Vous êtes sur la page 1sur 2

IMPLIKASI PENERIMAAN DAN PENOLAKAN VAKSIN

Kajian ini diteruskan lagi dengan membincangkan kesan penerimaan dan


penolakan vaksin. Antara kesan baik penerimaan suntikan vaksin kepada manusia adalah
dapat mencegah daripada penyakit-penyakit yang serius. Suntikan vaksin diberikan kepada
bayi yang baru lahir serta kanak-kanak yang masih membesar dengan harapan bahawa mereka
terlindung daripada penyakit. Sebelum suntikan vaksin ini diperkenalkan, ramai kanak-kanak
yang membesar dalam keadaan lumpuh, malah bayi yang baru lahir juga menghidap penyakit
kecacatan mental, sawan serta ada yang menyebabkan kematian. Antara penyakit yang sering
merebak di negara kita adalah batuk kokol, tuberculosis, hepatitis B serta measles. Melihatkan
keadaan yang semakin serius, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan vaksin
secara percuma dan kesannya sangat memberangsangkan apabila 95% kematian berkurangan
apabila suntikan diberikan kepada kanak-kanak di bawah setahun.
Selain itu, suntikan vaksin dapat melemahkan virus atau bakteria bagi sesetengah
penyakit. Sebagai contoh, penyakit poliovirus yang melanda Malaysia sejak 40 tahun yang lalu
telah menyebabkan penghidapnya mengalami kelumpuhan. Oleh itu, vaksin poliovirus telah
diperkenalkan dimana vaksin polio oral (OPV) ini dapat melemahkan virus polio walaupun ianya
masih hidup dalam bentuk titisan ke dalam mulut. Selain itu, virus ini juga dapat diatasi apabila
jenis vaksin kedua diperkenalkan iaitu vaksin polio tidak aktif (IPV) yang mana suntikan IPV ini
menyebabkan virus tersebut untuk terus mati. Berikutan dengan keberkesanan vaksin-vaksin
ini, kadar penghidap poliovirus ini telah pun berkurangan sejak tahun 1985.
Menurut Pakar Kanak-kanak, Dr. Nor Mahani Harun, kebaikan vaksinasi yang beliau
ulaskan di dalam akhbar Utusan yang diterbitkan pada 25 Disember 2014, adalah untuk
mencegah penyakit pada kanak-kanak dengan memberikan mereka imunisasi yang aktif untuk
melawan patogen. Patogen adalah penyebab kepada penyakit oleh jangkitan virus mahupun
kuman yang tertentu. Menurutnya, vaksin dapat membentuk antibodi, dimana ia bukan sahaja
berfungsi untuk melawan kuman, malah, ia juga menjadi pertahanan terhadap patogen. Beliau
berkata, imunisasi dalam

tubuh manusia bertindak dengan dua cara. Pertama, sel vaksin

membunuh kuman secara mendadak. Kedua, antibodi menghasilkan sel setelah mengenalpasti
bakteria dengan mengikat kuman, lalu memusnahkannya. Ini dipanggil sebagai delete
respond. Antibodi juga kekal dalam badan. Menurutnya lagi, kanakkanak yang tidak diberikan
suntikan akan tededah kepada penyakit disebabkan tiada pembinaan antibodi dalam badan.

Seterusnya, menurut akhbar Utusan, yang diterbitkan pada 15 November 2015, penerbit
mengutarakan hujah golongan anti-vaksin, yang mengatakan vaksin membawa kepada kesan
Advers, iaitu kesan sampingan bengkak di tempat cucuk. Menurut Dr. Raja Hmad Shahrul, ia
boleh disembuhkan dengan pengambilan ubat. Golongan anti-vaksin juga mengutarakan
bahawa vaksin membawa kepada autism. Ini kerana bahan yang digunakan dalam vaksin yang
dinamakan sebagai thimerosal, yang bertindak sebagai penstabil vaksin dikatakan punca
autisme.

Vous aimerez peut-être aussi