Vous êtes sur la page 1sur 2

TAHAP KEBERKESANAN PENGGUANAAN APLIKASI PENGUMPULAN DATA

DIGITAL DALAM EKSPERIMEN FIZIK TOPIK HABA


BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pembelajaran formal yang dilaksanakan di sekolah biasanya melibatkan kelas,
eksperimen dan pembacaan buku teks. Untuk mengukuhkan teori fizik yang dipelajari,
pelajar akan menjalankan eksperimen bagi topik-topik yang tertentu. pelajar tidak
mempunyai masalah untuk menjalankan eksperimen kerana semua prosedur telah
diberikan dalam buku teks mahupun modul amali. Hal ini menyebabkan pelajar kurang
pendedahan dalam merancang eksperimen daripada objektif yang diberi. Seperti yang
dinyatakan oleh Lilia et.al. (2002) bahawa kaedah pembelajaran secara kontekstual lebih
sesuai untuk subjek Fizik kerana adanya aktiviti hands-on serta topik pembelajaran
dikaitkan dengan kehidupan sebenar di sekeliling pelajar. Eksperimen juga sebahagian
daripada aktiviti hands-on seperti yang dinyatakan kerana pelajar mengalami kejadian
tersebut. Selain itu juga di dalam HSP (Huraian Sukatan Pelajaran) yang diterbitkan oleh
bahagian pembangunan kurikulum juga menyatakan kaedah eksperimen ini adalah satu
kaedah yang lazim dijalankan dalam pembelajaran sains. Dalam HSP ini juga menyatakan
perlaksanaan untuk menjalankan kaedah eksperimen ini adalah dicadangkan selain
daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang merekabentuk
eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan, data
yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan
hasil eksperimen mereka.
Mengikut pandangan Khoo (2008) pelajar-pelajar khususnya pada peringkat universiti
tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Padangan ini disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Shaharudin (2007) yang mendapati bahawa kebanyakan eksperimen Fizik
yang dijalankan oleh pelajar di UPSI, secara umumnya bercorak tradisional dan hanya
memberikan fokus yang tinggi untuk mendapatkan data-data akhir yang hendak
diperoleh. Ini menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh pelajar tidak asli.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam menjalankan eksperimen fizik, masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah
mengumpul data dan menterjemahkan data tersebut supaya ianya mudah difahami dan
boleh digunakan sebagai penerangan kepada objektif eksperimen tersebut. untuk
mengatasi masalah tersebut, usaha perlu dilakukan untuk mecari kaedah yang boleh
meningkatkan keberkesanan pengumpulan dan penterjemahan data. Dengan usaha ini,
pelajar lebih mudah untuk melakukan eksperimen dan juga menjimatkan masa
menjalankan eksperimen.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian yang dilakukan oleh Alyas (2000) mendapati bahawa pembelajaran sains
lebih bermakna jika banyak amali dilakukan. Dapatan ini disokong oleh Zainon (2005)
yang mendapati bahawa pelajar yang kerap menjalankan kerja amali boleh mencapai
penguasaan keseluruhan proses sains yang lebih tinggi secara signifikan. Kaedah
mengajar mata pelajaran Fizik tidak sama seperti matematik atau sains yang lain. Lilia

et.al. (2002) menyatakan bahawa skop pengajaran Fizik terlalu luas dan banyak
mengandungi hukum, prinsip, teori yang mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan kepelbagaian kaedah belajar serta perlu
menggunakan pelbagai teori pembelajaran. Sesetengah tajuk memerlukan kaedah
hafalan, memahami konsep atau memahami aplikasi fenomena Fizik dalam kehidupan.
Lilia et.al. (2002) juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara kontekstual
lebih sesuai untuk subjek Fizik kerana adanya aktiviti hands-on serta topik pembelajaran
dikaitkan dengan kehidupan sebenar di sekeliling pelajar. Amali Fizik menepati aktiviti
hands-on kerana ia adalah komponen yang utama. Pelajar juga berpeluang belajar secara
koperatif.
Pengumpulan data dalam amali fizik adalah satu aktiviti yang penting kerana ianya
mempengaruhi keputusan eksperimen tersebut. Dengan pengumpulan data secara digital,
ralat dalam pengumpulan data dapat dielakkan. Ralat sering berlaku di kalangan muridmurid.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


Secara keseluruhan, tujuan kajian adalah untuk menyiasat tahap keberkesanan
menggunakan aplikasi pengumpulan data secara digital semasa menjalankan eksperimen
fizik. Dalam usaha untu mencari tahap tersebut, maka kajian ini dibuat adalah untuk:
(i) Mengenalpasti perhubungan menggunakan aplikasi pengumpulan data secara digital
dengan skor ujian konsep yang diberikan.
(ii) Mengenalpasti kecekapan perlaksanaan eksperimen tersebut dijalankan dengan
menggunakan aplikasi tersebut dengan pengumpulan data secara tradisional.

1.5 PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi pengumpulan
data digital dalam eksperimen dalam tajuk haba. Bagi memandu kepada tujuan kajian ini,
fokus diberikan kepada 3 persoalan kajian daripada tujuan kajian untuk mendapatkan
penyelesaiannya seperti berikut,
(i) Apakah perhubungan antara penggunaan aplikasi pengumpulan data digital dengan
skor ujian konsep yang diberikan
(ii) Apakah tahap kecekapan perlaksanaan eksperimen yang dijalankan dengan
menggunakan aplikasi pengumpulan data digital berbanding dengan teknik
tradisional.

Vous aimerez peut-être aussi