Vous êtes sur la page 1sur 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS2203_v2
AKIDAH

Pengertian Khurafat Dan Tahap Kefahaman


Masyarakat Setempat Tentangnya
NAMA

: FARIDAH BINTI ALI

NO. MATRIK

: 720501115048001

NO. KAD PENGENALAN

: 720501115048

NO.TELEFON

: 0197225645

ALAMAT E-MAIL

: faridahali_72@yahoo.com

PENSYARAH

: Hasrin Hakim Bin Sulong

PUSAT PEMBELAJARAN

: JOHOR BAHRU

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t,
Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyelesaikan tugasan di bawah subjek HBIS2203_V2 Akidah, Sekalung
apresiasi dan jutaan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada
pensyarah saya Ustaz Hasrin Hakim Bin Sulong di atas segala nasihat dan
bimbingan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini disiapkan.
Seterusnya dedikasi khas ini ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang
sentiasa membantu dan saling menyokong antara satu sama lain sepanjang
tugasan ini disiapkan.
Sekalung penghargaan juga diucapkan buat ahli keluarga tercinta yang
sentiasa memahami dan tidak jemu memberikan sokongan kepada saya dan
tidak lupa kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya menyiapkan tugasan saya ini.
Akhir kata setinggi tinggi uapan penghargaan untuk semua yang terlibat.

ISI KANDUNGAN

Mukasurat
1.0

Pendahuluan

4
1.1
1.2

Objektif Kajian
Isi Kandungan

6
7

2.0

Pendapat Ulamak Tentang Khurafat

3.0

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masyarakat Terjebak Dengan

Amalan Khurafat
4.0

Kajian Tahap Kefahaman Masyarakat Islam Di Kampung Di

11

Kampung Tarom Johor Bahru Tentang Amalan Khurafat


5.0

Penutup

14

BIBILIOGRAFi

16

1.0

Pendahuluan
Islam merupakan agama yang syumul iaitu agama yang sangat

lengkap serta menyeluruh meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.


Justeru itu Islam sangat menitikberatkan keimanan yang berlandaskan
aqidah yang benar iaitu aqidah yang menjadi asas kepada sesuatu
amalan. Segala amalan dan kepercayaan yang bertentangan dengan
ajaran atau pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh
Islam. Firman Allah dalam Surah Al- Anbiya ayat 25 :

Yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutus sebelumnya (Wahai


Muhammad)
kepadanya

seseorang
:

bahawa

rasul

pun

sesungguhnya

melainkan
tiada

kami

Tuhan

wahyukan

(yang

berhak

disembah ) melainkan aku, Oleh itu, beribadatlah kamu kepadaku


Berdasarkan firman Allah di atas dapat lah disimpulkan bahawa Allah
mengutuskan para rasul dan juga wahyu yang di turunkan kepada para
rasul

dengan tujuan supaya mereka beriman kepada Allah. Namun

begitu masih terdapat sebilangan manusia yang masih mengamalkan


perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Mereka

telah mencampur adukkan amalan seharian mereka dengan perkaraperkara khurafat. Keimanan kepada Allah merupakan perkara yang
sangat penting dalam Islam. Setiap ornag Islam perlu ditanamkan
dengan aqidah Islamiyah yang kukuh semenjak dari kecil untuk
mengelakkan daripada terjebak dalam amalan khurafat. Amalan

khurafat perlu dijauhi kerana ia boleh membawa kepada syirik kepada


Allah. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 48 yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan
mengampunkan dosa lain selain itu bagi sesiapa yang Ia kehendaki,
dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia
telah melakukan dosa yang besar.
Amalan khurafat sebenarnya telah bermula sejak zaman jahiliyah
sehinggalah kini. Khurafat boleh dikatakan sebagai satu bentuk
penyelewengan terhadap aqidah Islam.Perkataan Khurafat berasal
daripada bahasa Arab yang bermaksud
tua. Perkataan khurafat juga

rosak akal kerana terlalu

bermaksud

cerita-cerita

yang

diperelokkan oleh pendusta , manakala menurut Kamus al-Munjid,


maksud khurafat ialah cerita yang salah mutlak ( karut marut ). Dari itu
dapatlah disimpulkan bahawa perkataan khurafat dari segi bahasa
ialah sesuatu perkara atau cerita dongeng, tahyul dan karut yang
sengaja diada-adakan. Perkataan khurafat dari segi istilah pula
membawa maksud segala kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang
tidak memiliki dasar dan tidak bersumber dari ajaran agama tetapi
diyakini berasal dari agama.

