentadbir. Namun pemilihan populasi kajian adalah
secara rawak yang melibatkan 20 orang guru matapelajaran termasuklah guru TMK di sekolah
tersebut. Kajian ini telah dijalankan pada 18 Jun 2014 pada pukul 1.15 petang yang mengambil
masa dua jam. Kajian ini menggunakan pendekatan demostrasi dan tinjauan dengan menggunakan
borang soal selidik yang dijalankan di dalam bilik guru. Di sini saya mempamerkan aplikasi
android yang akan digunakan serta menerangkan penggunaannya melalui google play yang boleh
diakses melalui internet ke komputer. Malahan saya juga menerangkan aplikasi yang dipilih oleh
saya adalah untuk murid tahun 1 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang
melibatkan mod tutorial dalam PPBK. Dengan ini guru-guru yang disoal selidik akan lebih jelas
dengan perisian yang dipilih oleh saya serta menjawab soal selidik yang diberikan mengikut tahap
aplikasi tersebut. Malahan dengan ini juga data yang diperolehi nanti akan mampu mengukur tahap
kesesuaian aplikasi android tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut instrumen
soal selidik yang telah diedarkan:
Instrumen Soal Selidik PenilaianPerisian Aplikasi Android Telefon Pintar dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Tahun 1
Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan mengikut pendapat anda terhadap
perisian yang diterangkan.
Kriteria
Keterangan
Ketepatan

Perisian yang terpilih bebas daripada kesilapan


Perisian yang terpilih mengandungi maklumat yang terkini
Perisian yang terpilih mempunyai pendapat yang tidak berat sebelah
Perisian yang terpilih sesuai dengan kebudayaan dan agama
Perisian yang terpilih menggunakan bahasa yang betul dari segi
nahu.
Perisian yang terpilih menggunakan bahasa yang betul dari segi
ejaan.
Perisian yang terpilih menggunakan bahasa yang betul dari segi
suku kata.

Kesesuaian

Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar.

Ya

Tidak

Catatan

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322
Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
Interaksi komputer-pelajar sesuai dengan tahap pelajar.

Isi
Kandungan
Skop

Kandungan yang disampaikan berada dalam skop yang hendak


diajar.
Kandungan disampaikan mengikut susunan yang sesuai.
Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.

Navigasi

Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat.


Penggunaan menu, ikon dan arahan yang intuitif.
Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian, berhenti atau
keluar.
Bunyi yang boleh dikawal.

Aspek
Teknikal

Ciri-ciri
Penyimpanan
Rekod

Kemudahan untuk mencetak maklumat


Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu
perisian atau permainan.
Mengambil dan menyimpan nota apabila perlu.
Rekod penggunaan perisian pelajar untuk memantau pelajar.

Persembahan

Isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat meransang


pemikiran pelajar.
Aktiviti yang menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif.
Maklum balas yang membina.
Kemudahan untuk mendapatkan bantuan
Susun atur papar yang baik.
Penerangan yang mencukupi bagi visual
Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz yang sesuai dengan
kumpulan sasaran.

Kualiti

Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran.


Audio yang jelas dan mudah difahami dan dikawal
Suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Aplikasi android yang dipilih dalam telefon pintar

Dengan mempamerkan aplikasi yang dipilih dan cara-cara


mengakses serta menggunakan aplikasi tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran, sedikit
sebanyak membantu saya mendapatkan maklum balas terhadap perisian tersebut. Ini dapat dilihat
dengan merujuk instrumen soal selidik yang dikembalikan oleh guru-guru kepada saya. Ekoran
daripada data yang diperolehi saya akan membina jadual data mentah dan menganalisisnya dengan
menggunakan perisian excel untuk mendapat peratusan kesesuaian aplikasi tersebut mengikut
responden iaitu guru-guru Sekolah Kebangsaan Yan Kechil. Selain itu, saya juga akan membina
graf bagi menjelaskan lagi data yang diperolehi dan memaparkan perbezaan pendapat guru-guru
terhadap aplikasi yang dipilih.

4. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Berikut adalah hasil dapatan daripada soal selidik yang telah dijalankan terhadap guru-guru
matapelajaran dan guru yang mengajar TMK di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil, Yan, Kedah.
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif untuk
menggambarkan dan menjelaskan data yang diperolehi.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

JADUAL DATA MENTAH SOAL SELIDIK


Kriteria

Skor YA
Skor TIDAK
20
0
20
0
18
2
18
2
2
18
17
3
20
0

Ketetapan
Kesesuaian
Skop
Navigasi
Ciri-ciri Penyimpanan Rekod
Persembahan
Kualiti
Jumlah