Rasulullah S.a.w bersabda :


Yang bermaksud : Barangsiapa yang mengada-ngadakan dalam
urusan (agama) suatu pekerjaan yang tiada daripadanya (maka, yang
diada-adakan itu tertolak), (Hadis Bukhari, Muslim)

Hadis tersebut di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa


amalan khurafat sememangnya amalan yang menyeleweng daripada
ajaran islam dan sewajarnya ditolak oleh seluruh umat islam. Namun
apa yang agak menyedihkan sekarang amalan khurafat masih lagi
diamalkan oleh segelintir masyarakat Islam
Perkara- perkara khurafat yang menjadi amalan orang-orang
Melayu sejak dahulu kala antaranya ialah:1. Mempercayai percakapan atau ramalan daripada tilikan dukun
atau bomoh.
2. Upacara tolak bala pada bulan Safar
3. Penggunaan tangkal atau azimat samada bertujuan untuk
pelindung

diri,

menyembuhkan

penyakit

ataupun

untuk

kekuatan tubuh badan.


4. Mempercayai bunyi burung hantu memberi petanda ada
orang akan meninggal di kampung tersebut
5. Menabur beras kunyit semasa upacara persandingan. Ianya
bertujuan

untuk

memberi

semangat

kepada

pengantin

berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur


dengan

tujuan

untuk

member

semangat

atau

untuk

menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik dan becanggah


dengan ajaran Islam.
6. Jampi serapah yang mempunyai unsure-unsur syirik atau
menghina Islam yang tidak difahamii maksudnya.
7. Mengamalkan Ilmu pengasih
8. Menganiaya atau menzalimi seseorang dengan menggunakan
ilmu hitam seperti sihir, santau dan pukau.
9. Pemakaian susuk untuk kelihatan cantik pada muka atau
anggota badqan yang lain.
10. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq. Wafaq atau huruf
hijaiyah yang tertentu, yang ditulis sama ada secara rajah
ataupun

tidak

mendatangkan

juga

tidak

difahami

sesuatu mudharat atau

pemiliknya.
6

maksudnya.dapat
manfaat

kepada

Contoh contoh yang disebut di atas adalah sebahagian daripada


contoh khurafat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada zaman
dahulu dan ada antaranya yang masih diamalkan sehingga sekarang.

1.1

Objektif Kajian

Objektif menjalankan kajian ini adalah


1) Untuk menyelusuri pemahaman masyarakat Islam setempat
berkenaan dengan khurafat
2) Untuk mengetahui amalan-amalan khurafat yang masih
diamalkan oleh masyarakat Islam di kawasan yang dikaji

1.2
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Isi Kandungan

Pengertian khurafat
Pendapat ulamak terhadap amalan-amalan khurafat
Pendapat ulama jika amalan khurafat kerana bertujuan baik
Persepsi masyarakat Islam tentang amalan khurafat,
Pernahkah mereka terjebak dan apakah faktor yang
menyebabkan mereka terjebak

2.0

Pendapat Ulamak Tentang Hukum Amalan Khurafat

Rasulullah mengharamkan penggunaan tangkal dan


menggantikannya dengan ayat-ayat al-quran dan doa-doa khusus
untuk memohon perlindungan daripada Allah. Para ulama berbeza
pendapat dalam masalah berkaitan jampi serapah yang bukan
bersumber dari al-quran dan hadis kepada beberapa pendapat iaitu
ada sebahagian daripada mereka tidak mengharuskan amalan ini jika
bukan dari al-quran atau pun hadis. Namun begitu sebahagian ulama
lain pula mengharuskan bacaan jampi dengan syarat bahasanya
difahami dan maknanya tidak menyimpang dari ajaran islam. Dalam
7

hal ini Nabi Muhammad S.a.w telah bersabda melalui Abu Hurairah r.a
yang bermaksud

barang siapa yang mengikat sesuatu ikatan

(tangkal) kemudia menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia


telah melakukan sihir, siapa yang melakukan sihir , maka dia telah
melakukan syirik . Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal)
maka dia telah bertawakkal dengannya (riwayat Imam Nasai r.a)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa Al- Muasirah
sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada 3 syarat iaitu:
1) Ia mesti didasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya
2) Ia mmestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata-kata
yang boleh difahami maknanya
3) Beriktikad bahawa ianya tidak member kesa dengan
sendirinya , tetapi dengan takdir Allah S.W.T
Manakala maksud mafhum hadis dalam dalam Musnad Imam
Ahmad, juzuk ke 4, halaman 156 yang berbunyi sesiapa yang
menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik.
Oleh itu jelaslah di sini bahawa amalan menggunakan tangkal
termasuk amalan khurafat dan menyeleweng dari aqidah islam. Walau
bagaimanapun para sahabat dikatakan pernah menggunakan ayat
ayat al-quran untuk amalan menghindari daripada gangguan makhluk
halus. Apa yang dilakukan oleh para sahabat ialah dengan menulis
ayat ayat tersebut di kertas dan di gantungkan kepada anak-anak
mereka yang belum pandai membaca al- quran.
Para sahabat bertanyakan hal ini kepada Rasulullah dan baginda
tidak melarang perbuatan tersebut. Oleh yang demikian dapat
difahami bahawa sebagaian pendapat yang mengatakan bahawa
penggunaan tangkal diperbuat daripada ayat- ayat al quran adalah
diharuskan. Selain itu terdapat segelintir mayarakat Islam masih lagi
mengamalkan ilmu pengasih untuk menawan hati seseorang. Kadang -

kadang niat mereka baik iaitu ingin berkahwin dengan seseorang


tetapi amalan ini adalah haram di sisi islam , apa lagi sekiranya ada
yang mengamalkan ilmu pengasih semata-mata dengan niat jahat
untuk memperdaya seseorang atau pun untuk membalas dendam.

3.0

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masyarakat Terjebak


Dengan Amalan Khurafat

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan masyarakat Islam


masa kini masih lagi mengmalkan perkara khurafat ini. Antara
faktor faktor yang menjadi penyumbang kepada amalan khurafat
di kalangan masyarakat Islam ialah seperti berikut :
1) Kejahilan Tentang Sumber Hukum Islam
Dalam Islam terdapat empat sumber hukum yang menjadi teras
dan sudah disepakati iaitu al-quran, as-sunnah (Hadis) ijma ulamak
dan qias. Al-quran yang merupakan kitab suci umat Islam
sepatutnya menjadi rujukan dan panduan umat Islam agar tidak
menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Umat Islam dilarang
keras daripada mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam alquran. Fungsi dan kedudukan al-quran sebagai sumber hukum tidak
perlu dipertikaikan lagi namun begitu kedudukan hadis sebagai
sumber hukum sememangnya menjadi perselisihan segelintir para
ulama. Kurangnya pengetahuan serta kajian mengenai hadis hadis
sahih serta cara penggunaan nya dalam menentukan hukum turut
menjadi punca berlakunya khurafat di kalangan masyarakat Islam
hari ini. Di samping itu masyarakat Islam hari ini gemar
menggunakan hadis palsu atau hadis yang dhaif sebagai sumber
hukum walaupun hal ini ditolak oleh ulama-ulama yang muktabar.