115

25

CARTA BAR DATA SOAL SELIDIK


25
20
15
10
5
0

20

20

18

18

2
0

18

20

17
3

SKOR YA

SKOR TIDAK

JADUAL DATA SOAL SELIDIK


Bi
l
1
2
3
4
5

Kriteria
Ketetapan
Kesesuaian
Skop
Navigasi
Ciri-ciri penyimpanan rekod

Skor YA
20
20
18
18
2
10

Peratus
100%
100%
90%
90%
10%

Skor TIDAK
0
0
2
2
18

Peratus
0%
0%
10%
10%
90%

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

6 Persembahan
7 Kualiti
Jumlah

17
20
115

85%
100%
575%

3
0
25

15%
0%
125%

CARTA PAI PERATUSAN DATA SOAL SELIDIK

DATA PERATUSAN

2; 18%

1; 82%

Daripada 20 instrumen soal selidik yang diedarkan dan didapati kesemua instrumen tersebut
dikembalikan serta lengkap diisi oleh responden iaitu guru-guru. Berdasarkan jadual juga, dari segi
isi kandungan aplikasi yang dipilih hampir 100% rata-rata responden bersetuju dengan penggunaan
aplikasi tersebut bersesuaian dengan tahap murid serta mencakupi skop pelajaran. Manakala dari
segi aspek teknikal yang merangkumi navigasi rata-rata responden (90%) mendapati ianya
menepati ciri-ciri mesra pengguna dan mudah untuk dikawal bagi perisian yang digunakan. Namun
begitu hanya 10% sahaja responden yang menyetujui ciri-ciri penyimpanan rekod yang dipamerkan
oleh perisian yang dipilih oleh saya. Selebihnya tidak bersetuju terhadap ciri-ciri penyimpanan
rekod perisian tersebut dan tidak menepati keperluan pengajaran dan pembelajaran. 85% daripada
jumlah guru yang disoal selidik menyatakan persembahan dalam aspek teknikal perisian tersebut
mampu memberi maklum balas yang membina dari pelajar dan merangkumi aktiviti serta isi
kandungan yang dapat meransang pemikiran murid. Dari segi kualiti pula, keseluruhan 100%
responden yang disoal selidik menyetujui perisian yang dipilih mengandungi visual yang sesuai
dengan kandungan pelajaran, audio yang jelas dan mudah difahami serta dikawal. Begitu juga
dengan suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual perisian tersebut.
11

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Ekoran dari data yang diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakkan guru-guru
yang disoal selidik mempunyai pendapat yang sama dan tidak jauh beza dari pandangan masingmasing. Malahan data juga menunjukkan sebilangan besar guru-guru di sekolah tersebut
berpendapat bahawa perisian aplikasi yang dipilih adalah bersesuaian dan boleh digunakan di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, perisian yang dipilih mencakupi skop atau
kriteria yang dapat diterima oleh guru-guru yang disoal selidik. Disini juga gambarajah carta pai
jelas menunjukkan 82% guru bersetuju dengan penggunaan aplikasi tersebut dan hanya 18% sahaja
yang tidak bersetuju dengan perisian yang dipilih. Maka dengan ini jelaslah bahawa penggunaan
aplikasi android telefon pintar ini mampu meningkatkan kemahiran dan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, selain membantu meningkatkan kualiti pendidikan.
Malahan ini dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan White, J., & Turner, H. (2011) yang
menjelaskan, we found that students exceptional interest in smartphones and their excitement for
building mobile apps that solved problems they cared about motivated them to independently learn
a number of advanced topics outside the scope of the class. Guru dan pelajar akan dapat menjana
kreativiti dan inovasi dengan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar. Gabungan teks, gambar,
dan video ini akan dapat menarik perhatian pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, aplikasi telefon pintar mudah diperoleh secara percuma dan mudah untuk dibawa.
Sebarang idea baru atau pembaharuan idea boleh disimpan dalam bentuk digital menggunakan
aplikasi telefon pintar. Dari sini jelas pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perisian
teknologi terkini amat penting dalam dunia pendidikan dalam melahirkan generasi kreatif dan
inovatif serta mampu bersaing dalam pasaran dunia.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kesesuaian aplikasi
android ini yang melibatkan pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran dalam
meningkatkan kualiti pendidikan pada masa kini. Ini adalah selaras dengan tuntutan semasa dan
12

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

perkembangan dunia teknologi yang memerlukan generasi kreatif dan inovatif. Daripada soal
selidik yang dijalankan juga didapati hampir keseluruhan responden berpendapat pembangunan
perisian tersebut dapat dimanfaatkan di sekolah dan membantu melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Oleh itu, dunia pendidikan kini harus berubah mengikut peredaran zaman, malahan
penggunaan teknologi terkini perlu manjadi tumpuan utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan dunia pendidikan berkembang selaras dengan kehendak
dunia dari semasa ke semasa. Malahan, realitinya kini turut memaparkan kepada kita kanak-kanak
berusia 2 tahun juga sudah mampu menggunakan Galaxy Tab 10.1 atau alat ICT yang canggih
untuk mengenal huruf atau objek-objek tertentu. Oleh itu, ianya menjadi keperluan semasa untuk
menerokai perisian terkini dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan ini kreativiti dan
inovasi akan terus dipupuk dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran tersebut
menarik serta meningkatkan kemahiran murid serta guru. Ini dapat dikukuhkan lagi dengan
kenyataan Henry Jenkins dalam Mullen, R., & Wedwick, L. (2008) menyatakan, Today, the ability
to navigate social networks, play games, or participate in online conversations affects the way
young people present themselves to the world. Theres an informal learning that takes place as they
interact with digital media, which gives way to certain skills, competencies, and literacies. Dengan
ini nyatalah penggunaan teknologi terkini amat penting dalam dunia pendidikan pada masa kini
agar

kualiti

dan

mutu

pendidikan

dapat

dipertingkatkan.

RUJUKAN
Dr Adenan Ayob et.al.(2012), Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu, Open
University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.
13

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Omar Zakaria et al.(2014), Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, Open University Malaysia,
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali et.al,(2011) Prinsip Teknologi Pengajaran,Open University
Malaysia,Mateor Doc.Sdn. Bhd.

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali et.al,(2011) Prinsip Teknologi Pengajaran,Open University
Malaysia,Mateor Doc.Sdn. Bhd.

Prelimanary-Blueprint: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013).

AbdulWahabIsmailGani,KamaliahHj.Siarap,HasrinaMustafa(2006).PenggunaanKomputerDalam
PengajaranPembelajaranDalamKalanganGuruSekolahMenengah:SatuKajianKesDiPulauPinang.
Diaksespada24/6/149.55p.mURL:http://web.usm.my

http://www.blogieta.com/2013/12/aplikasiterkiniyangsesuaidigunakan.html

Wikipedia (2013). http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar

14

Vous aimerez peut-être aussi