2) Iman Yang Kurang Mantap


Aqidah Islam merupakan cabang ilmu yang perlu dituntut oeh
setiap umat islam agar dapat menjadi perisai dan benteng dari
terjebak dalam kancah khurafat. Justeru itu kurangnya pengetahuan
dalam ilmu agama khususnya dalam aqidah menyebabkan
seseorang itu mudah terjebak dalam perkara khurafat ini. Mereka
tidak dapat membezakan sesuatu amalan itu benar ataupun
khurafat lantas mereka terjerumus ke kancah khurafat. Aqidah yang
mantap perlulah didasari oleh al- quran dan hadis yang merupakan
pegangan umat islam. Justeru itu sebagai umat Islam kita perlulah
menjadiian al-quran dan hadis sebagai panduan hidup.
3) Jalan Mudah Untuk Mencapai Kekayaan Dan Terkenal
Terdapat segelintir masyarakat yang mengamalkan khurafat ini
kerana ingin mencapai jalan mudah untuk menjadi kaya dan
terkenal. Mereka mudah terpedaya dengan dengan janji bomohbomoh yang menggunakan perantaraan jin untuk menjadikan
mereka kaya atau terkenal di sisi masyarakat. Di samping itu
terdapat juga segelintir masyarakat yang suka berjudi atau bermain
nombor ekor meminta pertolongan dengan syaitan dengan cara
memuja kubur. Perbuatan ini adalah khurafat dan menyeleweng dari
ajaran Islam kerana kubur itu tidak dapat memberi. pertolongan
apa-apa pun kepada mereka.
4) Adat Kebiasaan
Masyarakat Melayu sangat berpegang erat kepada adat. Malah
kata- kata seperti Biar mati anak jangan mati adat menunjukkan
bahawa masyarakat melayu sangat berpegang kepada adat. Mereka
terlalu mempercayai cerita-cerita yang di bawa oleh orang- orang
terdahulu tanpa merujuk kepada al-quran dan as- Sunah.Sesuatu
10

adat itu tidak salah diamalkan jika tidak bertentangan dengan


ajaran islam.
5) Mengikut Hawa Nafsu
Terdapat segelintir masyarakat yang terlalu menurut hawa nafsu
sehingga sanggup membelakangi hukum dan syariat yang telah
ditetapkan oleh Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Qasas, ayat 50
yang bermaksud:
Sesunguhnya mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka dan
tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa
nafsu tanpa berdasarkan hidayah petunjuk daripada Allah.
6) Menjadikan Akal Sebagai Pengukur Syara
Allah Swt menganugerahkan akal fikiran kepada manusia namun
begitu akal fikiran manusia adalah terbatas penggunaannya dan
tidak mampu untuk memikirkan tentang alam-alam ghaib seperti
alam kubur, syurga neraka dan lain-lainnya. Akal manusia hanya
boleh berfikir perkara-perkara yang zahir sahaja. Oleh itu
manusia memerlukan al-quran dan hadis untuk menerangkan
hal-hal yang tersembunyi.
4.0

Kajian Tahap Kefahaman Masyarakat Islam di Kampung


Tarom Johor Bahru Tentang Amalan Khurafat
Saya telah mejalankan kajian tahap kefahaman dan

pengetahuan masyarakat Islam tentang amalan khurafat di Kampong


Tarom Johor Bahru. Kaedah kajian yang telah saya jalankan ialah
kaedah pemerhatian dan temubual.. Penduduk di Kampong Tarom
terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Penduduk
berbangsa melayu dan beragama Islam merupakan penduduk yang
teramai di Kampung Tarom. Dapatan kajian yang telah saya jalankan
ke atas sepuluh orang penduduk di Kampung Tarom menunjukkan rata11

rata daripada mereka memahami apa itu perkara khurafat secara


umumnya melalui pembacaan, menonton televisyen, dan juga mereka
sendiri pernah mempelajari ilmu aqidah di sepanjang pembelajaran
semasa di universiti dan juga di sekolah.
Selain daripada itu, saya juga menyelidik tahap kesedaran
penduduk di Kampung Tarom tentang amalan khurafat yang masih
diamalkan oleh penduduk di Kampung tersebut. Saya melihat kepada
pendidikan formal tertinggi yang pernah diterima oleh setiap
responden. Hal ini kerana faktor pendidikan seseorang boleh
mempengaruhi setiap pandangan dan pemikiran mereka. Saya
memilih kaedah temubual kerana kaedah ini lebih mudah untuk
mendapat maklum balas daripada mereka. Saya telah membuat
pengelasan ke atas sepuluh responden tersebut. Pengkelasan adalah
seperti berikut :

Jantina

Umur

Pekerjaan

Pendidikan

Lelaki

40

Guru

Ijazah

Responden 2

Lelaki

tahun
50

Kerani

Diploma

Responden 3

Lelaki

tahun
35

Kerani

Diploma

Responden 1

12

Lelaki

Tahun
45

Pegawai kastam

Diploma

Responden 5

Perempua

tahun
50

Suri rumah

SPM

Responden 6

n
Perempua

Tahun
40

Guru

Ijazah

Responden 7

n
Perempua

tahun
28

Pembantu tadika

SPM

Responden 9

n
Perempua

tahun
55

Suri rumah

SPM

Responden

n
Perempua

tahun
39

kerani

Diploma

Responden 4

10

n
tahun
Jadual 1.0 Pengkelasan responden

Untuk sesi temubual saya telah menyediakan lima soalan iaitu:


1) Pernahkan anda mendengar perkataan khurafat?
2) Apakah yang anda faham tentang khurafat?
3) Nyatakan beberapa perkara / amalan khurafat yang anda
tahu?
4) Pernah kah anda atau orang yang rapat dengan anda terjebak
dengan perkara khurafat
5) Adakah anda dapati penduduk di kawasan anda masih lagi
mengamalkan perkara khurafat?
Hasil soal selidik yang telah saya jalankan ke atas 10 orang
responden menunjukkan kesemua responden pernah mendengar
perkataan khurafat. Manakala untuk soalan yang ke dua pula
responden 1,2,3,4, 5, dan 6 menyatakan khurafat adalah kepercayaan
karut yang tidak terdapat di dalam al-quran. Manakala responden 7,8,9
dan 10 pula menyatakan khurafat adalah perbuatan syirik yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Berdasarkan jawapan yang
diberikan oleh mereka dapatlah disimpulkan bahawa mereka
13

memahami apa itu khurafat. Pendapat yang diberikan oleh responden


7,8, 9 dan 10 boleh dikatakan betul kerana pada pemahaman mereka
perbuatan khurafat itu boleh membawa kepada syirik kepada Allah.
Jadual 2.0 di bawah menunjukkan hasil soal selidik bagi soalan
yang ke tiga.

Responden 1

Contoh-contoh amalan khurafat


Penggunaan tangkal, jampi serapah, ilmu

Responden 2

pengasih
Penggunaan tangkal, amalan buang sial,

Responden 3

lenggang perut
Amalan buang sial (mandi bunga) puja kubur,

Responden 4

upacara persandingan (tabur beras kunyit )


Pengunaan tangkal atau azimat , mandi tolak

Responden 5
Responden 6

bala,
Ilmu sihir, percaya bunyi burung hantu
Penggunaan tangkal, percaya kepada tenung

Responden 7
Responden 9

nasib, ilmu sihir


Jampi serapah, puja kubur, penggunaan tangkal
Acara potong jambul , melenggang perut, mandi

Responden 10

bunga
Upacara persandingan, adat selepas kematian

Berdasarkan contoh contoh amalan kurafat yang diberikan oleh


responden menunjukkan tahap kefahaman masyarakat Islam di
kampong Tarom. Saya dapati responden dapat menjawab soalan
dengan betul dan memahami apa itu amalan khurafat.
Seterusnya saya mengajukan soalan ke empat,, kesemua semua
responden menyatakan tidak pernah terjebak dengan amalan khurafat
kecuali responden ke 6. Respoden 6 memberitahu bahawa beliau
pernah terjebak dengan amalan khurafat di sebabkan pada masa itu
beliau masih muda dan tidak mempunyai pengetahuan Islam yang
mantap. Justeru itu beliau sangat menyesal dan telah bertaubat.
14

Responden 6 bercerita amalan khurafat yang telah dilakukan ialah


semasa majlis perkahwinan beliau. Pada waktu beliau hanya mengikut
kehendak mak andam. Dalam majlis tersebut terdapat upacara
menabur beras kunyit. Walau bagaimanapun melalui pembacaan saya
sekiranya perbuatan menabur beras kunyit itu sekadar adat dan tidak
disertai dengan unsur syirik seperti untuk mengambil semangat padi
atau menolak bala ianya tidaklah menjadi haram.
Pengalaman responden 8 dan 8 pula mengenai amalan khurafat
apabila secara tidak sengaja mengikuti saudara dan sahabat mereka
pergi mendapatkan rawatan dari seorang bomoh. Beliau dapati bomoh
ini melakukan rawatan secara menurun serta jampi serapah yang
dilafazkan adalalah menyimpang dari ajaran Islam. Selain itu bomoh
tersebut juga menggunakan kemenyan dalam proses perubatannya.
Pesakit juga dikenakan pengeras yang pelik seperti seekor ayam dan
pulut kuning. Selepas peristiwa tersebut beliau menasihati saudara
dan sahabat mereka agar tidak lagi mendapatkan rawatan dari bomoh
tersebut.
Seterusnya untuk soalan yang terakhir para responden 1
menyatakan masih terdapat sebilangan kecil penduduk di kawasan
mereka yang masih mengamalkan perkara khurafat ini. Menurut
responden 1 lagi beliau mendapati terdapat seorang bomoh yang
menjalankan aktiviti mengubati pesakit dengan perantaraan jin dan
syaitan.
Berdasarkan kajian lapangan yang telah saya lakukan
menunjukkan masyarakat Islam di Kampung Tarom memahami dengan
jelas apa yang dikatakan dengan khurafat melalui contoh-contoh yang
diberi. Hal ini mungkin disebabkan kebanyakkan masyarakat Islam hari
ini banyak mendapat pendedahan tentang aqidah yang sebenar
samada dipelajari secara langsung atau melalui ceramah ceramah
15

agama di media elektronik. Latar belakang pendidikan agama juga


mempengaruhi mereka untuk tidak terlibat dengan amalan khurafat ini
di samping dapat menilai sesuatu amalan itu benar atau khurafat.

5.0

Penutup

Kebanyakkan perkara- perkara khurafat ini merupakan amalan


turun temurun dari amalan nenek moyang Pihak berwajib seperti
Jabatan Agama , Jabatan Mufti, para ustaz dan ustazah perlu
memperjelas isu khurafat ini kepada masyarakat agar amalan-amalan
khurafat dapat dibendung. Hal ini kerana ada sesetengah individu yang
terlalu sukar untuk mengikis sikap daripada amalan khurafat ini kerana
terlalu taksub kepada adat-adat yang telah lama diamalkan walaupun
bertentangan dengan aqidah dan syariah.

Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah dan syariah yang


betul di kalangan umatnya., justeru itu segala amalan dan
kepercayaan yang tidak didasarkan kepada sumber-sumber seperti alquran dan as-sunnah adalah ditolak. Aqidah yang mantap bukan
sahaja akan mencapai tahap keimanan yang sebenar kepada Allah
malah dapat memelihara umat Islam dari terjebak ke kancah khurafat.
Individu yang mengamalkan perkara-perkara khurafat boleh
mendatangkan kesan negatif terhadap seseorang seperti syirik kepada
Allah swt. Di samping itu dengan mengamalkan khurafat boleh
mengakibatkan pembaziran wang contohnya membayar pengeras dan
kadang-kadang bayaran yang mahal dikenakan dalam satu-satu
rawatan. Setiap lapisan masyarakat Islam perlu berhati-hati supaya
16

tidak terlibat dalam perkara-perkara khurafat yang boleh merosakkan


iman.
Kita sebagai umat islam hendaklah sentiasa menjauhkan diri
daripada perkara-perkara khurafat kerana sesungguhnya khurafat
boleh merosakkan iman.

2894 Patah Perkataan

BIBLIOGRAFI
1. Ensiklopedia Islam,1998.Malaysian Encyclopedia Research
Centre
2. Sohih Bukhari , Imam Ibnu Hajar

17

3. http://darussyifa.org/modules.php
4. http://ilmudanulamak.blogspot.my/2011/05/hukum-beramaldengan-petua-dan-pantang.html
5. Kamus Dewan edisi ke empat 2007. Dewan bahasa Dan
Pustaka
6. Khurafat Membawa Sesat. Jabatan Kemajuan Agama Islam.
http://www.islam.gov.my/khutbah-online/khurafat-membawasesat

18

Vous aimerez peut-être aussi